Rabu, 28 April 2010

Boleh Tahan Gangster Juga Aku Ni.

Assalamualaikum

Ini entri bergambar

Ya, gambar gadis mix ganu + somewhere-in-europe. 
Tapi itu bukan tujuan aku buat entri ni.


Tapi bila zoom, adik lelaki dia nampak jambu.


Oh oh?

HAHAHA.

Sabar Brader Joe Grimjow. Gua gurau-gurau je. 


Gila apa korang tak kenal Brader Joe. Gangster Herba tu.

Jumaat, 23 April 2010

Di Hina Hanya Kerana Ingin Bertudung. Apa La Nak Jadi Zaman Sekarang.

Assalamualaikum

 Despair

Kalau dulu, aku ada dapat email dari seorang gadis yang sebaya aku yang meminta pendapat perihal masalah dia dengan kawan dia. Ianya kerana dia di pulaukan sebab nak pakai tudung. Korang boleh baca kisah tu kat sini.

Dan kali ni, aku juga dapat email yang sama pasal tudung. Dia tak pakai tudung bukan sebab di halang oleh kawan-kawan, tetapi kerana family dia tak kasi.

Kesian dia.

Ceritanya bgini....

 Macam muka Dr Thirteen

Nama I, Hafizah. I adalah anak bongsu dalam keluarga I. Kalau you all biasa layan dramas, mesti you all akan kata anak bongsu paling best sebab dapat paling banyak kasih sayang. Tapi I tak. I lain. I tak pernah pun mendapat kasih sayang. Mak I meninggal sejak kecil. Daddy I pula selalu sibuk dengan kerja di penjabat. Adik beradik I pun semua buat hal masing-masig. So, I umpama tak berguna kepada keluarga I.

Actually, masalah yang I alami agak berat kerana Daddy I tak kasi I pakai tudung. I tak tahu kenapa. Mungkin kerana adik beradik I semuanya tak bertudung kot. Daddy I juga tak pernah ambil tahu akan perasaan I untuk bertudung. Daddy I tak concern kat I langsung. Dah la tak concern, hormat kat I pun tak.

I ingat lagi hari tu. Masa tu I tengah mandi. Daddy I tertingal dia punya spect mata kat dalam tandas tempat I mandi. So dia ketuk-ketuk pintu. I tak dengar sebab masa tu I tengah nyanyi. So, Daddy I ketuk sampai lock tu terbuka sendiri. I terkejut. I capai tuala untuk tutup badan I. Tapi I sempat tutup bahagian bawah je. Daddy I pulak dengan selamba je masuk. Dia amik spect mata dia dan blah sambil berkata "Eleh, macam la orang nak tengok sangat". Tapi I tau dia curi-curi tengok. I tau. Isk.

Pastu. Ada sekali tu, I nak mandi. So I masuk la dalam tandas. I ingatkan tak ada orang dalam tandas. Tapi rupa-rupanya ada anak kawan adik beradik I dalam tu. Dia baru lepas tumpang mandi. Lelaki. Hanya bertuala pulak tu. Ewww. Tak tahu malu langsung. Tak tahu ke dia yang iman I tergugat melihat dia topless?

Then sejak itu. I nekad untuk berubah. I nak tunjukkan kat mereka yang I ada maruah dan mereka perlu hormati I. I nak pakai tudung walaupun semua adik-beradik I tak bertudung. I tak kira. Kubur masing-masing kata En Syahidi.

Innocence dan sweet kan. Macam pelakon Chequititas.

Pagi tu. Cuaca amat indah. Tapi perut I lapar. I turun ke bawah. Baru jea I nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. I jenguk melalui tingkap dan nampak Daddy balik.

I agak pelik dan tertanya-tanya kenapa Daddy balik awal. Dan dalam masa yang sama, I terfikir yang inilah masa yang terbaik untuk I desak Daddy I untuk benarkan I pakai tudung. Now or never!

Bila Daddy I buka jea pintu, I terus bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, I kata, "Daddy, Hafizah nak pakai tudung boleh tak? Boleh tak? Boleh kan? Boleh kan? Boleh laa"


Bila dengar je apa yang I cakap, Daddy I terus jegil kan mata dia sebesar besarnya. Macam ada api keluar. Tiba-tiba, "Panggg!" Tapak tangan Daddy I menghayun ke pipi gebu I. I terus jatuh. Manik-manik mutiara, berlian, permata dan kaca bertalu-talu menitik keluar dari mata I. Sakit aw.

Adik-beradik I yang lain hanya tersenyum sinis je. Kejam.



"Aduhhhhhhh! Sampai hati Daddy! Hafizah tau la Daddy rasa malu kalau Hafizah pakai tudung. Tapi salah ke kalau Hafizah nak tutup aurat Hafizah? Lagi pun Hafizah...."

Panggggg....! Daddy labuh pelempang ke muka I sekali lagi sebelum I abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi Daddy malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Besar kecik besar kecik je Daddy tengok hang! Lagi pun Daddy....!"


"Tak kira!" I membalas sebelum Daddy sempat sambung ayat dia. "Hafizah nak pakai tudung juga! Hafizah tau apa yang terbaik untuk Hafizah. Hafizah..." Belum sempat I nak habiskan ayat I, "Panggg!" Sekali lagi I kena pelempang.
  


"Hafizah? Hafizah your head! Daddy boh hang nama Hafiz. Tup tup lekat Hafizah apahal?! Hang nak pakai tudung buat apa? Dah 100 kali Daddy habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG. Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng. Adik beradik hang semua lelaki tulen. Yang hang separuh tulen apa cer?

I yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang, kena maki. Tudung pulak tak dapat.




[Info 10-11] Sorry I didn't mention it earlier in this entry. The original article, is from Infomaya.net. But the forum is currently unavailable masa ini di tulis.

Isnin, 19 April 2010

Soalan Pedas Dari Pembaca Blog. Part 2.

Assalamualaikum

I taw muka I innocence aw. 

Oh oh. Ada ada surat. Tapi I tertanya-tanya. I tak ada haters ke.

1. What do you think about a girl that confess her feeling toward the boy that she loves?
Good. Sebab penantian tu satu penyiksaan. Harapan pun sama.

2. Ape beza unique dan view kat nuffnang tu ek?
View = Bilangan orang yang view tak kirala dari orang sama atau berlainan.
Unique view = Unique visitor = Visitor yang baru. Maksudnya, kalau kau view sesebuah blog 10 kali dalam sehari, ianya di kira satu unique visitor. Ianya berdasarkan cache/cookie/IP yang disimpan dalam lappy korang kot.

3. Berapa banyak dah wang penghasilan kau dapat dari berblog?
Tak banyak pun. Satu bulan nak cecah Rm1000 jangan harap ah. Dalam NN account ada beberapa ratus je sekarang ni. Cukup 1k, keluarkan kot.

4. Sy bosan. Ada movie best tak.
Knowing (2009), The Hurt Locker (2008), Crank 2 : High Voltage (2009). Crank 1 dan 2 sama best. Jason Statham adalah hero dalan Crank. Juga hero untuk Transporter 1,2,3.

5. Tahu tak macam mana nak hilangkan bosan?
Tahu. Hiburkan aku.

6. Mr k,esok free tak? jom kuar?
Esok ada test. Lusa pun ada. Eh, aku patut jawab ni dua minggu lepas kan.

7. Umur Mr K berapa?
Sweet '25' years old young

8. Pernah baca buku The Secret? Buku tu antara paling famous dunia. Apa pendapat ko pasal dia punya undang-undang?
Undang-undang? Buruk sangat bunyinya. Nama dia, Law of Attraction. Law of Attraction ni kira melawan dari Theory of Life (kononnya). Tapi aku rasa apa yang dia nak sampaikan tu betul. Ayah aku ada buku pasal Law of Attraction tapi yang lebih kepada Islam. Aku pernah nak baca buku tu dulu tapi abang aku cakap level aku tak sampai lagi (wtf). So dia suruh aku baca buku Follow Your Heart. Tak ada law, tapi konsep 60% sama. Law of Attraction dalam The Secret umpama tak percaya kepada Tuhan (walaupun apa yang dieorang cakap tu betul). Aku nak impikasikan dia punya Law of Attraction. Tapi tak banyak yang jadi. Tapi ada satu yang jadi. Tu pun baru tadi. Mungkin hanya kebetulan. Tapi dia still on the right path of Law of Attraction. Kau patut cuba sendiri.

9. (1)Kalau ade girl approach kamu, mula2 ape perasaan kamu? (2)Pastu ape pandangan kamu pada girl tu? (3)Sudi jawab kat formspring ni tak. (4)Senang tak soalan ni bagi kamu? P/s: sekadar bertanya...tak kenal kamu in real pon
1. Terkejut.
2. Biasa.
3. Sudi.
4. Tak.
From the way you talk (text), I think I know you.

10. I rasa baby i curang. apa yang patut i buat. patut ke i tinggalkan baby i.
I rasa you patut buat baby baru. Oh wait, baby = bf/gf?

11. Bila nak buat entry pasal Teruna VS Tak Teruna ? (Arianna)
Errrm... errr...Hmmm... Erm.. Cantik kan cuaca hari ni.

12. Kenapa ramai yang benci dengan Fasha Sandha? You suka dia tak.
Suka. I suka suara dia yang macam Ella. Dan I suka gila Ella. Tapi I lagi suka Lisa Surihani dan Alexandara Martiness yang berlakun dalam cerita Cave of The Golden Rose. I tak tahu la kenapa ramai orang (gadis) benci kat dia. Sebab jealous sebab dieorang tak ada suara macam Fasha kot.


I dont know which Arianna is that. Kevin's Arianna? Leave your link. Easy nak link kan. Apa-apahal, tanya gua kat formspring.me.



Sabtu, 17 April 2010

Al- Fatihah untuk Achik Spin yang Baru Pulang Ke Rahmatullah.

Assalamualaikum

Gambar lama.

Apa yang aku dengar, Achik Spin atau nama sebenar, Abdillah Murad Md Shari telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan dekat-dekat dengan Perhentian Nilai, PLUS pada jam 7 malam tadi. Dia yang dalam kereta Toyota Estima, terbabas dan melanggar sign board lebuhraya. Dan masa tu pula, arwah di katakan tersepit di dalam kereta yang terbakar. Tapi kawannya (pemandu) sempat keluar.

Al-Fatihah.


Apa pun, aku harap tak ada orang bodoh macam Rafiqin buat kecoh pasal isu ni.




Justin Bieber & His Girlfriend

Assalamualaikum

Bagi lelaki yang berumur 16 tahun yang bernama Justin Bieber ni, ada awek yang seperti di bawah agak sweet.
 This is Caitlin Beadles

Ya... Kind of sweet you know. Walaupun suara dia gila macam perempuan di usia 16, ianya boleh di maafkan memandangkan dia ada banyak $$$$$.


What a good life you know.

But you know what. Sometimes. Its gonna be weird when he clashed with the girl (above), and go for this girl (below).

 Melissa Victor

I love this. What a perfect match. Kadang-kadang, ini mengingatkan aku kepada 'keseimbangan alam'. Duhhh.

Oh yes. I hate this girlish-voice-boy. None of her his songs gonna be in my laptop. Im not her fan. I just love when he did something stupid. Google it.





Jumaat, 16 April 2010

What You Waiting For? - Mizz Nina & Colby 'O Donis (Believe it or not)

Assalamualaikum

Things you can buy with money.

Tak lama lagi, Mizz Nina ni (mungkin) akan jadi kaya raya hanya dengan satu single. I mean, satu single yang akan lagi kaya dari satu album Dato' Siti Nurhaliza misalnya.

Okay lets me get this straight to the point. Masa dengar radio Mix.fm, aku perasan yang lagu Imma Bee by Black Eyed Peas dah nak start. So aku cepat-cepat alih ke Hitz.fm. Ya aku benci gila lagu bodoh tu. Lagu tu hanya famous di sebabkan ianya di ulang-ulang. Try kasi lagu tu kat band lain. Mesti tak akan 'best' punya.

Then masa tengah dengar Hitz.fm, Dj tu ada pasang satu lagu yang lyric nya "baby, i never seen someone with your body~" Actually, its not about the lyric. Tapi melodi dan style lagu tu rasa tenang je. Bajet macam dengar ayat suci al-Quran la rasa tenang tapi aku dosa banyak so kalau dengar ayat-ayat suci mesti terbakar kot.

So masa balik rumah, aku terus online. Aku bukak Billboard.com dan cari lagu tu yang seingat aku dj ada cakap penyanyi dia bernama O something. Aku selongkar billboard.com selama 3 hari untuk cari lagu ni dan mencari penyanyi yang bernama O something dengan harapana kan jumpa. Ya semata-mata kerana lagu ni. Dan, sekarang pukul 3.58 pagi, baru aku jumpa lagu ni kat chart no 15 kat Hitz.fm Top 40 dan bukannya kat Billboard. Duh.

MizzNina (Teh Tarik Crew).
Pernah di gossipkan dengan Noh Hujan

Dan yang aku terkejutnya, penyanyi perempuan tu adalah dari Malaysia yang bernama MizzNina. Aku terkejut bukan apa, just agak terkejut bila aku tak sangka langsung yang penyanyi perempuan ni adalah dari Malaysia sebab lirik dia agak notty. And she got a really nice voice nak-nak bila dia berduet dengan penyanyi terkenal dunia, Colby O' Donis. Colby O' Donis pernah ft dengan Lady Gaga dan Akon.

Dan, nak bawak lagu untuk cecah dunia radio luar amat-amat lah susah (walaupun belum - Tapi aku rasa bakal masuk). Aku gak tak sangka langsung yang perempuan tu boleh berduet dalam lagu seunik ini. Serta, berapa ramai je orang luar negara yang layan lagu yang penyanyi dari Malaysia. Kalau ada pun, Shakira dan beberapa band lain. Band-band dari Malaysia pun hanya famous kat Taiwan dan Jepun. Tapi still susah nak masuk pasaran U.S. Kalau tak silap aku juga, Shakira sorang je yang lagunya pernah masuk Billboard. Yang lain, tak pernah. 

Audi R8. 

Artis Malaysia tak sama seperti artis luar. Artis Malaysia buat satu album pasaran Malaysia, nak beli BMW Ms ansur-ansur pun nak kene fikir banyak. Tapi kalau dah boleh masuk pasaran luar, perh. Audi R8 idaman pakai cash tak ada hal. Kalau mampu pun, hanya sekejap. Contohnya, Mawi Af dan Nabil Raja Badut, laku lagi ke dieorang?



What You Waiting For - Mizz Nina & Colby 'O Donis Lyric

Baby, I never seen someone with your body
You make me want get this party started
Hey baby, come in tell me what this all, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Its your birthday
So tell me what you want to
Its my birthday
I really wanna get with you
Drop the beat now and may be we can get it started
Well go insane and take you to the after party

So what's your name
Hey baby what's your name (oh yeah)
Sexy's my name
Yeah sexy's my name
OK and whats your game
Hey baby what's your game
OK I like to play
I I like to play

Baby, I never seen someone with your body
You make me want get this party started
Hey baby, come in tell me what this all, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Hey sexy girl from Kuala Lumpur
Hey baby that's me I'll be on the dance floor
I got you with surprise we pop in up in VIP
and if I ask nice can I take you home with me

[2X]
So what's your name
Hey baby what's your name (oh yeah)
Sexy's my name
Yeah sexy's my name
OK and whats your game
Hey baby what's your game
OK I like to play
I I like to play

Baby, I never seen someone with your body
You make me want get this party started
Hey baby, come in tell me what this all, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Baby let's get crazy
Come and loose control
You want to tear up the after party
I know you want some more
I wanna see you with that body
Working down real low
Baby yeah Come and get it
What you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me want get this party started
Hey baby, come in tell me what this all, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours, baby, baby
Tell me what you what you waiting for




Rabu, 14 April 2010

Soalan Pedas Dari Pembaca Blog

Assalamualaikum

Gender.Sexist.

Semenjak aku letak link formspring.me aku hari tu, aku terima agak banyak soalan pelik dan pedas. So, instead aku menjawabnya di formspring, baik aku menjawabnya di sini. So, here we go.

1. Adakah anda selalu kena reject dengan perempuan?
Secara teknikalnya, tak pernah. Secara tak teknikalnya, sekali.

2. Ramainya followers awak dekat blog! Wahh! Tahniah! Apa rahsia yang boleh dikongsi?
Tulis apa yang orang lain nak baca dan bukan apa yang kau rasa orang nak baca. Atau kadang-kadang, just tulis pasal benda di sekeliling yang orang lain suka buat tetapi tak pernah mengaku dan tak ramai yang sedar dia sedang membuatnya. Contohnya, pasal boyfriend / awek lagi penting dari kawan.

3. Saya dah tengok blog awak. Hurmm, awak ada masalah dengan perempuan ke?
Tak ada. Just suka buat perempuan marah sebab perempuan akan nampak lagi comel bila marah. Well, setakat ni, ada 3 perempuan yang geram gila bila nampak aku.

4. Kau rasa kau ni handsome tak? Tak aku bukan Fahim.
Aku tak rasa aku handsome. Tapi kau, setahu aku selalu perasan handsome.

5. Hah! I am the first to ask u question... What on earth was on ur mind when u first created formspring.me account?
Hai Orcs (Ogre?) / Qazafi. First of all, kau bukan yang first yang tanya. Yang ke dua. Aku create account ni sebab nak tanya soalan kat formspring orang lain. Soalan pedas maksud aku. Tetapi, at last aku baru perasan yang aku boleh komen sebagai anonymous.

6. Khairul bukan nama sebenar.. Nama sebenar ape ek?
Khairul.

7. Ko rase ko hot ae?
Ini Malaysia. Panas wajib di rasai di waktu siang. Btw, kau mengingatkan aku kepada budak pelik bernama Zarif.

8. Kenapa lelaki hold back dgn seseorang gal tu? contoh yg very simple sini ialah: mula2 dia yg beria ajak keluar, but then bila gal tu ckp ok, dia rasa segan la plak. sampai x jadi kelaur akhirnya. and it repeated. why?
Lelaki tu saja nak test market kot. Lagi pun, lelaki tak suka dengan perempuan yang mudah. Or dengan kata lain, lelaki suka gunakan effort kat perempuan. Lelaki tak suka perempuan yang terlampau mudah untuk dapat. Sebab tu la perempuan kena jual mahal sikit.

9. Errr. Gay?
Tak.

10. Kenapa suka kutuk perempuan?
Because.. its fun. Actually, dont take things serious lah. I dont hate girls. I just suka gurau kasar. So again, dont take it so serious.

11.a)Paling lama u mengurat perempuan yang u betul2 suka brapa lama? maksud i, perempuan yg u btl2 suka.
b)At the end, dpt tak perempuan tu?
a) Paling lama two years.. and counting.. the days.
b) Not.... YET. Still working on it.



Anything? Feel free to ask me, here. Dan jangan lupa letakkan link blog korang skali. Nanti aku link kan masa menjawab.




Selasa, 13 April 2010

Kenapa Miskin Semakin Miskin. Kaya Semakin Kaya.

Assalamualaikum

Mocking each other for our greater good.

Dari dulu sampai sekarang, apa yang aku nampak ada 3 golongan orang. Kaya, sederhana dan berpendapatan rendah serta satu lagi golongan anti golongan kaya. Dan kebanyakkan golongan ni, adalah dari berbangsa Melayu yang amat susah nak sekepala. Why? Sebab golongan ni awal-awal dah terpisah antara satu sama lain.

Sebagai contoh. Golongan kaya, kenapa majoriti orang kaya semakin kaya? Dan kenapa orang miskin semakin miskin? Sebenarnya simple. Ianya umpama nasi dalam electric rice cooker. Semakin besar rice cooker tu, semakin banyak la nasi yang boleh di masak. Macam tu juga dengan golongan orang kaya. Atau dengan kata lain, semakin besar pendapatan mereka, semakin banyak mereka berbelanja. Dan untuk maintain perbelanjaan jangka panjang mereka seperti banglo dan kereta sports, mereka perlu terus jadi kaya. Bila mereka kaya, mereka akan menggunakan wang mereka untuk teruskan hidup dengan cara orang berada. Contohnya, kalau golongan sederhana, makan (Rm300) + bil-bil rumah(Rm200) + kereta(Rm500) = Rm1000 sebulan. Tapi golongan kaya? Makan sebulan (Rm600) + bil-bill rumah (Rm400) + kereta (Rm1000) = 2000. So apa pointnya di sini? Pointnya, golongan berada perlu terus bekerja keras untuk maintain sebab golongan ni tak buat macam tu, mereka akan terus jatuh. A really drain downfall you know. Ianya tak seperti golongan berpendapatan rendah yang perlu berusaha hanya sedikit untuk teruskan kelangsungan hidup. Its not about how they do it. Its all about why.

But all of above is just apa yang kita nampak, Captain Obvious.

 Money can almost buy everything

So, apa yang kita tak nampak dalam “The Rich gets Richer, The Poor gets Poorer” ni? Dan kenapa kaya jadi semakin kaya, miskin menjadi semakin miskin? Sebabnya, golongan perpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia terlampau mudah berpuas hati dengan apa yang mereka ada. Dan ya, ini adalah entri Melayu mengutuk Melayu.

Aku pernah baca buku motivasi dari Dr HM Tuah kalau tak silap aku. Katanya, orang melayu di Malaysia terlampau mudah bersyukur. Mula-mula aku pelik juga dengan apa yang dia cakap, tapi bila aku fikir-fikir balik, baru aku tahu ada betulnya apa dia dia cakap.

Apa yang aku fahami dari ayat "orang melayu terlampau mudah bersyukur" adalah, terlampau malas. Its something like, "alaa, aku dah ada kereta, aku dah ada rumah, aku dah ada isteri; bersyukur la dengan apa yang ada". Thats what im talking about. So kalau semua terus macam tu, bila kita akan maju? Thats why golongan miskin semakin miskin.

Dalam Islam, kita di galakkan mengumpul sebanyak mana harta di muka bumi selagi tidak melanggar syariat. Tapi dalam 'Melayu', syarat nak jadi orang yang beharta mestilah jahat dan memiliki sifat negative.

 Never see the light

Dan, ada satu lagi golongan yang aku amat-amat anti. Golongan tu adalah golongan yang berpendapat bahawa; kalau orang tu kaya, mesti jahat. Mesti menindas. Mesti main riba. Mesti curang. Atau apa-apa yang negatif. First time aku jumpa golongan ni adalah ketika aku di tingkatan 3 apabila seorang member aku cakap dia tak berapa setuju dengan parent dia bila parent dia cakap " "Belajar bersungguh-sungguh supaya bila besar nanti boleh dapat kerja yang kasi gaji tinggi-tinggi. " So dia pangkah parents dia. Bagi dia, kalau orang tu kaya, mesti tamak, kedekut, jahat dan sewaktu dengannya. So, dia tak nak jadi orang yang bergaji Rm8k ke atas. Tak tahukah dia yang duit tu penting? Tak tahukah dia yang duit tu boleh beli love? Well, tu adalah first time aku tengok golongan macam ni.

So sejak aku jumpa golongan macam ni, aku tertanya-tanya, Tak boleh ke wujud manusia yang kaya dan pada masa yang sama, baik hati? Kenapa kalau orang tu kaya, mesti jahat? Kenapa kalau orang tu miskin, mesti baik? Setelah aku berfikir-fikir lagi, baru aku perasan yang pemikiran ni berasal dari orang melayu sendiri. Buktinya? Tengok la drama melayu. Dalam drama melayu, majoriti cerita; watak jahat mesti kaya dan bijak. Watak baik mesti miskin dan bodoh serta selalu di tindas. Cerita drama Indonesia jangan cakap la. Tak hairanlah orang di sana agak susah nak maju. Tipikal. Yes, damn so typical.

Tapi, konsep ni tak termasuk dalam Akedemi Fantasia, Malaysia Idol atau what so ever. Sebab aku boleh cakap semua product-product dari AF, MI dan what so ever tu kebanyakkan tak bertahan lama. Ianya terbukti bila istilah artis mee segera wujud. Dan ianya lagi-lagi terbukti apabila aku cakap kejayaan yang mudah datang, akan mudah pergi. Sama seperti cinta. Cinta yang mudah datang, akan mudah pergi.



Melayu umpama pahat. Kalau tak di ketuk, tak akan gerak.

Sabtu, 3 April 2010

Review Wayang : Clash of The Titans

Assalamualaikum

 Kat Malaysia, kuar semalam.

Semalam, hari Khamis. Loan Mara dah masuk. So, budak-budak rumah aku cepat-cepat je plan nak lepak bandar Malaka and having a midnight movie kat Dataran Pahlawan. Memang semua jadi pemboros dan tak pandai jimat. Dasar perlukan isteri-isteri-isteri-isteri yang pandai simpan duit.

Well, as expected, kitaorang tak akan tonton movie melayu punya lah. Dah memandangkan semalam (Khamis) adalah first day wayang baru keluar, so kita orang tengok la cerita The Clash of The Titans. Tayangan tengah malam pukul 12.50 pagi.

 Poseidon

Over all aku boleh cakap, cerita ni boleh la kalau nak hilangkan bosan. Tapi untuk yang nak betul-betul aksi, memang tak cukup memandai.

Cerita ni berkisar pasal sorang anak Tuhan  yang kena selamatkan pupulasi manusia daripada ancaman para dewa. Cerita ni hampir sebijik sama dengan cerita Percy Jackson and The Lightning Thief. Boleh di katakan hampir sebijik yang sememangnya gila sebijik apabila watak, fungsi dan plot untuk Clash of The Titans dan Lightning Thief tu berkisarkan pasal benda yang sama;

  1. Dewa turun ke bumi.
  2. Buat seks dengan manusia (yang dah semestinya lawa)
  3. Dapat anak yang semi-God (separuh dewa, separuh manusia) yang bernama Percy (Perseus)
  4. Hades (Dewa Neraka) buat hal. Cari gaduh.
  5. Percy (Perseus) kena selamatkan pupolariti manusia daripada serangan Hades.

 Medusa

And you guys know what, cara dia lawan Hades pun hampir sama. Caranya, bunuh Medusa, ambil kepala dia dan gunakan mata Medusa untuk di tukarkan Kraken menjadi batu. Oh ya, Kraken tu adalah anak Hades.

Dan lagi-lagi tak leh blah apabila kedua-dua cerita Lightning Thief dan Clash of The Titans dah sebijik gila bila masuk ke bab Perseus nak on the way nak pergi ke Underworld. Masuk je Underworld tu, kena naik sampan. Dan nak naik sampan, kena guna duit syiling spesel. Ya, ke dua-dua cerita ni sebjik sama termasuk la dia punya latar, konsep sampan dan sebagainya. So, boleh kata yang ianya kinda boringg.

 Kraken

Yang menjadi isunya sekarang ni,
Anak Zeus/Poseidon berupa manusia yang semi-God adalah kerana dia buat seks dengan manusia.

Anak Hades bernama Kraken yang berbentuk kala jengking yang besar yang hidup di dalam air yang ada ekor yang banyak. Agak-agak korang, Hades si Dewa Neraka ni tidur dengan 'apa' dan 'siapa' sampai boleh dapat anak pelik macam tu. Serious aku tergelak dalam panggung wayang tu.

Ni memang dah masuk bab nafsu binatang doe.

Yang membezakan cerita Percy Jackson and The Lightning Thief dan Clash of The Titans tak banyak. Bezanya, cerita Clash of The Titans ni lebih dewasa berbanding cerita Lightning Thief. Dah la citer Lightning Thief tu pasal romantik budak-budak. Apa barang cerita romantik budak-budak. Cerita Clash of The Titans ni lagi adventure dan ganas. Ada kala jengking dan benda benda yang tak patut budak-budak macam penyanyi Justin Bibir tengok. Aku tak suka Justin Bibir tu. Suara dia macam perempuam dalam lagu milliminimo apa tah.

Story line - 7/10
Graphic - 9/10
Casts - 6/10
Keunikan - 2/10 (Remake dari file lama)

Don't waste your Rm10 for this movie.





Khamis, 1 April 2010

Clicking on Nuffnang Ads

Assalamualaikum

Dear Nuffnanger,

As you might already know, there are 2 different types of campaigns from Nuffnang: Metered (mCPM) Campaigns , which pay according to the number of visitors who see the ads; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

It has come to our attention that certain groups have been committing click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. Do note that this act is an abuse of our Terms & Conditions under Section 6.

Banner ads are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, and not for the intention of earning extra money. Should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as we'll only be able to sell ad spaces on blogs with no click fraud record.

Our system is capable of tracking these illegal actions which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for committing this offence. However, as the number of bloggers who commit this selfish act has been growing in an alarming rate within our community, we're forced to be more vigilant and will take necessary action to ensure our other members of the community who do not engage in such act to suffer in the long run.

If you are aware of any of your friends or anyone who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly advise them to refrain from doing so, as bloggers who are caught engaging in click fraud activities will be punished severely, either by suspension or termination.

Thank you for your attention.

Cheers
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd

***************

I don't get it. Why the hell only me got the email. I did not click on my ads, not asking my followers either. And never join any fraud group.