Ahad, 16 Januari 2011

Padahal Awek Tu Bukannya Cun Sangat Pun.

Assalamualaikum


Hai gedik girls. Dan good boys sekalian.

Well, untuk ramai yang tak tahu, aku sekarang ni tengah praktikal. Aku praktikal di sebuah kilang yang terdiri dari beberapa kilang. Dan aku pula, aku praktikal je, tapi dapat pulak jadi QC (Quality Control). QC ni memang kadang-kadang orang praktikal akan dapat. Tapi, aku ni kes lain sikit. Sebab aku jadi QC untuk satu kilang. Ya, aku sorang je yang jadi QC kat situ. Dengan kata lain, semua produk adalah di bawah tanggungjawab aku. Dan produk-produk yang di hasilkan tak boleh di transfer ke HQ kalau aku tak check dan juga kalau aku tak puas hati dengan produk tu.

Mula-mula, aku jadi pembantu QC kat kilang pertama which is Kilang E. Kilang tu agak besarlah. Dan yang bestnya, jadi QC ni banyak relax walaupun ada kuasa yang agak besar. So kalau dah bosan tak ada kerja nak buat tu, aku kadang-kadang masuk port je pergi tidur. Memang heaven gila.

Tapi, bila masuk ke minggu ke tiga, semua nya berubah. Ku sangka hujan hingga ke petang, rupa-rupanya panas di tengah hari bila boss aku tanya "Dah puas jalan-jalan kat Kilang E? Okay esok awak jaga Kilang M. Alone". Aku pun macam... "Okay". Wait, kilang M? ALONE?

Aku dah gusar. Takut. Aku takut yang aku akan rindu kawan-kawan aku di kilang E. Brader-brader kat kilang E semua cool-cool. Walaupun aku sorang je yang tak merokok, tak meraba lelaki, dan tak buat benda-benda gila, tapi still aku boleh masuk geng dengan dieorang. Dan aku juga sure akan rindu check produk-produk kat kilang E. Tapi, bila boss dah kata cam gitu, nak buat macam mana kan? Aku dengan hati sedihnya pun pergi lah ke sana. Pergi ke Kilang M.

Sebelum aku pergi ke kilang M tu, aku tanya lah member-member kat Kilang E tu pasal Kilang M. Apa yang aku tau, kilang M ni dia buat minyak treatment. Tapi kilang ni kotor gila. Dah tu, yang minyak engine pulak, apa yang aku tahu pasal minyak engine kat situ? Aku tak tahu apa-apa pun. Dah la tak tahu apa-apa, kena jaga sorang-sorang pulak tu. So, aku buka buku kilang tu, then aku tengok ada bermacam-macam jenis minyak. Ah sudah.

Then lagi, dengarnya kat sana ramai orang yang tua-tua. Ye lah, nama pun tempat bancuh minyak kan. Tak akan la budak-budak yang bancuh. Kalau ada awek kat situ pun, mesti yang dah kahwin.


Tapi, semua sangkaan aku silap. Bila aku sampai je kat kilang M tu, perh, berlambak gila awek muda-muda kat situ. Ada yang baru habis SPM. Ada yang baru habis STP. Ada yang baya-baya aku. Memang semua ada kat situ lah. Masa ni, aku rasa macam dah masuk taman bunga dah. Bila tarik nafas dalam-dalam, dah boleh kira dah ada berapa ramai awek cun kat kilang tu. Rasa nyaman je kat situ.

Dah tu apa lagi. Terus bersemangat lah aku jadinya. Terus rajin. Ambil tu ambil ni. Sign sana sign sini. Then bila awek tanya "Eh, QC baru ke? Mudanya dah jadi QC?". Aku pun angguk, senyum, kemudian blah. Hell yeah! Biasalah, market tengah naik kena lah jual mahal sikit. Padahal aku praktikal je kat situ.

Tak faham langsung aku situasi kat situ. Bayangkan, budak (lelaki) yang sebaya dengan aku yang jadi tukang bancuh minyak dalam tank. Yang handle incoming dan outgoing lak awek umur 19 tahun.

So, selepas siap semua kerja aku kat situ sebagai QC, aku pun naik ke tingkat dua then tengok seluruh operasi yang sedang berjalan. Eh wait. Mr K tengok mesin-mesin yang sedang running? Seriously? Oh peh-lish lah. Okay fine aku tengok awek-awek comel di bawah. Bila dah tengok-tengok tu, aku kasi lah point dan gred untuk sorang-sorang. Point-point dan gred ni hanya untuk perempuan tau. Lelaki tak perlu. Sebab kalau lelaki tu bergred 0 pun, still boleh ada awek. Biasalah, asal pandai berkata-kata, mesti ada yang terpikat.


Selepas kira-kira, aku dapati ada yang cun sikit tu, dalam 5.00 grednya. Ada yang 4.35. Ada yang 4.90. Then dalam banyak-banyak tu, aku perasan pasal sorang awek ni. Amat menarik perhatian aku. Nama dia Suziela. Selepas berkira-kira, aku agak dia ni bergred 5.20. Eh, 5.20 tu tinggi tau. My Miss Lisa Surihani pun baru 6.00. Miss W jangan tanya ah. Base gred dah 8.0. Tambah gedik, mengada-ngada, suka cari pasal, keras kepala dan degil dia tu, sure perfect 10. Tapi sayangnya Miss W dah ada orang lain. Alah, baru orang lain. Apa lah sangat. Small in the piecess.

Okay sambung balik. Then, aku tenung la awek tu lama-lama. Bila dah tengok lama-lama, rasa makin comel pula dia. Tup, dari 5.20, naik jadi 5.23. Then aku tenung dia lagi. Eh wait, dia ada misai. What the hell girl ni ada misai! Dang, turun sikit point jadi 5.10. Tapi, bila fikir-fikir balik. Girl yang ada misai ni comel juga ya. Serious. Agak comel lah. Eh bukan bukan. Bukan sebab aku tak ada misai yang menyebabkan aku tertarik kat awek yang ada misai. Aku sebenarnya ada misai. Tapi.... tapi ianya belum nak tumbuh lagi. Tapi, memang betullah. Awek yang ada misai sikit-sikit memang agak nampak cute gitu. Aku cakap pasal misai sikit-sikit. Jangan ah selepas ni korang kata aku suka girl yang ada misai tebal macam suami Siti Nurhaliza. Tu dah melampau ah.
So, tambah misai, tambah suara dia bila terkejut dan tambah gelagat dia, aku kasi dia 5.49. Not bad lah this Suziela.

Then, aku nak turun lah ke bawah. Aku lalu depan dia yang sedang bersila melipat kotak. Relax je bersila kat situ. Dia pandang aku dan kata "Hai awak" sambil tersenyum-senyum. Dengan muka selamba, aku angguk. Then blah. Again, hell yeah! Always jual mahal. Ni lah orang kata tektik, main tarik tali. Korang apa tau.

Oh oh. Lagi satu. Kat sini, kalau dulu kiteorang panggil girls ni sebagai minah kilang. Tapi 'minah' tu macam cheap sangat kan? So, kiteorang panggil mereka sebagai gadis-gadis kilang. Tapi kan guys, 'gadis-gadis kilang' kalau nak disebut, rasanya panjang sangat. So, kita pakai short form ya. Kita panggil mereka gadis-gadis K. K tu stands for kilang tau. Dan K juga stands for apa lagi ya? Oh ya. K juga stands for Khairul. Ehem ehem.

So, aku perasan yang gadis-gadis K ni ada yang cun dan ada yang tak cun. Kalau dah cun, memang cun habis. Dan kalau tak cun mesti tak cun langsung. Kalau dulu, mesti akan ada ayat "Perh, cun doe awek-awek K yang baru balik dari kilang tu". Tapi sekarang? Mana ada lagi dah stock-stock awek cun yang nak kerja kilang. Yang cun-cun yang bergred 5.5 ke atas mesti tak nak kerja kilang. Semua nak kerja aircond dalam ofis.

Heh, mengada-ngada.

Gedik.

Nasib baik comel.

Tapi jangan risau. Tak akan hilang gadis-gadis K yang cun di dunia.

Kemudian, aku usha-usha la awek ni. Tangan aku konon tengah sign borang delivery tapi mata dok ralik tengok awek tu susun kotak. Kadang-kadang, terdetik juga. Siapakah tergamak yang suruh awek tu buat kerja susun-susun kotak tu. Bagi la kerja yang ringan-ringan sikit. Tapi bila di fikirkan balik, kerja susun kotak tu rasanya adalah kerja yang paling ringan kot di kilang ni. Kalau tengok balik kat girl lain kat situ, semua buat kerja berat. Memang diskriminasi betullah. Asal cun sikit, dapat kerja ringan. Hais. Ni mesti sebab leader kat situ adalah lelaki. Heh, boys.


Pernah sekali kan, aku jalan menuju ke arah awek gred 5.49 ni. Masa jalan dengan penuh confident tu, kaki aku terbelit dengan wayar, terus nak tersadung straight kat atas awek 5.49 tu. Habis menjerit awek tu.  Comel juga dia terjerit-jerit macam tu. Tapi, sayangnya aku sempat mengelak. Perh. Sebenarnya, kalau diikutkan, alang-alang aku dah nak terjatuh tu, biar lah terpeluk terus. Tapi bila di fikirkan balik, bahaya juga buat macam ni. Takut nanti berakhir dengan perkara-perkara di luar tabii. Lagi pun, malam tu malam jumaat. Biasaya, bila malam jumaat, pasangan yang dah kahwin akan buat kerja 'Over Time' di rumah. Tu yang aku takut tu. Kalau teruna aku di ragut macam mana?

Tapi kan, aku juga perasan yang awek gred 5.49 tu amat terkenal di situ. Dah boleh kata semua lelaki nak bermanja serta nak mengawan dengan dia. Budak-budak lelaki kilang korang tau lah macam mana perangai. Berlucah setiap masa dengan perempuan memang dah jadi kebiasaan. So, memang ramai lah budak lelaki yang nak tackle dia. Tapi, dia just 5.49. Aku ulang. 5.49. Apasal dia famous sangat? Kenapa ramai sangat yang tergila-gilakan dia? Come on lah. 5.49 je kot.

Selepas agak lama berfikir dan tak dapat cari jawapan, aku call member aku sebagai alternatif terakhir untuk selesaikan masalah ni. Tapi sayangnya, kawan aku yang player ni pun tak tau kenapa awek 5.49 tu menjadi kegilaan ramai.

Then, masa tengah berfikir tu, aku teringat akan kata-kata Loxy a.k.a Laloq. Laloq ni ketua rumah sewa aku dulu. Sembang-sembang lelaki dengan dia memang best. Tu belum kira bergossip. Sekali satu rumah bergossip boleh sampai ke pagi tau.

Laloq ni pernah bagi tahu aku;

"Kadang-kadang perempuan ni mudah perasan hot. Nak-nak bila ramai nak mengurat dia. Ramai nak mengurat dia bukan sebab dia lawa sangat pun. Tapi dah dia je yang lawa sikit dari perempuan-perempuan lain. Bak kata orang, tu je stock yang ada. So, ngap je lah."

Korang faham tak maksud dia? Okay fine aku kasi contoh. Andaikata masa kat kolej, komuniti awek-awek kat situ semua gred 3.0 hingga 4.0. Then tiba-tiba, ada seorang girl junior yang bergred 4.1. Sure girl tu jadi kegilaan ramai kan? Sama la macam korang shopping. Baju semua sepesen je. Semua lebih kurang design.  Semua terdedah peha, dada dan bahu. Then tiba-tiba ada satu baju tu yang lawa sikit dan dedah pusat. Tambahan pula, baju tu tonjol bentuk badan bila di pakai. Mesti baju tu ramai orang nak beli kan? Kan? KAN?

So, andai kata suatu hari nanti korang masuk ke kolej, universiti atau poli, then korang tiba-tiba jadi rebutan ramai, jangan la pulak korang perasan cun ya. Korang tu bukan nya cun sangat pun. Dah komuniti kat situ tak cun nak buat macam mana. HAHA.

Ps: Lelaki tak handsome tak apa. Janji hati baik. 

Macam Mr K.


88 ulasan:

  1. amboii hg..gred gurl bkn men lgik yerrr~

    BalasPadam
  2. tersengih baca sampai bawah :D
    and setuju dgn en.laloq tu ~

    BalasPadam
  3. kelongkangan ko memang tip top~hahaha..
    nice one

    BalasPadam
  4. Gua setuju. Eh tapi kalau cam gua ni yg takde peminat langsung, maksudnya takde rank terus la eh hehee~

    BalasPadam
  5. ko praktikal???
    aku pon...

    prktkl kat kilang??
    aku pon...

    ko QC???
    aku QA so lebih kurg lar~~~

    kilang ko rmai awek????
    kilang aku rmai bangla....
    demmm....

    BalasPadam
  6. keh3. andaikata bumi dipijak tidak dirasa di bawah tapak., masakan pula dirasakan langit tinggi mencanak mengosongkan minda.

    bintang kalau tak terang., orang takkan nampak.

    matahari kalau tiada fungsinya., orang takkan suka.

    manusia.?

    BalasPadam
  7. as a conclusion, aku gelak terbahak-bahak lepas baca ayat-ayat terakhir dalam entri ko ni.hahaha

    Pendapat anda?
    Status Penawaran Ujrah PTPTN-aku tak layak

    BalasPadam
  8. ceh perasan btul Mr.K.
    entah2 rating Mr.K tak sampai 1.0 pun.kuikuikui..


    btw,UniKL Micet eh? My dad lecturer sana. ngeh3..

    BalasPadam
  9. perempuan tak cantik takpe,asal hati cantik.hati cantik semua cantik.

    BalasPadam
  10. oh oh.

    speechlesss ! lagi lagi tang laloq cakap tu. hahaha.

    BalasPadam
  11. kehkeh. perempuan memang perasan hot pun. semua perempuan. titik

    BalasPadam
  12. wohoooo.berjaya aku baca semuanya just nak tau kesimpulan je. ceyh. HAHA

    BalasPadam
  13. dari awal smpai habis baca still tak paham pasal gred2 ni sbnarnye. hehee.

    tp atleast gadis tu even 5.49 je as u said. dpt jugak jd main topic dlm entry mr K. untung arh. hahahaa

    BalasPadam
  14. wah..
    praktikal daa...
    sme la kte..

    BalasPadam
  15. haha..begitu rupanya..
    tp x pnah perasan diri ni cun pn..
    maybe sbb x rmai laki nk ngorat..

    BalasPadam
  16. hahaha..best giler citer lu bro...gua tersengih je bace..naseb baik lu x tekel lg awek gred 5.49 2..

    'lelaki x handsome tak apa.janji baik hati'
    ayat ni memang best..hahahha

    BalasPadam
  17. komuniti cun kat mana pulak..??
    hahahahaaa~~

    BalasPadam
  18. dalam banyak-banyak awek bukannya cun sangat, pasti ade yang baek hati..>.<

    BalasPadam
  19. punyalah aku baca sampai habes, tp still aku tak tahu apa motif. hak3 :P

    BalasPadam
  20. grrrrrrrrrr~~xsemestinya juga.
    nice to noe about gadis kilang.tq.

    BalasPadam
  21. skema permarkahan mana lah mr k guna ni? tapi hnya pndg pda sdt luaran je.
    that not fair.

    BalasPadam
  22. haha..sempat lagi tu test market mr K ni..

    BalasPadam
  23. hahahah ... x bleh blah , tpi best. X tau nape bile ak bace je msti nak gelak .. huhuhu

    BalasPadam
  24. words kat sini adalah

    LEBIH SIKIT aje..hahaha

    BalasPadam
  25. sempoi pny grading..ayat last terbaek dr ladang..

    BalasPadam
  26. @a_a - Bukan ke perempuan suka bagla. Handsome.

    @Sophie - Lelaki tak apa. HAHA.

    @Haika - Harap2 dia tak baca my blog.

    @Islam - Itu sudah semestinya.

    @Crazy - Yup. Tu skema pemarkahan for first impression. HAHA

    @Sha - Test market ke? ;)

    @Girl - Tak sihat dah kau ni.

    BalasPadam
  27. time tu la pun nak jual mahal. bila lagi. kalo time dikelilingi oleh pmpn2 yang cantik. mesti tak de chance dah kan.. apa lagi.. dpt peluang tu jual setinggi yg boleh. lelaki ni kalo dah dpt nnt tak de harga dah kita pmpn ni.. hahahha..

    BalasPadam
  28. peh..tak nak lah jumpa Mr.K.
    Kang diberi gred bukan2.
    fuhh..

    Edenpun gadis-gadis K juga.
    Cuma upgrade level sikit je dari operator.

    BalasPadam
  29. x de gunenye kalo x de kewarganegaraan la...

    aku pandang i.c kaler biru jekkk...

    wakakakaka

    i.c ko biru ke merah???
    ke kaler pink???

    BalasPadam
  30. haha..
    btol ke ko x meraba kaum sejenis?
    haha :P

    BalasPadam
  31. boleh plak letak gred2. adeh. pelik.!

    BalasPadam
  32. oh lelaki suka perempuan "gedik, mengada-ngada, suka cari pasal, keras kepala dan degil" ek?

    hey why not u buat entri about type of gurls yg lelaki suka. categorized kan mungkin untuk jenis2 lelaki. *angkat2 kening*.

    BalasPadam
  33. Hey perempuan pun kalau cantik tapi hati x baik susah gak kan?

    BalasPadam
  34. gurlss mg ske perasan kot...siul skit sume nk pndang..hahaha..sengal2..
    laki pun kuat perasan gak..tp pndai cover..hahahaha

    BalasPadam
  35. aku suke yang serasi ngan aku, cun tolak tepi dulu. huh

    BLOG GEMPAKZ SIOT

    BalasPadam
  36. maaf..i hate boys grading girls..base on what..??i hope i'll never met a boy like mr.k yg nilai pompuan dgn tenung atas bawah..then kasi gred..
    xkisah diorang minah kilang or what..diorang tetap ade maruah..kan.?
    -sincerely-

    BalasPadam
  37. @Fina - Ada misai kan comel.

    @Ima - Yup yup. Tapi nantikan sambungan aku pasal that girl. Juga pasal maruah.

    @Farhah - Lain orang, lain stylenya.

    @Anonymous 10.30 - Diam ah. HAHA

    @a_a - Mesti ar biru. Pink untuk apa? Pondan?

    @Tentang aku - Weh, sedih gila ayat kau. haha.

    @Misnan - Thank you.

    @Anonymous 11.54 - Thats my middle name.

    @Sophie - Memang susah. Mana yea nak cari cantik luar cantik dalam. :(

    BalasPadam
  38. peerrgghh..bnyk nya komen..stuju2.. =)

    BalasPadam
  39. haha
    bes la cte kau ni Mr. K

    BalasPadam
  40. haha.sumpah x leh bla. sbenanya korg laki ckp pompuan tu cun cne ha? comel? kiut? sexy? eheh, tak paham

    BalasPadam
  41. sokong miss ima 100%!
    anyway nice blog! kipidap ^-^

    BalasPadam
  42. Oh, sangat setuju. Well, biasalah, bila awek dah perasan hot tu memang dah tak boleh buat ape dah. Sigh, bila la dorang nak perasan ade lagi hot dari tu. Neraka la !

    BalasPadam
  43. ‎"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
    Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
    Jika kau berasa bangga,kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
    Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

    BalasPadam
  44. aku yang paling lambat komen...
    hahahaha..
    hahahahha...
    dah x tau nak komen apa...
    komedi giler ayat Mr.K...

    BalasPadam
  45. perempuan pun ade gred ke?dah macam jual telur pulak.HAHA
    btw,do visit my blog sebab ade review tentang mR K punya blog.

    BalasPadam
  46. hahaha carut giler kisah ko ni. untung la kalau dpt praktikal kat kilang yg ramai mlayu, tp kalau kilangnye penuh dgn india n mat bangla yg b'gred -4.0 ke atas cam kilg kat kg aku 2 cmne..? haha

    BalasPadam
  47. 1st time aku dgr pompuan bermisai.huhu

    BalasPadam
  48. wah, menarik entri kau ni. tapi yang misai tu aku tak tahan, tak sangkaaa!! hahaha

    BalasPadam
  49. cane ko gredkan awek weh??
    ajar sket..hahaha

    BalasPadam
  50. xkisahla klu perasan cun pn.xrugi n xluak ape..hehe..ok la tu kn.

    BalasPadam
  51. best betul entry ni... many thanks bro... suke ako post script yg bawah tu... haha~

    *masih tergelak2...

    BalasPadam
  52. ptt ar ramai org cop ko gay..haha mbahan pompuan no 1.


    btw, nice. mmg btol pn. de pompuan rs die hot..

    ala2 mcm...jeklin bikter. lau bg kita kt mesia ni..xde la howt mane..


    tp cuba campak dia kt somalia! huh! sah2 dorg ada rusuhan sb brebutkn dia.



    ha ha ha

    BalasPadam
  53. memang...memang....

    memamg btol la tuh

    jgn prasan hO keyhhh


    ahahahah

    BalasPadam
  54. ang ni baru prktikal dah pndai gred2 awek ek? tggu besok dah jadik bos2 aku xtau lar :P

    nice one!

    BalasPadam
  55. pening aku nak bace nih..last2 aku scroll je smpai komen..hahaha

    BalasPadam
  56. wah....betolla..betolla....sgt bersetuju kot....tp...sbnarnye sume ciptaan allah 2 kan indah2 belake...huhu....cntik k x....lme2 kerepot gk kn??huhu

    BalasPadam
  57. hahha..read from top to bottom..your writing style is sooo cute!!

    BalasPadam
  58. hello~ igt girl ni boleh digred2ke? pfft.

    BalasPadam
  59. same gak r cam laki..bdk laki kelas aku sgt la cket..
    kdg2 x ensem mne pown..tpi dah yg tu je pown yg ade..lyn je lah..
    kalo nak bgi gred paling tggi pown 3.0 je kot..haha

    BalasPadam
  60. haha.. gelak guling2... same je macam bf saya! pantang nampak pompuan yang chumel2..

    BalasPadam
  61. hence,it will be also applied to male community..
    kaan?
    kalo de sorang yang nsem dialah paling dikenali..
    nak2 dia tu nampak pendiam je.
    klu perangai cam setan biala hensem mna pun takkan dipandang.
    kaan?kaan?

    BalasPadam
  62. aish sib bek jauh dari sana..law x kena gred....btw entry yg wat aku senyum sorank2 dalam bilik kuliah yang mana org lain serius wat keja sendirik...hahahaha

    BalasPadam
  63. hmph..
    macam la bagus sgt suziela tu

    BalasPadam
  64. hihihi.. i like. well, grading tu perlu. sesetengah perempuan buat tau grading tu.. ahah~

    BalasPadam
  65. "Tapi, bila fikir-fikir balik. Girl yang ada misai ni comel juga ya. Serious. Agak comel lah."

    ---->> ta jd la aku nk buang misai. hahaha

    BalasPadam
  66. hahahahaha. serious, gelak terus bila baca post ni. menarik! but what if kita dah marah teruk2 ni, tp laki tu ttp nk pgg ke ape lah..rasa cam nk lempang pun ada. eehh~

    BalasPadam
  67. mmg kpale hang biru eh ?
    tade bende lain na cakap .

    BalasPadam
  68. pergh bagi statement dahsyat! mentang2 lelaki takde gred pun leh ada awex..hampeh tol!

    aku nyaris terasa bila tang perempuan de misai sampai what the hell tu..

    semuanya tuhan jadikan dah sempurna...kalau nak cukur kan dosa besar..

    BalasPadam
  69. oh sungguh ku x sangka upanya lelaki ni meng'GRED'kan girl rupanya. Klu aku xde plak aku gred kan lelaki. kalu org laen aku x tawu lah. hehe

    tang part last sekali tu aku x puas hati. Gurl pon mcm tu gak ..Biar muka x cun, tp hati baek

    BalasPadam
  70. Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu?

    p/s: xbaek grading org..even lelaki jgk selalu budget hensem kan..

    BalasPadam
  71. aku trngt ayt member aku time aku gi miat..dia kata if nampak laki ramai2 kerumun girl, tak bermakna girl tu hot tp sebab situ tak ramai girl..haha

    BalasPadam
  72. omg ! haha, tot so, kata2 laloq tu mmg btul pun. kita sedar kita tak hot, tp ramai yg 'nak' kat kita. duduk tarikkan kerusi, blnja makan, offer nak hanta sana sini, kalau minx tlg sikit laju je nak menolong. haha, saya tak perasan, sbb tau dah kat cllge tu tak ad sape2 laen yg nak 'di kacau' tu yg saya menjadi mangsa, sampai jd rimas gila rasa mcm nak tuka cllge dah ni. anyway, nice entry. mmg btul pun apa you ckp nii.

    BalasPadam
  73. hahaha...cam situasi aku kat kilang, keje kilang lelaki so memang kurang sgt2 perempuan. Orang yg x come cam aku nh pun bleh ramai yang ngorat. Rupa2nya dah xd pilihan. But aku mmg jual mahal la kan. Sory la nak melayan sebab aku pun QC gak.

    BalasPadam
  74. Nrempforpochi Chris Subramanian click here
    soycedramblips

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.