Assalamualaikum
Hellow gadis dan jejaka yang penuh dengan persoalan sekalian. What's up?
Macam yang korang nampak, aku semakin busy. Semakin lama semakin busy aku untuk sem ni. Tapi alhamdulillah, semuanya semakin okay. Dan aku tau... Aku tau yang korang mesti dah macam "Apahal Khairul ni dah lama gila tak update blog? Dah kahwin dua ke apa?" Well, biasalah. Hidup ni banyak halangan. Nak kata kahwin dua tu tak lah. But oh well kahwin dua sounds fun. Hihi.
But then, even aku da tak update blog, aku still dapat beberapa soalan dari pembaca. Aku tak tahu samaada masih ada atau tak orang yang main formspring. Tapi yes, banyak gila soalan yang memenuhi inbox Formspring aku. Dan kebanyakkan soalan, tentu lah about relationship. But oh well, semakin lama, semakin banyak soalan yang bagus aku dapat.
Is it haram kalau to talk about sex, (not lucah) with your boyfriend?
Macam yang korang nampak, aku semakin busy. Semakin lama semakin busy aku untuk sem ni. Tapi alhamdulillah, semuanya semakin okay. Dan aku tau... Aku tau yang korang mesti dah macam "Apahal Khairul ni dah lama gila tak update blog? Dah kahwin dua ke apa?" Well, biasalah. Hidup ni banyak halangan. Nak kata kahwin dua tu tak lah. But oh well kahwin dua sounds fun. Hihi.
But then, even aku da tak update blog, aku still dapat beberapa soalan dari pembaca. Aku tak tahu samaada masih ada atau tak orang yang main formspring. Tapi yes, banyak gila soalan yang memenuhi inbox Formspring aku. Dan kebanyakkan soalan, tentu lah about relationship. But oh well, semakin lama, semakin banyak soalan yang bagus aku dapat.
Is it haram kalau to talk about sex, (not lucah) with your boyfriend?
Sebenarnya, aku tak tahu lah apa hukumnya tapi adakah ianya necessary? Tu lah, siapa suruh asyik bergayut sampai dah tak ada point untuk berborak sampaikan masuk topik dalam kelambu. Well, kalau korang bosan sangat, korang boleh bercakap tentang bila nak kahwin, nak pakai baju apa masa nak kahwin, nak kahwin berapa kali, apa nama anak tiri dan macam-macam lagi topik yang boleh korang bualkan. Tak pun, kalau korang tak ada topik sangat untuk dibualkan sampai cakap bab sex, apa kata kalau korang dok pakat cakap pasal cara nak pikat mak mertua ke, cara nak ambil hati adik dan abang ipar ke. Banyak lagi point yang korang boleh guna untuk berbual selain bab seks.
And... Seriously, how the hell sex is not lucah? Dan let me guess, mesti your boyfriend yang mulakan topik ni kan? ;)
Mr K. Nak tanya ni, kalau ada pakwe yg jenis suka marah-marah and tengking, should us (girls) stay with him? Kalau kawin nt macam mana? Agak-agak dia sampai pukul tak? :\
Dalam situasi ni ada beberapa kemungkinan yang akan berlaku. Mungkin sebelum kahwin, si lelaki tu gila ah panas baran and suka tenking serta maki-maki korang tanpa menyakitkan korang dari segi fizikal. But then, siapa tahu dia mungkin akan berubah jadi suami yang romantik kan?
Tapi, andai kata sebelum kahwin, dia dah tangan-tangan kan korang, dia dah kaki-kaki kan korang, then honestly, aku rasa better ah korang jangan dekat dengan dia. Stay away dari dia weh. And kalau korang sayang sangat kat dia tapi tak sanggup di pukul setiap hari selepas kahwin, then korang patut suruh dia ubah perangai dan kawan baran dia. Say something like "Awak ubah perangai banas baran awak dan baru lah saya akan terima awak." Seriously, kalau dia sayangkan awak, dia akan cuba ubah perangai dia.
Tapi kalau dia tak ubah perangai, then better lah you stay away dari dia. For your greater good juga. Tak mustahil kalau dia akan jadi makin ganas selepas kahwin kan?
Stress sebab susah gila. Aku jadi tertekan giler lepas first day buat MBBS. Otak aku memang tak boleh terima ke bidang ni? Bila cuti pun aku balik rumah, aku tak rasa diri aku ada kat rumah. Aku asyik fikir pasal pelajaran. Nak study tak ada mood. Tak study rasa bersalah. Why?
MBBS tu apa? Bachelor in Medicine and Surgery kan? Ni dah tahun ke berapa ni? Kalau awal lagi, better kau berhenti cepat-cepat. Aku cakap based on pengalaman aku. Kadang-kadang, aku ada la juga rasa menyesal sebab tak berhenti awal-awal dulu. Tapi di sebab kan aku dah carry on jauh, aku rasa macam bodoh gila la juga kalau aku drop out sekarang. So, alang-alang dah jauh, baik aku habiskan dulu.
Macam tu la gak dengan isu kau ni. Kalau kau rasa kau patut drop out sekarang, then better kau drop out sebelum terlambat. Sebab semakin lama, semakin tinggi umur kau dan semakin bazir masa kau dah guna. Tapi kalau kau dah di tahun ke 4 dan ada lagi satu tahun, then better kau habiskan je dulu. Setahun dua tu sekejap je sebenarnya. Pejam celik dah satu sem. Pejam celik dah setahun. Tak ada hal lah kalau nak stay.
Tak pun, kalau kau rasa tak boleh carry on sebab bosan dengan belajar, then aku rekemen kan kau cari awek kat sana. Cari awek yang comel-comel. Pastu sure dia akan motivatekan kau untuk stay. Bukan je motivate kan kau untuk stay, tapi dia akan motivatekan juga kau untuk belajar supaya kau dapat pekerjaan yang best then kahwin cepat-cepat.
Just curious. Lelaki suka perempuan yang kurus ke gemuk?
Aku tak tahu sebenarnya lelaki sukakan fizikal perempuan yang macam mana. Sebab, macam yang aku selalu kata "Lelaki ni macam perempuan". Sama-sama makhluk yang amat komplikated. Tapi, kalau bercakap secara general. Aku boleh kata la yang hampir semua lelaki sukakan perempuan yang badan mantap. Tapi kan, kalau korang perhatikan dunia reality, korang akan perasan yang perempuan sukakan lelaki yang perut buncit. Tak caya try tengok ayah korang. Kurus ke tidak. Tak pun, cer try tengok suami yang ada isteri muda. Isteri dia cantik dan bergetah je. Tapi si suami tu mesti dah boroi gila dia punya perut. So yes, aku rasa perempuan sukakan lelaki yang perut boroi lah.
Salam Mr K. Just nak minta pandangan Abang K la kan pasal Jururawat (Nurse). Ramai orang kat sana pandang remeh pada profession jururawat ni. Seriously, geram sangat-sangat. - Im a nurse student of KKM College.
Nurse memang sucks. Okay joke. Nurse is good. Dia punya baju seragam, perh. PERH. PERH. Bukan ke aku dah pernah cakap yang bila aku dah kahwin aku nak belikan baju nurse untuk isteri aku? Dan sebenarnya, profession nurse ni boleh pergi jauh. Even ada orang kata nurse ni tak mesra pelanggan la, nurse hospital swasta suka cakap belakang la, nurse hospital kerajaan kurang ajar dan suka goyang kaki lah. Tapi, nurse memang boleh pergi jauh. Contohnya, kau kerja nurse, kau apply la untuk kerja di luar negara.
Kalau orang tanya aku "Eh, boleh ke nak kerja luar negara macam tu?" Well, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, berlambak gila kawan aku yang nurse yang pergi kerja kat dubai lah apa lah. Kerja 5 tahun je. Tapi balik sini, dah boleh beli rumah banglo 2 tingkat cash. Then terus kahwin. I don't know how tapi setiap profession adalah kelebihan dan setiap profession dalam dunia ni memang boleh buat korang kaya.
Ermmm.... Mr. Kaeyyy.... Mr. Kaeyyy.. Titteww nak tanyerr bley tak? Macam maner nak elakkan dari kene marah denkat cikgu yang mengajar memandu? Pleaseeeee. Titeww dah tak tahan kene marah ari-ari. Padahal tak buat salah pom. Titew cuma langgar lampu merah dan langgar pasu besar je...
Tips nak dapatkan lesen memandu dengan mudah? 1. Tanya kawan mana tempat yang best. 2. Pilih sendiri cikgu korang. 3. Belajar memandu dengan parents or adik beradik dulu sebelum pergi belajar memandu. Ini penting. 4. Sediakan duit lebih sebab first test ujian jalan rasa korang 98% akan fail. Si penguji akan cari apa je alasan untuk memfailkan korang. Sebab bila dah fail, korang kena bayar banyak gila. So, aku rasa ni adalah konspirasi supaya sesebuah syarikat or tempat belajar memandu dapat lebih banyak duit. Serious.
Ramai tahu yang sesuatu perkara tu berdosa kalau buat. Tapi kenapa still ada orang tak tinggalkan?
Actually, kalau korang fikir-fikir balik, mesti korang terasa dengan soalan ni kan? Even aku pun, kalau aku baca dua hingga tiga kali mesti aku macam "Damn". Kalau korang korang tak percaya, cer korang try ingat balik. For example. Korang tahu yang kalau hari-hari makan McD dan KFC, ianya akan datangkan bahaya kat diri korang. Korang tahu yang kalau korang asyik tidur, korang punya kesihatan akan jadi sucks gila. Korang tahu kalau korang pegang tangan boyfriend korang, korang akan dapat dosa. Tapi kenapa korang still buat? Pelik kan?
Well, ni semua aku rasa ada kaitan dengan nafsu dan imanlah. Ianya adalah secara terbalik. Kalau iman tinggi, nafsu mesti jadi rendah. Kalau nafsu renda, segala dosa pahala tu memang confirm ah tak kisah dah. Tapi, ada juga orang yang kata yang benda-benda macam ni adalah sebab kita tak fully believe dengan apa yang kita tahu. Well, kita tahu yang tak tutup aurat tu berdosa tapi kita akan cari apa je alasan untuk twistkan fakta supaya it is okay for us untuk tak tutup aurat.
**************
Aku dah makin jarang jawab soalan di formspring. Tapi sekali sekala, aku ada juga buka inbox formspring aku tu. Cuma... Susah nak cari soalan yang betul-betul rasa sesuai untuk dijawab.