Selasa, 13 April 2010

Kenapa Miskin Semakin Miskin. Kaya Semakin Kaya.

Assalamualaikum

Mocking each other for our greater good.

Dari dulu sampai sekarang, apa yang aku nampak ada 3 golongan orang. Kaya, sederhana dan berpendapatan rendah serta satu lagi golongan anti golongan kaya. Dan kebanyakkan golongan ni, adalah dari berbangsa Melayu yang amat susah nak sekepala. Why? Sebab golongan ni awal-awal dah terpisah antara satu sama lain.

Sebagai contoh. Golongan kaya, kenapa majoriti orang kaya semakin kaya? Dan kenapa orang miskin semakin miskin? Sebenarnya simple. Ianya umpama nasi dalam electric rice cooker. Semakin besar rice cooker tu, semakin banyak la nasi yang boleh di masak. Macam tu juga dengan golongan orang kaya. Atau dengan kata lain, semakin besar pendapatan mereka, semakin banyak mereka berbelanja. Dan untuk maintain perbelanjaan jangka panjang mereka seperti banglo dan kereta sports, mereka perlu terus jadi kaya. Bila mereka kaya, mereka akan menggunakan wang mereka untuk teruskan hidup dengan cara orang berada. Contohnya, kalau golongan sederhana, makan (Rm300) + bil-bil rumah(Rm200) + kereta(Rm500) = Rm1000 sebulan. Tapi golongan kaya? Makan sebulan (Rm600) + bil-bill rumah (Rm400) + kereta (Rm1000) = 2000. So apa pointnya di sini? Pointnya, golongan berada perlu terus bekerja keras untuk maintain sebab golongan ni tak buat macam tu, mereka akan terus jatuh. A really drain downfall you know. Ianya tak seperti golongan berpendapatan rendah yang perlu berusaha hanya sedikit untuk teruskan kelangsungan hidup. Its not about how they do it. Its all about why.

But all of above is just apa yang kita nampak, Captain Obvious.

 Money can almost buy everything

So, apa yang kita tak nampak dalam “The Rich gets Richer, The Poor gets Poorer” ni? Dan kenapa kaya jadi semakin kaya, miskin menjadi semakin miskin? Sebabnya, golongan perpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia terlampau mudah berpuas hati dengan apa yang mereka ada. Dan ya, ini adalah entri Melayu mengutuk Melayu.

Aku pernah baca buku motivasi dari Dr HM Tuah kalau tak silap aku. Katanya, orang melayu di Malaysia terlampau mudah bersyukur. Mula-mula aku pelik juga dengan apa yang dia cakap, tapi bila aku fikir-fikir balik, baru aku tahu ada betulnya apa dia dia cakap.

Apa yang aku fahami dari ayat "orang melayu terlampau mudah bersyukur" adalah, terlampau malas. Its something like, "alaa, aku dah ada kereta, aku dah ada rumah, aku dah ada isteri; bersyukur la dengan apa yang ada". Thats what im talking about. So kalau semua terus macam tu, bila kita akan maju? Thats why golongan miskin semakin miskin.

Dalam Islam, kita di galakkan mengumpul sebanyak mana harta di muka bumi selagi tidak melanggar syariat. Tapi dalam 'Melayu', syarat nak jadi orang yang beharta mestilah jahat dan memiliki sifat negative.

 Never see the light

Dan, ada satu lagi golongan yang aku amat-amat anti. Golongan tu adalah golongan yang berpendapat bahawa; kalau orang tu kaya, mesti jahat. Mesti menindas. Mesti main riba. Mesti curang. Atau apa-apa yang negatif. First time aku jumpa golongan ni adalah ketika aku di tingkatan 3 apabila seorang member aku cakap dia tak berapa setuju dengan parent dia bila parent dia cakap " "Belajar bersungguh-sungguh supaya bila besar nanti boleh dapat kerja yang kasi gaji tinggi-tinggi. " So dia pangkah parents dia. Bagi dia, kalau orang tu kaya, mesti tamak, kedekut, jahat dan sewaktu dengannya. So, dia tak nak jadi orang yang bergaji Rm8k ke atas. Tak tahukah dia yang duit tu penting? Tak tahukah dia yang duit tu boleh beli love? Well, tu adalah first time aku tengok golongan macam ni.

So sejak aku jumpa golongan macam ni, aku tertanya-tanya, Tak boleh ke wujud manusia yang kaya dan pada masa yang sama, baik hati? Kenapa kalau orang tu kaya, mesti jahat? Kenapa kalau orang tu miskin, mesti baik? Setelah aku berfikir-fikir lagi, baru aku perasan yang pemikiran ni berasal dari orang melayu sendiri. Buktinya? Tengok la drama melayu. Dalam drama melayu, majoriti cerita; watak jahat mesti kaya dan bijak. Watak baik mesti miskin dan bodoh serta selalu di tindas. Cerita drama Indonesia jangan cakap la. Tak hairanlah orang di sana agak susah nak maju. Tipikal. Yes, damn so typical.

Tapi, konsep ni tak termasuk dalam Akedemi Fantasia, Malaysia Idol atau what so ever. Sebab aku boleh cakap semua product-product dari AF, MI dan what so ever tu kebanyakkan tak bertahan lama. Ianya terbukti bila istilah artis mee segera wujud. Dan ianya lagi-lagi terbukti apabila aku cakap kejayaan yang mudah datang, akan mudah pergi. Sama seperti cinta. Cinta yang mudah datang, akan mudah pergi.



Melayu umpama pahat. Kalau tak di ketuk, tak akan gerak.

20 ulasan:

  1. pasal melayu ni
    dah penat komen buruk je
    so
    kali ni senyap je la

    BalasPadam
  2. tbe2 tringat ayat " if you want to be rich, you don't spend like rich people"

    sory lari tajuk ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayahku pernah menasihati aku bahawa "Kita adalah siape kwn kt dan kwn kt adalah siape kt."

      jd..

      kawan la org kaya utk tahu bagaimana cara dia "berfikir"..ikut rentak semoga dia menjadi sumber inspirasi.nasib miskin kaya dah tertulis.akal Allah bg kasi pakai.Luck xde luck semua org start dari bawah.SubhanAllah..

      Padam
  3. btul2!! org melayu mmg mudah bersyukur..
    pastu ade yg mmg nak jadi kaya tp ckp kt mulut je..usaha takde langsung!!
    dorg tak sedar kalau org melayu naik, kite bole tolong melayu yg lain..ni diri sndri pun ckup2 mkn, tu yg tak ley nak tlong yg lain

    BalasPadam
  4. mmmm ayat2 yang membuatkan sy mengangguk kepala bila baca...sampai bila melayu nak teruskan dengan sikap macam tu...kesudahannya nanti mcm mana??

    BalasPadam
  5. hah. terbaik nyer post. kadang-kadang, melayu tu sendiri yang jatuhkan martabat kaum sendiri. dah jatuh, bukan nak naikkan balik, nak jatuhkan orang lain plak. terbaik kan sesetengah orang kita? :)

    BalasPadam
  6. aku setuju sangat dengan kau.

    kawan aku dulu, he said he's grateful sebab dia tak berapa pandai & dia tak nak jadi pandai sebab orang pandai ni kedekut ilmu. apekah?

    well kalau dia mahu jadi mediocre, biarkanlah. pada aku kalau kau tak suka macam tu kau janganlah jadi macam tu. mengekang kebolehan diri sendiri untuk jadi lebih baik...hmm...itu bodoh namanya..

    BalasPadam
  7. yang byk ku jumpa. yang tak kaya yang berhati baik... yelah, yang kaya tu nak dekat pun tak dapat, cam mana nak tau depa baik ke tak. haha

    BalasPadam
  8. 1. aku percaya ruang nak kaya bersih dalam dunia sekarang semakin kecil, tapi peluang tetap ada.

    2. mati miskin tak hina berbanding kaya menipu, tamak, main black magic yang dah jadi darah daging melayu. tapi mati miskin sebab zero effort hina lagi.

    3. tapi yang aku pelik Melayu tak bantai kaum lain pun. kau tengok saja lah, kalau cina pergi kedai cina dapat diskaun, melayu pergi melayu dapat apa?? markup? kadang sepuluh ringgit punya pasal gaduh gaduh.

    4. kau ni last last cerita cinta juga kan :)

    BalasPadam
  9. @Kap - Point ke 4 kau memang mengena.

    BalasPadam
  10. great point of view!!
    saya sokong!!!

    BalasPadam
  11. aku x pernah lagi jumpa orang kaya yang jahat tindas orang bawahan. setakat yang aku kenal semua humble2. dan aku tahu diorang kaya sebab diorang usaha sendiri. tapi kalau dengar cerita org kaya jahat banyak la.

    aku setuju dengan statement kau yang melayu ni mudah bersyukur. bukankah Allah sendiri suruh kita bersyukur atas segala nikmat yang Dia berikan. tapi x bermaksud kita kene stop takat tu je kan.

    kaya? siapa x nak jadi kaya kan. aku pun nak. semua dalam dunia ni pun perlukan duit. tapi satu je aku pegang aku x nak jadi hamba duit. tu je yang blh buat aku nak kaya bukan sebab tindas orang bawahan. tapi aku x bermaksud xperlu usaha lebih.

    pasal orang miskin makin miskin sebab malas. aku x rasa semua macam tu kot. tak semua orang miskin dapat peluang yang sama macam orang kaya.

    kesimpulan - ah aku penat la nak kutuk melayu lagi. bagi point2 yang baik je. hahaha. tak semua melayu tu teruk. cuma biasa la manusia kan lagi suka tengok keburukan dari kebaikan. so terus hilang kebaikan yang orang melayu buat :)

    BalasPadam
  12. aher sekali ada terselit pasal cinta :D muahaha.

    BalasPadam
  13. pendapat saya.
    orang kaya akan lagi kaya sebab..

    1) bila kaya chances tuk dapat projek atau apa2 sahaja tinggi sebab orang pandang tinggi.

    2) orang kaya ni die dah tahu cara nak kaya dan dia terus-terusan guna cara tu untuk jadi lebih kaya dan kaya. so kayalah dia.

    3) orang miskin susah nak diberi peluang. mind set masayarakat kite sendiri macam gitu.

    4) orang kaya leh guna kekayaan untuk jadi lebih kaya. orang miskin?

    BalasPadam
  14. tp aq kenal dgn seorg melayu yg baik hati~
    alhamdulillah..
    tp mmg btol~sush sgt nk jmpe MELAYU kaya duit with good attitude..

    BalasPadam
  15. Melayu mudah lupa~ brape kali diketuk pun,tetap xbrubah... mmg pd dasarnya org2 kita pemalas serta fikiran disempitkan dengan masalah yg tak seberapa rupa masalah pun..

    yg penting,diremehkan... yg remeh,dipentingkan dulu...



    aish,,mcm ade idea je nk wat entry baru.. thihihi..

    BalasPadam
  16. entri yg bagus.

    komen dr noor afzan tu, hampir semua nurul setuju.

    mmg kadang2 org miskin susah nak dpt peluang macam org kaya, sbb org tak yakin dgn dia sbb dia miskin!

    tp apa2pun, semuanya bergantung pada usaha kan?

    BalasPadam
  17. Sangat betul. Serius sangat betul. Susah mahu ubah pemikiran mereka ni. Tp once berjaya.. Bahagia rasanya. Dapat bantu orang lain ubah taraf hidup mereka. Bole tidur malam sambil tersenyum :))

    BalasPadam
  18. Seriously I have to agree with you... mmg tepat sangat2... kita kena cuba grab apa saja peluang yang ada atau kita sendiri yang kena cari peluang tu... tak semua orang kaya tu dah memang dilahirkan kaya... diaorg pun struggle jugak... jadi siapa2 pun boleh kalau nak jadi kaya...

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.