Memaparkan catatan dengan label facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label facebook. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Ogos 2010

Kisah Benar Pengakuan Paderi? Padahal Article Tu Rekaan Je.

Assalamualaikum

Blah blah blah. Ni berita palsu yang aku ambil kat facebook yang ramai gila dah dok forward.








KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!


Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya.


Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina
khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan
macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .



Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong
Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh
Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah
dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya
dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam
bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia
,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari,
kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama
1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah
Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah
bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong
Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah
bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama
2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan
pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram
dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya
bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya
terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk
Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak
mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher
hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju
putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya
dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan
belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan
disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang
dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air
hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam,
tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah
Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja
RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya,
Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di
Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji
Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah
yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya
En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana
kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.



Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar
perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya
untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -
lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar
RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta
kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana
tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal,
accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau
sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga
matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri
Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah
penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke
Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan
bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas
mesyuarat
3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah
masuk Kristian di Melaka.


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah
dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka
perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor,
Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar
(sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas
padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi
padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa
Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang
menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat
dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah
dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

*PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA
'Sebarkanlah walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu** dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama
untuksuami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara,
sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah
hu Akbar'......maha suci Allah.



Aku tak nak cakap banyak lah kan. Aku cuma nak tanya korang yang asyik dok forward or share article pasal "bahaya Holy Water", "Orang Kristian jahat plan nak masukkan Holy Water dalam sumber air Malaysia" atau "Air tin/kotak ni telah dicampur dengan holy water bla-blah"

So aku cuma nak tanya korang. What the hell is Holy Water?


Ye lah, korang dok kata Holy Water bahaya lah, sekali dah terminum dah tak boleh mengucap lah. Sekali dah minum terus murtad lah. Apa lah itu lah ini lah. Tapi korang tau tak apa benda holy water tu? Dok post cakap pasal Holy Water tapi tak tahu apa benda tu Holy Water, apa kes? Holy Water adalah air biasa. You know. Air biasa. Tapi dia di campurkan dengan minyak zaitun dan di letakkan di pintu masuk gereja sebagai simbolik bla bla bla dan di bacakan bacaan. Even orang kristian pun tak ada nak minum air tu sebagai santapan harian. Ianya bukannya macam air bacaan Yassin yang setiap malam jumaat.

Orang asyik kata air tu boleh buat orang tak boleh mengucap. Tapi, seumur hidup korang, pernah ke korang dengar sendiri (dengar depan-depan dan bukan dengar dari kawan punya kawan punya kawan punya kawan punya kawan) ada orang tak boleh mengucap? Even orang kristian pun relax je mengucap. Paderi pun boleh mengucap. So, mana datangnya isu Holy Water buat korang tak boleh mengucap?

Pasal holy water satu hal. Pasal article mamat yang bermana Salleh bin Omar atau nama Kristian dia Joseph ya Allah tak sedap betul nama dia. Alang-alang nak tukar nama tu, tukar la yang best macam Sylar ke. Peter Petrelli ke. Bruce Willise ke.


Pasal article tu, kat perenggan ke-3. Dia ada sebut pasal Ibu Tien Sueharto (Nama sebenar Siti Hartinah -Soharto) . Aku tengok nama ni aku rasa pelik. Apa hal isteri President Indonesia ke-2 tiba-tiba boleh jadi Asian Christian Women's Association? Okay lah fine lah. Dia ada agenda tersendiri macam Illuminati. Kiranya Tien Sueharto ni ada kuasa besar lah sebab boleh join Asian Christian Women's Assosiation. So, dia adalah pemimpin ACWA. Tapi suami dia bukan ke adalah pengasas Indonesian Association of Muslim Intellectuals (ICMI)?

Eh kejap. Isteri pengasas persatuan Kristian, suami pulak pengasas persatuan Islam? HAHA. Wtf WTF. This is 100% tipu ah.

Part tak boleh blah, siap masukkan lagi ayat konon nak tunjuk betul siap cakap "Sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan." Eh, tiba-tiba je patah tangan keluar. Pastu kononnya nak cakap kat Pahang dah di takluk oleh Kristian ah?

Baru 3 perenggan pertama 'cerpen' fitnah ni aku baca, dah macam-macam cerita palsu ada. So, terpulang lah kepada anda sendiri yang bajet nak mempertahan kan agama sangat. Padahal Kristian tak buat apa pun. Yang kita Muslim ni kecoh overreacted tak bertempat.

Benda-benda lain yang membuktikan yang article di atas adalah tak betul :
  1. Gereja di Jalan Gasing Pernah di lawat oleh pakar-pakar agama Islam seperti Nik Aziz.
  2. There is no such Persatuan Melayu Kristian Singapura.
  3. What the hell is Port Carzy? Wujud ke nama tempat tu?
  4. Holy Water yang hitam dan boleh buat lidah jadi bla bla. Pastu boleh pulak kata air tu hanya untuk orang Islam je. Boleh pula air tu kenal orang.
  5. Victoria Institute tak pernah ada pengetua / Headmaster orang Melayu. Kebanyakkanya adalah orang dari luar.
  6. Abd Rahman Yaakob - Bukan ke dia ni Yang Di Pertua Negeri Sarawak? Siap dua kali kahwin lagi. Padahal dalam article tu tulis sebagai paderi tak boleh kahwin.


Dan yang terakhir, orang yang tulis article ni konon nak tunjuk Islam lah sangat letak Surah Al-Ahzab:71. Sambil tu ada letak hadis Nabi cakap "Sebarlah ayatku walau satu pun.". Seriously, hampir setiap article yang ada ayat "Sebarkan ayatKu walau satu pun" adalah fake dan hoax. Yes. Hoax. Tapi apa yang orang Islam suka buat? Suka forward. Sebab apa? Sebab konon nak pertahankan sangat lah agama. Padahal, tak ada apa-apa isu pun.

Ni bukan mempertahan kan agama. Ni memalukan agama sendiri. Dah lah memalukan agama sendiri, fitnah orang yang dah meninggal pula tu. So, aku nak cakap yang tak ada satu benda pun kat dalam article tu yang aku percaya. 

Daripada post article rekaan ni, baik korang post pasal Dosa Berzina ke. Fadilat Puasa 6 ke.

Tak pun, sebarkan lah kelebihan isteri yang kasi suami kahwin dua... Okay juga.

Wekk.