Jumaat, 20 Ogos 2010

This is How To Tease The Comel Girls, Cruelly.

Assalamualaikum.


Point komik di atas bukan menunjukkan yang lelaki suka merapu dan fikir bukan-bukan serta bukan suka perasan. Ya. Bukan. Kalau di difikir-fikirkan balik, lelaki ni bagus. Bukan sahaja bagus. Malah baik. Tak ada masa punya mereka nak perasan-perasan ni. Dieorang just... just... errr... erm. okay fine lelaki memang kadang-kadang kuat perasan. Aku ingat lagi member kasayangan aku pernah cakap;

"Weh khairul, tadi, masa aku tersalah masuk tandas perempuan, aku terjumpa sorang awek. Cun gila doe. Aku rasa tu jodoh aku tuh" 

Wth. WTH. Jumpa awek dalam tandas pun terus nak di kaitkan dengan jodoh? Tapi tak apa. Dia hansem.

So, adakah ini bermaksud lelaki adalah makhluk yang mengada-ngada, perasan, gedik dan syok sendiri bila nampak gadis comel? Oh tidak. TIDAK. Tentu sekali tidak. Mereka bukan mengada-ngada, gedik, perasan dan syok sendiri bila jumpa gadis comel. Mereka hanya... hanya... berfikir untuk jangka masa panjang. You know... jangka masa panjang.

So, kalau lelaki tak perasan dan syok sendiri, adakah bermaksud perempuan yang perasan dan syok sendiri? Well, itu yang kita tak tahu. So, apa kata kita try buka facebook. Try tengok status gadis-gadis. Mesti ada yang macam:

"Your lips are perfect match with mine" 

OMG WTH. Padahal kalau lelaki cium lelaki atau perempuan cium perempuan pun lips pun match gak. Tak percaya, try lah dengan roomate. Pastu mesti ada juga:

"Sejak pertama kali jumpa dengan you, I dah tahu kita diciptakan dan di jodohkan untuk satu sama lain". 

Tup-tup, minggu depan, terus putus. Well, kaum mana yang biasanya post status macam ni kat facebook? Ya kaum favorite para lelaki. Yes. YES. Kaum perempuan. Mereka memang perasan. Tapi comel.

Tapi kan, err. err. Aku pun selalu gak perasan sebenarnya. Ehem ehem. Mungkin sebab baca banyak sangat novel Hlovate. Contohnya macam kat lab polymer. Ada sorang senior tu comel gila. Perempuan lah of course. Pipi dia gebu doe. Dia selalu buat Final Year Project kat lab yang aku guna untuk buat testing experiment. Lab tu pulak ada dua bahagian yang di pisahkan oleh dinding cermin. Aku selalu buat kerja kat lab 1, dia lab dua. So, bila dia duduk buat reading bla bla, dia akan mengadap lab aku. Aku pulak, mesti nak duduk mengadap lecturer yang secara tak langsung, akan akan mengadap kat dia. Perh, usha-usha bila kantoi, pandang lecturer. Usha-usha bila kantoi, pandang lecturer. Pastu kalau boleh nak je tengok dia kerut kan muka sambil bebel sorang-sorang bila tersalah buat. Comel betul. Pastu mula lah aku start perasan sambil kata

"Setiap kali masuk lab, mesti jumpa dia. Setiap kali masuk lab mesti mengadap dia sorang. Setiap kali masuk lab mesti dia sorang ada dalam lab tu. Setiap kali masuk lab mesti perasan. So, ni mesti ada jodoh ni.". 

Padahal awek tu memang dok kat lab tu setiap hari pun.


Actually, aku pernah dengar perempuan kasi statement macam:

"I rasa, I memang di takdirkan dengan bf I lah. Sebab kita orang ada minat yang sama bla-bla sama." 

Sebenarnya, tu semua bullshit. Benda yang sama tak bermaksud jodoh. Masa tengoh couple semua nak sama. Pastu, mesti indah-indah belaka. Awek berbulu ketiak pun di kata sexy. Boyfriend(s) buat aksi tak senonoh pun di kata funny dan pandai ambil hati. Tapi memang pun. Lelaki memang pandai bermain kata-kata. Bab ucapkan janji-janji manis tu semua lelaki memang pro. Sebab tu la perempuan kalau boleh, jangan percaya kata-kata lelaki. Kata-kata janji-janji manis tu semua bullshit je. Lelaki banyak yang tak boleh di percayai. Tapi aku tak. Aku baik.

Pastu pastu, part tak leh blah bila cakap:

"Birthday I dengan boyfriend(s) i sama tau. Mesti ada jodoh". 

Then mula lah start processing anak. Boleh pula sama birthday maksudnya ada jodoh? Actually, kalau korang fikir-fikir balik, rasanya tak sampai 0.0001% penduduk di dunia yang berkahwin dengan pasangan yang sebaya. Dengan yang sama tarikh lahir apa tah lagi. Tak percaya, tengok parents korang.

Sebenarnya aku tak percaya yang benda yang sama akan membawa kepada kebahagiaan. Sebab benda yang sama akan clash. Sebab tu lah kena ada keseimbangan alam. Apa yang ada pada lelaki, mesti tak ada pada perempuan. Tu baru lah pasangan bahagia. Contohnya, kalau si lelaki tu pemalas gila, si perempuan mesti rajin. Ehem. So, selepas ni, jangan nak susah-susah nak cari persamaan antara korang dan pasangan korang yea. Ya. Tak perlu nak susah-susah. Eish, benda yang senang, nak susah-susah kan. Girlsss betullah *rolling eyes*.

So, sila bezakan antara jodoh dan kebetulan yea. Kebanyakkan yang korang alami adalah kebetulan. Ya. Kebetulan. Kebetulan yang macam ni memang banyak dalam novel dan drama romantis. Tapi kalau bab jumpa awek comel pipi gebu dalam lab polymer setiap hari, mungkin jodoh. Ya. Mungkin jodoh.

Aku rasa, perempuan banyak sangat baca novel Hlovate kot. Sebab tu kuat perasan. Comel.


31 ulasan:

  1. tak tak tak....ko salah.
    aku x ske baca novel.

    tp ak stuju bab "kebetulan"...
    kebykn semua kbtulan je... weks.

    BalasPadam
  2. oh! x semua kot. saya x percaya pada yang namanya cinta between perempuan dgn lelaki.so?

    BalasPadam
  3. hahahaha stuju pasal kawen x sma umur tu

    BalasPadam
  4. aku tau kau belum approve komen-komen lain, jadi aku tak nak perasan aku yang pertama.

    anyway, citer kau ni buat aku teringat insiden semalam. seorang lelaki yang aku ingat dulu school mate aku, punya la ramah mulut aku tanya macam-macam kat dia. tetiba je dia sebut dah de bini la hapelah dengan bini dia...then dapat tau dia bukan school mate aku rupanya!

    hahahah! aku gelak balik rumah tu. mamat tu mesti perasan aku nak tackle dia. tu yang yeye sebut dia dengan BINI dia sama2 pindah JB. aku pun blur je manjang, dengan ikhlas dan jujurnya ingat member lama. dan dia perasan aku nak tackle dia... *smack*

    BalasPadam
  5. senior lab polimer tuh kakak syida dowh

    BalasPadam
  6. memang. ayat lelaki mmg sume xboleh pakai. 6.6

    BalasPadam
  7. baru-baru ni aku ada baca, kalau kita admire seseorang, kita memang akan selalu nampak dia, sebabnya ada satu hormon dalam diri kita, yang membuatkan kita alert akan kehadiran orang yang kita admire.

    dah lah mr. K.
    perasan terlebih ni, kebetulan je tuh.

    entah-entah akak tu dah bertunang, memang bukan jodoh mr K lah nampaknya. haha.

    papepun, semoga mr K dapat isteri solehah yang comel pipi gebu. ;)

    BalasPadam
  8. my mum n dad x penah pon couple sblum diorg kawen, ok je smpai skg ni.. this year genap 30 years diorg b'sma, alhamdulillah..
    kalo minat pe sume sama tu juz kebetulan.. agree with u ;)

    http://hanisaje.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. kau antara lelaki paling perasan pernah aku jumpa.

    BalasPadam
  10. yups, if slalu terserempak kat lab polymer, insyaallah ada jodoh laa tu. hehee ;D

    BalasPadam
  11. yups, if slalu terserempak kat lab polymer, insyaallah ada jodoh laa tu. hehee ;D

    BalasPadam
  12. ala...x kire la lelaki k perempuan...klu da prasan tue...prasan la jgk...jgn nk dalih2 yek...bhahahaha3
    sumer tue ats diri sdiri la...so sila kata kat diri sdiri...tlg diri sy jgn prasan lebih...haha3
    Hlovate tue pompuan kn...aku rs la...hehe3 aku pon tgh kmpl novel hlovate...pompuan lam novel hlovate mn prasan...cool jek heroin die...i like...hak3

    BalasPadam
  13. tbe2 trase gler weyh...aku salu pk kan ape yg sme ngn owg aku admire..bru ected nak tgk dy ari2..hahahha..teringat zaman ku sklh dlu..

    p/s-weyh t bce new post ak taw..psl bnde ni jgk

    BalasPadam
  14. Hahahahaa. Aku dengar unsur perasan ada jodoh di hujung entry :PP


    Okay pengakuan aku pun selalu perasan dengan kebetulan ini. Ahaha tapi takpe kot, sebab hidup aku dah cukup miserable, its better to have some fantasy here and there, bukannya selalu pun :PP

    BalasPadam
  15. memang setiap pasangan mesti saling lengkap melengkapi. banyak yang lain daripada same. ape2 pun kena bersatu hati.

    BalasPadam
  16. jangan baca novel cinta.
    ia menjadikan anda demanding tak kena gaya dan syok sendiri.
    sila berpijak di bumi nyata.
    ok.
    tammat.

    BalasPadam
  17. @Shieera - So, kau percaya kepada cinta antara perempuan dan perempuan?

    @Puteri - Errrr? Tak berapa faham.

    @Azera - Ayat aku boleh pakai apa.

    @Norain - Aminnnn. Aminn.

    @Hani - Good for them. Good for you. ;)

    @Hana - Terimakasih

    @Aida - Perli ke? :(

    BalasPadam
  18. lelaki memang patut perasan.
    sebab lelaki yang selalunya akan buat first move kan.
    =)

    Perasan tu tak salahpun.
    nature beb nature seorang manusia.
    tak kira la lelaki or perempuan.

    BalasPadam
  19. parents ak ta penah becinte.
    tp ak amat brbangge sbb birthday dorunk same,yeeeaahh :)
    i loofe them,mmuaah,HAHA

    BalasPadam
  20. Cepat2 la habiskan study kau lepas tu kahwin. Haha~
    lepas ni cri"kebetulan jodoh" masa kerja plak.

    BalasPadam
  21. bg aku, better sederhana dari kaya raya. yg penting bahagia sama2.. kang kaya sangat dia ade reason utk kawen laen. huhu..

    BalasPadam
  22. i sokong.
    i tak pecaya sape2 pun jodoh i selagi belum diijabkabul~

    BalasPadam
  23. ermm..bukan perasan tapi kekdg apabila mempunyai kesamaan terutama dr segi sifat atau perangai boleh dikatakan "sekepala"...tapi kalu kesamaan bab2 tarikh lahir ker...tempat lahir ker...tue sbb dah angau..hehhe..biasalah org bercinta kan....

    tapi secara realitinye..ramai laki akan berkata : ala rupa tak kisah asalkan hati budi baik..perangai baik"..tapi tue sume hipokrit bagi pandang laki rupa tue penting..tapi maybe ada jarang-jarng laki yang akan pandang dalaman hati budi pompuan tersebut...*cik bulan nie mangsa keadaan lah yer*

    cuba kita tgk keadaan sekeliling..pompuan sifatnye seorg yang mulia kekdg si pompuan boleh menerima keadaan lelaki seadanya...kebanyakkan lah bukan sume pompuan lah yer....

    jadi kita renung-renungkanlah....

    BalasPadam
  24. hahahaha.... i'm still new here. btw, jumpe blog ni pown sbb kwn yg usha.
    mr.k ni mmg cepat prasan la.. well, i agree with u yg persamaan xsemestinye jodoh kite. even cinta pown xjanjikan bahagia dlm marriage. bkn maksud anti cinta.. but realiti kan???
    hmm.. about girl dlm lab tu... mr.k cuci mata je kot... hahahah
    gud luck in ur life btw, ur blog is nice. chow!

    BalasPadam
  25. yea hlovate wat org kuat berangan!

    BalasPadam
  26. yelayela moge2 awek lab tu jodoh kamu yek ;)

    BalasPadam
  27. bas mmg agent pencari jodoh yg baik ...kiri kanan depan blakang jodoh..hahaha

    BalasPadam
  28. sebenarnye awak yang kuat perasan . asyik kata kat gurls je ! perasan , perasan , perasan . hahaha

    BalasPadam
  29. eeuuww..generalization. huh. manusia.

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.