Memaparkan catatan dengan label Troll. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Troll. Papar semua catatan

Selasa, 18 Oktober 2011

Tips Untuk Cheating on Your Girlfriend Dengan Menggunakan Nama Manja.

Assalamualaikum


Hello cheaters and players sekalian. Skandals korang sihat? Good.

Actually lah kan, aku rasa ramai gila yang tanya kat kawan masing-masing tentang tips untuk pikat hati kekasih. Kalau tak mintak tips pikat kekasih, sure dia akan mintak tips untuk kekalkan hubungan dengan kekasih. And kalau korang perasan lagi, tak ada pun kan yang mintak tips untuk curang tanpa get caught kan? Why eh?

And and and. Aku perasan lah kan, ramai gila perempuan yang suruh si boyfriend panggil dia "Baby", or "Ayang", or "Chayunk" or what so eww eww name lagi lah.

But boys, tahukah anda yang ini adalah good opportunity untuk anda? Ya, opportunity untuk pasang dua tiga kayu yang lain tanpa mudah kantoi! Caranya simple je which is, biasakan diri anda untuk menggunakan nama manja kat kekasih-kekasih gelap anda.
 
Contohnya, Abu ni dia pasang tiga awek. Awek pertama dia bernama Syazaliza. Yang ke dua bernama Peah dan yang ke tiga bermana Minah. Mesti korang pelikkan kenapa nama awek pertama dia nama cool gila tapi awek-awek dia yang lain nama kampong habis. Tapi sebenarnya, ni tektik Abu je sebenarnya. Sebab nanti kalau ada orang tanya “Awek kau nama apa? Then dia akan kata “Syazaliza” Then perh, mesti semua orang bayangkan yang Syazaliza tu adalah seorang yang cute face with a fine body di sebabkan nama dia yang modern. Yeah, I know.

And and and. Bayangkan kalau Abu ni nak texting dengan ketiga-tiga awek ni sekali gus. Ingat senang ke? Susah beb. Silap-silap, Abu ni mungkin terpanggil Syazaliza dengan nama Peah dan Abu juga mungkin terpanggil Peah dengan nama Minah. Contohnya macam:

*Texting* Hyee Peah chayunk. Dah mamam? Rinduwww nyeww.

*Send to Syazaliza*

*Tet tet tet bunyik mesej masuk*

Syazaliza : Who the fuuuu is Peah?

You are dead meat.

See? Skali dah kantoi, sure susah kan? Sebab itu lah cara terbaik untuk tak kantoi adalah dengan menggunakan nama manja.

And! Dengan nama manja, korang boleh jadikan ianya way much easier. Contohnya:

*Texting* Hyeee my bebi darling chayunk bucukbucuk. Dah mamam keww? Love you.

*Send to Syazaliza, Peah, Minah and 3 other girls.*

Heaven yeahhh!

Bagi girls yang ada boyfriend yang dah biasa panggil korang guna nama manja instead of your real name, mesti sekarang ni korang sedang berfikir dua kali tentang kesetiaan your boyfriend kan? Kan? KAN? Tu je point aku buat entry ni sebenarnya. HEHE.


Doubt your boyfriend. Doubt your boyfriend. Doubt your boyfriend.



Jumaat, 15 Julai 2011

Marriage Troll : Kenapa Tak Perlu Hantaran Perkahwinan yang Mahal.

Assalamualaikum


Hello lelaki yang akan gelak dan perempuan yang akan geram sekalian.

Korang ingat tak entry aku yang lalu yang bertajuk "Adat vs Agama : Bertunang dan Berkahwin"? Dalam entry tu, aku ada bercakap tentang bayaran wang hantaran yang tinggi.

Dan di entry tersebut ada sebuah comment yang di tulis oleh girl yang bernama Shazlin. Comment dia agak panjang dan menarik sebenarnya. Di sebabkan itu, aku membuat keputusan untuk mereply segalanya dalam sebuah entry.

Mari kita tengok komennya.



Now, mari kita jawab commentnya pula.

"Ko expect pmpuan baik, pandai masak, pandai layan suami, pandai suma segala segi, then nak kasi hntaran kawin ciput je? Baik ko langgan mak nyah je. Nak murah sgt kn? Zzzz.."

Hai, first of all, nice comment. Secondly, kau jangan doe. Kau jangan sekali-kali suruh lelaki langgan mak nyah. Kang kalau seluruh lelaki di Malaysia betul-betul terpikat kat maknyah macam mana? Kau ingat maknyah tak superb ke? Kau ingat mak nyah tak ada sambutan ke? Kau ingat maknyah tak ada yang muka Nora Danish ke? Perh. Meh sini Abang K citer sikit. Beberapa minggu lepas, Abang K (Ehem) ada keluar dengan member then lepak-lepak dekat port mak nyah kat Kuantan ni. Kiteorang datang dua kereta tau. Kiranya dalam 8-9 orang lah jugak. Then pusing punya pusing, kereta member aku tu dah mengala ke jalan lain. Aku pun tersesat. Then bila sesat tu, aku usha-usha la sekeliling then aku perasan yang ada banyak gila kereta dan motor masuk. Ada moto, ada van, ada kereta. Kalau yang van tu, perh, siap boleh berhenti tengah jalan lagi beb. Kalau berhenti sebab rosak tak apa. Ni siap berhenti sebab nak buat projek. Kat situ dia berhenti, kat situ lah dia buat projek. See? Betapa ganasnya penangan Mak ngah. Tapi jangan risau. Abang K straight orangnya. Ehem,

Then, kau tau, maknyah zaman sekarang pakai tudung youuuuu. Pergi surau pun pakai tudung. Tak percaya kau call Ustaz Badli Shah. Entah-entah masa maknyah tunggu kat dark velly pun diaorang pakai tudung. Tu belum kira bab maknyah tu semua siap pakai baju kurung. Korang? Ada pakai tudung? Ada baju kurung? Mana adaa.

Then, itu belum lagi kira mak nyah yang lemah gemalainya macam sotong. Umpama sotong yang ditiup angin beb. Korang? Dah la tak lembut. Tak ayu. Keras dari lelaki pulak tu. Then ada hati nak mintak wang hantaran mahal-mahal. Boleh jalan daaaa. HAHA.



"Aku bukan la nak cakap kawin ni mesti mahal-mahal segala segi. But come on, kalau boleh biar la perkahwinan ni sekali je dalam hidup ni boleh dikenang sampai bila-bila. One more thing, ko phm ke apa maksud membazir sebenarnye? Menurut understanding in Islam word membazir tu hanya layak diguna kan kalau orang tu tak berkemampuan but still nak belanja macam-macam."

Nooo, fahaman kau salah. kau tahu tak apa maksud membazir? Even kalau kau ambil wuduk, then masa ambil wudu tu, korang basuh tangan korang 4 kali, itu dah di kira membazir tahu? Dan, why we must spend the whole thing on one marriage kalau kita boleh gunakan untuk the other 3? Just sayin' okay. Just saying. I'm not talking like lelaki suka kahwin empat. What? Lelaki suka kahwin empat? Pfffff.

"Tak ukur baju pada badan sendiri. Kalau orang tu jutawan, anak orang berada, dia mampu kot. Lantak pi la dia bersanding naik kereta kuda ke ape sebab benda-benda tu tak mendatangkan kemudaratan kat dia. So, dia still ada duit yang cukup untuk tampung bini and family dia. Got it what i mean?"

Got got. Sure got. Sure got. So, as long dia ada cukup duit untuk tampung bini dan family dia, kiranya okay lah kan untuk berbelanja lebih. Then how the heck itu tak termasuk dalam kahwin empat? Kahwin empat kira berbelanja lebih la. Tapi as long dia boleh tampung ke empat-empat bini *Ehem* dia, then apa masalahnya? Kan? Got it what I mean? HEHE.


"Ko kene paham, isteri akan memperhambakan seumur hdup dekat suami dia. 100% hidup dia hanyalah untuk suami dia. Tu baru kawin. Belum ada anak lagi. Ingat senang ke nak besarkan anak? Lelaki taw buat anak je."

Hold on. Hold on right there, girl. Aku tertarik dengan ayat kau yang berbunyi "Lelaki taw buat anak je". Ohh. Ohhhhh adakah anda sedang cuba menyatakan yang membuat anak itu adalah suatu perkara senang? Fuh. Itu statement pedih doe. Statement pedih. For your information, ladies. You ingat nak buat baby tu senang ke? Mari sini Abang K cerita sikit *Whip hair*. Pernah tak you girls try search kat Google menggunakan keyword "How to make a Baby"? Yaa, seperti di bawah.


Nampak tak? Korang tahu tak berapa ramai orang yang Google "How to make a Baby"?. Yaa Ada berjuta hits. Dan korang tahu tak apa maksudnya. Maksudnya, nak make baby tu bukan perkara mudah. And to make a baby, firstly you must.... Oh nevermind. You will learn it anyway.

"Nak lahirkan anak lg satu hal. *Note that sakit beranak adalah sakit kedua lepas sakit mati. Again ko nak expect belanja kawin biar ciput je? Bini la yang kena masak, kena lipat baju, kemas umah. Layan anak, layan suami, again ko nk kawin belanja ciput"

Siaaaaaaaapa kata bini nak kena memasak, lipat baju dan kemas rumah? Mana ada. Zaman sekarang semua pakat main bibik taw. I mean semua pakat upah bibik. Lagi pun, please. Korang tahu kan bibik indon macam mana? Comel, putih, gebu, rajin beb. Kalau korang tak nak masak, lipat baju and kemas rumah; tak der hal. Kitaorang lelaki tak kisah. Kami kaum lelaki memang berniat nak kerja sekuat mungkin supaya dapat banyak duit. Bila dah dapat banyak duit, kami upah la bibik yang comel, putih, gebu dan rajin. Bukan apa, kami hanya kesian tengok isteri kami kepenatan setiap hari sebab tu la kami suka sangat upah bibik. See? Betapa baiknya lelaki. You girls apa tahu. Tahu bebel je. Pastu suka sangat kata kami ni gatal nak tackle bibik. Peh-lis. Those bibik are cute. You girls can't blame us for being a man. Pfff.

"And hellooo. Make up pon ko nak bising. Zzz. Bole je mintak mak andam make up in natural way. It's not a big deal pon. memang ada beza sebelum mekap and lepas make up. Takkan ko nak expect muka bini ko yg penuh jerawat*berminyak+mata lebam sbb xckup tdo * maklumla stress pikir pasal kawin, again ko suro bini ko jangan mekap lngsung? mmg bagusla suma tetamu dtg gelakkan ko ngn bini ko sebab macam pengantin zombie.. Lain la kalau muka bini ko tu mmg lawa mcm aku..opsss..come on..low ur guard a bit..open your mind."

Oh girl. Oh girl. I really don't get this. Kalau kau nak jemput mak andam make up natural way, baik korang make up sendiri. Please, kalau korang suruh mak andam make up, sure jadi macam NI. Iya, macam badut. Then setiap kali tetamu datang. Sure mereka akan senyum. Actually, tetamu tu semua tahan gelak. Mana tak nya, kahwin dengan badut. Dah tu, yang perempuan susah-susah nak pakai make up tebal-tebal buat tu apa? Tengok lelaki, tak tak pakai make up tebal-tebal tak nampak macam zombie pun? Oh oh, mungkin sebab lelaki Malaysia semuanya muka suci-suci sebab tu lah even tak bermakup tebal still nampak suci. Tension macam mana pun, muka tetap suci. Perempuan? Heh, tak tahu lah perempuan bila tension muka macam mana. Dengar citer, macam zombie. HAHA.


And for your information, jerawat? Apa tu? Sorry I don't speak female and wife aku tak ada jerawat. Tak kisah la macam mana teruk pun masalah jerawat yang dia akan ada, tapi once dia jadi bakal isteri aku, pooff, segala jerawat hilang. You know what I mean? Oh sure you don't. You are not my wife. Oh please I hope not. No, please. Don't.

"Zaman skang suma nya mahal. Satu je tak mahal. Bini. Macam tu ke kau nak?-_- kawin nk murah, pastu ada hati nak kawin empat. Dah taw x mampu lagi mau kawin empat. Typical jantan meleis camni la. Tapi bab yang hadith rasul aku tak leh nak sebut sebab memang betol la sederhana itu berkat. Tapi ko kena paham sederhana cara ko tak sama dengan sederhana cara anak dato'. gt subjektif bnda ni klu ko nk pertikaikan..ape2 pon tepuk dada tny bini..haha."

Heyyyyy. Kau tau tak sepatutnya ayah korang yang bayar kat pihak lelaki? Korang tahu tak? Cer korang tengok eh. Sebenarnya, si bapak suka kalau ada lelaki nak kahwin dengan anak perempuan dia. Korang tahu kenapa? Sebab bila ada lelaki kahwin dengan anak perempuan dia, si bapak dah tak akan tanggung dosa anak perempuan nya tu. Iye lah. Anak perempuan ada 10. Yang sorang tu tak pakai tudung. Yang sorang tu suka ringan-ringan. Yang sorang tu suka pergi disko clubbing (sebut "disko" bunyinya macam orang zaman dulu-dulu). Dan macam-macam lagi lah perangai. Dah tu, setiap dosa anak-anak perempuan tu si ayah tanggung. And then, bila ada lelaki yang.. ehem... baik, pemurah, handsome, dan kacak bergaya apply nak jadi sukarelawan untuk tanggung dosa si anak, why the heck you think si bapa tak setuju? Aku bet ah si bapa akan kata:

"Ooooohhhhh, kau nak ganti aku tanggung dosa anak perempuan aku? Ohhh God, thanks, dude."

Seee? Bila ada lelaki yang nak jadi suami korang, dia sepatutnya di bayar sebab dia yang akan tanggung semua dosa korang. Tapi, korang pulak sedap-sedap mintak mahal eh? Banyak cantik.


Aku rasa korang pun tahu yang setiap kali si isteri dedahkan aurat dia, setiap kali itu lah si suami dapat dosa. Sebab tu lah aku pernah kata yang kalau aku nampak isteri aku freehair kat luar rumah, aku akan potong Kepala dia then flush dalam lubang tandas. Fuh, baru puas hati. Oh no no no. No no. Im just joking Lisa Surihani. Just joking. Relax. We are cool hunny. We are cool. You are safe with me.

So, tell me again why the heck si lelaki perlu bagi hantaran yang mahal kat si gadis? Sebab si gadis nak make up macam badut? Sebab si gadis tak kasi kahwin empat? Lagi pun, apa daaa korang. Compete dengan maknyah pun tak lepas, ada hati nak mintak wang hantaran mahal-mahal. HAHAHA


Are you mad? Are you mad?


Selasa, 12 Julai 2011

Adat vs Agama : Bertunang dan Berkahwin.

Assalamualaikum


Hello adat lovers sekalian.

Kita bertemu lagi dalam segmen "Mari Memangkah Adat-ada Melayu yang Merapu." Ya, segment ini bakal di benci oleh mak cik-mak cik dan emak anda semua. Why? Yeah, sebab aku bet dieorang nak sangat mengutamakan adat lebih-lebih lagi bila masuk bab perkahwinan. Mana tak nye, bila si emak dapat tahu yang si anak perempuan dah nak kahwin, terus tak senang duduk macam dia nak kahwin. Nak sediakan pelamin lah, bunga tu lah bunga ni lah. But somehow, ada certain adat adalah bertentangan dengan Islam. Samaada bertentang di sebabkan syirik atau membazir.

And that is the problem yaw. Setiap kali kita nak bagi tahu yang adat-adat tu semua bertentangan dengan Islam, sure lah akan ada makcik-makcik yang berkata :

"Dah dari dulu sampai sekarang orang buat macam ni. Kita ikut je lah. Beradab lah sikit"

Ewww. Bila kita sebut adat, masing-masing pakat kata "Ikut dari orang yang terdahulu". Well, for what? Adat-adat di Malaysia dah bercampur-campur. Ada yang dari hindu, dari bangla, dari jawa dan dari ciptaan sendiri pun ada.

Bertunang
Well, mari kita mulakan dari bab yang lebih ringan. Adat bertunang. Adat, not adab. Dalam Islam, ada je adab bertunang. Adab bertunang yang ada dalam Islam termasuklah Cara Pergaulan dan Tempoh Pertunangan. Tapi dalam agama Meleis, akan ada satu benda baru yang di panggil Adat Bertunang. Where the fuuu datangnya Adat Bertunang? Yeah, datang dari makcik-makcik yang nak utamakan adat dari agama.

Adat Resam Bertunang Melayu
  • Pertunangan mesti (Wajib) melalui keluarga.
  • Pertunangan mesti (Wajib) ada cincin.
  • Pertunangan mesti (Wajib) ada hantaran pertunangan.
  • Etc

Actually, kalau nak bertunang tak perlu melalui keluarga pun tak apa. Bertunang adalah perjanjian antara lelaki dan perempuan yang berjanji akan berkahwin. Once lelaki dan perempuan berjanji untuk berkahwin, itu dah dikira bertunang. Segala majlis bla bla tu adalah sampingan je. Begitu gak dengan cincin. Tak perlu cincin bagai tu. Dan hantaran pertunangan lagi lah tak perlu nak banyak-banyak. Kalau nak gunakan sebagai 'hadiah', benda yang simple-simple pun dah cukup.

Then, how about berkahwin?

Berkahwin lagi lah bermasalah. Well, korang tahu tak kenapa orang zaman sekarang kahwin lambat? Yaa, bukan sebab peraturan dan undang-undang, tetapi sebab 'ketakmampuan'. Jangan nak cakap undang-undang ya. Umur 18 dah boleh kahwin. Tapi korang? Umur 25 pun calon suami / isteri pun tak der lagi. Kalau diikutkan dalam Islam, kahwin ni mudah. Masa belajar pun boleh kahwin. Setahun bekerja pun dah boleh kahwin. Tak der hal. Tapi kita sendiri yang menyusahkan keadaan. Contohnya, hantaran perkahwinan.

Hantaran Perkahwinan dan Mas Kahwin
Aku tak faham kenapa makcik-makcik suka sangat mintak hantaran yang mahal-mahal untuk anak perempuan dia? Perlu ke mintak RM222222? Or RM 66666? What? Nombor bertuah? Okay now you guys percayakan kepada nombor bertuah? Nombor bertuah dan nombor cantik satu hal. Then datang pulak dengan empat, lima, enam angka. Macam mana la si lelaki nak kahwin macam ni?

But, kita sebagai Melayu yang miskin dan tak banyak duit, kita kena la berlagak konon kita ada banyak duit. Macam artis-artis Malaysia lah. Bila artis yang kaya nak kahwin, sibuk nak kasi nombor hantaran nak cantik-cantik. RM111111 lah. RM99999 lah. Last-last bercerai. Kenapa bercerai? Sebab tak berkat. Tahukah anda yang ada hadis pasal ni?

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya". ( Riwayat Ahmad )


"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah" ( Riwayat Abu Daud )

Ya, hadis dah diterangkan secara terang benderang. Tapi, adakah kita nak ikut kata-kata Nabi? No. Nabi tu zaman dulu. Apa barang ikut. Baik kita ikut mak cik-makcik yang mengutama kan adat berbanding agama. Bila ada adat, ramai orang suka. Bila ramai orang suka baru lah best. Allah tak suka pun tak apa. Iye tak?

Hantaran perkahwinan yang mahal-mahal yang cecah berbelas ribu-riban adalah shit. Masak tak pandai, tanggalkan stoken suami tak nak ada hati nak mintak berbelas ribu riban.


Benda-benda macam ni la yang membuatkan orang tak mampu nak kahwin. Pihak lelaki dah la nak kena kahwin empat. Macam mana nak kahwin empat kalau banyak duit di perlukan?

Bersanding Bak Raja Sehari + Tepung Tawar + Merenjis
Orang akan kata

"Kamu bersanding sebab mengikut tradisi nenek moyang kita (Actually mengikut tradisi hindu). Sebab tu lah bersanding macam Raja. Raja sehari la katakan. Alaa, ibarat Raja-raja zaman dulu"

Wait, mengikut tradisi zaman dulu yang meniru raja-raja zaman dulu? Hello, raja zaman dulu ada gundik okay. Gundik diaorang pulak perh, terbaik beb. Semua pakat muka macam amoi. Iya, amoi. Amoi yang putih dan gebu tu. Tapi kalau rasa raja sehari ada ke gundik-gundik ni? Mana ada. Then korang tahu tak yang bersanding adalah bertentangan dengan Islam? Ya, sebab ianya meniru upacara agama hindu plus, ianya menunjuk-nunjuk. But then why still nak sanding-sanding? Korang ingat best ke bersanding duduk atas kerusi tak buat apa-apa? Nak korek hidung segan, nak bermanja dengan bini pun segan. Ya. Biasanya majlis perkahwinan di buat sehari selepas nikah. And korang ingat satu malam tu cukup ke si suami isteri nak berkenalan dengan lebih 'rapat' dan melakukan proses menghilangkan rasa malu? Peh-lis. Mana cukup beb.


And then what? Tepung Tawar. Enjis-enjis air? Untuk dapat berkat? Really? REALLY? Seorang demi sorang mak cik naik atas pelamin sambil renjis-renjis dikira mengambil berkat?. Eww. How can tabur-tabur beras or something dikira ambil berkat? And that renjis-renjis thingy. What the hell is that. Well, itu semua adalah bertentangan dengan Islam. Sedar tak sedar korang dah membuat suatu perkara dan perbuatan yang di panggil Syirik.

Dan macam yang dikata dalam hadis tadi, "Besar berkat nikah adalah bila sederhana belanjanya". So, bila cakap bab sederhana ni, tak payah la nak demand karaoke-kareoke, silat-silat, kuda kepang, taekwando tu semua. Tu semua mengarut je. Ya, tak akan ada kareoke di majlis perkahwinan aku. (Tu pun kalau aku kahwin lah). Kalau ada pun, band-band yang perform. And my wife jangan harap ah nak kareoke. Kalau nak terpekik terlolong, tunggu tengah malam nanti. Special punya kareoke. Mengada-ngada.

Make Up Tebal Nak Mampus.
Okay ini adalah off topik. Tak berapa kena dengan entry tapi pernah tak korang perasan kat pengantin perempuan? Bagi aku, make up paling huduh adalah ketika nak kahwin. Aku bet korang mesti perasan kan asal pergi kenduri kahwin je, mesti nampak si pengantin perempuan yang make up tebal nak mampus. Serious tebal. Umpama babydoll dah. Dan the issue is, lawa ke macam tu? Kenapa Mak andam untuk bakal pengantin semua sepesen? Semua jenis suka make up tebal? Adakah kerana mak andam tu syok sendiri? Ataupun dia jealous sebab pengantin tu nak kahwin dan dia tak kahwin-kanwin lagi so dia kasi makeup tebal-tebal biar nampak huduh?

Tahukah anda kenapa ramai pasangan suami isteri bercerai? YA, KERANA MAK ANDAM. Mak Andam tu pi make upkan si pengantin macam badut. Then bila dah tangkap gambar, nampak la muka badut yang huduh tu daman gambar tersebut. Then gambar tu pulak korang pi gantung kat dinding dalam bilik. Setiap hari si suami terpaksa tengok. Bila tengok, rasa meluat. Sepatutnya, bila tengok rasa sejuk je perut. Tapi kalau dah meluat dan nak muntah tu, memang tak lama ah. So yeah, kalau korang sayangkan perkahwinan anda, tak payah susah-susah nak panggil mak andam make upkan. Selama ni korang bersolek sendiri-sendiri boleh je suami korang terpikat. Apasal tetiba nak suruh mak andam make up pesen badut?



Khamis, 26 Mei 2011

Random Talk : True Story

Assalamualaikum


Aku ingat lagi masa aku di sekolah menengah dulu. Setiap hari aku berulang alik ke rumah aku dengan berjalan kaki. Well, aku berjalan kaki bukan sebab rumah aku dekat, tapi sebab... sebab aku suka berjalan kaki. Ingat senang ke nak cari lelaki yang suka berjalan kaki seperti aku? Dan aku dengar cerita, lelaki yang suka berjalan kaki tu romantik orangnya.

Dan on the way ke rumah aku, aku akan melalui sebuah jalan yang kecil di celah rumah orang. Masa aku lalu tu, aku teringatkan sebuat tragedi masa aku muda-muda dulu which is semasa aku di tadika. You know what, kan laluan kat celah rumah orang tu kecil. Disebabkan kecil, aku tak nampak apa di laluan yang aku akan lalu. Dan pada suatu hari, masa tengah lalu tu ada seekor lembu tengah makan-makan di sebalik rumah yang aku lalu tu. Dan masa aku mula-mula nak lalu tu, lembu tu buat bunyi “moooo” or “boooorhhh” or or or whatever lah the bunyi lembu is. Masalahnya, aku tak tahu itu bunyi lembu. Dan sangkaan aku? Itu bunyi harimau.

Yeah. Ya, bila aku terkejut sebab bunyi harimau tu, aku terus kaku tak bergerak. Iye lah mana tau kot-kot harimau tu ada kat belakang aku kan? So, kalau aku tak bergerak mungkin dia tak akan perasan aku. Ya aku tahu aku bijak. So, masa aku kaku tu, banyak benda yang bermain di fikiran aku. Harimau. Bayangkan anda berumur 4 atau lima tahun yang baru balik dari tadika. Dan ada seekor harimau yang sedang berhadapan dengan anda. Apa yang anda fikir kan? Apa yang terlintas di fikiran anda? Gula-gula? Tora? Jajan? No! Of course korang akan terfikirkan about the future kan? Its all about future. AND I AM TOO YOUNG TO DIE. Bayangkan betapa sedihnya your future wife(s) bila tak dapat kahwin dengan anda. Siapa akan jaga your future wife(s)? What? Some perv jerk yang nak kahwin lebih dari satu yang akan jaga your future wife(s)? Pffff. Dah tak ada lelaki yang setia ke kat dunia ini? Im not gonna allow that. And Im not gonna leave one of my future wives on someone yang aku tak percaya. Termasuklah kepada a handsome cute duda. Yeah Im talking about you Yusry KR*. Leave my Lisa Suribubuhoneybunny alone!
Ehem.

But well, selepas beberapa puluh minit, aku nampak ada seorang abang relax je lalu lepan aku. So, bila aku jenguk-jenguk, rupanya itu adalah seekor lembu. Itu adalah antara peristiwa masa kecil yang aku paling ingat. Dah di ambang maut, siapa yang tak ingat kan? 

Then bila aku masuk semula ke jalan besar yang on the way balik tu, aku ada dengar awek-awek kat tepi jalan yang tengak borak-borak. Dan apa yang menarik perhatian aku bila awek-awek comel tu berkata :

"Awak tahu, lelaki kalau dia sukakan perempuan, dia mesti hafal nombor phone perempuan tu. So, awak patut tanya boyfriend awak tengok dia hafal ke tak no phone awak"

Bila aku dengar ayat dia atas aku pun macam WHAT THE HELL? Mana dia dapat rule tu? Lelaki kalau dia sukakan perempuan, dia akan hafal nombor phone tu? Even kalau lelaki tu setia macam aku pun dia kena hafal no pnone girl yang dia suka tu? So, kalau aku betul-betul suka kat that girl, aku mesti ingat nombor phone dia? Pffff. This is a joke.

Well first of all, aku amat teruk dalam bab mengingat so there is no way aku akan menghafal nombor telephone awek yang aku suka. And secondly, how the hell aku nak ingat berpuluh-puluh nombor awek comel kat luar sana? Kan? Kan? Yeah.

Dan bila sampai rumah, baru lah aku perasan. Kuat berangan memikir juga aku ni ya.

Well, true story. A very-very true story.


Sabtu, 25 Disember 2010

Troll : Boys = Bullshit?

Assalamualaikum



Hye all. Ini bukan Mr K tau. Mana Mr K? Hurmm. Alaaa, mana lagi Mr K tu kalau bukan tengah sibuk main Dota. Tak pun tengah tidur buat air liur basi. Dia dan kaum dia tu sama je semuanya. Hanya tahu buat lemak. Tapi bak cari pasangan, nak yang slim-slim. Nak tak nak, terpaksa la juga perempuan ni jaga badan. Tak kesian langsung ke dieorang kat kaum comel nie...Isk.

Oh ya, kalau awak semua tertanya-tanya samaada saya hack account blog Mr K ni atau pun tidak, jawapannya, tolong lah jangan buruk sangka okay. Tapi ya memang saya hack pun. Senang sangat nak hack account blog mamat ni. Tulis je nama girl yang dia suka (Ulang : GIRL YANG DIA SUKA) sebagai password, sure dapat masuk. Padahal tu girl yang dia suka je. Bukan awek dia pun. Pfffffff, boys.

Nama saya Mrs K. Hari ini, saya nak cakap sikit lah tentang kaum manusia yang mempunyai mentaliti yang pelik. Dalam dunia ni hanya ada 3 jenis kaum gender manusia. Satu, kaum perempuan. Dua, kaum Trigender. Dan yang ke tiga adalah kaum yang mengada-ngada tak sedar diri. Atau pun... erm... apa ya nama scientifik dia? Oh ya, kaum lelaki.

Now, saya nak kasi sedikit fakta mengenai lelaki ya.

This so called handsome-hot-creature selalu perasan yang dia tu baik. Ye la dia lah yang paling alim sekali. Bila perempuan tak pakai tudung, dia kecoh-kecoh tak bertempat. Bukannya nak tegur elok-elok. Cuba la tengur secara berhemah. Kalau tegur dengan berhemah dan lemah lembut, mesti terpikat saya. Lagi terpikat kalau yang tegur secara berhemah tu adalah handsome umpama Jang Geun Suk dan Irfan Khairi. Bila terpikat, baru la ada keinginan untuk berubah. Ni tak, cakap macam tak ada sense of sensitivity langsung. Rasa macam nak bagi kaki kat muka tu. Terasa taw.



Well, cuba you all bayangkan apa yang akan terjadi kalau lelaki tak ada di sekeliling anda. Ya! Kalau lelaki tak ada, mesti tak akan ada kes rogol. Tak akan ada kes perempuan jadi lesbian di sebabkan dipermainkan oleh kekasih yang tak mutlak. Dan, kalau lah lelaki tak wujud, sure semua kaum perempuan akan happy sebab boleh makan banyak-banyak tanpa perlu fikir pasal kecerunan antara perut dan pinggul yang meningkat. Lagi pun, kalau lelaki tak wujud, tak perlu nak layan karenah mereka yang tak matang tu kan? Ewww so tak matang. Sebab tu lah ramai perempuan sukakan lelaki tua. Lelaki tua, bukan sahaja matang, malah banyak harta tau. Lelaki muda apa ada. Tidur pun bawah ketiak mak lagi. Lalala.

Lagi satu, anda anda anda tahu tak apa yang kita panggil lelaki yang ada half brain? Yes, gifted. Sebab mostly, they have less than just a quarter brain. Lelaki ni, tak pernah nak cakap benda yang betul di waktu yang betul. Ye lah, masa perempuan tengah tension lah dia merengek nak bermanja dan nak mengawan. Then, masa perempuan baru putus cinta la dia sibuk nak cucuk line buat-buat caring taik kucing. Dah la tak pandai bagi advice. Kalau bagi advice pun, jenis main lepas cakap je tanpa berfikir. Mr K misalnya.

Then, lelaki ni, bila nak mengurat perempuan tu, mesti nak start dengan cara gaduh-gaduh buat perempuan geram dan benci. Bajet ah benci lama-lama akan tukar jadi sayang. Tak boleh ke lelaki mengurat kaum perempuan ni dengan cara gentleman sikit? Contohnya dengan cara lemah lembut ke, bagi bunga ke, masak dinner yang romantik ke. Baru lah perempuan boleh terpikat. Ni tak, nak juga buat perempuan geram. Oh ya, zaman sekarang mana wujud dah lelaki gentleman yang romantik kan. Semua yang gentleman dah pupus. Yang tinggal hanyalah lelaki gentel-man. Ewwww!

Oh oh! Pernah dengar tak dengar quote ni:


"When a man brings his lover flowers for no reason, well, there's a reason."

Yes. Lelaki dah la tak pandai mengurat perempuan, memujuk pun tak pandai. Buat baik hanya bila nak mintak maaf dan mengurat perempuan. Kalau tak, jangan haraplah nak berbuat baik. Contohnya, bila nak mengurat dan memujuk perempuan, mesti lelaki akan bagi patung beruang (Bebear). Kenapa ye lelaki ni selalu sangka perempuan nak sangat patung beruang? Perempuan sebenarnya tak mahu lah bebear or chocolates or what so ever tu. Kami hanya mahukan seseorang yang boleh kami percaya untuk jaga kami. Masa nak mengurat tu, tak payah kasi macam-macam pun tak apa. Kami hanya nak lihat kesungguhan dan kesetiaan lelaki je. Tu je. Tapi kalau boleh kasi emas, intan, permata dan berlian, kami terima je. Kami tak cerewet tau.



Kemudian, lelaki selalu claimed yang dia bukan jenis yang menangis. Eley, ye ye je tak nangis. Padahal, kalau skali awek reject dia ajak couple, terus merah berair dah mata tu tahan nangis. Tunggu masa je nak mengalir keluar. Selepas tu mula la buat muka konon cool cover malu. Lelaki ni bukan ego sebenarnya. Tapi takut malu selepas kena reject.

Masa saya form 5, ada seorang cikgu kimia saya. Nama dia Datin Rosilah. Masa ngajar kimia, dia ada melencong sket-sket pasal bio. Dia selalu cakap "Eleh, korang ingat korang lelaki tu kuat sangat ke? Lelaki ni mana ada telur. Ada telur tu perempuan je (Ovum). Lelaki setakat sperm apa lah sangat. Dah la sperm tu sel paling kecil, boleh tahan 24 jam je pula tu". Hehe. Panas tak? Panas tak? Panas kan panas kan? Panas laa.



Dan yang terakhir, kalau anda nak tahu pasal this annoying-and-jerk creature (lelaki), mereka adalah umpama iklan di TV. Mereka suka sangat cakap gempak-gempak. Masing-masing mengaku yang dia tu lah lelaki paling setia. Mengaku yang dia tu lah lelaki paling romantik. Konon romantik lah tu bila cakap "Saya akan rindu awak selama-lamanya" atau "Hanya awak di hati saya selama-lamanya" atau apa-apa lah. Well, pernah tak tengok iklan minyak pelincir di TV yang cakap gampak yang berkata "This minyak pelincir is APPROVED BY NASA or APPROVED BY F1 EXPERT or APPROVED BY NASCAR BLA BLA BLA". But, hey could you believe that? Hell no. So yeah, men are like the advertisements. You shouldn't simply believe them, even a word from their mouth. Lagi pun, pernah tak dengar statistik pasal lelaki dan kecurangan mereka? 20% lelaki curang ketika di tempat kerja. Selebihnya, curang ketika selepas waktu kerja. So, "Hanya awak di hati saya selama-lamanya"? Pfffff. Bullshit.



Rabu, 22 Disember 2010

Troll : Kenapa Perempuan Menangis

Assalamualaikum


Dulu, masa muda-muda dulu. Masa aku hingusan macam korang sekarang, aku selalu pergi ke tadika. Tadika tu macam kat dalam kampung sikit biasalah I kan orang kampung tak macam korang orang-orang bandar mengada-ngada.

Rutin hariannya aku di tadika; sebelum rehat, belajar benda-benda kenali jarum jam dan selepas rehat, belajar ABC. Time tu, aku paling susah nak ingat dengan huruf N. Aku boleh hafal semua turutan huruf, tapi mesti tertinggal dengan huruf N. Cara aku atasi masalah ni adalah dengan mengingat seorang mak we (Awek) ni. Nama dia Ann. Tapi cara cikgu tu sebut bunyik macam N. Tak tau lah kot-kot cikgu tu poyo ke apa nak berslang-slang di tadika. So, dari situ, aku kenal awek tu.

Ann ni manja gila. Sikit-sikit nangis. Sikit-sikit nangis. Tak dapat makan, nangis. Tak ada tempat nak letak selipar, nangis. Tak reti baca waktu jam, nangis. Tak dapat cari buku nota, nangis. Sembelit sampaikan 'cake' tak keluar pun nangis. Suka sangat nangis. Dia tu, bila nangis, hingus mesti keluar meleleh-leleh dari hidung dia. Dah meleleh-leleh tu bukannya reti nak lap, tapi di biar je terus masuk dalam mulut. Aku tengok pun pelik dia nangis gaya macam tu. Macam perempuan.

So, pada suatu hari dia tak henti-henti nangis sebab berebut lego dengan aku. Memandangkan aku dah fedup gila dengan si Ann tu, aku pun pergi lah ke kelas sebelah dan tanya cikgu kelas sebelah. (Aku tanya cikgu kelas sebelah sebab cikgu kelas sebelah tu lelaki.)

"Sir, why the hell awek tu asyik menangis?" Aku tanya.

Cikgu tu actually ambil masa yang agak lama untuk terangkan kat aku. Mungkin dia pun tak tahu sangat pasal makhluk yang complicated ni. Then, aku ingat lagi yang kemudiannya cikgu tu cakap "Mr K, susah nak terangkan pasal ni. Sebab... kalau nak tahu, perempuan memang suka menangis. Kalau di ikutkan, tanpa sebab pun perempuan boleh nangis. Apa pun, bila awak besar nanti, awak akan tahu". So dari situ, aku set kan di mind aku. Perempuan, memang suka menangis tanpa sebab. Tapi.....

Tapi, segalanya berubah bila aku masuk darjah 6.

Masa aku masuk darjah 6, kat sekolah tu ada buat satu program jual pampers. Pampers untuk baby kata cikgu-cikgu aku. Tapi yang hairannya, hanya student perempuan je yang boleh pergi program tu. Apa ingat kaum lelaki ni tak reti tukar pampers baby ke? Kaum lelaki bukan sahaja mahir membuat anak, malah, pandai mendidik. Abang K misalnya.

So, masa semua kaum gedik-gedik tu pergi join program tu, aku pun bersama kaum-kaum baik, pemurah, baik hati dan setia (kaum lelaki) pun berborak lah. First, kiteorang berborak pasal pampers. Kemudia topik perbualan beralih ke couple. Then beralih ke kahwin. Then beralih ke malam pertama. Dan aku ingat lagi point yang paling penting dalam perbincangan tu adalah, 'perempuan memangis di malam pertama'. Itu kata si tukang pencerita. Aku pernah cuba tanya dia pasal malam pertama. Tetapi, dia hanya pegang bahu kiri aku dengan tangan kanan dia sambil squeeze dengan eratnya dan berkata "Bila besar nanti, kau akan tau..."


So, bila aku dah masuk ke tingkatan 3 (which is dah besar), aku dah tahu apa yang di maksudkan perempuan menangis di malam pertama. Yeah, aku sendiri melihat dengan biji mata aku sendiri bagaimana a comel girl falls for a boy sambil nangis-nangis. Yeah, malam pertama selepas putus cinta. That girl, menangis macam orang gila. Sikit-sikit nangis. Sikit-sikit nangis. Padahal couple baru je satu bulan. Tapi nangis macam nak rak. Macam lah orang lain tak pernah putus cinta. Lagi pun...Couple? Cinta? Alah, penting sangat ke couple-couple ni? Penting sangat ke love-love-eww-eww ni? Tak payah susah-susah nak couple. Buang masa je semua tu. Semua tu bullshit. (Ayat orang tak ada awek).

So, bagi menghuraikan masalah complicated ni perihal kaum complicated tu tentang this complicated issue, aku pun berjumpa yang pakar. Yes, yang pakar. Even aku dikurniakan dengan keperibadian yang menyenangkan dan perwatakan yang memikat hati, hati yang setia untuk seorang gadis dan jiwa raga yang suci (oh, so terharu I), still, aku perlukan pakar. So, aku pun jumpa lah si pakar ni. Si pakar ni, perangai dia ada bau-bau Afyy sikit. Cute umpama perempuan. Ganas umpama lelaki. Manis umpama gadis. Three in one. Perfect 'composite composition'.

Oh, si pakar tu, bernama Ain. Bukan Aina. Tapi Ain. Ain ni cakap "Perempuan adalah makhluk yang paling kental, tetapi memiliki organ yang amat fragile dan kecil." At first place, bila dia sebut "Perempuan ada organ yang kecil", aku ingatkan dia bercakap pasal brain (Ya otak adalah organ). Tapi rupa-rupanya dia bercakap pasal heart. HEHEHE.

Then dia sambung lagi "Hati perempuan banyak keluarkan kasih sayang, tetapi tak boleh menampung banyak kesengsaraan sebab ianya fragile. Bagi menghalang hati itu pecah berkecai, air mata akan mengalir." Aku angguk-angguk faham. Padahal aku tak apa faham pun. Hati mudah pecah lah. Organ kecil lah apa lah. Cakap je la perempuan suka nangis. Kan mudah.

Dan, bila aku menjejek di tingkatan 5 which is tahun di mana usia aku dah cukup dewasa untuk kahwin dan membuat perkara-perkara keji, aku pun sekali lagi bertemu dengan sebab-kenapa-perempuan-suka-menangis.


Ianya bermula dengan pagi yang hening. Dalam pukul sepuluh. Aku sebagai seorang pengawas yang berkaliber tinggi pun pergi la ronda-ronda kawasan sekolah. Padahal waktu tu belum rehat. Saja je nak ponteng kelas. Masa tengah jalan tu, aku ada nampak seorang perempuan ni menjerit-jerit kat lelaki. Lelaki tu relax je pandnag perempuan tu dengan muka slamber. Tiba-tiba perempuan tu hilang kawalan lalu start memukul lelaki tu di bahu. Dia pukul-pukul sambil nangis-nangis. Ya, dia pukul orang, tapi dia yang menangis. WHAT THE HELL IS THAT? APASAL DIA PUKUL ORANG TETAPI DIA YANG NANGIS?. Terpekik terlolong perempuan tu menangis sambil pukul lelaki tu. Dia nangis lebih-lebih tapi lelaki tu steady je tak buat apa-apa. Well, lelaki, biasalah. *Angkat kening double jerk*

So, aku pun duduk di birai kelas sambil memikirkan tentang peristiwa yang baru aku saksikan. Sungguh aneh peristiwa itu. Tak dapat aku tafsirkan mengikut fahaman aku. Lalu, aku duduk untuk memikirkannya. Aku berfikir balik tentang peristiwa lepas-lepas. Pasal couple, pasal malam pertama pasal itu dah ini. Tetapi, semuanya amat bercanggah dengan apa yang aku faham dan apa yang aku lihat. Tapi, semua masalah aku itu terjawab bila aku teringat balik apa kata-kata guru tadika aku.

Ya. So, betullah kata-kata guru tadika aku ; "Perempuan... tanpa sebab pun boleh nangis."