Assalamualaikum
Bila di sebut Ramadhan je, sila ingat pasal puasa dan ibadat dan bukan Nia Ramadhani okay.
Hurm, puasa kalau tak silap aku adalah pada hari Rabu ni which is 11/8. So, kepada yang tak habis lagi ganti puasa tu, cepat-cepat lah pergi ganti terutamanya kepada makhluk-makhluk yang asyik dok bulan mengambang. Hari-hari dalam bulan puasa bulan mengambang apahal? Tipu betul. Kat makhluk-makhluk yang dok asyik kena gastrik bila tiba bulan puasa pun tak terkecuali.
Well, kalau ikut firasat aku lah kan, statistik orang yang 'menghidapi' gastrik akan meningkat secara medadak. Statistik penjualan bungkusan makanan polystyrene pun mungkin akan naik secara drastik. Tak terkecuali bilik-bilik study di hostel micet akan berkunci dari dalam di siang hari.
Kalau boleh, puasa tahun ni, tak nak lah aku pergi rumah member pastu nampak member tengah dok masak maggi. Maggi je? Alang-alang nak ponteng puasa tu, makan lah KFC Toasted Pocketfull ke. McDonald GCB ke. Setakat meggi, tak feel langsung.
Dan kepada perokok pula. Dari pandangan aku lah kan, seseorang tu akan hisap rokok selepas bangun tidur, masa bosan, masa tengah borak dan masa gap di antara dua kelas. Agak-agak korang, macam mana ek budak-budak yang kuat merokok nak tahan diri dari merokok di siang hari? Selepas ni mesti keluar 'fatwa' rokok tak batalkan puasa sebab ia tidak mengeyangkan dan menghilangkan dahaga.
Selepas puasa, apa lagi, Raya lah. Bila sebut raya, teringat aku pasal entri aku pasal perempuan dan baju raya.
Lelaki, paling cepat beli baju raya adalah semasa bulan Ramadhan. Kadang-kadang satu hari sebelum raya (Eid eve) baru nak jenguk-jenguk kedai baju. Tak kurang juga yang pakai baju tahun lepas punye. Berkilat lagi baju tu. Lelaki bab jaga baju memang pandai. Tak membazir. Baju pun, satu baju melayu, satu pasang baju untuk jalan-jalan. Esesori hanyalah butang baju melayu, selipar, songkok dan senyuman menggoda yang menawan.
Perempuan lak, paling lambat beli baju raya adalah dua bulan sebelum Ramadhan. Confirm nak tempah baju tu. Kalau beli yang dah siap, mesti dalam hati makan banyak-banyak. Raya pun rasa tak macam raya. Sepasang? sorry la babe. Paling kurang pun 8 pasang. Satu hari 3 pasang. Sampai hari raya ke 4 pun bertukar-tukar baju baru.
Masa nak raya tu, emas intan permata yang di simpan dalam bank semua buat keluar. Telinga, leher, kaki dan lengan mesti berat je nampak. Bila bercakap je digoyang-goyangkan tangak dan telinga nak kasi bunyi "kecing-kecing" padahal mas tu celup-celup dari Zhulian je. Sambil goyang-goyang, jeling sambil kenyitkan mata. Gedik betul.
Oh, oh. Aku terlupa nak cakap. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Dan Selamat Berpuasa.
Well, mesti aku antara orang yang first yang cakap pasal puasa-puasa kat dunia blog ni kan. Yang tak cakap pasal puasa tu mesti sebab tak abis ganti lagi. Kan. KAN?
Okay dah bye.
wau,, bestnye tocerr perempuan.. mentang-mentang belum puasa mengata sampai bab raya dulu.. heh.
BalasPadamp/s : tahun ni raya bakal xbest... T_T
haha. hutang puasa da settle. can't wait for ramadhan! (:
BalasPadamjom countdown to ramadhan. hehe.
dah nak puasa pun ngutuk pompuan laie.... bila nak tobat??
BalasPadamserius perempuan sampai 8 pasang?
BalasPadampaling lambat pun beli 2 bulan sebelum puasa?
tipu lah.
aku paling banyak pun sepasang baju kurung,
sandal pakai tahun lepas punya.
sekarang ni pun tak beli lagi baju raya.
haha. aku lagi awal ckp pasal puasa kot. ohh tak. aku just wish. tak merapu panjang macam kau. :D
BalasPadamaku nak cakap. yang aku dah habis ganti puasa, tu je, Bye!
BalasPadamtahun ni aku tak beli baju raya, pakai yg 2 tahun lepas punya je.. masih baru lg ok.. :)
BalasPadamanyway, selamat menyambut bulan Ramadhan.. semoga Ramadhan tahun ni lebih bermakna dari tahun-tahun lpas.. amin,insyaAllah..
hahhaa. mmg btl pon pasal baju dan perempuan tu
BalasPadamwei kerol... nk pnjam kreta ko buat jadi runner... hahah
BalasPadamaku rasa GCB lg sedap dr benda KFC tu.
BalasPadam@Kim - Sebab raya kat oversea?
BalasPadam@Geeds - Jom. 1.
@Sofea - Bila raya. ;)
@Luna - Amin.
@R - Boleh.. boleh..
huh? taklah sampai macamtu.. tapi raye ke-5 dah kene lepak KLIA..hais~
BalasPadamp/s : kalo kne raya kat sana baik aku takyah balik.. ;DD
salam ramadhan!:)
BalasPadameh u, mandai je taw. i taun nie baju raye sepasang je. epyyyy aje.
BalasPadamSelamat menjalani ibadah puasa. Jangan lupa baca doa berbuka puasa sebelum menjamah :D
BalasPadam