Khamis, 14 Januari 2010

Masa Untuk Gua Berubah...

Assalamualaikum.


Time to change

Gua dah bosan cakap pasal masalah love-love yang memang tak akan kesudah. Dah bosan asyik kritik para gadis yang memang kalau di kritik memang tak akan habis. Dah bosan cakap pasal 18sx yang secara tak langsung menambahkan dosa masing-masing. Juga dah bosan cakap pasal dara padahal dara bukan penting sangat pun asal kan seseorang tu dah berubah to a better person. Tak kurang juga aku dah bosan cakap pasal cara untuk menjadi gay. Cukup. Gua dah bosan dengan semuanya.

Gua ingat gua nak ubah cara berblog. Gua nak jadi ganas. Ya gua ulang, ganas. Tak mo dah layan-layan jiwang. Tak mo dah buat emo-emo. Tak mo dah luahan perasaan. Apa barang layan perasaan. Gua nak jadi sematang yang mungkin. (?)

Jadi, ada dua benda gua ingat gua nak buat;

1. Jadikan blog ni sebagai tempat untuk review semua benda kecuali politik. Bersama entri-entri lain. Dengan kata lain, semua benda ada dalam blog gua. Dan blog ini still bersifat personal bila aku review sesuatu benda. Maksudnya, semuanya based on pandangan peribadi gua.

2. Gua nak buat kontes guna duit Nuffnang. Kasi keberkatan berkekalan. Bab kontest tu tak ada hal. Masalahnya, gua tak tahu nak kasi hadiah apa. Kang gua kasi teddy bear, ada yang tak nak. Kang gua kasi barbie, ada yang pulangkan balik tanpa berbaju dan patah patah abis. Hais.

So gua nak tanya lu orang. Apa hadiah yang lu orang nak. Lu orang nak hadiah yang tak tercapai masa zaman kanak-kanak pun boleh. Tak ada hal. Mintak je. Jangan banyak tanya.

Jangan tanya pasal budget.


Comment Here

14 ulasan:

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.