Khamis, 12 Mei 2022

RE : Modern Tips untuk Interview

Assalamualaikum w.b.t


Hello guys. How are you.

Honestly, aku dapat banyak great and positive feedbacks dari orang yang menggunakan Tips yang aku tulis untuk pergi interview. Ada yang dapat kerja yang dia dah lama aimed, dan kerja yang dia tak sangka dia akan dapat.

Just so you know, recently aku failed 2 interviews. Aku tak pasti nak kata fail ke apa tapi yang aku tahu, masa interview aku jawab dengan okay dan great. Setiap soalan yang panels tu tanya aku boleh jawab dan bagi specific answer. Im pretty sure about it. Tapi entah macam mana, Im not listed. Gila la sad.

Gila sedih bila you performed gila time interview, tapi kau tak dapat that job dan kau tak tahu mana silapnya, and till now I cant even figure that it out. So my success rate untuk interview dah jatuh dengan merudum. Kah. Tapi bila fikirkan balik, rasa funny.

Anyway, for this entry, lets reply secara pukal untuk komen di Tips Interview tersebut.

1. Broken English. 
"Hmm. Tapi macam mana kalau BI (English) tak seberapa power ya? Maksudnya, dia faham dan boleh cakap English secara minimal. Then bila interview, rasa gugup sampai nak jawab dalam BI pun tergagap.
Adakah potensi nak dpt kerja tu ada?"

I myself, English I amat lah teruk. Grammar aku tunggang langgang. Dan dari apa yang orang ceritakan kat aku, kita akan jadi lagi nervous time interview in English bila kita terlampau fikirkan pasal grammar.


I blame myself sebab tak study English dari muda. Bila dah besar, kemain cuba nak tengok English series tanpa download subtitles. But imagine this, imagine kalau you get to use to it. I mean, sometimes, aku pergi je mana-mana interview yang aku tahu aku akan fail, hanya for the sake untuk dapatkan pengalaman dan hanya untuk biasakan diri aku.

Untuk kerja-kerja yang kritikal dan memerlukan anda untuk menulis report dalam frequent yang tinggi, yes English adalah amat penting. Lagi penting kalau anda kerja yang memerlukan ada untuk jumpa client, vendor etc.

Semasa interview, kalau interviewer tanya pasal your poor English, just bagi tahu the truth. Just cakap "My English is pretty bad but I always wanted to improve it. For example, I force myself to read English magazines such as Penthouse, Hustler and Smooth".

2. Nerve Breakdown.

"Ade idea macam mana nak control nerve breakdown before masuk interview?"

Honestly, I have no idea. Aku sendiri pun gugup nak masuk interview lebih-lebih lagi kalau untuk position / tawaran yang gila betul-betul nak. Tapi aku perasan, gugup tu wujud bila suasana dalam bilik interview adalah tegang. Someone needs to crack a joke. Samaada you or them. Well, less likely dieorang yang akan buat joke.

3. CV yang kreative. 

"Oh great topic. Like seriously. Btw Mr K, since anda ada address tentang resume/cv, saya nak tanya. do every profession allow creativeness? Kalau nak apply account or audit position, boleh ke resume creative-creative?"
Bila baca soalan ni, aku teringatkan komen satu lagi. Read this:


Really disappointed to read this. Tapi kita kena bersandarkan kepada fakta juga. Tak semua boss / recruiter sukakan benda berbeza. Mereka mungkin sukakan benda yang dah dipraktikkan dari zaman berzaman. Dari zaman dulu kala. Dari zaman nenek moyang. Yes, cuba bayangkan. Umur kita adalah 20an. Dan recruiter / boss kebanyakkanya umur 40 tahun. Bayangkan, zaman mereka, resume mereka macam mana? Ugly kan? Dan itu yang mereka harapkan yang ada pada CV / Resume budak-budak sekarang.

Aku tahu ramai yang tak setuju. Tapi I myself prefer to stay with my method. Just put it like this. "Nak ke kau bekerja dengan company yang tak up to date dan tak benarkan kau jadi kretif?"

4. Apply bila tak memenuhi requirement.


"Tentang pointer, sigh, I don't know how to react. Menyakitkan hati bila ada kerja yang kita minat, tapi letak syarat pointer 3.5 and above. Shut. They didnt even give people chances. Boleh ke kita apply jugak walaupun pointer tak cukup syarat just to try our luck? Ke dont bother?"

Anggap la macam ni. Kalau kau apply, kau berkemungkinan tak akan dapat that job sebab tak memenuhi requirement. Kau jugak mungkin akan kena blacklist. Tapi kalau kau tak apply, 100% tak dapat kan? So why dont give a try? Unless kalau that position memang exactly mencari a specific competent person and memang that position je yang ada kosong, then hantar CV kat sana... well 99% tak akan dapat. But still either better than nothing or kena blacklist email.

5. Procedure hantar resume / CV.

"Hye Khairul, Nice entry. Cume, camna pulak kalau dah hantar beriban resume (actually tak ada lah beriban sangat pun) Tapi satu pon tak dipanggil untuk pergi interview. Any suggestion?"

Aku pernah cerita kan yang procedure ada dua. Satu hantar pakai Email dan pakai by hand.

Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Untuk company yang super busy dan yang famous, dieorang surely tak nak deal dengan ribuan resume atas meja dia. So dia akan prefer job application by email. Plus company besar sekarang pakai jobstreet. Dia check pakai jobstreet, print out then nilaikan.

But still, aku rasa yang paling sesuai adalah hantar hard copy CV / Resume. Tapi kalau nak hantar CV by hand korang kena ingat


  1. Ada certain company kalau dia dapat je resume / CV yang tak ada cover letter, akan masuk tong sampah
  2. CV dan Resume adalah P&C. Kalau anda hantar tanpa tanpa sampul, ianya dikira void. Dan juga masuk dalam tong sampah. 

Dan satu lagi, biasanya kalau nak hantar CV by hand, dia akan suruh bagi kat guard je. Sure ke sampai kat HR kalau bagi kat guard?



Additional :

Dalam ruangan komen, ada beberapa suggestion yang aku rasa amat bagus untuk dikongsikan.

1. Name tag.

"Nak nampak different sikit, try letak nametag. nametag yang hitam biasa tu. plus, utk senangkan interviewer."

Seriously, aku tak pernah terfikir untuk pakai name tag. Plus, kalau time inteview, mesti ada punyalah interviewer yang tanya "Errr, siapa nama tadi?" Kan? Aku pun dah banyak mengalaminya. Just tak pernah terfikir untuk pakai name tag.

2. Counter ayat "Tell me about yourself."

"My lecturer ada bagi tips kalau interviewer tu tanya "tell me about yourself" kite boleh jawab "Rather than i'm telling you about myself, let me tell you what i can contribute to your company if you take me in."

Awesome! But still, masa cerita tu, try kaitkan dengan diri sendiri - Like latar belakang keluarga etc. Maybe anda boleh bonding!



Selasa, 15 Februari 2022

Kelemahan dan Keburukan Seseorang Juga Merupakan Satu Rezeki

Assalamualaikum w.b.t



Dalam Islam, kita percaya kepada rezeki. Dan rezeki juga sering kali dikaitkan dengan "Luck". Kita boleh berusaha untuk dapatkan rezeki yang berada di depan kita. Tapi jika telah ditakdirkan kita untuk tidak memilikinya, segala usaha kita menjadi kosong.

Ada diantara kita yang boleh mendapatkan apa yang dia nak melalui kerja keras; Belajar, prektis, bina network, mengapu dan sebagainya. Dan ada orang yang dapat apa yang dia nak tanpa perlu bekerja keras; keluarga yang berpengaruh, cable, handsome or pretty face, great sex appeal, pretty body etc.

Itu adalah rezeki mereka. Begitu juga dengan orang yang dilahirkan dan hidup dengan serba kekurangan. Sebagai contoh, Ahmad dari keluarga miskin. Selain tidak mendapat proper education dan latihan lepas sekolah mahupun kelas tuisyen, dia juga merupakan seorang yang mempunyai masalah untuk belajar (A slow learner). IQ dia mungkin 60 dan kebawah. Guru-guru tidak meletak harapan yang tinggi terhadapnya lalu membiarkannya terkontang kanting. Tapi dia tak pernah berputus asa. Dia terus dan terus belajar. Result SPM dia, dia hanya mampu mendapatkan C. Mungkin ada satu atau dua yang D.

Setelah habis zaman persekolahan, dia mula untuk mencari kerja di bandar tempat tinggalnya. Setelah berminggu-minggu menghantar resume, dia berjaya mendapatkan satu interview untuk jawatan kerani disebuah kilang terkemuka di semenangjung Malaysia. Dan kini, dia berdepan dengan sesuatu yang dia paling tidak minat; Ujian Kemasukan. Soalan-soalan yang dia terpaksa tulis dan jawab adalah soalan yang berbentuk IQ Test serta soalan-soalan lazim perihal rutin kerja. Tapi dia amat mahukan kerja dan jawatan tersebut. He scored 30 out of 100 for the test while the rest of the candidates scored for at least double or more. Amat menyedihkan untuk Ahmad, bukan? Tapi semua orang tahu perihal Ahmad dan situasi yang dia tempuhi.

Pengurus syarikat tersebut, En. Kamal yang berasal dari bandar yang sama tahu perihal Ahmad dan situasi yang dia tempuhi serta dia tahu bertapa terdesaknya Ahmad. Jadi, despite of Ahmad's poor result, he still got hired.

Apa yang akan berlaku? Candidates lain yang tidak berjaya dapatkan jawatan tersebut akan berkata "Bukan rezeki kita. Ini rezeki dia". Dan Ahmad dapat kerja tersebut kerana sifat belas kasihan daripada pengurus syarikat tersebut diatas kekurangan yang ada pada diri Ahmad.

Sama juga dengan "Rezeki kahwin" atau "Rezeki dapat anak." Ada je orang yang kahwin tapi tetap menganggur. Ada je orang yang baru dapat anak, beberapa harinya terus dibuang kerja. Tapi kalau dia berusaha, dia sure akan dapat kerja. Chance dia untuk dapat dapatkan kerja adalah lebih tinggi disebabkan oleh majikan yang sedia tahu bahawa seseorang yang baru kahwin atau baru memiliki anak akan lebih komited untuk kerja sebab nak jaga dan feed keluarga. 

Ada orang yang mendapat "good luck" atau rezeki melalui kerja keras. Ada yang mendapat "Bad luck" seperti "Alah, dia handsome. Pointer tinggi, banyak lagi kerja lain dia boleh dapat." Ya, ini berlaku kerana orang di sekitarnya tidak merasakan yang dia patut mendapat jawatan tersebut. Dan tentu sekali, ada yang dilahirkan dengan serba kekurangan. Dan disebabkan kekurangan itulah, dia membina empayar rezeki yang tidak putus-putus.

Tapi, tentu sekali kita mahukan hasil dari usaha, kan? Siapa bangga dapat jawatan melalui cable. Siapa rasa teruja dapat tender dengan menjual badan. Siapa rasa seronok dapat result yang dengan cara yang tidak betul? Kerana kita semua tahu, jikalau seseorang tersebut berjaya dapat apa yang dia nak dengan cara yang tidak betul, bila-bila masa je dia akan kehilangannya.

Tapi kita kena ingat, dan kita kena sedar. Dalam maraton hidup, tak semua bermula di garis landasan yang sama. Tidak semua mendegar gunshot pada waktu yang dia sedia untuk berlari dan tak semua mempunyai great running shoes yang mempunyai design dan gel, dan kelembutan yang membuatkan kita semakin teruja untuk terus dan terus berlari walaupun peluh telah membasahi seluruh permukaan fabrik pakaian. Dan tentu sekali, tidak semua diantara kita mendengar the same loud of cheerleaders yang bersorak untuk kita. Ada yang terpaksa mengunakan imaginasi out of nothing hanya untuk merasakan getaran jiwa semagat pom-pom girls dari dalam minda. Kita juga boleh lead jauh dihadapan meninggalkan rakan dan pesaing kita di belakang tetapi mungkin selepas beberapa jam, kita mula perlahan dan dipintas kerana tiada seorang pun diantara kita mempunyai stamina dan kekuantan mental serta fizikal yang exactly sama.

Dan andaikatalah kita mempunyai segala persamaan, adakah semua dari kita mampu untuk terus mendapatkan running shoes yang baru setelah kasut yang kita pakai kini, telah tear and wear off? Will any of us still have the safety net and the luxury just to get another pair of good running shoe?

Some of us won't.

Jumaat, 1 Oktober 2021

PN, PH atau BN? Soal-Jawab Semua Soalan Berkaitan PRU15 Untuk Pengundi Kali Pertama.

Assalamualaikum w.b.t


PRU / GE kembali lagi dan kita semua sesama sendiri tetap bergaduh bertengkaran saban hari mem-backup ahli politik yang tak pernah tahu pun kewujudan kita. 

Aku sebenarnya tak nak buat post ni. Sebab politik adalah sesuatu yang amat susah nak dijangka. Setiap ahli politik ada interest dan ada Master yang dia perlu follow. 

Tapi at the same time, aku terima banyak soalan especially di twitter dan curiouscat, dan aku cuba sedapa upaya untuk menjadi adil ketika menhawav (walaupun amat-amat-amat-amat sukar). Why?

Sebab ahli politik akan lakukan apa sahaja demi mendapatkan undi dan menang PRU. Kalau perlu tipu, tipu. Kalau perlu reka cerita, reka. Semuanya demi kemewahan hidup duniawi selama 5 tahun. 

Soalan 1
Aku tak tahu nak undi siapa PRU ni. Ada tips tak?
Di Malaysia sekarang hanya ada 3 gugusan besar yang "sesuai" diundi. Kalau mengundi parti lain, tak ada point. Kenapa? Sebab mereka tak akan menang undi anda hanyalah pemecah undi.

3 Gugusan sesuai untuk diundi tersebut adalah:
  1. Perikatan Nasional. (PN - PAS + Bersatu (ex PH))
  2. Pakatan Harapan. (PH - PKR + MUDA + DAP)
  3. Barisan Nasional (BN - UMNO + MCA + MIC)


Aku tak pasti korang perasan ke tak. Tapi BN/UMNO, PAS dan Bersatu bergabung di Sabah. 


Tapi seriously.  kalau anda bawah umur 30 tahun anda cukup cerdik untuk terdedah dengan infomasi dunia agar tidak mengundi Barisan Nasional. There are tooo much bukti hidup terhadap penipuan,  penyelewengan yang dilakukan oleh warga BN. (Ini PRU ke 3 aku. Kali pertama aku mengundi, aku undi BN. Jadi aku tahu)

Jadi kalau tak boleh undi  BN, saya patut undi PH atau PN?
Itu bergantung pada pendedahan masing-masing samaada nak undi PH atau PN. . 

Kalau anda terdedah dengan dunia mengatakan Anwar Ibrahim ahli LGBT, agent freemason, agen illuminati, agen yahudi, agen cockoo dan anti Islam, anda mungkin akan mengundi PN. 

Kalau anda terdedah dengan social media dan yakin Ahli Tertinggi PAS dan Bersatu banyak rasuah sebab itu mereka tak berani declare harta seperti Rafizi dan ahli PKR lain, anda mungkin akan undi PH. 

Dan yang paling mudah, kalau tak pasti, anda boleh  undi PN untuk DUN dan undi PH untuk parlimen. Kenapa? Sebab kebanyakan ahli tertinggi Perikatan Nasional (PN) banyak kerja di DUN dan tak masuk bersidang di Parlimen. Manakala Ahli PH kerap hadiri parlimen untuk pembentangan usul dan mengundi. Win-win. Boleh rujuk sini. 



Soalan 2
Betul ke  BN akan terkubur selepas PRU15?
Agak susah kerana masih ramai yang sokong BN dari golongan  berusia dan jangan lupa dengan possibility of Gerrymandering. Kalau anda nak tahu tentang Gerrymandering, boleh refer SINI. 

Dan juga, sebelum pembubaran parlimen 2 bulan lepas, kerajaan terbentuk adalah kerajaan PN + BN. Jadi tidak mustahil PN + BN akan tetap berlaku walaupun BN kalah. Dan at the end, UMNO tetap akan memerintah seperti sebelum PRU15 ini. Welcome back and all hail PM Zahid Hamidi.

Soalan 3
Kenapa masih ramai yang undi PH walaupun PH bersama DAP?
Mereka percaya kuasa raja-raja dalam perlembagaan tetap terlindung dan DAP (serta mana-mana parti lain seperti MCA) tak mampu buat apa-apa jikalau benar mereka ingin menjatuhkan Malaysia.

PH wujud hanyalah untuk PKR mempergunakan DAP untuk dapatkan undi dari pengundi non Malay. DAP is useless without PKR & PH. 

Kalau kita tengok, incase semua kerusi yang DAP menang semua pun, mereka hanya menang 40 biji kerusi. PKR alone ada 72 dan Amanah ada 46. Dan kalau DAP keluar dari PH, tak ada parti politk akan terima mereka. Jadi mereka terdesak dan PH hanyalah harapan mereka untuk mereka hidup dalam dunia politik.

Pendekar Melayu kot. Masakan takut. 




Soalan 4. 
Tapi Pakatan Harapan pernah memerintah 22 bulan dan result dia amat teruk.
Betul. Time tu, yang mengetuai PH adalah Tun Mahathir. Sekarang adalah Anwar Ibrahim. Orang-orang yeng mengkianat PH dan pengikut Tun M dan keluar dari PH. 

Soalan 5
Kenapa masih ramai undi BN walaupun berita dan bukti penyelewengan warga tertinggi BN / UMNO telah  dinyatakan even oleh negara luar?
Orang yang undi BN ada 2 sahaja:
  1. Kemungkinan sedang dapat benefits dari BN menjadi kerajaan. (Senang dapat projects, cable banyak, etc etc)
  2. Kemungkinan pernah mendapat bakti dari BN sebelum BN menjadi seperti lubuk penyelewengan pelbagai lapisan. 

Soalan 6
Kenapa masih ada orang undi PN walaupun tahu PAS tak boleh tadbir Kelantan dan Bersatu akan mungkin akan mengkianat?
Mereka sudah tak ada pilihan lain. Di Malaysia, tak dah dah parti yang relevant.

Soalan 7
Jika PH menang dan Anwar Ibrahim jadi PM, adakah Malaysia akan jadi maju?
Kita tidak akan tahu selagi dia tidak memerintah. Tapi kita tahu apa yang akan terjadi kalau BN mengetuai negara. Dan tidak mustahil mereka akan mengetuai negara setelah bergabung dengan Perikatan Nasional sekali lagi setelah selesai PRU15 untuk membentuk kerajaan campuran seperti sebelum PRU15. 


Soalan 8
Calon DUN dan Parlimen sekarang paling banyak dalam sejarah Malaysia. Kenapa ramai berebut-rebut untuk jadi ahli DUN dan Parlimen.
Easy. Sebabnya adalah:
  1. Duit - Tak perlu explain. Pencen jawatan dalam kabinet pun dah mencecah RM100k sebulan. 
  2. Kuasa & Nama. - Penyelewengan. Sebab tu banyak kes penyelewengan berbilion setiap satu  kes.
  3. Kerja senang. Hanya perlu hadap makian.

Soalan 9.
BN memperjuangkan kestabilan negara untuk menarik pelabur luar. Kenapa kita tidak patut undi BN / UMNO?
Kestabilan ni hanyalah propaganda. Kerajaan yang ada sejak PRU 14 termasuk pimpinan Tun M, Muhiyiddin Yassin dan Ismail Sabri adalah kerajaan yang stabil.

Kerajaan yang stabil bermaksud setiap kerusi di parlimen tu tidak dimonopoli oleh sesebuah parti. Why? Supaya parlimen tidak meluluskan usul yang tak masuk akal.

Aku bagi contoh. Parti A usulkan untuk potong gaji semua orang yang tak handsome dan tak cantik. Disebabkan kerusi di parlimen tu semuanya dari Parti A  maka  usul tersebut diluluskan oleh semua ahli Parti A dan tak ada bantahan sebab parti B tak wujud. Adakah itu stabil? Kestabilah bermaksud ada check and balance. Which is ada saingan sengit supaya sesebuah parti tidak sesuka hati buat undang-undang yang memberi benefits kepada mereka. 

Nak kestabilan negara? Hentikan rasuah, hentikan pengundian usul parlimen berdasarkan parti politik. 

Propaganda BN untuk Kestabilan hanyalah propaganda semata-mata sedangkan yang rosakkan kestabilan itu adalah dari pihak sama yang juga yang melakukan Langkah Sheraton.

Soalan 10
Penting sangat ke untuk tak rasuah? Kita pun kadang-kadang rasuah adik kita.
Imagine ada pelabur dari German nak buka sebuah syarikat besar di Malaysia. Dan pada masa yang sama ada syarikat dari Brazil. Syarikat Brazil tu rasuah ahli politik Malaysia supaya dia yang boleh buka syarikat tu walaupun pelaburan dia adalah tak menarik dan tak sesuai di Malaysia. Then apa impak dia? Kerajaan Malaysia inject duit dengan menggunakan duit cukai rakyat Malaysia. Kemudian bila project tu gagal. Duit rakyat tu hangus macam tu sahaja. Yang untung adalah ahli politik yang makan rasuah sebab dapat duit cukai rakyat tersebut.

Kalau korang tak kisah bayar cukai untuk ahli politik makan bersama kroni mereka then baik korang derma je terus kat ahli politik tersebut. 




Ingat, mereka ni rasuah bukan ratusan juta ringgi tetapi total billion dalam penyelewengan. 

Soalan 10a.
Tapi dalam PH ada juga yang dikatakan rasuah. Syed Syadiq dan Lim Guang Eng adalah antaranya.
Then tangkap mereka. Undang-undang sekarang lebih telus dan tegas sejak BN kalah PRU14. Anwar rasuah? Tangkap. Syed Saddiq? Tangkap. 

By the way, korang tahu tak beza antara juta dan bilion? 
1 juta saat bersamaan dengan 11 hari.
1 bilion saat bersamaan dengan 31+ tahun.  

Imagine kalau kita tukarkan saat tersebut kepada duit. Berapa banyak pembangunan yang kita boleh buat untuk rakyat kalau ahli politik tak masuk poket sendiri.

Soalan 11.
Cukuplah sekali kerajaan 22 bulan.
Saya setuju. 22 bulan dibawah pimpinan Tun M yang pada akhirkan meletakkan jawatan dan menyebabkan pertelingkahan. Gagasan Tun M sekarang adalah dibawah parti Pejuang. Jangan undi Parti Pejuang.

Soalan 12.
Jika 3 gagasan besar  PH, PN dan BN semuanya tidak dapat majoriti kerusi untuk membentuk kerjaan, apa yang akan berlaku?
Seperti yang saya katakan tadi, berkemungkinan besar PN akan bergabung dengan BN sama seperti sebelum PRU15. Bezanya, kemungkinan besar Zahid Hamidi akan menjadi PM (kalau tengok cara dia bagi statement dan cara dia benting budget, memang Ismail hanyalah posterboy)




Sebab itu saya katakan, kalau tak tahu nak undi siapa, untuk selamat undi PN untuk DUN dan PH untuk Parlimen. 

Soalan 13
Adalah menjadi kewajipan untuk memilih pemimpin dari yang beragama Islam dan bukan fasik.
Setuju. Ketiga-tiga bakal PM untuk PH, PN dan BN adalah orang yang beragama Islam. Fasik atau tidak boleh nilaikan sendiri. 

Soalan 134
Kau rasa apa plot twist paling twist yang akan berlaku selepas PRU15
Chance untuk tak dapat majoriti kerusi amat tinggi (30% setiap gugusan). Aku expect BN akan bergabung dengan PN. Tapi terpaling twist adalah; PN bergabung dengan PH dan membentuk kerajaan baru. 

Actually aku agak teringin nak tengok PAS bekerja besama DAP. Haha. 

Soalan 15
Macam mana kita nak tahu kita mungkin undi parti politik yang betul untuk mengurangkan penyelewengan dan rasuah di Malaysia? 
Agak sukar. Antara yang boleh kita buat adalah periksa siapa ahli politik yang berani declare harta mereka. Ramai ahli politik yang takut untuk declare harta sebab percaya atau tidak, harta mereka kini sudah hampir berbilion ringgit jika tidak lebih. 

Sedangkan orang yang mengemis pun boleh ada ratusan ribu dalam account apatah lagi yang menjual agama, bangsa dan negara. 

Soalan 16
Semasa PH memerintah hari tu, banyak harta dan asset negara dijual termasuk tabung haji.
Rasulullah mengecam dengan keras terhadap dosa fitnah. Sebab apa? Sebab fitnah mudah tersebar dan bila bukti nyata keluar pun, tak ada sesiapa yang nak percaya. 

Soalan 16
Kenapa kau yakin sangat yang selepas PRU15, PN dan BN akan bersatu dan bergabung?

Kalau kita tengok, TG Hadi Hadi hanya banyak kritik PH, PH dan dan sentiasa PH. Tidak pun kritik ahli politik BN yang menyeleweng. Begitu juga dengan majoriti ahli PAS yang lain. Tak ketinggalan ahli Bersatu dan UMNO. 

Berkemungkinan mereka hanya berpecah dan bentuk PN dan BN supaya rakyat tak boleh guna keburukan dan penyelwengan BN untuk tidak undi campuran BN dan PN. Which is amat berkemungkinan besar akan bergabung selepas PRU15



Clearly, kemungkinan besar BN akan bergabung dengan Perikatan Nasional / PAS again selepas PRU dan seperti yang dikatakan tadi Zahid Hamidi akan menjadi PM


Akhir kata, undi adalah rahsia dan setiap dari kita ada hak untuk mengundi sesiapa pun. Tetapi pastikan anda fikirkan tentang diri, keluarga, negeri dan negara kita. 

Setiap orang ada pandangan masing-masing. Ada yang pandang di halaman rumah sahaja. Ada yang pandang belakang rumah. Ada yang pandang setakat kampung sahaja. Ada yang pandang sepanjang daerah. Tapi sekali sekala, kita kena pandang negara kita.

Selamat mengundi dan selamat memilih parti politik yang terbaik. Dosa memilih ahli politik akan kekal selagi dia menjalankan perkianatan dan penipuan akibat kuasa yang dia dapat dari undian kita. 


Ada soalan lain lagi? Feel free to ask. 





Ahad, 1 April 2018

Kenapa Anda Perlu Mengundi PH Jika Anda Penyokong BN dan PAS.

Assalamualaikum w.b.t




Hello rakan-rakan internetku sekalian.

Sudah lama bukan kita tidak bersua? Aku harap, kalian semua berada dalam keradaan bahagia hendaknya. Setiap orang akan mengecapi happy ending mereka sendiri. Jika anda masih belum menemukan kebahagiaan tersebut, ketahuilah ianya masih bukan pengakhiran.

Anyway, musim Pilihan Raya Umum telah tiba. Sepanjang aku aktif di media sosial, aku sering terima pelbagai soalan daripata pegundi atas pagar atau pegundi first timer yang gusar tak tahu untuk undi siapa. Jadi, ini adalah soalan-soalan yang paling kerap aku dapat ketika aku tanya mereka perihal parti yang akan mereka undi.

Soalan 1. 
Tukar kerajaan bukan sesuatu yang mudah. Saya prefer kerajaan yang sekarang. Lebih selamat, kan?
Secara kasarnya, jika Pakatan Harapan (PH) menang, apa yang berubah hanyalah menteri. Iya. Menteri-menteri sahaja yang bertukar. Negara tetap sama. Pertahanan negara tetap sama. Sistem perundangan negara tetap sama. Raja-raja dan sultan tetap sama. Yang lain tetap sama. Hanya menteri yang bertukar. Itu sahaja.

"You cannot change the government. You can only change people who control the government."

BN terlampau lama memegang Malaysia sampaikan orang menyangka bahawa BN itu sendiri adalah kerajaan mutlak. Tukar parti hanyalah bermaksud tukar menteri-menteri yang memerintah. Secara kasarnya, itu sahaja. Usah takut untuk tukar parti yang memerintah. Kerajaan tetap wujud tanpa BN. Banyak negara yang tukar pucuk pimpunan ketika pilihan raya negara mereka. Tukar parti, bukannya tukar negara.

Soalan 2. 
Apa bukti yang mengatakan bahawa PH akan dapat menjalankan tugas dengan baik mentadbir kerajaan dan negara kita ini jika mereka menang PRU14 ini?
Imagine jika PH menang, BN mesti akan cuba improve dari dalam untuk PRU ke 15 (2023). Dan PH pun mesti akan cuba sehabis baik berbakti pada negara supaya tidak dibuang pada PRU 15, betul? Jadi, siapa yang akan dapat benefits dari this competition? Ya, kita, rakyat.

Sama seperti Uber dan Grab. Ketika Uber masih wujud, persaingan adalah sihat diantara e-hailing cars ni. Tapi once Grab dan ambil alih Uber. Cuba teka apa yang jadi?


Based dari apa yang berlaku dihadapan kita, kita tak tahu apa yang boleh dilakukan oleh PH. Tapi kita dan tahu dan boleh jangka apa yang bakal dilakukan oleh pemerintaahan sekarang.

For now, uncertainty is much better than a sure. Jika awak rasa BN dah baik, then maksudnya PH boleh buat lebih baik.

Soalan 3.
Jadi kau sanggup perjudikan ketenteraman Malaysia selama 5 tahun jika PH memerintah?
Tiada perjudian disini. Jika PH menang, yang berubah hanyalah pucuk pimpinan (Dan most likely sistem yang mungkin telah lama corrupt). Pekerja akan kerja seperti biasa. Apa-apa benefits yang anda kecapi sekarang, tidak akan di tarik balik.

Jika BN mula ubah dari akar umbi untuk mengambil semula tampuk pimpinan pada Pilihan Raya 15 (2023), kita undi BN semula. Supaya (cleaner) BN pula pegang kerajaan Malaysia untuk memerintah. Tiada masalah, bukan? Tiada masalah dengan saling tukar parti setiap kali PRU. Ianya normal. Sistem pilihan raya di Malaysia di design untuk sebegitu rupa.

"Apa guna wujudnya Pilihan Raya Umum jika menukar parti pemerintahan adalah sesuatu yang tidak normal?"

Ingat, kita hanya tukar menteri, bukan negara.

Soalan 4. 
Macam mana kalau dalam 5 tahun tu (Selepas PH menang), negara akan hancur sebelum sempat next PRU?
Malaysia adalah negara berparliment. Bukan one man army. Persidangan tetap akan berlaku. Kita ada raja-raja. Perlembagaan. Kita ada kuasa rakyat. Kita ada Polis diRaja Malaysia. Kita ada Tentera diRaja Malaysia. Dan kita ada sistem. Usah takut dan gentar wahai sahabatku. Semuanya akan kekal seperti biasa. Cuma, mungkin lebih bersih.

Tukar beberapa menteri tidak akan menghancurkan negara. DS Najib akan menang di Parlimen Pekan (Hampir mustahil kalah). Jadi, jika BN kalah PRU14 ini, DS Najib tetap akan ada kerusi di Parlimen dan terlibat dalam membuat perbincangan keputusan untuk perundangan. Usah risau.

Soalan 5. 
Aku undi PAS sebab aku sebagai orang Islam dan aku ingin tegakkan agama Allah. 
Kau boleh undi PAS. Dan merasakan bahawa kau dah buat sesuatu yang betul sehinggalah kau bagun pada pagi yang hening keesokannya dan kau sedar yang BN tetap menang disebabkan split undi between PH dan PAS (Kalau PAS tak bergabung / Ally dengan BN). Pas akan kekal menjadi pemecah undi dikalangan pembangkang.

Kau boleh cakap "At least aku dah jalankan tanggungjawab aku untuk Islam." Ya, betul. Tapi lihat PRU13. BN tetap menang. Your "Dah jalankan tanggungjawab" is meaningless. Tuhan beri akal untuk berfikir. Jadi, berfikirlah dengan lebih jauh dan terbuka. Usah lihat apa yang akan berlaku esok hari sahaja. Tak guna menang di seluruh negeri anda jika BN tetap menang majoriti kerusi / undi diseluruh negara.

Soalan 6
Kenapa undi PH dan bukannya PAS?
Kini, hanya ada 3 major parti iaitu BN, PAS dan PH.

Saya seriously doubt PAS boleh menang majoriti undi (Sebab Malaysia banyak agama dan bangsa, dan even orang Islam sendiri pun ramai tak undi PAS). Jadi, vote for party yang mempunyai chance yang rendah untuk menang hanya akan mewujudkan pecahan undi. Pecahan undi begini yang membuatkan BN menang pada akhirnya (Ulang sejarah PRU13 dimana Pembangkang memperolehi 51% undi tapi BN tetap menang dengan hanya 49% kerana 51% undi tu berpecah undi kepada beberapa parti pembangkang dan bukan dibawah satu bumbung.)

Bagi saya, PAS adalah pemecah undi di kalangan pembangkang (kerana PAS adalah major parti yang belum boleh menang) yang kita semua tahu, memberi benefits (chance) kepada BN untuk menang dengan lebih mudah. You boleh vote PAS for your Dun dan Parlimen negeri you. Mereka boleh menang. Tapi at the end, BN juga yang menang majoriti undi negara. PAS is too weak right now.

Jika anda nak PAS menang, PAS perlu strong stand alone. Dan dia boleh capai hanya bila BN jatuh. If you wanna vote for PAS, wait till PRU15. Ingat, see the bigger picture. Jangan fikirkan tentang 5 tahun. Fikirkan tentang 10-30 tahun akan datang. 



Soalan 7.
PAS telah lama wujud di Malaysia. Bagaimana PAS boleh jadi Pemecah Undi sedangkan PH adalah parti baru?
Awak salah faham dengan konsep pemecah undi. Tak perlu jadi baru atau lama untuk memecah undi. Dalam pembangkang, semua adalah pemecah undi. PH, PAS, Warisan etc etc selagi tidak berada dibawah satu bumbung rasmi, maka mereka semua adalah pemecah undi. Tapi kenapa saya terapkan bahawa PAS adalah pemecah undi? Sama jawapannya dengan soalan diatas. PAS adalah parti besar tetapi orang bukan Islam tidak akan undi PASorang Islam sendiri ramai yang tak akan undi PAS. Jadi, secara dasarnya, bagaimana PAS akan menang? Jika anda membuat kira-kira, saya yakin, anda sedar undi pada PAS akan kurangkan chance untuk BN direhatkan.

Jangan salah faham. Saya tidak ada masalah dengan PAS. Tetapi PRU kali ini bukan berkenaan sesebuah parti. Objektif kita adalah untuk rehatkan BN agak demokrasi di Malaysia boleh disemarakkan. Tapi hanya PH yang ada chance untuk menang. 



Soalan 8. 
Undi ke tak undi ke, tetap sama. Siapa yang menang pun, negara tetap akan sama.
Kalau you kata undi atau tak undi tetap sama, then maksudnya demokrasi di Malaysia sudah tenat, bukan? More reason for you to mengundi and make a change. Setakat ini, tiada siapa tahu apa yang akan berlaku jika parti selain BN yang menang, kan? Why not give it a try. Kalau you takut, refer soalan no 2.



Soalan 9. 
Aku menetap di Negeri Sembilan. MB Negeri aku, seriously terbaik dan dekat dengan rakyat. Aku undi Parti X hanya disebabkan oleh MB aku walaupun Parti X ni banyak penipuan. How?
Seperti yang aku cakapkan, undi yang terbaik adalah undi based on negara. Ketua kampung kau menang, tapi negeri kau tetap teruk. MB yang kau suka menang pilihan raya, tapi negara kau tetap teruk. Kuasa MB limited. Kau boleh ubah negeri kau, tapi kau kena buat pengorbanan yang lebih besar untuk negara.

Ini bukan perihal keluarga, kampung, DUN, atau negeri kau. Ini pasal negara. Ya, negeri kau dipegang oleh parti / MB yang kau sayang. Tapi bagaimana dengan negeri lain? Bagaimana dengan negara kita? Bagai mana dengan beratus ribu keluarga yang mungkin affected dengan korupsi, penipuan, taxes, undang-undang dari menteri yang tak masuk akal lain yang mungkin telah dan bakal wujud?

See the bigger picture. Don't vote for a person. Dont vote for a city nor a state. Vote for your country.

Soalan 10. 
Kau betul-betul rasa pembangkang lagi bagus dari BN?
PAS dan PH dan BN bagi aku secara peribadi, semua teruk. Semua ada agenda masing-masing. Semua ada individu yang seolah-olah tidak berfikir. Walaupun begitu, negara kita perlukan persaingan sihat diantara setiap parti. Seperti yang aku cakapkan, BN mungkin kini terlampau selesa. Mereka mungkin tahu, apa yang mereka buat, mereka tetap akan menang setiap kali PRU. We need to change this.


Adakah PH akan jadi selesa selepas dia menang PRU? No, mereka akan panic nak serve yang terbaik supaya tidak dirampas kembali oleh BN (Sedikit je silap, BN akan take over next PRU). Dan BN akan perbaiki parti mereka dari dalam serta akar umbi agar dapat kembali mengambil tahta untuk terus bekerja untuk rakyat. Jadi siapa yang untung jikan bukan rakyat? (Penatnya ulang ayat ni...)

Soalan 9. 
Jadi, kenapa kau rasa PH adalah the Lesser Evil dan bukannya BN?
Study sendiri dan lihat.

ERCL(50bil+ loan from China sedangkan ada duit GST etc), Felda (Siapa yang dah ditangkap?), Pemotongan Bajet Pendidikan dan lain-lain, 1MDB, 1MDB Energy Kronologi 2.6Bil 'derma', Kad dan bantuan yang hanya boleh digunapakai hanya bila menang, cables, manifesto PRU 13 yang tak tertunai, janji-janji manis setiap kali PRU, Harga tol yang dikata tak akan naik, petrol, tiada lagi subsidi minyak masak etc, PRU hari Rabu (this is too obvious, really. Even if your pull out the previous PRU dates, still.), Program politik UMNO di Uitm dan sekolah-sekolah. SPR dan BN. SPRM dan BN, SKMM dan BN. GST tak akan naikkan harga barang, China dan GST, Media arus perdana yang berat sebelah, Persempadanan Semula pengundi, Gerrymandering,  dana-dana yang semakin kurang, "Kajian" dari agensi-agensi yang tak pernah habis, Pemotongan budget Kesihatan bagi Hospital Kerajaan , Audit yang tiada keputusan, perbelanjaan keluarga mereka, kronism, Shahrizat & lembu, statement Rafidah, rasuah, statement-statement yang dikeluarkan oleh menteri-menteri yang tak pernah tahu apa itu kesusahan rakyat, muka ahli politik yang hanya wujud 5 tahun sekali dan bermacam-macam lagi yang aku sendiri dah malas nak letak dan fikir.

Jika anda perasan, aku nyatakan isu-isu negara dan bukannya isu negeri ataupun kawasan kecil. Sebab apa yang berlaku sekarang adalah berkaitan dengan negara.

Jangan baca paper pro parti jika anda bercadang untuk study. Get online forum dan baca dari pelbagai pihak. Get involved. See people outside. Get out of your privilege rings.

Bila BN gunakan 'duit mereka' untuk berkempen di media, sedangkan rakyat pula sanggup keluarkan duit sendiri dan menggunakan diri sendiri berkempen untuk pembangkang; then anda tahu something is not right here.

Soalan 10.
Pada pendapat saya, DAP adalah satu parti yang gilakan kuasa yang akan menggugat Hak-Hak Bumiputera dan orang Islam.
Jika DAP menang semua kerusi bertanding pun, ia tak akan jadi majoriti. Jadi, jangan risau. Itu semua mustahil. DAP dipaksa korbankan parti (logo) mereka pada PRU ini. Dan kini mereka berada dibawah PH. Saya tak katakan bahawa DAP adalah baik, semua parti major di Malaysia mempunyai agenda tersendiri. Tapi parti bukannya 1 man army. Mereka perlukan sokongan semua pihak dalam parti tersebut. Dan dalam calon dan wakil DAP itu sendiri terdapat pelbagai bangsa termasuk Melayu Islam. Sama seperti MCA dan MIC yang berada didalam BN. Dan seperti yang saya katakan, walaupun DAP menang semua kerusi dan kawasan, mereka tak akan boleh buat apa-apa. Mereka masih kecil.

Dan saya juga keliru bagaimana secara tiba-tiba DAP dikatakan anti-Islam. Saya tak pasti siapa yang mula-mula mengeluarkan sentimen bahawa DAP adalah Anti-Islam. RUU355 adalah bidang kuasa Mahkamah Syariah. RUU dilaksakan ataupun tidak, tidak memberi kesan kepada DAP, no? Dan saya tak pasti mengapa ketidak laksanaan RUU355 dikaitkan dengan DAP sedangkan sekarang ini, yang memerintah adalah BN.



Usah takut dengan Cina. Cuba berkawan dengan mereka. Semakin ramai anda mempunyai rakan yang bukan Islam, semakin anda sedar bahawa semua manusia adalah normal dan tidak rasis seperti anda.

Pilihan Raya Umum adalah undi untuk memilih kerajaan memerintah. Bukan undi untuk memilih agama.

Soalan 11. 
Jadi, kenapa kau cakap kalau PAS kuat, BN akan menang?
Pemecah undi. Anggap sahaja konsepnya seperti dibawah:

100 orang mengundi untuk satu kawasan dengan 3 calon (PAS, BN dan PH)
20 undi PAS. 31 undi PH. 49 undi BN. Pembangkang 51 undi. BN 49 undi. Tapi siapa yang akan menang? Yup tetap BN walaupun pembangkang dapat 51 undi. Ini dipanggil split voting dikalangan pembangkang. Ia memberi benefits kepada BN.

Bayangkan jika PAS dan PH bergabung, sure pembangkang akan menang bukan? Dengan konsep ni dan apply untuk berjuta-juta pengundi di Malaysia, cuba teka siapa yang akan menang? Yes.

Tapi kalau PAS stand alone. Satu undi yang diberikan kepada PAS adalah satu undi kurang untuk menjatuhkan BN. Kenapa? Sebab sekarang ni, PAS tak akan menang (Non muslim tak akan undi PAS, jadi mustahil PAS akan menang). Satu-satunya parti yang boleh menang adalah PH. Jadi, semakin kuat PAS, semakin kuatlah pemecah undi dikalangan pembangkang. Semakin kuatnya pemecah undi, semakin mudahlah BN untuk menang,

Soalan 11A.
PAS (Hj Hadi) menyatakan akan membentuk kerajaan Campuran dengan BN setelah PRU 14 jika BN setuju dengan syarat-syarat yang diusulkan oleh PAS. 
Saya percaya PAS akan bergabung dengan BN dan tidak akan mengemukakan syarat-syarat tersebut kepada rakyat. Undi PAS jika PAS dan BN bergabung secara official dan syaratnya dipersetuji oleh BN secara terang-terangan. Jika tidak, ketahuilah, PAS hanya ditipu oleh BN.

Anda boleh baca, lihat dan dengar di kaca TV mengatakan "BN telah setuju bekerjasama dengan PAS bagi PRU14" tanpa sebarang bukti dan agreement dikeluarkan. Kemudian, anda keluar dan mengundi. Dan ketahuilah, hari Khamis ini (10 Mei), Najib masih jadi PM dan BN masih memerintah. Malaysia 10 Mei 2018 dan Malaysia 5 April 2018 akan kekal sama.



Soalan 12. 
Kau dulu bukan penyokong BN ke?


Sentimen tak masuk akal

Sadly, yes. Aku siap tulis 2 entries pada pilihan raya yang lepas. Lately, banyak perkara yang BN buat, aku dah cuba justify dan rasionalizekan tapi, tak mampu. Terlampau banyak dan terlampau obvious. Amat mustahil untuk manusia normal tak nampak perkara-perkara yang tak patut berlaku, berlaku.

Soalan 13.
PAS kini ada strategi, King Maker.
Strategy yang baik. Tapi anda kena ingat, PH dan BN juga boleh jadi King Maker. Dari apa yang kita lihat di TV3 dan Berita Harian, agak jelas PAS akan bergabung dengan BN. Tetapi adakah anda percaya janji-janji dari BN setelah pelbagai perkara yang berlaku dan yang telah dilakukan? Objektif kita pada PRU kali ini adalah untuk membersihkan negara, dengan kata lain adalah untuk mencuci sistem dimana BN perlu berehat seketika supaya PRU akan datang akan jadi PRU yang terpaling sihat dan penuh dengan demokrasi.

Dengan minimum 40 kerusi, PAS mungkin akan dapat 'kuasa besar'. Tetapi semuanya tetap sama (level corruption etc). Melainkan, menteri-menteri teratas semuanya terdiri daripada ahli PAS, which is equally the same as BN kalah (which won't be happening)

Secara generalnya (tidak berkait dengan Malaysia), King Maker is about give and take. If you want to take everything from them, you wont get them. Thus, you need to give them something. Kalau dalam movie, ini dipanggil a Devil's Deal atau A Contract With the Devils. Nevertheless, it is a very good move. However, you need a strong party to penetrate a tall, huge, well rooted party, which is PH. 

Soalan 14. 
Apa yang ada sekarang adalah hasil (tahi) Tun Mahathir kerana dulu BN dipegang oleh beliau. Dia juga corupt seperti ahli politik lain. Jadi kenapa kita perlu undi dia lagi?
Aku tak rasa jika PH menang, dia akan jadi PM. Kalau dia jadi pun, hanya untuk jangka masa yang amat, amat pendek. Dan, secara jujurnya, aku tak kisah siapa yang dipilih dikalangan Menteri untuk menjadi PM. Sebab sesiapa sahaja yang mengantikan DS Najib, mungkin akan perform jauh lebih baik dari DS Najib supaya tidak direhatkan next PRU. Objektif aku hanyalah untuk rehatkan BN agar BN memperbaiki diri. Ini juga penting agar parti-parti lain sedar bahawa jika mereka menang PRU, mereka mesti berkhidmat kepada rakyat sebaik mungkin. Jika tidak, akan dibuang seperti BN pada PRU14. Seperti yang saya katakan, BN terlampau selesa.

Dan seperti yang aku katakan, aku tak undi based on individu. Aku undi apa yang terbaik untuk negara; iaitu persaingan sihat pada PRU15 tahun 2023 (which we cant have if BN still win this PRU). Jika BN kalah, PRU 15 akan jadi PRU paling prgresive sejak merdeka. Tapi kita tak akan capai jika BN masih menang PRU14 ini.

Btw, jika benar Tun M itu penjenayah, apa yang menghalang Kerajaan BN dari menangkap Tun M sekarang?

Soalan 15.
Apa pendapat kau tentang undi rosak? #UndiRosak
Movement undi rosak adalah satu movement paling tidak berakal (Selepas refuse untuk daftar mengundi).

9. Tidak daftar mengundi / Tak mengundi.
8. Undi rosak.
7. Undi Parti sebab hidup sendiri / keluarga tak pernah affected dengan apa yang berlaku.
6. Undi Parti disebabkan oleh sentimen (Termakan budi - Banyak dibantu 20 tahun lepas)
5. Undi Parti disebabkan oleh manifesto (Percaya janji-janji manis)
4. Undi Parti disebabkan oleh seseorang (MB, Wakil kawasan etc)
3. Undi Parti sebab mahukan benefits untuk diri / keluarga (Saudara, business, company, boss)
2. Undi Parti disebabkan Parti (Tak kisah siapa yang didalam, janji Parti tersebut.)
1. Undi Parti disebabkan oleh Negara Malaysia. (Tak loyal pada mana-mana Parti. See the bigger picture. Tak kisah 'kerajaan' berubah setiap 5 tahun, asalkan yang terbaik memerintah)


#UndiRosak adalah satu movement yang paling tidak masuk akal.

Contohnya: Andai kata Azman keliru diantara nak undi BN atau PH, dia akan mula study dan kaji mana parti yang real dan mana yang lebih banyak menipu. Tetapi once #UndiRosak wujud, Azman kini ada option lain iaitu Undi Rosak.

This is a war of a lesser evil. You cant win this war by sitting sideways (undi rosak / tak mengundi). Tapi jika anda nak undi BN, baik anda undi rosak sahaja. Ianya lebih baik. Hssajshaj. Joke.

But not really.

Elakkan dari melontar undi disebabkan oleh seorang individu yang baik. Pilihan Raya Umum adalah perihal seluruh negara dan bukannya orang perseorangan. Tiada guna menang untuk jaguh kampung jika negara tergadai.


Soalan 16. 
Macam mana aku nak tahu aku bakal buat pilihan tepat untuk mengundi ni?
Tanya diri sendiri:
Parti yang anda akan undi, kalau parti tu diketuai oleh criminal atau orang yang kau tahu jahat, adakah kau akan still undi dia? Kebanyakan orang yang fanatik dengan parti akan jawab ya (Terutama orang tua). Maka something is wrong with you. Dont cast your vote just for one good man.


BN akan kalah hanya jika PAS bergabung dengan PH. Jika tidak, Khamis ini, DS Najib tetap PM dan BN tetap memerintah Malaysia. 

Soalan 17. 
(Conclusion / Tl;dr) Jadi, kenapa saya perlu undi PH jika saya penyokong PAS dan BN?

1. Main objective PRU kali ini adalah untuk menukar 'tahta pemerintahan' (menteri-menteri) agar kerajaan menjadi lebih bersih melalui persaingan sihat.
2. Kejatuhan BN penting agar PRU akan datang (PRU15) akan jadi the best PRU ever since Merdeka (No more the Lesser Evil). Probably wujudnya A New Generation of BN (cleaner BN).
3. Jika anda sebenar-benar penyokong BN, saya pasti anda sendiri pun sedar banyak yang perlu diperbaiki. Saya tahu BN banyak lakukan perubahan yang baik. Tapi keselesaan yang dinikmati oleh BN telah membuatkan mereka leka. Mereka dilantik Rakyat untuk Rakyat dan Negara. Bukan untuk mengkayakan diri sendiri.
4. Buat masa sekarang, hanya PH yang boleh menang PRU.
5. Based on penilaian peribadi, PAS tak akan menang kerana yang undi PAS hanyalah orang Islam. Ya, PAS boleh menang di Terengganu dan Kelantan. PAS boleh menang 100% di kedua-dua negeri terbabit. Dan anda boleh bersorak kegembiraan bila ia berlaku. Tapi keesokannya ketika bangun tidur, anda akan sedar yang memerintah tetap Barisan Nasional.
6. Undi PAS hanya akan mewujukan pecahan undi yang lebih besar dikalangan pembangkang yang mengakibatkan BN lebih mudah untuk menang. (Rujuk Soalan 7.)
7. Ingat, Pilihan Raya Umum adalah undi untuk memilih kerajaan. Bukan undi untuk memilih agama. Agama tetap sama. Yang bezanya, kerajaan itu sendiri. Usah terlampau takut wahai sahabat-sahabatku.
8. BN dan PAS akan membentuk kerajaan campuran jika BN setuju dengan syarat PAS hanya selepas PRU. Jika BN setuju, saya yakin, PAS dan BN tak akan memberitahu rakyat apakah syarat-syarat yang dipersetujui oleh BN. Apabila ini berlaku, bermaksud samaada PAS atau Rakyat yang ditipu. Jika BN betul-betul sign agreement untuk terima syarat-syarat PAS dan jadikanya official, saya sendiri akan undi PAS - Provided syarat-syaratnya adalah core berkaitan Agama Islam dan keamanaan rakyat berbilang kaum dan negara. Jika tidak, bermaksud, PAS ditipu.
9. Semakin hampir dengan PRU14, semakin kurang kritikan PAS terhadap BN. Begitu jugalah sukarnya mencari berita BN mengkritik PAS di Berita Harian dan Tv3. Mereka akan bergabung.
10. Sering didengari Tun M dikatakan sebagai penjenayah dan korup. Persoalannya, kini beliau telah keluar dari BN dan sertai PH. Jika benar dia adalah penjenayah, apa yang menghalang dia dari ditangkap sekarang?

Jika Malaysia mampu rehatkan Malaysia, ketahuilah, pelbagai pintu peluang dan kemungkinan yang positif akan terbuka dengan luasnya. Sayangnya, pintu tersebut ditutup rapat dan peluang untuk dibuka hanya wujud pada 9 Mei 2018 ini.


Aku pernah bersembang dengan rakan-rakan aku di kedai kopi, dan kami semua bersetuju bahawa hampir mustahil BN akan kalah. Tapi jika BN tak kalah pada Pilihan Raya Umum kali ni, BN akan berkuasa sampai bila-bila kerana selepas ini, mungkin tiada lagi nama-nama besar. Dan tiada lagi orang yang akan lead kepada perubahan. 

Demokrasi yang sihat adalah demorasi yang seimbang. Bukan satu pucuk parti pimpinan yang sama sepanjang zaman. 

Ps: Please. Please pulang mengundi. Jika majikan tak benarkan, ponteng kerja. Jika tiket bas habis, gunakan #PulangMengundi di Twitter untuk dapatkan carpool pada 9 Mei ini. 

Ps: Im still new in politic. Correct me if Im wrong. 

Sabtu, 29 Julai 2017

What I've Been Thinking Lately : People Around Us.

Assalamualaikum w.b.t



Aku tak akan kata hidup aku berada di tahap yang menyenangkan pada masa ini. Jika diberi skala antara 1-10, aku akan cakap 6.0/10. Ya aku ada kerjaya yang not that bad, aku ada kehidupan yang menangkan. Aku ada keluarga yang tiada masalah-masalah dalaman dan aku sungguhpun lupa bila kali terakhir aku sakit kepala. Semuanya amat smooth.

Tapi aku tahu, ini tidak akan kekal lama. Sebab aku perasan lately, aku sering bertembung dengan individu yang mempunyai masalah yang amat besar. Bila aku cakap masalah yang besar, aku bukan maksudkan masalah putus cinta. Bukan masalah bergaduh gossip dengan rakan kerja dan tentu sekali bukan masalah pasal tweetfemes bergaduh di Twitter. Ianya lebih besar. Besar sepertimana ia berkait antara hidup dan mati. Islam dan murtad. Tuhan serta atheist. Dan ada juga beberapa orang yang merasakan hidupnya totally fucked, freak out, alone and totally lost.

Personally, aku percaya yang "We are all sinners. And we sin differently." dan apa yang belaku dalam hidup ini adalah ujian. Dan aku percaya, akan tiba satu masa, aku akan diuji dengan ujian amat hebat dan sebab itu lah kini, aku dihadapkan dengan individu-individu ni supaya aku siapkan diri untuk hadapi ujian yang akan bakal tiba.

Aku percaya seseorang yang baik didunia, seharusnya mendapat mengakhiran yang baik juga di dunia. Sebab itu kalau aku nampak seseorang yang amat baik secara latar belakang, perlakuan dan tutur kata, aku memang akan terefek bila dia datang dan cerita perihal masalah hidup dia. Sebab bagi aku, he / she deserves better. Dan aku akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan apa yang aku mampu agar dia dapat apa yang dia layak.

Sebagai contoh; 


  • Satu pasangan yang baru sahaja berkahwin, pasangannya meninggal dalam minggu yang sama.
  • Si isteri mengandung 2 bulan, suami accident dan lumpuh seluruh badan. Tiada punca pendapatan.
  • Kanak-kanak mengandung hasil kianat keluarga sendiri.
  • Seorang ayah yang penyara keluarga, kehilangan kedua-dua belah kaki akibat kemalangan.


Ini semua adalah masalah yang amat sukar untuk mendapat pengakiran. Dalam kebanyakan kes, ianya endless. Endless + continues problems.

Ini semua huge cases yang kadang-kadang, apa bila berlaku, kita tak tahu kenapa ia berlaku. Kita tidak tahu apa silap kita. Kita tidak tahu apa salah kita sampai benda ini semua terjadi pada diri kita. Adakah ini balasan atas dosa kita? Which dosa? Dosa apa yang dah dibuat sampai kita dihadapkan dengan masalah yang tidak berpenghujung ini? Atau ianya adalah ujian? Kenapa ujian ini diturunkan kepada kita? Kenapa kita dan bukan orang lain? Apa specialnya kita sampai kita terpaksa menghadapi ujian ini? Adakah kerana "Semakin baik seseorang itu, semakin besar masalah ujian yang dihadapi."? Jikalau begitu, patutkah kita "kurangkan" kebaikan yang ada dalam diri kita? Supaya kita tidak dihadapkan dengan ujian ini?

Atau, ianya adalah sebuah blessing? Blessing yang kita tak pernah jangka dari tertutupnya 10 pintu yang mungkin membuka sebuah pintu yang lain?

We will never know. Well, maybe we will - the story behind it; why and why. But not so soon. Not soon enough - that we might suffer the hell on earth long before the end. Might be easy for them to say "Hold on.", "Bersabar. Ini adalah ujian.", tapi once this thing sinks in, we might need to accept that, the life, this life, our life tidak lagi sama seperti sedia kala. Samaada kita nak take the best out of it (if any) or just.... follow the damn flow.

He is the Best Planner and The All-Knowing.

Isnin, 17 Julai 2017

What I've Been Thinking Lately : Part 1.

Assalamualaikum w.b.t



Ini adalah pointless entry. Just to kill the boredom. 

Pada bulan November akan datang, genaplah umur aku mencecah 27 tahun. Iya, lagi 3 tahun akan memasuki 3-series.

Now aku dah berada di fasa dimana rakan-rakan telah mula mempunyai keluarga sendiri. Bagi yang belum, mereka bakal. Ada juga yang dah telah mempunyai makwe tetap, ada yang dalam proses menaik taraf. Dan ada yang bakal ke tahap yang lebih advance.

Tapi, aku masih belum pasti apa yang menyebabkan seorang lelaki membuat keputusan seperti "Hey, apa kata kita kahwin?" sambil makan ayam goreng. Sebab bagi aku, perkahwinan adalah sesuatu yang amat besar (Baca : menakutkan). Ia adalah satu ikatan dimana aku kena kongsi segala cacat cela aku kepada partner aku, dan aku tak rasa aku adalah good enough for anyone to accept me.

Ya of course pada permulaan perhubungan semua adalah indah (Honeymoon period - Period awalan percintaan dimana anda rasa anda dan pasangan adalah sepasang insan paling bahagia dan dia adalah perfect af bagi anda - Which anda tahu, deep inside dia s/he is going to ruin your life.).

"Khairul, kalau kau nak cari jodoh, internet bukanlah sesuatu tempat yang sesuai. Lebih-lebih lagi, apabila kau adalah bukan diri kau."

Actually, ayat sebenar yang aku terima adalah "Rol, mu kalu nok cari bini, cari hok depang mate. Bukang kak twitter. Mu tu doh la peie laing laing." Tapi hey, jangan risau. Aku bukan Kelantan.

Aku aktif di dunia internet sejak pada tahun 2011 agaknya. Pada masa tu aku amatlah introvert. Very-very introvert. Dan ada satu tahap, aku sangka fame di internet mampu memberikan aku pasangan hidup dan mengubah hidup tapi it dawns me yang, aku di internet dan di dunia nyata tidak mempunyai perangai yang serupa.

Here is the statistic.

1. Media social yang aku paling aktif dari dulu hingga kini = Twitter.
2. Sejak dari 2011 no phone gadis aku pernah minta di Twitter untuk berkenalan = 2.
3. Sejak dari 2011 jumlah gadis (yang aku kenal dari internet) dan kemudian jumpa in real life = 3.

Bila difikir balik, "Dude, what the hell?". Bila aku lepak dengan kawan-kawan dan mereka membuka cerita mengenai kisah cinta mereka, mereka secara automatik akan terbahagi kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama.
"Khairul, kau ni memilih sangat."

Kumpulan ke dua.
"Aku rasa, kau ni sebenarnya tak nak bercinta pun Khairul."

Dan kadang-kadang ada kumpulan ke tiga tapi kuantiti berbeza.
"Khairul, kau gay eh?"

Bila kumpulan ke tiga itu wujud, aku dengan lantas akan menjawab "No, Im not gay. I got myself tested."

Jadi kita berbalik kepada penyataan kumpulan pertama.

Betulkah aku memilih? Aku berfikir sejenak sebelum aku membuat keputusan. Aku percaya kepada "A heart wants what a heart wants". Dan unfortunately enough, my heart is a bitch dan ia sentiasa mahukan gadis yang ia tahu ia tak akan dapat. Blame my heart. Not me. Dan adakah itu bermaksud aku perlu settle down terhadap seseorang yang aku tidak madly in love with? (dan kianati my heart? Hell no.). I mean. DUDE DONT EXPECT ME TO MARRY A PERSON WHOM IM NOT MADLY IN LOVE WITH BECAUSE IT WILL NEVER HAPPEN.

Ya maybe I am dramatic as fuck.

So mari kita lihat pada kumpulan ke dua.

"Aku rasa, kau ni sebenarnya tak nak bercinta pun Khairul."

Sebelum ini aku ambil statement ini sebagai mainan dan kata-kata kosong. Sehinggalah pada suatu hari, di Twitter, sedang aku sedang bantering dan berbual manis dengan seorang gadis yang aku suka, Faiz mencelah dan berkata "You love to sabotage yourself." setelah melihat perbuatan aku yang tidak masuk akal melalui perbualan tersebut. Perbuatan yang membuatkan gadis yang aku suka tu disappointed / marah. Ya, setiap kali aku rapat dengan gadis yang aku madly in love with, aku akan buat something stupid seperti bergurau tak kena tempat, jadi insensitive, dan juga annoying + rude as fuck. Why? Well, I have no idea.

Maybe because Im just too young not ready for this relationship stuff.



Sabtu, 6 Disember 2014

Masalah, Tips dan Cara Mengatasi Politik Kerja di Tempat Kerja

Assalamualaikum w.b.t


Yo yo whats up bitches.

Wei, kalau korang perasan, aku dulu-dulu kat blog asalnya tulis pasal bercinta (Love-eww-eww) je.

Pastu aku tulis pasal bab nak masuk masuk universiti after SPM. Pastu aku tulis pulak pasal apa perlu buat kalau tak dapat apa-apa tawaran sambung belajar after spm / diploma. Pastu pasal how to handle untuk tidak dibenci budak-budak universiti (Part 1 & Part 2 ). Pastu bila dah grad, aku bawakan pulak tips nak pergi interview style modern. Dan sekarang, tips untuk mengatasi masalah politik di tempat kerja...

Wait.....

OMG bila fikir balik apa yang aku tulis kat atas, OMG OMG NOSTALGIA GILA! Serious nostalgia wei! Rasa macam lama gila masa berlalu. Okay fine aku sorang je rasa nostalgic. Anyway, hello guys. How are you? :) Saya doakan kehidupan kita semua dipermudahkan dan dirahmati Allah.

Anyway, aku bet, wholly bet yang most of us dah start masuk ke alam pekerjaan, kan? Or paling kurang pun bakal masuk ke alam pekerjaan yang awesome kan? Now let me tell you akan yang akan you hadapi bila dah masuk kerja.

Racist


Percaya atau tidak, setiap dari kita ada perasaan racist. Mesti ada. Kalau kau kata kau sayang semua dan tak racist, kau adalah bullshit. Tak kisah la melayu ke, cina ke india ke, mesti deep-deep dalam diri kau, ada perasaan nak tolong bangsa kau berbanding bangsa dan kaum lain. kalau korang masih berkeras kata TIDAK, then itu maksudnya korang masih belum pernah bekerja di bawah sesuatu kaum atau tak pernah bekerja di company yang melayu adalah minoriti.

Dan trust me, dari apa yang aku perasan, personally, India adalah bangsa yang paling kurang racist.

Masalah bahasa
Aku tahu, bukan aku sorang je yang ada masalah macam ni. Let say korang masuk meeting. Meeting bersama engineer contohnya. Elok la ni tengah bentang-bentang plan. Pastu boss cakap

Boss : Ohhh. Ini macam boleh ka?
Engineer : Boleh-boleh, Mesti boleh ma.
Surveyor : You sure eh?

*Pastu engineer tu pandang Surveyor.*

Engineer : 笔者对这个博客是那么帅。
Surveyor : 真的吗?我听说他是单身。
Engineer : 好男人必须是单身。
Surveyor : 我们应该给他一些可爱的女孩子。
Engineer : 后来我给他两个三分可爱的女孩。

Engko dengan boss kau yang noob hanya tahu satu atau dua bahasa, tenganga la. Tenganga macam orang gila. Tak pun macam katak tunggu lalat masuk dalam mulut. Tu la, English pun tak nak belajar. Apatah lagi bahasa bangsa lain. Tak malu ke bangsa lain reti at least 3 bahasa, kau tu English tergagap-gagap? *Sendiri sentap*

Dibenci oleh sesetengah puak.


Pernah tak, seseorang tu tak pernah buat apa-apa pun kat kau, tapi kau benci dia. Kau tak suka dia. Kau tak ngam dengan dia. Kalau duduk semeja makan pastu member lain pergi ambil makanan sampai tinggal korang berdua, korang akan rasa awkward nak sembang? Haa ini dipanggil benci tanpa sebab. Dan kalau kau boleh benci orang tanpa sebab, tak mustahil orang boleh benci kau tanpa sebab jugak.

Sebab seriously, ada je kau masuk-masuk company, duduk kat kau punya cubicle pastu dengar orang gossip pasal kau. Padahal kau tak buat apa pun. Kau tak tahu apa-apa pun.

Dan ini akan jadi lebih teruk bila kau buat satu kesalahan. SATU JE KESALAHAN. SATU JE. Freaking satu. Just one. It is enough for them to break you down. Down to the earth. It is like kau buat kerja bagus, tak ada orang perasan. Tapi bila kau buat satu kesilapan, shit, satu company tahu.


Culture di tempat kerja.


Aku pernah diberi tahu bahawa ada sesetengah company, culture kerja dia amat bagus. Contohnya company-company yang steady like underling Petronas.

Company besar - Simple. Tak ada orang curi tulang sebab rasa motivated dan tempat kerja menarik. Selalu ada free time. Boleh sembang-sembang. Masing-masing ada persaingan yang sihat.

Company kecik - Dipenuhi dengan undang-undang mengarut. Selalu stress sebab selalu kena tekan. Main handphone sikit pun kena marah. Masing-masing berusaha nak naik dengan cara jatuhkan orang lain  Sorang marah, semua marah.

Ini belum kira culture makan, culture pergaulan, culture on and off office hour. Setiap company ada baik dan ada buruk. Ada kelebihan dan ada kekurangan. Semua pun tahu kan.


DAN. The MAIN ISSUE HERE : Politik di tempat kerja. 
Ataupun dikenali sebagai Office Politic. Well aku bet you all akan kata

"I tak akan join politik di tempat kerja. I tak akan gossip dengan makcik makcik. I tak akan join bangla buat perhimpunan"

But trust me, as long as your company has lots of workers, you can't run from politic at the workplace. It is there IT IS THERE even if you cant see it. Just like perasaan I kat you, you tak nampak tapi ianya ada. :( 

For example. You ikut you punya supervisor department lain untuk buat kerja, pastu biasa lah sembang-sembang lah kan. Pastu tengah sembang, mesti la dia bukak cerita pasal itu ini nak break the awkward silence punya pasal kan?. Pastu dan-dan la pulak boss you nampak you tengah sembang dengan musuh ketat dia. Pastu bila you balik office, boss you tanya "Wei dia cerita peww kat you tadi tuh?"

Nak dijadikan cerita pulak, rakan sekerja you pulak dengar boss you tanya soalan tu. Rakan sekerja you tu pulak kawan baik mamat supervisor tu. Pastu apa lagi, lelaju dia call "Wei budak baru tu kan dia jadi tali barut kau dengan musuh ketat kau tu la. Jom kita benci dia nak?"

Macam drama melayu, yes, it is.


Maniputalif


Let me tell you something, pernah tak korang jumpa manusia yang hati dia busuk nak mampus? Dia pesen nak sangat jatuhkan orang lain tapi at the same time dia nak diri dia dinampak angel?

Elena Gilbert: Wei, apa pendapat kau tentang minah tu?
Connor Walsh : Biasa je. Kenapa?
Elena Gilbert : Aku rasa dia slut la. Hari-hari aku tengok lelaki lain ambil dia balik kerja. Kau pernah nampak tak?
Connor Walsh : Pernah la jugak kot.

Keesokannya.

Elena Gilbert : Wei, budak tu slut doe. Semalam Connor pun ada cerita kat aku perempuan tu keluar dengan lelaki lain time balik kerja.

Nampak tak camne dia petik nama korang? Ini adalah antara bias-bias yang menghasilkan perang politik di tempat kerja. Aku personally pernah jumpa orang macam ni di tempat kerja aku. Dia tanya pendapat orang, pastu dia pakai nama orang tu untuk kukuhkan statement dia. Siap petik nama lagi. Pastu bila orang tahu, tak ke bengang?

******

Dan untuk pengetahuan korang, banyak lagi kes politik di tempat kerja yang ada. Korang sendiri akan mengalaminya. Nak-nak kalau korang kerja as jawatan yang tinggi. But the question is, how to survive politik di tempat kerja?


How to Survive Office Politic. 


Dalam setiap company yang ada ramai perkerja, at least mesti ada seorang yang perangai tahi. I boleh kata dalam setiap 5 orang, mesti ada sorang yang bawak cerita. Then dalam setiap 10 orang mesti ada sorang yang kuat report / kaki ampu boss. Pastu dalam setiap 10 orang tu jugak, mesti ada seorang pendengki - Mesti ada punya lah. Melayu ke, cina ke, india ke, bangladesh ke, indon ke semua tak terkecuali. Dan orang macam ni la yang merosakkan environment kerja yang seronok.

Dont fucking join any puak.
Kilang aku sekarang ada pelbagai kaum dan ada pelbagai latar belakang pendidikan dan ada pelbagai level. Dan percaya atau pun tidak, di company aku politik di tempat kerja amatlah banyak. Susah untuk tengok seseorang tu bertahan untuk satu jangka masa yang lama tanpa menyampah dengan kerja. Dan dalam department aku, aku sorang je manusia yang wujud. Yang lain-lain semua dah samaada berhenti atau kena pecat. Dan kerja aku memaksa aku untuk bekerja dengan setiap department yang wujud : Dari purchasing, HR, admin hinggalah maintenance dan production.

Dengan kata lain, bila aku pergi department A, dia akan cerita pasal department B. Bila aku pergi Department B, dia akan sembang pasal department C dan begitu la semuanya. You know what I buat? I play dumb. Aku buat-buat tak tahu dan aku tak pernah share stories yang orang cerita kat aku. Aku korek semua cerita tapi aku simpan sorang-sorang. Yes, I am Lord Baelish and Lord Varys. Information is powah!

Dan bila dieorang cerita semua rahsia kat korang, maksudnya diaorang percaya kan korang. Dan bila semua orang tahu kau ni adalah orang tengah yang neutral yang semua orang nak pakat cerita rahsia kat kau, boom, nobody wants to touch you.

Kalau anda engineer, always be nice to technicians. Kalau anda supervisor, always be nice to banglas and nepals. You jangan underestimate the unity of bangla and nepal. Ive seen it.

Trust Nobody - Make it Black & White.


Bila baru masuk kerja, jangan percaya kat sesiapa sekali pun, for at least 2 months. At least 2 months. Untuk company yang tak kritikal, aku rasa tak ada masalah. Tapi andaikata you bekerja dengan kontraktor luar yang ada sub sub sub sub sub sub atau you bekerja di bahagian procurement yang melibatkan benda-benda kritikal, you better watch out. Or else, gaji you mungkin akan dipotong. Because most of people wont admit their mistake..

Dan tahukan anda, politik paling scary adalah bila ia melibatkan harta, wang dan pangkat? Tahukah anda syarikat (Boss) boleh je kenakan undang-undang ke atas anda? Dia boleh pakai 101 jenis akta yang wujud kat Malaysia ni just to put the blame on you. Dan you boleh end up masuk mahkamah. Im not a lawyer but I play with the law.

Contohnya, you adalah competent person untuk Waste Management. You kena hantar 4 drums of schedule waste sebab dah disimpan melebihi 180 hari. Tapi your boss tak nak panggil orang untuk pick them up sebab ianya adalah amat costly. So bila jabatan kerajaan buat check dan didapati ada waste yang disimpan menyalahi undang-undang, orang pertama yang jabatan kerajaan tu akan cari adalah you, sebab you adalah the competent person. And the boss boleh je cakap "Eh, I dah hire budak tu. Sapa suruh budak tu tak request untuk hantar benda tu keluar." Boom. Dapat surat saman.

Jadi, kalau anda kerja jawatan dan position yang kritikal contohnya macam Engineer, Safety & Health Officer, management position or apa-apa competent person punya position, you better play it black and white. Macam mana nak buat? Guna your email for example. Apa-apa benda yang you buat, you send ke boss pakai your company email pastu BCC kepada your personal email.

You have done your part. Kalau boss tak setuju, kesalahan dan tangungjawab jatuh pada your boss.


Smile when they are angry.

Ini adalah apa yang aku selalu buat kat my boss. Aku tahu adalah amat susah nak buat joke or gelak or senyum bila kena marah gila-gila. Aku pun tak boleh buat except kalau aku tahu aku betul dan I want to stand my point.

You kena ingat yang you adalah awesome. Kalau dia pecat you (Which is very unlikely), dia akan affected (Well, kalau dia tak affected, maksudnya you tak good enough and YOU yang kena fix yourself.)

Dan you juga kena ingat, bukan senang-senang sesebuah company tu nak pecat orang. Nak-nak kalau kau ni permanent staff. Sebab dia pun tahu korang (pekerja) dilindungi oleh jabatan buruh (Jabatan Tenaga Kerja) dan akta-akta yang memang diwujudkan untuk melindungi pekerja. So kalau your boss tu perangai sikit-sikit ugut nak pecat tu, you relax je. Kalau dia betul nak pecat, dia dah lama buat. Tapi biasanya big boss tak akan semudah itu benarkan boss-boss department ni kasi pecat je anak buah. Nanti dia jugak yang susah.

Learn to say "No"

Don't be too kind. They will step onto your head. Tak ada boss yang suka anak buah dia yang pesen lurus bendul. A good boss akan sentiasa cari anak buah yang ada critical thinking yang boleh berfikir dengan sendiri. You tahu kenapa? Sebab bukan boss yang buat semua kerja. Let me explain.

You bekerja sebagai Planner cum Production Executive. Head of Department (HOD) you bagi tahu order untuk produk  A banyak dah masuk. So bulan depan kena naikkan production sebanyak 50%. Tapi korang as Planner dan Production punya leader, korang tahu yang ianya mustahil untuk naikkan 50% unless dengan cara masak dengan cepat - reducekan kualiti produk. Dengan kata lain, up kan kuantiti, rendakan kualiti. Dan trust me, boss production MOSTLY hanya care about kuantiti over quality. Dia hanya care about sales.

So, you dengan your HOD bergaduh. Bila dah bergaduh, big boss datang, bila big boss datang, I can almost certain yang big boss akan dengar you punya explanation sebab you know your people, you know your plant - HOD tak buat hands on.

At this point, HOD you mungkin akan ugut untuk pecat, tapi kuasa ada di tangan big boss dan big boss tak akan approve sebab dia tahu, kualiti adalah lebih penting dari kuantiti dan long term pelanggan lebih penting dari jual produk banyak-banyak pastu pelanggan lari sebab kualiti teruk.  

Learn to win an arguement and stay cool.
Tahu kenapa bila 'discuss', akan bergaduh?

1. Sebab tone suara. Bila seorang tinggi kan suara, seorang lagi pun rasa dia patut tinggikan suara jugak. Pastu dua-dua pakat dok nak tinggikan suara acah-acah siapa suara paling tinggi tu la yang akan menang.
2. Dengar hujah balas hanya untuk counter dan bukan untuk memahami. Kadang-kadang, kita hanya dengar pendapat kita punya adversary hanya untuk membidas point dia dan bukannya untuk menerima pendapat dia.

"You nak apa sebenarnya ni?" 
These are very powerful words. Kebanyakan masalah, gossip, umpat dan politik kerja yang wujud di tempat kerja adalah bila YOU CAKAP BELAKANG dan tak reti nak TANYA THE RIGHT PERSON. Terlampau takut untuk confront. Bila you berada dalam situasi ni, why dont you just go right to that person and ask him "Kenapa you kata I yang buat bla bla bla..?" Nak lagi best tanya time orang lain ada di sekitar. Baru real punya start and end the war at the same time. "If you cant fight them, join them (political war)."

And let say you memang bersalah, what else can you do? Tegakkan benang yang basah? Put the blame on others? No. Just admit it.

Korang tahu tak betapa powernya bila korang diam, pergi kat depan boss. Look at in his eyes. Dan kata, "Im sorry." Well of course dia akan bebel macam orang gila. Then you put up something like " I promise it wont happen again. If possible, is there anything I do to fix this?" The arguement dan isu tu akan berakhir disitu je.

Put it in your mind yang "Patut la dia cakap kau ni lembap (or etc)!" hanyalah kata-kata biasa dari boss / orang orang yang tengah marah. Kita pun tak maksudkan apa yang kita cakap time marah kan?

*******

Some people enjoying politic because they want the power. They want and always wanted to be the most influential at the office. And sometimes, they just want to win the war.

Bagi yang nak masuk alam pekerjaan tu, aku tahu, first two weeks you masuk kerja, you akan rasa awkward gila. Dan rasa bosan. Kadang-kadang, at the first 3 days tu rasa nak berhenti dah sebab tak suka tempat kerja. But trust me. You akan rasa macam tu paling lama pun 1 bulan. Selapas tu, you dah boleh carry on. Selepas you dah boleh carry on, baru lah you akan jumpa masalah yang sebenar.

Keep in you mind.

You can be professional. You can be formal. You can be nice. You can be awesome. BUT IT PROBABLY WON'T CHANGE A THING. However, you need to keep that attitudeup. Dont let them change you. Bring that attitude hingga you kat atas.

Work wise until you don't have to introduce yourself.
Work hard until your idols become your rivals. 
Don't stop until your signatures become your autograph.