Ni kisah 100% betul okay.
Sejak dari first day puasa, hinggalah hari ni, aku tak pernah balik dan berbuka puasa bersama famili. So, ayah aku call dan suruh aku balik. Dia suruh aku naik bas. Aku pun... aduh. Dah lama gila aku tak pergi Melaka / Kuantan naik bas. So, rasa kekok gila.
Selepas kelas Material dan Latex hari tu, aku pun pergi lah beli tiket untuk balik pada hari Jumaat 27 Ogos 2010. Sambil tu, aku beli hadiah birthday gedik girl.
Bla bla bla. Hari ni, 27 Ogos, tanpa solat Jumaat, aku rushing dari rumah aku ke Alor Gajah dan ke Melaka Sentral. Sampai kat Melaka Sentral tepat-tapat pukul 3 which is waktu bas aku betolak. Then masa nak naik bas tu, pak cik driver bas tu mintak tiket. Then bila aku kasi, dia tanya aku beli mana tiket ni sebab tiket tu macam tipu punya. Aku pun dah macam "Oh shit". Memang agak panas lah. Naik bas jauh-jauh nak ke MS tengok-tengok dia kata tiket tipu. Bla bla bla. Dia kata okay. So, aku pun naik lah. Seat aku, seat 32. Seat 33, kosong. So, memang aku bantai tidur lah dari pukul 3.15 hingga pukul 5.15.
Tepat pukul 5.15. Aku sampai kat Segamat. Aku keluar lah pergi tandas repair-repair rambut sambil basuh muka dan mulut yang ada air liur basi apa semua. Dan aku perasan, nak masuk tandas situ harga dia 30sen. Oh, dah mahal.
Then, selepas beli Pepsi botol dan sebungkus roti, aku pun masuk balik ke bas. Masuk je, tengok-tengok ada sorang awek duduk kat seat aku yang kat tepi tingkap. Perh. Ni tak cantik bai. Aku baru ingat nak sambung tido, ada awek plak kacau. Ah, pergi mampus lah. Aku nak tido juga. Aku harap dia tak salahkan aku kalau kepala aku menyandar kat bahu dia dan air liur basi aku meleleh kat baju dia.
Then, masa aku duduk sebelah dia. Aku rasa kekok gila. Memang agak kekok lah sebab aku memang jarang duduk serapat ni dengan perempuan. Rapat dia memang kurang dari setengah jengkal. Dah lah seat ni aku sendiri yang pilih nombor dia masa nak beli hari tu.
Pastu, perempuan ni gedik doe. Masa bas nak bertolak, dia dok bye-bye siap buat flying kiss kat kawan dia yang kat luar. Geli aku. Pastu cakap-cakap macam orang bisu. Bajet kawan dia boleh dengar. Eww.
10 minit berlalu. Aku dan dia tak buat apa-apa. Masing-masing diam membisu. Tiba-tiba, dia call boyfriend dia. Tapi yang aku pasti, orang yang dia call tu tak nak layan dia. HAHA. Padan muka. Kau fikir kau hot? Aku lagi hot lah.*Tiba-tiba.*
10 minit lagi selepas tu, aku tengok dia main mesej. Dengan siapa aku tak tahu. Setiap 1 minit, dengar ada sms masuk dari henpon dia. Dan lah bunyi theme Windows. Ah rimas betul. Aku pun terus ambil henpon aku. Then main sms juga. Sekali msg, 4 orang. Bunyi panjang pulak tu. Heh, ingat kau sorang boleh main sms? Aku pun boleh lah, gedik.
Selepas dia dah tak ada apa nak buat, aku perasan dengan ekor mata aku yang dia pasang earphone sebab nak tidur. So aku pandang lah muka dia. Sekali aku pandang, PERH, COMEL DOE. Jantung aku terus bedegup kencang. Tak tahu lah kenapa. Reflection agaknya. Tapi serious comel. Dia pakai baju kurung warna meroon dan tudung (shawl) warna putih.
Tapi kan, aku ni seorang yang pamalu. So, kalau korang expect untuk aku tegur dia, memang mustahil lah. Well, believe or not dari pukul 5.30 hingga pukul 7, aku tak bercakap sepatah pun dengan dia. Aku usha je. Tapi tu lah, dok sebelah-sebelah. Rapat pulak kurang dari setengah jengkal. Ingat senang ke nak usha macam tu? Lagi pun, usha mengusha awek di tempat awam bukan cara aku. Ehem ehem.
Tup-tup, masa tu dah dalam pukul 7.15. Dah nak berbuka. Aku pula rasa mengantuk gila. Ye lah siapa tak mengantuk duduk sebelah awek comel tapi tak boleh nak usha dan segan nak borak? Awek tu pulak tak nak plak tegur aku. Sombong betul. Heh. Aku tak pasti lah kenapa dia tak nak nak tegur aku. Mungkin kah kerana awek tu luar je nampak comel. Tapi dalam, perh, tak comel? Tak pun, aku rasa mungkin sebab suara dia macam lelaki kot. Tak pun suara dia teruk dan tak sedap macam kuda. Kalau dengar mesti nak muntah. So, baik aku tidur.
Tiba-tiba;
"Awak, dah masuk waktu berbuka ke?"
Perhhhhh. Suara dia. Mak aiii. Lemak manis betul. Memang cair ah. Aku punya melting point punya lah tinggi pun boleh cair. Memang kuat betul heat dia. Tak hairan lah suara tu tergolong dari aurat. Then, bila dengar suara, aku pun terus buka mata. Bila aku buka mata, terus:
Ooohoi!!!!
Kalau mata dah bertentang mata~
Hati didalam bagai nak gila.~
Senyum lah senyum lah
ahhai cik mek molek.~
Senyum lah senyum lah
ahhai cik mek molek.~
(Ulang korus)
Gila lah super duper cute muka dia bila pandang aku. Kiranya, dari mata terus jatuh ke hati bai. Dari hati terus jatuh ke errr. Nvm. Tapi soalan dia tu telah merubah segalanya. Hati ini yang dulu umpama gurun sahara kini sudah mula lembab. Yang dulunya tak ada tumbuhan kini sudah ada benih-benih bunga cinta. Bunga tu pulak, terus menguntum mekar. Tak ada dah masa nak main tumbuh-tumbuh daun apa jadah itu semua.
"Ye" Aku jawab. Padahal aku tak tengok pun jam dan aku tak tahu pun berbuka pukul berapa. Bila aku dah jawab 'Ya', dia terus buka beg dia nak minum air. Aku terus tanya balik "Dah masuk waktu berbuka ke?". Dia pun pelik. Ye lah, tadi dia tanya 'dah masuk waktu ke belum'. Aku boleh kata 'ya'. Sekarang, aku pulak tanya soalan yang aku dah jawab tadi.
"Dah berbuka kot" Dia jawab sambil stay dengan muka tengah pelik dia.
Walau pun mengarut, itu lah perbualan pertama antara aku dan dia. Oh. So romantic. Pulak tu, menu berbuka kiteorang berdua sama tau. Dia ada satu roti, aku pun ada satu roti. Dia ada satu botol air. Aku pun ada satu botol air. Perh. Memang banyak persamaan. Sayangnya aku tak beli chocolates atau apa-apa makanan lain. Kalau ada, mesti lagi romantic boleh share.
Selepas borak-borak, aku dapat tahu yang dia belajar di Segamat dan rumah dia adalah di Johor Baharu tapi family dia pindah Kuantan untuk sementara. Dari gaya, dia ni tak adalah high maintenance. Dia ada tanya aku kot-kot aku ni student UITM segamat. So, maksudnya, dia bukan budak UITM. Kat segamat ada berapa banyak tempat belajar yea? Kalau tak banyak, boleh lah aku cari dia kat facebook. Dia memang comel. Tapi comel lagi budak utara yang 'tu'. Hehe.
Tapi yang aku perasan dari mula adalah dia dah pakai cincin kat jari doe. Well, bila seorang perempuan tu pakai cincin, tahu apa maksud nya? Maksudnya, si lelaki perlu work harder sebab bukan senang untuk merampas isteri atau tunang orang.
Then, masa nak sampai kat terminal bas Kuantan tu, aku perasan yang ayah dia asyik call. Aku tanya dia, dia cakap ayah dia dah tunggu. So, aku andaikan yang ayah dia tengah risau kan dia. Bila di fikir-fikirkan balik, aku rasa ayah dia TAHU yang anak dia yang sorang ni amat comel dan mungkin akan di kacau oleh lelaki-lelaki gatal di dalam bas. Tapi, apa yang ayah dia TAK TAHU, ialah, ada seorang lelaki yang baik yang sedang duduk di sebelah anak dara dia. Kalau ayah dia tahu tu, mesti ayah dia tak akan risau.
Kan?
But then, I did not managed to ask for her phone number. Not even her name. What a shame.
:((
Perlu usaha lebih bro.hahaha
BalasPadamhaha
BalasPadamkenangan manis dalam bas yang memang susah nak lupe
haha
takpe bro. kalau ade jodoh mest boleh jumpe balik
tu pun kalau ada jodohlah
haha
alamak.. melepas la pulak. takpe takpe. cube lagi next time.
BalasPadamlor.. tada apa apa berlak lah ekh.. takpaaa.. ada jodoh leh ketemu lagik.. keh keh keh
BalasPadamWAHAHAHAHA lawak gila aku bace entri nih.
BalasPadamgeli weh! geli!
tak lari gunung dikejar.jodoh takkan kemana. maybe theres';d' another girl that suitable with you.haha.love reading your post!
BalasPadamAaahhh~ bukan main happy kau cerita...last-last ending sedih pula.
BalasPadamhahahaha.. adehh.. sian
BalasPadamAlaaa.. experience dah sweet.. tapi tak mintak nombor pulak.. takde sambungan lah cerita neh.. hais~
BalasPadamperempuan comel tu dah jadi tunang org kot. knp mr. K tak try tanya status dia? hehee. =p
BalasPadam:)
BalasPadamehe..
kawan saya kawen dengn cnta bus expres dier..
30sen?
BalasPadamtahap sungei wang dah tu.
cube lagi
BalasPadamc'mon Mr K
@En Ilham - Amboi ayat. Tak suportive langsung. Haha.
BalasPadam@Lemonade - Ingat senang ke nak mengurat perempuan. Amat susah bagi lelaki pemalu. Double susah bagi lelaki yang ego. ;)
@Adziim - Life is always about sad ending.
@Aida - Kang kalau aku tanya, nampak sangat macam nak mengurat. Tapi, memang nak mengurat pun. HAHA.
@Gadis - Lucky them.
@Kap - Mahal kan.
hahahaha... c'mon la org kuantan. berani sket..
BalasPadamLMAO!!! Kelakar betul aku baca entry ni.. Sipa ada lagu bagai bila bukak mata.. apa kes?? miahaha
BalasPadamBtw tu lah ko dok kutuk, hina dia semua kata gedik.. last2 ko pulak sangkut kat dia.. - -"
kan dah rugi
BalasPadamkihkihkih
jodoh tak kemana bro.
BalasPadamdamn. aku pon harap aku dapat macam kau, sayangnya setiap kali aku naik bas, makcik2 je yang duk sebelah. =.='
serius cumel gambar yg pkai spec tu (wpun ta nmpk pnuh)
BalasPadam:)
alahai.. sayang.
BalasPadamcrita sweet dah.
lain kali snap dan letak gambar awek comel dalam blog ni k..haha!
BalasPadamterbaik MR K..suka sy baca post awk kali ni..hehehe..x pa..nanti kalau ada jodoh..confirm dpt jumpa dia lagi..hahahaha.. ^^
BalasPadamhaha , kau pemalu .
BalasPadamhehe , klakar lah sebab macam tak percaya lelaki pemalu .
Hahaha! Tetiba aku teringat kau punya artikel 'perasan', tang sama air botol dgn roti.
BalasPadamAnyway, semoga kau btemu semula awek kiut itu... :)
chittt!! ending tak hindustan langsung!!!!!
BalasPadamkau nampak cincin je terus tunang ye. tesilap jari ke dia pakai tu mana tau kan.
BalasPadammr K nih bdak uniKL melake yg kat naning kan??
BalasPadamouh.. my makcik pon jupe husband dlm bas.. tp naseb manusia berbeza beza kan..
hahahaha
BalasPadamseyes lawak! laen kali gentle lah sikit bro... ;p
@Alia - Susah lah nak berani.
BalasPadam@Zul - Dah sangkut. Nak buat macam mana. -,-
@Anwar - Nanti dia mark aku sebagai pervert macam mana?
@Sue - Kalau kau jumpa aku, kau akan percaya.
@Puteri - Ye. Harapan yang mustahil.
@Aten - Abis tu, cincin sebetulnya pakai kat mana?
@Ayd - Taman Jati la.
@Lin - Gentle? Tak nak lah. Takut dia cop sebagai gatal. HAHA.
rugi doe..
BalasPadamat least tye la nama..
tapi takpe..
kalau ada jodoh takkan kemana..
=p
lenkali buat kad bisnes.
BalasPadamhuhu...ko da ley wt cerpen da neh~
BalasPadamacece , citer ko neh wat aq gelak ,, perh x bole blah..
BalasPadamaq balik nke train jrng ah dpt duk len jantina ,, huh slamt iman aq hahaha
ouh damn! nvm. better luck nxt time.
BalasPadamhaha.
alahaii...
BalasPadamcomellnye pemaluu..
HIHI
hahaha. nice story :)
BalasPadampasneh cari single seat jer lah.
BalasPadam=p
@Fena - Aku pun terfikir gak macam tu semalam.
BalasPadamDrunbella - NO WAY. Haha
lelaki memang suka pompuan cantik eh? habis tu, pompuan yang tak cantik tu macam mana? huhu
BalasPadam@Lucia - Perempuan suka kat lelaki kaya je ke. Abis tu lelki tak kaya macam mana?
BalasPadamkah kah kah...lawak la lu der...skang dh x main tnye no fon..tnye alamat umh trus..sng nk anta rombongan..hahahaha
BalasPadamhahahaha.. tak semua pompuan suka lelaki kaya laa weyh.. heheehehe
BalasPadammanis. :)
BalasPadamlol terbahak2 gelak...
BalasPadamlawak entry nih
penah lalui cite yg hampir sma 2 taun lps..tp smpai skang xpenah jmpa dh..rugi2..haha
BalasPadamala x semestinye da pakai cincin da jadi org punye. mane tau cincin emas mak bagi, xpon cincin perak beli kat mall dengan geng2. brani la sket bro. aku penah ade perbualan sweet dengan mamat gentleman jugak. tapi aku pompan kot. takkan nak mintak no die. ko neh, entah2 die tu pon tunggu ko mintak no die. argh aku down.
BalasPadamp/s: jalan2 kat blog ko bro. best! :)
Gua pakai cincin sbb gua suke..
BalasPadamnmpk sket ade aksesori bro..
pastu boleh selamatkan gua bile ade bro x ensem ngorat gua...
hahaha...
"life is full of opportunity..
we have to grab it b4 we lose it!"-ayumi-
good luck bro!
Nabi s.a.w memberi ingatan :
BalasPadamSetiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini.." maka terhapuslah tutupan tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya. - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
saya bukanla seorang yang alim. tp saya cuma nak ingatkan you lain kali jangan cerita yang you tak pergi solat jumaat. saya minta maaf ya...saya tak berniat nak sakitkan hati.
uhuhu , alaa .. nie second tyme tau baca , tetap ta bosan sbb entry ni sweet , ahaii
BalasPadamMRK ! rugi la , at least nama tau pon jadik kot . hehe :)
cinta? love? pelik2...
BalasPadamhuhu...cik khairul...ayah sy driver cepat taw.....hehehehe...kuantan-melaka....
BalasPadamkalaw dier bukan student UITM segamat,pasti dier student MATRIK tangkak.....klw dier bukan stdnt MATRIK tangkak,pasti dia student ILP....errrr ILP ke IKM ek?? :D ntah2 budak skolah~ hehehehe
BalasPadamkisah ak kapel ngn ex ak pon sama. kluang-dungun. tp thn 4 tahun je. hahaha
BalasPadammr. K seorg yg pemalu ke ? haha
BalasPadamish , tak suka duduk sblh laki dlm bus . pernah skali duduk sblh , mak aih tegak je badan . last2 tukar tempat duduk stlh sure tkde org duduk . haha
siusly laa..
BalasPadamnpe la ak xbce post nie awal2..
ellow Mr.K, awek cute+ramah+manje+baek+ect... leh biar terlepas cmtu jek..
xpatut!!! siriusly dude~
pena skali dulu-dulu la zmn matrik, ak duk sebelah india laki pkai cawat.peh kecot pewot aku siot.salu balik matrik ak membute start dr nek bas smpai tibe.but tym tu 5 jam ak tak tido gelisah memanjang.seb baik laki mude.but then kalo die tak pakai cawat mayb bole thn la kot mamt india tu.haha
BalasPadamkenangan cinta dlm bas..MR.K study mne eh kt MeLAKa??utem eh..bila boley compile wt novel??
BalasPadambnyak kali kot aku bace entry nie... haha....baru terase nak komen...
BalasPadamoo...Mr.k...awak pya story same with me haha...bezanya ia berlaku bkn bln puasa....kitaorg berdiri sbb bas full...saya perempuan...di zaman smk....yg paling penting kitaorg mmg x bertegur sampai saya turun bas.......no happy ending...huhu(tapi saya x de la nak usha dia...just nampak muka dia waktu bas berhenti nak ambik penumpang....)hehe
BalasPadamhahaha...klakar dan terbaik doe..wa ske jalan cite lu beb..gelak je wa bace..tahniah krna x berjaya dpt tau num n name popuan tu...try harder beb..caya sama lu..
BalasPadamhahaha...klakar dan terbaik doe..wa ske jalan cite lu beb..gelak je wa bace..tahniah krna x berjaya dpt tau num n name popuan tu...try harder beb..caya sama lu..
BalasPadamhahaha...klakar gile..wa ske jalan cite lu beb..tp tu r lu x dpt gak num n name popuan tu..tp lek brader..wa caya sama lu la...hehe..
BalasPadamKo
BalasPadamwalaupun dah berkurun perkara ni saya cuma nak bagitahu saya tak pernah naik bas express dan mungkin takkan pernah naik..tapi bila terbaca kenangan ni mcm teringin pulak...hahahaha "dok geledah kenangan manis terjumpa pula kenangan ni,oh oh indahnya
BalasPadam