Khamis, 6 Ogos 2009

Adakah Aku Gay?

Despair

Ketika itu, aku baru sahaja keluar dari surau bersama-sama Hilmi (S.C.) dan Firdaus. Kawasan luar Melaka Sentral masih lagi lengang. Jam menunjukkan sekitar 6.40 pagi. Terlalu awal mungkin. Dah dua jam aku lepak kat Melaka Sentral. Amat membosankan.

Aku singgah di 7e dan membeli air mineral sebotol dan Vochelle Almont satu paket. Duduk di atas kerusi sambil relax-relax.

Kemudian aku ternampak gadis-gadis berpakaian sexy lalu di hadapan aku. "Pagi-pagi lagi dah rezeki mata pakai sexy" bentak hati aku. Aku suspek, mereka mungkin baru pulang dari kelab-kelab malam. Mungkin best kalau aku boleh ikut mereka. Tu pun kalau aku berani lah ajak gadis-gadis tersebut. Balik-balik, keluar dengan Maya. Maya tak pernah menghiburkan aku. Bosan betul.

Tiba-tiba. Salah seorang dari awek itu duduk di hadapan aku, membelakangi aku. Rambutnya mengurai indah, skirtnya agak singkat tak melebihi lutut. Dia memakai kasut high yang aku rasa lagi sexy kalau warnanya hitam atau merah. Kulitnya putih je.

Tiba-tiba lagi, tali halus yang mengantungkan bajunya itu terjatuh ke bahagian tepi bahu (bisep). Ala macam iklan sabun Dove tu. Nampak sexy la jugak tali jatuh cam tu.

"Ah sudah, pagi-pagi dah dosa" bentak hati ku juga sekali lagi memikir akan kemungkinan apa yang akan aku fikirkan di dalam otak aku.

Walau bagaimanapun, aku pelik. Jarang sekali aku dapat melihat insiden seperti ini depan mata tapi mengapa aku tak terasa apa-apa pun? Maksud aku, aku tak rasa berminat untuk melihat lebih lanjut. Mengapa? Bukan kah lelaki normal sepatutnya sukakan benda-benda seperti ini? Adakah ini bermaksud aku telah menjadi gay?

More and more despaire

Adakah aku benar-benar gay? Mustahil. Mustahil aku menjadi gay. Aku perlukan sebab untuk menjadi gay atleast. Jika Azwan Ali menjadi sutun bapuk setelah di reject oleh Ziana Zain suatu ketika dahulu, masakan aku jadi gay tanpa sebarang sebab?

Aku terus memikir akan apa sebab aku menjadi gay dengan tiba-tiba. Hilmi dan Firdaus terus berborak tanpa hiraukan aku yang sedang mencari identiti selera sebenar ini.

Walaubagaimanapun, usaha aku sia-sia. Aku tidak dapat memikirkan sebab-sebab yang munasabah. Adakah kerana gadis-gadis Malaysia sekarang dah tak cantik dan dah tak ayu? Tidak, aku tidak rasa sebegitu. Sebab bukankah dari dulu sehingga sekarang gadis-gadis Malaysia memang tak cantik dan tak ayu? Hahaha! Okay-okay sorry. Aku patut serious akan hal ini.

Haish. Usaha aku sia-sia lagi. Aku rasa aku patut terima hakikat bahawa aku gay. Sia-sia sahaja usaha, titik-titik peluh dan duit yang aku laburkan untuk gadis selama ini.

34-28-36. Quite perfect isn't it?

Aku terus memandang awek tu dengan sayu. Mungkin itulah awek yang terakhir yang akan aku pandang. Aku nampak awek tu keluarkan pekakas makeup dia dan bedakkan muka dia. Ayu je aku tengok dia. Sopan santun dan penuh dengan tatatertib. Jarang betul nak jumpa gadis seayu itu. Lemah lembut je gerak tari bandannya. Lembut sikit dari Miss Zatul. Sikit je lah, tak banyak pun. Bentuk badan pun cam perfect je. Tak ubah seperti gadis melayu terakhir. Tapi aku tak ada langsung selera kat gadis dah. Nak buat macam mana. Isk.

Kemudian dia berpaling ke arah aku.

Aku cuba senyum.

Tapi tak mampu.

What the f*ck. Lelaki!

Naluri lelaki aku memang pandai memlilih. Aku masih lurus rupanya.

23 ulasan:

  1. aku ade sket xphm la yg dekat last2 entry psl ni...adakah die seorang pondan???adakah??adakah???huhuh..

    lampi la plak aku...ptg2 cmni otak lambat loading la...huhuhuh

    BalasPadam
  2. haha..aku dah agak. mesti pon& punnyer

    BalasPadam
  3. Lala & Alia - Ya. Mereka pondan.

    BalasPadam
  4. kool!!
    aku pun pernah alami..
    tp aku tak bermonolog seperti kamu..

    BalasPadam
  5. pergh,pondan ke,mati2 ingt girl..haha
    tpkn kadang2 tgk diorng ni wat diri sendiri rasa jeles sebab x secantik diorng..muahaha
    kadang2 kulit gebu gile,kalah perempuan..huhu

    BalasPadam
  6. ces..hampir tertipu.pondan rupenye....

    BalasPadam
  7. hahaha
    kalo lah kan ko terjatuh hati time tuh
    hehehehe
    pah tuh dapat tau die gay...gile lah ;p

    BalasPadam
  8. tahniah kerana anda masih straight.
    we need more straight guys in this world, that's for sure.

    haha.

    BalasPadam
  9. haha. memang insticnt lelaki yang kuat :D

    BalasPadam
  10. dah macam chuck and larry dah. hihihi.

    kalau kau gay, kau nak jadi yang lelaki ke yang ''perempuan''?

    BalasPadam
  11. @Nisa - Perempuan. Aku jealous doe ngan kelebihan tak rasmi yang perlu lelaki buat untuk para gadis. Nak-nak masa mengorat gadis. Aku, kawan aku nk kuarkan 10sen untuk aku pun berkira.

    BalasPadam
  12. weih, tahniah2, anda masih straight!!.. klau tak, kurang la LELAKI di malaysia nih.. hohoho..

    BalasPadam
  13. ahaaa
    bahaya ooh
    lelaki lagi lawa dari pompuan skrg ni

    BalasPadam
  14. daripada ko suke kat pondan tu baek ko ngurat chongchong aku tu ;p

    nak nomo da tak??hehe :D

    BalasPadam
  15. eyuh?
    scary ayat last uh.
    haha :P

    BalasPadam
  16. ahaha mmg hebat description anda..
    skali lelaki!! wakaka
    tahniah juga ;)

    BalasPadam
  17. bagos la ko lurus ag!
    mungkin ko nak yg ayu n bertutup kot?
    ahah!

    BalasPadam
  18. ohh...bagus. saya pondan kalu kamu gay..


    msh keliru? aku pn selalu.

    BalasPadam
  19. wahahah!
    u gay :p lol
    owh bgush laa str8 ag :)
    eh btw , ur blog brat gilaa laa.
    lme maw 2nggu

    BalasPadam
  20. gay juga bermaksud gembira..
    ye, dari segi tu, maybe ko sedang berGAY..dari segi sexuality, aku tak sure..hehe.

    BalasPadam
  21. @Chenta - Ya. Tentu sekali. =)

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.