Memaparkan catatan dengan label life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label life. Papar semua catatan

Ahad, 19 Jun 2011

Kenangan Ber- Chatting di mIRC.

Assalamualaikum


Zaman aku muda-muda dulu. Aku tak tau sangat pasal internet. Tapi apa yang aku tahu, masa tu dah start phenomena ber-"chatting". Sana sini semua orang dok cakap pasal chatting. Dan isu "Chatting membawa ketagihan" telah berleluasa dengan jayanya. So setiap kali aku dengar pasal isu "chatting" aku pun terfikir, "Apa chatting tu sebenarnya? Bahaya sangat ke benda tu?". At the first place aku ingatkan chatting tu adalah suatu aktiviti outdoor seperti berjogging dan sebagainya. And then baru lah aku tau yang chatting ni adalah satu aktiviti yang membosankan. (Biasalah, sebelum kita minat, semua benda membosankan)

And then, masa aku form 1 or something like that, ayah aku start pasang internet di rumah aku. Masa tu dail up lagi. Setiap kali nak masuk internet tu akan ada bunyi macam "Teeeeeeek. Tenet. Tenet. Tenet. Tek. Tek. Tek, Tek. Tuuuuuuuuuut." Then baru lah connect. Kira bising gila ah setiap kali nak main internet tu.

Actually korang masih boleh dengar bunyi ni. Caranya, restart modem korang then dengar ikut ganggang telephone. Bunyi dia still sama tapi slow.


And then, antara benda pertama yang abang aku install adalah mIRC. Ya, mIRC adalah satu software yang famous gila yang di gunakan untuk bercatting. Dan kalau korang nak tahu, mIRC telah mencipta satu revolusi men-tackle awek yang lead kepada zaman sekarang. Stepnya? Mudah je. Dengan kata lain, sesiapa yang login ke mIRC pasti akan buat benda seperti di bawah.

  1. Belek-belek room best kat mIRC
  2. Jumpa room yang di penuhi dengan awek macam #Gadis (Padahal lelaki gatal je ramai dalam room tu)
  3. Usha awek yang ada nama-nama comel - BabyComel or SitiAyuYangComel or something like that
  4. Tegur - Start perbualan dengan "Male/21/KL/Horny" (Padahal umur baru belas-belas.)
  5. Mintak URL Friendster / Myspace. (Myspace serious kenangan. Teringat kat awek bernama Erina Erlianna)
  6. Mintak nombor phone rumah. (Dulu tak semua orang ada handphone)
  7. Next level.

So yeah, itu lah gaya orang-orang main mIRC dulu-dulu. Tapikan, masa first time aku nak chatting tu aku takut tau. Iye lah, aku mana biasa dengan perempuan. Aku jugak tak tau nak start perbualan macam mana. Sure akan jadi kekok habis. So, aku letakkan ibu jari dan jari telunjuk kat dagu sambil berfikir. Then aku dapat satu brilliant idea.

Apa idea aku? Ini ideanya.
  1. Aku register MIRC
  2. Menyamar jadi perempuan
  3. Berkenalan dengan perempuan
  4. Mengaku lesbian
  5. Mintak nombor phone
  6. Bila dah dpt phone, ngurat habis-habisan
  7. Then baru la bagi tahu yang aku ni lelaki.

See? Brilliant! Well, korang mungkin tertanya "Kenapa nak menyamar jadi perempuan dan lesbian bagai? Kenapa tak jadi lelaki je?" Err. Actually jawapannya adalah sebab aku dulu pelik sikit. Masa aku observe classmate perempuan aku, aku nampak perempuan mostly hanya bercakap dengan perempuan je. Then aku ingatkan kat internet pun macam tu juga. Thats why la aku menyamar jadi perempuan supaya diaorang bercakap dengan aku... Alaa, you girls macam ah korang tak pernah menyamar jadi lelaki sebab nak berkawan dengan lelaki.

Tolong arrr cakap korang pernah.


Then aku menyamarlah jadi perempuan. Tapi masalahnya, aku tak tau nak letak nama apa. Fikir-fikir then aku letak nama Siti. Bila aku letak nama Siti aku berharap ah akan ada perempuan tegur unruk berkawan. Tapi malangnya lelaki lak datang. Perempuan sorang pun tak der. Dan korang faham lah ayat lapuk lelaki yang macam "Haii nak berkenalan boleh?" Ewww. Kemudian aku tegur mana-mana perempuan, tapi.. tak ada sorang pun perempuan yang reply pun private chat aku. Tak guna.

Then bila dah give up, aku letak la nama aku sendiri which is Amilin. Well actually aku tak tau la pulak yang Amilin tu adalah nama yang macam perempuan sikit. (Sikit je okay) Bila dah nama macam perempuan. Lagi lah ramai lelaki private chat. Maklum lah, "Amilin" tu kan nama comel. Heyy don't play-play with my name okay. "Khairul Amilin." is a great name. Kalau korang dengar perkataan "Khairul" tu bunyinya amat ganas while Amilin bunyinya amat comel. Thus it makes it as the cutest name ever. Tu belum kira bila di gabungkan dalam satu ayat seperti "Khairul Amilin's Lisa Surihani.". Khairul Amilin + Lisa Surihani = Perfect. What? What? Yusry? Ew. Please. Don't.

Then aku nak start la kacau seorang dua awek. Kat dunia internet, senang je nak kenal awek-awek comel ni. Caranya dengan tengok nama dan tingkah laku dieorang. Kalau nama dia nampak comel jee then dia macam jual-jual mahal, haaa comel lah tu. Tapi kalau nama dia terlebih perasan macam "BabyComelPalingAyu" then kat Public Chat dia macam gatal biroh sangap tu memang obvious ah dia desperate nak dapat belaian lelaki. Perempuan lawa macam my Siti Saleha pun kalau dah desperate memang tak akan nampak lawa. Note that.

Well, aku dan dunia chatting kat mIRC ni tak ada lah lama mana. Nak kata hari-hari bukak pun tak. Kalau internet rosak tak dapat chatting pun tak der hal. Tapi kalau blog, perh. Sehari tak dapat online dan menulis, rasa macam gian je.


Apa pun, kalau aku dah kahwin dan ada anak, aku tak akan kasi anak aku main mIRC tu. Sebab kalau korang nak tahu, room yang macam #awek dan #gadis tu sebenarnya tak dernya ramai dengan perempuan. Then kat mIRC tu memang banyak gila ah orang horny. Room-room lucah pun banyak. Biasanya di penuhi dengan lelaki yang kesunyian je. Kalau ada perempuan pun, dioarang mungkin lelaki yang menyamar jadi perempuan. And aku boleh kata 99.9% dari mereka adalah lelaki gatal yang kesunyian. 99.9% je tau. Yang selebihnya baik. Ehem.

So, how many of you guys yang sempat merasa kegemilangan mIRC? Ada kenangan kena tipu? Nama PrinceCharming tapi bila add Friendster tengok macam PuteraKatak?



Sabtu, 4 Jun 2011

Himpunan Soalan-Soalan Menarik Di My Formspring.

Assalamualaikum


Hellow strangers and friends. 

How are you right now? Damn good? Got problem with your girlfriend(s) and boyfriend(s)? Or some issues with your life? Well relax, they are nothing anyway. Btw, cakap pasal love, life dan macam-macam lagi ni, teringat pula aku kat formspring dan email aku.

Dan memandangkan Formspring tak ada search function (even aku dah request), maka ianya a bit sucks. So, rasanya okay juga kalau aku letak soalan formspring dan soalan yang mungkin di tanya di Fs tu di blog, kan?


Lelaki makin kurang romantik selepas lama bercouple.


Ini adalah antara Top 10 soalan paling famous di my formspring. Well, ini adalah normal. Actually, aku tak tau nak cakap macam mana bab ni sebab aku tak pandai sangat bila masuk bab cinta-cinta ni. Yang aku tau, bila someone dah masuk ke comfort zone, keromantikan akan kurang tapi tak bermaksud si dia dah tak sayang kat korang. Sama la seperti berkawan. Kalau duduk satu bilik, lepak satu katil, pergi mana-mana asyik berkepit dan bersama, lama-lama sure bosan. Tapi tak bermaksud dia dah tak nak kawan.

So, ini adalah advantage bagi orang yang in relationship secara Long Distant Relationship. Somehow, LDR is not always a failure. Apa pun, semuanya bergantung kepada jodoh. Just berdoa cukup ah.


Apakah pendapat Mr K tentang perempuan yang Pakai Shawl / Shawl Lilit-lilit / Terlalu ikut fesyen.
First of all, kita kena faham kenapa seseorang tu pakai shawl. Nak ikut fesyen? Kalau semata-mata nak ikut fesyen memang tak ah. But, kalau seseorang tu pakai shawl sebab nak tutup aurat dan pada masa yang sama dia nak ikut trend berfesyen, then apa masalahnya? Kalau dia nak pakai tudung saji pun tak ada hal asalkan tutup dada dan apa-apa bahagian perlu di tutup?

Tapi personally, bila aku tengok terlampau banyak lilit, aku terfikir juga, "Korang tak rimas ke letak kepala dalam bungkusan tu?" Aku tengok pun nampak rimas...


Cara untuk melupakan Ex.
Ini adalah benda-benda yang fishy. And you know what? Awek gua dah tulis pasal How To Survive Horrible Break Up. Aku bet korang dah baca. Tapi kalau belum, apa korang korang pergi baca sekarang. Hamis Jalikha : Surviving Break Ups. Ehem

Dan, ada banyak tau lagu yang sesuai untuk dilayan after break up. Contohnya:
  • Jar of Hearts - Christina Perri
  • You Give Love a Bad Name - Bon Jovi.
  • Apa-apa lagu Kelly Clarkson yang berkaitan
  • Apa-apa lagu Taylor Swift yang berkaitan

Apa pendapat Mr K tentang Lynas?


Cakap pasal Lynas, setiap orang ada pendapat masing-masing. Bagi aku, isu Lynas ni isu politik je lebih. Sama la juga macam masa dulu-dulu. Dulu masa kilang MTBE baru nak di buka (juga di Gebeng, Kuantan), kecoh gak. Ada bising-bising tak tak perlu lah, itu lah ini lah. Tak terlupa, Amoco. Kalau tak silap, aku pernah pergi Amoco masa kecik-kecik dulu. Besar beb kilang dia. Diaorang siap buat hari terbuka nak kasi orang tengok sendiri Amoco tu tak seperti orang bisingkan. Sebabnya zaman dulu mana ada blog, twitter dan internet ni semua. So most orang Kuantan je tahu pasal ni.

So, adakah ianya bahaya? Yup. Ianya bahaya. In fact semua benda bahaya. Tapi kalau korang tanya isu lynas ni kat student chemical / engineering, most of them akan kata "Tak der hal lah". Tapi kalau tanya student yang tak ada pendedahan dengan chemical and engineering, sure diaorang akan bising-bising. Fakta sama seperti kalau korang tanya "Weh, tau tak kat Malaysia ada logi nukclear". Then semua akan terfikirkan Peluru berpandu yang mengandungi nuclear atau pun, orang akan terfikikan tentang logi yang nipis yang ada benda bewarna hijau di dalamnya yang akan meletup pada bila-bila masa.

Personally, aku duduk di Kuantan dan rumah aku dekat je dengan Gebeng. Beberapa hari lepas, aku balik kampung, aku lalu ikut Gebeng nampak laluan ke Lynas. Seriously, aku support pembinaan Lynas. Dan bila fikir-fikir balik, memang not a problem. Bukannya diaorang bina kilang tu cincai-cincai. Well, korang boleh letak apa-apa link blog atau apa-apa video orang Australia but aku still tak rasa statistik kemalangan chemical / radiation akan lagi tinggi dari statistik Arang Batu, Kuasa Hydro dan sebagainya yang dah tersedia ada. Rujuk sini.



Apa sebenarnya hukum meminum air Barbican?


Aku ada baca certain people kata Barbican tu haram sebab bentuk botol tu macam arak. Then aku terfikir yang memang betul lah orang Malaysia ni suka jatuhkan hukum haram. Part yang aku tak boleh blah adalah bila aku google, aku jumpa 'ustaz' yang kata air Barbican ni haram sebab packaging dia macam arak. Banyangkan just kerana bentuk botol ada orang nak jatuh kan hukum haram? Then how about air Rebina? Dan sos tiram / kicap? Aku ada perasan yang certain sos / kicap berbentuk seperti botol arak. Begitu juga dengan air Montain Dew. Masa first time aku nampak Montain Dew tu aku ingatkan tu air Carlsberg sebab leher botol tu panjang dan ianya bewarna hijau. So, adakah itu akan menjadikannya haram?

Korang mungkin akan kata "Kan banyak lagi air lain yang boleh di minum?" Well, kenapa soalan tu seolah-olah nak kata air tu tak boleh diminum? Bayangkan kalau setiap kali sesebuah produk tu ada orang fitnah kata haram then semua pakat kata "Kan banyak lagi air lain yang boleh di minum, kenapa nak juga minum air tu?" Well tak pasal-pasal korang dah merugikan syarikat tu. Most of us hanya fikirkan pasal diri sendiri. Tak fikirkan pun pasal orang lain.

As for % alcohol di dalam Barbican tu, aku tak tahu berapa yang sepatutnya ada untuk kasi ianya di benarnya sebab seperti yang diperkatakan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, 0.5% adalah dibenarkan sebab alcohol tu terjadi dengan sendirinya. Tapi syarat memabukkan adalah 0.05% of arak. Aku ulang, arak, bukan alcohol. So persoalannya, dalam Barbican ni arak atau alcohol? Dan persoalan ke dua, nak ikut 0.5 atau 0.05%. Aku tak pernah minum air Barbican sebab tak pernah jumpa kat Kuantan ni.

Dan hukum sebenarnya, aku tak sure. 


Beza antara Arak dan Alcohol (alkohol)


Aku juga dapat banyak soalan yang berkaitan dengan produk-produk yang dikaitkan dengan alkohol. Dan part yang aku tak boleh blah bila ada orang kata asal alcohol je terus haram. Termasuk lah pencuci mulut Listerine. Dengan kata lain, kalau korang kumur-kumur Listerine tu then andai kata tertelan satu titik maka ianya haram? No it is not. Sebenarnya orang ramai still tak nak percaya bila aku kata arak dan alcohol tu benda yang damn berlainan. Kenapa ramai salah faham? Sebab ini adalah masalah translation. 


Salah tanggapan ini antara lain akibat kesilapan dalam menterjemahkan khamar daripada asal perkataan Arab kepada bahasa Inggeris sebagai alkohol. Sedangkan maksud sebenar khamar adalah arak.

Secara kimia, alkohol merujuk kepada sebarang sebatian kimia yang mengandungi kumpulan hidroksil (-OH). Sebagai contoh, iso-propil alkohol, metil alkohol (metanol), butil alkohol (butanol), propil alkohol (propanol), sorbitol dan inositol.

Walaupun ianya tergolong dalam kumpulan alkohol adalah pemanis dan tidak mempunyai sifat yang memabukkan.

Bagaimanapun, seperkara yang perlu dijelaskan adalah tidak semua etanol terhasil daripada proses pembuatan arak. Ini kerana terdapat juga etanol yang terhasil daripada proses penapaian tumbuhan yang bukan bertujuan untuk menghasilkan arak, seperti alkohol industri.

Etanol juga boleh terjana secara sintesis kimia iaitu daripada sumber petroleum, melalui hidrasi etilena. (Sumber)

So, kalau korang nampak iklan-iklan atau ada mamat yang promot barang diaorang sambil kutuk barang buat barat yang seperti:

"Adik, beli lah perfume ni. Dalam ni tak ada langsung alcohol. Confirm halal. Boleh buat masuk solat lagi. Jangan beli perfume DKNY or Georgio Armani tu. Dah la mahal, ada alcohol pula tu." 

Aku geram gila bila ada usahawan melayu yang menggunakan isu halal dan haram untuk melariskan produk dia seperti produk HPA, ubat gigi dan sebagainya. Ianya nampak macam desprate nak cari pelanggan untuk produk dia yang tak laku.


Tariff Elektrik TNB dah di naikkan. Kenapa? 


Oh, masa mula-mula kes tariff ni di naikkan, aku pun macam pelik juga. Then tiba-tiba, baru aku perasan yang ada pihak TNB emailkan aku pasal FAQ kenaikan tariff untuk aku dan readers aku baca. Then aku terfikir "Ada orang-orang TNB baca blog aku ke? -,-". But the things is, kenaikan tariff elektrik TNB ni hanya naik bagi pengguna rumah yang bil elektrik dia melebihi RM77 ringgit sebulan (kalau tak silap aku). Sebab kediaman still under subsidi kerajaan.

Korang boleh baca FAQ dia di sini.


Apa pendapat Mr K tentang pengkid? Lelaki benci dia ke? Kalau lelaki lembut macam mana?
Aku tak benci pengkid. Aku tak benci lelaki lembut atau bapuk atau gay. Seriously aku suka berkawan dieorang. Dan aku tak selalu make fun of diaorang. Sebab, kadang-kadang berkawan dengan orang yang ada perspektif berbeza pun best juga.

Begitu juga dengan girl yang free hair. Aku tak ada masalah langsung dengan girl yang free hair atau sexy. Nak-nak girl free hair yang rambut paras bahu. Pastu pulak pakai tube. Perh, oh my, so sexy. HAHA. Cuma no way aku akan kasi anak aku pakai macam tu.



Kau tak ada masalah ke Mr K?


Soalan ni tak adalah selalu aku dapat, tapi ada lah juga kadang-kadang. But hey, siapa kata aku tak ada masalah? In fact, semua orang tak lari masalah. Tapi yang membezakan kita dengan orang lain adalah how cara kita selesaikan masalah tu. Benda yang aku belajar dari abang aku minggu lepas. Aku hilang dompet dan abang aku kata "Kalau barang hilang, jangan panik tapi bertenang. Bukan relax, tapi bertenang."

Dan itu membuatkan aku terfikirkan something yang kalau kita terlampau tumpukan tentang sesuatu masalah, kita tak akan jumpa jalan penyelesaian atau dalam my case, aku tak akan jumpa dompet aku.

That is how korang akan settle kan masalah korang. Dan korang kena tahu, kadang-kadang tunjukkan sangat yang korang ada banyak masalah bukan je buat orang lain rasa tak senang. Kadang-kadang, korang pun akan rasa tak tenang dengan diri sendiri.


Kenapa lelaki suka __________? Kenapa lelaki selalu __________? Kenapa boyfriend(s) aku __________?


Ini adalah contoh soalan yang paling paling paling paling famous di Formspring aku. Amat famous. Soalan yang seperti "Kenapa lelaki macam chipsmore." or "Kenapa lelaki suka sangat gatal kat depan awek dia" dan bermacam-macam lagi. Here is the thing, bila anda ada masalah dengan your boy or your crush yang gatal, tak bermaksud semua lelaki lain macam tu. Your boyfriend(s) and your exes tak akan sekali-kali mewakili lelaki lain di seluruh dunia. Tapi yeah, mejoriti tu memang ada.

Ingat tak quote ni..

"Good love makes you see the whole world from one person while bad love makes you abandon the whole world for one person."

Dan, begitu lah juga dengan lelaki romantik. Korang tak boleh expect semua lelaki di Malaysia dan Korea romantik seperti Romeo dan Mr K sebab semua lelaki ada kelebihannya yang tersendiri. Okay? Ehem.

**********

Well, satu benda yang korang kena tahu pasal Formspring aku adalah kadang-kadang, bila korang tanya soalan pelik-pelik, aku main jawab je ikut suka. HAHA. Dan yang bestnya bila aku baca balik, aku perasan yang ada betul juga apa yang aku tulis tu. Apa pun, korang jangan ah terima bulat-bulat benda yang aku cakap kat formspring tu nak-nak kalau ianya melibatkan benda hidup seperti pak we korang yang asyik curang. Sebab setiap orang adalah berlainan.



Khamis, 5 Mei 2011

Itu Hanyalah Cinta Sementara.

Assalamualaikum


Cerita di atas bukan menceritakan tentang si lelaki yang menipu. Juga tidak mencerita kan tentang kenapa begitu mudah si perempuan di tipu. Tetapi ia menceritakan tentang kita. Yeah, you, you and all of you. Setiap kali you all bercinta mesti you all rasa macam "Oh, ini lah my Prince William." Tak pun, "Oh, ini lah my Ashraf Muslim." Dan bagi lelaki pulak, "At last. I found you. My unicorn". Tapi, selepas beberapa bulan, end up dengan perpisahan dan pergaduhan. Please. Bila korang bercouple, jangan expect too much.

Bila aku kata jangan expect too much tu maksudnya janganlah mengawan, janganlah kissing-kissing, dan janganlah buat anak.


Well, kadang-kadang kan, bila aku dalam relationship, aku takut sangat-sangat kalau hubungan aku tu adalah seperti hubungan-hubungan sebelum ini which is another short love story. :( Tambahan pula, aku ni Melayu. Dan seperti yang korang tahu, jejaka melayu ni setia orangnya. HAHA

So, kepada gadis-gadis comel sekalian. Sila lah jangan bercouple. Sebab nanti kalau you all dah bercouple, susah la ai nak masuk line. Hehe.


Sabtu, 30 April 2011

(Max 247) 24:7 Boy Band Kpop Malaysia Yang Pertama? Urh.

Assalamualaikum


Well, ini adalah entri segera. Aku cuma nak bagi tahu masa aku lepak-lepak di dunia internet menggunakan Baby S aku, aku jumpa tau satu gambar yang amat... menarik.

Well, kita semua tahu yang ramai gadis-gadis Malaysia yang minat kat jejaka Korean. Semua gadis-gadis Malaysia bajet kononnya jejaka Korea tu semua handsome dan romantik. Bagi dieorang, tak ada lelaki Melayu seromantik jejaka Korea. Heh, please.

Tu belum kira lagi bab lelaki-lelaki Korea yang menanggotai band-band yang semuanya terdiri daripada lelaki yang bajet nak tunjuk dada tak berbulu dieorang. Dan, once gadis-gadis Malaysia nampak je band-band jejaka tujuk dada tak berbulu ni, mereka akan terus terpikat. Muka ahli band tersebut cepat-cepat di paparkan di profile Facebook. Status Facebook pula dok sebut "OPPA OPPA". Sambil tu bagi gadis-gadis yang ada internet, mesti dieorang pakat download poster-poster jejaka korean topless di internet. HAHA.

Ya, semuanya jadi gila kat lagu-lagu korean bersama band-band Kpop. Entah apa yang best sangat dengan lagu korea pun tak tahu lah aku. Apa? Lagu dieorang sedap? Apa yang sedapnya? KORANG BUKAN FAHAM PUN DIEORANG CAKAP APA. Cakap je ah korang semua suka tengok dada dieorang. HAHA.

Dan, memandangkan terlampau ramai gadis-gadis di Malaysia yang terpikat dengan jejaka Korean, aku dapati yang ramai jejaka Malaysia dah macam kekurangan kasih sayang. Bagi membendung dan menghalang gadis-gadis ini di angkut ke korea, beberapa orang anak jati Malaysia mula memulakan langkah menyelamat. Dengan itu, wujudlah Band 'K'-Pop Malaysia yang pertama yang bernama 24:7 (Now dikenali sebagai Band Max 247). Ya, mereka semua adalah boyband dari MALAYSIA. Sila jangan muntah.

Yang tengah tu seksi doe. Mesti ramai lelaki terpikat.

Now aku faham kenapa ramai gadis-gadis Malaysia sukakan jejaka Korean.

Girls! Look at them. Look at them. Anda pasti terpikat kan? KAN?
So kawaiiiii! HAHA

Agak-agak korang, nama ahli-ahli band ni apa ya? Mamat? Abu? Ali? HAHA. Oh God, Melapetaka apakah ini semua.



Rabu, 13 April 2011

Tempat Sambung Belajar Bila Result SPM Teruk. Tak Pun, Dapat 8 A Tapi Tak Dapat Tawaran Belajar.

Assalamualaikum


Hello cute underage girls and boys sekalian.

Well, aku dapat tahu ramai lepasan SPM tak mintak UPU. Awal-awak ramai lepasn SPM berkata "Resulr SPM aku teruk. Aku apply UPU belum tentu dapat. And bila dengar dieorang kata macam tu.. I am like... "Oh... Okay..." Duh. Dan, bagi mengelakkan korang berputus asa dan membuat pilihan yang silap, aku terbitkan entri ni. Tapi korang jangan salah faham. Aku amat tak pandai dalam study. Study aku teruk. Cuma, aku nak share apa yang aku tahu supaya korang boleh get a brighter future.

Entri ni bukan hanya untuk yang dapat result SPM yang teruk. Tapi juga untuk student yang straight A tapi tak dapat mana-mana tawaran. Ya, dapat 8 A dan tak ada hala tuju.

Actually, setelah aku tulis entri bertajuk "Tempat Untuk Sambung Belajar Bagi Lepasan SPM" yang lepas, aku perasan yang ramai yang bertanya pasal dieorang punya result yang teruk. Ada yang tanya pasal perguruaan macam

"How about Institute Pendidikan Guru (IPG)?"

atau

"Macam mana dengan maktab perguruan?" 

Well, aku tak tahu banyak pasal guru. Aku tak tahu bila boleh apply, kat mana nak apply dan kenapa kena apply. Tapi, masa aku tulis entri Sambung Belajar Lepasan SPM hari tu, ada sorang budak ni buat respond entry pasal Maktab Perguruan.

Tapikan, kalau korang nak jadi guru tapi korang tak tau korang nak jadi guru apa, korang boleh je masuk mana-mana course untuk diploma atau degree. Then bila dah graduate, korang boleh ambil kursus untuk menjadi guru. Kursus tu selama setahun. Selepas tu, terus jadi cikgu. Mudah kan?

Dan bagi yang tak berminat untuk menjadi guru, aku rekemen kan korang untuk:

Go for UniKL
UniKL adalah antara University yang under MARA. Maksudnya, kalau korang nak kata UniKL ni separuh swasta dan separuh kerajaan pun tak ada hal. Dengan kata lain, yuran dia jauh lagi murah dari mana-mana University full private lain. Plus, memandangkan U ni under MARA, agak mudah untuk korang dapat pinjaman MARA. Bila dah buat pinjaman Mara, score pointer 3.5 (or 3.7) dan jadikan biasiswa. Bila dah biasiswa, memang tak perlu bayar ah balik. Yes, apa yang korang perlu buat hanya lah score dan jangan jadi macam aku. Duh.


Bila di sebut UniKL, tak bermaksud ia ada kat KL. UniKL ada 13 cawangan. Ada di Melaka, ada di kedah, ada di Bangi dan ada di Perak. Dan setiap UniKL ada pengkhususan masing-masing. Ada bidang Kimia, Biologi, Medic, IT, Automotive dan macam-macam lagi. Ianya adalah tempat paling sesuai bagi korang yang tak terima mana-mana tawaran belajar.

Well, kalau korang nak tahu, ada beratus private University / kolej yang bagus seperti MSU, Sunway College, Uniten and etc. Untuk senarai IPTS korang boleh pergi ke sini.

Go for Special Sijil.
Aku tak tahu nak panggil apa untuk jenis sijil ni. But di sesebuah negeri, kebiasaanya di bawah yayasan, akan ada course yang di keluarkan. Antara course tu adalah Safety, Instrumentation, Plantation, Oil and Gas related dan macam-macam lagi. Kalau korang bernasib baik, korang akan jumpa course ni sebab course ni tak di iklan kan di mana-mana. Hanya orang tertentu je tahu.

Sebagai contoh, kawan aku. Dia ambil sijil safety selama sekitar 10 bulan. Bila dah tamat, dia dapat sijil Safety and ready untuk bekerja. Ya, sijil tu boleh di gunakan untuk kerja. Untuk safety, kerja dalam 3 tahun, then boleh ambil special exam untuk dapatkan Green Book. Aku tak pasti procedure dia tapi rasanya macam tu lah kot and gaji safety officer adalah amat-amat tinggi. Sekali audit, boleh cecah beribu-ribu.

"Tapi tengok ah result aku. Result macam ni, sambung belajar pun belum tentu boleh pergi jauh".
Well, who cares? I told you kan di entri yang lepas pasal a fresh start bila dah sambung belajar? FACT: Certain people akan naik bila umur dia dua puluhan. Ada member aku yang SPM dia hanya 3A. Dia gila-gila cari lubang masuk matriks dua tahun. Dan bila masuk matrik tu, dia score gila-gila pointer 3.9+.

Umur 17 you are a loser. But bila umur 20, you are the king. You used to be a loser and now you are the king.

Apa yang korang perlu buat adalah grab the damn chance.

"Okay now tell me. Course apa yang patut aku ambil?"
Well, that is so What-The-Hell question ever, guys. Doesn't matter ah korang nak ambil course apa. Yang penting, korang minat, tak pun korang boleh carry dan mampu belajar. Kalau macam aku, aku banyak benda aku minat. Dulu aku nak jadi Chef dengan cita-cita nak bukak restoran murah tapi berkualiti. Then aku nak jadi pilot. -,-. Then aku nak jadi engineer. Then aku nak jadi penulis. Then macam-macam lah. Tapi, korang kena ingat. Course yang 'low' yang macam culinary pun tinggi permintaan tau. Course yang 'semua-orang-boleh-dapat' seperti Law pun amat banyak firm cari. There is no way sesuatu course tu  di wujudkan kalau ianya useless. Ianya tak useless. Ianya adalah lah backpack untuk anda. Apa yang anda perlu buat, adalah cari tiket dan tempat untuk unpack beg korang.

Chase Your Dream(s)
Things you must remember masa muda adalah tak kira ah betapa murahnya harga sesuatu course tersebut, ianya tetap ada nilai. For most of mentality, course berkaitan IT dan computers dikatakan untuk losers yang dapat result rendah dalam SPM. Tapi tahu tak korang yang web designer adalah super awesome? Yeah, siapa-siapa boleh design web kan? Tapi berapa ramai yang cukup kreatif untuk membina sebuah web site? Sebab, creativity hanya datang bila ada minat. There is no way korang akan 100% sumbangkan creativity bila tak minat.


Korang minat pakai baju bundle. So, korang buka kedai bundle. Korang ingat tak kaya? Bila dah sampai ke tahap korang pergi ke China untuk beli sendiri baju bundle tu, then yeah, korang memang kaya ah. Aku pernah tengok situasi ni dan aku jealous gila. Ada yang jual selipar, umur 20 dah boleh beli kereta sendiri. Ada yang jadi personal tutor, dah boleh angkut Vios. Ada yang kerja operator kilang, tapi tup-tup jadi projek manager.

Ya. Ada bermacam-macam gaya rezeki datang 'bergolek'. Why? Because of A CHANCE. Ianya macam korang just perlu keep berjalan along the way hingga lah korang jumpa simpang untuk naik ke atas. Bila nampak je jalan ke atas, terus naik. Till then, just keep walking.

"Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now, just let it go"

I had bad time of my life. And, it is getting worse and worse and worse. So, betapa teruk pun life korang, life aku lagi teruk. Betapa teruk pun life aku, ada lagi life orang lain yang lagi teruk. So, apa yang korang perlu buat adalah get motivated, keep alive and start walking. Keep walking. Keep walking hinggalah korang jumpa chances. Sooner or later, it's gonna be your time.

But still, I haven't had mine.


Isnin, 11 April 2011

Kisah Awek Wangi, Budak Bawah Umur dan Bowling.

Assalamualaikum




There is the part where I 'hate' awek wangi ketika menonton wayang dan bermain bowling.


So, here is the story. Aku dah habis praktikal. "Yay". But still, aku sentiasa busy dengan report dan presentationnya memandangkan my Latihan Industri punya report yang siap tak sampai pun 15%. Duh.

But then, memandangkan boss di tempat praktikal aku terlampau comel dan baik, dia bawak aku pergi training dengan dia punya department. So, semalam aku pergi ah training tu dari pukul 8.30 pagi hinggalah pukul 5.30 petang di sebuah hotel di Kuantan.

And then aku dapat isyarat dari demensi lain yang berkata :

"Alang-alang dah ada kat bandar, apa kata kita pergi main bowling dan tengok wayang sekali?"

And then I am like, "HOLLLYSSSSHHT, why not?" Well, the wayang was awesome. Aku tengok cerita Souce Code. Cerita yang umpama dan sehebat The Inception. Tapi tak seberat The Inception. Dengan mudah je boleh faham cerita tu. Memang layan. Tapi, tak ada apa aku nak cerita. Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah pasal aku, kawan aku dan bowling.

The Bowling.

Aku sebenarnya benci gila ah dengan bowling. Tapi bila member aku ajak, aku on kan je. Lama-kelamaan, aku jadi suka kat bowling and to me, it is awesome sport ever.


But but but, there is something awesomer about the bowling which is the bowler. Yeah, it is when a g-string girl showing off her g-string masa tengah baling bola. Serious and obviously, you girls yang main bowling sambil pakai tight jean and tight shirt, tak ke korang tak perasan yang korang akan tonjolkan seluar dalam korang bila membaling bola? Yeahh, lots of pervert guys lepak-lepak kat belakang of your lane just to have a 'sneak peak' on your underwear. Korang pakai underwear jenis g-string ke, biasa ke atau tak pakai apa-apa ke, semua lelaki boleh tengok. 'Awesome' kan? HAHA. Okay fine nampak perv. Tapi aku tak tangok. Aku tak tengok.

'The Spoiler'

Tapi.. tapi ke-awesome-man itu berakhir bila di lane sebelah aku, ada dua orang budak kecik yang darjah satu or darjah dua yang datang main bowling tanpa pengawasan ibu bapa dan orang dewasa. Aku tak kisah ah budak tu main bowling ke apa ke. Tapi tak boleh blah ah bila setiap kali bola masuk longkang, awek-awek comel yang lalu lalang kat belakang situ gelak-gelak sambil berkata "Eeeee. Comelnyaaa budak-budak tu main bowling". And then I am like "What? Comel? Budak kecik baling bola guna dua tangan then masuk longkang and you girls kata comel? Seriously?" Aku yang ada dua hingga kali strike ni tak der pun awek-awek tu kata aku comel apahal? Adakah ini satu deskriminasi? Puh-lis.

And then then then, tiba-tiba member aku pun berbunyi lah meluahkan apa yang tersirat kat hati dia

"Weh, tak syok la macam ni doe. Budak-budak ni main hentam baling bola pun kadang-kadang boleh strike tau. Kita main serious nak mampus nak dapat spare pun susah." 

Aku terdiam, Ah, aku dah tak sedap hati. Kalau nak di ikutkan hati, nak je aku buat-buat salah baling bola sambil tala ke kepala budak tu. Kena sorang pun jadi ah. Panas ni bai. Sedap-sedap je dia curi perhatian para gadis comel. Dah la duduk betul-betul sebelah lane aku. Awek yang datang pula semua pakat duduk kat belakang lane dia. Kat belakang lane aku sorang pun tak ada padahal lane blowling tu sebelah-sebelah kot. Tergugat gila.


Well, korang tau tak budak tu main bowling macam mana? Dieorang pegang bola macam dukung awek then letak atas lantai, then tolak. Bola tu slow-slow gerak. Bila bola tu slow-slow gerak, suasana jadi hening. Dunia macam "Dup-dap-dup-dap-dup-dap" AND AND AND THEN STRIKE. WHAT THE HELL sambil tu awek-awek kat belakang riuh kasi sorakan. Please lah awek. Korang sedar tak yang korang sedang menyorak the wrong guy at the wrong time? You know what... it's... it's sedih aww tak ada awek nak kasi sorankan untuk aku ngan member aku...
"Relax dude, relax. kita kan ada lagi satu game. Sure kita boleh main kaw-kaw nanti" 

Kata aku samata-mana untuk menyedapkan keadaan. Budak-budak tu main kat 4 game tau. Aku dan member aku main 3 game je. Entah mana duit yang dia cekau pun aku tak tahu. So, untuk game last tu, aku akan tunjukkan kat awek-awek comel kat belakang tu yang lelaki dewasa lagi comel bila buat bola strike!

Ya, kiteorang bukan golongan yang mudah berputus asa. Masa game ke tiga, awek-awek tu masih ada di belakang melihat budak-budak pelik tu main bowling tanpa pengawasan ibu bapa. So, member aku ready to get soooo serious on the game. Dengan penuh tenaga dan dengan menggunakan pengalaman yang lebih 2 tahun bermain bowling, dia start the game dengan strike and dia macam "HELL YEAH!". And bila turn aku, aku pun pick bola yang ringan sikit. Bola 10 sebab lubang kat bola tu muat-muat je dengan jari aku.

"This gonna be awesome" Kata aku dalam hati. Tapi, semuanya tak seperti apa yang aku sangka. Balingan pertama, bola masuk longkang kanan. Balingan ke dua, bola masuk ke longkang kiri. Aku pun pandang ke sebelah. Setiap kali budak tu tak buat strike dan bola masuk longkang, setiap kali tu juga lah awek-awek di belakang akan jerit-jerit kata budak-budak tu comel. Tapi aku? Aku? Aku buat strike tak ada orang sorak. Aku buat bola masuk longkang pun tak ada orang kata aku comel. Awek-awek tu pandang slack adalah lah. Sedih gila. Isk. 


Well, itu adalah pengalaman bermain bowling paling teruk bagi aku. Dimalukan sedekimian rupa. Di malukan oleh dua orang budak umur sekitar 7 tahun di hadapan awek-awek comel yang comel lagi gebu. Ianya lebih memalukan dari baling bola then masuk lane orang.

Aku tak akan main bowling lagi. Never. Never ever. 



Selasa, 5 April 2011

Blog For Life : Perbezaan Gaya Penulisan Mengikut Zaman.

Assalamualaikum


Korang nak main blog ni sampai bila? Korang nak berblogging sampai bila? Sampai bila-bila? Oh seriously sampai bila-bila? SERIOUSLY? Yeah, seriously. Tapi pernah tak korang terfikir untuk tengok balik timeline post-post entri korang?

Gaya penulisan ketika berumur 15 tahun.
"Siapa tak pernah tengok cerita blue? Siapa? Siapa? Ah, tak payah nak tipu lah. Aku tau korang suka tengok. Apa? Perempuan tak tengok? Ah tipu je tu. Aku tak percaya kalau korang kata perempuan tak pernah tengok cerita blue. Ya, dengan itu, aku berbesar hati untuk menulis entri bertajuk "Tips untuk tahu jika awek-awek anda suka menonton porno.".


Gaya penulisan semasa 18 tahun.
"Tadi masa aku sedang mencari buku-buku ilmiah untuk Math, aku terperasan sorang amoi. Weh, amoi weh. Bapak ah putih. Dah la putih, gebu pulak tu. Nak cari awek-awek stock gebu ni susah tau. Aku nak yang dok cari buku math tu terketar-ketar lutut tengok kegebuannya. Aku rasa ni cinta pandang pertama. Siyes ni cinta pandang pertama aku. Tapi... Tapi aku cool je. Biasalah, kalau suka kat someone tu, kena la play it cool. Tapi belum sempat aku nak kenyit mata, dia dah blah. Panas beb tengok dia blah macam tu je. Baru nak sound dia, aku di langgar oleh seorang awek bertudung bawal. Ingat kan nak kaki je awek yang langgar aku tu. Tapi bila tengok muka dua, perh, gadis melayu terakhir bab. Bila mata bertentang mata, terus cair meleleh-leleh. Ni pun rasa kira cinta pandang pertama kot. Siyes cinta pandang pertama."

Gaya penulisan awal 20 an.


"Semalam aku pergi tengok wayang dengan member-member aku. Balik pukul 4 pagi. Sebelum tu, lepak-lepak jap kat Wong Ah Jang main kejar-kejar dengan bapuk. Gedik sial aku tengok bapuk-bapuk tu berlarian. Sotong habis. Dah tu, dia punya lemah gemalai jangan cakap ah. Tapi kan, apasal eh perempuan zaman sekarang susah sangat nak lemah lembut macam tu. Kalau ada pun, mesti minah bertudung Version 2.0. Well, dah tak ada lagi ke wanita melayu terakhir? Oh ya, lupa. Dieorang semua kan dah pupus."

 Gaya penulisan akhir 20an
"Aku tak tahu apa akan terjadi kat aku pada 10 tahun akan datang. Adakah aku akan menjadi pengutip sampah? Adakah aku akan jadi peminta sedekah? Seriously, aku tak tahu apa yang aku akan jadi. Apa kerja aku? Aku ada kerja atau tak? Kenapa aku seolah-olah tak nampak langsung masa depan aku? Aku akan kahwin tak? Atau... aku masih single? SINGLE? Forever alone? Tak ada a lovely girl ke yang sangup spend the whole life with me? Susah, senang, sedih, gembira. Di mana kah boleh aku nak cari gadis yang sudi jadi srikandi cintaku itu?

Gaya penulisan awal 30an.
"Hari ni selepas aku hantar anak ke sekolah, aku pergi ke kerja dengan menaiki BMW M9. Audi R10 aku ada calar lah. So, aku hantar kedai cat baru.  Alhamdulillah, hidup aku semakin stabil. Terimakasih kat isteri aku yang tersayang. Well, masa isteri tolong pakaikan stoken sebelum kekerja tadi, dia awal-awal dah bisik-bisik suruh balik kerja awal. Nak bermanja katanya. Bukan apa, lusa dia dah nak pergi ke London buat pergambaran Adamaya season 9. Dan, sebagai suami mithali, aku patut sediakan bekalan yang secukupnya untuk dia. Ye tak?

Gaya penulisan awal 40an


"Aku masih berharap anak-anak aku tak pernah tahu akan kewujudan blog aku. Tapi, kalau korang dapat tahu jugak, aku nak korang tahu yang... yang... yang... Papa muda-muda dulu baik orangnya."

Gaya penulisan awal 50an
"Teringat zaman pakcik muda-muda dulu. Eh, pak cik dulu dulu hot tau. Kalau korang satu zaman dengan pakcik, korang mesti kenal punyalah dengan Fazura dan Fasha Sandha. Dieorang berdua ni cair habis tau dengan pakcik. Tapi entah macam mana, pak cik boleh pula terberkenalan dengan Lisa Surihani engkau. Pak cik dulu tak minat pun dengan Lisa ni. Tapi... tapi Lisa tu tak habis-tabis nak tackle Pakcik, Pakcik kasi lah chance sikit kat Lisa tu. Pak cik ingat lagi masa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 / 2011 (ABPBH 2011) tu, Lisa pakcik tu dapat banyak gila anugerah. Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular dua-dua dia kebas. Setiap kali dapat anguerah, dia mesti sebut "Terima kasih kerana undi saya. Terima kasih kepada semua peminat. Dan terima kasih kat my baby, Mister Kay. Wuwuwuwu I mishhh you wuwuwuwu.". Entah lah. Mungkin pakcik ni menarik sangat kot.

Gaya penulisan awal 60an
Tadi, masa balik dari masjid, dengar cerita, ada janda bergetah kat kampung sebelah. Boleh masuk line ni. Keh keh keh *Ketawa*. Erk erk *Urut dada sambil telan ubat*

10 tahun akan datang, aku nak baca balik semua entri aku dan gelak kat diri sendiri sambil berkata "WHAT THE HELL WAS I THINKING? HAHAHA.". Must be good old days.



Jumaat, 25 Mac 2011

Kegagalan Aku Berdiet di McD.

Assalamualaikum


Dulu... dulu sebenarnya aku ada six packs. Tapi tu dulu lah. Dulu.... Sekarang pula... isk. Sekarang dari six packs dan tinggal jadi satu pack je. Sedih je tengok satu pack yang besar ni. So, dengan itu, aku pun merancanglah untuk diet. Tapi, nak beli makanan dan minuman kuruskan badan tu amatlah tak mampu. Biasalah, duit simpan untuk kahwin.

Entah macam mana kan, one day, ada seorang pekerja baru masuk ke 'kilang aku' tau. Lelaki. Damn kenapa lelaki? Well, mula-mula nampak berlagak je dia. Ada ke masuk kilang 'aku' tapi tak tegur langsung aku? Berani betul dia tak tengur lelaki baik macam aku ni. Rasa nak kasi kaki je dia.

Actually, boss aku masukkan dia sebab aku ni praktikal. Tak rasa gila ke suruh student praktikal handle satu kilang? So sebab tu lah boss masukkan pekerja betul (permanent). Tapi.. Tapi bila dah kenal memang terbaik ah. Memang sekepala habis. Aku dan dia memang dah macam geng ah. Tak sampai seminggu kenal, dah boleh lepak tengok wayang sekali. Dan entah macam mana, tiba-tiba dia kasi idea.

"Weh, jom buat gila nak? Esok pukul 6 pagi sebelum pergi kerja, kita breakfast kat McD. Ada bran?"

Aku pun macam... Bagun pagi-pagi semata-mata nak pergi ke McD? What the fuuu apasal aku nak kena bangun pagi semata-mata makan benda-benda pelik? Tapi, bila difikirkan balik, hey why not? Mesti fun kan. Tapi slack dia tu lelaki. Again, damn.

So, what makes me rasa nak bangun pagi dan makan di McD? Because of the ATMOSTPHERE and THIS:

Yes just print out this kupon and you are ready to go.

So, keesokkannya, seperti hari-hari biasa, aku bagun sekitar pukul 6 pagi. Mulakan hari dengan bergaduh bersama budak pendek yang comel tentang siapa yang bangun subuh dulu. Then mandi, then bersiap ke Mc Donald Telok Cempedak. Bila sampai je kat sana, perh, lawa beb tempat dia. Lampu malap-malap dalam suasana samar. Dengar bunyi ombak laut pulak tu. Persekitaran sunyi sepi. Then kena pulak waktu tu baru lepas hujan. Perh, memang favorite aku ah moment macam ni. Memang romantik ah. Tapi slack, aku datang dengan kawan lelaki. Again, damn.


Tambahan pula, makan kat situ memang buat aku kenyang gila. Kenyang sampaikan aku tak perlu lunch. So, dengan kata lain, aku hanya menggunakan RM3++ sehari untuk makan makanan yang mengenyangkan. Jimat, plus mendiet kan. Sebab once break fast di McD, boleh kenyang sampai ke petang. Masa first time aku tahu pasal ni beberapa minggu lepas, terus aku nak setkan untuk breakfast kat McD setiap hari sehingga aku kurus (31 March).


Tapi... Tapi akibat dah hampir berhari-hari bersarapan di McD, aku jadi bosan nak mampus dengan McD. Memang bosan gila ah dengan makanan breakfast dia. Dia punya telur kuning, dia punya coffee dan semualah dah jadi muak. Nampak je McD terus aku rasa macam.. "McD? Ewwwwwww. NO WAY"

Akhirnya, akibat bosan makan benda yang sama setiap hari, berbalik juga lah aku ke tabiat asal; Makan pagi nasi kerabu sambal ikan dengan belacan. Then bila tengah hari, makan nasi campur ikan keli dan ayam masak merah bersama tempoyak. Well, memang tak pernah bosan la makan benda-benda macam ni.

Diet? Ah, tak ada six packs, satu pack pun jadi lah.

Lelaki kalau tak slim tak apa. Tapi kalau perempuan tu.... Ehem ehem.



Rabu, 23 Mac 2011

Hidup Sucks? Tahu Potensi Diri Anda Based On Otak Kanan dan Kiri.

Assalamualaikum


Pernah tak korang rasa hidup korang sucks gila? *Terasa*. Pernah tak korang rasa yang korang tak ada kelebihan langsung? *Terasa*. Pernah tak korang rasa tak ada orang akan sayang kat korang? *Terasa*. Pernah tak korang rasa korang akan jadi Forever Alone? *Terasa* Pernah tak korang rasa korang hidup hanya menyusahkan keluarga? *Terasa* Pernah tak korang rasa kalau korang kena langgar dengan lori dan mati, tak ada siapa akan kutip mayat korang?

Ini bukan entri untuk tahu samaada korang di landasan hidup yang betul atau pun tak sebab ianya boleh berubah-ubah. Di entri ni, aku akan tulis apa kelebihan yang korang mungkin ada tapi korang tak perasan. Dan dari situ, aku akan tuliskan kemungkinan bidang yang korang patut ceburi dalam hidup sebelum terlambat based on diri korang sendiri.


So yes, di entri ni, aku akan tulis macam mana nak tahu potensi diri korang tanpa lari jauh diri persimpangan. Ya, baca entri ni jauh lagi bagus dari hadiri seminar Dr Azizan Osman yang peh lis tu. Aku pernah pergi seminar dia and its kinda sucks. Google "Dr Azizan Osman menipu penipu".

Okay lah Brader-Yang-Asyik-Buat-Salah. Now tell me about myself.
Untuk korang yang tak tahu, aku banyak buat salah dalam hidup aku. I am doing it all wrong. Aku rasa aku dah pilih laluan dan perjalanan hidup yang salah. Aku rasa aku umpama tertolak oleh flow yang gelap. Aku rasa aku berada di landasan yang tak tentu. So yes, FML, I screwed my own life sebab tak tahu apa yang aku mampu dan apa yang aku tak mampu buat. So guys, let me help you supaya korang tak buat salah dengan banyak macam aku.

First of all, otak. Your otak adalah CPU kepada badan korang. Segala-gala benda adalah based on your otak. Dan untuk ceburi ke mana-mana bidang, korang kena tahu otak korang bagus di side mana.

Korang nak jadi saintis tapi otak korang bukan otak saintis?
Korang nak jadi pakar math tapi otak korang bukan otak math? 

Sure. Korang nak jadi apa je yang korang nak, memang boleh. Tak ada hal. Tapi korang kena usaha 10 times lagi gigih dari orang biasa jikalau  korang pilih something yang di luar kemampuan korang. Korang boleh bagus dalam apa-apa je yang korang minat. Tapi how if apa yang korang minat, bukan di ciptakan untuk korang? How if korang minat menyanyi, tapi korang tak ada bakat menyanyi? How if korang minat bermain music, tapi korang tak ada bakat untuk bermain alat music?

Macam mana kalau korang nak sangat menajdi artitek tapi korang bab mengira memang fail sebab korang tak pandai mengira memandangkan korang adalah pengguna otak kanan. Well, korang bagus tentang apa? Dalam penggunaan otak kiri atau otak kanan?

Tapi kan, macam mana nak tahu yang kita ni pengguna otak kiri atau otak kanan? Well, pejam mata selama 10 saat dan bila buka je mata, terus tengok gambar di bawah.

 (View guna Chrome. Then korang akan nmpk yang gambar tak berhenti.
Tak pun click SINI. Dan sila pndang kaki ya. Sebab ni je gambar yang ada.
Tak percaya? Bawak 5 members, tengok gambar, aim the leg, then suruh mereka
bagitau serentak pusingan tu. Lastly, suruh mereka lawan arah pusingan tu.)
[Update] Fact about spinning girl. Click HERE.

Im sorry gambar agak seksi tapi ni je gambar yang ada. Korang tengok la gambar di atas. At the first place, korang nampak awek comel ni rotate ke kiri (anti-clockwise) atau ke kanan (clockwise)?

Jikalau anda otak-kiri-guy, anda akan nampak awek tu berpusing menentang arah jam. Tapi kalau korang berotak-kanan-guy, korang akan nampak awek tu berputar mengikut arah jam.


Ya, perbezaan apa yang korang nampak ni sebenarnya menentukan diri korang samaada korang pengguna otak kiri atau otak kanan (dominant brain side). Sama gak macam kekidalan korang. Most of lefthended (tangan kidal) adalah pengguna otak kanan. Dan orang yang tak kidal pula biasanya pengguna otak kiri.

Otak Kiri : Pengguna otak kiri. (Left Brain Dominant)

Left brain user mostly a detail people. They are implementors and doers. They like to get a grip on the details first. They like to get in on the ground floor and understand everything as it builds up. Detail people can get into trouble by working hard in an area that is wholly unrelated to the overall mission and direction. They can spend a lot of time toiling in the wrong fields. Detail people can learn to look up periodically to determine if they are on course. They can learn how to rise up and look at the issue from a broader perspective. To influence detail people, give them the specifics of what you want to be done. - MotivateEveryone

Most of people in the world adalah pengguna otak kiri. Bila korang pengguna otak kiri maksudnya korang:

  1. Banyak menggunakan logik - Menyatakan pedapat based on logik akal.
  2. Detail oriented. - Mudah nampak benda yang kecil tapi penting sebelum proceed ke bahagian yang seterusnya.
  3. Critical thinking - Berfikir secara dalam.
  4. Pandai berkomunicate - Kelebihan dalam bercakap tanpa merancang.
  5. Perform well under stress - Tak mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.
  6. Non-emotional decision - Biasanya membuat keputusan tak based on emotional.
  7. My opinion is a fact - Suka orang dengar pendapat dia je.
  8. Stay still - Tak suka berubah kepada sistem yang baru. Di takuk lama.
  9. Realist & strict - Salah tetap salah. Tak boleh langgar peraturan.
  10. Suka ambil tahu pasal benda-benda di sekeliling.
  11. Math - Pandai dalam kira-kira.
  12. Forever alone - Suka buat kerja berseorangan.
  13. Etc.

Profession untuk major (70%) otak kiri - Pengarah syarikat, President, Organizer, Architect,    


Otak Kanan : Pengguna Otak Kanan ( Right Brain dominant.)

"Right brain people are dreamers. They like to see the whole panorama of possibilities, understand the broad scope of an issue before they get into the details. They actively resist getting into the details before they understand the global nature of the issue they are addressing. This big picture people get into trouble by constantly expanding the scope of a project. They can learn to focus on the details of turning the big picture into reality. To influence them, talk about the "big picture," the "view from 30,000 feet" and so on." - MotivateEveryone.

Tak ramai orang yang mempunyai otak yang major di sebelah kanan. So, boleh lah kata kalau mereka tu unik. Lebih-lebih lagi kalau mereka 90% pengguna otak kanan dan 10% otak kiri.
 
Pengguna Otak Kanan akan mempunyai kelebihan dan ciri-ciri pemikiran yang :

  1. Big Picture Oriented - Mampu melihat sesuatu scope atau isu dengan luas. Broad scope. 
  2. A Dreamer - Mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Dan suka berangan.
  3. Future - Selalu berfikir untuk jangka masa yang panjang.
  4. Philosophy - Lebih sukakan something yang lebih kepada falsafah. Pandai berkata-kata.
  5. Could be bad on Math and calculation. - Lebih kepada sastera dan non math 
  6. Kreative - Boleh menggunakan imaginasi untuk selesaikan masalah.
  7. Spontaneous thinking - At certain time, pengguna otak kanan boleh selesaikan masalah dengan mudah.
  8. Speak Innuendo - Boleh memahami benda yang tersirat. Boleh kesan double meaning dengan mudah.
  9. Feeling - Suka bercakap menggunakan perasaan dan mudah memahami perasaan orang.
  10. Spatial Perception - Macam habits yang kita buat bila dalam masalah. Tak termasuk panas baran etc.
  11. Suka bertindak melulu - Bertindak mengikut emosi.
  12. Berani mengambil risiko - Big risk taker is the bigger success maker.
  13. Mudah mengingat macam mana sesuatu benda berfungsi. - Tahu sesuatu perkataan dan tahu sebut, tapi tak reti nak eja.
  14. Detector - Mudah tahu kalau seseorang tu hiding something atau ada masalah. 
  15. Suka buat kerja secara berkumpulan.
  16. Etc.

    Profession Major (70%) Otak Kanan - Penulis, pemusik, pelukis, berlakon, menari etc.

    Habis tu, kalau genius macam mana pula?
    Mostly, orang-orang yang pandai dan cemerlang dalam pelajaran plus dalam kokurikulum, mereka biasanya menjadi amat bijak di sebabkan oleh Whole-Brain Thinking.

    Whole brain thinking ni umpama korang menggunakan otak kiri dan kanan dengan hampir sama rata. Tapi, ianya mustahil untuk korang 50% left brain dan 50% right brain. Paling hebat pun, korang mesti lah 51 - 49 atau 49-51. Sebab salah satu otak korang mesti lah menjadi dominant.

    Otak kiri + Otak kanan + Daya ingatan yang kuat + Otak yang bagus = Genius.

    Berbalik kepada gambar awek yang berputar di atas, kalau korang ada whole-brain, korang sure mampu main-main dengan arah pusingan awek di atas. Bila korang nak dia pusing mengikut jam, dia akan pusing mengikut jam. Bila korang nak dia pusing melawan jam, dia akan melawan jam. Ya, korang boleh try buat. Semakin banyak pertukaran korang boleh buat dalam masa kurang 5 saat, semakin hebat ah korang korang kontrol penggunaan side otak korang. So, latih la diri korang untuk mengatasi kelemahan korang. Kalau korang tahu korang tak mampu untuk membuat kerja yang perlukan fokus, belajar lah untuk fokus.


    [Update] Dari apa yang aku baca, bila korang rasa korang otak kiri atau kanan, tak bermaksud korang ada semua ciri-ciri otak kanan / kiri. Ianya bergantung pada tahap dominasi otak korang. Contohnya, out of ciri-ciri otak kiri, mungkin 10 dari pada 20 ciri-ciri tu korang ada dan sebaliknya. So, kalau korang otak kiri tak semestinya korang pandai math. Sebab it is imposible korang akan 100% otak kiri / kanan.

    For me, otak kanan aku mendominasi lebih banyak dari otak kiri. So yeah, aku ada banyak benda yang bercirikan otak kanan dan aku ada some yang bercirikan otak kiri. Yang aku tahu, aku boleh bekerja under stress, aku tak emotional bila membuat keputusan (even ianya keputusan yang salah) dan macam-macam lagi.


    So, sila ambil tahu pasal diri korang. Sila ambil tahu apa yang korang suka dan apa yang korang tak suka. Juga, sila ambil tahu tentang apa yang korang mampu buat dan apa yang korang tak mampu buat. Dan dari situ lah korang boleh merancang hala tuju korang. Or else, korang akan buat banyak kesilapan dalan hidup korang. *Terasa*

    References - Psychology & Painting.

    Kepada calon SPM yang akan ambil result SPM esok, GOOD LUCK untuk anda. And, andai kata result SPM korang teruk, tak bermaksud hidup korang dah berakhir. Sebabnya? Akan aku bagi tau di entri akan datang insyaAllah. Juga, aku akan bagi tau course apa yang korang patut ambil based on your result.



    Sabtu, 19 Mac 2011

    Awek Tu Tak Lawa, Tapi Ramai Lelaki Mengorat. Kenapa?

    Assalamualaikum


    Happy day, human. How are you today? Oh ya, like I care.

    Okay fine. Of course lah I care. Lagi pun, apalah blog hina ini tanpa kehadiran korang yang gedik-gedik sekalian.

    Bytheway, recently, aku ada banyak soalan yang berkaitan dengan beza antara awek comel, awek cantik, awek manis dan awek muka innocence. Tapi, aku bab nak listkan gadis-gadis comel ni lah yang aku malas sikit. Maklum lah, perempuan zaman sekarang ni ramai sangat yang comey-comey. (Peh-lis)

    But, there is something yang lagi penting dari comel dan cantik dan whatsoever. What? Duit? Yes, duit tu amat penting. Tapi dari segi fizikal, yang penting adalah Sex Appeal. Yes, Sex Appeal.

    Sex Appeal? What the fuuu is sex appeal?
    Sex appeal ni kalau korang guna Google Translate, dia akan kasi result yang berbunyik "Daya Tarikan Kelamin." Wait... What the fuuu is daya tarikan kelamin? Errr, errr okay fine lupakan.

    "Weh tengok perempuan tu. Dah la tak comel, tak ada kening, then hitam pula tu. Tapi apasal ramai yang suka kat dia ek?".

    Actually, sex appeal ni adalah benda yang orang lain nampak kat korang yang membuatkan korang nampak menyenangkan / sweet / menarik. Dan ini tak bermaksud ianya sama dengan sexual attraction. Atau dengan kata lain, korang tak perlu jadi comel dan seksi untuk ada ramai boyfriends serta skandals. Yes, ianya bermaksud korang tak comel secara fizikal, tapi korang ada something *wink wink* yang membuatkan korang special dan di gilai ramai.

    "Naik sial market mamat tu selepas nyanyi kat Battle Of the Band semalam"

    Pada beberapa tahun lepas semasa di Battle Of The Band, ada la seorang mamat ni yang kalau nak kata handsome tu, memang tak ah. Rambut pulak mengerbang macam afro. Tapi dia boleh bawak lagu screaming tanpa rasa kekok. Dan keesokkan harinya, aku dengar budak-budak perempuan cakap pasal mamat tu seperti "Weh, tu lah abang yang nyanyi semalam kan. Tak handsome tapi nampak sweet je" Well, korang rasa, kalau dia tak pamerkan suara dia di Battle Of The Band di hari sebelumnya, ada tak awek yang akan cakap macam tu? No way, babes. No way. Tapi now, just because dia tonjolkan bakat dia, dia secara automatik mendapat a wink-wink yang tak ada kat orang lain.

    Tell me more about the wink wink!
    Sex appeal work with "Beauty is in the eyes of beholder." Maksudnya, lain orang, lain pendapat dia tentang kecantikan dan daya tarikan korang.  Korang tak perlu jadi cantik untuk dapat suami yang handsome. Korang tak perlu pakai baju jarang-karang untuk cari pak we yang gatal. Korang just need some Sex Appeal.

    "Sometimes, people are born with some sex appeal."

    Pernah tak korang jumpa someone yang nak kata lawa, tak ada lah lawa. Comel pun tak der sangat. Kalau yang lelaki tu, handsome pun tak. Tapi rasa macam nak tengok je muka dia. Tengok sekali tak puas. Tengok dua kali pun tak puas gak. Rasa macam... macam nak tatap lama-lama ah muka dia. Bak kata orang tu Cinta Pandang Pertama lah kononnya. Ya, this is sex appeal. Kadang-kadang, orang tu nak kata dress up pun tak. Suit up lagi lah tak. Rabut messy je. Pakai seluar season. Tapi bila tengok, rasa macam... tertarik kan? Well that is natural sex appeal.


    So yeah, anda tak lawa, tak comel, tak handsome dan tak ayu. So what? Well, don't give a shiii. Why? Because Sex Appeal come to the rescue! This sex appeal gonna brings you your So Called Prince Charming. And who ever he is, you gonna love him.


    Okay then. Now tell me how the fuuuu can i have that Sex Appeal?
    Guess what. What? Yeah. Hampir semua orang ada sex appeal (except me). Dan ianya tak datang dengan kecantikkan. Screw the face. Screw your face. Lagi pun, cantik tak cantik ni semua korang yang kasi grade, kan? "Perempuan tu comel, lelaki tu handsome". Tu semua korang yang tentukan sendiri. Korang kan suka grading dan judging people. Tapi dalam dunia ni, tak pernah wujud pun standard untuk seseorang tu mendapat title Cantik atau Comel serta Handsome, kan?

    So, this is why korang akan rasa pelik bila "Weh, aku rasa aku lawa, comel. Tapi kenapa tak ada sorang pun nak tackle aku?" Yup, because you are beautiful and that is the only thing you got. Yup yup. You got nothing special except for some well-shaped-face with some high-cheek-bone.

    For example, Qi atau pun di kenali sebagai Qushairi Mohammed Razali (Chi). Korang kenal tak mamat ni? Dia dulu pemain drum band OAG. Dia juga hero dalam siri drama Blogger Boy. First time aku kenal mamat ni, adalah masa dia dalam Destinasi Bajet. Abang aku layan gila citer Destinasi Bajet ni. Sampaikan dia buat perangai nak tiru Qi ni melancong tanpa hala tuju yang hanya berbekalkan sedikit duit. Then Qi ni baralih ke Field Trip USA. Seriously aku suka cerita Field Trip USA ni.  Dan yes, gaya dia yang selamba, sempoi dan low profile membuatkan rancangan yang ada muka dia akan menarik ramai orang. Bukan je orang ramai yang akan tertarik. Malah,Yuna pun tertarik.


    So, how the hell dia boleh tarik ramai orang dengan muka dia? Yes, dengan sex appeal yang dia ada. Try ah tengok gelagat dia. Style dia. Cara dia bercakap. Cara dia merapu dan macam-macam ah. Semuanya adalah awesome.

    Fine, dude. Then tell me what shhhhhtt I need for my sex appeal. 

    Attitude & Body language.
    Di UiTM Lendu dengar cerita awek-awek di sana comel-comel semuanya. Dah la comel, gebu pula tu. Dan andaikata, masa tengah makan, a bunch of awek-awek comel tengah bergossip (Girlsss biasalah *rolling eyes*). Masa tengah gossips tu, sure akan gelak-gelak sakan dah macam attention whore dah diaorang semua. Dan most of the boys, aku boleh bet yang rata-rata akan tak suka kat that type of girl. Ya, dan ini bukan pasal dalaman semata-mata.

    Andai kata that girl tu muka biasa-biasa. Dah la muka biasa-biasa, penakut, kat dahi pulak ada dua bijik jerawat. Tapi dia lone ranger. Pakaian pula biasa-biasa je, tak over, tapi kemas (or uniquely selekeh) . Tak bergantung pada orang lain. Makan pun sorang-sorang. Itu membuatkan aku rasa that type of girl abit special sebab lain dari orang lain. Serta unik. Aku suka that type of girl. Dan bila pandang je, rasa macam nak pandang lagi. Tak tahu lah kenapa. Rasa tak puas je nak pandang. Why? SEBAB SHE GOT PLENTY OF UNEXPLAINED SEX APPEAL.


    Tapi, variable ni bergantung kepada benda-benda lain yang kecil seperti cara berdiri, cara berjalan, cara bercakap, cara makan, cara ignore haters, cara pukul lelaki gatal di celah kangkang dan everything. EVERYTHING. And yeah this sex appeal is way much more than so-annoying first impression. Screw the first impression. Saying "It's my first impression on you" is just another way to start up your grading session.

    Self love & Self confident.
    For your information, I got no self confident and Im not really love my self. But why the hell we must love ourself? Sebab dari situ lah kita boleh EARN some confident. Someone (Lelaki) with high confident akan mudah di sukai ramai di tambah pula dengan perangai dia yang perasan bagus dan sarkastik.


    Lagi pun, bila korang ada high confident, secara automatiknya korang akan ada eye contact bila bercakap. Plus,  high confident akan membuatkan korang lagi tenang. Kan? Well, macam mana nak tackle awek comel kalau tak tenang. Kan?

    Outfit & Appearance

    "Adakah bila seseorang tu badan dia ber- BMI 21 dia akan surely dapat title seksi? "
    "Adakah bila dia ada extra large assets of 'spect mata' di dada dan pinggang seperti kerengga, dia akan dapat title badan paling menarik? "

    Oh nonono. No way. Ini bukan maksud aku dengan sex appeal. Your assets won't give you much sex appeal than you expected. Begitu juga dengan muka. Adakah bila seorang awek ni putih, gebu, dahi licin kalis rintangan angin, mata besar dan pendek, dia akan mendapat title comel? YA! Errr... I mean, maybe ya. Tapi... tapi.. erm.


    Aku kasi contoh. Di tempat praktikal aku, ada seorang kakak comel baru masuk ke department aku. Umur dia 24 tahun. Muda lagi. Kakak tu bukan slim. Kakak tu chubby gila. Memang chubby. Kalau kira BMI, rasa nya boleh cecah 28-30 kot. Tapi, dia super duper cute. Cara dia bercakap, cara dia merapu dan semua ah. Memang menarik. Dia masuk je kilang tempat aku praktikal ni, semua lelaki tanya, "Weh siapa kakak comel pakai baju hijau tadi? Dah kahwin ke belum?" Dan start dari hari tu, dia mendapat title Kakak Comel dari semua para lelaki yang ada kat situ. She got high confident yang tak over, nice looking dan macam-macam lah even dia chubby gila. That is how sex appeal works. Tapi, ianya datang dengan high confident. And thats the biggest problem right now.

    So how the fuuu nak tahu if someone got this Sex Appeal?
    Aku tak pasti samaada sex appeal ni boleh di nilai melalui level macam mana atau pun tak. Tapi apa yang aku tahu, bila seseorang tu ada sex appeal yang tinggi, korang akan tertarik dengan dia. Kalau korang duduk di depan mall yang crowded, orang yang ada sex appeal yang tinggi adalah orang pertama yang korang akan nampak dan tertarik. Seriously, that is sex appeal. Something yang berfungsi sebagai magnet.

    "You know you did not have enough sex appeal when you can't flirt.
    "Sex appeals, the things that make you special."

    Apa yang aku tulis di atas, adalah based dari apa yang aku baca dan yang aku tahu. So, kalau korang tahu lebih pasal ni, feel free to clear it out.

    So girls, aku rasa tak payah lah korang nak buat list "Ciri-ciri my Prince Charming". Aku tau perempuan suka buat benda-benda girly (geli) macam ni. Sebab once korang dah jatuh cinta, korang dah tak akan pedulikan list korang tu.

    Juga, jangan lah fikir sangat pasal korang comel atau pun tak comel. Well, all of you are beautiful with your own way. WE ALL ARE BEAUTIFUL. Because Allah makes no mistake.



    Sabtu, 5 Februari 2011

    Bila Gaji Isteri Lagi Tinggi Dari Suami. (Solution)

    Assalamualaikum


    Ini adalah entry lama yang tertangguh. Yup, sambungan dari entri INI. Aku perasan bila bercakap pasal gaji isteri lebih dari suami, ramai girls yang kata mereka tak kisah kalau dapat suami berpendapatan rendah, asalkan rajin berusaha dan bukannya duduk depan tv serta membuat lemak. (Entah ye ke tidak. Entah-entah semua nak cari lelaki handsome macam The Undead Edward Cullen.)

    Mostly, it is okay for women, but, definitely, not for men. It is not okay kalau ada isteri yang bergaji berlipat kali ganda bagi lelaki. Why? Sebab lelaki biasanya suka dominate keadaan. Yes, lelaki mahukan lebih kuasa.

    Contohnya, lelaki yang bayar rumah, bayar kereta, bayar pelajaran, bayar bil dan segalanya. Bila dah bayar itu semua, mesti ahli keluarga respect sebab banyak sumbang untuk famili. Tapi, kalau seorang ayah tu tak der duit, macam mana? Try bayangkan bila anak-anak mintak duit belanja kat mak sebab anak-anak tahu yang si ayah gaji rendah dan selalu tak ada duit. Mesti rasa macam tak ada dignity kan?

    Actually, kalau girl gaji tinggi tak ada hal. Masalanya, kalau gaji si lelaki adalah di bawah paras selesa. Andai kata kalau gaji si isteri 10 ribu sebulan, then gaji suami 7 ribu sebulan, sure korang suami isteri akan hidup happy ever after macam Sherek serta membuat banyak anak. Tapi kalau dah gaji isteri 5 ribu, then gaji suami 800 je, memang agak kritikal lah sebab gaji suami di bawah paras selesa.


    Cuba banyangkan, kalau beli pergi makan-makan atau bayar bil, si isteri yang bayar all the time. So, yang memasak; isteri, yang jaga anak; isteri, yang kemas rumah; isteri. Yang bayar most of the bill pun isteri? Dah tu apa fungsi suami? This is hell untuk lelaki yang berada di bawah paras selesa. Lagi pun, lelaki akan rasa coooool bila dia boleh buat macam "Sayang, barang dapur tak cukup lah. Apa kata esok kita pergi beli." Then bila beli, lelaki yang bayar. F yeah. Rasa berguna dan rasa diperlukan je.

    Cuba bayangkan ketika sepasang suami isteri ni di majlis keraian. Tak pun majlis hari keluarga. Majlis yang dari tempat kerja isteri, semua grand-grand. Buat kat Shangri-La Hotel. Kat KL pulak tu. Siap ada Siti Nurhaliza yang nyanyi. Tapi majlis dari tempat kerja lelaki, tak ada pun. Dah tu, bila kat majlis, ada lelaki tanya, "Suami kerja apa?" Dan nak dijawab dengan "Suami I kerja sapu sampah je"? Maybe, it is okay for the wife since dia boleh support suami, but not for the husband.



    Lagi satu, lelaki juga takut bila isteri dia bergaji tinggi, sebab, ianya bermakud si isteri tak perlukan suami dia. Iye lah, si perempuan tu dah ada duit dan segalanya. So, kalau dia bercerai dengan suaminya, dia still boleh hidup dengan relax tanpa prob sebab selama ini pun, bukan suami dia yang tanggung dia. Kan? Yes, si suami akan jadi insecure like hell. "Kat tempat kerja, ada tak orang nak nak tackle bini aku?". "Dia balik lewat pergi mana?". Sebab, zaman sekarang, anak-anak ikan amat banyak. Nak-nak, yang nak cari sugarmommy.

    Dan, suami sure akan terfikir yang apa yang akan terjadi bila suatu hari nanti, si isteri akan cakap "I yang sara abang. Rumah, kereta, makan, minum semua, I yang bayar. So, abang diam boleh tak?". Bila benda ni jadi, yes. YES, IT IS SUPER DUPER HELL DIE YOU B.

    Solution.

    Bak kata Azuwa, isteri mesti kreative bila masuk bab nak menjaga hati suami. Ingat senang ke nak jaga hati makhluk yang semakin bernilai tinggi di sebabkan kekurangan population? Susah tau. Sesusah menjaga kebulatan perut mereka. Lelaki perut bulat tak apa. Perempuan jangan. (Mengandung tu lain cerita ah.)

    Well, isteri kenalah cepat pick up. Jangan lah nak lampi sangat. Girls, biasalah, lamp.... So, to the cute wife(s), let me guide you on What-To-Do-If-I-Got-Way-More-Money-Than-My-Hubby.

    "Bila nak keluar makan, mesti lah lelaki kena bayar kan. Habis tu, kalau tak ada duit macam mana nak bayar?"

    Setahu aku, girl, biasanya yang dah kahwin ni, adalah girl yang comel. Bukan sahaja comel, malah pandai. So, andaikata korang berdua berpakat nak makan mewah-mewah sikit di restoran romantik, korang (Isteri) kena lah fikirkan idea yang bagus. Korang tahu yang suami tak ada duit. So, korang nak bayarkan full? No. Half? NO WAY. Caranya, bila nak keluar makan-makan tu, isteri cepat-cepat lah selitkan sikit keping-keping duit merah atau jingga tu dalam wallet atau poket seluar suami. Tak kisah lah nak selit masa suami tengah mandi ke, tengah tidur ke atau tengah mengawan ke. Asalkan, dieorang distract sikit. So nanti bila nak bayar sure si suami macam "Eh, ada duit Rm10000 dalam dompet ah. Tak perasan pula." Serious. Lelaki memang mudah sangat lupa bab benda-benda dalam dompet dan dalam poket. Aku sendiri pun selalu macam tu. Kadang-kadang, seluk poket, tengok ada rm 50 yang renyuk sebab masuk dalam mesin basuh. Pastu terus claim duit sendiri. So, para isteri yang terlampau kaya, kalau nak basuh seluar suami tu, selit-selit lah sikit. Tak hancur duit tu bila masuk dalam mesin basuh. Lagi pun, bila duit tu dah renyuk, baru lah nampak real sikit kan?. So, sure suami korang tak akan perasan kan?. Heh, pandai kan aku kan?


    Tapi, cara tu adalah agak tak best. Nanti kalau suami tahu, mesti tercalar ego dia. Tapi tak tahu lah kot-kot suami dia akan buat-buat tak tahu. Lagi pun, tu kan dari isteri dia. Apa fungsi isteri? Ya, fungsi isteri adalah untuk menolong suami. Dan, ini pun kira menolong suami gak kan? Menolong suami dapatkan duit. Hehe.

    Ehem.

    Well, antara cara yang paling baik untuk selesaikan masalah gaji isteri lagi tinggi dari suami adalah dengan membuat 'joint account' atau pun akaun 'bank bersama'. Dengan kata lain, gaji isteri dan suami di himpunkan bersama dalam satu account tanpa pedulikan siapa yang sumbangkan paling banyak. Dan ianya di gunakan bersama-sama. Macam tu lah yang sepatutnya. Bila ada account bersama, mudah nak monitor kewangan keluarga. Kot-kot bila tengok si suami keluar banyak semacam je duit tu, sure boleh detect. Kalau dah lelaki, bukan boleh percaya sangat. Kan.

    Tapi kan, kalau dah suami tu nak bina masjid lagi satu guna duit bersama ni, apa salahnya. Anggaplah sebagai sedekah. Atau 'wakaf'. Sure masjid tu tahan lama sebab dapat keberkatan dari isteri pertama. Then, kot-kot ada lagi rezeki, boleh lah tambah lagi satu cawangan masjid. Bak kata orang tu, keberkatan berlipat kali ganda.

    Win-win situation.