Memaparkan catatan dengan label Situasi Tipikal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Situasi Tipikal. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Ogos 2012

(Repost) Situasi Tipikal Blogger Di Musim Perayaan Aidilfitri

Salam Aidilfitri

Cehhhhhhhh.

Aku baru sahaja balik dari shopping raya. Dan sekarang dah nak berbuka. Aku lapar.

Well, aku buka Google Reader dan aku tengok banyak betul keadaan tipikal yang berlaku saban tahun apabila raya menjelma. Semua cakap pasal raya. Ianya berlangsung setiap tahun apabila raya menjelma. Anggap la blog aku ni dah tua beberapa tahun walaupun sebenanrnya tak sampai setahun pun lagi.

Situasi Tipikal ;

Seminggu Sebelum Raya

Masa ni tak ada lagi mood raya. Semua bloggers pakat tulis entry yang tak ada kena mengena dengan raya. And bagi yang excited tu, mesti tulis pasal plan nak balik raya. Macam biasalah. Meraung-raung sebab tiket dah tak ada. Tak pun baju raya tak beli lagi. Bab menangis sebab tak beli baju raya lagi mesti kaum perempuan. Ye la. Baju at least kena 4 pasang. Belum kira kasut. Tudung. Heh. Yang laki lak. Pening mikir bab nak beraya dengan gewe. Dari segi baju lak, lelaki biasa je. Ada baju melayu sepasang, aksesori secukup rasa, dan baju serta beberapa helai seluar, dah memadai. Kira tak mengada sangat lah. Lelaki memang baik.


1 Hari sebelum raya.

Mari memeriahkan masjid walaupun korang
tak pernah jejak ke masjid sebelum ni.

Alahai.. Masa ni bloggers sibuk tulis pasal baju raya yang dah di beli. Gadis-gadis yang memangis dengan hingus meleleh, kini dah kering sebab dah dapat baju raya. Tak kurang juga entri yang cerita pasal kad raya digital. Sakit hati tul aku dengan kad raya cam tu. Tak ada sentimen. Tak ada feel. Tak ada nilai hati dan perasaan serta kasih sayang. Tak ada love-love langsung. Tak kurang juga yang jadikan kad raya umpama award blog. Haiz.

Ada satu tu seorang blogger sibuk tulis entri mengkritik blog lain. Tak habis-habis kritik orang. Dah nak raya ni bawak-bawak la mintak maaf wahai Mr K. Takbir raya dah la tak pergi.

Hari Raya Pertama

Happy Eid Day.

Aku tulis entri ni pada pukul 2 pagi setelah penat mengecat rumah yang tak habis. Esok mesti mak aku bising pagi-pagi sebab tengok ada kerja yang tak siap. Abang aku pasti dah lari dulu.

Well, hanya blogger yang tak ada life je yang akan post entry yang bejela-jela pada hari raya. Tak pun diorang naif sangat tak mampu nak beraya. Sebab tu sakan tulis and post entry baru. Biasalah. Walaupun miskin. Internet mesti ada.

Hari Raya ke-2

Ketupat. Bukan benda yang gadis-gadis reti buat.

Masa ni dunia blog dipenuhi dengan gambar-gambar hari raya pertama para blogger. Tak kisah la gambar awek ke, skandal ke, ex ke apa ke. Semua pasti pasal gambar. Yang tak pernah tangkap gambar tu pun tiba2 jadi cam 'whore'. Tapi normal lah kan. Hari raya katakan. Tapi jangan ada gambar pakai baju melayu atau baju kurung berkumpul ramai-ramai dalam tandas then tangkap gambar reflect cermin tandas tu sambil buat pose gedik-gedik terover sudah.

Hari Raya ke-3

Salam Lebaran

Raya ke tiga aku balik kampung. Isk. Well, aku nak cerita pasal diri aku lah. Bosan tul aku asyik cakap pasal orang lain je. Pedulikan lah pasal entry Situasi Tipikal ni. Belog aku, suka ati aku lah nak lari tajuk pun.

Aku rasa dah dua tahun aku tak balik kampung. Bukan apa. Aku tak gemarkan sesetengah orang di kampung aku. Sebab pemikiran mereka tak berapa err 'okay'.

Kampung aku di Terengganu. So, faham-faham la. Dulu aku suka benar balik kampung bila Hari Raya. Semuanya disebabkan mercun. Bab mercun memang best nak-nak bagi yang duduk kat utara dan timur. Bunyi mercun lagi banyak dari bunyi letupan di Gaza. Nak salahkan aku sebab membeli mercun tak boleh gak sebab kedai kat sebelah balai polis je. Dan anak polis lagi la kuat main mercun. Putus tangan ke jari ke tak apa. Janji puas main mercun. Hais.. Kenangan. Tahun ni, dua hari terakhir je aku start main mercun. Aku cuba cari mercun kat Melaka tapi tak ada. Melaka serba kekurangan. Kuantan gak best.

Aku cuma nak cakap. Selamat Hari Raya. Mintak maaf la kalau blog aku ni amat-amat mengguris jiwa korang. Semuanya secara tak sengaja.

Okay lah mungkin memang sengaja. Aku bukan kritik sebenarnya. Just fun-fun kat dunia blogging ni.

And...

Korang ni apahal? Orang lain duk pergi beraya, yang korang gedik-gedik baca blog ni tak ada rumah ke nak beraya and kolek duit raya serta pergi mencapap sambil pakai baju baru yang bewarna warni siap ada manik-manik yang mungkin agak over bila ada selendang kat ada lengan sambil kerek ke sana ke mari bersama keyakinan diri yang tinggi sebab baju baru kira handsome dan lawa lah?

Oh, mintak maaf sekali lagi.

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Salam lebaran untuk anda semua. Tak kisah la yang kenal aku atau pun tak. Love you all =)

P/s : Dan jangan lupa mandi wajib pagi raya.

Sabtu, 21 Julai 2012

[Recycle]Fakta-Fakta Tipikal Bulan Ramadhan dan Syawal di Malaysia

Assalamualaikum



Selamat menyambut Bulan Ramadhan. Dan selamat Hari Raya.

Hello guys. Baju raya dah beli? Kalau perempuan tu, aku bet la yang korang dah beli. Silap-silap sebelum puasa lagi dah beli. Kan? Kan? Kan? Tengok lelaki. Relax je. Baju raya dah nak-nak raya baru la beli. Nak kata lawa, memang lawa pun.

As for today, aku nak cakap sikit benda-benda yang aku dah cakap tahun lepas. Ya, setiap tahun, kita akan hadapi masalah sama di bulan ramadhan dan syawal. Kan?

Ramadhan versi Malaysia = Bulan membuang duit.
Duit lagi cepat habis di bulan ramadhan berbanding bulan-bulan kebiasaan. Korang tahu tak aku benci gila pergi bazaar? Ya, sebab harga makanan di bazar gila ah mahal. Ayam seketul yang kecik tu pun dah nak cecah 3 ringgit. Nasi yang tak sampai separuh pun dah kena Rm 1.00. Tapi aku tak faham la kenapa still ada orang yang beli? Di sebabkan ada orang beli lah penjual sanggup naikkan harga. Cer korang bayangkan bila customer tak beli ayam yang beharga nak Rm. 3.00, agak-agak penjual akan turun kan harga tak? Mesti lahhh.



And korang tahu tak, kalau korang duduk di Tampin. Korang surely akan tau pasal bazar kat Tampin tu kan? Kat situ, ada beberapa orang abang yang jual nasi ayam tau. And percaya atau tak, kesemua mereka pakai spect Oakley beb. Satu spect tu harga dalam Rm 800. Even buruk gila design dia, harga dia tetap mahal. Padahal kualiti dia standard je dengan spect Rm 500 ke bawah. Ni mesti mahal sebab jenama. Well biasalah, orang sekarang kan tengok jenama je. Even design buruk tapi ada brand, sure orang beli kan? Dan ini buktinya yang menjual di bazaar ramadhan really boleh buat korang kaya.

Mari memalaskan diri.
Semua benda tak boleh buat dengan alasan puasa. Nak buat tu, tak boleh. Nak buat ni, tak boleh. Semuanya dengan alasan berpuasa. Padahal, bukan penat sangat pun puasa-puasa ni. *Ceh ceh*. So end up, masing-masing pi bantai buat peta atas bantal. Then bangun bila dah nak bukak puasa. Ni belum kira bab berat badan. Iye lah. Asal berbuka je, lauk ayam. Then selepas berbuka, terus tidur. Mana tak naik berat badan? *Terasa sambil usap-usap perut. Perut dah tahap suami orang dah. Biasalah, perut yang mendapat kasih sayang isteri*

Warung-warung tersorok yang buka pada waktu tengah hari akan mendapat lebih banyak sambutan daripada biasa.
Percaya tak kalau aku kata warung-warung dan kedai makanan yang kecil yang buka di siang hari boleh mendapat sambutan yang hangat lebih dari biasa? Aku tau lah sebab aku pernah ter-ikut kawan aku yang menjadi runner untuk juadah berbuka puasa di siang hari. Dududududuu (bunyi motor). Aku tumpang kawan aku pergi ke bandar. Then masa balik tu, dia ada singgah di tepi sebuah bangunan tau. Then kat belakang tu, ada sebuah warung kecik je. Tapi orang dia perh, ramai beb. Kawan aku kata lauk-lauk kat situ licin even ayam dia kecik. Pandai betul orang sekarang berniaga.

Bilik yang kosong kini telah berpenghuni.
Bilik belajar (discussion) di hostel aku yang kebiasaanya kosong pada waktu siang kini sentiasa penuh dengan orang. Pintu juga asyik berkunci je. Bila ketuk pintu bilik discussion tu, automatik bilik tu akan jadi sunyi macam tak der orang. Magik betul. Then kalau hidu betul-betul, sure akan terbau makanan. Intai punya intai, tengok-tengok member aku ada buat majlis berbuka puasa kat situ daaa. Dieorang confused dengan azan zuhur dengan azan magrib kot.

Cerita sedih tak akan meningsafkan penonton.
Bila ramadhan, tv3 mula siarkan cerita-cerita yang sedih yang entah apa-apa konon untuk menginsafkan penonton. Tetapi, hakikatnya, cerita-cerita di kaca tv hanya lah menjadi stock makian dan sumpah seranah sebab tahap sedihnya adalah terlampau tak logik. Alah, cerita melayu biasa lah. Kalau tak isu hero yang miskin, mesti pasal hero yang terencat. Then mesti ada isu kena rogol. Then blah-blah-blah. Same modus operandi all the time. Dan yang tak boleh blah ada je lagi orang dok layan cerita-cerita yang macam tu padahal plot dan ending dia boleh sangat nak agak.


Dan plot yang paling femes adalah pasal anak derhaka terhadap ibubapa. And then either si anak or si ibubapa yang akan mati. Pulak tu, bila nak mati, mesti mati pada pagi 1 Syawal. Kan? Balik-balik mati pada 1 Syawal. Balik-balik mati pada 1 Syawal. Yaaa. Tipikal kan? Kucing aku pun boleh agak plot macam tu bro. Dan soalan yang aku paling kerap tanya. "Kenapa pengarah dan producer suka menginsafkan penonton dengan filem sedih kalau keinsafan boleh di capai dengan filem happy?" Contohnya, cerita pasal keluarga family yang suka ria pulang ke kampung. Mesti bila orang yang tak pulang ke kampung akan rasa sayu je bila tengok kan?

Droolling to the TV
TV mula menyiarkan cerita berunsurkan masakan untuk juadah berbuka dan kuih raya. Masa zaman dulu-dulu, pada pukul 5 dan enam petang kami semua akan duduk depan tv dan layan apa-apa program masakan sambil terliur. Aku tak faham kenapa bila raya dan berbuka puasa kita di sajikan dengan program-program macam tu. Lagi pun kenapa perlu berbuka dengan gempak-gempak? Kenapa tak boleh berbuka dengan lauk seperti hari-hari biasa? Dan... ada ke orang yang betul-betul follow guide kat TV tu? Anak-anak dara zaman sekarang mana reti masak benda-benda pelik-pelik macam tu. Kalau ada pun, mesti makcik-makcik tua. Anak dara apa tau. Tau bergossip je.

The weird wayang satu syawal.
Produser dan pelakon mula mempromosikan filem-filem mereka dengan ayat "Jangan lepaskan movie terbaik pada 1 syawal ini. Hanya di panggung wayang!" Seriously? What shhhht makes you think we all should sambut Raya 1 Shawal dalam panggung wayang? We all got thousands of rumah awek-awek comel untuk di rayai. We all got thousands of new awek-awek comel untuk di kenali. And you suggest me to sambut raya kat dalam panggung wayang? Oh-oh maybe kat dalam panggung wayang ada awek-awek comel kot.

****************

Actually lah kan. Aku ada satu impian yang aku nak buat sebelum mati. Ya, setiap tahun, aku berharap yang one day aku boleh rasa beraya di negara orang. Then tangkap gambar then hantarkan ke Utusan / Berita Harian dengan harapan keluar kat segmen "Salam Perantauan". Tapi serious. Aku nak merasa beraya di negara orang doe. Dah lebih 20 tahun beraya di negara sendiri. Feel tu dah makin nak hilang. Mungkin selepas kahwin feel tu datang balik kot. Bila la aku nak kahwin ni.


Ps : Belum beli baju raya. Isk. Isk.



Ahad, 30 Januari 2011

OST Cerekarama : Menantu Tip Top

Assalamualaikum


Well, aku jarang tengok tv nak-nak cerekarama di TV3 sebab kebanyakannya adalah drama yang bertipikal melayu. Dan yes, ianya membuatkan aku rasa bosan. Tapi, ingat tak korang pasal Dalil Cinta juga Cerekarama di TV3. Juga antara cerekarama yang best yang agak lain dari yang lain even still ada sikit bau-bau cerita melayu tipikal.

Tapikan, masa tengah layan cerekarama Menantu Tip Top ni, aku terperasan dengan soundtrack / lagu dia. Agak tertarik jugalah aku dengan lirik-lirik dan melodi soundtrack / lagu dia tu. Aku suruh adik aku search. Tapi dia bising-bising tak nak search. So, aku sebagai abang mithali pun search la lagu tu.

Aku bukak google, then masa lagu tu tengah play kat tv, aku tulis lirik dia then letak perkataan "lirik" di akhir search. Then, tadaaa. Keluarlah sound track dia. Nama lagu tu adalah Penantian. Yes Penantian. Dinyanyikan oleh band Kertas. Ya, artis indonesia. Nice song. Korang boleh tengok lirik dia di bawah. Juga ada mp3 player. Juga boleh download di 4shared.com dia punya lagu tema.







Lirik / Sini Kata lagu Penantian - Kertas.


Bulan dengarkan lantunku
bintang temanilah aku
terangi gelap malamku

Aku ingin engkau tahu
ku kan selalu menunggu
hilangkan rasa letihku

Bila nanti kau mengerti
kumohon terangi aku

Dalam hatiku
ingatkan aku
untuk menahan rasa hati lelahku
yang slalu ...
rindukan tawamu dalam hatiku

Hanya dirimu ...
beri malamku yang menghiasi jiwa
yang rapuh
terlalu merindumu
hoo oo ooo....

Bila nanti kau mengerti
kumohon terangi aku .....

Dalam hatiku
ingatkan aku
untuk menahan rasa hati lelahku
yang slalu ...
rindukan tawamu dalam hatiku
ingkatkan aku ku kan tetap menantimu
hingga hati it.

Apa pun,

"Tak romantik ah perempuan tu"

Tu lah yang aku fikir bila aku tengok Angelina (Sari Yanti) tu. Patutnya, masa dia tengok suami dia tidur atas lantai, dia pergi lah ikut turun and tidur atas lantai sekali. Baru lah romantik. Ni tak. Boleh pulak di pi berangan pasal dia dan mak dia yang over make up dan super botox tu. Hais. Panas betul aku.

Apa pun, yang aku perasan, cerita Menantu Tip Top ni memang gedik. Dan yang tak ketinggalan, banyak babak lucah. Well, biasalah, sex sells.



Jumaat, 4 September 2009

Situasi Tipikal Ahli Lelaki Rumah Bujang.

Rumah aku masa aku muda-muda remaja dulu.

Secara Am-nya:

Minggu pertama - Rumah umpama White House

Minggu kedua - Rumah umpama Hotel

Minggu ke tiga - Rumah umpama pondok.

Minggu ke empat - Ni ke rumah aku?

Secara Detailnya

Minggu Pertama - Rumah umpama White House

Rumah idaman.

Masa mula-mula masuk rumah semua pakat buat aktiviti mencuci rumah. Banyangkan nak mencuci rumah yang tak pernah di cuci. Gila lah. Kipas syiling tahu2 je lah macam mana. Hitam gila lah. Kawasan rumah pula umpama zoo Melaka. Lipas, ulat gongok, lipan, katak semua ada.

Tu belum kira bab nak basuh tandas. Tahu-tahu je la tandas kaum lelaki macam mana. Memang 'bersih' 'suci' 'murni' punya lah. Syaitan pun tak nak bertandang. Dia punya kelodak dalam mangkuk tandas tu, perh. Mengancam selera makan beb. Benda-benda yang tak diduga semua ada. Lendir lendir yang tak diketahu dan tak boleh dikaji pun ada.

Bilik aku.

Tu lah gambaran asas rumah sewa aku yang tak pernah di cuci. Dan apabila dicuci sebersih2nya, oh, tandas boleh jadi tempat bergayut, you. Bilik macam hotel 5 bintang. Nak tido and tak nak bangun pun rasa berbaloi. Kalau berak, nampak je 'cadbury' tu tengelam ke dasar. Kalau dasar dia 5 meter, 5 meter la boleh nampak. Tapi rumah aku guna mangkuk tandas jenis western. So, dasar dia tak dalam la. Tapi tak boleh tahan bila ada geng2 ni mencangkung atas mangkuk tu then terjatuh. Perh, kalau masa tu 'cadbury' tu kluar sparuh dari 'kilang' mesti tersembur abis. Tak pun masuk balik.

Tapi itu dulu, masa zaman kotor-kotor. Sekarang dah bersih. Siapa kata rumah orang lelaki bujang mesti bersepah dan kotor?

Minggu kedua - Rumah umpama hotel

Rumah dalam angan.

Masa ni barang-barang keperluan hampir perfect. Baju-bajan confirm dah penuh almari. Masa ni pakat plan setiap selepas pakai baju, mesti sangkut baju kat pengangkut baju warna biru guna hanger warna hitam. Baju plak tak boleh sangkut dengan baju terbalik inside out. Susunan mesti ikut warna. Baju yang belum pakai kena sangkut kat penyangkut baju warna putih. Tak ada tapi-tapi. Mesti sistematik. Itu lah contoh pelajar sebenar.

Kasut berpasang-pasang mesti di susun dengan betul juga mengikut warna. Stoken mesti diletak kemas-kemas tepi kasut. Rak kasut confirm bau macam bau kedai. Orang masuk je mesti pandang. Memang boleh bangga la kat diri sendiri. Lebih hebat dari kaum pompuan.

Minggu ke tiga - Rumah umpama pondok.

Maid aku.

Part ni, barangan termampau banyak. Elaun perkakas mara dah masuk la katakan. Confirm buat beli barang-barang yang tak seberapa perlu. Nak beli buku jangan harap lah. Part ni gak, almari dah tak muat. Spenda and boxer pakat gantung tepi tingkat. Awek lalu tepi rumah nampak spenda dan boxer confirm naik market. Kasut-kasut dah start berbau.

Warna hangger dah becampur. Tak ada dah masa nak susun ikut warna. Ni laki la beb bukan gedik cam pompuan. Sial apa nak susun ikut warna. Ingat ni zaman masa aku budak-budak dulu ke main kawin-kawin kat rumah jiran. Cakap pasal main kawin-kawin, kredibiliti aku gila tinggi doe sampai Event 'graduate' tadika aku jadi pengantin lelaki. Seriously aku jadi pengantin lelaki, you. Aku pun tak sangka sebenarnya dulu. Kalau ada gambar nnt aku upload. Sayangnya majlis kawin-kawin tu berlangsung waktu siang je. Kalau malam. Hah. Kena cari kerja tetap lah aku.

Kereta paling kanan tu cool.

Tandas plak dah berubah sikit. Kalau 'cadbury' baru yang warna hitam pekat tu masuk dalam trus memang samar2 la nampak dia masuk ke dasar. Kalau dulu masa baru cuci ada bunyi 'kluk' bila cadbury masuk tapi sekarang dah jadi bunyi 'ghluhk'. Siap ada alunan 'mat lin' lagi.

Minggu ke empat - Ni ke rumah aku?

Bukan rumah aku.

Part ni. Hanger? Apa benda tu? Haha. Tak ada masa nak sangkut baju beb. Nak tengok baju tergantung pun susah. Okay aku dah tak ada idea sebenarnya ni. Tapi tak apa. Aku just nak cakap pasal tandas. Part ni. Masa memandang lubang tandas yang dipenuhi dengan cadbury-cadbury yang tak terlarut, hati kuat berbisik agak membuat pilihan antara tandas atau singki. Bernafsu je tengok singki walaupun dipenuhi oleh pingan mangkuk yang entah brapa lama tak basuh. Selipar-selipar dapur pun siap ada atas tu skali. Seriouly aku tak faham kenapa selipar tu ada kat situ dan aku tak tahu budak mana yang letak selipar kat situ.

Tapi tak akan la nak berak kat singkikan kalau rumah tak ada orang mungkin boleh la kot aplikasikannya. Tapi kalau rumah ada orang? Malu beb tak ada privacy. Nak tak nak kena gak la buang 'cadbury' tu kat dalam tandas. Time ni tak main dah bunyi 'ghluhk'. Cadbury ni jatuh, perh. Tak ada bunyi, you. Dia tenggelam cam pasir jerlus. Perlahan-lahan menelan 'cadbury' tu. Kalau si pembuang 'cadbury' ni tengok mesti teruja. Kira macam slow motion.

Dairy milk.

Apa? Aku pengotor? Aku cakap pasal cadbury. Apa yang kotor? Bukan ke para gadis suka makan cadbury?

Aku makan Vochelle. Hazelnut. But I do love Cadbury.

Khamis, 3 September 2009

Situasi Tipikal Pelajar IPT Dan Cuti

Entry ni 65% berdasarkan diri aku gak sebenarnya.

Lawa kan gambar ni.

Secara amnya pelajar IPT, ketika cuti semester;

Sebelum cuti - Yay. Dah nak cuti dowh.

Awal cuti - Yes cuti. Enjoy puas - puas la beb!

Pertengahan cuti - Bosan betul la cuti sem ni. Kenapa cuti panjang sangat?

Akhir cuti - Dah nak habis cuti ke? Alaa.. Cepatnya masa berlalu. Tak rasa pun.

Selepas cuti - Cuti mid sem bila?

*******************************************************

Secara detailnya pelajar IPT, ketika cuti semester;

Sebelum cuti - Yay. Dah nak cuti dowh.

Live your life babe.

Masing-masing sibuk mengemas barang-barang di hostel. Tiket bas dah beli awal-awal padahal cuti 4 minggu lagi. Tiket mesti ambil yang paling awal. Kalau ada, pukul satu pagi pun sanggup. Ada tu kalau habis kelas terus blah ke terminal bas. Kira kalau boleh memang tak nak stay lama la kat U ni. Haha!

Masa hari terakhir di U tu, rasa hiba la seakan-akan macam dalam drama TV. Nak-nak kalau naik teksi pergi terminal bas. Masa dalam teksi tu confirm layan feeling sorang-sorang punya lah sambil merenung luar tingap. Tak kurang juga yang menangis konon-konon tak jumpa lagi orang lain. Yang couple tu, siap ada yang ‘rasmi’ lagi awek dia. Isk, maksiat, maksiat.



Awal cuti - Yes cuti. Enjoy puas - puas la beb!

Lets hang out.

Masa ni siapa peduli U. Nama awek-awek kat U tu memanag automatic hapus. Kawan-kawan U buat-buat lupa. Otak memang dipenuhi dengan gath bersama kawan-kawan lama dari skolah menengah. Belum kira bab nak tengok wayang beramai-ramai. Tak pun plan untuk melancong bersama kekasih. Keluar dengan famili? Siapa nak. Silap-silap masa tengok wayang, ada adegan2 panas kan. Mesti tak senang duduk.

Masa ni gak, Nak study jangan harap lah. Kalau ada copy nota-nota untuk sem depan buat-buat terdelete. Lappy hanya on untuk main Ms, YM and blog je. Koman-koman pun main games.



Pertengahan cuti - Bosan betul la cuti sem ni. Kenapa cuti panjang sangat?

Kebosanan melanda.

Bila semua duit dan elaun MARA dah abis, mula lah terperap kat rumah. Nak keluar semata-mata tengok wayang pun berfikir macam nak kahwin. Ym, Ms dan Fb berstatus “Boring sial”. Masa ni semua pakat tanya “ Cuti buat apa?” ,“Tak keluar ke?”,”kau bosan tak? Aku bosan gak. Kita ni sehati sejiwa kan?”

Masa ni juga, dunia berputar-putar. Orang-orang yang tak pernah kenal dan tak pernah tegur kat Ym, Ms dan FB mula la buat-buat tersalah hantar komen/msg sebab nak cari topic perbualan. Bilangan apps kat Ms dan Fb pun makin bertambah.

Kuantiti movie yang di download secara haram semakin banyak. Movie atau clip-clip video yang tak ada ‘dialog’ pun sama. Dan bila download movie tu, nak juga download subtitles. Kira memang tak nak guna dah otak untuk faham-fahamkan English walaupun reti English.



Akhir cuti - Dah nak habis cuti ke? Alaa.. Cepatnya masa berlalu. Tak rasa pun.

Kalau anda tertarik dengan kaki ini maknanya anda gay.

Masa ni kat kat rumah termenung pasal sem depan. Mula la pakat simpan azam hangat-hangat tahi ayam konon nak study full time dan tak nak tulis blog dah. Masa ni gak sibuk kira duit untuk sem depan yang confirm2 tak cukup duit tu. Kerja malas, duit nak. Like Micet like students. Dan bagi bloggers pula, entries mesti pasal U/Kolej. Haha! Aku tulis, aku terasa!

Masa ni semua on Ym, Ms dan Fb tanya “Balik bila?”, “Balik dengan apa?”,”Balik dengan siapa?” Tak kurang juga kebangangan dengan menanya “Kau balik ke tak?”.


Selepas cuti - Cuti mid sem bila?

Study, study, stydo.

Part ni, semua pakat tunggu cuti pulak dah. Dalam hati mesti terdetik “menyesal aku tak enjoy puas-puas cuti panjang hati tu”.

Then bila start cuti mid semester, rata-rata menggunakan konsep “last minute work always works.” Cuti tu memang 100% enjoy lah maksudnya. Bagi yang balik rumah tu, hari-hari terakhir baru nak buat homework. Ada tu sampai tak tidur sebab nak siapkan kerja yang tertangguh. Mak bapak yang tengok semua cakap “Bagus anak aku. Sanggup tak tidur demi belajar”. Padahal tu bahana tangguh homework.

Then satu hari sebelum kelas starts baru nak balik. Tu pun homework tak siap lagi. Tiket bas kalau boleh ambil yang paling lewat. Kelas pukul 8 pagi, naik bas pukul 3 pagi hari yang sama pun sanggup. Dasar pemalas. Haha!

Bila cuti starts balik, rujuk point pertama entri ini. Ia recycle =)

Aku search 'stressed' tapi gambar ni keluar.

Balik Unikl Micet bila?

Update : Sekarang ni, rata-rata pakat tanya mengenai tarikh balik ke Unikl Micet. Sebenarnya soalan "Kau reg Micet bila?" adalah soalan yang paling femes pada ketika ini. Aku pun tak faham kenapa pengurusan Micet tak uruskan pasal ni. Padahal inilah yang boleh bagi Micet duit kan?

Hari pertama buka semester nanti, aku rasa soalan yang paling banyak ditanya dan soalan yang paling ditakuti adalah "Pointer kau semester lepas brapa?" Tetapi, kalau tak ada orang tanya, maksudnya semua takut nanti orang tu tanya balik pasal pointer si penanya. Sebab semua dapat pointer rendah. Haha! Ah. Pointer aku rendah sial. Micet adalah IPTS, jangan la strict sangat. IPTA pun tak cam ni. =,=

P/s : Colourful betul entri aku kali ni.