Khamis, 10 Disember 2009

Hidup Berani Untuk Gagal.

Aku rasa dunia mmg x adil.


 The key

Umpama aku duduk tulis kontes entri untuk blog denaihati yang bertajuk “Hidup Berani Untuk Gagal” yang aku tahu dari blog LizaRazak yang di sponser oleh DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare. Tapi tak pun. Aku tak rasa langsung nak masuk contest ni. Just secara kebetulan aku bernasib malang. Malang seperti sepatutnya sekarang aku berada di Lot 10 untuk contest Hp Future Is yang di anjurkan oleh Nuffnang bersama dengan 24 lagi peserta limited yang terpilih. Tapi aku terpaksa tolak invitation tu. Isk.

Well, sakit kan hati ni bila hidup tak seprti yang kita nak. Bila kita pernah gagal gagal gagal dan gagal, kita akan motivate kat diri kita yang kita akan berubah. Then bila kita dalam usaha yang kita nak berubah tu, kita berusaha bersungguh-sungguh tapi setelah usaha yang kita buat tu macam tak ada apa apa apa apa apa langsung. Macam kita nak mengurat awek lah kan. Awek tu tak ada bf so kita kena lah cepat cepat cepat cepat mengurat. Bagi tu bagi ni buat tu buat ni tapi tengok-tengok dia couple dengan orang yang useless yang pernah buat apa-apa.

Sakit kan hati bila kita berusaha sekuat mungkin tapi tak dapat tandingi dengan orang yang berusaha sikit tapi yang berusaha sikit tu dapat banyak keyajan hanya sebab dia dilahirkan pandai pandai pandai pandai dan pandai. Kita pagi petang siang malam study banyak banyak banyak bayak lagi banyak dari ingat kat awek tapi tengok-tengok orang yang study last minute dapat last laugh padahal dia just tido tido tido dan tido and then now siapa kata asal berusaha pasti akan berjaya?


"F" is your middle name?

Sakitkan hati bila kita asyik berdoa doa doa doa tapi tak pernah termakbul. Orang cakap kalau doa kita tak termakbul tak termakbul tak termakbul ia akan tersimpan banyak banyak banyak doa tu and bila termakbul akan jadi berdebuk terus hidup senang lenang goyang kaki tapi aku tak tahu lah bila masa tu akan tiba. And lega lah masa ni ada kawan yang baik yang rajin gila kasi semangat semangat semangat supaya jangan give up. And orang tu mesti result okay seperti ahli dean list.

Sakitkan hati bila orang lain dah bagi tahu famili dia orang atas kejayaan kejayaan kejayaan dan kejayaan yang dia dapat sedangkan kita tengah fikir macam mana nak hold hold hold masa dari cepat berlalu dan skip dari hari ni ke tahun depan so boleh la terus balik ke U tanpa bagi tahu kegagalan yang gagal gagal gagal yang dah kita buat serta kita tak ada sikit pun sifat berani berani berani untuk bagitahu kegagalan yang kita dah dapat.


Global warming says that its true.

Orang asyik cakap suruh bangkit bangkit bangkit bangkit bangkit dari kegagalan kegagalan kegagalan dan kegagalan serta terus hidup hidup hidup mengharapkan sedikit kejayaan di masa akan datang. Tapi macam mana nak bangkit bila kita asyik jatuh jatuh jatuh. Nak bangun je jatuh nak bangun je jatuh. Dah jatuh tu ada la pula kotoran di muka tu then bila nak sapu susah. And orang semua tengok so gila lah malu awek awek awek semua tengok terus jatuh standard serta terus down tahap down down down down.

Ni aku tulis kat blog ni, pasti akan ada orang komen suruh sabar sabar sabar sabar. Terbatuk batuk Anisza Sabar mendengar. Tapi benda ni dah terjadi tahun lepas. Kata nak berubah berubah berubah. Ya dah berubah bila aku stay library sampai malam berhari-hari tapi study study study rasa macam tak study langsung. Mungkin memang rasa bengang bila dilahirkan dengan bukan otak genius.

Aku rasa, rezeki aku mungkin bukan dari apa yang aku belajar di U, tapi di tempat lain. Hais.


 Mamat

Aku lepak lepak lepak lepak lepak Fahim YM pakat pakat pakat hasut suruh aku keluar Micet. Ya dah ramai gila dah member member member member aku bagi tahu yang dieorang nak keluar micet and tak nak sambung sem 4. Fahim pula kasi ayat maut “Kau kena fikir masak-masak dowh. Kau nak sampai kena tendang baru jatuh ke bumi ke?”

Aku tak tahu dah nak cakap apa. Roda aku macam tak berpusing je. Tak pun hidup aku tak macam roda.

Comment Here

17 ulasan:

  1. lau doa kte xdimkbulkn tuhh,mgkin ad sbb..lmbt atau cpt je..y pnting sbar..

    BalasPadam
  2. okeyhlah.aku akan cakap 'wey kau tak payah sabar weh' heh

    aku macam tak membantu ko plak.heh


    ala weyh nih semua keduniaan beb.tenang:)

    BalasPadam
  3. weih, serius best gila event HP kat Lot 10.. rugi kau tak dtg, freebies best seh.. huhu..

    kau asyik pikir negative, sbb tu kau asyik gagal...

    BalasPadam
  4. orang kata, dan aku pun percaya Tuhan menguji dan akan bagi yang lebih baik selepas itu, dengan syarat kita kena reda, sabar dan berdoa utk digantikan/dikurniakan dgn yang lebih baik itu.

    BalasPadam
  5. @Rara - =)

    @Rath - again, =)

    @Najmie - Aku ada hal peribadi yang membuatkan aku terpaksa lupakan benda yang teramat best spt tu. well, mungkin belum sampai rezeki aku lagi..

    BalasPadam
  6. tajuk stori dah hebat... nak tambah sikit... berani gagal sampai menutup mata... hehehe

    BalasPadam
  7. aku rasa aku dah tau motif kau buat imenvironment bodoh tu -.-

    BalasPadam
  8. serius bro..aku sendrik dah eksperien menatang nih..kat uitma aku takdelah berjaye mane..then aku masuk poli..aku dah round the world pun..jadi tak salah kalau ko rase nak beck off n find a new passage..mane tau rezeki ko kat tempat len..macam membe ko cakap ah..takkan nak tunggu kene tendang baru jatuh ke bumi..if ko rase takbleh blah..baik blah..tapi jgn tak belajar plak..jgn ko trus keje plak..hahaha..

    k bro..papehal semayang istikharah k..mintak kat tuhan..

    BalasPadam
  9. kena muhasabah diri balik kot? kalau doa kita tak termakbul,either doa tuh tak sampai sebab ada halangan untuk sampai.contoh halangan tuh ada la dari diri kita sendiri,buat something Allah tak redha,or solat tak di terima Allah dengan kata lain tak khusyuk.

    Wallahu alam...Allah tahu yang terbaik utk kita.

    BalasPadam
  10. aku pun rasa macam ko rasa..mungkin rezeki bukan di U tempatku blaja..erm, macam tulah yg boleh aku anggapkan supaya aku lebih semangat..

    BalasPadam
  11. Fuyoo macam rapping je!

    seronok membacenye. hahaha. jatuh jatuh jatuh dan jatuh. takyah bangkit bangkit bangkit sebab nanti jatuh balik lagi sakit sakit sakit hati ini. hahah terjangkit lak nak rapping. ngeh ngeh.

    gagal sekali tak bermakne gagal selamenye, muahahaha. ayat standard. :P

    BalasPadam
  12. @Eyka - Ika. Kau sejak habis spm makin melalut ek. =)

    BalasPadam
  13. Teman ada kawan kat u dulu, 3 kali tuko kos. Last2 jadi pak guard, sebab otak dah bingung dan usia dah meningkat. Tu sebab kalau ambil jalan singkat, hidup plak jadi tak berkat. Sebab apa? Sebab takder pendirian.

    BalasPadam
  14. erk, dapat tau dari blog aku? hohoho. tapi, takder pun list kat dalam senarai penyertaan kat blog denaihati wei.

    ko dah tinggal komen blum kat denaihati's blog?

    BalasPadam
  15. huhu...
    it not easy to climb the peak of a mountain khairul..

    BalasPadam
  16. setiap ujian kena dgn keupayaan kita utk mghadapi..juzt byk2 kn muhasabahkn diri terutamanya hbgn diri-tuhan atau diri-manusia..cari kekuatan semangt dlm diri sdr n think positive always...percayalah kata hati :)

    chaiyok!!chaiyok!!

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.