Sabtu, 22 Ogos 2009

Aku cume nak bagi tau - 3

Gadis bertudung sentiasa cantik

Aku pergi ke belog seorang lelaki. Well, aku jarang ke belog lelaki sebenarnya melainkan lelaki itu mempunya banyak gadis-gadis comel yang boleh dilawati belognya. Lelaki ini tidak handsome. Amat tidak handsome. Tetapi dia ada awek. Ya awek. Dan awek dia gila cantik dan comel. Lelaki tak handsome tetapi aweknya cantik dan comel. Agak aneh disitu.

Aku pergi ke beberapa belog followers aku. Gadis terutamanya. Aku melihat, rata-rata dari mereka yang comel-comel memiliki boyfriend yang agak tidak pinang-dibelah-dua. Agak tak handsome maksud aku. So, seperti yang aku kata kan tadi, aneh.

Lalu aku teringat kata-kata kawan ku Siti Mustika Sari. Dia pernah berkata “Gadis cantik dan comel biasanya akan dapat lelaki yang tak handsome. Agar mendapat keseimbangan alam”.

Well, ia mengingatkan aku tentang perihal dan situasi ‘beauty and the beast’. Dan ia juga mengingatkan aku tentang kadang-kadang, dunia ni adil juga yea? =)

P/s : Bagi gadis yang ada bf yang tak handsome tu. Jangan la perasan sangat. Hehe.

Beauty is in the eye of beholder.

Cari Lah Rezeki Dengan Bernikah / Kahwin.

Assalamualaikum

This is a page for support entry (link)

Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.

Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telah pun berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat.

Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Wahai Rasulullah, isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah... ?" keluh lelaki itu. "Kahwinlah lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga.

Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? ", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi,"kata Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat.

Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.


Rabu, 19 Ogos 2009

Aku cuma nak bagi tau - 2

Gambar sekadar hiasan. Tapi gadis ni memang cantik.

Aku pergi ke sebuah belog yang owner nya adalah gadis yang amat cantik, lemah lembut dan sedap mata memandang.

Aku tengok followers dia. Teramatlah banyak. Tapi tak secomel followers aku.

Aku tengok entry dia. Dia menceritakan tentang tin biskut. Tin biskut yang katanya cantik. Then dia buat lawak tentang tin tersebut. Tapi tak kelakar. Sumpah tak klakar. Entri tu pula pendek dan gila membosankan.

Tapi..

Tapi..

Tapi ada lebih kurang 60 comments yang dia dapat.

Uh. Dunia memang tak adil.

Isnin, 17 Ogos 2009

Deskriminasi - 5

Diskriminasi

Ini tidak adil. Mengapa para gadis asyik mendapat perhatian?

Kotex.com.my. Website tu hanya untuk para gadis. Bagai mana pula dengan para jejaka? Kami juga mahukan perhatian.

Tapi memandangkan tak ada website untuk lelaki yang seprti kotex.com.my, aku pun masuk la website para gadis ni. Best juga baca pasal mitos terbongkar. Macam mana mitos pasal nak mengenali samaada perempuan tu masih dara atau pun tak.

Dan bukan itu saja;

Terus terang aku cakap, setiap orang perlu explore kotex.com.my. Amat banyak info yang memang korang tak akan duga. 70 % info pasal gadis, 15 mengenai lelaki dan lelebihnya info bersama. Kesemuanya berkisar tentang tubuh badan, hormon, sosial, seks, dan penjagaan diri. Dengan kata lain, ianya adalah 99.9% complete info mengenai diri untuk para remaja. Dari benda yang amat kecil, sehinggalah ke perkara selepas mengandung. Bab cintan-cintun tak terkecuali. Info pasal homoseksual (gay/les) pun ada. Sebab tu aku kata info dia perfect. Tapi seperti yang aku cakap tadi, 70% adalah lebih kepada gadis.

Dan aku baru tahu, perasaan cinta ini bukan datang dari hati, tapi dari otak. Bahan kimia di otak.

So, adakah lelaki pervert jika memabaca hal-hal sulit para gadis yang amat-amat privasi ini? Mungkin ya. Dan mungkin tak.

Bagi lelaki, korang akan awek, dan juga isteri. Tak terkecuali juga skandal. Dan anak perempuan. Dan info yang tak pernah di ajar di sekolah ini amat penting. Kita para lelaki adalah penjaga bagi mereka. Kita perlu tahu sedikit sebanyak tentang diri mereka memandangkan mereka amat pemalu untuk share everything. Contohnya Pap smear. Sumpah sebelum ni aku tak pernah dengar perkataan Pap smear. Tapi para gadis semua tahu apa yang dia perlu untuk mereka lakukan. Pap smear penting untuk mencegah kanser seawal umur 21 tahun. Dan jikalau isteri anda tidak tahu mengenai Pap smear ini, siapa lagi yang harus bagi tahu?

Ketika aku menulis entri ni, UniKL baru sahaja di tutup. So kehidupan aku amat lah membosankan. Jadi, aku mengambil masa dari pukul 11 PM hingga 4 pagi untuk explore setiap sudut website tersebut.

Kat kotex.com.my pun setuju bahawa cinta pandang pertama tak wujud. =)

Isnin, 10 Ogos 2009

ESQ Training

Testi dan more info di sini

Abang aku ajak aku pergi benda ni. Tapi masanya amatlah tak sesuai. Program ni dari apa yang aku baca memang benda lama dan berjaya. Korang patut cuba.

Bukan program biasa.

Bayaran asal lagi mahal dari ni. Ni dah kira murah. Program ini memupuk leadership, keagamaan dan motivate.

Ada siapa yang dah pernah pergi?

Orang cakap - 1

A place to dream.

Orang selalu cakap.

Tak semua yang kita nak, akan kita dapat.
Tetapi kenapa aku, semua yang aku nak, semua tak akan dapat?

Orang cakap, dunia ini sentiasa tak adil.
Bila ketakadilan itu berlaku kat seseorang, orang lain akan mendapat 'adilnya'
Tapi kenapa ketakadilan itu sentiasa aku je yang kena?

Apa yang aku fikirkan dan betul-betul inginkan, pasti tak akan terjadi. Tak pernah terjadi.

but,
Sometimes, its the best to forget what ever we need or what ever we feel. And remember what we deserve.

It keeps me alive. With pain.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Kenyataan Maut.


Maya lagi cantik dari ni.

Ketika di Megamall, Kuantan. Aku keluar jalan-jalan dengan Maya. Nak save budget sebab tu keluar dengan Maya. Tak ada duit doe. Laloq baru call mintak bayar duit sewa rumah.

Well, Maya sentiasa membosankan. Sebab itu aku jarang keluar dengan dia. Aku akan keluar dengan dia apabila aku rasa hendak mempergunakan dia sahaja. Kesian dia. Sering dipergunakan.

Kemudian aku terjumpa seorang kawan aku yang juga cuti H1N1. Aku memanggilnya S. Mr S. Kami salam-salam. Gelak-gelak.

Dia ajak aku lepak KFC. Lalu aku tinggalkan Maya. Kadang-kadang aku kesiankan juga kat Maya. Tapi aku kenal dia, dia kental. Walaupun begitu, sampai sekarang, aku tak pasti samaada Maya itu lelaki atau perempuan. Tiada siapa pernah nyatakan.


Aku tahu gambar ni tak kena dengan posting ini.

Aku masuk dan duduk dia meja kat KFC bawah sebelum naik ke atas.

Kawan aku : Kau tengok awek tu. Mantap dowh.

Aku : Awek? Mana?

Kawan aku : Tu, yang dekat kaunter tu.

Aku : Oo. Taste kau India? Jiran-jiran rumah sewa aku semua India. Kau nak berkenalan. Ada gak yang lawa. India kalau dah lawa memang lawa betul tau.

Kawan aku : Bukan yang tu lah. Tapi yang kaunter satu lagi. Amoi tu.

Aku : Amoi? ceh. Laki mana tak suka amoi doe.

Kawan aku : Kalau aku dapat, perh.

Aku : Jangan risau kau tak akan dapatnye.

Kawan aku : Boleh dowh kalau aku nak. Tapi tak adalah lawa sangat. Aku tak suka style rambut dia.

Aku : Nak awek lawa-lawa. Kau tu bukannya handsome sangat.

Kawan aku : *Pengasas H1N1* Kau apasal kerek sangat, sial.

Aku : Mana ada. Aku gurau-gurau je. Kau tau, cantik tu subjektif je pada lelaki. Nak-nak lelaki Malaysia.

Kawan aku : Ye lah. Kalau lelaki Malaysia tengok perempuan based on kecantikan semata-mata, alamatnya tak kawin sampai bila-bila lah gadis Melayu kan. Hahaha!

Aku baru saje nak bersetuju dengan kenyataan kawan aku itu then gelak-gelak bersama dia. Tapi aku hentikan saja niat aku tu bila aku perasan banyak betul mata memandang ke arah kami. Dia memang tak pandai cover suara.

Aku : Aku tak kenal kau doe. Aku tak kenal kau.

Betul ke kecantikan itu subjektif.
Lelaki memang suka usha gadis yea walaupun diri tak brapa nak handsome.
Dan betul ke gadis tak pandang akan kehandsoman lelaki.

Aku cuma nak bagi tau - 7

How to: Grow up, faster.

Ada seorang kawan aku. Seriously kawan aku. Dia ada masalah dengan awek dia. So dia selalu tanya aku “Mengapa tidak aku dilahirkan lebih awal?”. Seriously, aku pun pernah tertanya-tanya kepada diri sendiri kenapa lah aku tidak dilahirkan lebih awal, awal 5 tahun mungkin? Awal 5 tahun agar aku jauh lagi matang dari sekarang.

Unrealisable dream

Dan soalan tentang mengapa tidak aku dilahir kan lebih awal itu tiba-tiba terhenti apabila aku sedar akan sesuatu. Aku sedar, jikalau aku lahir awal dari pada yang sepatutnya, aku mungkin tak akan mengenali Si Dia. Dan mengenali diri nya adalah sesuatu yang indah. Terindah dalam hidup aku yang tak pernah aku lalui, walaupun dia bukan tercipta untuk aku.

Hikmah dari Tuhan

Khamis, 6 Ogos 2009

Adakah Aku Gay?

Despair

Ketika itu, aku baru sahaja keluar dari surau bersama-sama Hilmi (S.C.) dan Firdaus. Kawasan luar Melaka Sentral masih lagi lengang. Jam menunjukkan sekitar 6.40 pagi. Terlalu awal mungkin. Dah dua jam aku lepak kat Melaka Sentral. Amat membosankan.

Aku singgah di 7e dan membeli air mineral sebotol dan Vochelle Almont satu paket. Duduk di atas kerusi sambil relax-relax.

Kemudian aku ternampak gadis-gadis berpakaian sexy lalu di hadapan aku. "Pagi-pagi lagi dah rezeki mata pakai sexy" bentak hati aku. Aku suspek, mereka mungkin baru pulang dari kelab-kelab malam. Mungkin best kalau aku boleh ikut mereka. Tu pun kalau aku berani lah ajak gadis-gadis tersebut. Balik-balik, keluar dengan Maya. Maya tak pernah menghiburkan aku. Bosan betul.

Tiba-tiba. Salah seorang dari awek itu duduk di hadapan aku, membelakangi aku. Rambutnya mengurai indah, skirtnya agak singkat tak melebihi lutut. Dia memakai kasut high yang aku rasa lagi sexy kalau warnanya hitam atau merah. Kulitnya putih je.

Tiba-tiba lagi, tali halus yang mengantungkan bajunya itu terjatuh ke bahagian tepi bahu (bisep). Ala macam iklan sabun Dove tu. Nampak sexy la jugak tali jatuh cam tu.

"Ah sudah, pagi-pagi dah dosa" bentak hati ku juga sekali lagi memikir akan kemungkinan apa yang akan aku fikirkan di dalam otak aku.

Walau bagaimanapun, aku pelik. Jarang sekali aku dapat melihat insiden seperti ini depan mata tapi mengapa aku tak terasa apa-apa pun? Maksud aku, aku tak rasa berminat untuk melihat lebih lanjut. Mengapa? Bukan kah lelaki normal sepatutnya sukakan benda-benda seperti ini? Adakah ini bermaksud aku telah menjadi gay?

More and more despaire

Adakah aku benar-benar gay? Mustahil. Mustahil aku menjadi gay. Aku perlukan sebab untuk menjadi gay atleast. Jika Azwan Ali menjadi sutun bapuk setelah di reject oleh Ziana Zain suatu ketika dahulu, masakan aku jadi gay tanpa sebarang sebab?

Aku terus memikir akan apa sebab aku menjadi gay dengan tiba-tiba. Hilmi dan Firdaus terus berborak tanpa hiraukan aku yang sedang mencari identiti selera sebenar ini.

Walaubagaimanapun, usaha aku sia-sia. Aku tidak dapat memikirkan sebab-sebab yang munasabah. Adakah kerana gadis-gadis Malaysia sekarang dah tak cantik dan dah tak ayu? Tidak, aku tidak rasa sebegitu. Sebab bukankah dari dulu sehingga sekarang gadis-gadis Malaysia memang tak cantik dan tak ayu? Hahaha! Okay-okay sorry. Aku patut serious akan hal ini.

Haish. Usaha aku sia-sia lagi. Aku rasa aku patut terima hakikat bahawa aku gay. Sia-sia sahaja usaha, titik-titik peluh dan duit yang aku laburkan untuk gadis selama ini.

34-28-36. Quite perfect isn't it?

Aku terus memandang awek tu dengan sayu. Mungkin itulah awek yang terakhir yang akan aku pandang. Aku nampak awek tu keluarkan pekakas makeup dia dan bedakkan muka dia. Ayu je aku tengok dia. Sopan santun dan penuh dengan tatatertib. Jarang betul nak jumpa gadis seayu itu. Lemah lembut je gerak tari bandannya. Lembut sikit dari Miss Zatul. Sikit je lah, tak banyak pun. Bentuk badan pun cam perfect je. Tak ubah seperti gadis melayu terakhir. Tapi aku tak ada langsung selera kat gadis dah. Nak buat macam mana. Isk.

Kemudian dia berpaling ke arah aku.

Aku cuba senyum.

Tapi tak mampu.

What the f*ck. Lelaki!

Naluri lelaki aku memang pandai memlilih. Aku masih lurus rupanya.

Selasa, 4 Ogos 2009

Aku cuma nak bagi tau - 8

Demi Si Dia yang tak semestinya jodoh kita

Aku faham jika terdapat dua gadis bergaduh kerana berebut akan seorang jejaka memandangkan jejaka-jejaka di dunia kini semakin pupus.

One by one la. Kesian aku tengok awek bertudung tu.

Bergaduh macam perempuan. Macam kucing.
Muka nak ganas je.


Tetapi aku tidak faham. Mengapa gadis-gadis tersebut bergaduh dengan cara menarik rambut dan bukan menarik seluar? Ataupun baju?

Anih!

Aku cuma nak bagi tau - 4

Huh, huh.

Bermake up tebal dan bewarna warni tidak akan membuatkan anda nampak cantik. Kerana di sebalik bedak yang tebal beberapa inci itu terkandung kebencian anda kepada diri sendiri.

Ahad, 2 Ogos 2009

Aku cuma nak bagi tau - 6

This is not a happy ending.

Cukup la menipu diri sendiri dengan manyatakan yang anda tak dapat melupakan dia. Padahal, anda tahu yang diri anda tidak sanggup melepaskan dirinya. Tiap-tiap malam, menangis memikirkan apa yang dia mungkin akan lakukan untuk membaiki hubungan. Dan anda terus menangis akan segala happy ending yang anda impi dan angankan.

Tetapi anda tahu yang ianya tak akan berlaku. Anda tahu akan jawapan kronologi perjalanan hubungan cinta anda tersebut. Jadi berhenti berangan dan berhenti menipu diri sendiri.

Kerana anda boleh menipu diri anda sendiri. Tetapi anda tak mampu menipu aku.

Well,
Orang selalu cakap masa mampu mengikis perasaan sayang terhadap kekasih yang lalu.
Tetapi aku cakap, cinta tulus jujur dan iklas yang baru, mampu menghilangkan terus luka yang berlarutan itu.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.

All related names mentioned are totally fiction and got nothing to do with your and my life.
 
Powered by Blogger