Selasa, 5 April 2011

Blog For Life : Perbezaan Gaya Penulisan Mengikut Zaman.

Assalamualaikum


Korang nak main blog ni sampai bila? Korang nak berblogging sampai bila? Sampai bila-bila? Oh seriously sampai bila-bila? SERIOUSLY? Yeah, seriously. Tapi pernah tak korang terfikir untuk tengok balik timeline post-post entri korang?

Gaya penulisan ketika berumur 15 tahun.
"Siapa tak pernah tengok cerita blue? Siapa? Siapa? Ah, tak payah nak tipu lah. Aku tau korang suka tengok. Apa? Perempuan tak tengok? Ah tipu je tu. Aku tak percaya kalau korang kata perempuan tak pernah tengok cerita blue. Ya, dengan itu, aku berbesar hati untuk menulis entri bertajuk "Tips untuk tahu jika awek-awek anda suka menonton porno.".


Gaya penulisan semasa 18 tahun.
"Tadi masa aku sedang mencari buku-buku ilmiah untuk Math, aku terperasan sorang amoi. Weh, amoi weh. Bapak ah putih. Dah la putih, gebu pulak tu. Nak cari awek-awek stock gebu ni susah tau. Aku nak yang dok cari buku math tu terketar-ketar lutut tengok kegebuannya. Aku rasa ni cinta pandang pertama. Siyes ni cinta pandang pertama aku. Tapi... Tapi aku cool je. Biasalah, kalau suka kat someone tu, kena la play it cool. Tapi belum sempat aku nak kenyit mata, dia dah blah. Panas beb tengok dia blah macam tu je. Baru nak sound dia, aku di langgar oleh seorang awek bertudung bawal. Ingat kan nak kaki je awek yang langgar aku tu. Tapi bila tengok muka dua, perh, gadis melayu terakhir bab. Bila mata bertentang mata, terus cair meleleh-leleh. Ni pun rasa kira cinta pandang pertama kot. Siyes cinta pandang pertama."

Gaya penulisan awal 20 an.


"Semalam aku pergi tengok wayang dengan member-member aku. Balik pukul 4 pagi. Sebelum tu, lepak-lepak jap kat Wong Ah Jang main kejar-kejar dengan bapuk. Gedik sial aku tengok bapuk-bapuk tu berlarian. Sotong habis. Dah tu, dia punya lemah gemalai jangan cakap ah. Tapi kan, apasal eh perempuan zaman sekarang susah sangat nak lemah lembut macam tu. Kalau ada pun, mesti minah bertudung Version 2.0. Well, dah tak ada lagi ke wanita melayu terakhir? Oh ya, lupa. Dieorang semua kan dah pupus."

 Gaya penulisan akhir 20an
"Aku tak tahu apa akan terjadi kat aku pada 10 tahun akan datang. Adakah aku akan menjadi pengutip sampah? Adakah aku akan jadi peminta sedekah? Seriously, aku tak tahu apa yang aku akan jadi. Apa kerja aku? Aku ada kerja atau tak? Kenapa aku seolah-olah tak nampak langsung masa depan aku? Aku akan kahwin tak? Atau... aku masih single? SINGLE? Forever alone? Tak ada a lovely girl ke yang sangup spend the whole life with me? Susah, senang, sedih, gembira. Di mana kah boleh aku nak cari gadis yang sudi jadi srikandi cintaku itu?

Gaya penulisan awal 30an.
"Hari ni selepas aku hantar anak ke sekolah, aku pergi ke kerja dengan menaiki BMW M9. Audi R10 aku ada calar lah. So, aku hantar kedai cat baru.  Alhamdulillah, hidup aku semakin stabil. Terimakasih kat isteri aku yang tersayang. Well, masa isteri tolong pakaikan stoken sebelum kekerja tadi, dia awal-awal dah bisik-bisik suruh balik kerja awal. Nak bermanja katanya. Bukan apa, lusa dia dah nak pergi ke London buat pergambaran Adamaya season 9. Dan, sebagai suami mithali, aku patut sediakan bekalan yang secukupnya untuk dia. Ye tak?

Gaya penulisan awal 40an


"Aku masih berharap anak-anak aku tak pernah tahu akan kewujudan blog aku. Tapi, kalau korang dapat tahu jugak, aku nak korang tahu yang... yang... yang... Papa muda-muda dulu baik orangnya."

Gaya penulisan awal 50an
"Teringat zaman pakcik muda-muda dulu. Eh, pak cik dulu dulu hot tau. Kalau korang satu zaman dengan pakcik, korang mesti kenal punyalah dengan Fazura dan Fasha Sandha. Dieorang berdua ni cair habis tau dengan pakcik. Tapi entah macam mana, pak cik boleh pula terberkenalan dengan Lisa Surihani engkau. Pak cik dulu tak minat pun dengan Lisa ni. Tapi... tapi Lisa tu tak habis-tabis nak tackle Pakcik, Pakcik kasi lah chance sikit kat Lisa tu. Pak cik ingat lagi masa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 / 2011 (ABPBH 2011) tu, Lisa pakcik tu dapat banyak gila anugerah. Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular dua-dua dia kebas. Setiap kali dapat anguerah, dia mesti sebut "Terima kasih kerana undi saya. Terima kasih kepada semua peminat. Dan terima kasih kat my baby, Mister Kay. Wuwuwuwu I mishhh you wuwuwuwu.". Entah lah. Mungkin pakcik ni menarik sangat kot.

Gaya penulisan awal 60an
Tadi, masa balik dari masjid, dengar cerita, ada janda bergetah kat kampung sebelah. Boleh masuk line ni. Keh keh keh *Ketawa*. Erk erk *Urut dada sambil telan ubat*

10 tahun akan datang, aku nak baca balik semua entri aku dan gelak kat diri sendiri sambil berkata "WHAT THE HELL WAS I THINKING? HAHAHA.". Must be good old days.



100 ulasan:

  1. nice one bro!
    seriousshit semat... kah3

    BalasPadam
  2. Haha tak boleh blah. Sampai ke tua macam tu. Lawak2


    Aku kadang2 terpikir, macam mana lah agaknya kalau mati esok lusa ke. Pembaca2 tahu ke tak. Mesti pelik apsal blog tak update. Rupanya dah tak ada. Sob3

    BalasPadam
  3. besh larh . t aku pn nk tgok blog aku . then what's next ? n next ?

    BalasPadam
  4. well. makin tua, penulisan makin matang ye dak. huhu

    BalasPadam
  5. aku ada gak terfikir hal ini bila nak start buat blog.

    memori weh masa tua.
    hehhe

    BalasPadam
  6. Khairul Amilin?
    okay,not i get it.no wonder you said that you hate ur second name.but it sounds nice.and cute!
    hi,Amilin!

    BalasPadam
  7. Rasa nak cucuk cucuk Mr.K.
    mengedik weyhhh!

    BalasPadam
  8. hebat !!thumbs up utk kamuu :)

    BalasPadam
  9. suka nieh . a good one :) xsabarr nk jadi tuaa . ang review awesome time zaman muda . and berkongsi dgn anak2 and cucu . :)

    BalasPadam
  10. haha mesti seronok bila baca balik dari mula...

    blog boleh jd diari yg sgt bagus:)

    BalasPadam
  11. hahahaha!! yg mase umo 60 tu ngengg.. da nak masuk kubur pon sempat lagi nak gatai naa :)) hee

    BalasPadam
  12. betoi gak... kadang3 aku pom terfikir gak.. sampai bila nak berblogging??? mesti cara dan gaya penulisan akan berubah... huhuhu...

    BalasPadam
  13. betoi gak... kadang3 aku pom terfikir gak.. sampai bila nak berblogging??? mesti cara dan gaya penulisan akan berubah... huhuhu...

    BalasPadam
  14. nyawa
    no komen

    hahahhahhahahh~
    siot kau kay~

    BalasPadam
  15. erm.kurang setuju ngan gaya penulisan awal 40-an...

    BalasPadam
  16. cool~[smbil tbayang2 mgkin akan gelak guling2 biler bacer entri lamer2 10 thn akan dtg...]

    BalasPadam
  17. hahahaha..thumbs up!!aku bace entry aku taun lepas pun aku dah rase pelik..

    BalasPadam
  18. Btul lah. Takyah tunggu lama-lama. masing masing pergi bukak entry masa start blogging dulu. mesti ada ayat rempiwt.

    BalasPadam
  19. aha. tak payah pergi jauh. baca entri 3 tahun lepas pun dah...'erk. gedik gila aku dulu! merapu meraban apa ni weh?!' haha.

    saya akan berblog selagi ada masa. once dah kerja, mungkin makin kurang. once dah sambung masters, mungkin minat dah kurang. once dah berkeluarga...semua masa untuk keluarga. so, yeap. sampai situ je la riwayat blog. ^^

    BalasPadam
  20. aku selalu tengok timeline aku tahun 2005 dulu masa umur aku dalam 18 tahun,serius shit aku nak tergelak dan aku rasa macam ada manusia lain yang menulis entry2 lepas.

    ITU BUKAN AKU!!!hahahaha

    BalasPadam
  21. takpe mista K, like start at 40. mana tau mista K dh jd jutawan blogger masa tu n entry pun lebey hebat dr dulu

    BalasPadam
  22. yg umur 15 & 18 tu leh caya..tpi yg ke 40 ke ats, tak tau btul ke tidak..haha

    BalasPadam
  23. assalamualaikum
    encik khairul,
    nanti boleh la tulis entri yang bertajuk;
    blogging : apakah matlamat kita?

    huuuu

    BalasPadam
  24. haha. INDEED it will be very funny. lets wait another 10 years and we can laugh back at our immaturity and innocent-ness.

    BalasPadam
  25. the funniest post do far mr.k~!
    haha..dah gelak mengilai2 macam org gila dah baca post nih..erk..terlupa diri kejap..

    BalasPadam
  26. hahaha..
    cara gak tu..:)

    BalasPadam
  27. die punye lisa surihani tu tak tinggallah kan. pujaan hati betul. yang paling tak boleh blah tu time 60an ah. pergi skodeng janda kampung seblah. kihkihkih.

    BalasPadam
  28. ehhh...semua ni aku rasa betul belaka tapi Lisa Surihani tak perlu dimasukkan sekali...;))

    BalasPadam
  29. hehehe..yg penting, jgn kasik tutup blog =p

    BalasPadam
  30. pompuan..pompuan...dan pompuan..issshh3...hehhehee... =P

    BalasPadam
  31. aku akan tergelak bler baca entry lama2,,,hauhuahua

    BalasPadam
  32. bila baca balik camana la aku boleh tertulis semua2 tuh dulu..hahaha

    BalasPadam
  33. lawak la hehe... tpi memg bila bca balik post2 lama nk trgelak, xpyh tunggu tua sgt hee.. :)

    BalasPadam
  34. nice one mr k!!
    tapi memang betul perr..
    aku dah blogging for 2 years,andbila baca entry lama-lama, rasa cam, ''lol,tak matang ayat".

    BalasPadam
  35. bosan dgr cite lisa kau tuh. berangan x habes2.. cukup2 la.. lama2 org naik muak kowt..

    BalasPadam
  36. lawak giler entry ni..ha ha ha ha (glk sin can)

    BalasPadam
  37. OMG mr K you are so hilarious. adoiiiii XD

    BalasPadam
  38. kahkahkah...kompem malu anak2 u diorg bace blog u nih..hahaha

    BalasPadam
  39. hahahahhaa.... menarik... x terpikir pon.... hahahahha

    BalasPadam
  40. Aku suka baca gaya penulisan ko umr 15 tahun.. Serius gila aku suka! Hahahah~

    BalasPadam
  41. sumpah cam cibai... gelak geguling aq... "Tadi, masa balik dari masjid, dengar cerita, ada janda bergetah kat kampung sebelah. Boleh masuk line ni. Keh keh keh *Ketawa*. Erk erk *Urut dada sambil telan ubat*" wtf... rolf.... good entry btw

    BalasPadam
  42. huhu..
    tyme baca balik nanti, mesti macam2 perasaan ada...
    mesti rasa kelakar..malu pun ada kott..

    BalasPadam
  43. best entri ni.. :D
    btol jgk kan..tak pernah tpikir pulak kalau la selamanya jd blogger,mcm mana gaya penulisan msg2..ahahah..

    BalasPadam
  44. Adakah ini akan berlaku pada anda Mr.Kay? hahahahahaha..=)

    BalasPadam
  45. ini lebih kepada isi-isi penulisan kan..kalau gaya tu penggunaan bahasa dsbgnnya....kannn?

    BalasPadam
  46. nice entry.... salute habes.............

    BalasPadam
  47. "Terima kasih kerana undi saya. Terima kasih kepada semua peminat. Dan terima kasih kat my baby, Mister Kay. Wuwuwuwu I mishhh you wuwuwuwu.".
    hahaha serious teringin dengar cik lisa pkcik tu cakap macam nie~ =p

    BalasPadam
  48. HAHAHAHAHAHA itu je yang mampu aku lakukan :D

    BalasPadam
  49. uhuk2*urut dada dulu sblom komen*

    BalasPadam
  50. yup2.
    nas pown penah view balek post yg lame2 .
    bapaknya , ayt tak bole blah .
    semangat + celaru .
    HAHA

    BalasPadam
  51. walaupun latarbelakang penulisan umur berlainan aku cuma rasa cara penulisan juga peru beza dan ia menunjukkan kematangan.dari kanak misalnya menggemarkan eeww dan apibila tua akan mengeji dirisendiri..keh keh keh

    BalasPadam
  52. @Fatt - Biasa lah. Kita kena berfikiran jauh. HAHA

    @Peace - Sebab tu la aku telak co-writter kat blog aku.

    @Miyo - Yeah, pretty like it.

    @Ramizah - Matang lah sangat. HAHA.

    @Kei - I love it now.

    @Syafiqah - HAHA

    @Elyana - Thanks.

    @Book - Apasal?

    @najmah - Yup, memang berkurang kalau dah kerja dan ada keluarga.

    @Eim - AMINNNN

    @@Anonymous - Kenapa bila kita berblog, semua orang tanya sebab, matlamat etc? Padahal, bila main facebook or twitter orng tak kisah pun.

    @Anonymous - Eley, cakap je la kau jealous dengan lisa aku. HAHA

    @Mimi - Yup.

    @haika - HAha. Tunggu la malam esok.

    @

    BalasPadam
  53. wahaha....mr.k! amazing......

    jauh b'imaginasi..smpai tua pn gedik jgk!:D

    BalasPadam
  54. sengal laa lu bro..hehe!
    tapi entry best.. ;)

    BalasPadam
  55. hahah
    awesome !
    kau ngan penulisan memang ada kimia.
    keep it up !
    :)

    BalasPadam
  56. mesti cucu mista K akn tanya, "sape nenek lisa tu? perempuan yg slalu berlakon cerita pondon buruk season 6 tu ke? (pgganti fauziah nawi), hahaha

    BalasPadam
  57. alahai, bijak betul bkata kata. :) nice babe! sampai tua ke nk maen belog nih? haha

    BalasPadam
  58. hahaha...klakar...pak cik kay.... 4 star...

    BalasPadam
  59. satu mende ko lupa.
    Tahun 2020, blogspot dah dimansuhkan kan dah !
    hahaahhahaha...padan muka, ilang semua korang punya posts.

    BalasPadam
  60. Haha! Lawak kot.. Btw giler ah kalau ada adamaya 9!

    BalasPadam
  61. besh lak baca entri nie.. sedih plak bila ingatkan masa senja yang pasti tiba nantiiiii...

    Nak baca ke tak??..

    Pemdedahan Eksklusif : Pengetua Akademi Fantasia 9..

    BalasPadam
  62. Another nice entry lar mr.k! nanti 10 tahun ag nk bc blk entry ni & tgk comment ak pn ade kt cni~ hahaha. double thumbs up bro!^^

    Ada apa dgn MALAM PERTAMA?^^
    http://izatulqisteena.blogspot.com/2011/04/malam-pertama.html

    BalasPadam
  63. haha..kelakar pu ada tgk entry nie.. memg gaya penulisan tu berubah menjadi yg lebih matang...

    tapi part dah 60 an tu, apesal gatal balik? hik hik ^^

    sila sila la ye dtg blog nie.
    ade tak blog kena santau hehe

    BalasPadam
  64. haaha!!
    memang bez larh..
    ta penah terfikir un..
    takott nyer future an??

    BalasPadam
  65. glamor gak bapok2 kat jalan wong ah jang tu ciap msuk lam entry blog hahaha

    goood work dude ... DOUBLE like ...

    BalasPadam
  66. serious unik, kreative. ni la sbb knp aku suke follow blog ko..

    keep it up bro!

    BalasPadam
  67. haha...weh...dlm kubur pun bleh tulis blog meh

    BalasPadam
  68. sampai semput2 pon gatal lagi..hehe

    BalasPadam
  69. TIME SEKOLAH MENENGAH DULU MENULIS BELOG SEMUA NAK HABIS JIWANG JE BAJET SEMUA ORANG NAK BACA.KEHKEH :D

    BalasPadam
  70. hahaha~ try it. akanku simpan ke cucu cicit. tp entry love story xleh bg spouse tgkla~ or else- deadla..

    BalasPadam
  71. haha..bengong la....maybe btul gak....hahaha

    BalasPadam
  72. huhuhu....memang betul pun...nanti bile umor dah veteran bace balik tulisan zaman remaja meningkat naik mesti korang akn ketawa guling2 n ckp kat diri sendiri.."nie aku ke yg tulis..?"

    BalasPadam
  73. aku menulis untuk aku baca balik 10 20 taun akan datang. ape yang aku buat, pegi mana, pasal family dan lain2. tak payah lah kot nak blog pasal hal semasa sangat, kutuk sana sini, trafik itu ini, kekekekeke.

    BalasPadam
  74. guwa ase da tue nnty der da lupe pasword and id kot haha

    eh jap still ley bace gak hahaha..

    BalasPadam
  75. hahaha..that was super cool..

    now pon..kalau saya masuk mana2 blog..xtengok dia punya owner lagi..but i can predit from the way diaorang menulis..from the way diaorng berfikir..
    kalau yang remaja..memang jauh sgt bezanya dengan yang dah dewasa tentang tajuk dan cara penulisan mereka..


    btw ..saya xperlu tunggu 10tahun nak baca balik my post n ketawa sorang2..
    now pon..bile bukak balik post yng lama2..my mind was like..my entry so sound wtf..ketawa sorang2..
    xleh terima..ehh aku ke yg tulis??

    hahahha..

    :)

    BalasPadam
  76. Smart gilaaaaaaaa :D Ni baru je ber-blog dalam tiga empat tahun, belum lagi beberapa puluh tahun. Confirm nanti rasa nak gelak guling-guling bila baca balik entri yang dah berzaman ni, xD

    BalasPadam
  77. aku nak pencen blogging masa beranak anak yg ke 10.kah3 XD

    BalasPadam
  78. hahahahaha...:D
    yup semakin usia meningkat gaya penulisan pun semakin matang seiring dengan peningkatan usia...
    eh, apasal dah lama sangat tak update blog..?

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.