Rabu, 6 Januari 2010

Liku-liku Menjadi Seorang Lelaki Yang Setia Kepada...

Assalamualaikum


Gadis beruniform sentiasa cun

Tahun 2001*

1 tengah hari.

Hari ni hari pertama aku di angkat taraf menjadi Pengawas Sekolah.


Well,

Jangan tanya bagaimana aku boleh jadi Pengawas Sekolah. Yang aku tahu, samaada aku terlalu berkaliber atau cikgu-cikgu dah tak ada pilihan lain. Biasalah, lelaki kan makhluk limited. Unik.


Lelaki selekeh kadang-kadang cool
 

Tahun 2002*

Tingkatan 5. 

10.20 am.

Dengan baju biru di iron tak berapa nak kemas, tie di ikat longgar, baju di luar seluar dan rambut kusut masai, aku berlari tanpa memandang belakang.

Aku berlari dengan pantas. Pantas seolah-olah sedang mengejar pencuri yang baru sahaja meragut beg gadis cantik. Kalau difikirkan, sedikit pantas dari dari Edward Cullen.

Dua orang lelaki yang berlari di hadapan ku masih tekun berlari. Seorang berkulit sawo matang dan seorang lagi muka ala-ala korea. Tidak mampu aku kalahkan kelajuannya. Dasar genatik pelarian.

Aku umpama mengikut kemana saja mereka pergi dalam pelarian. Mereka belok ke kanan, aku belok ke kanan. Mereka ke kiri, aku ke kiri.

“Panjat doe, panjat” jerit lelaki pendek berkulit sawo matang itu dengan tiba-tiba sambil menunjuk ke arah dinding pagar belakang sekolah. Ada tag nama “Ketua Pengawas” tertulis di bajunya.

Aku panjat tanpa banyak soal. Tak di nafikan agak susah nak panjat pagar sekolah zaman sekarang memandangkan ianya di design untuk tidak boleh di panjat.

Aku pijak palang pintu pagar sambil kaki kiri ku memijak lekukan di dinding pagar. Pusingkan badan, dan jatuh ke bawah. Tak sakit. Tak sakit.

“Nasib baik tak kena tangkap” kata pelajar yang satu lagi yang muka ala-ala Korean sambil tersengih dan membetulkan tag ‘Penolong Ketua Pengawas Lelaki’ di bajunya.

“Aku repot dekat cikgu disiplin. Tengok arr” Terdengar suara gadis menjerit lantang di sebalik pagar sekolah bahagian dalam. Muka dia gila garang tapi comel. Itu lah dia Ketua Pengawas Perempuan memerangkap kawan baik Effa. Suaranya bunyi kelelahan akibat kejar kitaorang tadi.

“Kau datang skolah lewat setiap hari boleh pula.” Kata si Ketua Pengawas dengan relax tanda melawan. Gadis garang comel tu terus diam. Memang berkaliber punya ketua.

“Perempuan... sentiasa slow” Tambah aku pula.

“Kau, Am****(Nama belakang aku), Kau jangan nak lebih-lebih. Masuk cepat!” Jeritnya sambil memandang ke arah ku. Memang garang jauh lagi garang dari Nisa. Kecomelan tak boleh dinafikan.

"Tak nak" Jarang sebenarnya aku mengabaikan permintaan gadis tetapi kali ni, aku terpaksa.

"Aku bagi tau cikgu kau tak jaga perhimpunan pagi tadi! Kau datang skolah lewat. Perhimpunan nak habis baru kau datang kan?" Balasnya. Comel still ada.

"Mana ada, aku datang awal lah."

"Tipu tipu. Kau suka tipu aku. Tak habis-habis dengan penipuan kau" Jeritnya sambil buat muka.

Aku terkejut. Pertama kali aku di panggil penipu.

Aku berjalan perlahan ke arah gadis comel tu. Aku tanggalkan spek mata dengan perlahan sambil menghampirinya. Kini aku dan dia hanya dipisahkan dengan pagar chain link.

"Pernah ke aku menipu kau?" Kata ku lembut sambil cover suara. Si lelaki pendek berkulit sawo matang dan yang bermuka ala-ala Korea tengah mengekek menahan ketawa.

"Arrrh!" Kebengisannya muncul. "Kau! Aku tak kira. Aku bilang sampai 10 kalau kau tak masuk gak, siap." Dia menjerit tapi tak nampak menakutkan pun.

"Satu!" Dia mula membilang.

"Dua!" Sambung Si kulit sawo matang. Sambil tergelak-gelak.

"Tiga!" Si muka Korea mengikut rentak.

Dan yang tak tahannya boleh pula gadis garang tu pergi sambung sebut "Empat".

"Mengada-ngada nak bilang sampai 10. Bilang sampai tiga sudah la" Kata aku sambil berjalan menuju ke arah kedai makan.



Gadis akan nampak comel bersama cardigan 
dan bertudung,

Gadis tu dah geram gila dah.

Aku ignore dia. Aku duduk, pesan makanan dan terus makan bersama Ketua dan Penolong Ketua Pengawas.

Dia perempuan. Pakai kain. Tak akan panjat pagar punya lah.

"Kau tau tak. Kau tu pengawas. Tapi rambut panjang, baju tak tuck in, lompat pagar, datang sekolah lewat, ponteng sekolah, tak jaga perhimpunan. Aku report kau kat cikgu tengok ar biar kau kena pecat. Ketua dan penolong pun sama je." Dengar gadis tu bebel dari jauh.

Aku pandang dia. Kemudian aku senyum dengan sinisnya.

"Kau! Aku jamin kau mesti kena pecat!" Sambungnya lagi.








Ke esokkanya aku dilantik menjadi Ketua Group Pengawas.

Kesian gadis tu.

Comment Here

23 ulasan:

  1. haha.. teingt zmn kat sek dlu.. :)

    BalasPadam
  2. @Aisyah - Sayangya kau tak jadi pengawas, aisyah. Haha.

    Kalau kau jadi pengawas, mesti karakter kau akan tersenarai dalam penceritaan aku.

    And God aku tak sangka kau baca blog aku. =)

    BalasPadam
  3. susah nak jangka apa perwatakan mr K yang sebenar...
    kerna sewaktu kali pertama kau singgah diblog ku..
    kau sudah menghentam ku.
    ahaks... aku tersenyum..
    menyedari kesalahan ku...
    hehehehehehe....
    kau seorang pengawas...
    hurmmm...aku sudah boleh bca perwatakan kamu...
    hehehe.. kerna aku cuma pengawas perpustakaan...
    fuh.. nasib baik aku tidak pernah cuba panjat pagar...
    hehehe.. maaf kalau komen aku terlalu panjang..
    sengaja mahu menjadi sahabat kamu
    :)

    BalasPadam
  4. hahahaha..bestla..sy dpt bygkan..XDD

    BalasPadam
  5. @Bulan - Hentam ke. Tak ada lah. Perasaan kau je tu kot.

    We all here to make fren. =)

    @Monica - Best jadi lelaki. Hebat kalau kau dapat bayangkan tu. =)

    BalasPadam
  6. haha
    mmg pengalaman camni susah nak lupe
    gelak bile pk balik
    terutama yg kes camni

    BalasPadam
  7. hey.. interesting flashback..... hit me back! farhanahkezmain.blogspot.com

    BalasPadam
  8. saya dulu pengawas dan pengganas....kalah la mr k...haha :D

    BalasPadam
  9. saya dulu pengawas dan pengganas....kalah la mr k...haha :D

    BalasPadam
  10. wahh,cne la leh jdik pngwas jgk ni? pelik sgguh..

    BalasPadam
  11. Encik K,
    baju tuck in bukan tie in.
    tu je nk bagitau.

    BalasPadam
  12. pehhh..kebetulan aku tgh pakai cardigan & bertudung skg...yeay aku comel...

    BalasPadam
  13. @Joe - Its priceless memory, joe.

    @Heart - I will.

    @Epal - Try la lompat pagar. =)

    @Rara - Soalan tu tak ada jawapan. Hehe.

    @Hana - Ya. Thats it. My bad.

    @Ara - Ya Ara kau comel. =)

    @Aqi - And I glad that you guys enjoyed with my story.

    BalasPadam
  14. hahah.
    tu bukan pengawas Mr.K, PENGGANAS.

    sian si gadis comel tu.
    raya nanti gi cari dia, mintak ampun banyak2. :P

    BalasPadam
  15. I think that girl ske u.. Mr.K the ketua pengawas... hehe

    BalasPadam
  16. ahaha... ini da nama diskriminasi...... tak adil...utk pompuan. hoh

    BalasPadam
  17. k0rang mesti suke kipas cikgu..
    sbb tue ley jd pengawas..
    nak2 mr k..
    *dr p'ceritaan k0,
    k0 cam ade hati jewk kart gadis c0mel tue..

    btw,aq jg pengawas cam k0..
    xpernah nk ik0t rules..

    BalasPadam
  18. asenye, 2002. ko standard 5 kan?? bkn form 5.. erkk.. tetibe je..

    BalasPadam
  19. hahaha...
    mr k yg sengal.
    kenapalah cikgu2 pilih bdk mcm kau ek jd pengawas??hoho

    ade kecurigaan kat situ.
    kalau pilih jadi mawas, xpeliklah..

    hahaha

    kesian pmpn tuh..kih3

    BalasPadam
  20. yes2 funny.aku pakai jubah boleh je lompat pagar hoho

    BalasPadam
  21. la kesian gadis tu. Bab report mereport kat cikgu ni mmg BUKAN keje aku time skolah dlu. Aku lebih prefer memerhati sahaja but still kesian kat gadis tu. =D

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.