Jumaat, 1 Januari 2010

Benda-benda Yang Gua Nak Cakap Untuk Tahun 2010


 Hello 2010.

Assalamualaikum.

Ini entri emo. So sila baca dengan sayu dan penuh emosi.

Baru

First of all, gua nak ucap Selamat Tahun Baru. Tahun baru, azam baru, diri baru, baju baru, kelas baru. Baru cool.

Tetapi, awek mesti tetap yang lama tak boleh baru-baru. Kita lelaki, adalah makhluk mulia yang setia. Hmm. Mesti lu orang pelik kan kenapa gua tiba-tiba tak galakkan lelaki pasang ramai seperti biasa. Well, gua ni baik sebenarnya. Tetapi, lelaki telah di kurniakan dengan sifat penyayang yang terlebih. So, jangan salahkan mereka juga seorang gadis tak cukup untuk mereka beri kasih sayang. Lu orang patut bersyukur para lelaki tak discard korang.

Maaf

Benda pertama yang penting, tentu sekali lah meminta maaf. First sekali gua nak mintak maaf kat stesen Tv yang invite gua jadi penyampai duli-duli. Gua ingat nak pergi tapi bila teringatkan tangungjawab menemani adik gua menonton cerita Boys over Flower, tak jadi lah gua pergi. Gua just nak teman kan okay. Tak berminat pun kat cerita-cerita jiwang tu.

Gua nak mintak maaf kat Ain the Singa sebab selalu panggil dia Ain the Singa dan juga sebab suka buat dia marah. Gua juga nak mintak maaf Nisa sebab juga selalu buat dia marah.Gua juga lagi nak mintak maaf kat Wana sebab juga suka buat dia marah dan kata dia budak kecik. Biasalah, 10%. Dan juga Fae yang selalu buat dia marah juga. Gua sekarang ada dah ada ‘power’ nak ugut dia. Dan juga kat Saffa sebab masih belum kasi duit baju serta selalu buat dia marah kat YM dan juga kat Anisza yang hampir setiap hari kena perli dengan gua. Dia lah satu-satunya yang tak pernah marah, lagi. Heh. Tak lama tu. Gua juga nak mintak maaf kat Nafiza sebab selalu cakap dia pendek. Tak lupa juga kat Effa yang bajet hot yang gua selalu selalu cakap yang dia bajet hot. Effa ni kawan gua dari sekolah menengah yang juga satu UniKL. Dia dan gua satu kelas dulu. Emo ah teringatkan zaman-zaman sekolah dulu.

Ya. Perempuan sahaja. Sebab perempuan adalah gedik mudah terasa. Lelaki, jangan nak mengada.

Malaysia dan Drama Korea


 Cerita gay

Gua mark adik gua sebagai sebagai pembawa masalah. Awal-awal tadi dia ‘chup’ remote control Astro betul-betul selepas abis citer lelaki lembut Boys Over Flowers. Citer BOF tu pun dia yang ‘chup’. What? F4? Flower 4? What the hell is that? Lelaki pencinta bunga? Mat bunga? Gua memang tak boleh tahan ah dengan cerita tu. Dah la Jan Di tu gila tak lawa. Jung Pyo pula bajet hensem. Rambut pulak pusing-pusing. Dan part paling gua tak faham, apahal ramai sangat yang suka kat Jan Di yang tak lawa tu. Gua rasa kawan Jan Di tu jauh lagi lawa. Mulut kecil je. Sweet, ayu, lemah lembut, manis. Perh semua lah. Ya. Gadis macam tu ada kat Korea je. Gadis melayu.. erm..

Buat malu kat tepi jalan.

Masa balik cuti sem hari tu, gua drive berdua balik Kuantan bersama Maya. Masa balik tu gua tersesat masuk ke dalam Muazam Shah. Tapi bandar Muazam Shah gila la cun. Tempat dia permai je. Gua harap kalau gua kawin nanti, gua nak tinggal sana. Well gua bukan nak bercerita pasal Muazam Shah. Gua nak bercerita pasal phenomena yang memalukan.

Otw masa nak masuk Muazam tu, gua ada nampak lori telur terbalik. Lori, bawak telur dan terbalik. Kira lori tu membawa telur dan terbalik lah. So bila lori, dia bawak telur, dan telurnya terbalik, apa yang jadi? Jadi lah sesuatu yang memalukan iaitu semua pakat turun dari kete dan pegi mengutip telur. Ya amat tak tahan. Gua tengok penuh kereta kat tepi jalan sebab nak kutip telur. Then gua nampak ada makcik-makcik berlari-lari bawak plastic nak pi kutip telur. Dah tu ada juga gua tengok ada sorang abang abis basah dengan telur sebab bergeluman dalam telur pecah semata-mata nak cari telur yang tak pecah. Sampai macam tu sekali desperate nak kutip telur. Bukan dia sorang sebab gua tengok amat ramai orang berhenti kiri kanan jalan semata-mata nak kutip telur. Persoalannya, pemilik telur tu kasi ke tak? Bayangkan berapa banyak pemandu lori tu rugi bila lori dia terbalik. Nak baiki lori lagi. Nak ganti telur lagi. Tapi ada siapa kisah? Ada, iaitu makcik makcik pecinta telur yang main kutip je telur tanpa kebenaran.

Gua harap, benda ni dah tak ada tahun 2010.

Hentikan program Raja Badut

Program yang gua paling anti kat Malaysia adalah program Raja Badut. Celebriti yang paling gua anti adalah Nabil Si Raja Badut. Tak terkecuali juga Saiful Apek. Gua tertanya-tanya, tak boleh ke pelawak kat Malaysia jadi pelawak yang ada standard umpama actor dalam sitcom My Wife and Kids atau Melcom in The Middle. Kalau nak teruk pun, jadi la macam sitcom According to Jim atau Two and a Half Man atau F.r.i.e.n.d. Tak pun kalau nak buat cerita yang merapu sangat pun, buat lah umpama The Nanny. Tak kurang juga lawak dengan buat bunyi kambing. Lawak dengan buat mimik muka dan bunyi-bunyi hanyalah untuk badut dan amat tak sesuai zaman sekarang. Kalau zaman P Ramlee dan Mr Bean mungkin boleh lagi. Tapi kalau zaman sekarang memang tak ah.

Berhenti percaya pada bomoh.

Lu, apasal suka sangat percaya pada bomoh dan perubatan tradisional? Contoh bomoh yang gua tak tahan adalah perubatan cakra alam. Memang sengal lah kalau ada yang percaya benda benda macam tu. Cuma gua nak cakap, lu sakit, lu pergi jumpa bomoh, lu akan dapat lagi banyak penyakit. STD. Dah buat pap smear atau belum?

Lagi-lagi tak faham bila ada perempuan yang merelakan si bomoh buat ikut suka. 

Tahun depan, jangan lah melanggan bomoh. Melainkan, korang kena santek. Tapi pastikan bomoh tu betul-betul guna cara Islam.

Persepsi yang tak berubah-ubah.

Gua harap dunia seni Malaysia berubah. Kalau boleh jangan la lagi asyik buat cerita sedih. Dah tu, orang baik tentunya miskin dan orang jahat tentunya pandai dan kaya. Juga gua harap jangan lah di jadikan cerita melayu hampir sama seperti cerita indon. Kalau lu orang minat benda-benda yang boleh buat leleh air mata, tengok la citer indon dan baca lah novel keluaran Alaf 21. Gua dah anti novel Alaf 21 sebab cerita dia banyak yang sedih-sedih. Tak boleh ke happy sikit dari start hingga ending? Ana Muslim? Dear Yayah? Lagi tak ah. Tu cerita under 10%.
 



 Happy 2010 to Gadisku.

Btw, gua terlayan cerita Cinta Balqis yang kat Tv3 pukul 6.30 petang. Gua teringat kat Marlisa. Agak kesian ah kat dia kalau dia tahu yang Emran tu sebenarnya suami Balqis. Well, nak buat macam mana, itu mungkin balasannya merampas laki Abby Abadi dulu. Tapi gua tetap sokong Marlisa. Gua harap dia happy dengan Norman Hakim.

Ramai cakap “Norman tu teruk sebab dah ada isteri yang cun seperi Abby tetapi still nak cari awek yang lagi muda.”

Well, gua cuma boleh cakap “N is not to be blamed. He is just being a man

XOXO
Gossipboy.

Apahal lu orang gelak gua kasi salam?

Comment Here

20 ulasan:

  1. haha,sumpah lawak aku gelak cam tengiling.lagi2 citer 'buat malu tepi jln'.haha.

    weh, aku suggest nk novel best pegi ar cekau jemari seni punyer.lyn cter hlovate best2 sume.seyes alaf 21 dh x menyengat.

    psl norman hakim tue erm, aku males nk msk hal umah tgg org tp seyes aku suke N & AA drpd N & M.

    k la, epi new year gossipboy.=)

    BalasPadam
  2. ahahaha... bila ku bc sampi bawah aku dah gelak kuat da..

    waddahell....... XOXO.. gossipboy?

    BalasPadam
  3. happy new year and all the best..:)

    BalasPadam
  4. panjang nye bebelan pakcik k.. :P

    BalasPadam
  5. haha,bukan main lagi kau mengate bof eh??kate jela kau jeles dorg muke gler jambu + ensem . sengal ~





    nice post btw...:))

    BalasPadam
  6. haha,bukan main lagi kau mengate bof eh??kate jela kau jeles dorg muke gler jambu + ensem . sengal ~





    nice post btw...:))

    BalasPadam
  7. sesuka ati je ngate BOF.alaa..klu ko tgk lme2 jan di tu cute oker..

    alaf 21 lak..mm aku no komen..but skang aku juz tertumpu kat ramlee awang murshid..seyes cter die seme buat aku rse bes..

    BalasPadam
  8. jan di tu memang tak lawa tapi di COMEL lah..
    papepon LMH tetap hensem..haha..

    BalasPadam
  9. haha gila best entry ni. tak tahan part tiru GossipGirl. Haha :)

    BalasPadam
  10. yg lain sume aku setuju..
    tp part B0F aku 100 pratus xsetuju..
    ngaku jewk r k0 xde awek sec0mel jandi..
    dan k0 ta se'encem & kaya spt jun py0..
    bluewk ;p

    BalasPadam
  11. yang lain aku no komen tapi yg pasai raja anjing tu aku nak komen...
    kenapa raja anjing??
    aku tgk mcm rancangan anjing menyalak paling kuat smpai org gelak..wtf??
    terhegeh2.lawak x perlu di buat2 sebab lawak tu bnda smulajadi.kalo buat2 dia xkan jadi lawak tapi dia akan jadi anjing.
    so kita kena tukar nama raja anjing.
    tapi tak kisah la nama apa pon rancangan tu pasai aku bukan tgk pon.

    kesimpulan dia aku setuju.

    BalasPadam
  12. errk.. rasanya Mr.k tak mendalami novel tuh betul2 sebab tuh hanya fikir seeeedddeeehhh ja.

    BalasPadam
  13. errk.. rasanya Mr.k tak mendalami novel tuh betul2 sebab tuh hanya fikir seeeedddeeehhh ja.

    BalasPadam
  14. mne ad bof gay! argh! jelez ckp la.... =P

    BalasPadam
  15. btw... gua lu gua lu? ergh! its ^@%&*&*#

    BalasPadam
  16. hahaha..ko maner tau raser nikmat nye pengalaman merebut telur...hupss!!btw aku pernah je join adventure memungut ikan kembong yg bersepah di jalann akibat lori terbalik...syoxx!!.yg besh nyew tokey a.k.a abg hensem tu siap bekalkan plastik lg kat org yg tgh kutip ikan tu..luv abg hensem!!.hahaha..insyaAllah dihalalkan...ngee~

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.