Hell-o pretty boys dan kacak girls sekalian.
Masa aku duk berborak dengan abang kilang hari tu, entah macam mana, aku terfikir untuk tonton cerita Hikayat Merong Mahawangsa. So, aku kerja dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Kadang-kadang, sampai malam aku overtime. Dah tu, celah mana aku nak beli tiket wayang?
Entah macam mana gak, aku dapat idea untuk booking tiket online melalui phone. So, selepas google no phone GSC East Coast Mall, aku pun call lah. Nombor phone TM biasa. So caj rendah je nak booked untuk wayang. Gila ah senang. Tak payah beratur dan pergi ke bandar. Selama ni aku punya lah rushing nak beli tiket wayang. Kalau aku tau boleh main beli ikut phone, dari dulu aku guna. So, selepas dah confirm, aku pun call la kawan aku kata tiket pukul 10 malam.
Dengan happynya aku dapat dua tiket. Tapi, shit happens.
Sampai je kat kaunter ambil tiket wayang tu, akak tu tanya
"Tiket key nomber dia ada tak?"
"Ada Kak. Ni Kak. 83912"
"Okay. Cerita Rango pukul 10 malam. Dua seat"
Wait... Rango? Rango.....? WHAT THE FUUU IS RANGO?
"Kak, Rango? Apa benda tu? Saya tempah tiket movie Hikayat Merong Mahawangsa la Kak."
"Eh ye ke? Saya rasa adik dah salah booking ni"
Aku pun macam.. WTH WTH WTH. Tersalah pilih apa aku dan sure 100% sure dah.
Aku pun bengang. Memang sakit hati. Akak tu dah la tak reti nak senyum. Tapi nasib baik comel. Kalau senyum lagi lah comel. Tapi tu lah. Susah nak cari perempuan comel zaman sekarang ni nak pandai senyum. Semuanya pandai mengada-ngada je.
"Abis tu, macam mana ni kak? Tak akan akak nak suruh saya tengok cerita Rango tu?"
"Saya tak boleh buat apa lah dik, memang tu yang tulis kat sini"
Perh, sayu, pilu gila dengan kakak tu. Dah la dia panggil aku adik. Tercalar tau maruah seorang lelaki teruna kalau perempuan panggil dia adik. Tak tahu ke dia yang perempuan tak boleh panggil lelaki sebagai "adik". TAK BOLEH. Tak kira ah dalam situasi macam mana pun, lelaki sentiasa tua dari perempuan.
"Alaa kak, tak ada initiative lain ke? Tiket reserved yang lain tak release lagi ke?"
Tiket wayang yang reserved wajib di tuntut 45 minit sebelum wayang start. Kalau tak, ia akan di tuntut.
"Release? Belum lagi. Sikit lagi dia release lah."
Aku diam tak berganjak.
Dia pun diam.
Lama sikit, dia berbunyi "Hmmm. Okay dah released dah. Adik nak ke?"
Zzzzz, Mesti lah nak. Kakak ni, suka betul bermanja-manja dengan aku. Aku dah berpeluh dah. Ye lah, sebab dah janji dengan member aku nak tengok cerita Hikayat Merong tu. Dan yang bestnya, bila aku tengok seat aku, perh, perrrrrrfect yaw. 4 row dari atas, dan tengah-tengah. Memang screen straight dengan mata aku. Tak dongak, tak tunduk. Again, perrrrrfect.
So, apa yang bestnya dengan cerita Hikayat Merong Mahawangsa yang di bikinkan oleh geng-geng KRU ni?
Anda akan minat movie Hikayat Merong Mahawangsa ni kalau:
- Anda gay.
- Anda sukakan sejarah yang... errr... pelik.
- Anda sukakan aksi perang lelaki berpakaian separuh bogel.
- Anda perempuan dan suka tengok lelaki topless lebih-lebih lagi kalau lelaki tu adalah Stephen Rahman Hughes yang mempunya badan seksi serta bebulu.
- Cerita sebelum kedatangan Islam. Dimana, sedar-sedar je, Merong tu dah ehem-ehem dengan awek kat kampung tu sampai mengandung. Jarang sekali dalam cerita-cerita zaman sekarang yang ada kisah pasal lelaki dan perempuan buat seks, dan tak di jadikan isu. (Okay, selepas aku check balik, memang dieorang dah kahwin kot. Tapi tak di tunjukkan. Masa first time tengok aku tak perasan langsung sebab perangai si heroin macam jual mahal gila)
Anda tak patut tengok cerita ni kalau:
- Anda tak suka bila ada CGI yang kaku.
- Anda tak suka plot yang terlampau obvious.
- Anda anti dengan PPSMI. Malu lah weh orang zaman dulu pun reti cakap english. Korang yang modern ni pun tak brani nak belajar dalam english.
- Anda sukakan cerita yang lebih complex.
- Anda bersama keluarga serta awek. Ada kias-kias babak lucah even ianya 13PG.
Personal Rating
Plot - 5/10 (Plot dia agak cliche)
CGI - 3/10 (CGI ada yang best, tapi ada yang kaku dan terlampau obvious)
This + that + all - Aku bagi 6 / 10. 6 / 10 ni banyak tau. Tapi cerita ni mampu buat aku menguap beberapa kali dan awek di sebelah kawan aku tu mengamuk nak keluar. Plus, ada yang tidur. Mungkin sebab dah waktu malam kot. BUT, korang patut tengok. Serious patut tengok. Tak rugi. Kalau nak download pun, rasanya tak ada lagi. Kalau ada yang download punya movie pun, mesti tak se best tengok kat pawagam. So, jangan download, tapi beli DVD.
Dan yang bestnya, masa tengok wayang, kalau duduk sebelah awek, mesti awek tu wangi. Dalam wayangkan gelap. Then awek yang wangi tu yang mukanya kita tak nampak, secara automatiknya kita akan assume yang "OMG WANGINYA DIA" dan diikuti dengan "MESTI COMEL". Dan secara tak langsung, ianya akan menaikkan mood serta keindaahan filem tersebut. Ini strategi pemasaran. Tapi sayang, tak ada seorang pun yang pernah fikirkan pasal ni.
Cerita ni adalah pasal seorang keturunan Iskandar Zulkarnain yang jadi orang buangan yang bernama Merong Mahawangsa. Badan dia sasa dan dia memang biasa dengan laut. One day, masa dia tengah buat hal, satu rombongan dari Rom datang untuk mengupah someone untuk bawak Putera Rom berjumpa Puteri China. Dan Merong ni di paksa untuk menjaga dan bawa Putera ni jumpa Si Puteri. Blah-blah blah, puteri tu diculik dan mereka berpakat untuk dapatkan balik puteri tu sambil menjatuhkan Garuda. Garuda adalah lanun yang menggunakan ilmu sihir.
Dalam cerita ni, aku perasan lah kan, masa mula-mula Merong Mahawangsa bertarung tu, sepatutnya ada gari berantai di tangannya. Tapi ada satu babak di mana gari di tangannya tak terpasang. Then bila masuk babak seterusnya beberapa saat kemudia, tangannya masih di gari dengan rantai. Samaada aku tersalah tengok, atau memang ada kesilapan di situ.
Aku perasan, agak ramai lah nama-nama yang aku tak kenal yang keluar. Dan ini membuat kan aku terfikir yang most of movies, kalau dieorang guna pelakon yang dah biasa berlakon, mesti cerita tu tak laku. Kalau dieorang guna pelakon yang entak dari mana, mesti cerita tu agak best. Mungkin sebab tu lah banyak pelakon drama-drama dapat tak dapat tawaran berlakon movie.
Dan, aku perasan lah dengan gred-gred filem zaman sekarang yang terlampau longgar. Bila satu filem tu ada babak seksi-seksi pakai bikini nak tertanggal, still filem tu dalam gred 13PG. Ada bab pegang-pegang kiss-kiss pun, still 13PG. Agak-agak, 18sx tu macam mana ya ceritanya?
Then, masa dalam cerita tu, ada satu watak heroin iaitu Ummi Nazeera. Masa mula-mula aku tak perasan tau awek ni. Tapi bila dah tengok lama-lama, aku macam dapat rasa suatu perasaan yang... yang... Oh, adakah ini di namakan cinta? Ummi Nazeera gila ah comel doe. Macam gadis melayu terakhir. Dengan bibirnya. Dengan ego nya. Dengan pakaiannya. Dengan cara bercakapnya. Dengan kependekkanya. Dan macam-macam lah. Perh, cair aku tengok gelagat dia. Nak kata comel tak. Tapi manis tu banyak. Kalah my Lisa Surihani beb.
Eh wait, Lisa Surihani tu siapa?
Amboi , dah pandai dah sekarang . Harharhar . Lisa Surihani tuu............... ok sambung . lu pikir ah sendiri haha
BalasPadamhaha..memang nasib kau baik..hehe..
BalasPadamreview cite sambil kutuk2..wa tak brp nak bran..haha..sbb wa bkn org filem..hehe
part ada awek duduk sebelah tu aku suka.
BalasPadamBila ade awek wangi mesti aku imagine comel r harapnya, lau bosan tengok movie memang aku ushar2 awek tepi.
suke bena baca hasil tulisan anda..
BalasPadamHikayat Merong MahaWangsa..
it just hikayat 'Abang...'
apa yang lebih hebat.. bila ada satu production yang cuba untuk merungkai dan mengetengahkan tentang hikayat tu.. walaupun bukan 100% penceritaan disampaikan.. lagipun, xsemua tahu tentang kewujudan Hikayat tu pon.. kan?kan?
huhuhu..
sorry.. sekadar mencelah disini..=)
hahaha..!
BalasPadamgila lupa daratan kau nie Mr.K..tengok ummi nazeera terus lupa lisa surihani yg kau dok bangga2kn sgt sebelum..tidak bukan main lagi..lisa surihani la pujaan hati..haha..macam2..
salam..
BalasPadamhaiyoo mr.k.. camne salah book ni? hehe... anyway, jeles ar ngn ko... aku nak tgk cite inche merong nehhh... tp kuantan tu jauhlah pulakk.. hemm.. btw, as owez u'r awesome.. kipidup! (^_^)
haha.. ni dah membuatkan saya pon xnak tengok cerita ni nih....
BalasPadamni statement jujur ker ni?
aku pun dah tengok cerita ni.
BalasPadamlagi best kot dari magika dengan cicakman.
sape stephen rahman hughes tu?
entah.
yang penting walaupun storyline klise,
tapi boleh dikategorikan lain la jugak dari cerita melayu tipikal komersial yang lain.
double-thumbs up.
aku teringin sgt dah ni nk p tengok...
BalasPadamgrr..
tapi biasenye,,cgi malaysia over sgtla..
mcm cicakman 2
hehe...ummi nazeera tu bukan gedik ke?yg ngn remy sohok dulu tu?heeeeeeeeeeeeeee~~~~~~`
BalasPadamMr.K,sangat sejarah kah cerita tersebut?ala-ala hikayat tak?
BalasPadammungkin sbb ramai sgt pelakon yg xdikenali berlakon aku dah terasa cerita tu dah mcm movie international..
BalasPadamlagi satu. banyak sgt manly grunts.
BalasPadamgrrr.
whaaa.
hmmmm.
aummm.
tapi tak sexy pun bunyi. menakutkan. kena Brad Pitt gak yang buat baru best.
and.. kenapa Merong tu je yang sasa, yang lain keding je. pelik, ingat time tu semua buff2 sebab kerja kuat. lol.
hai adik. ;p
BalasPadamkalau tengok Rango mesti tak tido punye. suka sejarah pelik, yes, mmg kene tengok cite ni.
Tak jadi nak tgk klu gitu...tengok trailer cam best..
BalasPadamkau tak habis-habis dengan Lisa kau ah. haha.
BalasPadamcerita ni dah dpt 500 ribu kot dlm sehari tayang..:p
BalasPadamsetuju ngn mr k
BalasPadamadegan darah2 xperlu kot.tgk pirates of caribbean,xde pn darah2 time lawan.org phm.and adegan pantulan cermin pling epic!buleh terbakar eh kna pantulan cermin?kite bako!kite bako!hehe
anyways,tahniah jugakla utk kru.percubaan pertama wat wolrd standard film.xdela cam david teoh n ahmad idham tu..balik2 cite hantu n cinte je.
haha~ sape x minat sejarah jgn tgok,, mmg menguap la bro,,, tp syok tgok hero die,, bukan sebab gay ke x,, adoi,,,
BalasPadam1 more.. ade ke part merong tu ehem2 ? setahu i xde... kthanksbye
BalasPadamRango tu cerita ape? Nape boleh salah book?
BalasPadamComel je dialog dgn "akak" kaunter 2.
BalasPadamN,, stil xtgk lg filem 2.
xde minat. dunno y.
Tp review ni best.
xboleh ye pggil laki adik? haha:P
BalasPadamwhat? apa?! ang buang Lisa untuk Ummi..biaq betui ang nih, masa Ummi jadi Che Nin dalam Hantu Kak Limah takdela pulak ang nak suka, bagi pakai seksi sikit dlam citer ni baru la nak jatuh cinta bagai..ish3
BalasPadamweyy, taubat la weh...cmon Mr K, you can do better than this
*emo*
@Ayie - Mana ada kutuk-kutuk. Ini nasihat membina.
BalasPadam@Qwerty & Sofiey - Entah lah. Padahal, dah confirm dah.
@Aisya - Ya, dan mungkin lebih 2 juta dalam 4 hari.
@Dak Pipi - Tak ada. Tapi tup-tup, Embuk mengandung. HAHA. Dan ni bukan real sejarah kan. Just jalan penceritaan je.
@Ubi - Cerita no jauh lagi okay dari cicakman.
@Mili - Siapa adik? Siapa adik? Nak kena gigit? ;)
Comellah, kau lelaki comel dalam blog.kat luar comel jugak tak? :) haa
BalasPadamtouching Lisa surihani nanti..hahhaha
BalasPadambtw betul ke apa keadaan pun jangan panggil laki adik? tapi kalau dia yg panggil kita akak dan bahasakan diri adik..tak pe kan? (padahal beza setahun dua je umur)
gua pun selalu kena panggil adik (-_-)
BalasPadamStephen Rahman Hughes tu melayu ke aper? org malaysia ke?
BalasPadamamboiii ekmain lg ye . dh sudaah klau sy jadik lisa , dh lame plenkik awk ni , hehehe . xpe biarlah kne ktuk cmane filem tu , sy nk tgk gk . yeahh :P
BalasPadammemg byk kelemahan ag film ni..but personally, boley gak la nk bangga coz rasenye ni 1st epic film prduced n directed by malaysian..
BalasPadam@mainur
BalasPadamlelaki kalau panggil perempuan kak selalunya time nak promot barang.kira mcm tanda as hormat jugak kot kengkadang tu. heeee. ;)
takde tulis pun part yang best? si Ummi tu je ke yang best? maybe, trend ambil pelakon takde nama nie boleh menghidupkan suasana persaingan sehat. baru semua up untuk naikkan kualiti. part CGI kita sepatutnya minimakan. sebab plot cerita ala epik sepatutnya dah genuine dan ada tarikan. eh melalut plak. OK next preview citer apa?
BalasPadamhehehe..
BalasPadamnape perempuan takleh panggil lelaki, adik?
kalo da cnfirm2 perempuan tuh lebih berusia n lelaki tuh muda, takkan nk panggil abang kot? silap2, dikata tak sedar diri punye lah~!
hehehe~
aku ade kwn yg sgt miang n suke girl rupenye.
BalasPadamingat gay.hahaha
...............
keep writing buddy!haha
uit...mr K tgk kat ECM gak ke? haha
BalasPadamsama la..saya lepas2 abis kelas trus gi tgk merong kat ECM tu
btw, bnyk babak buat saya gelak walau pun tak patut gelak..kih3
eh, jom tgk rango pulak kat ecm next week?
^_^
Ha!sama lah dengan apa yang aku rasa tu,boleh tengok review aku tentang cerita nie dekat blog aku,memang pemikiran kita sama,tapi orang perempuan ada plak yang pikir macam lain
BalasPadamhttp://izat.blogspot.com/2011/03/merong-mahawangsa-penat.html
x best sngt ke?
BalasPadamaku nk tgk citer ni tapi tiket habes la plak... tepakse tgk rango.. seb bek cte tu pun best.
BalasPadamnk tgk gak wlpn ko bg 6/10..kwn aku bg 10/10 kot heh...
BalasPadampepun Rango mmg klako abes haha :)
kau curang k ! kena repot kat lisa neh. HAHAH.
BalasPadameh over la tu puji2 ummi nazeera...i tengok biasa je...tgk dia dalam hantu kak limah lagi baik daripada berkemban dalam HMM
BalasPadamhmm..tu la psal..bab yg ada kiss or yg pkai seksi smpai nk tercabut semua bju pon still under tayangan umum..no wonder la dak zaman skrang rosak..pihak penapisan filem ptt lebih peka ngn hal ni..
BalasPadamsaya tak nak tgk merong mahawangsa la.
BalasPadamcam tak menarik je baca review.
dah kau panggil minah tu akak, dia panggil la kau adik. duh. :p
BalasPadam"Tercalar tau maruah seorang lelaki teruna kalau perempuan panggil dia adik"
BalasPadamayat nie seriusly best..haha
kan ada part yang dia cakap, sorang raja perlukan permaisuri...
BalasPadamkawen la tu.. kn?
mula-mula td aku tgk rango then lps tu tgk merong plk..hehehe...dua-dua best... :)
BalasPadamummi nazeera??
BalasPadampeh-lissss
haha~cane leh salah boking...kelaka ayat ko..XD
BalasPadammemasuki hari keempat tayangan.. Merong Mahawangsa is a must see epic!!!
BalasPadamhttp://cikgumanstation.blogspot.com/2011/03/review-hikayat-merong-mahawangsa.html
perempuan tak boleh panggil lelaki sebagai "adik". TAK BOLEH. Tak kira ah dalam situasi macam mana pun, lelaki sentiasa tua dari perempuan.
BalasPadamahahaha!
1st time aku dengar nih.
Tak tengok lagi cerita ni.. tapi aku suka gak tengok Ummi Nazeera :D *high fives*
BalasPadamkalau xsilap aku merong dah kahwin dgn embok sebelum dia pergi perang. tu salah satu syarat utk jd raja. sbb tu embok mengandung.
BalasPadamtgk trailer CGI kaku
BalasPadamso mood nak g tgk mmg tak ada lg setakat nih
Dia kata saya cantik TAPI saya..."
Pembunuh anak kucing wanita mohon maaf kepada rakyat Malaysia"
ORI-KESHI | Kawaii Eraser Maker"
eh kan masa dia dh jd raja,
BalasPadamdia kawen dgn embok.
tapi dia tak tnjuk.
dia nye narrator ckp, lps jadi raja kene cri permaisuri..
if tak silap la..
sbb tu dia ada putera.. =))))
@Alya - O ye ke. Aku missed lah tu =,=
BalasPadamu called her 'kak' jd dia panggil lah u 'adik'.
BalasPadamEh, MANA BOLEH MANA BOLEH
BalasPadambest per merong mahawangsa..akak pernah baca buku hikayat ni dulu masa sekolah
BalasPadamada member cakap jalan cerita dia entah pape. dari semangat nak tengok terus down. tapi teringin tengok sebab trailer macam best.
BalasPadamdah kalau awak panggil awek tu 'kakak', mesti lar awek tu terase tua, lalu memanggil awak 'adik'. pompuan pn xske gak kalau dipanggil 'kakak' dan sewaktu dgnnye.. *terase jgk*
BalasPadamdulu time belajar sejarah dalam kelas pun selalu tido je,bila tengok cerita ni bertambah2 mengantuknya.. sound effect bagus tapi cerita ni agak membosankan bagi orang yang tak sukakan sejarah,peperangan macam aku..
BalasPadamcerita ni dalam gred U kan bukan 13PG
BalasPadamaku belum tengok lagi cerita ni, so bila dah baca review ni, masih dibelenggu rasa, kena tengok ke? hehe serius aku tak suka sejarah.haha tido aku nanti.
BalasPadamhttp://ndakdapapayey.blogspot.com/
BalasPadamrongo..cite tamil ke hape?
BalasPadambr aku taw tiket leh book awal2 dgn tepon je! mekaseh!
and..sedikit sebyk ko da mnyepoilkan cite nie. bek. aku nk tgok sndri. cis dikau
excuse me..kamu dari indonesia?
comel~comel
BalasPadam@Nadia Rahimi- Nope, it is 13PG. Check it out. http://www.gsc.com.my/Movie/MovieContents.aspx?search=2011.373.merongmahawangsa.435
BalasPadam@NN & naddia.- Yup patut tengok. Lain orang, lain pandangan.
ekeleh taknak dipanggil adik. then, jgnla panggil kakak. hahahah.
BalasPadamBaru je tengok citer tu petang tadi . BEst jugak . But I'm not Gay ! What kinda crazy stuff you made here ! Still , nice blog .
BalasPadamcantik ke ummi???jap ar...aku nak tgk skali lagi
BalasPadamkat tiket memang 13pg tapi before tayang tu I ingat lagi it's U. takpelah. I nak tengok lagi sekali
BalasPadamALOHA..
BalasPadamerk..
mcm tak teringin jek nak nengok..
harhar..
kau panggil dia akak, x pe pulak. dia panggil kau adik tak boleh?
BalasPadambila aku kuar makan dengan member umur 27 keatas, aku panggil org amik order tu abang..
bila makan dgn kawan sebaya, aku panggil org amik order tu adik. terasa sangat maced time tu. wahahah..
ummi nazeera tu dulu tade la comel sgt tapi start dari cerita 'kak limah' yg dia jadi hantu che nin 2, memang nampak lah yg dia 2 ayu + sweet + comel sgt... nampak cam pmpuan melayu terakhir... and cerita merong 2, no comment... hahaha
BalasPadamSeriously aku baru perasan yg che nin tu si umee tu..omg aku tak perasan langsung even dah dua kali tgk kak limah..aku dok ingat sapa la pompuan tu @_@,nie lagi sorang,aku ingat pompuan ..rupa2 nya http://izat.blogspot.com/2011/03/i-cannot-brain-this.html
BalasPadamrugi
BalasPadambaik kau tengok rango ber doubLe doubLe best
Salam. Ahaks. Aku pilih nyawa, tapi aku nak komen gak. Elok tak elok belakang kira. Aku suka review yang kau tulis ni. Memang sesuai. Bagi aku, cerita ni memang mengantuk + bosan. Susah aku nak cari review yang sesuai dengan taste aku sampaila aku jumpa review nih. Yang lain semua kipas mcm cermin archimedes tembak laser. Apekah???? Apa-apa pun, aku rasa rango beribu kali ganda lagi best kot dari cerita nih. Filem Melayu masih tak setanding filem international. Maju? Ada sikit. Nak lawan? Jauh panggang dari api. Nice review!
BalasPadamThumbs up! Lupa nak tambah, apsal guard post buluh tu tumbang, semua askar pun mati? Buluh kot! Bukan menara tokyo!
BalasPadamseksi doh gmba ummi tersebut.
BalasPadamttbe ak rse ko laki miang. .heh
Ni aku bagi blog d real "Hikayat Marong Mahawangsa"
BalasPadamhmm-asal.blogspot.com
Rugi x baca sebab dia bgtau betul2 kenapa Sultan Muzaffar nak cerita ni ditulis untuk anak cucu...nak bgtau Nabi Sulaiman a.s. marah ngan Garuda sb nak ubah ketentuan Allah tentang jodoh!
Syabas ucapan tahniah diatas pihak KRU menjayakan satu epik Melayu yg diketengahkan pada masa ini yang sangat-sangat diperlukan oleh bangsa melayu supaya membuka minda masyarakat tempatan tentang cerita2 dizaman dahulu ke layar perak...Tahniahhhhhh.....
BalasPadamTetapi...soalan pertama dan terakhir...
Siapakah dia yang disebut2kan sebagai Merong Maha Wangsa itu,Asal dari mana dan bagaimana Merong Maha Wangsa sampai ke tanah nusantara dari mana kemana,bilakah bermulanya sejarah ini?
Ini serba sedikit ttg Merong Mahawangsa:
Sejarah ini berlaku 200tahun sebelum kelahiran Nabi Isa as.Beliau adalah salah seorang Panglima perang yang dikalahkan oleh satu angkatan tentera perang yang diketuai oleh Iskandar Zulkarnain Teragung atau lebih dikenali Alexander The Great dan kemudian beliau menjadi pengikut setia Iskandar Zulkarnain selepas tanahairnya yang terletak di Barat Laut Caspian yang kini dipanggil Negara Turki ditakluki oleh Iskandar Zulkarnain.
Bila pulak Merong Mahawangsa keturunan Alexander the Great. Cerita ni tipu sangat! Baca la Hikayat Merong Mahawangsa asal- yg DBP tulis semula dari Jawi(dari Muzium Kedah)- betul2 ori!
BalasPadamhttp://hmm-asal.blogspot.com
Ada 14 bab semuanya. Aku baca 4, print yg lain! :)
To HMMwangsa....
BalasPadamBila masa saya kata Merong Mahawangsa keturunan Iskandar Zulkarnain... Fahamkan betul2 apa yang saya coretkan...Soalan saya yang mana lebih kamu percaya Al-Quran atau DBP. Apa bukti yang mengatakan apa yang terkandung dlm DBP itu benar...
Merong Mahawangsa merupakan keturunan dari satu puak atau kaum disebuah negara berdekatan di Barat Laut Caspian yang kini dipanggil negara Turki...Oleh kerana keberanian dan kegagahan beliau maka diambil oleh Alexander The Great sebagai salah seorang Panglima Perangnya...Faham (baca dan faham betul2 bahasa Melayu...
local lesibian dating http://loveepicentre.com/articles.php married women dating services
BalasPadam