Khamis, 31 Disember 2009

Memang Ada yang Nak Kena Sepak.

Dari saat aku di lahirkan, aku sudah mula merantau ke seluruh alam. Ceh.

Tak tak. Aku cuma nak cakap. Aku terkejut gila bila ada orang yang berpendapat yang pegang babi itu haram.

Ingat lagi tak gambar ni? (Gambar ni pernah femes dulu)

Aku buat la search pasal awek melayu Islam yang pakai tudung yang peluk babi tu yang dan aku jumpa banyak forum. Dan dalam forum-forum tu, aku tengok ramai gila orang yang hentam awek tu. Tak kurang yang maki-maki cakap yang awek pakai tudung tapi tak pakai akal just di sebabkan 'haram' memegang babi. Oh shit. Pegang babi tak haram doe. Pegang kulit awek cun + cute yang bukan muhrim baru lah haram.

Then bila kau baca kat forum ada sorang mamat gila bajet ustaz maki-maki kat gambar awek tu then cakap pegang babi tu haram, memang terasa lah sadisnya. Tak kurang juga kesian kat awek dalam gambar tu yang jadi femes dengan kritikan.

Pernah di sebabkan isu yang sama, aku bergaduh dengan seorang mamat. Dia cakap awek tu blah-blah. Aku punya la backup then dia cakap aku ni kapir. Wtf? Biasalah. Orang melayu yang ada belajar agama sikit memang berlagak. Kebanyakkannya tahu nak cari kesalahan orang semata-mata. Orang yang tinggi agama tak akan berlagak. Dia akan low profile.

Tujuan aku tulis entri ni sebab aku agak terkejut la bila ramai yang berpendapat pegang babi tu haram. So betulkan persepsi anda.

Soalan yang aku tanya hukum pegang babi di entri sebelum ni, still ada yang cakap haram. Tapi aku tak approve sebab nanti mesti terasa. See? Aku memang baik.

Okay sorry sebab post dua entri yang sambil lewa. Entri ni tak dalam planning.

Aku Ada 'Trivia' untuk Korang

Atas perkara yang berlaku beberapa minit tadi, aku nak tanya satu soalan yang amat-amat mudah. Memang mudah gila ah. Mudah tapi aku perasan yang ramai gila telah jawab dengan salah secara tak langsung.

Soalannya;
Apa hukum pegang babi dan anjing menurut Islam?

Kalau ada yang jawab haram, memang aku suruh En. Hakim sepak.

Recent


Selasa, 29 Disember 2009

Aku Bukan Gay.


Komen dari entri ni.


Agak lama lah sudah sejak orang tak kaitkan aku dengan perkataan 'gay'. Tapi aku faham bukan salah mereka yang aku di label sebagai gay. Sebab masa dulu-dulu, blog aku bernama The Other Khairul & His Gay-ness dan kemudia di tukar kepada The Other Khairul Without His Gay-ness. Dan tak kurang juga entri-entri gay yang aku kemukakan.

Yang penyebab besar aku dikatakan gay adalah sebab cara aku kritik para gadis. Well, korang patut test kritik para gadis. Fun. Ya its fun!. Korang patut cuba.

So, di sini, aku nak kata yang aku bukan gay. Jadi, gay-gay sekalian, please jangan add YM aku. Di YM nama Roe/Rose tapi bila aku try search kat Facebook terpampang gambar lelaki yang tak seberapa nak berbaju. Okay mungkin dia sememangnya perempuan tetapi letak gambar lelaki sebab minat kat lelaki tak berbaju kot. Tapi apasal kat atas nama under FaceBook bernama Rosham? Tak faham tak faham.

Sesiapa nak ada comment form yang boleh direply di bawah atau yang macam Wordpress punya, boleh klik sini

P.s : Okay nak belajar pasal setting a website, cascading codes dan macam-macam lagi...

Ahad, 27 Disember 2009

Aku Cuma Nak Bagi Tau 17 : Lelaki Sentiasa Loser.




Lelaki sentiasa loser.

Lelaki, bergaduh/bertumbuk dengan perempuan.
"Kau bergaduh dengan perempuan? Kau ni loser lah. Dengan perempuan pun nak bergaduh.

Lelaki bergaduh/bertumbuk dengan perempuan dan menang.
"Kau tumbuk perempuan sampai pengsan? Kau ni loser lah. Dengan perempuan pun nak bertumbuk."

Lelaki bergaduh/bertumbuk dengan perempuan dan kalah.
"Kau bertumbuk dengan perempuan tetapi kalah? Kau ni loser lah. Dengan perempuan pun boleh kalah."

Memang tak adil ah


Comment Here

Jumaat, 25 Disember 2009

6 Jenis Boy yang Aku akan Jadi Jika Aku Seorang Perokok.


Cute girl

Aku tak tahu kenapa. Tetapi aku tak merokok. Tak boleh masuk ah rokok tu dalam mulut aku. Hisap je, terkeluar. Hisap je terkeluar.

95% dari kawan-kawan lelaki aku adalah perokok yang tegar. Satu kotak rokok untuk dua hari. Mungkin lebih dan mungkin kurang. Tak ada siapa kisah. Tak ada siapa peduli. Melainkan Pak Cik Hati Kering di Restoran Umi yang telan 4 batang rokok orang lain sekali gus dengan rasa gumbira.


I love Christmas light


Tapi aku terfikir lah kan. Agak-agaknya, apa yang akan berlaku kalau aku ni adalah seorang perokok? Aku tak pasti apa yang akan berlaku, tapi aku boleh ramal.

Jenis-jenis lelaki yang...


1. Ramai awek.


 Hot sampai berasap


Ratio lelaki merokok dan tak merokok, mana yang ada banyak awek? Agak bosan lah juga aku dengar ayat dari para gadis “Benci kat lelaki merokok”. Cakap je lebih, balik-balik suka kat lelaki yang merokok juga. Ye lah kalau dah suka tu, merokok atau tak, tak jadi isu. Kalau jadi isu pun mungkin sebab perempuan tu jealous yang lelaki tu guna banyak duit tuk beli rokok dari guna untuk awek. Perempuan dan duit tak boleh dipisahkan. Macam aku biasa cakap, umpama nama tengah bagi mereka. Dan juga, cinta tak kenal umur, pangkat atau warna kulit. Yang penting duit.


2. Lebih macho.

Duduk bertenggek atas tangga. Keluarkan sebatang rokok. Angkat tangan kasi sign kat member nak pinjam lighter. Bakar. Hisap. Sedut. Telan. Feel. Hembus. Dan senyum. Nikmat lah katakan. Tos-tos habuk ke tepi sambil berborak. Then bila ada awek lalu je, senyum dengan bibir belah kanan sikit tinggi sambil naikkan kening; Bersama dagu yang berkumis matang. Misai dipotong halus, memang menonjol ah kelakian maskulen yang tulen serta menggoda. Sayangnya sekali aku masih belum ada janggut.



3. Lelaki yang hidup penuh dengan cabaran.

Ingat senang ke nak hidup sebagai perokok? Kalau kat sekolah, main kejar-kejar dengan cikgu disiplin. Kalau kat kolej, kena kejar dengan Abang Bob. Kalau kat rumah, kena kejar dengar ayah, Kalau kat shopping complex kena kejar dengan Health Official. Kira memang jadi pelarian ah.

Then bila masa hujung bulan, paru-paru mesti buat hal mintak di isi dengan asap rokok. Dah pulak tu hujung bulan, duit tak ada. Camna nak beli rokok? Nak buat apa? Hisap rokok murah League? Rokok daun?

Then masa dah kahwin, si isteri pulak gedik tak kasi merokok. Kalau bab tak kasi merokok mesti kes Queen Control. Memang tak lelaki lah suami dia takut kat isteri.


4. Ramai kawan, cable lagi banyak.


Nice Christmas lighting

Kalau lelaki baik, peramah, sejati, tulen, penyegan dan pemalu macam aku, memang susah nak cari kawan. Nak cari awek apa tah lagi. Tapi kalau dah perokok, memang tak ada hal lah. Bayangkan kalau hari pertama kat kolej. Jumpa member baru, mesti tanya duduk mana, SPM berapa and so on. Tak bosan ke asyik soalan sama? Dah kalau tak tanya soalan tu nak cakap pasal apa? Pasal cuaca?

So pelbagai topic yang boleh dibincangkan adalah bila korang lepak dalam rumah ke-2 korang iaitu tandas. Dalam tandas selalu sangat ah nampak geng-geng lelaki yang tengah layan sangap. Dalam tandas, keluarkan rokok dan pinjam lighter dari orang yang tak kenal. Dari situ memang lahirlah bibit-bibit kawan. Kadang-kadang boleh buat aktiviti pancung dalam tandas. Memang mudah berkawan. Kalau ada awek yang merokok pun, ajak sekali. Lagi best.


5. Pencucuh jalanan

Aku pernah tegok kat TV. Citer ala-ala Crow Zero lah kan. Dalam citer tu lelaki tu merokok. Memang macho ah. Then ada awek comel gedik datang mengedik. Datang-datang je, terus lelaki tu cucuh kat leher awek tu. Awek tu terus menangis. Hais biasalah, perempuan. Then lelaki yang dalam cerita tu ketawa terbahak-bahak. Aku pun ikut sama ketawa.

So kira kalau aku perokok, aku nampak awek gedik, memang aku sedut kaw-kaw rokok then cucuh kat awek tu. Lagi best kalau awek tu gedik macam Mimi yang gedik nak kawin dengan Hassan. Dapat awek gedik macam tu memang siap ah. Aku tak nak cucuh kat leher. Tapi aku nak cucuh kat dahi. Perh. Mesti sampai bila-bila awek tu akan terkenangkan aku. Then cukup 6 cucuh kat dahi memang dah boleh jadi macam Krilin.


6. Lelaki yang tak ada stress

Dulu time presentation English, ada satu group debate pasal merokok. Dan memang banyak lah point-point penting kenapa menghisap rokok itu perlu di lakukan. Antara point yang banyak digunakan adalah merokok penting untuk menghilangkan stress. Ya kandungan dalam rokok boleh mengurangkan stress. Tak terkecuali mengurangkan jangka hayat si penghisap dan yang di sekeliling.

So agak-agak lah kan kalau aku merokok masti aku kurang stress. Eh tapi kan hidup aku mana ada stress sangat pun. Aku sentiasa happy. Tapi bab yang aku tak faham, ramai cakap merokok boleh mengurangkan stress. Tapi apa yang aku nampak, lelaki mahupun gadis yang merokok akan merokok selepas makan, sebelum tidur, selepas bangun tidur dan masa tengah uhuk-uhuk di tandas. Bab uhuk-uhuk dalam tandas tu mungkin boleh stress kalau dah sembelit tu memang aku faham lah. Tapi bab merokok selepas makan, sebelum tidur dan selepas bangun tu memang tak ada kaitan langsung dengan stress.

******************************


 Another so so cute girl
 Heh.

Well,

Semasa aku muda-muda remaja seperti korang dulu, aku sering lah juga lepak-lepak dengan member aku yang isap rokok ni. Macam-macam cerita yang aku dengar. Ada yang berbangga hisap dua kotak sehari, ada yang nak berhenti tapi tak jadi. Ada yang nak berhenti sebab tak mampu nak beli, dan ada juga yang nak berhenti kerana awek. Heh, apa barang berhenti merokok kerana awek. Balik-balik lelaki kena berubah kerana perempuan. Balik-balik lelaki kena berubah kerana perempuan. Tak remaja langsung.

"Mr K, nanti kalau awek kau kahwin dengan lelaki lain, aku bet mesti kau akan hisap rokok"  

Comment Here

Selasa, 22 Disember 2009

Cara mengatasi Anonymous (Annoying mouse.)

Easy soution

Aku tak nak ah tulis intro panjang-panjang. Anggap lah entri lepas adalah intro untuk entri ni. Pemalas.

Aku tulis benda ni bukan bermaksud aku dapat banyak anonymous yea. Tak banyak pun. Kalau ada pun, dari orang sama. Tu pun 2-5 comments satu bulan.

So, berikut adalah cara-cara nak mengatasi masalah anonymous.

Anonymous di shoutbox.

Korang rasa hepi-hapi masa nak buka blog korang. Tapi bila tengok kat shoutbox, nampak lah beberapa nama yang tak berlink yang tengah membebel mengutuk anda semua. So apa yang perlu anda buat?

Kalau blog korang adalah blog yang bercerita pasal life korang yang agak liar, aku bet yang anonymous kat shoutbox tu akan menjadi ‘ustaz’ yang konon baik, kan?

Aku dah banyak nampak benda-benda macam ni di blog. Mereka cakap lebih kurang dan bersyarah sebagai ‘ustaz’. Tapi masalahnya, cara mereka salah. Sebagai contoh, nak tegur seseorang yang tak bertudung perlukah disamakan dengan gadis jalang? And why the fish must be anonymous?

Aku ada kawan yang full time bertudung tetapi baru-baru ni aku nampak gambar dia free hair kat MySpace. Then aku terus tegur dia dengan cara baik. Tak ada nya nak mennyamar jadi orang lain. Then selepas aku tegur dia, dia terus delete gambar tu dan berterima kasih kat aku. See? Itu cara terbaik. And you know what, tak ada seorang pun kawan dia yang berani tegur dia pasal tudung tu. Ia isu sensitive dan perlu di tegur secara baik.

The solution of 'everything'

So kalau nak mengatasi anonymous yang semacam ustaz tak bertauliah ni, korang perlu;

1. Bertenang.

Bertenang boleh membuatkan korang berfikir samaada nak bersikap defensive of offensive dan hal ni. Kalau korang rasa boleh kalahkan anonymous ni, jadilah offensive dan kalau tak, jadilah defensive.

2. Offensive 

Kalau nak bersikap offensive, korang kena jadi kerek dan sesakastic mungkin dan jangan emo. So, reply apa-apa je yang kerek.

Contohnya anonymous tu tulis “Menyampah gila aku tengok muka kau kat tepi tu” dan korang perlu lah reply “Aku belum tengok muka kau pun aku dah menyampah HAHAHA”. Make a stupid joke, and you won. Tapi ingat, jangan sekali-kali tulis tanda seru (!)di penghujung ayat. Anonymous akan merasa dia menang bila dapat tahu yang korang tengah marah. Sebab itu lah tujuannya; membuatkan penulis marah.

Try serang blog KennySia.com dan korang tengok lah sendiri bagaimana Kenny serang balik korang. Memang dia sarcastic gila. Dia adalah Top Blogger di Malaysia. So memang cari nahas lah.


3. Defensive

Kalau korang nak bersikap defensive, korang perlu relax. Apa-apa yang anonymous tulis, korang ‘iya’ kan je. Dan korang juga boleh jadi Offensive dan Defensive pada masa yang sama. Dan jangan lupa unsur loyar buruk dan kerek.

Contohnya;
“Kau ni, bila nak berubah hah? Mak bapak tak ajar ke? Atau mak bapak kau pun perangai macam setan?
“Iya nanti aku berubah”
“Kenapa tak berubah sekarang? Hidup ni bla bla. Esok mati kalau tak sempat berubah macam mana?”
“Maaf. Sekarang juga aku berubah. Kau dah berubah?”

Then apa yang dia nak reply? Kalau dia reply, “Aku tak perlu berubah sebab (what-so ever)”, memang korang boleh hentam dia lah sambil memalukan dia.

Dialog hanya rekaan.

4. Ban/block IP Address

Aku rasa ramai gila tak tahu yang soutbox ni boleh ban IP Address. Tetapi hanya berguna kepada anonymous yang mempunyai IP tetap(static) seperti menggunakan Broadband sebab kalau guna streamyx biasa, IP address boleh di ubah-ubah. Oh my god aku just bagi tahu the secret? Nevermind. Dan juga boleh masked kan IP address. Oh my god another secret terbocor? Pedulikan.

Contoh chatbox yang boleh ban dan tengok IPaddress adalah ShoutMix.com. This chat box is damn simple, tidy and rock. Dan ianya boleh di upgrade untuk function yang lagi pelbagai.

5. Back Up.

Cara ke-5 adalah agak susah. Iaitu, dapatkan back up. Samaada korang panggil kawan-kawan back upkan korang untuk lawan anonymous atau kawan-kawan anda akan datang sendiri.

Sebagai contoh, try la kritik blog MelayuMinimalis(MM) kat shoutbox dia dan tengok berapa ramai readers dia yang akan serang korang balik walaupun MM offline. Blog MM adalah sebuah blog yang pasal general yang berlatar belakangkan kehidupan penulis yang agak liar.

Tapi MM sekarang dia dah jarang menulis. Dulu dia famous gila. Tapi pengaruh dia masih ada.


6. Delete je/ Buat tak layan.

Kalau korang takut sangat atau malas, delete je kata-kata anonymous tu . Kalau tak nak delete, just buat tak layan. Di dunia blog ni, semua sedia maklum yang penulis yang namanya tak ada link yang mengkritik di shoutbox adalah sampah.

Delete je walaupun anonymous tu cakap "Kalau kau berani, jangan delete." Korang boleh tekan butang delete sambil tersenyum sinis. Who cares?




Anonymous di entry.

Dan, macam mana pula kalau anonymous to asyik comment entri blog korang? Dan walaupun korang dah moderatekan comments, korang still rasa geram degan spam-spam kritik yang anonymous ni lontarkan. Apa nak buat? Senang je korang boleh block blog korang dengan menggunakan toolator.com. Block the whole blog daripada di view dari orang tertentu. Caranya mudah dan ianya free. Tak membebankan langsung dan boleh membuatkan korang relax lebih-lebih lagi kalau tak mo moderatekan comments.

Anonymous is nothing. Dont give a shit of it.

Tapi, seperti yang aku cakap, hanya boleh di gunakan terhadap IP Address yang tetap. Dan kalau tak silap aku, P1 Wimax dan broadband memang static IP address. Juga, streamyx dengar citer nak statickan IP address. Sekarang ni pun banyak pakaj streamyx yang di settingkan untuk static IP address. So, bravo!

But after that, korang akan 100% selamat korang punya privacy? No. Hell no. Ada banyak sangat cara nak melepasi semua ni. Salah satunya, proxy. Tapi cara-cara yang aku nyatakan dah cukup memandai. Anonymous ni bukannya rajin sangat nak klebek itu dan ini semata-mata nak kritik.

Okay, now, how the hell I know about this? Macam mana aku tahu reaksi anonymous ni terhadap sesuatu perkara? Aku tahu dari mana? Internet?

No!

Jawapannya..








Jawapannya...







Aku pun anonymous juga. Haha!

Aku gila bizi. Aku nak kena settle hal pusaka atok nenek aku kat kampung. So faham-faham je la. Kalau rindu kat aku, jangan tunjukkan sangat.

Comment Here

Ahad, 20 Disember 2009

10 Sebab Kenapa Anonymous (annonying mouse) Wujud.



 None of us are cruel than all of us

Bloggers are just like celebrities. They got haters too. Itu adalah kata-kata normal bagi top bloggers yang pendapatannya adalah melebihi Rm10k sebulan hanya dengan berblog.

Dan bagi bloggers, haters dia adalah anonymous.

Ada dua jenis anonymous. Jenis pertama adalah yang tak ada account Google/Blog/OpenID dan jenis yang kedua adalah anonymous yang nak menyorok identity dia. Dan kebiasaannya anonymous yang menyorok identity dia adalah sebab dia nak megutuk sesebuah blog serta manjatuhkannya dengan cara mengkritik tanpa point yang munasabah.

Selepas aku buat kajian terhadap bloggers, aku dapati antara ayat yang tak ada point yang anonymous selalu kasi adalah cam “Alaa. Kau ni mengarut lah. Entah apa-apa” atau “Kau main cakap je ni. Bukan betul pun” Kalau kita perhatikan betul-betul. Memang tak ada point/isi langsung ayat dia. Lainlah kalau dia cakap mengenai fakta untuk melawan pedapat kita seperti “ Kau ni salah. Dari apa yang aku belajar, bla bla bla. Dan lecturer aku kata bla bla bla.” Dan bukannya kata-kata kosong yang nak tunjuk pandai. Annoying mouse ni memang annoying ah.


Anonymous speaks

And yup, majority manusia yang mengkomen di ruangan komen dan menggunakan identity ‘Anonymous’ adalah haters. Kalau tak, kenapa tak letak nama? Pemalu? Penyegan? Tak. Antara sebabnya kerana mereka adalah orang yang rapat/dekat dengan kita dan kita kenal dia. Part ni mesti ramai setuju.

Dalam satu bulan, aku berkemungkinan mendapat 2 hingga 5 comments dari anonymous yang sama dari segi penulisan. Kiranya dia akan cari satu point kat entry aku dan twistkan ayat aku. So aku boleh cakap yang aku ada sekurang-kurangya satu hater yang amat sayang kat aku yang sentiasa membaca blog aku.

So, why the hell they attacking the bloggers?
1. Jealous
2. Jealous
3. Jealous
4. Jealous
5. Jealous
6. Jealous
7. No reason
8. No reason
9. No reason
10. No reason.

Budak ni pasti setuju.

Hidden identity.


Tapi sampai satu tahap, korang akan berterima kasih kat anonymous sebab korang akan sedar yang anonymous ni akan ajar korang agar betenang dan mengatasi tekanan secara relax.

Itu bagus untuk kehidupan. Sebab relax akan membuatkan korang berfikir. Anonymous cakap bukan-bukan kat chatbox aku, siap lah. Kaw-kaw aku kenakan. Nasib baik guna identiti palsu. Kalau tak mesti dia dah malu gila.

Next entry, cara mengatasi anonymous.

Aku terfikir untuk serious dalam berblog sebab berblog serious kasi aku $$$. Tapi aku tak nak ah tulis mengarut-ngarut sampai jadi macam Raja Petra. Entah apa-apa dia.

Comment Here

Sabtu, 19 Disember 2009

Benda-benda Boleh Blah yang Patut Di buat Ketika Awal Muharam, Christmas, dan Tahun Baru.


 Lalalalalalalala.
Bosan.

Pagi-pagi bangun tido pukul 3 petang, benda pertama keluar dari mulut aku adalah selamat pagi. Benda kedua yang keluar adalah pasal nasi yang adik aku masak. Tak ada nasi, siap.

Tapi, hari ni berbeza. Hari ni spesial. Bagun pukul 1. Awal sikit dari biasa. Bukan apa. Ada kewajipan. Balik pukul 2. Terus online. Ingat nak tido skejap. Tapi bila dengar ceramah dari Miss Khai, tak jadi ah.

Masa online-online, agak pelik lah sebab tak ramai langsung orang buat entri pasal Awal Muharam. Tapi aku bet ramai gila ah yang akan buat entri pasal Tahun Baru beserta azam apa semua nanti. Ceit.



Citer fav aku masa muda-muda. I love Tomoyo.

So apa apa aktiviti yang perlu dilakukan ketika Awal Muharam, Christmas dan Tahun Baru? Cari awek baru? Bf baru? Azam baru? Why the hell azam baru sedangkan azam yang lepas-lepas tak pernah tertunai?

So apa yang perlu kita lakukan? Yassin dan doa tahun baru? Itu semalam. Bagaimana dengan hari-hari yang bakal tiba? Buat tak tahu? No!

Its..

Its..

Its..

Come on Mr K.. Come on

Its..

Its..

Its..

Its..

Its..













SHOPPING!




Shopping

Omg! Omg Nike and Adidas shoes for 80% discount! Omg Polo black belt 60% discount! Omg Renoma 50% discount! Omg MyTie 60% discount! Omg Charles Jourdan for 60%. OMG! Oh my Gucci! Oh my Giordano! Oh my Giorgio Armani! Omg omg omg omg omg omg omg omg omg omg omg.

Year End Sale is just so nice. And it will be nicer.

Okay dah. Bye.

Comment Here

Khamis, 17 Disember 2009

Setiap Orang Dikurniakan 1 Sifat Buruk yang Amat Buruk, at Least.


I love the night
1990

Aku teringat lagi zaman dulu-dulu iaitu zaman aku masa kecil.

Ianya bermula apabila aku baru dilahirkan. Aku disambut oleh seorang doctor dan diberikan kepada seorang nurse comel yang berpakaian lengkap. Aku suka nurse. Amat comel lebih-lebih lagi yang kat Klinik Pergigian kat Jalan Gambut. Petite nurse.

Aku kemudian di bawa berjalan melalui koridor dan diletakkan di sebuah katil kecil di dalam wad bayi. Agak bising pada masa tu. Ramai sangat bayi menangis. Kebanyakkannya adalah perempuan. Biasalah.. girlsss, suka sangat menangis.

Walaupun bising dan terasing di dalam dunia baru, aku tak germuruh langsung. Nangis pun tak. Senyum sepanjang masa. Biasalah, lelaki.

Di luar tingkap, aku nampak ayah aku yang sedang mendukung abangku yang memakai baju Superman yang baju tu dibuat lap kaki aku pada keesokan harinya, seperti mana aku buat terhadap baju Man U. Aku tak pernah suka Superman. Ubah style rambut, tanggal spek mata then orang dah tak kenal? Heh.

Dari luar tingkap itu juga, mereka melambai-lambai sambil senyum ke arahku. Aku mengangkat tangan kanan, melipat ibu jari, jari kelingking dan jari manis. Sambil itu aku menegakkan jari telunjuk serta jari tengah. Aku tak pasti apa sign ni, tapi orang kata ini adalah... ‘Peace’.


Layan

Aku memandang ke sebelah kiri, ada awek manis. Menangis je dari tadi. Tak henti-henti. Masa besar mesti jadi anak manja. Gadis manja kadang-kadang best juga. Tapi kalau selalu sangat manja agak tak best ah.

Selepas saling menukar no tel, aku dibawa keluar wad. Esoknya aku dah boleh baik. Jalan sendiri.

Aku diberikan kepada Tok dan Arwah Tokki aku kerana famili aku terlampau bizi. Aku sering terfikir adakah parents aku tak sayang aku? Isk. Sedih pedih pilu. Tapi bila aku teringat yang rumah aku dan rumah Tokki aku hanyalah beberapa minit jaraknya, aku terus hapuskan perasaan itu.

Setiap pagi aku akan di hantar ke rumah Tokki aku dan petangnnya aku diambil kembali. Sehinggalah aku masuk ke sekolah tadika.

1995

Dan aku tak sangka, awek yang aku tukar no phone itu juga bersekolah tadika di tempat sama dengan ku. Aku tahu. Sebab kita orang ada kimisteri.

First day di sekolah tadika, aku tak menangis pun. Parents pelajar lain semua pelik melihat aku. Tak kurang juga yang ingin tukarkan aku dengan anak mereka. Tak banyak kerenah katanya. Setiap hari aku akan dapat Ais Kerim cap Itik bersama sebatang ChupaChups kerana berkelakuan baik dan senonoh. Tapi aku tak bangga diri langsung.

Dan masa tu, aku kenal dengan seorang awek yang bernama Amalia. Agak iras-iras nama aku tapi nama aku lagi lelaki. Dan dari saat tu hingga sekarang, aku dan dia masih berkontek.

(Years skipped)

Present – 2010 (26 years old Ehem ehem)
 


Working on it.

Amalia bagi tahu aku, dalam hidup dia, dia pernah ada lebih 20 best friends atau dalam bahasa gediknya adalah BBF atau apa-apa je lah. Tapi sekarang, sorang pun tak ada. Bila aku tanya kenapa, dia cakap semakin rapat kau dengan seseorang, semakin teruk keadaan bila korang bergaduh suatu hari nanti.

Kebiasaannya, korang akan rapat dengan kawan baik korang. Tapi bila terlampau rapat, makin banyak keburukan kawan yang korang akan nampak.

Dan apa yang aku perhatikan, semakin susah nak nampak keburukan seseorang, semakin besar pula keburukan itu. Contohnya, kau ada kawan yang alim gila. Pakai tudung litup. Dan korang tak nampak langsung apa perangai buruk dia. Nak kata annoying, tak. Nak kata kedekut ilmu, tak. Nak kata gedik pun tak. Tapi percayalah, sekali korang jumpa sifat buruk dia, pasti korang akan kecewa gila dan akan mengambil masa untuk menerima keburukan tu. Umpama kita boleh terima banyak keburukan buruk dari seseorang, tetapi tak boleh terima satu keburukan buruk dari orang lain sebab yang 1 keburukan tu terlampau besar. Mostly, macam tu lah yang terjadi kat aku.


Bad habit

So, sebab tu kadang-kadang aku lebih selesa berkawan dengan orang yang perangai jahat-jahat nakal comel yang at least kebanyakkan sifat buruk dia aku boleh nampak dan boleh terima depan-depan. Dan sebab tu juga aku suka berkawan dengan gadis-gadis keras. Termasuklah dengan yang suka sebut fuck fuck fuck. Jangan risau, lelaki tak akan terpengaruh dengan gadis. Gadis keras, mulut boleh tahan. Tapi tak semestinya jahat.

Imagine. Korang suka kat someone yang dari pandangan luarnya baik, alim, lemah lembut dan sebagainya. Tapi bila dah kenal dari dekat, ianya amat memeritkan bila korang sedar yang dia jauh dari apa yang korang fikirkan setelah tahu sikap buruk dia.

Setiap orang paling baik pun mesti akan ada satu sikap buruk, at least. Ini pendapat aku. Pendapat anda?


Comment Here

Selasa, 15 Disember 2009

60% Kemusnahan Pada Tahun 2012 Mungkin Berlaku.

 Majalah keluaran ILuvIslam.com

Kalau dulu, isu mengenai 2012 tak ada langsung. Tapi semenjak ada movie 2012, isu ni kecoh dibincangkan. Dan aku tak faham kalau ada sebilangan yang anti terhadap movie ini. Tak kurang juga apabila aku ada dapat email mengenai 'maksud-maksud' tersirat di sebalik tayangan movie tersebut kononnya ada yang cakap yang movie itu hendak memesongkan akidah umat Islam. Oh what the hell is that? Bagi aku tak ada kena mengena langsung.

Dan pasti korang tertanya-tanya kenapa aku percaya terhadap kemusnahan 2012 tersebut kan?

Sebabnya mudah je. Kerana mungkin pada bulan 12 pada tahun 2012, adalah bulan kemusnahan. Aku cakap kemusnahan dan bukannya kiamat. And hell yeah tahun 2012 ni juga saintis bercakap mengenai kemusnahan dan entah mana datangnya lah pula hari kiamat.

Dalam movie 2012, kita lihat yang kucar-lanar hanyalah apa yang ada di bumi. Tapi bukankah kita dah sedia maklum yang kiamat bermaksud segala alam semester akan hancur seperti langit akan runtuh dah sebagainya.

Apa yang aku cakap pasal 2012 ini bukan pasal ramalan Kaum Maya or what-so-ever, tapi ini adalah based on apa saintis dah nilaikan. Apa astronomis dan apa pakar geologists dah kaji. And semuanya merujuk kepada satu disaster yang besar. Ya ia disaster atau lagi best di panggil 'mini-apocalypse' dan bukannya kiamat.

Atau dengan kata lain, jika pihak saintis berkata bahawa puting berliung akan berlaku, adakah anda percaya? Jika pengkaji cuaca cakap akan berlaku kemarau, adakan anda akan percaya? Jika geologies cakap, gempa bumi mungkin akan berlaku di indonesia, adakah anda percaya? Kenapa anda percaya? Kerana itu semua adalah kajian. Kajian sebagai mana korang percaya sesebuah gunung berapi akan melatus, hujan akan turun degan lebat, dan tsunami yang efek dari gempa bumi.

Begitu juga dengan situasi sekita 21.12.2012. Ianya bukan kiamat, tetapi kemusnahan alam sekitar.

So betul kan persepsi anda. Kemusnahan pada 2012, 60% mungkin berlaku. Tapi kiamat, 99.99999999% mungkin berlaku dan mungkin tidak pada hari tersebut. Well, tiada siapa tahu dan tiada siapa boleh ramal. Juga tiada siapa kisah. Tiada siapa kisah? Ada yang kisah. Tak ramai. Buktinya? Semua dok pakat bertenggek depan lappy/PC baca blog aku.

Jumaat, 11 Disember 2009

Good Morning, Beautiful

Ini. Ya aku tahu banyak gadis-gadis beautiful di sini. Kalau anda tak beautiful, anggaplah anda semua beautiful.

Pakai headphone. Max volume. Pejam mata. Hilangkan segala bunyi-bunyi bising. Duduk dengan selesa. Turn off talipon. Dan hayati keindahan lagu country fav aku ni.





Blake – Good morning beautiful.

Good morning beautiful, how was your night
Mine was wonderful, with you by my side when I
Open my eyes, to see your sweet face
It's a good morning beautiful day.

I couldn't see the light,
I didn't know day from night,
I had no reason to care,
But since you came along,
I can face the dawn,
Cause I know you'll be there.

Good morning beautiful, how was your night
Mine was wonderful, with you by my side when I
Open my eyes, to see your sweet face
It's a good morning beautiful day.

I never worry, if it's raining outside,
Sitting here with you girl,
The sun always shines
.

Good morning beautiful, how was your night
Mine was wonderful, with you by my side when I
Open my eyes, to see your sweet face
It's a good morning beautiful day.

Good morning beautiful day.
Good morning beautiful,
It's a beautiful day.
Good morning beautiful,
Good morning.
Good morning beautiful,
What a beautiful day.
Good morning beautiful



Aku send lagu ni kat someone. Tapi macam tak ada respond je. Dia tak suka kot.

Khamis, 10 Disember 2009

10 Bukti Lelaki itu Makhluk Rumit. Heh?


Gambar lips paling menarik

Aku dapat email dari reader aku. Perempuan lah tentu sekali. Dia kasi 10 sebab kenapa lelaki adalah kaum yang rumit dan komplikated. Heh. Agak sarkastik dia ni. Aku sabar je. And nama dia aku rahsiakan. Well, ingat aku jahat sangat ke nak malu kan orang. Fae terkecuali. Ain juga.

Setelah aku membaca email awek ni dengan tenang, cool, bersahaja, redha, tawaduk, relax dan sebagainya, aku buat satu rumusan. Rumusan tersebut adalah; semua yang tertulis adalah tak betul. Heh. Tapi awek yang send ni comel gila sambil marah-marah manja. Heh.

10 sebab kenapa gadis cakap jejaka adalah makhluk rumit yang di hantar oleh 'awek tu' memalui email.


Kamu = Perempuan
Dia = Lelaki

Secara Am;

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berbual-bual dengan lelaki lain dia akan kata kamu gatal. Tapi jika dia menggatal-gatal dengan perempuan lain, dia kata itu hanya kawan.


3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.


6. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh . Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika mereka yg bernama lelaki membaca ini, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar......
.

*********

Adakah betul?
Well, berikut adalah komen aku;

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

Oh tidak, tidak... It just erm... Lelaki bukan nya jenis yang mudah perasan okay. Cuma.. erm.. Hey ingat lelaki saja ke macam tu. Dah tu apa beza nya dengan perempuan? Setiap kali lelaki mintak nombor talipon gadis mesti gadis tu tergedik-gedik jual mahal. Padahal nak nombor phone je bukan nak mengurat pun... Ehem-eham... Then then bila lelaki jeling-jeling kata lelaki tu gatal. Ceh. Then then lagi bila lelaki cakap nak berkenalan mula lah kasi ayat kaw-kaw konon nak tengok kesungguhan lelaki tu mengurat lah apa lah. Dia orang tak tahu ke nak mengurat perempuan tu memakan banyak tenaga apa semua. Penat tau penat. Ingat senang ke nak mengurat perempuan. Habis semua kretiviti tau.

2. Jika kamu berbual-bual dengan lelaki lain dia akan kata kamu gatal. Tapi jika dia menggatal-gatal dengan perempuan lain, dia kata itu hanya kawan.

Hey. Betul apa. Perempuan yang sudah berpunya memang tak boleh flirt-flirt. Nampak sangat tak manis. Gatal. Eish. Tapi lelaki boleh okayyy. Lelaki special case. So, dont blame a man for being a man. Perempuan rapat dengan lelaki lain = gatal. Lelaki rapat dengan perempuan lain = hanya kawan. Hahaha!


3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

Ya perempuan ni keras kepala. Ketuk-ketuk lah memang tak akan retak. Degil. Pastu bila gaduh mesti ingat yang dia betul je. Walaupun salah mesti ingat yang dia tu betul. Bila gaduh, emo emo emo. Balik-balik lelaki yang mintak maaf. Walau dah terang-terang yang perempuan tu salah, still tak nak mengaku. Then nangis nangis nangis. Penat tau nak pujuk perempuan. Dah la penat, susah. Hais. Then bila lelaki tak nak pujukk kata lelaki tu dah tak sayang padahal lelaki sayang gila-gila kat dia cuma gadis tu je tak tahu betapa lelaki tu sayang kat dia. Ini tak ada kena mengena dengana aku. Siyes. Betul. Tak tipu.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia kata dia hebat.

Perempuan lagi pandai dari lelaki? Hello. Oh pelis lah. Itu abnormal. Gadis normal tak akan pandai dari lelaki okayyyy. And bila lelaki tu lagi pandai dari perempuan, dia boleh berbangga and naikkan market dia. So boleh lah tambah cawanga termasuk tambah bilangan masjid serta benarkan gadis itu masuk syurga. Tapi kalau perempuan lagi pandai dari lelaki, market naik nak buat apa?

5.  Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

For what? Ofcos la nak goda lelaki. Kalau tak, buat apa perempuan nak pakai lawa-lawa? Untuk kasi ayat kontrobesi "Jika perempuan berpakaian cantik, mesti kaum lelaki fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya, sebab jika tidak, dia akan kata kamu kekampungan."? Ceit. Nak pakai lawa-lawa. Make up tebal-tebal. Makin tak lawa ada lah. Then bila kuar bandar pakai baju cun cun then bila lelaki tergur terus layan kira kalau ada lelaki mengurat pasti akan layan lah. Heh.

6. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

Tahu tak kisah pasal tahu hidung. Nak korek tahi hidung tu punya la payah. Tapi bila dah dapat buat apa? Telan? Or leset bawah meja?

Tapi aku lain. Aku setia.

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh . Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

Deyy, lelaki kena lah amik berat kat perempuan. Kalau tak mula la keluar ayat "Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu." Deyyyyyy.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

Lelaki bizi. Dia banyak kerja bukan seperti perempuan yang tahu duduk rumah, tido, main game, main fesbook, tido, baca blog yang mengkritik perempuan, tido, bergayut, tido and so on. Lelaki rutin dia penuh. Padat. Lagi pun mana ada lelaki mungkir janji. Jika dia yang mungkir janjinya pun, dia melakukannya kerana terpaksa. Eh?

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

Aku bet dia tak tahu betapa siksanya nak menjaga perempuan. Ya. Susah tau nak jaga para gadis. Memang selalu dah lah makan hati. Tapi nasib baik lah lelaki ni adalah kaum yang kental. Kental di luar dan dalam. Kalau lelaki pun tunjuk perangai sensitif siapa nak pujuk? Lelaki juga? Hah. Bila lelaki pujuk lelaki. Then lelaki tu cakap ayat-ayat jiwang. Then lelaki tu peluk-peluk. Then terasa kehagatan yang tak patut. And jangan salahkan lelaki kalau lelaki jadi gay. Salahkan perempuan. Lelaki adalah mangsa dalam kes ini. Seperti Amfy dan Mr Z. Kasihan mereka.

10. Jika mereka yg bernama lelaki membaca ini, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar.......
Zzzz. What the fish is this?

**********
So, di sini aku menegaskan bahawa lelaki bukan makhluk yang rumit. Mereka special. Unik. Gempak. Priceless dan sebagainya. Tak percaya? Kenali lah mereka. Dan pasti korang akan tertawan.

And yes. Aku menerima segala email dari pembaca. Apa-apa pertanyaa, komen dan aduan.

Hidup Berani Untuk Gagal.

Aku rasa dunia mmg x adil.


 The key

Umpama aku duduk tulis kontes entri untuk blog denaihati yang bertajuk “Hidup Berani Untuk Gagal” yang aku tahu dari blog LizaRazak yang di sponser oleh DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare. Tapi tak pun. Aku tak rasa langsung nak masuk contest ni. Just secara kebetulan aku bernasib malang. Malang seperti sepatutnya sekarang aku berada di Lot 10 untuk contest Hp Future Is yang di anjurkan oleh Nuffnang bersama dengan 24 lagi peserta limited yang terpilih. Tapi aku terpaksa tolak invitation tu. Isk.

Well, sakit kan hati ni bila hidup tak seprti yang kita nak. Bila kita pernah gagal gagal gagal dan gagal, kita akan motivate kat diri kita yang kita akan berubah. Then bila kita dalam usaha yang kita nak berubah tu, kita berusaha bersungguh-sungguh tapi setelah usaha yang kita buat tu macam tak ada apa apa apa apa apa langsung. Macam kita nak mengurat awek lah kan. Awek tu tak ada bf so kita kena lah cepat cepat cepat cepat mengurat. Bagi tu bagi ni buat tu buat ni tapi tengok-tengok dia couple dengan orang yang useless yang pernah buat apa-apa.

Sakit kan hati bila kita berusaha sekuat mungkin tapi tak dapat tandingi dengan orang yang berusaha sikit tapi yang berusaha sikit tu dapat banyak keyajan hanya sebab dia dilahirkan pandai pandai pandai pandai dan pandai. Kita pagi petang siang malam study banyak banyak banyak bayak lagi banyak dari ingat kat awek tapi tengok-tengok orang yang study last minute dapat last laugh padahal dia just tido tido tido dan tido and then now siapa kata asal berusaha pasti akan berjaya?


"F" is your middle name?

Sakitkan hati bila kita asyik berdoa doa doa doa tapi tak pernah termakbul. Orang cakap kalau doa kita tak termakbul tak termakbul tak termakbul ia akan tersimpan banyak banyak banyak doa tu and bila termakbul akan jadi berdebuk terus hidup senang lenang goyang kaki tapi aku tak tahu lah bila masa tu akan tiba. And lega lah masa ni ada kawan yang baik yang rajin gila kasi semangat semangat semangat supaya jangan give up. And orang tu mesti result okay seperti ahli dean list.

Sakitkan hati bila orang lain dah bagi tahu famili dia orang atas kejayaan kejayaan kejayaan dan kejayaan yang dia dapat sedangkan kita tengah fikir macam mana nak hold hold hold masa dari cepat berlalu dan skip dari hari ni ke tahun depan so boleh la terus balik ke U tanpa bagi tahu kegagalan yang gagal gagal gagal yang dah kita buat serta kita tak ada sikit pun sifat berani berani berani untuk bagitahu kegagalan yang kita dah dapat.


Global warming says that its true.

Orang asyik cakap suruh bangkit bangkit bangkit bangkit bangkit dari kegagalan kegagalan kegagalan dan kegagalan serta terus hidup hidup hidup mengharapkan sedikit kejayaan di masa akan datang. Tapi macam mana nak bangkit bila kita asyik jatuh jatuh jatuh. Nak bangun je jatuh nak bangun je jatuh. Dah jatuh tu ada la pula kotoran di muka tu then bila nak sapu susah. And orang semua tengok so gila lah malu awek awek awek semua tengok terus jatuh standard serta terus down tahap down down down down.

Ni aku tulis kat blog ni, pasti akan ada orang komen suruh sabar sabar sabar sabar. Terbatuk batuk Anisza Sabar mendengar. Tapi benda ni dah terjadi tahun lepas. Kata nak berubah berubah berubah. Ya dah berubah bila aku stay library sampai malam berhari-hari tapi study study study rasa macam tak study langsung. Mungkin memang rasa bengang bila dilahirkan dengan bukan otak genius.

Aku rasa, rezeki aku mungkin bukan dari apa yang aku belajar di U, tapi di tempat lain. Hais.


 Mamat

Aku lepak lepak lepak lepak lepak Fahim YM pakat pakat pakat hasut suruh aku keluar Micet. Ya dah ramai gila dah member member member member aku bagi tahu yang dieorang nak keluar micet and tak nak sambung sem 4. Fahim pula kasi ayat maut “Kau kena fikir masak-masak dowh. Kau nak sampai kena tendang baru jatuh ke bumi ke?”

Aku tak tahu dah nak cakap apa. Roda aku macam tak berpusing je. Tak pun hidup aku tak macam roda.

Comment Here

Selasa, 8 Disember 2009

Im In A Really-really Bad Situation


Bad situation.

Ya. Aku dalam stuasi teruk sekarang ni.


1. Masalah blog.

Bila aku domainkan blog aku, semua komen-komen hilang. Tapi bila aku buang balik domain tu, komen-komen tu ada balik. Tapi juga, komen-komen selepas aku letak domain pula hilang. Baca banyak2 nanti korang akan faham.

2. Masalah Domain.

Aku ada masalah dengan domain. Aku tak boleh view blog apabila masukkan domain. Dan masalah ni adalah masalah chipsmore. Sekejap ada sekejap tak ada. Dan masalah aku rasa macam tak akan habis.

Dan memandangkan aku tak ada basic dalam benda-benda domain ni, aku jadi blur habis. So memang banyak lah aku berbalas-balas email dengan pihak domain hosting ni. Dan aku rasa pihak tu pasti dah naik bengang dengan aku. Percayalah banyak gila. Dan ayat-ayat pihak domain tu macam tahan marah je. Ada sekali dia tulis " I hope you know what you are doing....". Ya aku tau aku salah. Tapi tak semua.

Aku perlukan someone yang tahu untuk bimbing aku.


3. Result final exam sem 3

Hari ni, result keluar. Wish me good luck. I really need it. Really. Sebab ada sesetengah orang dah dapat surat berhenti. Jangan tanya aku siapa. Ia rahsia. Aku just harap result aku cukup makan sebab aku sedar yang aku tak study sangat sem lepas.

I am a dead meat....Help me God.


Comment Here

Ahad, 6 Disember 2009

A Very New Beginning. Welcome.

Selamat datang. Apa yang berbeza di blog ini? Tak nampak apa yang berbeza? Layout makin cun? Tidak. Aku makin cun? Ya mungkin. Tapi, jangan lupa ada satu lagi yang lain. Ya check feed anda. Kerana sekarang ia adalah;

www.TheOtherKhairul.com

I made this with my own and some help from Mr Edy. =)

And mana perginya semua komen-komen aku? Buat domain akan hilangkan semua komen?

Zzzzzz

Selasa, 1 Disember 2009

Aku Tak Puas Hati dengan Edwark Kuleng (Edward Cullen) dan Jakok Bhelek (Jacob Black).

Masa untuk mengkritik.

Aku melihat-lihat di dunia blog ni. Tersakit sangatlah mata aku melihat Edward Cullen yang ada di merata-rata. Tak kurang juga gambar separuh bogel Jacob Black yang jadi santapan gadis-gadis cantik sebelum tidur. And aku agak tak puas hati bila semua pakat letak gambar separuh bogel Jacob kat blog masing-masing. Terasa je hati ni nak letak gambar separuh bogel Bella Swan atau Kristen Steward yang oh-god-she-so-cute-and-damn-hot-plus-innoncet. Nak letak dalam bilik, takut Megan Fox pula yang marah. Lagi pun bilik aku tu bukan besar sangat nak berkongsi poster dengan Kristen, Sara Varone, Manuela Arculi, Keeley Hazell dan Alessandra Martines.

Oh this girl is sooo sweet~

Tapi kalau aku letak gambar Bella Swan, pasti jadi isu. Perempuan letak gambar separuh bogel lelaki tak apa. Tapi lelaki letak gambar separuh bogel perempuan tak boleh pula. Ah, dunia memang tak adil. Perempuan selalu dapat lebih. Pergi ke kelas kat U pakai selipar tak pernah kena tahan. Tak adil.

Aku belek-belek lagi dunia blog ni, aku tengok ada banyak gadis yang dah fanatik kat Jacob. Ada yang amik tahu la semua pasal Jacob. Well, aku just tergelak tanda simpati.

Okay la. Ni adalah rahsia terbesar aku. Sebenarnya, aku dan Jacob Black tu dah lama kenal. Dalam dua tahun lepas. Dia add YM aku then dia bukak ImViromment Falling Heart kemudian dia main buzz-buzz dengan aku. So faham-faham la apa bunyi yang akan keluar. Ya tersangat lah COMEL. Huh. Pulak tu malam-malam dia suka super saber aku. Tak dia, Edward Cullenyang super saber. Wtf? Memang dua orang ni asyik berebut lah nak super saber aku. Tapi yang tak tahan, aku tukar nombor pun diaorang still leh cari aku. Dah tu aku pergi kat Maxis Center suruh block no dua mamat ni dari reach kat henpon aku. Tapi akak kaunter tu tak nak layan. Dia tak percaya yang Edward Cullen dan Jacob kacau aku. Ceh. Aku tahu akak tu jealous sebenarnya. So korang mesti jealous tak percaya juga kan?

And guess what, Jacob is a gay. Try buka Facebook or MySpace. Cari la profile yang ada gambar lelaki separuh bogel. Borak-borak mesti dapat tahu yang dia tu gay. Sebab lelaki gay memang suka tanya body dieorang. So thats why lah Jacob suka tayang body. Nak menarik minat lelaki sebenarnya tu tapi memandangkan para gadis ni kuat perasan, semua sangka yang Jacob tu tayang kat dieorang.

Look at that Jakok Bhelek's sexy spot, kenapa tak kena censored?

And ingat tak dalam movie tu Jacob ada cakap yang dia tu "beautiful". And wtf lelaki cakap diri dia beautiful?! Lelaki kacak, hensem or what ever lah tapi bukan beautiful. Ewww. Disgusting, you. And tu dah buktikan yang dia tu gay. Ya gay.

Edwark Kuleng is a gay. Thats why he is virgin.

Tu baru Jacob, belum Edward Cullen. Bab Edward Cullen ni memang tak leh blah bila difikir-fikirkan balik. Lelaki vampire? Vampire tetapi romantik? Sanggup mati kerana perempuan? Umur 109* tahun? Badan akan jadi macam berlian bila kena cahaya matahri? Boleh makan bawang putih? Oh wtf is that? Oh ya, gay. Aku terlepas bab tu. Edward Cullen dan Jacob sama-sama gay. 2-2 suka tayang body tapi ya lah body Edwak tak se seksi kalau nak di bandingkan dengan Jacob. Kenapa perempuan tidak dikatakan gatal bila menggilakan tubuh lelaki? Hais.

So semua para gadis. Lupakan Edward Cullen dan Jacob Black. Anda semua tidak akan ada peluang untuk melihat jelingan mereka berdua. Mereka tak berminat kat perempuan. Hais, ingat taste vampire dan serigala sama dengan taste lelaki sebenar ke?

************
************

Okay fine mereka berdua tak gay. Berhenti menangis, lap hingus dan alihkan pisau tu dari leher or pergelangan tangan korang. Serta, muntahkan balik satu botol ubat tidur tu. Mereka berdua tak gay. Tak gay

Haissssss.

[Update] Aku kasi 9 over 10 stars for this movie. =)

Comment Here