Memaparkan catatan dengan label gadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gadis. Papar semua catatan

Rabu, 13 Februari 2013

Drama Twitter : Bash Dia! Bash Dia!

Assalamualaikum w.b.t


"Hello gadis-gadis comel, berkaca mata serta kesunyian sekalian. Whats up?"

Baca baris pertama di blog tu pun dah cukup membuat dia menyampah. Dia gerakan mouse dan menekan punat "Close". Dia menghempaskan diri di kerusi malas. Dia mengeluh kesal. Kesal dengan diri dia yang tidak seperti manusia normal. Mungkin ramai tidak perasan bahawa dia agak berlainan tapi setelah lebih dua puluh tahun hidup sebagai seorang lelaki yang setinggi galah, dia akur dalam kecewa.

"Tak guna punya katil. Tak boleh ke kau dicipta panjang sikit? Asal aku tidur je, mesti kaki akan terlunjur keluar." Bentak Yierkif yang memang dah moody sejak dua hari lepas.

"Babe. Relax la babe." Tetiba Nuyul datang entah dari mana. Dia masuk ke dalam bilik Yierkif sambil mambawa segelas minuman Coco panas.

Yierkif menyahut minuman tersebut walaupun tidak dihulur.

"Kau jangan kata macam tu babe. Kau patut bersyukur kau dilahirkan panja--"

"Tinggi!" Yierkif memotong.

"Ya, tinggi. Kau patut bersyukur kau dilahirkan tinggi. Ramai gadis diluar sana suka jejaka tinggi tau babe. Kawan-kawan aku semua crush kat kau babe. Kau cuma tak perasan je."

Yierkif hanya diam. Dia tahu dia hot, ramai gadis mahukannya. Tapi itu bukan persoalannya. Memarah kepada ketinggian hanyalah distraction je. Apa yang dia kecewa sebenarnya adalah tentang dunia satu lagi. Ya, dunia Twitter. Dia teringat lagi perbualannya dengan Leplep.

"Lu relax la bro. Biasa la tu kena bash dengan budak-budak Twitter. Gua dah kabor Twitter sekarang dah tak selamat. Hari-hari ada je orang kena kutuk dan kena maki dengan warga Twitter" Kata LepLep sambil terus berBBM dengan beberapa gadis yang tidak dikenali.

"Aku tahu. Tapi apasal aku jadi mangsa bash? Kenapa bukan budak-budak sekolah yang sibuk tweet dengan anak panah tu? Or kenapa bukan budak-budak Twitter yang bajet alim tweet konon Islamik guna fake account Ustaz Don dan Ustaz Azhar Idrus tu?"

Jari-jari LepLep berhenti menaip di BlackBerry Z10. Dia mengangkat kepala sambil memandang Yierkif. Matanya memandang dalam; Dalam ke dalam mata sahabatnya itu.

LepLep meletakan BlackBerrynya di tepi kerusi. Dia bangun, berjalan sedikit kehadapan dan membelakangi Yierkif. Dia memasukan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar. "You been bashed, because you are just at the wrong place and the wrong time, buddy." Kata LepLep sambil mengalih pandangan ke arah awan yang berarak mendung kelabu. Pilu.

Yierkif hanya diam. Dia tahu apa yang Leplep cakapkan itu adalah benar, tapi... Hey, siapa tak pernah hidup dalam denial kan?

"Tak semua orang bernasib malang dan tak semua orang bernasib baik, Kif" Sambung Leplep lagi. "Lu tengok Mr Kay The Other Khairul tu. Dia hari-hari mengata perempuan. Tapi tak kena bash pun? Lu agak-agak kenapa? Sebab belum masanya lagi. Tu belum kira dia bajet tahu semua fakta pasal perempuan.  Tak lama lagi kena la tu."

Yierkif terus terdiam lagi.

"So apa yang lu perlu buat, adalah stay cool." Sambung LepLep mematikan bicara.

Lamunannya terhenti apabila dia mendapati minuman Coco panasnya telah menjadi sejuk. Dia lantas bangun mengambil kunci kereta lalu bersiap untuk mencari tempat mengisi perut. Perut yang dah lama meminta belas kasihan.

Restoran Haji Ahmad kekurangan pelanggan seperti biasa. Mungkin disebabkan servis yang teruk, harga yang mahal dan tempat yang kotor, ramai mengambil keputusan untuk tidak makan disitu. Tapi mana-mana restoran Mamak pun moslty kotor, mahal dan servis teruk (Order ais kosong, esok pun belum tentu sampai).  Tapi, masih ramai yang sukakan restoran Mamak. Pelik kan?

"Yo Kif!" Tegur Adib dari jauh.

"Sup bro?" Kata Adib lagi sambil mengangkat tangan.

"Sup." Yierkif menyapa sambil lewa. Banyak dah dia dengar cerita pasal budak ni. Dan yang paling terbaru, dengar cerita dia in relationship dengan artis memerangkap ustazah yang obses dengan politik.

*Bro-fist*

"Lama tak nampak kau, bro. Kau buat apa sekarang? Dah kerja eh?"

Yierkif menarik kerusi dari meja sebelah dan terus duduk. "A'ah. Aku dah kerja. Kerja gomen je."

Yierkif mengeluarkan e-cigg dari dalam poketnya. Ramai tak tahu e-cigg sebenarnya hanya haram di jual by internet or orang persendirian. Kalau beli kat farmasi dan pengeluar perubatan, boleh je.

"The hell man. Kerja gomen? Sejak bila kau jadi orang UMNO ni? Come la on bro. Zaman sekarang mana ada dah orang yang support government."

Pandangan Yierkif ditujukan lurus mengadap kaca TV. Astro mamak yang suck yang menayangkan cerita yang sama beratus ulang kali. Even kalau sesebuah filem tu anda dah tengok kat wayang mahupun BlueRay, tetap rasa nak tengok bila ditayangkan di mamak.

"Aku bukan support la. Aku kerja je. Offer dia nice. Gaji pun nice. Rugi la tolak." Yierkif menjawab dengan malasnya.

"Tapi bro. Tunang aku cakap haram kalau kita support kerajaan. Gaji yang kau dapat tu belum tentu halal. Sedikit sebanyak ada haram. Macam ASB juga. Macam saham juga. Benda tu haram." Dengan semangat Adib menerangkan kepada Yierkif. Mungkin dia berharap Yierkif akan setuju dengan pandangan dia. Biasa lah manusia yang rata-rata Melayu ni, pendapat orang lain adalah tentu sekali salah kalau tidak selari dengan pendapat sendiri, bukan?

"Fatwa mana kau dengar ni? Tak semua haram lah. Kau ni balik-balik haram." Dah la di dunia Twitter kena bash. Di dunia nyata pun kena bash jugak. Bengang betul Yierkif.

"Gini. Cuba kau tengok Mee Kari ni. Mee Kari ni halal tak? Halal. Tapi kalau aku letak sebesar zarah lemak babi, pastu aku kacau-kacau, dia jadi haram tak? Haram. Macam tu la juga dengan sistem kat dunia ni. Kalau ada sedikit je benda haram, semuanya akan jadi haram. Contohnya, duit pelaburan, dividend ASB, Takaful tu semua haram."

Yierkif masih tekun mengarah pandangannya kepada kaca tv. Siaran telah bertukar kepada Isu Semasa. Beberapa kanak-kanak pra sekolah #TeamSuzuran dan #GangFederroza ditangkap akibat perbuatan tak senonoh - Berkhalwat di khalayak ramai. Dah banyak dah kes pasal #TeamSuzuran dan #GangFederroza ni masuk berita. Last time dengar cerita, dieorang ditangkap sebab terkinja-kinja dengar lagu Justin Bieber.

Adib menarik nafas. Kemudian mengeluh setelah melihat seolah-olah tidak mendapat respon yang diharapkan daripada Yierkif.

"Macam cinta juga, Kif. Cinta tu benda yang suci. Tapi sedikit sebanyak, mesti ada nafsu. Even sikit, ianya tetap haram walaupun dilawan. Thats why lah bercinta tu haram. Kau kena faham konsep ni. Apa-apa perkara yang ada sikit benda haram, akan menjadi haram secara keseluruhanya."

Yierkif memandang budak di hadapannya itu dengan pandangan pelik. Minat terhadap berita merapu yang ditayang di kaca tv telah completely hilang. "Ilmu mana kau belajar ni? Macam mana kau boleh samakan pengharaman duit dengan pengharaman makanan? Cuba kalau aku curi RM5 dari fakir miskin. Selepas tu aku bank in duit tu ke dalam account bank kau; resultnya semua duit dalam bank kau jadi haram la ye?" Balas Yierkif dengan rakus. Dia tahu perangai Adib ni. Pesen perangai belajar fatwa kat Twitter, Facebook dan internet. Entah-entah, pegang babi dan anjing pun dikatanya haram.

Adib terdiam. Dia mengetap bibir tanda geram.

"Kau ni menjawab la Yierkif. Menjawab." Bentaknya sambil berdiri. "Ni la pesen orang remaja zaman sekarang. Suka sangat menjawab."

Yierkif ditinggalkan begitu sahaja. Dia kembali menghisap e-cigg. Dia sangkakan melepak di Mamak boleh menghilangkan tension. Tapi dia silap. Rupa-rupanya perangai reka fatwa sendiri bukan hanya wujud di twitter, malah dunia sebenar.

Dia menyandarkan badannya ke kerusi yang separa senget. Asap rokok palsu dilepaskan. Dia memandang ke meja sebelah. Ada seorang gadis comel. Dia kenyitkan mata. Kenyitannya dibalas dengan senyuman manis.

"Damn, I'm hot."



Sabtu, 18 Ogos 2012

(Repost) Situasi Tipikal Blogger Di Musim Perayaan Aidilfitri

Salam Aidilfitri

Cehhhhhhhh.

Aku baru sahaja balik dari shopping raya. Dan sekarang dah nak berbuka. Aku lapar.

Well, aku buka Google Reader dan aku tengok banyak betul keadaan tipikal yang berlaku saban tahun apabila raya menjelma. Semua cakap pasal raya. Ianya berlangsung setiap tahun apabila raya menjelma. Anggap la blog aku ni dah tua beberapa tahun walaupun sebenanrnya tak sampai setahun pun lagi.

Situasi Tipikal ;

Seminggu Sebelum Raya

Masa ni tak ada lagi mood raya. Semua bloggers pakat tulis entry yang tak ada kena mengena dengan raya. And bagi yang excited tu, mesti tulis pasal plan nak balik raya. Macam biasalah. Meraung-raung sebab tiket dah tak ada. Tak pun baju raya tak beli lagi. Bab menangis sebab tak beli baju raya lagi mesti kaum perempuan. Ye la. Baju at least kena 4 pasang. Belum kira kasut. Tudung. Heh. Yang laki lak. Pening mikir bab nak beraya dengan gewe. Dari segi baju lak, lelaki biasa je. Ada baju melayu sepasang, aksesori secukup rasa, dan baju serta beberapa helai seluar, dah memadai. Kira tak mengada sangat lah. Lelaki memang baik.


1 Hari sebelum raya.

Mari memeriahkan masjid walaupun korang
tak pernah jejak ke masjid sebelum ni.

Alahai.. Masa ni bloggers sibuk tulis pasal baju raya yang dah di beli. Gadis-gadis yang memangis dengan hingus meleleh, kini dah kering sebab dah dapat baju raya. Tak kurang juga entri yang cerita pasal kad raya digital. Sakit hati tul aku dengan kad raya cam tu. Tak ada sentimen. Tak ada feel. Tak ada nilai hati dan perasaan serta kasih sayang. Tak ada love-love langsung. Tak kurang juga yang jadikan kad raya umpama award blog. Haiz.

Ada satu tu seorang blogger sibuk tulis entri mengkritik blog lain. Tak habis-habis kritik orang. Dah nak raya ni bawak-bawak la mintak maaf wahai Mr K. Takbir raya dah la tak pergi.

Hari Raya Pertama

Happy Eid Day.

Aku tulis entri ni pada pukul 2 pagi setelah penat mengecat rumah yang tak habis. Esok mesti mak aku bising pagi-pagi sebab tengok ada kerja yang tak siap. Abang aku pasti dah lari dulu.

Well, hanya blogger yang tak ada life je yang akan post entry yang bejela-jela pada hari raya. Tak pun diorang naif sangat tak mampu nak beraya. Sebab tu sakan tulis and post entry baru. Biasalah. Walaupun miskin. Internet mesti ada.

Hari Raya ke-2

Ketupat. Bukan benda yang gadis-gadis reti buat.

Masa ni dunia blog dipenuhi dengan gambar-gambar hari raya pertama para blogger. Tak kisah la gambar awek ke, skandal ke, ex ke apa ke. Semua pasti pasal gambar. Yang tak pernah tangkap gambar tu pun tiba2 jadi cam 'whore'. Tapi normal lah kan. Hari raya katakan. Tapi jangan ada gambar pakai baju melayu atau baju kurung berkumpul ramai-ramai dalam tandas then tangkap gambar reflect cermin tandas tu sambil buat pose gedik-gedik terover sudah.

Hari Raya ke-3

Salam Lebaran

Raya ke tiga aku balik kampung. Isk. Well, aku nak cerita pasal diri aku lah. Bosan tul aku asyik cakap pasal orang lain je. Pedulikan lah pasal entry Situasi Tipikal ni. Belog aku, suka ati aku lah nak lari tajuk pun.

Aku rasa dah dua tahun aku tak balik kampung. Bukan apa. Aku tak gemarkan sesetengah orang di kampung aku. Sebab pemikiran mereka tak berapa err 'okay'.

Kampung aku di Terengganu. So, faham-faham la. Dulu aku suka benar balik kampung bila Hari Raya. Semuanya disebabkan mercun. Bab mercun memang best nak-nak bagi yang duduk kat utara dan timur. Bunyi mercun lagi banyak dari bunyi letupan di Gaza. Nak salahkan aku sebab membeli mercun tak boleh gak sebab kedai kat sebelah balai polis je. Dan anak polis lagi la kuat main mercun. Putus tangan ke jari ke tak apa. Janji puas main mercun. Hais.. Kenangan. Tahun ni, dua hari terakhir je aku start main mercun. Aku cuba cari mercun kat Melaka tapi tak ada. Melaka serba kekurangan. Kuantan gak best.

Aku cuma nak cakap. Selamat Hari Raya. Mintak maaf la kalau blog aku ni amat-amat mengguris jiwa korang. Semuanya secara tak sengaja.

Okay lah mungkin memang sengaja. Aku bukan kritik sebenarnya. Just fun-fun kat dunia blogging ni.

And...

Korang ni apahal? Orang lain duk pergi beraya, yang korang gedik-gedik baca blog ni tak ada rumah ke nak beraya and kolek duit raya serta pergi mencapap sambil pakai baju baru yang bewarna warni siap ada manik-manik yang mungkin agak over bila ada selendang kat ada lengan sambil kerek ke sana ke mari bersama keyakinan diri yang tinggi sebab baju baru kira handsome dan lawa lah?

Oh, mintak maaf sekali lagi.

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Salam lebaran untuk anda semua. Tak kisah la yang kenal aku atau pun tak. Love you all =)

P/s : Dan jangan lupa mandi wajib pagi raya.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Jawapan Awek-Awek Tentang Kenapa Wang Hantaran Kahwin Kena Tinggi. ;D

Assalamualaikum


Hello full puasa boys and tak full puasa girls. What's up?

Korang masih ingat tak dulu-dulu aku ada tulis pasal Kenapa Wang Hantaran Perkahwinan Tak Patut Mahal? Ya, banyak sebabnya yang aku dah senaraikan. Ada yang pasal tanggung dosa, ada yang pasal berbelanja lebih dan untuk pengetahuan korang, ada juga pasal bini yang tak reti masak. Tu baru masak. Belum kuih raya. You girls reti buat kuih raya tak? Or... memang dari dulu sampai sekarang jenis beli kat kedai je? Ish ish ish.

Dan untuk pengetahuan korang. Tengah-tengok syok aku baca balik entry aku menggelakkan gadis-gadis comel ni, teringat pula aku tentang satu entry reply yang di tulis oleh awek ni. Serious korang patut baca. Aku baca sambil angguk-angguk malu. Aku angguk je. Aku tak kata pun apa yang dia tulis tu betul. Just angguk je okay. Just angguk. Pffffff.

**************


Lelaki wajib pi belajaq tinggi tinggi. Kerja elok-elok. Kumpul duit kemudian masuk meminang. Untuk zaman sekarang wajib main RIBU RIBU kan.

Sebab-sebabnya:

Besok selepas kahwin, bini hangpa kena masak pagi-pagi subuh gajah walhal sama sama nak pi keja.

Besok selepas kahwin, bini hangpa kena kutip baju hangpa yang hangpa campak tepi katil nuh sebab malam-malam panas. So tido tak pakai baju. Takde unsur 18sx kat sini. (Kalau ada pun apa salahnya)

Besok selepas kahwin, bini hangpa hegeh-hegeh dok bawak turun bakul penuh baju kotoq (Rumah dua tingkat) nak pi letak dalam mesin basuh, sambil hangpa dok jerit-jerit "Sayangggg cepat skit, jap lagi kang jalan jemmm"

Besok lepas kawin, bini hangpa terhegeh-hegeh turun kereta sama hangpa dok masuk rumah cepat cepat ambil baju dalam mesin pi sidai walau jam pukul 5 petang sambil hangpa dok merengek manja "Sayangggg. Lapar laa.." Dengan penuh kasih sayang, si isteri reply "Kejap taw, habis sidai baju nih, sayangg masak untuk abangg ye"

Besok lepas kahwin. Bini hangpa hegeh-hegeh dok sapu rumah pagi pagi sambil hangpa baca paper sambil online sambil tengok tv.

Besok lepas kahwin. Bini hangpa kena masak tengahari sambil hangpa dok jerit jerit "Cayangg awat ada bau hangus niii. Kemudian hangpa sambung balik tengok tv dan beronline. Sadis isk isk.

Besok lepas kahwin. Bini hangpa dok hegeh hegeh la menyusukan anak tengah malam buta sambil hangpa sedap tidur berdengkur di buai mimpi. Entah sedar ke anak tu tengah nangis.

Besok lepas kahwin. Bini hangpa la yang kalut dok mandikan anak sambil hangpa bersiul siul cuci kereta kesayangan hangpa tue.

Besok lepas kahwin. Bini hangpa balik kerja sama hangpa hari jumaat dok kalut amek anak bawak pi mandi, lepas siap mandi suma, hangpa dok main dengan anak hangpa sambil bini hangpa dok kalut pulak pi kemas baju nak balik kampung mak pak hangpa. Sambil hangpa jerit manja ''Sayangg, cepat skit, nanti hari gelap. Bahaya nak drive''

Wahai para suami. Tolong menolong kan bagus. Kasih sayang bertambah. Hubungan bertambah erat. Tak kesian ke korang dengan isteri korang tu?

Read more here.

*******************

Ololololololo. Kesiannya bini aku kalau macam ni. Tu lah. Orang offer bibik dan share holder(madu) tak nak. Kan dah susah. HAHA. Sekarang bila dah susah mula lah bising-bising ye?

First of all. Eley, apa korang ingat lelaki ni pemalas sangat ke? Tang lelaki asyik baca surat khabar masa si isteri tengah buat kerja rumah tu semua aku rasa korang terpengaruh dari drama melayu kat TV la. Sebab realitynya, lelaki Melayu ni rajin orangnya. Bila nampak si isteri lipat baju sensorang, dia pi and cuit-cuit dari belakang. Kan romantik tu.


Then, lelaki bukan tak nak buat kerja basuh pinggan, mop lantai tu semua. Basuh pinggan, cuci kain, sapu lantai... Alaaa, benda tu semua kucing aku pun boleh buat. Ehem. Lagi pun ada ke lelaki yang tak reti buat benda tu semua? *Terasa* Actually, benda-benda yang macam ni saja je si suami kasi chance si isteri untuk buat supaya si isteri ada benda sikit nak di buat. Iye lah, kalau tak ada kerja, mula lah nak dok bergossips pagi petang siang malam dengan jiran sebelah. Tak ke dosa tu? Kesian si suami tak pasal pasal kena tanggung dosa. So bila ada kerja nak di buat, tak ada lah si isteri dok bertenggek depan pagar jiran sambil bergossip ye tak? See? Bijak betul saya.

Korang tahu tak kenapa bila suami isteri nak pulang ke kampung, si isteri yang akan lipatkan baju? Kenapa? Ya, sebab si isteri tak suka dengan cara si suami siapkan beg baju. Aku ingat lagi bila aku nak balik kampung. Aku kumpulkan baju-baju yang aku nak bawak then aku ambil satu beg. And then aku sumbat semua baju tu dalam beg. Settle. And then bila adik perempuan aku nampak aku dan abang aku buat macam tu, adik perempuan aku terus sound. Kata bazir ruang lah apa lah. Tapi tahukan anda yang ianya adalah lagi membazir ruang apabila beg pakaian tu berbentuk cylinder sedangkan baju dilipat berbentuk empat segi? So, bila kita main sumbat je, baju-baju tu akan fully occupied the beg. Ianya bermaksud yang cara main sumbat ni lagi memenuhi ruang. See? Lelaki ni bijak sebenarnya.

Malam-malam bila si anak nangis, mesti si isteri yang akan pi susukan. Kan? Actually, bukannya si suami tak nak pi susukan. Tapi.... tapi korang cuba la faham ye. Susu gantung ibu merupakan susu terbaik untuk bayi. Apa korang fikir lelaki ada susu gantung? Lagi mau tanya.

Then, tak faham betul aku, ada ke patut you girls semua marah bila si suami pi basuh and cuci kereta kesayangan setiap hari? Dengan kereta pun tak akan la nak jealous kottttt. Biar la kalau si suami nak sayang kereta dia ketat-ketat pun. Lagi pun, baik si suami habiskan masa dengan kereta kan? Kalau si suami habiskan masa dengan perempuan lain, haaaa. Macam mana? Suka?

Haishh. Rosak. Rosak. Tak boleh kahwin lagi korang nih.



Sabtu, 6 Ogos 2011

Why Lelaki Suka Suruh Girlfriend Dia Tutup Aurat tapi Dia Pergi Menggatal dengan Awek yang Seksi?

Assalamualaikum


Hello confused girls and steady boys sekalian.

Aku bet yang korang rindu kat aku kan? Rindu aku mengata-ngata korang. Rindu aku perli-perli korang. Dan tak terkecuali korang mesti rindu aku yang asyik puji lelaki kan? Okay fine korang tak rindu.

Dari dulu sampai sekarang, blog aku ni selalu gak la dikatakan sebagai blog Dr Love. Well, Dr Love? What the hell is that? Eww, sounds disgusting. Actually, aku tak tahu entah dari mana la aku boleh dapat gelaran yang menggelikan tu. Padahal, aku rajin je update benda-benda lain yang selain dari bab love eww-eww kan? Kan? KAN?

So this time, instead dari mendengar pendapat aku, apa kata kalau kita dengar pendapat dari semua pembaca di sini? Ya, termasuk korang. Why? Sebab aku ada satu isu yang amat menarik untuk korang jawab. Ya, satu isu yang aku ambil dari email.

Hi Mr K,

I have few questions to ask you.

So, here's the story. I had a boyfriend, we were together for almost three years and we eventually broke up, last year. Itu pun sebab ada third party and my ex is a jerk anyway. Biasa la lelaki kan pandai berlakon. (Ouch!)

Kitorang belajar dekat US masa mula-mula kenal and became official and then he decided untuk quit medicine dekat US, and continue dekat Malaysia. He convinced me to go back with him, so I did. -.-" So, kitorang sambung dekat UM, took the same course, same class, same everything. First year and second year, semua okay, happy, fireworks, bahagia. Semua lah. *rolling eyes*


Then masa early part 4, ada one extender, girl masuk kelas kitorang. Pretty, blonde malay girl. Memang HOT. Then, i noticed few differences dekat my ex-boyfriend. Dia selalu penat, mengantuk, pastu selalu tertidur dalam kelas. BUT, he never neglected me, setiap hari study sama-sama, lunch, dinner sama-sama. Emotionally, he didn't change. We were still happy, all lovey dovey. So one day, i ternampak marks dekat his neck, macam lovebite so asked him, kenapa macam ada lovebite dekat tengkuk dia, and dia jawab "Kena gigit serangga" so i believed him. (Rupanya serangga tu rambut blonde)

Then comes Ramadhan few weeks later, hati I macam rasa lain eventhough he didn't change a bit. I felt different like something is wrong with my ex. One day, tiba-tiba dia bagi gift and I can see the guilt from his face but I don't know why. Strange. So, i prayed and mintak Allah tunjukkan apa yang I tak nampak selama ni. and guess what, during the second week of Ramadhan, dia kantoi.

As usual we went to berbuka and straight to Masjid for Tarawikh together, but suddenly he became sooo quiet; muka dia macam sedih, bersalah pun ada, serabutt sangat padahal baru je lepas solat. I dah pelik. Then he sent me back to my hostel, and then my roommates tell me everything.

My ex-boyfriend dah keluar dengan that blonde girl for almost a month. Dia selalu penat and ngantuk masa dalam kelas sebab dia kena spend time with both girls. Lepas dia hantar I balik, dia pick up that girl. Vice versa. siang dengan I, malam dengan that girl. Me and her duduk sama-sama hostel. Just Imagine. That guy got some balls to do that.



Semua orang in my class pun dah tau except me. I was devastated, bayangkan semua orang in my class have to keep it from me for almost a month sebab dorang tak sampai hati nak cerita dekat i. I was crushed, but i felt relieved somehow. Macam Allah answered my prayer, Subhanallah. So, i texted him and tell him that i want to end our relationship and as expected, he agrees with everything. He said sorry, but I don't think he mean it. And the lovebite i saw, it was her, my classmate.

And it ended right there, I tak pernah confront perempuan tu, I didn't talk to my ex-boyfriend after that because I just feel like it's not worth it, not worth fighting and now, I'm so glad i did that, I did nothing.

So, Mr K,

  1. Kenapa ada sesetengah lelaki, yang taknak bagi tau girlfriend dia the truth yang dia dah bosan, fed up, muak dengan girlfriend dia and he wants to move on with someone else?
  2. What can i do to banish him completely from my mind?
  3. How is it possible that someone yang Solat penuh lima waktu, do such things as check in into hotel, ringan-ringan, geli-geli dan bermacam2 lagi?
  4. Why lelaki, suka suruh girlfriend dia tutup aurat, pakai sopan-sopan, tapi dia pergi menggatal dengan awek yang free hair, seksi?

Why Mr K, why?

Seorang lelaki berjaya keluar dengan dua perempuan berbeza dalam satu hari? Kalau korang suruh aku jawab email ni, aku akan kata "Her ex is a man. Yeahhh" HAHA. Kalau korang pulak, korang jawab apa?



Khamis, 26 Mei 2011

Random Talk : True Story

Assalamualaikum


Aku ingat lagi masa aku di sekolah menengah dulu. Setiap hari aku berulang alik ke rumah aku dengan berjalan kaki. Well, aku berjalan kaki bukan sebab rumah aku dekat, tapi sebab... sebab aku suka berjalan kaki. Ingat senang ke nak cari lelaki yang suka berjalan kaki seperti aku? Dan aku dengar cerita, lelaki yang suka berjalan kaki tu romantik orangnya.

Dan on the way ke rumah aku, aku akan melalui sebuah jalan yang kecil di celah rumah orang. Masa aku lalu tu, aku teringatkan sebuat tragedi masa aku muda-muda dulu which is semasa aku di tadika. You know what, kan laluan kat celah rumah orang tu kecil. Disebabkan kecil, aku tak nampak apa di laluan yang aku akan lalu. Dan pada suatu hari, masa tengah lalu tu ada seekor lembu tengah makan-makan di sebalik rumah yang aku lalu tu. Dan masa aku mula-mula nak lalu tu, lembu tu buat bunyi “moooo” or “boooorhhh” or or or whatever lah the bunyi lembu is. Masalahnya, aku tak tahu itu bunyi lembu. Dan sangkaan aku? Itu bunyi harimau.

Yeah. Ya, bila aku terkejut sebab bunyi harimau tu, aku terus kaku tak bergerak. Iye lah mana tau kot-kot harimau tu ada kat belakang aku kan? So, kalau aku tak bergerak mungkin dia tak akan perasan aku. Ya aku tahu aku bijak. So, masa aku kaku tu, banyak benda yang bermain di fikiran aku. Harimau. Bayangkan anda berumur 4 atau lima tahun yang baru balik dari tadika. Dan ada seekor harimau yang sedang berhadapan dengan anda. Apa yang anda fikir kan? Apa yang terlintas di fikiran anda? Gula-gula? Tora? Jajan? No! Of course korang akan terfikirkan about the future kan? Its all about future. AND I AM TOO YOUNG TO DIE. Bayangkan betapa sedihnya your future wife(s) bila tak dapat kahwin dengan anda. Siapa akan jaga your future wife(s)? What? Some perv jerk yang nak kahwin lebih dari satu yang akan jaga your future wife(s)? Pffff. Dah tak ada lelaki yang setia ke kat dunia ini? Im not gonna allow that. And Im not gonna leave one of my future wives on someone yang aku tak percaya. Termasuklah kepada a handsome cute duda. Yeah Im talking about you Yusry KR*. Leave my Lisa Suribubuhoneybunny alone!
Ehem.

But well, selepas beberapa puluh minit, aku nampak ada seorang abang relax je lalu lepan aku. So, bila aku jenguk-jenguk, rupanya itu adalah seekor lembu. Itu adalah antara peristiwa masa kecil yang aku paling ingat. Dah di ambang maut, siapa yang tak ingat kan? 

Then bila aku masuk semula ke jalan besar yang on the way balik tu, aku ada dengar awek-awek kat tepi jalan yang tengak borak-borak. Dan apa yang menarik perhatian aku bila awek-awek comel tu berkata :

"Awak tahu, lelaki kalau dia sukakan perempuan, dia mesti hafal nombor phone perempuan tu. So, awak patut tanya boyfriend awak tengok dia hafal ke tak no phone awak"

Bila aku dengar ayat dia atas aku pun macam WHAT THE HELL? Mana dia dapat rule tu? Lelaki kalau dia sukakan perempuan, dia akan hafal nombor phone tu? Even kalau lelaki tu setia macam aku pun dia kena hafal no pnone girl yang dia suka tu? So, kalau aku betul-betul suka kat that girl, aku mesti ingat nombor phone dia? Pffff. This is a joke.

Well first of all, aku amat teruk dalam bab mengingat so there is no way aku akan menghafal nombor telephone awek yang aku suka. And secondly, how the hell aku nak ingat berpuluh-puluh nombor awek comel kat luar sana? Kan? Kan? Yeah.

Dan bila sampai rumah, baru lah aku perasan. Kuat berangan memikir juga aku ni ya.

Well, true story. A very-very true story.


Selasa, 24 Mei 2011

Cara Nak Tahu Lelaki Betul-Betul Sukakan Perempuan (Serious)

Assalamualaikum


Hello overemo girls and steady boys.

Well, kalau di fikir-fikirkan balik, dah lama aku tak mengata perempuan kan. Aku ingat lagi dulu-dulu bila aku berhenti mengata perempuan, ada seorang awek pernah tanya:

"Kenapa Mr K dah tak mengutuk perempuan macam dulu? Bosan lah"

Bila aku dapat soalan seperti di atas, aku mengerutkan dahiku yang licin sambil menyelak rambut yang ikal tanpa kelemumur dan berkata "What the hell yang you guys nak sebenarnya ni?"

Then selepas tu baru aku realized yang perempuan ni suka bila kena sound direct-direct. Bila dah kena sound, buat-buat marah. Tapi follow juga belog ni. Cakap ah suka bila kena sound. Kan senang. ;)

Dan memandangkan aku asyik mengata perempuan dengan jujur, maka ramai lah awek-awek comel datang ke blog dan follow blog aku. So, boleh kata hampir 90% followers blog aku adalah perempuan. Dan korang tahu lah perempuan ni. Sikit-sikit nak eww-eww. Sikit-sikit nak eww eww. Mengada-ngada betul. Nasib baik comel.

Dan korang ingat lagi tak pasal post bergambar di bawah?



Rujuk entri ini.

Well, kesian betul kan bila aku tengok ramai awek-awek comel di luar sana asyik kena dump dengan lelaki penipu. Berkali-kali kena dump. Sebab tu lah aku tak support couple-couple ni. Aku tak pernah kata couple ni haram atau apa. Cuma, jangan couple dengan lelaki yang korang baru jumpa beberapa bulan. Sebab korang sure end up dengan heartbroken.

Apa pun gadis comel sekalian. Jangan risau kalau balak korang tinggalkan korang. Lagi pun, Abang K kan ada. Abang K baik tau. Baik dan setia. Setia pada yang empat. Atau mungkin lima.

So, memandangkan Abang K hari ni baik hati. Abang K nak bagi tahu sikit lah apa yang lelaki akan buat bila dia betul-betul suka kat perempuan tersebut.

Dengan kata lain, lelaki tu suka kat korang kalau...


Perangai dia berubah bila bersama dengan korang. 
Pernah tak korang jumpa lelaki yang garang gila. Bila lepak dengan member, pakai baju stock mat rempit ah koyak rabak. Rambut pulak tak kalah nak style punk je. Tapi bila dengan gadis yang dia sayang, dia jadi lembutttt sangat. Lembut macam bukan setakat pijak semut tak mati tapi pijak gajah pun tak terasa. Suara pun romantik je bila tengah gayut.


Lelaki macam ni memang taste perempuan suka. Ah, tak payah cakap you girls nak lelaki yang muka jambu macam pelakon korea. Bullshit je semua tu. Girls zaman sekarang suka lelaki yang muka jahat. Perangai jahat. Tapi baik. Err i mean, iyalah, lelaki tu pakai baju koyak rabak. Rambut punk. Naik motor RXZ. Baju seluar semua hitam. Tapi tolong nenek tua lintas jalan. Perh, confirm cair perempuan tengok.


Dia marah gila-gila, tapi bila korang pujuk, mudah je dia hilang marah.
Lelaki memang sukakan benda-benda cantik. Benda-benda cantik seperti.... ikan dan seahorse. Dan tak lupa juga perempuan. Lelaki memang sukakan perempuan cantik. Dan comel. Tapi tak guna gak kalau cantik dan comel kalau tak memikat kan? Apa yang aku maksudkan di sini adalah kemampuan seorang perempuan. Ada certain perempuan tu ada muka yang membuatkan lelaki rasa sejuk je bila tengok. Dan ada dertain perempuan yang amat pandai memujuk tanpa menggoda. Dengan kata lain, kalau lelaki tu marah gila-gila then anda la satu-satunya orang yang mampu buat dia sejuk then itu maksudnya dia mungkin ada wink-wink dengan korang.

Sebagai contoh, you girls lah. Korang emo gila. Mungkin emo sebab kena marah, atau sebab kena tinggal dalam mall atau apa-apa je lah. Mesti di saat tu anda inginkan lelaki yang anda sayang untuk pujuk anda kan? Actually bukan ada apa pun. Emo anda tu bila-bila je boleh hilang. Tapi still anda nak lelaki yang anda suka tu pujuk kan?

Mengada-ngada.


Bila lelaki luangkan masa dengan korang. 


Korang tahu tak betapa specialnya korang kalau ada lelaki pause dota semata-mata kerana korang? KORANG TAU TAK? God... seriously korang kena sedar nak-nak bila lelaki tu tengah main DOTA online (Garena). Lelaki kalau dia gilakan dota, dia memang akan utamakan dota. Tapi once dia utamakan korang, maknanya dia utamakan korang dari game? It's a big deal. Duh.

Dan biasanya, kalau lelaki tu suka kat korang, dia akan cuba sebaik mungkin untuk cari masa untuk korang. Tak kira lah situasi apa sekalipun, dia mesti akan ada masa untuk korang ye tak? Paling busuk pun tengah lunch mesti dia boleh text kan? Dan bila dia kata 3 hari straight dia tak ada masa langsung untuk anda, itu maksudnya anda dalam bahaya dan mungkin anda dah membosankan dia.


Bila lelaki tu perasan akan benda-benda yang paling kecil yang korang ada / buat. 
Kadang kadang, lelaki bila dia bergayut (Calling-calling) atau borak-borak dengan awek dia. Si lelaki bukan dengar sangat pun apa yang si perempuan tu cakap. Kadang-kadang lelaki romantik macam aku hanya akan tengok gelagat dia, cara dia bercakap dan sebagainya. Kalau bergayut pula, aku lagi suka dengar dia bebel. Dengar dia ketawa sensorang then ikut dia ketawa bila dia ketawa. Kelakar doe. Kelakar dan comel. Dan sweet.


So, apa yang lelaki akan perasan? Lelaki akan perasan tentang cara dia bercakap. Lelaki akan perasan bila masa biasanya si gadis akan ketawa. Lelaki akan perasan tentang cara si gadis susun ayat. Contohnya bila ada "Tapi" di belakang ayat. Dan most of the time, lelaki akan perasan si gadis punya nada. Actually lelaki romantik macam aku je yang perasan. Biasalah, romantik. Lelaki melayu kan romantik.


Dia mula kenalkan korang dengan famili dan kawan dia.
Ini adalah benda yang amat common. Aku nak cerita pun malas. Tapi bila si lelaki ajak lepak-lepak dengan kawan-kawan dia, tu ada beberapa maksud. First, itu bermaksud dia nak cakap "Oi kawan-kawan, tengok ah sini. Walaupun aku huduh, tapi awek aku comelllll. Tak macam korang. Muka handsome. Tapi awek tak der gak. Dan maksud yang ke dua adalah... Wait, why the hell bila lelaki kenalkan awek dia kat kawan-kawan dia bermaksud lelaki tu serious?

Yes, dia akan kenalkan korang kat kawan-kawan sebab lelaki dan kawan-kawan memang tak boleh di pisahkan. Dan kalau boleh, lelaki nak semua kawan-kawan dia berkawan dengan si awek. So boleh la si lelaki tu keluar dengan awek dia bersama kawan-kawan dia. Dan pada masa yang sama, lelaki tak nak si perempuan tu mengongkong dia dari keluar dengan kawan-kawan lelaki.


Well, korang boleh tanya kawan dia.
Korang boleh menyamar sebagai bekas kawan sekolah bf korang then korang tanya la kawan baik dia. Most of kawan lelaki akan tahu samaada kawan-kawan dia sedang bercouple / playboy atau tak. Tapi lelaki biasanya tak ceritakan siapa awek dia kat kawan-kawan dia even kat kawan rapat dia. Tapi, kawan lelaki sure tau samaada your boy tu dah ada special someone or not, kan? So, korang boleh susun langkah track your boy.


Bila korang lari, lelaki tu akan kejar.


Lelaki mudah bosan. Iya. Kadang-kadang, dia rasa nak main game je memanjang. Dia mungkin akan main PC game sampai ignore awek dia. Tapi once dia habis main that game, dia akan mula tercari-cari awek dia. Then bila awek dia ignore, perh, lagi la si lelaki rasa nak cari. Yup, semakin perempuan lari, semakin kuat lah si lelaki kejar. Well, aku pernah tonton sebuah movie di Diva. Tajuk citer tu adalah Play The Game. Antara quote dalam movie tu adalah

"Love; You either know it when you meet her, or when you lose her." 

So bila si lelaki tu rasa dia kehilangan that girl, dia biasanya akan rasa gelabah. Masa ni lah korang boleh gelak-gelak tengok apa yang dia buat untuk dapatkan you balik. Fun thing yang lelaki biasanya tak boleh buat kat perempuan.



Kalau dia betul-betul suka kat korang, dia akan hormat segala batas.
Hormat yang aku maksudkan di sini adalah pergaulan korang. Tak adanya kalau korang bercouple, si lelaki usap-usap tangan korang sambil bayangkan benda bukan-bukan. Dan tak adanya lelaki tu pandang punggung korang sambil meleleh air liur. Okay fine memang ada. Tapi lelaki macam tu mostly kejar seks semata-mata. Dan kebanyakkan girls adalah bodoh tak bijak sebab fall for him.

Tapi cuba you all fikir balik. Andai kata korang sayangkan satu benda, korang nak jaga elok-elok tak? Kalau aku lah kan. Kalau aku jumpa seorang awek comel, bertudung litup, muka suci then pakai baju kurung setiap hari, aku rasa macam nak culik dia dan sorok dalam almari. Iyelah. Dia tu comel. Tapi macam mana kalau ada lelaki playboy yang jahat tapi pandai mengurat nak tackle dia? Macam mana kalau awek tu TERjatuh cinta kat that boy? Mesti rosak that girl kan? See, aku dah kata aku ni baik korang je tak percaya. *Ehem.*


Tapi korang kena ingat. Lelaki ni pandai. Perempuan pula tak berapa nak pandai. Eley, perempuan belajar tinggi-tinggi tapi balik-balik kena tipu dengan lelaki lepasan SPM gak. End up masuk bilik gak.

Yes, most of perempuan tahu yang lelaki serious bila lelaki tu ajak kahwin. Tapi korang kena ingat. Lelaki pun tahu yang perempuan tahu. So, bila-bila masa je lelaki boleh ajak perempuan tu kahwin dan berpura-pura serious. Then bila perempuan setuju dan happy gila, si lelaki dengan bijaknya akan berkata "You you. Kita akan kahwin nanti kan. So, apa kata you buktikan cinta you kat I. Malam ni check in hotel jom?"

Eh, jangan terkejut kalau aku kata ramai dah terpedaya dengan lelaki buat ayat macam tu.

Dan, conclusionnya, yes, seseorang lelaki tu MUNGKIN sukakan kau kalau dia buat benda-benda di atas. Persoalannya, lama mana dia akan suka kat kau?


Sabtu, 14 Mei 2011

Faktor Membuatkan Lelaki Terpikat #MajorTurnOn

Assalamualaikum


Hello Horny Boys and Lonely Girls sekalian.

Macam yang you all tahu, aku dapat banyak soalan pasal love-love di Formspring. Boleh kata 80% dari soalan-soalan tersebut adalah pasal love eww-eww. Dan sekarang, bilangan soalan yang aku terima di Formspring adalah melebihi 10 ribu. Which is, sekitar 8 ribu soalan yang berkaitan dengan love eww-eww yang aku dah jawab. Wow.

The issue is, why ramai gila orang (terutamanya girls) yang bertanyakan pasal love eww-eww? Kenapa susah sangat nak dapatkan someone yang kita suka? Yeah, kenapa? Aku pun tak tahu kenapa. Tapi selepas aku lepak-lepak dengan Bruno Mars beberapa bulan lepas, dia ada bagi tahu aku. "Khairul. Ingat. Love; Easy come, easy go". So yeah, that is why kalau boleh, jangan la cari yang easy-easy. Sebagai contoh, cer korang tengok citer Cinderella, Sleeping Beauty dan Rapunzel. Mana ada easy-easy love ni. Semua easy-easy love ni bullshit je. Bila tak easy, baru lah thrill. Baru lah adventure. Baru lah fun. Fun fun fun fun fun.

So memandangkan aku ni seorang lelaki yang baik, pemurah, setia, gojes dan.. baik, maka now Im gonna tell you beberapa faktor dan MajorTurnOnyang kadang-kadang membuatkan lelaki benci. Tapi most of the time, lelaki akan tertarik.

Coloured eyes (Natural)


Ada dua jenis perempuan di dunia ni yang matanya ada colour. Satu, semulajadi dan satu lagi contact lenses. Bagi girls yang matanya semulajadi warna biru, hijau atau hazel, ianya akan nampak amat cantik. Amat-amat cantik TAPI  KALAU PAKAI CONTACT LENSES, BOLEH BLAH LA. HAHA. Girls, sila jangan pakai contact lenses bewarna. Kalau rabun, pakai je spectacles / glasses. Masih ingatkah korang dengan Rule No 17 Cute Girl? Yeah. Mari kita ulang balik.

Rule No 17 - Cute Girls yang rabun:
  • Cute girl + Contact Lenses = Tak cute
  • Tak cute girl + Spectacle = Cute
  • Tak cute girl + Contact Lenses = Double tak cute.
  • Cute girl + Spectacle = Angel.

See? Just another simple calculation on How To Be Cute When You Are Rabun. No lens indeed. Girl with glasses = COOOL. No glasses but with lens = NOT COOL.

Girls in Uniform.


Imagine. Imagine yang anda adalah seorang lelaki yang baru balik dari kerja. Penat gila ah ni. Baru hari isnin dah penat. Belum malam Jumaat. Then tengah penat-penat sambil driving tu, korang nampak pula sekumpulan student Nurse yang pakai seragam nurse. Perh, dari mata yang sebelah terbuka tu, terus dua-dua luas terbuka beb. Yeah, girls in uniform memang superb. Termasuk lah uniform askar ke, uniform sekolah ke (Oh my) memang memukau.

Tapi, aku suka ambil Nurse sebagai contoh sebab.... sebab... Aku tak nak buka cerita ni. Ini kisah lama tapi memandangkan you all paksa aku untuk bercerita (ceh-ceh), maka, dengan berat hati aku cerita kan la juga...

Kisahnya macam ni. Dulu, masa aku mula-mula nak pakai braces di Klinik Jalan Gambut, Kuantan, kat situ ada seorang nurse petite tau. Comel gila. Gila ah comel. Memang gila-gila ah comel. Double gila comel. Gila yang comel. Nak pula dia pakai seragam nurse. Setiap kali aku datang buat appointment, dia akan buat muka garang gila. Oh, garang dan comel. I like. Dan 'like' tu menjadi 'like' kuasa dua bila suatu hari, dia panggil nama penuh aku tanpa melihat buku dan kad. Perh dia ingat nama aku beb. Masa tu aku rasa macam "Awak. Awak nak cabut semua gigi saya pun tak apa awak". Terus nurse masuk dalam crush list aku nombor 198 tau. Dan ini membuatkan aku rajin gila nak pergi appoiment kat klinik tu.

Tapi sayang, beberapa minggu selepas tu, aku perasan dia dah pakai cincin. Ya, dia pakai cincin emas di jari dia. Jantung, hati, limpa aku terus berkecai melihat situasi itu. So, sejak tu, aku dah tak pergi klinik dah. Yeah.. I HATE YOU. Kenapa.... Kenapa perempuan selalu bagi false hope kat lelaki? Kenapa?! *Ceh ceh. Bila masa dia kasi false hope pun tak tahu. Padahal syok sendiri. HAHA*


Special & Detail habits. 
There is a moment yang best bila korang lepak-lepak dengan a girl. Then atas certain reason, that girl tengah risau plus gelabah. Most of the girls, bila dia risau dia akan gigit bibir kiri bawah at the same time. Seperti gambar di bawah.


Tak perlu buat muka menggoda. Buat muka risau dan cuak dah cukup untuk membuatkan aku langgar tiang bila tengok. Eh tak tak. Maksud aku, buat muka risau dan cuak dah cukup untuk membuatkan lelaki (bukan aku) langgar tiang bila tengok. Small habits macam ni kadang-kadang menarik hati lelaki. Kadang-kadang, benda macam ni la yang mengingatkan lelaki kat korang. Atau pun dengan kata lain, body language dan sex appeal. Kadang-kadang, cara berjalan. Kadang-kadang, cara girl tu berpakaian. Semuanya berkaitan dengan sex appeal. Dan benda-benda kecil yang girls selalu buat sebagai habits biasanya akan menarik hati lelaki. Kenapa? Entah lah. For me, aku rasa ianya comel.


A girl yang unik, sombong dan susah nak tackle.


Korang ingat lelaki tak bosan ke tengok perempuan yang lebih kurang je? Balik-balik, awek yang tergedik-gedik. Balik-balik, awek yang bajet muka lawa sambil tunjukkan assets di dada. Balik-balik, awek yang mudah cair. Balik-balik awek yang desprate. Lelaki ni, dia suka tukar awek tau. Korang tahu kenapa diaorang suka tukar awek? Yeah, sebab bosan. Bosan la dah semua perempuan lebih kurang je. Tak unik.  Tak special. Tak berbeza. Tak ada kelainan.

Kadang-kadang, girl yang berbeza dari lelaki rang lain tu cool tau. Girl yang berbeza dari kita lagi lah cool. Berbeza dan membuatkan kita tertarik.

Dan most importantly, sila jadi sombong dan susah nak ditackle. Jangan jadi desprate. Lelaki tak akan suka kat perempuan yang desperate. Lelaki tak akan suka kat the girl yang mudah fall for you melainkan atas beberapa sebab. So please jangan jadi perempuan yang terlampau desperate. Aku bukan cakap ni tanpa sebab kerana aku perasan ramaiiiiiii gila girls yang rasa lonely tanpa lelaki. There is no way you guys patut rasa lonely kerana lelaki. So, sila jadi unik, jual mahal dan susah untuk di tackle.

Oh wait.. Korang tak nak jual mahal sebab takut kena mark sebagai sombong? Well, who the fuuu cares?


Aggressive & Garang Girl.


Korang perasan tak kat lelaki yang suka kacau perempuan? Bila ada sekumpulan lelaki lepak-lepak, then dieorang nampak awek comel lalu, terus diaorang kejar. Bila dah kejar, terus cucuk-cucuk nak masuk line. Aku tak kisah bab nak cucuk line tu. Tapi please la boys, perlu ke bagi ayat "Hai, nak berkenalan boleh?". Alaa, trick tu dah basi la. Korang guna trick ajak nak berkenalan tu memang memalukan aku ah. Nak cucuk tu, biar la ada kelainan dan romantik sikit. Buat-buat terlanggar ke. Buat-buat nak culik tapi tak sampai hati ke. Baru la girl(s) terpikat. Haduu.

Biasanya, kalau lelaki tu kacau perempuan, lagi perempuan tu marah, lagi suka ah lelaki tu suka kacau kan? Yeah, korang agak kenapa? Sebab lelaki suka tengok perempuan marah. Bila perempuan tu marah, akan nampak kawaiiiii. Cer korang tengok. Kalau lelaki tu kacau perempuan, then perempuan tu ignore. Mesti lelaki tu bosan kan? Iye lah. Dah tak ada respond. Siapa tak bosan. Seolah-olah kacau tunggul kayu. Lelaki mana suka menyakat tunggul kayu? Tak feel langsung.

Sebab tu lah lelaki sukakan girls yang bagi respond. Bila respond tu sebagai marah, lagi lah suka. Dan biasanya, girls yang mudah marah berjenis aggressive. Well, you know the moment bila perempuan bebel-bebel tetapi si lelaki hanya pandang sambil tersenyum? Sweet kan? Yeah, saya tahu saya memang sweet.

A girl yang tahu tutup aurat dan pandai jaga diri.


This is one of my fav. Korang tahu, kalau lelaki tengok girls yang pakai tube memang lelaki akan tertarik sebab seksi beb. Di tambah pula dengan pakai short pants. Short yang dah betul-betul paras kangkang. Perh. Kalau mana-mana lelaki tengok pun sure meleleh. Meleleh macam, perh. Perh. PERH. Tapi aku tak. Aku baik.

And there is a point di mana lelaki tu start nak get serious in relationship. Which is lelaki tu nak cari girl untuk di buat bini. Lelaki nak cari girl untuk bawak balik rumah dan tunjuk kepada mak bapak. And korang fikir mak bapak korang setuju ke nak dapat menantu yang pakai baju tak cukup kain? And most of lelaki sendiri pun sure ah tak nak ada isteri yang seksi gila. Siapa nak ada isteri yang seksi then lelaki lain pandang je sambil terliur. Pulak tu, kalau ada anak perempuan, nak ke si suami tengok anak dia pakai macam mak dia? Eww. No way.

Anggaplah korang ni lelaki. Then kat depan korang ada 50 awek-awek comel. Out of all, ada seorang yang pakai tudung, muka ayu, muka suci, pakai baju longgar then bila tengok, rasa sejukk je perut. Mesti korang akan start perasan kan betapa specialnya gadis yang pandai jaga diri dan pandai tutup aurat.

Ya. Bayangkan, dalam banyak-banyak girls yang ada tu, ada sorang girl yang pakai tudung bawal bersama baju Jubah Seluar Vietnam. Perh. Nak pula baju dan tudung bawal tu warna pink. Cair beb. Nampak lembut je. Nampak macam nak ajak kahwin je. Fav aku tu tudung bawal + Jubah Seluar. Well, bila korang dalam situasi ni, mesti korang sedar betapa cutenya girl yang reti tutup aurat. Sebab tu lah realitinya zaman sekarang. Brapa orang yang betul-betul tutup aurat?

Yeahh, itu adalah dua jenis pakaian berbeza kan?

  • Well, lelaki tengok awek seksi pakai tube tunjuk dada = Rasa macam nak bawak masuk bilik. 
  • Lelaki tengok awek tutup semua + sopan santun = Rasa macam nak bawak masuk masjid. 
Well, memandangkan you girls suka masuk bilik, then I have nothing to say. HAHA


    A girl with no make up. Yet, cute.


    Ini adalah benda yang paling memukau. Imagine korang tengok a girl yang gila ah comel di pasar malam kat belakang rumah korang. Dah la comel, gebu pula tu. Dah la gebu, comel pula tu. Then memandangkan korang dah terpikat kat that girl, korang pun cepat-cepat jumpa famili dia ajak kahwin. Bila dah kahwin, perh cun beb hari dia masa hari perhahwinan tu. Then bila malam, bila habis semua make up di buang, terus hilang semua kecantikan. Then apa perasaan korang bila tengok muka your wife tak seperti yang korang jumpa kat pasar malam kat belakang rumah semalam. Yeah, make up boleh ubah muka seseorang dengan banyak gila. Kalau korang tak percaya, korang boleh Google Image "With and without make up" Then korang akan nampak beratus gambar yang 'before' and 'after' make up.

    Dan, PLEASE LAH. Aku tak nak ah pagi-pagi hari masa nak pergi kerja then bila aku kiss dahi wife aku, aku rasa berdebu. Bila kiss pipi berasa habuk. Kiss mulut, berasa melekit. Ewww. Pehlis. No make up okay.

    ***********

    Well girls, bila nak cari pasangan hidup dan dibuat kahwin, korang sebenarnya ada banyak pilihan. Termasuk lah orang boleh pilih yang muka tak handsome tetapi boleh dipercayai. Atau korang boleh cari lelaki bermulut manis yang playboy. Sometimes, lelaki yang playboy adalah lelaki yang setia. Dan most of the time, lelaki yang tak playboy adalah lelaki yang tak setia. For example, a boy, dari umur dia 5 tahun hingga ke 20 tahun dia asyik bertukar-tukar awek. Umpama bertukar seluar. Hari ni seluar lain, esok awek lain. Well please, jangan salahkan dia, he is just being a man dan siapa suruh para gadis comel sangat. Hihi. Tapi, one day, that player boy bila dia jumpa someone yang dia betul-betul suka, dia akan melekat kat korang gila-gila. Yeah, selama ni dia just menacai girl untuk di eww-eww.

    Dan kalau boleh, jangan cling too much on love and boyfriends. They are nothing anyway.

    Apa pun, thanks sebab sudi baca entri aku. Double thanks kat sesiapa yang baca blog aku sambil tungkat dagu dan kepala guna tangan kiri.


    Jumaat, 8 April 2011

    Apasal Perempuan Suka Pakai Make up Tebal-Tebal ?

    Assalamualaikum


    Girls adalah satu creature yang paling pelik di dunia. Combinasi sel-sel di dalam diri mereka termasuk kandungan hormon mereka yang selalu tak tentu arah amat menakutkan para lelaki. Serious shhhht menakutkan. Setiap bulan, bila bulan mengambang, mereka seolah-olah di kurniakan 'Immunity' untuk memarah sesiapa sahaja.

    Tapi bukan itu yang aku nak cakapkan dalam entri ni. Aku nak cakap pasal sesuatu yang lagi besar. Well, you know what, masa aku pergi tengok wayang sambil main bowling semalam, aku terjumpa seorang awek comel. Perh, gila ah comel awek ni. Pakai kemeja ketat-ketat. Pipi gebu dan mulut kecil.  Member aku kat sebelah tak berhenti pandang awek tu. Tapi memandangkan kami ni terdiri dari kaum lelaki yang baik, tak gatal dan setia. Maka, kami tak approach lah dieorang. Tapi almost the whole way tu, memang kitaorang asyik bercakap pasal awek tu je lah. Tapi actually, awek tu tak ada lah comel sangat. Tapi dah tu je stock yang ada pada masa tu. So, layan je lah.

    And the, selepas tu, aku terjumpa pula dengan awek yang... Ewwwww, make up tebal nak mampus. Baju pula umpama baju prostitute, rambut berkarat tak cukup zat dan perangai pulak gedik macam retarded.  And, korang tau tak apa yang lelaki akan nampak kat perempuan macam tu? Yes, lelaki akan nampak macam INI.


    Or INI:

    Dan, dalam banyak-banyak part yang si perempuan suka make up, aku paling tak suka bab mata. Bukan sahaja bab letak benda-benda pelik di mata, tapi bab cukur kening. Ya, bagi aku, kening yang paling huduh adalah bila ianya di cukur.


    Come on lah girl. Banyak lagi bulu lain yang korang boleh cukur selain dari your bulu kening: Bulu ketiak misalnya.

    Well. Seriously, bila korang letak tepung yang di campur dengan bahan pewarna di muka korang, korang rasa ianya akan membuatkan muka korang jadi lawa? Lawa, ayu dan anggun macam my Fasha Sandha?

    Peh-lishh.

    Weird-weird creature.



    Selasa, 8 Mac 2011

    Tips Untuk Blogger Lelaki Mendapatkan Ramai Followers Perempuan Yang Comel.

    Assalamualaikum

    Aku ada 5 tips yang penting untuk kesemua bloggers lelaki. Ya, kalau korang follow my tips, you guys akan ada beribu-ribu followers perempuan yang comel-comel yang akan follow blog korang. Betul. Tak tipu.




    Jumaat, 18 Februari 2011

    Lelaki Dan Dota. Tidak Bisa Di Pisahkan.

    Assalamualaikum


    Dah pukul 3 pagi. Entah kenapa aku rasa tak mengantuk. Aku ingat nak online, tapi malas. So, aku terus lah pujuk mata aku supaya mengantuk dan boleh terus bing-bing (tidur). Tapi tak boleh. Aku tak tahu nak buat apa. So, aku sms lah awek baru aku, F*sha S*ndha. Maklum lah, dia kan tengah hot sekarang. Suara pun makin lunak plus manja plus ayu.

    Well, masa tengah sms-sms tu, aku dapat satu incoming call dari L*sa Sur*hani aku. Ah, potong line betul lah dia ni. Nak tak nak, aku terpaksa lah angkat bila dia call. Ye lah, supaya tak jadi isu.

    "Honey! ;) Guess what? ;p" Bila si dia call, mesti ada mimik muka.
    "What?"
    "Guess laaaa"
    "What?" Lemah betul aku bab main guess-guess ni.
    "Fine, you tau, masa lepas i shooting untuk filem Ombak Rindu tu, I dapat offer untuk Adamaya 2 tau. Happynyaaaaa."
    "Ooooo"
    "And guess what!"
    "What?"
    "Pengarah dan producer tu nak you jadi Adam, tau! ;)"
    "Oh...."
    "You tak happy ke?"
    "Hmm. Happy la juga"
    "So.....?"
    "So?"
    "Nak tak?"
    "Tapi... I tak ada masa, I baru ingat nak friendly Dota dengan kawan I"
    "Alaaa... Dota je kot"
    "Honey, don't get me wrong. But when we are talking about Dota,  there is no 'je', okay?"
    *"Tup" Talian di matikan*

    Aku rasa kredit dia dah habis tu.

    Well, ramai orang kata yang Dota adallah Dunia Orang Takder Awek. Tapi sebenarnya, dota adalah Dunia Orang yang Tulus, jujur, iklas, baik, pemurah dan Awesome. Dota ada lah sebuah game yang berpuaka, berhantu dan macam-macam lah. Sekali korang start main, sure akan melekat. Sebab tu lah ramai yang putus dengan awek / kekasihnya hanya di sebabkan Dota.

    Aku ada cerita pasal Dota dan seorang perempuan. Masa aku kat rumah sewa, ada 4 orang yang main dota. So, memang hampir setiap malam ah kiteorang main dota. Kadang-kadang, sampai 5 pam (round). 1 round dalam sekitar 1 jam.

    One day, masa aku tengah main dota ni, aku dapat call dari Miss Alien. Aku pun angkat lah phone aku tu. Cakap-cakap dengan dia then tiba-tiba, dia perasan kenapa aku diam semacam. Then, dia tanya lah. Entah macam mana, aku boleh pulak terjawab yang aku tengah main Dota. Dia tau je aku tengah main dota sambil bercakap dengan dia di phone, terus dia marah. Aku ingat lagi macam mana dia sound aku. "I bercakap dengan you di phone and you tengah main dota? Ianya amat rude, Khairul. Where is your manner?". Perh, garang beb. Garang plus comel. I like.. Tapi sayang, aku dan dia dah 'lost contact'.

    Tapi, sedikit sebanyak, ianya mengubah aku. Sejak dari peristiwa itu, bila ada je orang call masa aku main Dota, aku aku tengok dulu phone aku tu. Yang call tu kalau lelaki, aku akan reject. Kalau perempuan, baru lah aku pause game tu.


    Korang ingat masa main Lan dan Online game, then nak pause tu senang ke? Kalau kat garena, korang pause, mesti ada yang resume balik. Kalau main kat rumah atau dengan kawan-kawan, then bila ada orang pause, mesti bising jadinya. Semua nya akan terpekik dan terlolong mintak resume game.

    Biasanya, kalau orang main dota kat rumah, dieorang akan main online bersama player lain di Garena. Garena ada 4 servers. 1 server ada hampir 20 ribu orang yang log in pada satu-satu masa (di masa kemuncak). Aku ulang, PADA SATU-SATU MASA. Maksudnya, dalam 1 jam mungkin lebih dari 40 hingga 50 ribu user berlainan yang log in. Tu baru satu server tau. And, tu belum kira kalau ada yang main selain di Garena. Kalau yang main kat Cyber Cafe ke atau kat kolej ke... Then, cuba korang bayangkan berapa ramai lelaki yang main dota ni? YA, ramai gila. Andai kata korang nak ban semua lelaki yang main dota, aku rasa, memang tak kahwih ah korang. HAHA.

    So, solutionnya, apa kata korang pun main dota? Belajar lah dari kawan-kawan lelaki korang. Bila semua reti main dota; lelaki akan happy, perempuan pun akan happy. 


    Win-win situation.



    Ahad, 13 Februari 2011

    Takut / Tak Berani Nak Mula Pakai Tudung.

    Assalamualaikum


    Hello lovely-gedik girls dan handsome-good boys sekalian. Ini adalah entry yang aku tulis di Terfaktab. Yang macam korang tahu, aku join terfaktab. Tapi aku jarang gila update. Memang jarang gila ah. Kalau penulis lain, laju je update entry khas dieorang.

    Well, sejak dari dulu, dulu, dulu dan dulu lagi, aku banyak dapat email dan pertanyaan yang seperti:

    "I nak pakai tudung. Tapi I tak tahu macam mana dan bila nak mula pakai. Lagi pun, kalau I tiba-tiba pakai tudung, apa yang akan orang kata. Kan?"

    Well, well, well, kenapa perempuan takut untuk bertudung? Kenapa? Yes, sebab secara automatiknya, dia akan 'lebih terikat'. Once dia pakai tudung, dia akan terikat dengan imej islam. Sebab tu lah ramai yang takut nak pakai tudung. Tapi, itu bukan benda yang paling girls takut bila nak mula pakai tudung. Apa yang paling girls takut adalah tentang apa pandangan orang sekitar bila nampak seorang perempuan yang biasanya freehair, tiba-tiba pakai tudung. Kan?


    It might be hard.

    Andai kata seseorang tu freehair. Then lepak-lepak dengan lelaki. Pandangan orang ramai adalah seperti "Alaa. Normal lah tu". But once that girl pakai tudung, tapi lepak bersama lelaki, orang sure akan kata "Eeee. Pakai tudung. Tapi sosial habis. Boleh lak lepak-lepak dengan lelaki bla bla bla. Entah-entah dah pernah kena gangbang". Oh God can you please shut your stink mouth dude? Tapi kan, benda macam ni, kadang-kadang, lelaki tak bising pun. Yang bisingnya adalah perempuan sendiri. Why? I don't know.

    Well, this shit lah yang menyebabkan ramai girls yang tak berani nak berubah dan tak berani nak start pakai tudung. Even a girl tu pakai tudung full time, still, dieorang takut untuk pakai tudung labuh. Why? Again, sebab benda-benda macam ni lah. Sebab terlampau ramai mangkuk-mangkuk yang suka jadi penghalang. So how?

    Masa aku di semester 3. Ada seorang girl ni yang sama kuliah dengan aku. Nama dia Koala. Siti Nur Koala binti something. Aku dah lupa. Tapi dia memang comel. Peminat pun ramai. Dia dulu freehair. Full time freehair. Tapi pada suatu hari. Di malam yang hening masa aku nak pergi makan kat warung belakang taman, aku jumpa dia. Perh, bertudung tuuu. First time aku tengok dia bertudung, cair aku kat situ. Memang agak tertanya-tanya lah kan. Tertanya macam "Eh sejak bila lak budak ni pakai tudung?". Then, "Apa pandangan orang lain tentang dia?" But hey, bila seseorang tu nak start pakai tudung, why susah sangat orang sekitar tu nak support? And yes, she doing it well. Ramai yang support dia. Aku yang nampak dia kat situ pun terus tegur dia padahal aku dan dia tak rapat mana pun time tu.

    "So, how dia boleh berubah dari freehair ke pakai tudung tanpa ada orang yang buat isu?"

    Well, mostly, apa yang aku perasan, ramai perempuan yang tak ada masalah bila nak berubah, adalah bila mereka berkawan dengan lelaki, lebih dari berkawan dengan perempuan. Seriously, bila seorang perempuan tu ramai kawan lelaki, dia sure akan kurang stress dan kurang terlibat dalam masalah tikam belakang. Dunia perempuan is complicated. Jealous antara satu sama lain adalah rutin harian. Tikam belakang kawan adalah hobi persendirian. Dan macam-macam lagi. See? Nasib baik aku lelaki. So yeah, kalau ada orang bising-bising cakap korang ni bajet alim sebab pakai tudung, korang hanya perlu ignore. Pandangan orang lain akan sentiasa menjatuhkan korang.

    Ignore the bitches.

    "Tapi, aku rasa aku tak sesuai la pakai tudung. Aku ganas. Suka lawan cakap orang. So how?"

    Well, bayang kan korang adalah girl yang brutal. Suka lawan cakap orang. Suka tegakkan pendapat sendiri. Lone ranger. Sombong. Suka buat kerja sendiri sorang-sorang. Then nak pakai tudung. Sesuai ke? Hey, why not? Cuba korang bayangkan lagi. A comel girl. Berkulit putih. Bertudung labuh. Then bila ada lelaki datang kacau, girl ni terus sepak celah kangkang lelaki tu then blah. Brutal dan aggresive yet cute, plus ayu. Isn't that cool? Yeah. That is super cool, dudes. I love that type of girl. Macam heroin dalam Novel Versus karya Hlovate. Ustazah brutal. I like. Super like. Oh oh please lah don't tell me korang tak pernah baca novel Hlovate. Kalau korang tak pernah baca Novel Hlovate, tu maksudnya korang tak pernah baca novel yang sebenar.

    Dan andai kata korang tertanya-tanya:

    "I takut nak pakai tudung even boyfriend I dah suruh I pakai. Tapi deep-deep in my heart pun I memang nak pakai tudung. Cuma, I takut kalau orang kata I pakai tudung sebab boyfriend yang suruh"

    Wait, pakai tudung sebab boyfriend yang suruh? Well, so what? Who cares? Masa korang kecik, korang solat sebab Tuhan? Oh peh-lis. Time tu, korang solat sebab takut ayah rotan korang. Korang mengaji sebab nak tahu agama? Euwww. No way. Tapi sebab ustazah paksa. So, look at you now. Solat all the time dan pandai mengaji (Konon lah kan). Is that bad? Kalau korang nak pakai tudung, dan di tambah pula ada boyfriend yang support, apa salahnya? Asalkan, even korang dah putus dengan boyfriend korang, korang still pakai tudung. Sebagai permulaan, tak salah pakai tudung kerana seseorang. Sama seperti pakai tudung sebab Ustazah dan sebab Ibu korang yang suruh. Tak ada beza kan?

    Brave. Embrace yourself.

    Lagi pun kan, dari korang pakai tudung singkat berlilit dan berlapis lapis tu, baik korang pakai tudung labuh. Aku tau korang sejuk sebab tu korang pakai tudung berlilit-lilit dan berlapis-lapis. Tapi, kalau korang pakai tudung labuh, lagi mudah. Air flow pun elok. Dah la Malaysia ni panas. Ye tak?

    Senang je nak tahu seseorang tu pakai tudung untuk bergaya, tutup aurat atau kedua-duanya. Caranya korang tengok lah pakaian dieorang. Tak pun tengok ketebalan shawl. Tak pun tengok saiz jeans. Dari belakang nampak g-string tak. Tak pun, tengok baju, macam baju adik umur 6 tahun tak. Dan macam-macam lagi lah. Korang semua pandai-pandai. Aku tau. So, fikirkan lah sendiri.

    Dan, bagi lelaki yang nak kahwin tu tapi bakal isteri tak nak pakai tudung. Nak buat macam mana? Alah, senang je. Korang belikan dua atau tiga tudung. Pilih satu tudung yang agak labuh yang cantik. Yang selebihnya, tudung singkat yang buruk. Last-last, sure si girl tu pilih tudung yang agak labuh kan? Biasalah, girls, nak yang cantik je. Then, mana la tau. Kot-kot sekali dia pakai tudung yang agak labuh, dia rasa tenang. Rasa feel je. Then tup-tup, sejak hari tu, setiap hari pakai tudung tu. Kan? Sejuk perut aku melihatnya. Ah, sayang, isteri orang.

    "Bila masa paling sesuai untuk saya pakai tudung supaya orang tak pandang slack kat saya?"

    Oh, easy question. Actually, korang boleh start pakai tudung pada bila-bila masa. Korang boleh start pakai tudung bila nak start semester baru. Or, korang boleh start pakai tudung bila dah kahwin. Or, korang boleh start pakai tudung bila start masuk tempat belajar / kerja baru. Or korang boleh start pakai tudung bila ada peristiwa seperti di birthday your mom and your mom nak tengok korang pakai tudung. OR, korang boleh mulakan senarang because ramai yang nak pakai tudung. Cuma, masalahnya, ramai tak tak ada 'ignite-er'. Ramai yang tak ada pencetus. Kan? Sebab once korang dah buat, sure korang boleh carry on. Sekali korang pakai tudung, sure dah tak rasa segan-segan dan takut dah.
     
    "A person willing to change at 12 oclock, died on 11."

    Oh pedulikan grammar untuk quote di atas. Aku dah lupa quote yang sebenar. Tapi serious shit, ramai yang nak berubah tapi suka tangguh. Then bila tangguh, sure tak sempat. Ianya macam "Aku berjanji yang aku tak akan mencuri" tapi belum sempat esok, dah mati. Mangkuk betul budak tu. Anyhow, you got my point kan?

    Fact 1 : Girl akan nampak lagi comel bila pakai spect mata. 

    Fact 2 : Girls akan nampak dua kali lagi comel bila pakai tudung. Since you got ugly straight-re-bonding-hair.


    Sabtu, 5 Februari 2011

    Bila Gaji Isteri Lagi Tinggi Dari Suami. (Solution)

    Assalamualaikum


    Ini adalah entry lama yang tertangguh. Yup, sambungan dari entri INI. Aku perasan bila bercakap pasal gaji isteri lebih dari suami, ramai girls yang kata mereka tak kisah kalau dapat suami berpendapatan rendah, asalkan rajin berusaha dan bukannya duduk depan tv serta membuat lemak. (Entah ye ke tidak. Entah-entah semua nak cari lelaki handsome macam The Undead Edward Cullen.)

    Mostly, it is okay for women, but, definitely, not for men. It is not okay kalau ada isteri yang bergaji berlipat kali ganda bagi lelaki. Why? Sebab lelaki biasanya suka dominate keadaan. Yes, lelaki mahukan lebih kuasa.

    Contohnya, lelaki yang bayar rumah, bayar kereta, bayar pelajaran, bayar bil dan segalanya. Bila dah bayar itu semua, mesti ahli keluarga respect sebab banyak sumbang untuk famili. Tapi, kalau seorang ayah tu tak der duit, macam mana? Try bayangkan bila anak-anak mintak duit belanja kat mak sebab anak-anak tahu yang si ayah gaji rendah dan selalu tak ada duit. Mesti rasa macam tak ada dignity kan?

    Actually, kalau girl gaji tinggi tak ada hal. Masalanya, kalau gaji si lelaki adalah di bawah paras selesa. Andai kata kalau gaji si isteri 10 ribu sebulan, then gaji suami 7 ribu sebulan, sure korang suami isteri akan hidup happy ever after macam Sherek serta membuat banyak anak. Tapi kalau dah gaji isteri 5 ribu, then gaji suami 800 je, memang agak kritikal lah sebab gaji suami di bawah paras selesa.


    Cuba banyangkan, kalau beli pergi makan-makan atau bayar bil, si isteri yang bayar all the time. So, yang memasak; isteri, yang jaga anak; isteri, yang kemas rumah; isteri. Yang bayar most of the bill pun isteri? Dah tu apa fungsi suami? This is hell untuk lelaki yang berada di bawah paras selesa. Lagi pun, lelaki akan rasa coooool bila dia boleh buat macam "Sayang, barang dapur tak cukup lah. Apa kata esok kita pergi beli." Then bila beli, lelaki yang bayar. F yeah. Rasa berguna dan rasa diperlukan je.

    Cuba bayangkan ketika sepasang suami isteri ni di majlis keraian. Tak pun majlis hari keluarga. Majlis yang dari tempat kerja isteri, semua grand-grand. Buat kat Shangri-La Hotel. Kat KL pulak tu. Siap ada Siti Nurhaliza yang nyanyi. Tapi majlis dari tempat kerja lelaki, tak ada pun. Dah tu, bila kat majlis, ada lelaki tanya, "Suami kerja apa?" Dan nak dijawab dengan "Suami I kerja sapu sampah je"? Maybe, it is okay for the wife since dia boleh support suami, but not for the husband.



    Lagi satu, lelaki juga takut bila isteri dia bergaji tinggi, sebab, ianya bermakud si isteri tak perlukan suami dia. Iye lah, si perempuan tu dah ada duit dan segalanya. So, kalau dia bercerai dengan suaminya, dia still boleh hidup dengan relax tanpa prob sebab selama ini pun, bukan suami dia yang tanggung dia. Kan? Yes, si suami akan jadi insecure like hell. "Kat tempat kerja, ada tak orang nak nak tackle bini aku?". "Dia balik lewat pergi mana?". Sebab, zaman sekarang, anak-anak ikan amat banyak. Nak-nak, yang nak cari sugarmommy.

    Dan, suami sure akan terfikir yang apa yang akan terjadi bila suatu hari nanti, si isteri akan cakap "I yang sara abang. Rumah, kereta, makan, minum semua, I yang bayar. So, abang diam boleh tak?". Bila benda ni jadi, yes. YES, IT IS SUPER DUPER HELL DIE YOU B.

    Solution.

    Bak kata Azuwa, isteri mesti kreative bila masuk bab nak menjaga hati suami. Ingat senang ke nak jaga hati makhluk yang semakin bernilai tinggi di sebabkan kekurangan population? Susah tau. Sesusah menjaga kebulatan perut mereka. Lelaki perut bulat tak apa. Perempuan jangan. (Mengandung tu lain cerita ah.)

    Well, isteri kenalah cepat pick up. Jangan lah nak lampi sangat. Girls, biasalah, lamp.... So, to the cute wife(s), let me guide you on What-To-Do-If-I-Got-Way-More-Money-Than-My-Hubby.

    "Bila nak keluar makan, mesti lah lelaki kena bayar kan. Habis tu, kalau tak ada duit macam mana nak bayar?"

    Setahu aku, girl, biasanya yang dah kahwin ni, adalah girl yang comel. Bukan sahaja comel, malah pandai. So, andaikata korang berdua berpakat nak makan mewah-mewah sikit di restoran romantik, korang (Isteri) kena lah fikirkan idea yang bagus. Korang tahu yang suami tak ada duit. So, korang nak bayarkan full? No. Half? NO WAY. Caranya, bila nak keluar makan-makan tu, isteri cepat-cepat lah selitkan sikit keping-keping duit merah atau jingga tu dalam wallet atau poket seluar suami. Tak kisah lah nak selit masa suami tengah mandi ke, tengah tidur ke atau tengah mengawan ke. Asalkan, dieorang distract sikit. So nanti bila nak bayar sure si suami macam "Eh, ada duit Rm10000 dalam dompet ah. Tak perasan pula." Serious. Lelaki memang mudah sangat lupa bab benda-benda dalam dompet dan dalam poket. Aku sendiri pun selalu macam tu. Kadang-kadang, seluk poket, tengok ada rm 50 yang renyuk sebab masuk dalam mesin basuh. Pastu terus claim duit sendiri. So, para isteri yang terlampau kaya, kalau nak basuh seluar suami tu, selit-selit lah sikit. Tak hancur duit tu bila masuk dalam mesin basuh. Lagi pun, bila duit tu dah renyuk, baru lah nampak real sikit kan?. So, sure suami korang tak akan perasan kan?. Heh, pandai kan aku kan?


    Tapi, cara tu adalah agak tak best. Nanti kalau suami tahu, mesti tercalar ego dia. Tapi tak tahu lah kot-kot suami dia akan buat-buat tak tahu. Lagi pun, tu kan dari isteri dia. Apa fungsi isteri? Ya, fungsi isteri adalah untuk menolong suami. Dan, ini pun kira menolong suami gak kan? Menolong suami dapatkan duit. Hehe.

    Ehem.

    Well, antara cara yang paling baik untuk selesaikan masalah gaji isteri lagi tinggi dari suami adalah dengan membuat 'joint account' atau pun akaun 'bank bersama'. Dengan kata lain, gaji isteri dan suami di himpunkan bersama dalam satu account tanpa pedulikan siapa yang sumbangkan paling banyak. Dan ianya di gunakan bersama-sama. Macam tu lah yang sepatutnya. Bila ada account bersama, mudah nak monitor kewangan keluarga. Kot-kot bila tengok si suami keluar banyak semacam je duit tu, sure boleh detect. Kalau dah lelaki, bukan boleh percaya sangat. Kan.

    Tapi kan, kalau dah suami tu nak bina masjid lagi satu guna duit bersama ni, apa salahnya. Anggaplah sebagai sedekah. Atau 'wakaf'. Sure masjid tu tahan lama sebab dapat keberkatan dari isteri pertama. Then, kot-kot ada lagi rezeki, boleh lah tambah lagi satu cawangan masjid. Bak kata orang tu, keberkatan berlipat kali ganda.

    Win-win situation.