Khamis, 12 Mei 2022

RE : Modern Tips untuk Interview

Assalamualaikum w.b.t


Hello guys. How are you.

Honestly, aku dapat banyak great and positive feedbacks dari orang yang menggunakan Tips yang aku tulis untuk pergi interview. Ada yang dapat kerja yang dia dah lama aimed, dan kerja yang dia tak sangka dia akan dapat.

Just so you know, recently aku failed 2 interviews. Aku tak pasti nak kata fail ke apa tapi yang aku tahu, masa interview aku jawab dengan okay dan great. Setiap soalan yang panels tu tanya aku boleh jawab dan bagi specific answer. Im pretty sure about it. Tapi entah macam mana, Im not listed. Gila la sad.

Gila sedih bila you performed gila time interview, tapi kau tak dapat that job dan kau tak tahu mana silapnya, and till now I cant even figure that it out. So my success rate untuk interview dah jatuh dengan merudum. Kah. Tapi bila fikirkan balik, rasa funny.

Anyway, for this entry, lets reply secara pukal untuk komen di Tips Interview tersebut.

1. Broken English. 
"Hmm. Tapi macam mana kalau BI (English) tak seberapa power ya? Maksudnya, dia faham dan boleh cakap English secara minimal. Then bila interview, rasa gugup sampai nak jawab dalam BI pun tergagap.
Adakah potensi nak dpt kerja tu ada?"

I myself, English I amat lah teruk. Grammar aku tunggang langgang. Dan dari apa yang orang ceritakan kat aku, kita akan jadi lagi nervous time interview in English bila kita terlampau fikirkan pasal grammar.


I blame myself sebab tak study English dari muda. Bila dah besar, kemain cuba nak tengok English series tanpa download subtitles. But imagine this, imagine kalau you get to use to it. I mean, sometimes, aku pergi je mana-mana interview yang aku tahu aku akan fail, hanya for the sake untuk dapatkan pengalaman dan hanya untuk biasakan diri aku.

Untuk kerja-kerja yang kritikal dan memerlukan anda untuk menulis report dalam frequent yang tinggi, yes English adalah amat penting. Lagi penting kalau anda kerja yang memerlukan ada untuk jumpa client, vendor etc.

Semasa interview, kalau interviewer tanya pasal your poor English, just bagi tahu the truth. Just cakap "My English is pretty bad but I always wanted to improve it. For example, I force myself to read English magazines such as Penthouse, Hustler and Smooth".

2. Nerve Breakdown.

"Ade idea macam mana nak control nerve breakdown before masuk interview?"

Honestly, I have no idea. Aku sendiri pun gugup nak masuk interview lebih-lebih lagi kalau untuk position / tawaran yang gila betul-betul nak. Tapi aku perasan, gugup tu wujud bila suasana dalam bilik interview adalah tegang. Someone needs to crack a joke. Samaada you or them. Well, less likely dieorang yang akan buat joke.

3. CV yang kreative. 

"Oh great topic. Like seriously. Btw Mr K, since anda ada address tentang resume/cv, saya nak tanya. do every profession allow creativeness? Kalau nak apply account or audit position, boleh ke resume creative-creative?"
Bila baca soalan ni, aku teringatkan komen satu lagi. Read this:


Really disappointed to read this. Tapi kita kena bersandarkan kepada fakta juga. Tak semua boss / recruiter sukakan benda berbeza. Mereka mungkin sukakan benda yang dah dipraktikkan dari zaman berzaman. Dari zaman dulu kala. Dari zaman nenek moyang. Yes, cuba bayangkan. Umur kita adalah 20an. Dan recruiter / boss kebanyakkanya umur 40 tahun. Bayangkan, zaman mereka, resume mereka macam mana? Ugly kan? Dan itu yang mereka harapkan yang ada pada CV / Resume budak-budak sekarang.

Aku tahu ramai yang tak setuju. Tapi I myself prefer to stay with my method. Just put it like this. "Nak ke kau bekerja dengan company yang tak up to date dan tak benarkan kau jadi kretif?"

4. Apply bila tak memenuhi requirement.


"Tentang pointer, sigh, I don't know how to react. Menyakitkan hati bila ada kerja yang kita minat, tapi letak syarat pointer 3.5 and above. Shut. They didnt even give people chances. Boleh ke kita apply jugak walaupun pointer tak cukup syarat just to try our luck? Ke dont bother?"

Anggap la macam ni. Kalau kau apply, kau berkemungkinan tak akan dapat that job sebab tak memenuhi requirement. Kau jugak mungkin akan kena blacklist. Tapi kalau kau tak apply, 100% tak dapat kan? So why dont give a try? Unless kalau that position memang exactly mencari a specific competent person and memang that position je yang ada kosong, then hantar CV kat sana... well 99% tak akan dapat. But still either better than nothing or kena blacklist email.

5. Procedure hantar resume / CV.

"Hye Khairul, Nice entry. Cume, camna pulak kalau dah hantar beriban resume (actually tak ada lah beriban sangat pun) Tapi satu pon tak dipanggil untuk pergi interview. Any suggestion?"

Aku pernah cerita kan yang procedure ada dua. Satu hantar pakai Email dan pakai by hand.

Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Untuk company yang super busy dan yang famous, dieorang surely tak nak deal dengan ribuan resume atas meja dia. So dia akan prefer job application by email. Plus company besar sekarang pakai jobstreet. Dia check pakai jobstreet, print out then nilaikan.

But still, aku rasa yang paling sesuai adalah hantar hard copy CV / Resume. Tapi kalau nak hantar CV by hand korang kena ingat


  1. Ada certain company kalau dia dapat je resume / CV yang tak ada cover letter, akan masuk tong sampah
  2. CV dan Resume adalah P&C. Kalau anda hantar tanpa tanpa sampul, ianya dikira void. Dan juga masuk dalam tong sampah. 

Dan satu lagi, biasanya kalau nak hantar CV by hand, dia akan suruh bagi kat guard je. Sure ke sampai kat HR kalau bagi kat guard?



Additional :

Dalam ruangan komen, ada beberapa suggestion yang aku rasa amat bagus untuk dikongsikan.

1. Name tag.

"Nak nampak different sikit, try letak nametag. nametag yang hitam biasa tu. plus, utk senangkan interviewer."

Seriously, aku tak pernah terfikir untuk pakai name tag. Plus, kalau time inteview, mesti ada punyalah interviewer yang tanya "Errr, siapa nama tadi?" Kan? Aku pun dah banyak mengalaminya. Just tak pernah terfikir untuk pakai name tag.

2. Counter ayat "Tell me about yourself."

"My lecturer ada bagi tips kalau interviewer tu tanya "tell me about yourself" kite boleh jawab "Rather than i'm telling you about myself, let me tell you what i can contribute to your company if you take me in."

Awesome! But still, masa cerita tu, try kaitkan dengan diri sendiri - Like latar belakang keluarga etc. Maybe anda boleh bonding!



Selasa, 15 Februari 2022

Kelemahan dan Keburukan Seseorang Juga Merupakan Satu Rezeki

Assalamualaikum w.b.t



Dalam Islam, kita percaya kepada rezeki. Dan rezeki juga sering kali dikaitkan dengan "Luck". Kita boleh berusaha untuk dapatkan rezeki yang berada di depan kita. Tapi jika telah ditakdirkan kita untuk tidak memilikinya, segala usaha kita menjadi kosong.

Ada diantara kita yang boleh mendapatkan apa yang dia nak melalui kerja keras; Belajar, prektis, bina network, mengapu dan sebagainya. Dan ada orang yang dapat apa yang dia nak tanpa perlu bekerja keras; keluarga yang berpengaruh, cable, handsome or pretty face, great sex appeal, pretty body etc.

Itu adalah rezeki mereka. Begitu juga dengan orang yang dilahirkan dan hidup dengan serba kekurangan. Sebagai contoh, Ahmad dari keluarga miskin. Selain tidak mendapat proper education dan latihan lepas sekolah mahupun kelas tuisyen, dia juga merupakan seorang yang mempunyai masalah untuk belajar (A slow learner). IQ dia mungkin 60 dan kebawah. Guru-guru tidak meletak harapan yang tinggi terhadapnya lalu membiarkannya terkontang kanting. Tapi dia tak pernah berputus asa. Dia terus dan terus belajar. Result SPM dia, dia hanya mampu mendapatkan C. Mungkin ada satu atau dua yang D.

Setelah habis zaman persekolahan, dia mula untuk mencari kerja di bandar tempat tinggalnya. Setelah berminggu-minggu menghantar resume, dia berjaya mendapatkan satu interview untuk jawatan kerani disebuah kilang terkemuka di semenangjung Malaysia. Dan kini, dia berdepan dengan sesuatu yang dia paling tidak minat; Ujian Kemasukan. Soalan-soalan yang dia terpaksa tulis dan jawab adalah soalan yang berbentuk IQ Test serta soalan-soalan lazim perihal rutin kerja. Tapi dia amat mahukan kerja dan jawatan tersebut. He scored 30 out of 100 for the test while the rest of the candidates scored for at least double or more. Amat menyedihkan untuk Ahmad, bukan? Tapi semua orang tahu perihal Ahmad dan situasi yang dia tempuhi.

Pengurus syarikat tersebut, En. Kamal yang berasal dari bandar yang sama tahu perihal Ahmad dan situasi yang dia tempuhi serta dia tahu bertapa terdesaknya Ahmad. Jadi, despite of Ahmad's poor result, he still got hired.

Apa yang akan berlaku? Candidates lain yang tidak berjaya dapatkan jawatan tersebut akan berkata "Bukan rezeki kita. Ini rezeki dia". Dan Ahmad dapat kerja tersebut kerana sifat belas kasihan daripada pengurus syarikat tersebut diatas kekurangan yang ada pada diri Ahmad.

Sama juga dengan "Rezeki kahwin" atau "Rezeki dapat anak." Ada je orang yang kahwin tapi tetap menganggur. Ada je orang yang baru dapat anak, beberapa harinya terus dibuang kerja. Tapi kalau dia berusaha, dia sure akan dapat kerja. Chance dia untuk dapat dapatkan kerja adalah lebih tinggi disebabkan oleh majikan yang sedia tahu bahawa seseorang yang baru kahwin atau baru memiliki anak akan lebih komited untuk kerja sebab nak jaga dan feed keluarga. 

Ada orang yang mendapat "good luck" atau rezeki melalui kerja keras. Ada yang mendapat "Bad luck" seperti "Alah, dia handsome. Pointer tinggi, banyak lagi kerja lain dia boleh dapat." Ya, ini berlaku kerana orang di sekitarnya tidak merasakan yang dia patut mendapat jawatan tersebut. Dan tentu sekali, ada yang dilahirkan dengan serba kekurangan. Dan disebabkan kekurangan itulah, dia membina empayar rezeki yang tidak putus-putus.

Tapi, tentu sekali kita mahukan hasil dari usaha, kan? Siapa bangga dapat jawatan melalui cable. Siapa rasa teruja dapat tender dengan menjual badan. Siapa rasa seronok dapat result yang dengan cara yang tidak betul? Kerana kita semua tahu, jikalau seseorang tersebut berjaya dapat apa yang dia nak dengan cara yang tidak betul, bila-bila masa je dia akan kehilangannya.

Tapi kita kena ingat, dan kita kena sedar. Dalam maraton hidup, tak semua bermula di garis landasan yang sama. Tidak semua mendegar gunshot pada waktu yang dia sedia untuk berlari dan tak semua mempunyai great running shoes yang mempunyai design dan gel, dan kelembutan yang membuatkan kita semakin teruja untuk terus dan terus berlari walaupun peluh telah membasahi seluruh permukaan fabrik pakaian. Dan tentu sekali, tidak semua diantara kita mendengar the same loud of cheerleaders yang bersorak untuk kita. Ada yang terpaksa mengunakan imaginasi out of nothing hanya untuk merasakan getaran jiwa semagat pom-pom girls dari dalam minda. Kita juga boleh lead jauh dihadapan meninggalkan rakan dan pesaing kita di belakang tetapi mungkin selepas beberapa jam, kita mula perlahan dan dipintas kerana tiada seorang pun diantara kita mempunyai stamina dan kekuantan mental serta fizikal yang exactly sama.

Dan andaikatalah kita mempunyai segala persamaan, adakah semua dari kita mampu untuk terus mendapatkan running shoes yang baru setelah kasut yang kita pakai kini, telah tear and wear off? Will any of us still have the safety net and the luxury just to get another pair of good running shoe?

Some of us won't.