Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Kenangan Cinta Bas 'Cepat Express' Seat 32-33.

Imej
Assalamualaikum


Ni kisah 100% betul okay.

Sejak dari first day puasa, hinggalah hari ni, aku tak pernah balik dan berbuka puasa bersama famili. So, ayah aku call dan suruh aku balik. Dia suruh aku naik bas. Aku pun... aduh. Dah lama gila aku tak pergi Melaka / Kuantan naik bas. So, rasa kekok gila.

Selepas kelas Material dan Latex hari tu, aku pun pergi lah beli tiket untuk balik pada hari Jumaat 27 Ogos 2010. Sambil tu, aku beli hadiah birthday gedik girl.

Bla bla bla. Hari ni, 27 Ogos, tanpa solat Jumaat, aku rushing dari rumah aku ke Alor Gajah dan ke Melaka Sentral. Sampai kat Melaka Sentral tepat-tapat pukul 3 which is waktu bas aku betolak. Then masa nak naik bas tu, pak cik driver bas tu mintak tiket. Then bila aku kasi, dia tanya aku beli mana tiket ni sebab tiket tu macam tipu punya. Aku pun dah macam "Oh shit". Memang agak panas lah. Naik bas jauh-jauh nak ke MS tengok-tengok dia kata tiket tipu. Bla bla bla. Dia kata okay. So, aku pun naik lah. Seat aku, seat 32. …

Kisah Benar Pengakuan Paderi? Padahal Article Tu Rekaan Je.

Imej
Assalamualaikum

Blah blah blah. Ni berita palsu yang aku ambil kat facebook yang ramai gila dah dok forward.








KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!


Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, …

Kisahnya, Si Penjual Burger Dapat Awek High Maintenance - Brader Love Xfm.

Imej
Assalamualaikum


Hari tu, dalam pukul 6 pagi. Perh, awal gila kan aku bagun pukul 6 pagi. Padahal aku tak tidur lagi pun lagi malam tu. Masa tu aku dok-dok usha awek kat facebook. Then, ada sorang roomate kesayangan aku ni panggil aku suruh tengok laptop dia. Kacau betulla. Aku memang malas gila nak bangun jalan 5 langkah pergi tempat dia. But then dia cakap "Penting. Kau mesti masukkan dalam blog kau." Pastu aku bangun lah pergi kat tempat dia ya Allah jauh nya tempat dia. Kalau aku ada isteri kan mudah. Boleh suruh dia tolong angkat kan.

Then then then, aku pergi la. Dia tunjukkan aku satu video yang tak ber-video tetapi bersuara. Masa mula-mula nak dengar tu, rasa malas gila. Tapi bila dah dengar bab perempuan tu cakap ya Allah ayu, lemah lembut, comel, gebu, betullah perempuan tu. Memang cari pasal.

[Flash 9 is required to listen to audio.] Sila PLAY

So, aku uploadkan vidoe tu kat sini. Aku dah convert ke mp3 file supaya ianya ringan. So, tak adalah korang nak merungut caka…

This is How To Tease The Comel Girls, Cruelly.

Imej
Assalamualaikum.

Point komik di atas bukan menunjukkan yang lelaki suka merapu dan fikir bukan-bukan serta bukan suka perasan. Ya. Bukan. Kalau di difikir-fikirkan balik, lelaki ni bagus. Bukan sahaja bagus. Malah baik. Tak ada masa punya mereka nak perasan-perasan ni. Dieorang just... just... errr... erm. okay fine lelaki memang kadang-kadang kuat perasan. Aku ingat lagi member kasayangan aku pernah cakap;

"Weh khairul, tadi, masa aku tersalah masuk tandas perempuan, aku terjumpa sorang awek. Cun gila doe. Aku rasa tu jodoh aku tuh" 
Wth. WTH. Jumpa awek dalam tandas pun terus nak di kaitkan dengan jodoh? Tapi tak apa. Dia hansem.
So, adakah ini bermaksud lelaki adalah makhluk yang mengada-ngada, perasan, gedik dan syok sendiri bila nampak gadis comel? Oh tidak. TIDAK. Tentu sekali tidak. Mereka bukan mengada-ngada, gedik, perasan dan syok sendiri bila jumpa gadis comel. Mereka hanya... hanya... berfikir untuk jangka masa panjang. You know... jangka masa panjang.
So, kalau lela…

Eley. Aku Lagi Romantik La.

Assalamualaikum


Okay maybe not. But, apa kata kita semua hoping yang perkara kat bawah tak akan berlaku kat kita.



Malu sial. Tapi kan, rasanya lagi berpatutan kalau cakap 'YES' dulu. Then bila dah kat rumah baru la cakap 'NO'. Untuk kebaikan bersama juga. Tapi satu je tak bagus bila propose someone depan orang ramai which is; pressure.

Cuba Untuk Mengkritik Blog Sendiri. Terharu.

Imej
Assalamualaikum


Di suatu hari, pada waktu tengah hari yang amatlah tak hening, aku berlari-lari menuju ke sebuah tempat di kolej ku untuk menyiapkan sebuah lab report. Pukul 5 nanti dah nak kena hantar. Tapi aku tengok member-member aku semua macam tak buat je lagi. Biasa lah, last minute work always 'works'.

Masuk je bilik yang beraircond  kental tu, terus aku cari sebuah computer. Duduk, cucuk pendrive, dan terus start menulis. Memang feel lah buat kerja di tempat yang ber-air condition. Kan bagus kalau setiap university sudi providekan air cond ke setiap rumah studentnya. Baru lah students nya boleh study tanpa merengek yang bukan-bukan pasal suhu panas. Darah muda, biasa lah panas-panas ni. Hot lah katakan.

Aku pun menulis, menulis, menulis dan terus menulis. Memang syok gila lah menulis. Agak-agak kalau terbakar tempat tu pun aku tak akan perasan. Dengan kata lain, apa-apa yang berlaki di sekeliling aku mesti aku tak akan perasan punya lah. Mesti.

Tapi then, aku perasan a…

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al Mubarak

Imej
Assalamualaikum



Bila di sebut Ramadhan je, sila ingat pasal puasa dan ibadat dan bukan Nia Ramadhani okay.

Hurm, puasa kalau tak silap aku adalah pada hari Rabu ni which is 11/8. So, kepada yang tak habis lagi ganti puasa tu, cepat-cepat lah pergi ganti terutamanya kepada makhluk-makhluk yang asyik dok bulan mengambang. Hari-hari dalam bulan puasa bulan mengambang apahal? Tipu betul. Kat makhluk-makhluk yang dok asyik kena gastrik bila tiba bulan puasa pun tak terkecuali.

Well, kalau ikut firasat aku lah kan, statistik orang yang 'menghidapi' gastrik akan meningkat secara medadak. Statistik penjualan bungkusan makanan polystyrene pun mungkin akan naik secara drastik. Tak terkecuali bilik-bilik study di hostel micet akan berkunci dari dalam di siang hari.

Kalau boleh, puasa tahun ni, tak nak lah aku pergi rumah member pastu nampak member tengah dok masak maggi. Maggi je? Alang-alang nak ponteng puasa tu, makan lah KFC Toasted Pocketfull ke. McDonald GCB ke. Setakat meggi, t…

Sekolah Untuk Perempuan Mengandung - Atasi Pembuangan Bayi?

Imej
Assalamualaikum

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka semalam mengemukakan cadangan menubuhkan sekolah khas untuk pelajar mengandung, sama ada mengandung hasil perkahwinan sah atau menerusi perhubungan luar nikah, bagi mengatasi gejala pembuangan bayi sekaligus menyelesaikan isu keciciran dalam pelajaran.
Jika menjadi kenyataan, sekolah itu akan menerima pelajar dari seluruh negara.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan penubuhan sekolah itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk pertimbangan.
"Kami serius mengenai cadangan ini, jika kementerian tak setuju, kami sendiri akan mengusahakan penubuhannya,'' ujar beliau selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini semalam.
Mohd. Ali berpendapat adalah lebih baik remaja yang mengandung mempunyai saluran meneruskan persekolahan daripada berhenti dan seterusnya tercicir dalam pelajaran.
Beliau bagaimanapun tidak mahu cadangan itu disalah tafsir …