Sabtu, 22 Ogos 2009

Aku cume nak bagi tau - 3

Gadis bertudung sentiasa cantik

Aku pergi ke belog seorang lelaki. Well, aku jarang ke belog lelaki sebenarnya melainkan lelaki itu mempunya banyak gadis-gadis comel yang boleh dilawati belognya. Lelaki ini tidak handsome. Amat tidak handsome. Tetapi dia ada awek. Ya awek. Dan awek dia gila cantik dan comel. Lelaki tak handsome tetapi aweknya cantik dan comel. Agak aneh disitu.

Aku pergi ke beberapa belog followers aku. Gadis terutamanya. Aku melihat, rata-rata dari mereka yang comel-comel memiliki boyfriend yang agak tidak pinang-dibelah-dua. Agak tak handsome maksud aku. So, seperti yang aku kata kan tadi, aneh.

Lalu aku teringat kata-kata kawan ku Siti Mustika Sari. Dia pernah berkata “Gadis cantik dan comel biasanya akan dapat lelaki yang tak handsome. Agar mendapat keseimbangan alam”.

Well, ia mengingatkan aku tentang perihal dan situasi ‘beauty and the beast’. Dan ia juga mengingatkan aku tentang kadang-kadang, dunia ni adil juga yea? =)

P/s : Bagi gadis yang ada bf yang tak handsome tu. Jangan la perasan sangat. Hehe.

Beauty is in the eye of beholder.

39 Comments:

Nursyafiqah berkata...

yup .
dunia ni dah ckup adil .
:D

♥♥me ~ cik sara berkata...

yuppzzy, beauty is in the eye of the beholder~
tp jarang tgk llaki nsem bersama pempuan tak bape pinang-dibelah-dua..bukan takde..tpi jarang2..

hehe tpi beauty n the beast finally beast jdi ensem gakkk kn~

NieSah berkata...

huhu~~ adakah ini bermaksud nisah akan dapat laki hndsome..ye..sebab nisah taw nisah x comel..
wuu~~ n adakah khairul akn dapat pmpuan yg kurang comel?
ngeee~~

Igniz berkata...

aku agak bersetuju dgn pendapat kamu...

kadang2 kita mcm agak xpuas ati coz ada certain2 awek cun itu mempunyai balak yg kalau dibandingkan, mmg kita lagi 'okay' skit..

tapi, itu lah kecantikan..kita kata cantik, org lain mungkin kata x..kita kata buruk, org lain mungkin kata 'wah, menawan hatinya!"

kesimpulannya, masing2 punye taste..

love and peace:)

sajeedhani. berkata...

ya iyalahh. katanya saling melengkapi. tapi kalau dapat muka yang lawa/hensem pun. perangai tak elok. buat apa. aku tolak awal awal lagi.

tapi lawa/hensem tu kan subjektif. mungkin kau kata tak hensem, tapi dia akata hensem gile. biasalahh. itu lumrah alam.

Khairul berkata...

@Niesah - Anda silap.

milimilo berkata...

memang adil..aku lah si beauty yg mendapat boyfren si beast..tp rupa paras xmenjamin ape2..haha..mati aku kalo die bace nih.. :)

MiSZuE berkata...

majoriti macam tulah..
klu da jodoh macam tu nak buek cmne huhu:)

farahamalina DAFRI :) berkata...

aiktheory mcm ni pon wujud eks? tp xpee, xhandsome pon kalau da syg , nk wat cmner :)

Nurul Lailati Mahat berkata...

astaga model mn ko amik ni khairul? ^_^

tyra ; pinggu berkata...

cool yei!
;))

Afaf (: berkata...

haha.betui,pmpuan betudung sllu cntik;)

so,adakah sya akan mndpat bf yg kurang hnsem?
HAHA:p

Khairul berkata...

@MilliMilo - Pengakuan yang berani disitu. Menerima kenyataan seadanya. Syabas

@Malina - Anda terasa? Usah begitu. Aku bukan berdoa, just tak semua couple yang kita ada akan kita kahwin dengannya. Kau pun da banyak kali couple so kau pun tahu kan.

@Laila Cantek - Adik aku.

@Afaf - Kau da ada bf atau belum?

Felly McGory berkata...

ouh, boyfriend aku handsome.
haha.
:P
betul jugak la tu kdg2.

NieSah berkata...

ape plak??
hmm..kalo dah jodoh hudoh cmne pon..depan mate pasangan nmpak cantik..!
=)

AkuAyie berkata...

semua org ada tast memasing..
kalau dh becinta tu, x dgor dh pe org nk kata..
trusss jek... haha

Pipi berkata...

Dan plus perempuan baik selalu nak bad guy.
Tu satu lagi fakta yg aku smpi skarang tk faham knape.
Sbb aku pn cmtuh.
Erk no, kes aku lain, aku bukan perempuan baik.

HAHA kau kena mngaku jgk kerol, si mustika tu mmg comel.
Lgikpun bukan ke dia one of the hottest girl dkt micet?
Heh mustika, sila ckp trime kasih sbb aku puji kau.
Aku tk pernah beri pujian tk bbayar.
:D

sweethOneY berkata...

hehe
maybe sbb si cantik dan si handsome masing2 ego.. so xleh bersama ;p

Afaf (: berkata...

eihh,saya belum!yeyeh.haha.
hbu?
:P

Khairul berkata...

@Pipi - Ya. Seperti yang dinyatakan di entri ini. http://theotherkhairul.blogspot.com/2009/03/aku-jahat-makin-jahat-sebab-girls-suka.html

@SweetHoney- Kesimpulan yang baik disitu.

@Afaf - Selamat berkenalan then.

farhana rahim aka paan berkata...

1stly: gadis bertudung sentiasa cantik <-- mekaseh100x.. hee ;D

2ndly: btul ah ckp niesa. ko bakal dpt yg xcung! HAHAA :))

3rdly: kalu kamu perasanla kan. gurl semenarnya tak pentingkn rupa sgt. yg ptg rasa disayangi, dilindungi.. bla3.... kalu duit bekepok2 lg siok! wakakakaa

lastly: "beuty is in the eye of beholder!" <-- WOW!! hik3 ;p

aiyok khairul.. paan dh jatuh siok kt blog ko! mesti sbb ko slalu tulis follower2 ko comel kn. tu yg rjn paan nk nyinggah. haha :))

Khairul berkata...

@Paan - Tapi aku tak handsome.

Seri berkata...

tuhan tu maha adil.. : )

saye tak lawa.. tapi dpt bf yg ensem la..sedap mate memandang..

heh heh..sape lagi nk puji bf sndrik..

neway..quite agree with the theory.

ARYN berkata...

haha..kalu cmtu ko dpt awek cun ar (tentu ko bangga kan kan)

betul kata paan. perempuan xpandang rupa sangat. cuba pk. kalu dpt laki ensem kan susah nak jaga.asik kena goda.HAHAHAHA

GuLe2sweet berkata...

haha habis tu , laki yang handsome pula akn dpt girl yang tak santek dan cumil lah . mcm tu ?

Hmm .. haha ..

Khairul berkata...

@Sery - Jangan la rendah diri sangat =)

@Aryan - Aku akan dapat awek yang cun? Hmm. Kau memang nak mengata aku ke? Hihi

@Gule2 - Usually, yup.

the unknown berkata...

fenomena nie biasa bro. pompuan jelita tapi bf rupa okay je. biar aku terangkan kenapa ia berlaku.. biasanya..

1. pompuan lawo + laki ensem
pompuan lawo nie ego. laki hensem pun ego gak. kalo pompuan tu lawo tapi ego and wat die sakit ati ape guna? ramai lagi pompuan lawo die bole usya, so die berangkat dgn senang hati.

2. pompuan lawo + laki x ensem
pompuan lawo nie ego. tapi laki x ensem tu penyabar. die tau, kalo nak kepel dgn pompuan camnie kena banyak sabo. so laki x ensem nie mmg sakit ati, telan marah.. hampir separuh mati.. tapi berkat sabo die.. last2 dpt gak pompuan lawo tu.

camne aku tau sume nie? sbb ade membe aku yg actually wat observation pasal bende nie.

dan..

aku byk kali kepel dgn pompuan lawo... dan ya.. mmg menyakitkan hati. sorang tu, selambe je pelekeh budak pompuan gemuk kelas die.. x perlula die malukan pompuan len. dan.. sorang lagi? selamba je ckp kurang ajar dgn mak die.. sorang lagi? asik bangga kat aku bilangan laki yg terhegeh2 mengemis cinta die. sorang lagi? asik perlekeh fashion sense org2 yg x berkemampuan cam die.

ape.. die ingat die lawo sgt? hehe

so aku 'blah' dgn tenang hati. sbb aku yakin, insyaAllah satu hari nanti, aku akan jumpe sorang yg lawo tp tak menyakitkan hati.

aku tak kata pompuan lawo yg mana blog ko pegi tu menyakitkan hati.
aku cuma share pengalaman aku. dan ini tidak melibatkan mereka sama sekali.

Khairul berkata...

@Unknown. - Pendapat dan research yang amat bagus. Tapi aku tak faham tentang "perempuan lawa yang mana blog kau pergi tu menyakitkan hati."

iKa berkata...

yeahh..
ika akn dpt laki y hensm sbb ika xcumel dan xchantek..
eiii..sukeee u..
=))

TheOtherKhairul berkata...

@iKa - Erk? suka I?

norain ishak berkata...

lalala~~
kalo da sayang tuh,tak bole nak kate ape..
tak hensem pun jadi hensem..
beauty and the beast..
ini menunjukkan hati perempuan tu tulus kerna tak memandang paras rupe..
tapi laki yg konnonnye ensem,mesti die nak yg cun jugak an?..
nafas segar lebih penting dari paras rupe..!

~mistixora~ berkata...

kalau poket lelaki tu tebal, tentu perempuan cantik tak kisah.. betul tak..?? juz my opinion.. sb sye ade kawan yg mcm tu.. =)

amoi berkata...

aku tak ada bf. bermaksud aku tak cantek ke? wuakakaka

princess berkata...

klo dpt bf ensem lak..ape mkne nyer?

K2r~90 berkata...

aq ase sume laki bg ko x hensem

Park Hyosson berkata...

=_=" agak tidak pinang dibelah 2?? haha~nice quote~~kekeke

lyeanna berkata...

okeee...mknanya ko xencem..tat's y awek kau Lisa Surihani?

nur cahaya berkata...

assalamu'alaikum.....
nk tmbah sket.......
gadis bertudung LABUH sntiasa cantik........
jazakillah

kerepek ubi berkata...

haha. you're gifted, ayat2 ko menghiburkan.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.

All related names mentioned are totally fiction and got nothing to do with your and my life.
 
Powered by Blogger