Isnin, 23 Ogos 2010

Kisahnya, Si Penjual Burger Dapat Awek High Maintenance - Brader Love Xfm.

Assalamualaikum


Hari tu, dalam pukul 6 pagi. Perh, awal gila kan aku bagun pukul 6 pagi. Padahal aku tak tidur lagi pun lagi malam tu. Masa tu aku dok-dok usha awek kat facebook. Then, ada sorang roomate kesayangan aku ni panggil aku suruh tengok laptop dia. Kacau betulla. Aku memang malas gila nak bangun jalan 5 langkah pergi tempat dia. But then dia cakap "Penting. Kau mesti masukkan dalam blog kau." Pastu aku bangun lah pergi kat tempat dia ya Allah jauh nya tempat dia. Kalau aku ada isteri kan mudah. Boleh suruh dia tolong angkat kan.

Then then then, aku pergi la. Dia tunjukkan aku satu video yang tak ber-video tetapi bersuara. Masa mula-mula nak dengar tu, rasa malas gila. Tapi bila dah dengar bab perempuan tu cakap ya Allah ayu, lemah lembut, comel, gebu, betullah perempuan tu. Memang cari pasal.

[Flash 9 is required to listen to audio.]
Sila PLAY

So, aku uploadkan vidoe tu kat sini. Aku dah convert ke mp3 file supaya ianya ringan. So, tak adalah korang nak merungut cakap internet slow malas nak tengok bla-bla sebab aku memang nak korang dengar apa yang si perempuan tu cakap. Err, tapi jangan la pula cakap korang tak ada speaker ye.

Sebelum korang sambung baca kat bawah, sila play audio tu dulu yea. Sebab kalau tak, korang tak boleh hayati nilai, nada dan feeling dia. So, play dulu. Aku cakap baik-baik ni. PLAY, OKAY?

Okay.

Audio di atas adalah rakaman segmen 'Masalah Cinta' di radio Xfm antara Samad, Deejay radio (Brother Love / Brader lev) dan Sheren pasal masalah cinta dieorang. Kesahihan rakaman tu tak tahu lah betul-betul atau yang di buat-buat. Well, mungkin rekaan dan mungkin betul. Tapi kelakar lah tengok bekas pasangan tunang tu bergaduh. Comel betul. Dekat 20 kali dah aku dok ulang-ulang.

Well, antara quote yang aku amat-amat tertarik dengan rakaman ni adalah bila perempuan tu cakap;

"You ingat you nak bawak I pergi jalan-jalan naik lori ke? I tak nak lah naik lah lori ke, van ke motor. I nak kereta."

WTH WTH. Demand gila. Serious. Kalau nak di ikutkan, banyak lagi lah benda-benda yang si awek high maintenance personality tu cakap yang boleh membuatkan korang kerkata "What the fuuuuuu...." tak pun bagi yang manis lembut ayu sikit akan cakap "What the helll". Tak percaya, boleh play.

But then, bila dia cakap yang:

"Duit penting untuk jangka masa panjang"

Well, that is quite true you know. Nak kahwin perlu duit, anak sakit perlu duit, buat tu, perlu duit, buat ni perlu duit, nak beli tu perlu duit, nak beli ni perlu duit. Semua perlukan duit. Tapi, pernah ke ada keluarga yang kebulur selepas kahwin? Even Nabi pun pernah berkata "Carilah rezeki dengan bernikah"

Kalau target nak kahwin, memang tak adahal kalau jadi penjual burger. Tapi kalau aim nak kahwin, pastu honey moon kat bulan pastu nak naik kapal pusing-pusing dunia. Melancong sana sini, memang tak dapat lah.

Pulak tu, perempuan kan, mesti nak beli kasut, baju, emas, permata, intan, berlian ya Allah kesiannya lelaki. Ingat senang ke jadi lelaki kena feed wife(s) tersayang dia dengan benda-benda pelik. Kalau dah lepas kahwin tak apa lah. Kalau kahwin pun tak, tapi nak kena support sara hidup macam mana? Tak kesian ke kat lelaki? Kesian tau...

Apapun, harap-harap tak ada perempuan yang perangai macam yang dalam rakaman radio tu yang baca blog aku. Tapi kalau ada, bagus juga. Mesti dia terasa.




90 ulasan:

  1. Keluar pun entri pasal video tu. Layan!

    BalasPadam
  2. malukn kaum wanita jea .

    rasenye ,
    that girl x kan bahagia !

    BalasPadam
  3. dah dgr video tu semalam, pergh, mmg sungguh takleh blah kan pempuan tu.

    tapi gaya dia cakap macam dia langsung tak ada usaha nak kaya. usaha nak kaya dgn cara cari lelaki kaya, usaha sendiri cam mana lak kan.

    zaman skang suami isteri kena give n take sama-sama usaha jana kewangan famili. kos hidup skang tinggi kalau serah kat laki je memang pengsan la. ayah aku sendiri pun tak bagi kalau aku kawen then jadi seorang yg bergantung kat suami je. pempuan kena independant gak. zaman dah berubah.

    BalasPadam
  4. hoho. okayy. tu la masalah sekarang. ada orang yang x kisah. tapi mak bapak dia pulak yg gila2 punya x setuju.
    tp aku ok je. as long as dia mampu nk tanggung hidup and ada kerja tetap. kalau x suka x payah kapel dari awal. buat sakit hati pihak yg lg satu.
    bagi aku kalau kaya tu bonus. kalau xde pun boleh hidup jugak tapi mesti ada kerja tetap.

    BalasPadam
  5. wahh... mau teruk laki tu kena hentam.. hahak... lawak lah...

    "You ingat you nak bawak I pergi jalan-jalan naik lori ke? I tak nak lah naik lah lori ke, van ke motor. I nak kereta."

    gahahaha... macam pompan tu bagus sangat... demanding habis-habisan.

    p/s: macam sora kazen sdiri pun ada gak.. sejibik! gahahaha

    BalasPadam
  6. seriously, wanita mcm tu mmg xfkir masa hadapan (walaupun die kata die pkir mase depan), xtau ape yg sbnarnya berlaku kat dunia ni, xpndg sesuatu dgn mata hati tp hanya dgn mata kasar, xpndai nak beza antara appearance dgn reality, igt pakwe baru die tu byk duit kekal smpai mati ker......this thing is very dangerous dlm akhir zaman skg ni...

    BalasPadam
  7. Serius..Perempuan mcm ni sgtla b***ch. hehehe... mmgla duit tu penting.. sbb tu wujudnya istilah usaha.. nk kawen... tp brgntung kt laki je.. skali laki tu tinggalkn dy.. merempat punye!

    Stuju. Duit sgtla penting.. tp x semestinye kne cari laki kaya. kalau kahwin nk hidup senang, sama2 cari duit. Sbb tu jgk wujudnya istilah 'Harta SEPENCARIAN'. Kalau nk beli rumah banglo, kereta mahal.. kumpul duit separuh2. Kite tolong suami bkn brmkne suami tu x bg nafkah kt kite... :)

    isk.. emo tgk prmpuan mcm ni. pttnye sblm brtunang buat kptusan betul2. blaja mcm mana nk hidupkn rumah tangga bahagia... ape la.. :p

    BalasPadam
  8. http://www.facebook.com/notes.php?id=1717044068#!/note.php?note_id=457289392058

    BalasPadam
  9. apa susah sekurang kurangnya putus awal.
    cari lain.
    perempuan baik ada banyak.
    cuma kena korek sampai ke lubang cacing saja lah.

    BalasPadam
  10. "stakat kerje radio x taw lg kaya ke x..."

    brada love silent

    jeng jeng jennngg!! :))
    klaka plak tang tu.

    BalasPadam
  11. haha..lawak weh dgr..cm lahanat je ayt pmpn tu..

    lori?? ape class pkai lori brother..haha

    "org lain mmg bli kereta..ak beli lori..rare pe..lain dr org lain..sok lusa nk bli lori treller plak"

    hahaha

    BalasPadam
  12. pompuan zaman skrg memang yg ramai materialistik, tapi masih ramai yg tak meterialistik.. cari betul2.. dapat laa hehehe

    BalasPadam
  13. suka jugak dgn pompuan mcm nie..skrg2ye die jujur..tp tang bab high maintenance tu...akak kurang bersetuju la...parah lelaki nnt...

    BalasPadam
  14. hohohoho .... ini nme nye materialistik .... :)

    BalasPadam
  15. WTF punye pompuan. bangang sial!!!.. malu weyh malu dgn spesis sndr. arghhh. why she got into dat relationship at da 1st place.? siap bertunang lg x leh bla!!!...

    hot aku.. hot..

    BalasPadam
  16. mr.k,
    aq rasa ni cerita betul ni,
    dulu tyme aq kat matrik,
    aq selalu je dgar brader luv ni...
    aq pernah mintak brader luv ni 'setelkan' ex aq dlu....
    muahahahahaha!!!
    [er, he might reading dis~]

    papepon brader luv mmg sempoi r ayt dia...
    pompuan tu pehal..gewdix x ingt...
    demand gilaxx!

    BalasPadam
  17. duit itu perlu
    tapi menghina orang itu tidak perlu

    BalasPadam
  18. Kesimpulannya, DUIT itu penting. Bukan sebab gila duit atau apa tapi ianya keperluan hidup, nak makan pun kena guna duit, bukan ?



    TAPI perempuan tu memang terlampau sudah high maintenance -___-" Pandang orang sebab belikan dia beg tangan, kasut. Tu belum kahwin bebetul lagi. Haishhh !

    BalasPadam
  19. mmg perempuan skg demand tinggi..lg2 perempuan bandar.
    tapi, kalau dh mule2 tahu si lelaki tue x kaya sgt, npe nk bercinta gak kan???
    heehhe..
    sbb tue la nabi suruh umat dia kahwin dg yg sekufu...
    ada sebab disebalik itu...

    BalasPadam
  20. perempuan tu sangat tak fikir panjang. bukan nak tolong ke ape tunang die tu. tapi makin nak menyusahkan dengan macam-macam permintaan. eh hello.. nak brg mahal2, kerja la.. cari duit then beli sendiri. sendiri puas hati. tak payah tunggu orang lain bagi la.. ishk.. kan dah emo.

    BalasPadam
  21. adeyhh tak boleh play, error pulak. tp dh pernah dgr kat facebook. kalau sy kat tempat tunang dia pun, memang sakit hati gilerr laa. pompuan tu pretend mcm dia bagus sgt je, nak laki kaya. buat nya nanti laki kaya tu tinggalkan dia baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. wuhuu. hidup biarlah sederhana. bukannya artis pun nk high maintenance sgt. kan kan.
    selamat berpuasa encik khairul. =)

    BalasPadam
  22. act bnde ni klako lerh .
    tak sokong ane2 pihak .
    sebab pmpn yg mate duitan , dan laki yg tak nak usaha lebih .

    tapi ase cm bodo sebab gado sbb laki yg kaye . alahai alahai .
    kalau one day die tnggalkan dats girl, die takde pe2 . nothin .
    fer me better die kayekan diri sendiri dan senangkan idup sendiri . ade kereta sendiri .
    tak payah nak harapkan org .
    come on lerh . kite bukan duduk 60 70an . yg kne bergantung idup semate2 dgn lelaki .
    then if die dpt kawen nan laki yg kaye itu name jodoh dan rezeky :)
    sebab sape tak nak idup senang kan ?

    BalasPadam
  23. HAHAHA. Ni first time aku nak sumpah seorang perempuan.

    BalasPadam
  24. aku pun baru dengar semlam..
    kuang ajr gila la..
    sampai dj radio tu pun nak kutuk..

    BalasPadam
  25. aku nak muntah dengar pompuan y ade 'class' ni cakap.

    BalasPadam
  26. @Tauhu - Duit boleh beli kebahagiaan apa? ;)

    @Nursarah - Ya, aku rasa dia nak hidup senang dengan kikis duit lelaki lah.

    @Red - Dah sayang, nak buat macam mana.

    @Ayie - Tu lah pasal. Terdiam terus dia.

    @Lucia - Nak cari satu hal. Nak mengurat satu hal. Nak dapat satu hal. Tengok2, bukan jodoh.

    @Alia - Terasa ke?

    @Zey - Really? So brader love ni settle kan tak masalah kau? Kenapa tak rakam? ;)

    @Amani - Kadang2, perempuan kampung yang culture shock lagi teruk demanding dia.

    BalasPadam
  27. kalau macam tu.. duk diam jangan cari laa.. suh mak je cari.. lalalala~

    BalasPadam
  28. hahaha... omaigod dis perempuan. I did write pasal taraf dan pasangan hidup. Kalau aku la kan, ish, x mo na bergantung dengan duit lelaki. I mean kalau aku dengan si kaya, highly educated pun sebab x nak si lelaki inferior. nak berangan die bg aku bmw x5, emas sampai tenggelam. eh, tak aper je la! What for aku blaja tinggi2 kan? Cuma ye la perempuan macam ni, kalau kene tinggal laki she have nothing dah. berusaha nak senang dengan carik lelaki senang. Lepas tu x kawen lagi dah demand itu dan ini. gile la weh!

    BalasPadam
  29. laki tu da beli lori kira xde usaha gak ke? "-.-

    ok, silap. dia xnk lori. dia nk kereta.

    >;D

    BalasPadam
  30. seriously aku tak suke rancangan tu..wakaka..dan aku tak berapa suka dengar Xfm..hehe..

    tapi untuk situasi ni..memang aku tak berapa berkenan la dengan perangai pompuan tu..kau ape kes nak high maintenance sgt? mengharap kat lelaki pulak tu..nak pkai kereta kau usaha la kerja..pakai kereta sendri..baru hebat..

    pompuan macam ni memang tak sesuai la nak buat pasangan..dah kahwin nnt mmg nyesal tak sudah..tinggal je lagi bagos..berlambak lagi pompuan baik2..pandai2 la cari..hehe..

    BalasPadam
  31. tu r perempuan tu dah tmakan janji2 manis mat berger nak ubah taraf idup...siap btunang bagai...seb baik x kawin lagik, sia2 je kang...dari suara cik punya body, awek ni mmg macam hot/cun/lawa/cantik...tu la lelaki2 sila la ukur baju di badan sendiri


    dahla tak nsem, jual berger,bawak motor

    BalasPadam
  32. bro, mintk izin nk komen balas pasal ni ye ;)

    BalasPadam
  33. mengikut statistiks perceraian di malaysia tak kira bangsa dan agama..

    boleh dikatakan hampir 90% dikatakan berpunca dengan DUIT.

    DUIT.
    DUIT.
    DUIT.

    kita dah jadi hamba kepada duit scara tak sedar. Ade sesiapa yang da kawen yg komen entri neh tak?

    mcm takda je.. ehehehe..

    tp pompuan tu tak patut hina org. tuh je.

    BalasPadam
  34. lerh pmpuan ni..
    sabar la..
    brader burger dpan kolej aku tu ada je keta..
    siap ada 2 lagi..
    1 satria gTi & 1 4wd..
    kaya je dia..
    sket2 lama2 jadi bukit la..
    ntah apa2 ntah dia ni.. =.="

    (kalo x sabar sngat dah,beli la keta pkai duit sndiri dulu..)

    BalasPadam
  35. @Lin - Ambil je.

    @Lili Sakina - So, kalau nak kahwin dengan perempuan lawa, comel, gebu dan hot, kena ada banyak duit? Bukan jual burger dan naik kereta?

    BalasPadam
  36. Selamat berbuka Encik K,

    agak r...nak barang baik kena melabur banyak sikit...macam bli kereta; lagi mahal lagi class, awek pon pandang 2 belah mata

    ada jugak perempuan yg lawa/comel/gebu n hot yang tak kisah....main belasah je asalkan ade bf...haa pandai2 la ko cari...

    jual burger???boleh jugak, bukak franchise Burger King...kaya gak kan...think big bro!!!

    BalasPadam
  37. sbb tu dlm islam kalau nak kahwin digalakkan cari yg sekufu utk elakkan masalah2 akan dtg....

    BalasPadam
  38. ntah jap2 rase tindakan ppuan tu btul..mengambil kira la ppuan ni dah berapa kali bg pluang kat llaki tuh n llaki tu x berubah pun..kdg2 ppuan terdesak gak tuk cepat kawen mnkin sbb faktor umur dah meningkat..nak tunggu llaki tu berjaya lama lg kot..tp klu blh jgn la menghina kerja tu..tp klu dah marah, cakap mmg x pk dl pun..lgpun dr gaya llaki tu cam x ready tuk sebuah perkahwinan la.tipu la ppuan x pndang material tu sume..mb cara handle bnda ni x bagus r..

    BalasPadam
  39. haha...sorry der,
    mmg XDE SPEAKER...so xle dgr..
    haha

    tp pmpuan tuh mmg xpatut..
    dia yg pilih brader burger tuh,
    npe nk komen2 lak kan??

    patut dia tu, ukur rntai mas dlu baru cr pkwe...wawawa...

    BalasPadam
  40. uish.rakam?
    xnk r..cian ex aq nnt...hehe,
    tp siyesly, after sentuhan brader luv,
    everyhtng goes cam ape yang aq nk...~

    BalasPadam
  41. aku da tgk kat fb...mmg trlebih demand....tp btol gak...duit mmg penting skg...x de duit pon ssh...
    tp it's better diorg berpsah je sbb klu diorg kawin pastu cerai lgi parah kn...myb lgi pning kpla laki tue klu kawin ngn pompuan cmtu...myb jdoh die ngn org yg lbih bek...
    moge bro tue maju lam bisnes...da nk bli lori...nnt da buke cawangan leh bli kete...kasi bwk awek bru jln2 ngn kete baru n tyg dpn x-tng...haha3
    yg pnting bro tue jgn cpt ptus asa n tgkatkn usaha...nnt da jdi bos gyg kaki la...kih3 leh jdi sng jgk ngan jual berger klu kuat bkje tp klu nk jdi dato' x la kot...klu jdi pon mik msa bertahun2 jgk tue...hehe3
    pompuan tue mcm pisau cukur je...ngeh3

    BalasPadam
  42. @Lili Sakina - So, betullah perempuan ni umpama barang. Dan boleh di beli dengan duit. ;)

    BalasPadam
  43. salam..
    in a sad way,it is quite true..kene ade duet utk future n sume..but pompuan tu tayah la kutuk smpai camtu skalik..siot gile..if ye da tanak,ckap la leklok..kesian gile mamat tuh..

    BalasPadam
  44. bila nk gf pompuan cantik..biasalah mmg high maintence..cuba pilih yg biasa2 jer...mcm cik bulan nie....orgnye biasa jer...takde plak org nk tackle....sampai skrg single lagi nie...tgh mencari..masih mencari..masih tercari-cari...

    p/s-*encik k bagi peluang yer promote diri jap*..hehhhe

    BalasPadam
  45. hmm...dua2 salah.

    perempuan tu dah tau materialistik tapi layan penjual burger. penjual burger pulak dah tau takel perempuan materialistik, tapi tanak berubah...memang padan la.

    di akui perempuan tu penuh perasaan bongkak dan sombong.

    moral of the story: carilah pasangan yang ada agama dan faham pegangan agama.

    BalasPadam
  46. kata kau....

    aku smash ala2 chong wei ko balas balik style lin dan kan...

    suke buat aku marah taw...
    xpe2, member aku cakap aku cun tyme tahan marah...

    seindah hiasan, adalah wanita solehah...barang baik dan beharga

    BalasPadam
  47. anyway,,just nak give my opinion just for mr k..
    kita tak boleh nak salahkan perempuan tu 100%..
    walaupun dia agak demand,but the quote still no money no talks right?
    so,she just thinking about her future.Lelaki tu pun,makes some effortlah..takkan nanti dah kahwin,beranak pinak still nak naik motor..karang tak pasal2 lagi satu musibah kena saman dengan polis..Dahlah nak tanggung keluarga pun nyawa2 ikan...lagi satu,apesal lembik sangat hal cinta semua nak kna mngadu kat radio?True man dont do that..Perempuan tu mmg agak salah tetapi kita kena tengok sbb apa..
    ini masa depan..takkan nak makan batu dengan kayu..mmglah ada rezeki but kalu mcm tu cara,makan pun ssah kan?nak ke anak perempuan kita org buat macam tu?

    BalasPadam
  48. gila tipikal melayu. kau nak ke duduk merempat? jual burger nak pergi mana? ada pula masa depan? mula2 dengan perempuan tu yela ayat manis, nak berubah, nak besarkan bisnes. semakin dekat nak kahwin? habuk! aku jd perempuan tu pn aku panik beb. gile kau nk kawin org jual burger, sengsara sial hidup.

    BalasPadam
  49. @Puteri - Ya, quite agree with dua-dua salah.

    @Fahim - So, mai aku tanya satu soalan, andai kata kau perempuan, kau kahwin dengan lelaki kaya. Kau hidup senang. Tak merempat. Then andai kata one day, suami kau jatuh miskin, adakah kau akan blah dan pergi ke arah lelaki kaya dengan alasan "Tak nak sengsara dan tak nak duduk merempat"

    Btw, perbualan tu hanyalah rekaan. Aku baru je tau.

    BalasPadam
  50. Mslhnya skrg ni pompuan tu nk berjaya dgn duet llki.. tak nk lgsung berusaha utk cari duit snediri.. bt malu kaum sndiri je.. nmpak llki kaya je trus pergi..

    REZEKI DI TANGAN TUHAN... BILA2 MASA JE REZEKI BOLEH BERUBAH... ORG KYA TU BLA2 MASA JE BLH JTH MISKIN...

    BalasPadam
  51. @Lili Sakina - Ya aku terpaksa akui, perempuan memang nampak lagi comel bila tahan marah. Btw, kata-kata kau ada yang buat beberapa orang marah. Dan aku terpaksa reject comment dieorang.

    **************

    P/s : Kepada sesiapa yang nak komen, sila jangan petik nama peng-komen lain yea. Aku tak nak ada gaduh-gaduh.

    BalasPadam
  52. laki yg cilok tunang org tu mmg pandai buang duit la..

    BalasPadam
  53. bila dengar2 balik, entah2 perempuan ni dah cakap elok2 nak putus, tp laki ni x faham bahasa, terpaksa jadi bitch sikit supaya laki ni benci die and can let her go..

    BalasPadam
  54. aku juga yg dapat soalan kan? zzz. kalau ada aset berharga yg boleh jual, jual la. hidup kita kena fikir jauh. modal duit kena ada. memang kena fikir kalau jatuh miskin, tu sebab kena ada back-up plan. simpan duit dr awal, guna utk hari lain kelak. i've got my own plans, and i know it will succeed.

    BalasPadam
  55. @Fahim - Mesti lah dah aku sayang kau. And kau tak menjawab pun soalan. Aku balik kuantan hari jumaat ni. Kau tak nak ajak aku keluar ke.

    BalasPadam
  56. eh nate ni, aku dah jawab la tu. aku blk khamis ni jap, nxt week aku ada blk. papehal roger la. expendables cam cara gak.

    BalasPadam
  57. kena tengok juga cara hidup pompuan tu... masing2 punya pandang hidup berbeza hasil dari pengalaman sendiri

    everything has a reason...

    BalasPadam
  58. can't blame the girl 100%. From her voice, she's just too annoyed with the guy's effortless actions. It's not that money is too important, but the effort is vital. And to see effort, apparently is by cash(maybe). The girl tak patut condemn the guy la, but at the same time, cannot label the girl as evil. Kalau kits in her position, ade tunang tapi tak nak berusaha, lama2 kita pun jadi mcm the girl. Kot.

    BalasPadam
  59. @Nana - Err. From her voice, she is kinda... eer gedik..

    @Fahim - Aku tak faham langsung jawapan kau. Next week kau balik. Aku minggu ni aku balik. Next week aku dah blah. Ah, tak ada jodoh lah kita fahim.

    Dan aku tak suka the expandable sebab ada john rambo tu. Aku tak suka dia doe.

    BalasPadam
  60. Ap pndpt prmpn kalau laki korang tinglkn korang bila dia jumpa prmpn yg lagi cntik dr korang??

    BalasPadam
  61. owh ade commentS marah2 kat aku ea???sori k...actly,i'm glad 2 hear that cuz ramai lagi rupanya manusia yang tak materialistik...wut u rite is wut u r...harapla kan...

    i'm trying to be gud, nice n HONEST...sory again

    BalasPadam
  62. @Lili Sakina - Relax2 sudah. Ini dunia maya kot. Tak semua pendapat kita yang orang akan setuju.

    Btw, jangan lupa belajar memasak yea. Nanti hantaran kurang jangan nak salah kan lelaki. Hehe

    BalasPadam
  63. aku x salahkan popuan tu.

    dan aku x terasa. hahaha!

    BalasPadam
  64. Kalau pmpuan tu cakap baik-baik tak jadi masalah pun.....1st point dah betul, hidup perlu duit. Yes, money can buy anything but not everything. Kira OK la laki tu dh ada LORI. Ada asset dah tu.

    "DJ: Kita tak tahu masa depan
    Pmpuan: We never know what's gonna happen." Betul dah..

    Ayat sedih gila: "I beli gelang untuk you k.."
    Suka laki baru sbb laki tu bagi kasut & handbag?? ohmigod, boleh beli sendiri lah wei.

    We'll see, tiba-tiba laki tu jadi owner Nando's ke nanti. I rasa mesti pmpuan tu terkejut sampai terkangkang-kangkang.

    BalasPadam
  65. xde slh nye girl ckp cmtu..die xkan ckp if xknal guy tu cmne kn.juz beli gelang,girl mn puas hati.hmm,myb tu cre die defend dri die.n brader luv tupom da h0t rsenye.huhu.girl tu slh coz cm hina pkrjaan llki tu..dats it lah.no big deal..

    BalasPadam
  66. ni entry pling best nk debat..
    money can buy everything kerr??
    sure ke boleh?

    hmm~
    kasihan bile kite kdg2 buta ngn kemewahan duniawi semata2.
    tp xla menafikn kite perlu duit utk beli brg.
    dunia skrg mmg la lumrah.perlu duit.

    tp ingt la.
    hidup ni kejap.
    bile dh tau kejap,
    ape yg perlu kite kejar utk dpt syurga yg kekal abadi.

    let say, kite sederhana or maybe sush.in term of money.
    purata kita hidup : 60thn
    kita sush kat dunia 60 thn, ALLAH duga.
    tp sbb kesbrn + ketabahn + kite lebih ingtkn ALLAH + kejarkn cinta Allah rather than terlalu cinta dunia (cthnye : duit, mewah ,harta),
    pasti Allah balas dgn syurga yg kekal abadi.
    dlm al-Quran pun sebot ade pe kat syurga. syurga = indah2 belaka =nikmat.

    so, renung2kn..

    p/s : sy xlah baik mana, cume utk beri peringatan kpd diri sendiri, minah ni + semua org :)

    BalasPadam
  67. Abg Khairul, nak pinjam clip ni boleh tak? lucu sangat!

    BalasPadam
  68. MR k, Maimun Mutalib High Maintenance tak??
    hahaha

    BalasPadam
  69. huhu xsngke wujud girl cmnie.
    lawa sgt ke dye?
    kaye sgt ke dye?
    tian samad.

    BalasPadam
  70. baru start baca blog u 2 hari yg lalu...
    hmmm,actually i ade terase cketlah dgn story ni...cz my bf pn keja besa2 jek,bljr pn smpai SPM jek...plak tu,kalo gaji kt Sabah ni,mnlah tggi sgt mcm kt Semenanjung...ya,i dr Semenanjung,dia dr Sabah...tulah cabaran plg besar dlm r'ship kami skrg ni...
    but i always cermin diri sndri,n i pn tak rs i bgus sgt nk dpt laki yg hensem,putih melepak,tggi lbh dr 175cm & kaya giler2...cz i rs laki yg mcm tu,deserve girl yg standard dia jugak...dats why,i always told myself,appreciate da loves dat i hv now...pndai giler muhasabah dri sndri...
    Ooppss,comment t'lbh pjg plak...maybe sbb i sgt2 terasa dgn entri ni & i xmau jd mcm prmpn tu wpn sbnrnya i mmg prmpn yg lbh krg mcm tu...*smirk*

    BalasPadam
  71. salam..
    erm, saya penah dgr video nih kt youtube.. perghh, gila demand kot pompuan tuh!! hape ko hengat ko cntik sgt??! bajet btol!! sengal jek!!
    *ttbe lak ak emo! haha. btw thanx coz letak entry tuh! hehe.

    BalasPadam
  72. Mr.k,

    de kmgkinan pompuan yg kte x brkenan 2 ar yg akn kte syg & puja-puja kelak..jgn trlalu tksub memgelak drpd pompuan2 spesis ini, tkut2 nnt kte yg 'mncri'..

    honestly, sume artikel yg dihasilkn dr buah fikiran mr.k menarik minat sy..wlupn de certain2 topik yg pd sy trlalu sulit utk didedahkn, but thniah coz brani melontarkn nye..

    BalasPadam
  73. sesungguh nya berkhawin ibarat telah sempurna separuh iman.. dngan berkhwin terhindar la dari zina.. moga Allah merahmati kita semua.. amin,,

    BalasPadam
  74. ADOIII...ape punye pMpn,,!!

    cheryll??? shareen?? ape2 la,,,mmg mata duitan siaL!! adoiyaa,,demAnd gler,,,tp mls nl berusaHA!

    cian samad doe,,xpe la samad,,nnt ko BuKtikan yg org mcm ko ada msa depAN,,,ex-tunang ko tu,,,xda msa dPan,,ngan cara MALAs mcm dia tuu,,xkemana,,OK,,

    BalasPadam
  75. erm..ksian r kat laki 2..x patut pmpn 2 ckp cmtu..klu ye pn nk pts, ckp r leklok..x bek mghina krja tunang dy..at least tunangny wat kje halal..kesian2..

    BalasPadam
  76. heyyyy...
    ppuan ni mcm ****
    ko ingt duit tu bole wat masuk kubur ke??
    sampai ble ppuan ni keje nk kikis duit laki ha???
    ko ingt org jual burger xde wawasan ke???
    ko ingt sume org nk hidup susah ke??
    ppuan cmni patot g mamp** la..
    hidup nyusahkn org!!!!

    BalasPadam
  77. malu cyot gurl mcm tuh. skali kne tgl ngn laki kaye kau atu hape pun tade

    BalasPadam
  78. gile perompuan ni...damn.......pergh ayat x leh blah....duit2 x abiss2 duit...xD

    BalasPadam
  79. dunia nih penuh ngan karma...so kalau dier buat kat orang camih...komferm orang akan wat camtuh gak kat dier....

    BalasPadam
  80. ala...pomwan mcm ni...cara die cakap pn dah leh kenal..sebena nye bagus jgk lelaki 2 putus dgn minah 2..nmpk sgt pomwan 2 mata duitan...pnting kn duit..lupe kn je die samad..

    BalasPadam
  81. kalau aQ la , pancot dalam je , pastu tinggal .

    BalasPadam
  82. well..lpas i bce entry ni..
    sgt ta stuju wit that girl..mmg duet sgt pntg..tp,bersyukur laa ap yg ad..laki tuh da usaha kot..that girl tu ta tawu..ntah2..dlm smpann laki tuh da byk..yelaa..dy kne save utk kawin..tp,pmpuan tu da keterlaluan..she should not say like that..laki tuh ad maruah..what??
    laki tuh tgah usaha..lek laa dlu..mls na komen pnjang2..t,ak kne blek..simpang je laa..
    bala~bala~

    BalasPadam
  83. ishhh.sial doe perempuan cmni
    macam bagus je.kalau betul pun duit tu pnting,
    takyah la nak hina hina laki tu.
    ee..bengang aku dgr!

    BalasPadam
  84. kau bagi pepet kat jantan baru kau tu memang la dia belikan macam2.. bila mamat tu dah jemu dengan kau, ape lagi selamat tinggal laa.. pastu baru terhegeh2 nak balik kat bekas tunang kau.. sori la kalau ayat aku ni direct to the point, aku tau korang memang akui dalam hati kan.. pompuan ni selagi tak kena, selagi tu tak serik. sebab tu main cakap lepas je.. takpe2 kita biar je dia dapat pengajaran dengan sendiri.. tu la namanya pengalaman hidup!

    BalasPadam
  85. orang jual beger jgn ingat xde yang kaye.. :D

    BalasPadam
  86. entri ni memang gempak , kesian mamat tuh , perempuan tu better bakar je hidup2 , berlagak gila , menghina orang lemah , memang tak patut hidup

    BalasPadam
  87. OMG, trasa q..
    pedas gilak..
    nk tgo ending cita pmpuan yg demands kaya 2 t..

    BalasPadam
  88. Hahaha~bgun pgy x solat subuh ke?

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.