Jumaat, 25 Mac 2011

Kegagalan Aku Berdiet di McD.

Assalamualaikum


Dulu... dulu sebenarnya aku ada six packs. Tapi tu dulu lah. Dulu.... Sekarang pula... isk. Sekarang dari six packs dan tinggal jadi satu pack je. Sedih je tengok satu pack yang besar ni. So, dengan itu, aku pun merancanglah untuk diet. Tapi, nak beli makanan dan minuman kuruskan badan tu amatlah tak mampu. Biasalah, duit simpan untuk kahwin.

Entah macam mana kan, one day, ada seorang pekerja baru masuk ke 'kilang aku' tau. Lelaki. Damn kenapa lelaki? Well, mula-mula nampak berlagak je dia. Ada ke masuk kilang 'aku' tapi tak tegur langsung aku? Berani betul dia tak tengur lelaki baik macam aku ni. Rasa nak kasi kaki je dia.

Actually, boss aku masukkan dia sebab aku ni praktikal. Tak rasa gila ke suruh student praktikal handle satu kilang? So sebab tu lah boss masukkan pekerja betul (permanent). Tapi.. Tapi bila dah kenal memang terbaik ah. Memang sekepala habis. Aku dan dia memang dah macam geng ah. Tak sampai seminggu kenal, dah boleh lepak tengok wayang sekali. Dan entah macam mana, tiba-tiba dia kasi idea.

"Weh, jom buat gila nak? Esok pukul 6 pagi sebelum pergi kerja, kita breakfast kat McD. Ada bran?"

Aku pun macam... Bagun pagi-pagi semata-mata nak pergi ke McD? What the fuuu apasal aku nak kena bangun pagi semata-mata makan benda-benda pelik? Tapi, bila difikirkan balik, hey why not? Mesti fun kan. Tapi slack dia tu lelaki. Again, damn.

So, what makes me rasa nak bangun pagi dan makan di McD? Because of the ATMOSTPHERE and THIS:

Yes just print out this kupon and you are ready to go.

So, keesokkannya, seperti hari-hari biasa, aku bagun sekitar pukul 6 pagi. Mulakan hari dengan bergaduh bersama budak pendek yang comel tentang siapa yang bangun subuh dulu. Then mandi, then bersiap ke Mc Donald Telok Cempedak. Bila sampai je kat sana, perh, lawa beb tempat dia. Lampu malap-malap dalam suasana samar. Dengar bunyi ombak laut pulak tu. Persekitaran sunyi sepi. Then kena pulak waktu tu baru lepas hujan. Perh, memang favorite aku ah moment macam ni. Memang romantik ah. Tapi slack, aku datang dengan kawan lelaki. Again, damn.


Tambahan pula, makan kat situ memang buat aku kenyang gila. Kenyang sampaikan aku tak perlu lunch. So, dengan kata lain, aku hanya menggunakan RM3++ sehari untuk makan makanan yang mengenyangkan. Jimat, plus mendiet kan. Sebab once break fast di McD, boleh kenyang sampai ke petang. Masa first time aku tahu pasal ni beberapa minggu lepas, terus aku nak setkan untuk breakfast kat McD setiap hari sehingga aku kurus (31 March).


Tapi... Tapi akibat dah hampir berhari-hari bersarapan di McD, aku jadi bosan nak mampus dengan McD. Memang bosan gila ah dengan makanan breakfast dia. Dia punya telur kuning, dia punya coffee dan semualah dah jadi muak. Nampak je McD terus aku rasa macam.. "McD? Ewwwwwww. NO WAY"

Akhirnya, akibat bosan makan benda yang sama setiap hari, berbalik juga lah aku ke tabiat asal; Makan pagi nasi kerabu sambal ikan dengan belacan. Then bila tengah hari, makan nasi campur ikan keli dan ayam masak merah bersama tempoyak. Well, memang tak pernah bosan la makan benda-benda macam ni.

Diet? Ah, tak ada six packs, satu pack pun jadi lah.

Lelaki kalau tak slim tak apa. Tapi kalau perempuan tu.... Ehem ehem.



48 ulasan:

  1. selalu makan McD pas makan nasi or ape2..
    hehe..
    mr right da gemox !

    BalasPadam
  2. so..moral of the story..
    jangan makan bend yang sama even murah and jimat.

    hahaha~~

    BalasPadam
  3. bhahaha... aku baru je nak jeles sebab aku dah lama nak makan breakfast kat McD tapi tak berkesempatan sampai lew nih.. tapi kau dah bosan? haishh.. pas ni kau breakfast tu, kadar2 kan diri la sket.. mne ta nye, makan nasi kerabu...fuhh, knyg siut..
    lunch? no komen ah.. sebb keli ngn ayam masak merah tu pon faveret aku..haha

    BalasPadam
  4. eh..
    laki slim baru la macho..
    :p hehe

    BalasPadam
  5. haha..bfast mcd memg tbek r!!!!

    BalasPadam
  6. diskriminasi, perempuan tak slim pon comel what

    BalasPadam
  7. Lelaki takde six pack takpe kot. Tapi taff itu harus. Hehehe..

    BalasPadam
  8. budak pendek yang comel...(Perghh...trsembunyi tol)...haha

    BalasPadam
  9. bagi aq la...untuk laki yang penting ade six packs ++...tade rupe pon tak pe...tapi law gul...hurmm... -no komen....

    BalasPadam
  10. ☆haha diet..xpelah satu pack pown x ape..xpyh r diet,asalkn bdn chat udah..tp kne r jog jgk.. :)

    BalasPadam
  11. mcd tc? haha

    baru2 ni pun..kwn2 sy smgt bgun pagi2 pgi tukar kupon tu kat mcd tc gak tau..


    ^_^

    BalasPadam
  12. Ha-ha-ha Hari2 makan McD bleh kurus ke?

    BalasPadam
  13. wahh.. mcm best je breakfast mcD.. leh try ni.. haha

    BalasPadam
  14. lelaki kalau tak slim xpe...?ughhh...fine.Pasnie nak makan McD hari2...XDD

    BalasPadam
  15. aku pon gagal diet sbb mcD. sopsop. aku perempuan jadi kena kurus la eh?

    BalasPadam
  16. perlu sgt ke pompuan kna maintain slim???ehehehe

    BalasPadam
  17. oh TC punya mcd 24hrs eh. ingat kelmarin nak pegi tapi tak jadi lepas tu terus tak pegi dah. sesekali breakfast mcd ok la.

    BalasPadam
  18. sama la kita cuma ada 1 pack.. (>_<)

    BalasPadam
  19. pompuan je lah kene jage badan kan. hish tak aci.

    BalasPadam
  20. ooo...lelaki xyah kurus ek mr.k..pmpuan je yg perlu kurus??hahaha..apa kes hehe...kalu lelaki perut dh mcm org ngandung 9bln..ssh jg haha...byk pnyakit hehe

    BalasPadam
  21. tak elok la utk kesihatan mkn mekdi hari2..tau tak, makan mekdi tu lg la blh mengumoks kan tau!

    BalasPadam
  22. patut la orang duk kecoh2 nak breakfast kt McD. rupa2nya kupon tu print out mcm tu je.. eemmm.. bnda free semuany bk berebut..

    BalasPadam
  23. emm memang makan mcD menggemokkan :)

    BalasPadam
  24. @Mr Right - Memang dah sentiasa gemuk pun...

    @Lili - Jealous

    @Anonymous - Yup. Amat murah.

    @Melle - Siapa kata tak comel? ;)

    @Cinta - Ewww

    @Zaty - Benci jog...

    @Adeeya - MESTI LAH.

    @Tihah, Sarah, & wan - Lagi 6 hari sebelum promotion ni berakhir.

    @Suha - Kena comel. HAHA

    @Budi - =,=

    @De' - Yup. 24 jam.

    BalasPadam
  25. haha.joe tu mesti nak promot herbalife dia.eeee,bencinya.nak bekfes mcd ni jugak.delivery ke gombak plis. ;D

    BalasPadam
  26. ye la ayat kamu,
    "Lelaki kalau tak slim tak apa. Tapi kalau perempuan tu.... Ehem ehem."

    BalasPadam
  27. at least nasi kerabu ley prevent cancer :)

    BalasPadam
  28. makan mcd jadi kurus? nonsense..jimat pn x.

    BalasPadam
  29. ooo..mcd kat teluk cempedak ea??mmg best gile beb!aku pernah pergi sana malam2 dgn mber2 aku..mmg menarik gila suasana malam..huhu..

    BalasPadam
  30. i know who is that 'pendek comel' gurl..

    even kalau xde link kt huruf L tu pon aku tahu..hahaha

    BalasPadam
  31. haa! TELUK CEMPEDAK?! means mrK nie duduk kuantan! HAHAHA *dok ktn gak

    BalasPadam
  32. mcD????smart lah lu brekfast mcD pg2..kne kuat smgt klo nk krus..mcD is balance diet !!! i'm lovin it !!! xD

    BalasPadam
  33. lelaki lau ade 6 packs laa baru smart bro.. :D

    BalasPadam
  34. kirim salam kat kawan ko tu.. ckp aku nk berkenalan

    BalasPadam
  35. tak sehat nye diet kau mr. k.. haha. lagi banyak kalori kot ko dapat makan kat mcd tuh. ko masak je sendiri kat umah. lagi sodap. anyway, lelaki yang ade single pad ini ayah-ayah je.hee :)

    BalasPadam
  36. kupon mcd tu mmg blh guna ek? kranye juz bli ape2 RM5 then blh guna kupon tu ek? hehehehehe. jimat2.

    BalasPadam
  37. @juan yuan

    haha.ada link ke dekat huruf L tu.aku baru perasan. heee :D

    BalasPadam
  38. kalo pompuan x slim kenapa? x minat? hilang selera?

    terasaaaaaa. sobsob T__T

    BalasPadam
  39. @Anony - Yup.

    @Kamilia - Slow la budak ni ;p

    @Nur - Haha. Jangan lah terasa.

    BalasPadam
  40. kalo perempuan nape?nape?nape?

    BalasPadam
  41. makan pagi nasi kerabu? =.="

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.