Memaparkan catatan dengan label Win-Win Situation. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Win-Win Situation. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Julai 2012

[Recycle]Fakta-Fakta Tipikal Bulan Ramadhan dan Syawal di Malaysia

Assalamualaikum



Selamat menyambut Bulan Ramadhan. Dan selamat Hari Raya.

Hello guys. Baju raya dah beli? Kalau perempuan tu, aku bet la yang korang dah beli. Silap-silap sebelum puasa lagi dah beli. Kan? Kan? Kan? Tengok lelaki. Relax je. Baju raya dah nak-nak raya baru la beli. Nak kata lawa, memang lawa pun.

As for today, aku nak cakap sikit benda-benda yang aku dah cakap tahun lepas. Ya, setiap tahun, kita akan hadapi masalah sama di bulan ramadhan dan syawal. Kan?

Ramadhan versi Malaysia = Bulan membuang duit.
Duit lagi cepat habis di bulan ramadhan berbanding bulan-bulan kebiasaan. Korang tahu tak aku benci gila pergi bazaar? Ya, sebab harga makanan di bazar gila ah mahal. Ayam seketul yang kecik tu pun dah nak cecah 3 ringgit. Nasi yang tak sampai separuh pun dah kena Rm 1.00. Tapi aku tak faham la kenapa still ada orang yang beli? Di sebabkan ada orang beli lah penjual sanggup naikkan harga. Cer korang bayangkan bila customer tak beli ayam yang beharga nak Rm. 3.00, agak-agak penjual akan turun kan harga tak? Mesti lahhh.



And korang tahu tak, kalau korang duduk di Tampin. Korang surely akan tau pasal bazar kat Tampin tu kan? Kat situ, ada beberapa orang abang yang jual nasi ayam tau. And percaya atau tak, kesemua mereka pakai spect Oakley beb. Satu spect tu harga dalam Rm 800. Even buruk gila design dia, harga dia tetap mahal. Padahal kualiti dia standard je dengan spect Rm 500 ke bawah. Ni mesti mahal sebab jenama. Well biasalah, orang sekarang kan tengok jenama je. Even design buruk tapi ada brand, sure orang beli kan? Dan ini buktinya yang menjual di bazaar ramadhan really boleh buat korang kaya.

Mari memalaskan diri.
Semua benda tak boleh buat dengan alasan puasa. Nak buat tu, tak boleh. Nak buat ni, tak boleh. Semuanya dengan alasan berpuasa. Padahal, bukan penat sangat pun puasa-puasa ni. *Ceh ceh*. So end up, masing-masing pi bantai buat peta atas bantal. Then bangun bila dah nak bukak puasa. Ni belum kira bab berat badan. Iye lah. Asal berbuka je, lauk ayam. Then selepas berbuka, terus tidur. Mana tak naik berat badan? *Terasa sambil usap-usap perut. Perut dah tahap suami orang dah. Biasalah, perut yang mendapat kasih sayang isteri*

Warung-warung tersorok yang buka pada waktu tengah hari akan mendapat lebih banyak sambutan daripada biasa.
Percaya tak kalau aku kata warung-warung dan kedai makanan yang kecil yang buka di siang hari boleh mendapat sambutan yang hangat lebih dari biasa? Aku tau lah sebab aku pernah ter-ikut kawan aku yang menjadi runner untuk juadah berbuka puasa di siang hari. Dududududuu (bunyi motor). Aku tumpang kawan aku pergi ke bandar. Then masa balik tu, dia ada singgah di tepi sebuah bangunan tau. Then kat belakang tu, ada sebuah warung kecik je. Tapi orang dia perh, ramai beb. Kawan aku kata lauk-lauk kat situ licin even ayam dia kecik. Pandai betul orang sekarang berniaga.

Bilik yang kosong kini telah berpenghuni.
Bilik belajar (discussion) di hostel aku yang kebiasaanya kosong pada waktu siang kini sentiasa penuh dengan orang. Pintu juga asyik berkunci je. Bila ketuk pintu bilik discussion tu, automatik bilik tu akan jadi sunyi macam tak der orang. Magik betul. Then kalau hidu betul-betul, sure akan terbau makanan. Intai punya intai, tengok-tengok member aku ada buat majlis berbuka puasa kat situ daaa. Dieorang confused dengan azan zuhur dengan azan magrib kot.

Cerita sedih tak akan meningsafkan penonton.
Bila ramadhan, tv3 mula siarkan cerita-cerita yang sedih yang entah apa-apa konon untuk menginsafkan penonton. Tetapi, hakikatnya, cerita-cerita di kaca tv hanya lah menjadi stock makian dan sumpah seranah sebab tahap sedihnya adalah terlampau tak logik. Alah, cerita melayu biasa lah. Kalau tak isu hero yang miskin, mesti pasal hero yang terencat. Then mesti ada isu kena rogol. Then blah-blah-blah. Same modus operandi all the time. Dan yang tak boleh blah ada je lagi orang dok layan cerita-cerita yang macam tu padahal plot dan ending dia boleh sangat nak agak.


Dan plot yang paling femes adalah pasal anak derhaka terhadap ibubapa. And then either si anak or si ibubapa yang akan mati. Pulak tu, bila nak mati, mesti mati pada pagi 1 Syawal. Kan? Balik-balik mati pada 1 Syawal. Balik-balik mati pada 1 Syawal. Yaaa. Tipikal kan? Kucing aku pun boleh agak plot macam tu bro. Dan soalan yang aku paling kerap tanya. "Kenapa pengarah dan producer suka menginsafkan penonton dengan filem sedih kalau keinsafan boleh di capai dengan filem happy?" Contohnya, cerita pasal keluarga family yang suka ria pulang ke kampung. Mesti bila orang yang tak pulang ke kampung akan rasa sayu je bila tengok kan?

Droolling to the TV
TV mula menyiarkan cerita berunsurkan masakan untuk juadah berbuka dan kuih raya. Masa zaman dulu-dulu, pada pukul 5 dan enam petang kami semua akan duduk depan tv dan layan apa-apa program masakan sambil terliur. Aku tak faham kenapa bila raya dan berbuka puasa kita di sajikan dengan program-program macam tu. Lagi pun kenapa perlu berbuka dengan gempak-gempak? Kenapa tak boleh berbuka dengan lauk seperti hari-hari biasa? Dan... ada ke orang yang betul-betul follow guide kat TV tu? Anak-anak dara zaman sekarang mana reti masak benda-benda pelik-pelik macam tu. Kalau ada pun, mesti makcik-makcik tua. Anak dara apa tau. Tau bergossip je.

The weird wayang satu syawal.
Produser dan pelakon mula mempromosikan filem-filem mereka dengan ayat "Jangan lepaskan movie terbaik pada 1 syawal ini. Hanya di panggung wayang!" Seriously? What shhhht makes you think we all should sambut Raya 1 Shawal dalam panggung wayang? We all got thousands of rumah awek-awek comel untuk di rayai. We all got thousands of new awek-awek comel untuk di kenali. And you suggest me to sambut raya kat dalam panggung wayang? Oh-oh maybe kat dalam panggung wayang ada awek-awek comel kot.

****************

Actually lah kan. Aku ada satu impian yang aku nak buat sebelum mati. Ya, setiap tahun, aku berharap yang one day aku boleh rasa beraya di negara orang. Then tangkap gambar then hantarkan ke Utusan / Berita Harian dengan harapan keluar kat segmen "Salam Perantauan". Tapi serious. Aku nak merasa beraya di negara orang doe. Dah lebih 20 tahun beraya di negara sendiri. Feel tu dah makin nak hilang. Mungkin selepas kahwin feel tu datang balik kot. Bila la aku nak kahwin ni.


Ps : Belum beli baju raya. Isk. Isk.



Ahad, 20 Februari 2011

Bila Lelaki Minta No Phone Perempuan untuk 'Berkawan'.

Assalamualaikum

NO!. ITS JUSTIN BIEBER.

Kalau dah lelaki tu handsome, cute, dan menarik macam Kim Hyun Joong (buuewk), dia buat benda-benda annoying pun perempuan akan kata;

"Awwwwww, SUWITNYA DIA". 

Peh-lis *rolling eyes*. Tapi kalau dah lelaki tu tak handsome, tak der banyak duit, tak ada six pacs, lelaki tu bina satu taman bunga untuk perempuan tu pun belum tentu perempuan tu akan kata dia romantik. Silap-silap, perempuan tu akan kata:

"Ewww, nak tackle aku? Tak malunya."

Tak pun, girl tu akan kata yang lelaki tu pathethic (menyedihkan) sebab tergila-gilakan dia. Lebih-lebih lagi,, bila si lelaki nak tackle si perempuan melalui phone. Bagi perempuan, tak ke korang pelik mana si lelaki boleh dapat no phone korang? Then, bila korang tak nak layan si lelaki tu, si lelaki tu akan kuarkan ayat maut dia berbunyik;

"Alaa awak, saya nak berkawan je pun tak akan tak boleh?". 

Aku dah guna taktik ni like... for ages. Err... Errr. Actually bukan aku. Tapi boys. Aku lain. Aku baik. Normally, boys akan guna ayat ni untuk start cucuk line. Tapi kan, how if lelaki tu segan nak mintak no phone dan dia starts menggunakan ayat "Untuk Berkawan?" sebagai taktik untuk cucuk line. Sebenarnyakan, ayat ni amat berfungsi. Seriosuly berfungsi. Sebab girls ni, suka jual mahal. Suka play hard to get. Padal nak tapi malu. Ewww.

Andai kata ada boy tu jumpa seorang cewek comel. Comel gila ah. Dah la comel, gebu pulak tu. Mesti lelaki ni akan try usha (bagi yang high confident lah). Dan cara paling mudah untuk merapatkan diri dengan that girl adalah dengan menggunakan ayat "NAK BERKAWAN JE. TAK LEBIH DARI TU". And kalau kaum perempuan tak tahu trick ni, memang korang ni lampi ah. Sebab there is no way lelaki yang entah dari mana tiba-tiba nak berkawan dengan perempuan melainkan he likes you. And he wants to mengawan dengan you. Masalahnya, kita tak tahu berapa lama si lelaki ni aku sukakan perempuan tu, dan apa usaha yang dia sanggup buat untuk dapat mengawan dengan awek tu.


Ni ke jejaka kegilaan gadis Malaya? 
Macam gay je aku tengok.

Tapi lah kan, aku ada cerita pasal adik aku ni. Bukan pasal adik aku. Tapi pasal lelaki yang mengada-ngada yang nak ....errrr... 'berkawan' dengan adik aku. Perh, berkawan? Peh-lis. Lelaki dan perempuan, tak ada istilah kawan. Lagi pun, kau datang entah dari planet mana dan kata nak berkawan? Ewww.

Macam adik aku yang sekolah agama ni lah. Hari tu, di siang-siang hari di week day, ada seorang lelaki call. Budak sekolah lagi. Dia call kononla nak cakap dengan adik perempuan aku padahal dia tahu adik aku tu dok asrama dan dia pun duduk asrama sama sekolah dengan adik perempuan aku. Kantoi ah kan.

So, dia call tu, dia cakap-cakap dengan ayah aku. Dia kenalkan nama bla-bla. Borak-borak entah apa tah dia gebang. Then dia suruh kirim salam kat mak aku. Eh, ni dah macam nak masuk line dah ni. Mamat mana brani sangat ni nak cucuk line adik aku guna mak ayah ni. Dia patut lalu ikut abang-abang dulu. Restu abang-abang tu penting tau. Kalau tak cucuk ikut abang-abang, abis tu abang-abang nak nak campak mana? Tak beradab langsung budak ni. Harap je sekolah agama.

Tapi...Tapi tak apa. Aku tak kisah kalau dia nak tackle adik aku. Aku abang yang baik. Asalkan.. Asalkan dia kaya, banyak duit, banyak harta, banyak kereta sport yang nak di beri kepada abang-abang ipar dan… dan yang paling penting, ada banyak kakak yang comel-comel yang sudi berkongsi kasih sayang dengan seorang suami. HAHA.

Tapi kan, bila di fikir-fikirkan balik, dia akan dapat adik aku, aku akan dapat kakak-kakak dia yang alim dan comel. Eh, hey, its win-win situation. Kan?



Jumaat, 18 Februari 2011

Lelaki Dan Dota. Tidak Bisa Di Pisahkan.

Assalamualaikum


Dah pukul 3 pagi. Entah kenapa aku rasa tak mengantuk. Aku ingat nak online, tapi malas. So, aku terus lah pujuk mata aku supaya mengantuk dan boleh terus bing-bing (tidur). Tapi tak boleh. Aku tak tahu nak buat apa. So, aku sms lah awek baru aku, F*sha S*ndha. Maklum lah, dia kan tengah hot sekarang. Suara pun makin lunak plus manja plus ayu.

Well, masa tengah sms-sms tu, aku dapat satu incoming call dari L*sa Sur*hani aku. Ah, potong line betul lah dia ni. Nak tak nak, aku terpaksa lah angkat bila dia call. Ye lah, supaya tak jadi isu.

"Honey! ;) Guess what? ;p" Bila si dia call, mesti ada mimik muka.
"What?"
"Guess laaaa"
"What?" Lemah betul aku bab main guess-guess ni.
"Fine, you tau, masa lepas i shooting untuk filem Ombak Rindu tu, I dapat offer untuk Adamaya 2 tau. Happynyaaaaa."
"Ooooo"
"And guess what!"
"What?"
"Pengarah dan producer tu nak you jadi Adam, tau! ;)"
"Oh...."
"You tak happy ke?"
"Hmm. Happy la juga"
"So.....?"
"So?"
"Nak tak?"
"Tapi... I tak ada masa, I baru ingat nak friendly Dota dengan kawan I"
"Alaaa... Dota je kot"
"Honey, don't get me wrong. But when we are talking about Dota,  there is no 'je', okay?"
*"Tup" Talian di matikan*

Aku rasa kredit dia dah habis tu.

Well, ramai orang kata yang Dota adallah Dunia Orang Takder Awek. Tapi sebenarnya, dota adalah Dunia Orang yang Tulus, jujur, iklas, baik, pemurah dan Awesome. Dota ada lah sebuah game yang berpuaka, berhantu dan macam-macam lah. Sekali korang start main, sure akan melekat. Sebab tu lah ramai yang putus dengan awek / kekasihnya hanya di sebabkan Dota.

Aku ada cerita pasal Dota dan seorang perempuan. Masa aku kat rumah sewa, ada 4 orang yang main dota. So, memang hampir setiap malam ah kiteorang main dota. Kadang-kadang, sampai 5 pam (round). 1 round dalam sekitar 1 jam.

One day, masa aku tengah main dota ni, aku dapat call dari Miss Alien. Aku pun angkat lah phone aku tu. Cakap-cakap dengan dia then tiba-tiba, dia perasan kenapa aku diam semacam. Then, dia tanya lah. Entah macam mana, aku boleh pulak terjawab yang aku tengah main Dota. Dia tau je aku tengah main dota sambil bercakap dengan dia di phone, terus dia marah. Aku ingat lagi macam mana dia sound aku. "I bercakap dengan you di phone and you tengah main dota? Ianya amat rude, Khairul. Where is your manner?". Perh, garang beb. Garang plus comel. I like.. Tapi sayang, aku dan dia dah 'lost contact'.

Tapi, sedikit sebanyak, ianya mengubah aku. Sejak dari peristiwa itu, bila ada je orang call masa aku main Dota, aku aku tengok dulu phone aku tu. Yang call tu kalau lelaki, aku akan reject. Kalau perempuan, baru lah aku pause game tu.


Korang ingat masa main Lan dan Online game, then nak pause tu senang ke? Kalau kat garena, korang pause, mesti ada yang resume balik. Kalau main kat rumah atau dengan kawan-kawan, then bila ada orang pause, mesti bising jadinya. Semua nya akan terpekik dan terlolong mintak resume game.

Biasanya, kalau orang main dota kat rumah, dieorang akan main online bersama player lain di Garena. Garena ada 4 servers. 1 server ada hampir 20 ribu orang yang log in pada satu-satu masa (di masa kemuncak). Aku ulang, PADA SATU-SATU MASA. Maksudnya, dalam 1 jam mungkin lebih dari 40 hingga 50 ribu user berlainan yang log in. Tu baru satu server tau. And, tu belum kira kalau ada yang main selain di Garena. Kalau yang main kat Cyber Cafe ke atau kat kolej ke... Then, cuba korang bayangkan berapa ramai lelaki yang main dota ni? YA, ramai gila. Andai kata korang nak ban semua lelaki yang main dota, aku rasa, memang tak kahwih ah korang. HAHA.

So, solutionnya, apa kata korang pun main dota? Belajar lah dari kawan-kawan lelaki korang. Bila semua reti main dota; lelaki akan happy, perempuan pun akan happy. 


Win-win situation.