Bab satu
"Habis, kau tak mahu makan dulu ke? Aku kan ada gastrik," balasku. Wadi menganggukkan kepala tanda mengalah. Kami berbondong-bondong menuju ke arah kafeteria yang terletak lebih kurang 17 langkah gajah dari bilik kuliah. Tatkala sampai di sana, aku nampak ada dekat 10 orang student yang tengah beratur untuk mengambil makanan. Biasalah, self-service.
"Huh, tak ada menu lain ke? Asyik menu yang samaaaa aje. Menyesal aku muda-muda dulu tak belajar memasak dengan mak aku," rungut Wadi. Mak cik pemilik kafeteria yang berdiri tak jauh dari kami menjeling. Tapi bukanlah pandang-pandang jeling-jeling macam Siti Nurhaliza tu. Ini jeling berserta dengan aura bunuh sekali ni!
"Ooo... Sekarang kau dah tua la, ya? Patut la lembap sangat nak bangun pagi," tempelakku. Wadi tergelak. Aku pun begitu juga. Begitulah cara kami bersahabat. Memang mulut jenis tak ada polisi insurans kemalangan diri langsung. Al-maklumlah, bakal nak jadi lawyer!
Setelah memilih makanan (selalunya yang termurah) kami pun sibuklah mencari meja kosong pulak. Mujur juga aku memaksa Wadi datang awal hari ni. Banyak lagi meja kosong yang tiada bersisa makanan. Betullah bak kata atuk aku : The early bird gets the worm. Kalau Karam Walia Singh pulak : Bagaikan pungguk ternampak anak bulan Ramadhan.
Sedang aku begitu asyik menyiat popia goreng dengan gigi, bahuku terasa dicuit mesra. Chewah! Macam teman tapi mesra pulak! Tapi yang lecehnya bukan si Mulan bermuka Indon kacukan Belanda di sisi aku. Tapi si Wadi yang bemuka Melayu kacukan Jawa la pulak!
"Apahal?" tanyaku. Teman tapi tak mesra. Kasar kertas pasir lagi.
"Tu," jawab Wadi seraya memuncungkan mulutnya ke arah Barat Daya. Longitud 120 darjah dan Latitud 35 darjah. Macam betul! Aku kelentong aje la! Hahaha! Aku pun berpaling ke arah ‘muncungan' Wadi.
"Adrina..." Itu aje la yang aku mampu katakan. Tau-tau aje suara hati aku memainkan lagu Kenangan Terindah dari Samsons. Kira setiap kali aku ternampak kelibat dia memang lagu itulah bergema di dalam sanubari. Kira salah satu runut bunyi (soundtrack) dalam cerita ini la...
"Dah mula dah," komen Wadi. Aku buat-buat tak dengar aje sindirannya. Tumpuan dan perhatianku seratus peratus kepada gadis yang baru saja datang ke kafeteria. Saidatul Adrina : Dialah gadis yang tercantik di Fakulti Undang-Undang dan paling popular sekali. Aku kira lelaki di UNISAS yang nak mengorat dia jauh lebih ramai dari barisan student yang sedang mengambil makanan di kafeteria ni. Aku pun salah seorang yang diam-diam menyimpan perasaan terhadapnya. Walaupun kami satu batch, aku tak pernah walau sekali menegur atau bercakap dengannya. Apatah lagi nak mengajaknya berdating. Entah apa la malang nasib aku tak pernah disatukan dengan Adrina di dalam setiap assignment group. Tak pelah, bagi aku asalkan Adrina menghadiahkan senyuman walau sekali kepadaku pun dah memadai. Tak de la aku mati celik.
Tiba-tiba Adrina menoleh ke arahku. Buat julung-julung kalinya! Aku yang begitu terkejut dengan situasi sekarang spontan menundukkan muka. Setelah beberapa ketika aku mendongak ke arahnya balik. Alamak! Dia masih memandang aku! Tunduk balik! Tunduk balik! Alert! Alert! Dive-Dive-Dive! Apasal pulak la dia masih pandang aku? Aku nak pandang muka kau la Adrina... pi la pandang tempat lain! Okey, dua puluh harakat dah berlalu. Sahih dia dah pandang tempat lain. Angkat kepala perlahan-lahan. Satu-dua... satu...
Dia masih pandang ke arah aku! Nanti kejap. Mustahil dia tengah merenung aku. Tentu ada mamat handsome mana yang si Adrina tengah check-out kat belakang aku ni. Aku pun toleh ke belakang. Tak ada sesiapa di belakang aku. Cuma meja kosong aje. Aku kembali menoleh ke arah Adrina. Kali ni Adrina tersenyum. Matanya masih terkunci ke arahku. Pada masa itu aku rasa masa seolah-olah terhenti. Atau mungkin juga aku yang tergamam tak menguit sebab terpana dengan senyuman gadis idaman aku.
Aku tau yang masa takkan terhenti selama-lamanya di saat ini walaupun aku harap begitu (lagipun test minggu depan!). Sekurang-kurangnya aku tak akan mati celik nanti pun kira okey la...
Bab Kedua.
"Apahal kawan kita tu?"
"Tengah angau. Al-maklumlah, dara pujaan hari ni tersenyum padanya,"
"Aik? Baru senyum pun dah heavy macam ni? Kalau awek tu gelak, mau mati kemalangan kot?"
"Tengok tu, kita mengutuk dia pun mampus tak sedar,"
Eleh, aku dengar setiap biji butir kutukan depa tu. Cuma aku malas nak layan. Nanti terputus pulak angau aku ni. Eh? Kat mana aku tadi? Aiseh, dah terputus dah. Ni kau orang punya pasal la ni!
"Rip! Sudah la tu. Nanti sejuk nasik kau, makcik kafeteria tu ingatkan masakannya tak sedap. Walaupun memang tak sedap!" tegur Wadi bersulam sindiran. Aku menoleh kepada mak cik pemilik kafetria tersebut. Mak oi! Bukan main matanya menyorot ganas ke arah Wadi.
"Satu hari aku jamin kau akan mati diracun mak cik tu!" komen aku. Kami bertiga ketawa. Oh ya! Ada seorang lagi penyibuk join kami makan tengahari. Namanya Nazirun Nizam. Macam sebutan rap pulak. Budak baka kacukan Sarawakian dan British ni memang selalu lepak dengan kami berdua.
"Siapa yang kau angankan tu, Rip?" tanya Nizam sambil mengunyah burger daging special. Perut budak ni memang jarang menghadam nasik. Asyik western food aje. Lagi satu; aku hairan betul kenapa bila kita mintak burger lembu kita panggil burger daging? Tak ke burger ayam tu pun daging juga? Begitu jugak Nescafe dan kopi. Tak ke menatang yang sama? Tapi orang differentiate jadi Nescafe O dan Kopi O. Kalau kopi cap Cangkul Berdarah macam mana? Pak cik, bagi saya Cangkul Berdarah satu! Baru pitam seminit dua puluh tiga saat orang tua tu...
"Siapa lagi kalau tak si Adrina tu. Oh, Saidatul Adrina pemaisuri hati beta. Walaupun dirimu tidak ku kenal tetapi kedua lubang hidungmu TATAP menjadi pojaan hatiku!" jawab Wadi. Sempat pulak buat lawak badut Ronald MacDonald dia tu...
"Adrina yang cantik nak mampus tu? Ooo... Itu ke awek idaman kau, Arip?" tanya Nizam dengan suara yang agak kuat. Siul punya budak! Nak bagi satu fakulti dengar ke? Malunya aku...
"Tengok pipinya dah merah kelabu tanda malu. Betul la tu!" Wadi dengan tanpa sebarang watikah lantikan jadi tukang jawab untuk aku. Depa berdua tergelak terbahak-bahak. Aku pun tunjuk la lambang Stone Cold Steve Austin (isyarat mencarut) kat sahabat aku berdua tu.
"Aku baru aje cadang nak mengorat awek pujaan hati kau tu," ujar Nizam tiba-tiba. Nak tersedak aku mendengarnya. Memang kali ni air muka aku berubah betul. Buat pengetahuan para pembaca yang budiman, Nizam ni memang serba-serbi perfect. Tubuh tinggi lampai dan berotot sebab rajin ke gym. Kulit putih kemerah-merahan. Raut wajahnya macam Marcus Schenkenberg. Memang tergeliat lidah menyebutnya tapi kalau kau orang search kat Yahoo! engine, memang aku jamin tergamam punya la. Mukanya ada iras model tu. Handsome tahap 7 petala langit! Dah la tu, Nizam ni memang model part-time. Jadi ada aje la mukanya tertempek kat mana-mana majalah, akhbar dan tv. Anak orang kaya pulak tu. Aku dengar bapaknya tokeh balak kat Sarawak tu. Itulah sebab dia mampu pakai Peugeot 206 Cabriolet. Girlfriend dia jangan kira la... Aku ingat nak hitung dengan jari-jemari kaki pun tak cukup. Punya la player budak ni. Jadi kami kadang-kadang mengusik Nizam ni dengan panggilan Bujang Senang. Got it? Buaya darat made in Sarawak.
"Kau nak ngorat Adrina?" tanyaku dengan suara yang agak bergetar. Aiseh, kalau Nazirun Nizam pun nak masuk line, memang tak de harapan la aku ni. Boleh dikatakan dia macam kelab Barcelona sedangkan aku ni macam team Malaysia bawah 20 tahun haritu. Kalau ikut slanga mat rempit, kira aku tercicir beratus-ratus tiang la...
"Ahahahaha!!! Janganlah kau risau Rip. Kalau member aku dah suka, aku tak akan masuk line. Don't worry, okay? Adrina hak kau. I won't butt in," ujarnya sambil menepuk-nepuk bahuku. Huu... lega aku rasa. Kalau tak tadi nak terputus urat kentut aku dibuatnya. Ni la sebabnya aku suka bersahabat dengan si Bujang Senang ni. Dia memang mendahului kawan daripada girlfriends. Aku tabik spring lantun 7 kali kat kau, Nizam!
"Aku tak kisah kalau kau nak masuk line. Tapi terpaksa la aku suruh mak cik kafeteria tu racun kau sekali dengan si Wadi ni," ujarku. Kami bertiga ketawa terbahak-bahak. Aku fikir silap haribulan dengan aku sekali kena santau dek mak cik bermata ganas tu.
Jam tanganku menunjukkan pukul 1.56 petang tatkala aku melangkah keluar dari surau fakulti. Pukul dua ni kejap lagi ada kelas Undang-Undang Tort. Sahih aku tidur sepanjang kuliah nanti. Aku pun tak faham apa pasal perkataan Tort tak diubah. Kalau orang biasa dengar mesti tak faham apa kejadahnya Tort itu. Macam Wan Kamaruddin pulak! Tort tu secara mudahnya ialah tindakan pencerobohan ke atas seseorang individu atau harta-bendanya. Jadi apa salahnya dipanggil Undang-Undang Pencerobohan, ye tak? Kalau panjang sangat, ganti dengan makna lain. Contohnya noda. Jadi la Undang-Undang Noda. Ish, ghairah pulak mendengarnya! Biarlah jadi Tort saja!
Masa aku berjalan dengan santainya, aku ternampak Adrina dan kawan-kawannya di depan juga tengah melangkah ke arah bilik kuliah. Jarak mereka dengan aku ada la dalam 20 kaki. Sedang aku begitu ralik memandang liuk tubuh mereka daripada belakang (biasa la, orang lelaki! Heh-heh!), aku terperasankan pen Adrina melorot keluar dari failnya dan jatuh ke lantai. Tapi Adrina tak sedar sebab seronok sangat bersembang dan bergelak-tawa. Jadi aku kutip pen tersebut tatkala sampai ke tempat ia jatuh dan segera masuk ke bilik kuliah untuk mencari Adrina.
Mana pulak budak tu? Hah! Itu pun dia Adrinaku yang comel. Dengan degupan jantung yang agak kencang, aku pun melangkah ke arah gadis pojaan hatiku (mengajuk Wadi tadi). Bila aku merapatinya, Adrina yang dah sedia duduk mendongakkan kepala tatkaladia sedar aku berdiri di sisinya.
"Hai!" sapanya lembut bersulam senyuman. Alahai... Cair tulang-temulangku mendengar kelunakan suaranya. Oop! Oop! Jangan pengsan. Kawal perasaan. Control macho... Nanti kejap... Apa yang aku buat kat sini sebenarnya, hah? Oh ya! Pen! Pen!
"Pen lu jatuh," ujarku seraya mengunjukkan pennya. Serta-merta aku tersedar akan kesilapanku. Mak oi! Habis la impianku nak memikat hatimu, Adrinaku! Punya la kasar dan gasang sekali bait-bait kata yang terpacul dari mulutku tadi. Habis la aku... I'm DOOMED!!! Damnation! Bernard Dompok!
"Terima kasih, Arif," ujar Adrina seraya mengambil pennya dari tanganku. Senyumannya masih melirik di bibir. Aku hanya mampu mengangguk. Takut kalau-kalau bersuara lagi kang jadi mencarut pulak! Makin teruk jadinya indeks komposit sahamku nanti. Seketika kemudian aku kembali ke tempat duduk. Wadi dan Nizam yang sedang menunggu kelihatan tersenyum simpul. Sebaik aje aku duduk, mengekek mereka ketawa.
"Ada ke cakap : Pen LU jatuh! Punya la romantik abang Arip kita ni!" sindir Nizam. Wadi cuba membuka mulut untuk bersuara. Tapi akhirnya dia hanya ketawa terkekeh. Celaka budak-budak ni. Depa terdengar rupanya! Malunya aku... Kalau ada parit besar dalam bilik kuliah ni sahih aku akan terjun ke dalam.
Pun begitu ada satu benda yang aku tak sangka. Terkejut sebenarnya. Ketika Adrina mengambil pennya, jari-jemari lembutnya semacam sengaja memegang erat tanganku buat seketika. Entah aku perasan gamaknya. Tapi aku dapat rasakan kehangatan tangannya dan kekemasan pegangannya dengan jelas. Takkan itupun fantasi juga kot?
Aku menoleh ke arah Adrina yang duduk sebaris dengan barisan tempat duduk kami. Tapi dijarakkan oleh satu ruang kosong selebar lebih kurang 5 kaki. Aku tak tahu mengapa aku berbuat begitu. Mungkin untuk mendapatkan kepastian. Adrina kelihatan asyik memandang ke arah whiteboard. Hampir dua puluh saat berlalu. Dia masih belum menoleh ke arahku.
Aku kembali memandang ke arah Wadi dan Nizam. Mungkin memang betul cuma perasaan aku sahaja agaknya...
Bab Tiga
"Wadi; baju-baju kau ni bila nak basuh? Aku dah nak pakai timba ni,"
Ini yang aku malas nak bagi orang pinjam barang aku ni. Dah seminggu kain baju si Wadi berkubang dalam timba aku. Air rendamannya pun dah berbuih pekat macam Milo basi. Hiiy... bila tak bagi pinjam, mengata. Tapi bila dah bagi pinjam, buat harta.
"Okey, okey, aku janji akan basuh hari ni," akujanji Wadi. Eleh, itu le bunyi cakap dia tiga hari lepas. Tapi aku tengok tak menguit pun timba tu. Masih terperuk lagi kat sudut bilik air tu.
"Eleh, itu le bunyi cakap kau tiga hari lepas. Tapi aku tengok tak menguit pun timba tu. Masih terperuk lagi kat sudut bilik air tu," ujar aku, mengulangi kata-kata hati kecilku. Sebenarnya aku dah kecil hati ni. Member tak respect langsung harta-benda aku. Wadi pun termonyeh-monyeh ke bilik air. Dia tau la tu aku dah bengang. Aku bila dah bengang dengan insiden gini senang aje nak buat. Pertama, aku kosongkan timba aku dan longgok kain baju Wadi di atas lantai bilik air. Kedua, aku pergi tidur aje. Yelah, aku sekarang memang tengah mengantuk ni.
Tiba-tiba aku celik. Pukul berapa dah ni? Gelap semacam aje bilik ni. Mana la jam tangan aku pulak ni? Haa... tengok jam antik Wadi aje la. Mak oi, dah pukul 7 malam! Lamanya aku tertidur. Segera hidungku menangkap bau sengit yang datangnya dari bilik air. Hmh! Wadi dah basuh kain baju dia. Tapi seminggu punya produk memang busuk mengaum la baunya.
Dengan langkah yang lesu aku masuk ke bilik air. Masa tengah asyik bersiram ala puteri kayangan, sayup-sayup kedengaran bunyi Azan Maghrib berkumandang. Orang tua pesan masa ni le hantu setan berlindung di dalam bilik air yang ada jamban sebab takutkan Azan. Jadi kalau wrong timing kita ada dalam tu sama, silap haribulan boleh jatuh sakit. Tak pun kena sampuk. Aku bergegas keluar dari situ. Tunggu sampai Azan habis. Agak-agak 10 minit lepas tu pasti hantu setan dah berani keluar dari bilik air tu. Barulah aku akan masuk balik.
Pun begitu selepas Azan habis berkumandang, aku mengambil keputusan untuk tak menyambung mandi aku tadi. Lagipun badan aku dah cukup basah. Tambahan pulak bau bilik air tu busuk betul bahana kain-baju rendaman si Wadi tadi. Aku ingat hantu setan pun tak sudi masuk untuk berlindung di bilik air kami masa Azan tadi. Aku terus berwuduk dan bersiap untuk bersolat.
Sekejap aje aku solat. Ada la dalam 5 minit. Tapi aku selalu perasan member aku yang lepasan sekolah agama ni solat lagi laju dari aku. Memang bullet train habis. Aku ingat masak maggi pun lagi lama. Patutnya depa ni la lebih alim dan lebih lama bersimpuh kat sejadah tu. Ini baru sepam rokok dah selesai solat. Dunia... dunia...
Lepas bersolat aku pun bersiap untuk makan malam di kafeteria kampus. Aku capai seluar dalam yang dipakai tadi. Sniff-sniff. Hmm.. bau okey aje. Boleh pakai lagi la maknanya. Mungkin para pembaca yang budiman berasakan aku ni pengotor. Tapi aku ini la orang yang paling disayangi oleh SYABAS sebab begitu ekstrem berjimat air. Dulu PUAS pun berpuas hati dengan aku. Kalau buat pengiraan ikut formula Logaritma bergabung dengan pelan dan dongakan, nak basuh seluar dalam sehelai pun kena pakai seliter air, tau? Bayangkanlah berapa banyak yang aku dah jimatkan untuk SYABAS sepanjang hayatku. Boleh penuh satu empangan, tau?
Aku berjalan aje ke kafeteria. Boleh tahan la jauhnya. Tapi aku kena jimat duit minyak motorsikal aku. Mak bapak aku bukannya kaya macam mak bapak korang. Sekarang setangki penuh pun dekat lapan ringgit. Kalau aku ni budak fakulti kejuruteraan, dah lama aku cipta enjin motor guna kuasa nuklear macam kapal selam Russia. Letak je sebutir plutonium dah boleh tahan sampai beratus tahun. Tapi kalau eksiden motor aku ni, mau satu bandaraya Ipoh jadi debu!
Sampai akhirnya aku di kafeteria. Mak oi, punya la ramai anak cucu Adam di situ. Tapi perut aku dah nyanyi lagu Bollywood. Lagipun makanan di sini memang murah untuk orang yang tak mewah macam aku ni. Aku pun beratur aje la untuk ambil nasi dan lauk-pauk. Cis, di depan aku ni jantan la pulak. Kalau awek kan best. Boleh la aku cuci mata sikit tengok ehem-ehem dia. Kira appetizer la... Selepas ambil nasi sepinggan dan memilih lauk-pauk yang aku rasakan murah, aku terus ke kaunter bayaran.
"Minum?" tanya makcik yang menjaga kaunter tu. Tak pandang aku pun. Galak benar dia menekan-nekan papan kekunci mesin duit tu.
"Air suam," jawabku ringkas. Makcik tersebut mengangkat kepala dan menjeling ke arahku. Huii... Sinisnya jelingan. Mentang-mentanglah air suam tu percuma. Pandang aku macam pandang kutu haprak aje... Eleh, kalau aku banyak duit jangan harap la aku nak mentedarah kat tempat buruk kamu ni. Koman-koman pun aku akan makan kat Pizza Hut. Kat sini mana ada kelllass...
Lepas membayar dua ringgit dua kupang lima duit, tiba pulak masalah baru. Semua meja yang ada di kafe ni dah diduduki. Ramai pulak orang yang bersekedudukan malam ni. Mau tak mau terpaksa la aku tumpang tempat kosong. Leceh betul. Tapi kalau dapat duduk semeja dengan awek-awek kira cantik jugak. Mataku meliar memandang sekeliling. Tup-tup aku tergamam. Spontan lagu Kenangan Terindah dari Samsons berkumandang di dalam sanubari. Para pembaca yang budiman pun tentu dah dapat teka siapa dia, betul tak?
Memang Adrina. Saidatul Adrina. Melambai ke arahku dan mengisyaratkan agar aku duduk semeja dengannya. Senyumannya tidak lekang dari bibir mungilnya. Waah... nampaknya bintang malang Wira Wah yang menyelubungiku dah musnah. Dalam sehari ni dah tiga kali berjumpa dan mendapat senyuman gadis idamanku. Berbaloi aku sedekah seringgit kat tabung masjid setiap hari Jumaat. Kalau sedekah sepuluh, mau Angelina Jolie mengorat aku gamaknya!
Dengan langkah macho bercampur gementar diselang-seli pulak dengan kelam-kabut, aku melangkah ke arah Adrina. Bersama beliau ada 4 orang aweks lagi. Aku tak pernah tengok diorang berempat, tapi dari dressing maut diorang aku dapat agak bukan budak UNISAS. Punyalah ranggi dan seksi.
"Arif, mari duduk sini!" panggil Adrina dengan suara yang hampir berteriak. Jari-jemarinya masih giat menggamit ke arahku yang kini lebih kurang 10 kaki lagi akan menemui syurga dunia. Hei, kalau gadis idaman korang yang cantik nak mampus panggil duduk semeja dengannya bersama dengan empat orang kawannya yang juga cantik dan seksi tak kira syurga dunia ke? Aku akur aje duduk di sebelah Adrina yang telah menarik tanganku ke arahnya.
Keadaan seolah-olah hening seketika. Macam-macam perasaan yang bergolak dalam hatiku sekarang. Gembira ada. Teruja ada. Bangga ada. Gementar ada. Nak terkentut pun ada. Tiba-tiba bahuku terasa dipegang lembut.
"Arif, ini semua kawan Rina. Yang itu namanya Hanani. Sebelah Hanani namanya Amilia. Sebelahnya ialah Raihana. Yang last tu namanya Shaleen," perkenal Adrina kepadaku. Tangannya masih memaut bahu kananku. Tuhan aje yang tahu betapa gumbiranya aku di saat ini. Gadis idamanku sedang memegang dengan erat tetapi lembut bahuku sekarang. Kalau kau nak cabut bawak balik pun tak apa, Adrina. Aku rela...
"Hai Hanani, Amilia, Raihana dan Shaleen," sapaku dengan senyuman mesra. Amboi... kalau nama perempuan bukan main hafal lagi. Kalau seksyen dalam Akta tu sampai nak hilang nyawa pensyarah tu mengajar, masih tak ingat! Yalah, seksyen-seksyen Akta tu mana ada C Cup dan D Cup macam aweks di depan aku ini! Hahahahaa!!! Keempat-empat kawan Adrina membalas sapaanku dengan senyuman. Raihana sempat mengenyitkan mata. Daring betul budak ni. Aku bawak berjumpa tok kadi kang, haa...
"This is Arif, my boyfriend!" ujar Adrina tiba-tiba. Kali ini kedua-dua bahuku dipaut oleh tangannya. Senyumanku langsung mati. Aku benar-benar terperanjat nak mampus. Tapi belum la mampus lagi. Betul-betul tergamam 7 skala Richter. Adrina kata aku boyfriend dia? Takkanlah kot? Ini mesti mimpi. Aku tengah mimpi yang indah sekarang. Harap-harapnya kejap lagi jadi mimpi basah la pulak! Apa-apa pun aku benar-benar berharap agar Wadi janganlah kejutkan aku dari mimpiku sekarang juga.
Bab Empat
"Your boyfriend? You're f**king with me, right?" Mak oih... sedapnya tutur bicara cik Shaleen kita ni. Sejuuuk hati mak mertua mendengarnya. Kalau iya pun enggak percaya, cakap la "You're joking" ke... "You're kidding" ke... Ini tak. Nak juga mencarut. Lancar je menerobos keluar perkataan tu dari bibir comelnya.
"C'mon... You're serious?" tanya Raihana pulak. Entahnya Adrina. Serius ke kau anggap aku ni boifren kau? Aku dah mula nak tersipu-sipu sambil bersimpuh macam anak dara nan jelita ni. Adrina tak menjawab. Sebaliknya dia menelengkan kepalanya sedikit ke kanan seraya mengangkat kedua-dua keningnya dan tersenyum.
"Tanya sajalah si dia ni. He's right in front of you. C'mon. Ask him," balas Adrina. Ah, sudah! Aku pulak jadi sasaran. Kau yang pandai cakap, sekarang aku pulak jadi mangsanya. Apa pulak aku nak cakap ni... Salah cakap karang langsung terlepas peluang nak mengorat gadis idamanku.
"You ni boyfriend Adrina ke?" tanya Raihana. Mampus! Aku nak jawab apa ni? Aku pandang dulu ke arah Adrina. Ternyata dia pun sedang memandangku. Aku nak tengok kalau-kalau dia tengah menahan gelak ke. Kalau begitu keadaannya, sahih Adrina sedang bergurau. Jadi aku tau la nak cakap apa.
Malangnya dia tak berbuat begitu! Sebaliknya Adrina menompangkan dagunya ke tapak tangan kanan sambil memandang tepat ke arahku. Riak mukanya jelas wujud perasaan ingin tahu akan jawapanku. Ingin tahu akan isi hatiku yang sebenar. Cilakak! Tak ada klu dah ni. Mampus la aku. Hmm.. tenang... tenang... Kalau Batman dalam situasi sebegini, apa yang akan dia katakan? Aku kembali memandang empunya soalan maut tadi.
"I wish!" jawabku. Ringkas dan padat. Cakap omputeh lagi tu! Yalah, mesti la tunjuk terer sikit depan minah-minah metropolitan ni. Secara ringkasnya apa yang aku perkatakan tadi ialah kalaulah betul, kan bagus. Semua anak dara nan jelita yang duduk bersamaku ketawa. Aku memandang ke arah dara pujaanku untuk mengetahui reaksinya pula.
"Good one," ujar Adrina sambil tersenyum. Senyuman yang penuh dengan teka-teki. Rasanya dia senyum biasa aje. Tapi biasalah. Kalau dah angau tu, senyuman biasa pun dianggap penuh dengan teka-teki teka-tekok ular mati hisap rokok. Malah kalau dia kentut bau bawang putih pun aku anggap penuh dengan seribu makna. Aku kembali memandang ke arah pinggan nasiku. Malulah pandang dia lama-lama!
"Tak makan ke?" tanyaku. Malas nak panjangkan isu. Lagipun rasa frust sikit sebab si Adrina cuma bergurau aje tadi. Tak mau pandang dia dah. Merajuk... merajuk...
"Tak apa, you makanlah. Kami makan nanti," ujar Amilia. Kekok pulak aku rasa bila dipandang oleh anak-anak dara ni time mentedarah. Tapi aku dah lapar. Ngap sayot je la...
"Kome pakai lawa-lawa ni nak ke mana?" tanyaku sambil mengunyah nasik. Tu dia aih... Keluar dah slanga Perak aku. Amilia aku tengok cuba menahan tawa. Gelihati la tu sebab gaya aku bercakap tadi.
"Zouk. Kami nak ajak ‘girlfriend' you ni. Tapi dia berat je nak ikut kami," jawab Hanani Ooo, rupa-rupanya depa berempat ni nak ajak Adrina clubbing. Patutlah pakai daring gila. Aku menoleh ke arah Adrina. Eleh, tadi kunun merajuk tak nak pandang dia...
"Kenapa tak nak pergi?" tanyaku. Adrina yang juga sedang memandangku tersenyum.
"Rina letih," jawabnya. Juga ringkas.
"Period ke?" Cilakak! Sekali lagi aku bercakap tanpa berfikir terlebih dulu. Mulalah aku rasa nak banging kepala kat meja. Bodoh... bodoh betul aku nih! Ni kurang-kurang mau dapat pelempang komando daripada Adrina ni.
Tapi sebaliknya mereka semua ketawa berdekah-dekah macam mak Datin dapat tas tangan Prada percuma. Aku tercengang kehairanan. Apa yang lawaknya dengan soalan kuang hajau aku tadi? Tak paham...
"Shit! I like you, man. You're so f**kin' hilarious!" komen Shaleen. Aduuhh... Muka punya la comel dan nampak manja. Body cantik langsing macam altec lansing pulak tu. Tapi bahasa... ya Allah... punya la kesat. Memang kau tak akan masuk list jemputan open house aku bila hari raya nanti. Definitely! Chewah! Cakap omputeh la pulak...
"Rina letih la, Arif. Lagipun semenjak kita couple, kan awak kongkong Rina tak bagi clubbing dah?" ujar Rina sebagai menjawab soalan bodoh aku tadi. Hiii... Main-mainkan perasaan aku lagi. Adrina dah tau ke yang aku ni syok kat dia? Aku cepat-cepat memandang kembali pinggan nasiku. Malah laju je menyuap makan. Serius aku terkedu tahap maksima dengan bait-bait kata Adrina tadi.
"Come with us, Arif. May be Rina will change her mind," saran Shaleen. Ah sudah! Apa kejadahnya nak mengajak aku clubbing pulak ni? Kalau ajak ke kenduri tahlil, nak la aku.
"Maaf, saya tak dapat ikut korang semua," ujarku. Yelah, kecuali Adrina, aku bukannya kenal sangat dengan gadis berempat ni. Nanti dibubuhnya dadah dalam minuman aku dan rogol aku bergilir-gilir... hilang teruna aku!
"Ala, janganlah begitu... Jomlah. Arif jadi bodyguard kami, okey?" pujuk Hanani dengan suara lemak buluh perindunya. Entah berapa ramai la jantan yang cair dengan pujuk-rayunya tu. Tapi dengan aku jangan kau harap la. Adrinaku tetap bertakhta di hati. Jadi jangan harap la aku termakan dengan masak lemak pucuk rebung kau tu.
"Sorry la, ya? Saya ni sebenarnya bukanlah anak orang senang. Duit mak bapak bagi setiap bulan pun tak cukup. Jadi tak baiklah kalau saya bazirkan begitu aje," ujarku merendah diri. Baik aku terus-terang je cakap. Tak mau macho-pak cho dah. Kang habis duit belanja bulanan aku diraut dek minah-minah seksi ni.
"Alaa... Kami belanja la. You tak payah keluar sesenpun. Boleh la, ya?" rayu Hanani lagi. Huu... memang nak cair hati aku mendengar suara manjanya. Entah ada yang dah meleleh keluar dari hidung gamaknya.
"Girls," Tiba-tiba Adrina bersuara. Agak tegas nadanya. Sambil tu beliau menggelengkan kepala sebagai memberi isyarat agar rakan-rakannya menghentikan perbuatan mereka. Akhirnya mereka beralah dan menutup tirai isu tersebut. Lega hati aku.
Setelah dekat 20 minit berborak, akhirnya kawan-kawan Adrina angkat punggung meninggalkan kami berdua. Barulah aku rasa boleh bernafas sebab dah terlepas dari gangguan seksual mereka.
"Macam mana rasanya kena sexual harassment?" tanya Adrina seraya ketawa kecil. Kan aku dah kata aku kena gangguan seksual tadi? Ingat aku saja cakap ke?
"Syok!" jawab aku. Adrina langsung ketawa besar. Lepas tu sengaja dia mencebikkan bibir. Buat-buat masam pulak.
"Minta maaf sebab tanya pasal period tadi," ujar aku dengan rasa bersalah.
"Hmph!" balas Adrina. Buat-buat marah. Aku tau la, sebab dia cuba menahan senyum.
"Maaf ya, Adrina?" pohonku lagi. Dia marah ke tak marah ke, aku rasa biadap benar berkata-kata begitu tadi.
"Awak mesti dihukum! Hukumannya : temankan saya makan sekarang!" ujar Adrina. Suaranya dibuat-buat keras. Tapi senyuman kecil tetap terukir di bibir.
"Tidaaaaaaak!" kataku dngan gaya kununnya tidak rela. Adrina tergelak lagi. Aku betul-betul bahagia malam ni. Sama ada dia tahu aku tergila-gilakannya atau tidak, itu tak penting. Aku rasa macam dunia milik aku sekarang.
Bab Lima
"Arif nak ke mana-mana ke?" tanya Adrina tatkala melabuhkan punggungnya ke kerusi. Aku yang sempat mengelamun sebab seronok sangat langsung terkejut dari lamunan. Kira Lamunan Terhenti Aris Ariwatan la ni.
"Taklah. Ingat lepas ni cuma nak siapkan assignment yang PM (Prof. Madya) Zul bagi," jawabku. Sebenarnya aku kelentong aje. Saja la nak tunjuk rajin sikit kat gadis idamanku ini. Eh, awek tak suka orang lelaki malas, tau? Walaupun diorang pun malas. Aku sebenarnya bercadang lepas ni nak main Doom 3D kat komputer Nizam la... Selain dari menaip assignment, kami bertiga hanya tau main game aje. Memang membazir sebab notebook si Bujang Senang tu harganya mencecah RM7,000 lebih! Oh ya! Lupa nak bagitau kadang-kala kami juga layan DVD. Selalunya cerita biru la... hehe...
"Rajinnya! Kan assignment tu kena hantar dua minggu lagi?" tanya Adrina dengan nada agak cemas. Mesti dia ingat kena hantar awal.
"Memanglah begitu. Tapi saja la nak siapkan cepat. Taklah tergopoh-gapah nanti. Bak kata omputih (orang putih) : never do today what you can do tomorrow," ujarku. Chewah! Tunjuk skil cakap bahasa penjajah lagi... Savvy la kununnya tu... Mesti Adrina kagum.
Tapi sebaliknya dia tergelak terbahak-bahak. Habis bersembur nasik goreng ayam yang sedang dikunyahnya ke muka aku. Tak pasal-pasal kami berdua merpati sejoli ni jadi perhatian ramai. Aku dengan muka cuak hanya menunggu sampai Adrina habis ketawa.
"Sorry... Sorry..." ujarnya dan kemudian ketawa lagi. Aku termonyeh-monyeh membersihkan butiran nasik yang bertempek kat mukaku. Sambil ketawa Adrina turut menolong membersihkan butiran nasi di bajuku.
"Apalah awak ni! Never do tomorrow what you can do today la..." ujar Adrina. Kemudian dia ketawa lagi. Hah! Betullah apa yang aku cakap. Apa ketawa pulak?
"Hah! Betullah apa yang saya cakap. Apa ketawa pulak?" tanyaku. Makin kuat Adrina ketawa. Aku agak begini la gamaknya perasaan Maya Karin masa berlakon jadi pontianak kot...
"Awak cakap terbalik la Arif!" jawab Adrina sambil menggenyeh matanya. Tu dia aih; sampai keluar air mata. Eh? Nanti kejap. Dia kata aku cakap terbalik? Alamak! Malunya... Apasal la aku asyik memalukan diri aku bila di depan dia?
"Ye ke? Malunya..." ujarku seraya menekup muka dengan kedua-dua tangan.
"Itulah, cakap lagi orang putih! Lain kali baik cakap Russia. Tak de la saya gelakkan awak," perli Adrina. Aduss... Tak sangka backfire pulak strategi savvy aku.
Setelah beberapa minit bersembang akhirnya aku pun membuka mulut untuk bertanya soalan yang aku teringin nak tanya dari tadi.
"Kawan-kawan Rina tu semua dari mana?" tanyaku.
"Aik? Awak berkenan dengan salah seorang dari mereka ke? Ini yang jealous ni..." ujar Adrina dalam nada gurauan. Cuit perasaan aku lagi. Nasib baik la kau tak cakap begitu di depan pejabat tok kadi.
"Taklah. Saja curious," ujarku.
"Curiosity killed the cat, tau?" ujar Adrina seraya tersenyum. Hah? Kucing? Apa kejadahnya pulak bercerita hal kucing terbunuh ni, Adrina? Aku buat muka tempe tak masak bila mendengar kata-katanya tadi.
"Okaylah. Mereka tu semua schoolmate Rina. Raihana belajar di KDU. Hanani di UM. Amalia lepas SPM terus bekerja dengan ayahnya. Shaleen pulak dapat tawaran di UK tapi dia tangguhkan dulu sebab nak enjoy," perjelas Adrina dengan ringkas.
"Mereka tu semua daring la," komenku.
"Memang! Seksi maut, kan? Arif tak suka, ya?" tanya Adrina. Beliau nak menduga sama ada aku pandang negatif pada kawannya la tu. Aiseh, silap komen la tadi. Cepat cari jawapan yang terbaik...
"Eh, suka! Suka!" jawabku. Alamak! Rasanya aku dah tersilap cakap lagi!
"Arif SUKA? Hee... buaya darat!" ujar Adrina seraya ketawa lagi. Adui... aku ni memang nervous sangat la. Sebagai jantan yang normal memang la aku suka awek seksi. Tapi bukan itu maksud aku tadi.
"Bukan itu maksud saya tadi," ujarku membela diri.
"Don't worry. Saya tahu apa maksud Arif. Saya gurau aje," ujar Adrina. Lega hatiku bila mendengarkan kata-katanya. Kalau dia memang sukakan aku walau sekelumit, tentu sebagai perempuan normal dia takkan suka bila dapat tahu aku ni tengok perempuan seksi bila bersamanya.
"Walaupun mereka tu seksi dan nampak terlalu outgoing, tapi mereka tu semuanya baik. Mereka tak pernah rasa macam bagus seperti sesetengah budak perempuan dalam batch kita. Mereka menerima kita seadanya. Tengok, walaupun mereka anak-anak orang berada tapi mereka masih nak bergaul dengan orang-orang macam kita," ujar Adrna dengan panjang lebar. Aku yang sedang mencernakan kata-katanya sempat melemparkan sekilas pandanganku pada keadaan persekitaran.
Memang betul kata-kata Adrina. Beberapa orang student perempuan sedang merenung kami dengan pandangan seolah-olah kami ni menjijikkan. Eleh, aku tahulah korang semua tu dari Fakulti Pendidikan Islam. Tapi apa hak korang nak memandang kami dengan pandangan menghina macam itu? Syurga tu hak korang saja ke? Rasulullah pun tak pernah berbuat begitu walau pada orang kafir, tau?
"Saya faham," ujarku perlahan. Adrina yang sedang mengunyah nasinya hanya mengangguk kecil sambil tersenyum.
"Tapi kenapa si Shaleen tu cakap kasar sangat? Mencarut memanjang..." ujarku dengan nada kurang berpuas hati. Adrina ketawa kecil. Aku asyik buat dia ketawa. Kata Nizam, kalau orang perempuan tu asyik ketawa dan tersenyum tatkala bersembang dengan kita, maknanya dia memang sukakan kita. Tanda baik nih!
"Itu defense mechanism dia. Supaya orang lelaki tak berani rapat," jawab Adrina.
"Kenapa pulak?" tanyaku. Ingin tahu lagi.
"Sebab Shaleen tu lesbian!" ujar Adrina. Perasaan terkejut yang amat sangat menyelinap ke sanubariku sepantas kilat.
"Astaghfirullah! Betul ke ni?" tanyaku dengan perasaan kurang percaya. Adrina menganggukkan kepala dengan laju sambil tersenyum. Comel pulak bila dia buat begitu. Macam hamster.
"Patutlah..." ujarku dengan perlahan. Aku yang dah 19 tahun hidup ni ingatkan aku dah tengok segala-galanya dalam dunia ini. Rupa-rupanya malam ini aku sedar masih banyak lagi yang aku tak pernah tengok.
"Arif tak suka, ya?" tanya Adrina. Nak menduga lagi!
"Eh! Suka! Suka!" jawabku dengan pantas. Alamak! Sekali lagi aku bercakap tanpa berfikir!
"Eii... Awak suka lesbian? Teruknya..." komen Adrina seraya ketawa besar. Memang teruk aku dikenakan olehnya. Jadi aku pekup ajelah mukaku dengan kedua tangan. Nak cakap apa lagi, ye tak?
Guys, did you guys believe this shit?
Bab Enam
"Tu dia... Senyum sampai nak cecah lubang telinga!"
Sindiran berslanga Jawa Wadi itu tadi segera mengembalikan aku ke alam nyata. Laa... kaki aku dah jejak ke bilik rupanya. Aku spontan memfokuskan pandangan. Hmm... Si Jawa bermulut celupar tu masih belum tidur. Tengah main Doom 3D pulak tu. Kalau ada notebook yang cantik lagi mahal tu maknanya Nizam pun ada bertandang ke bilikku. Tapi di manakah Nizam?
"Mana Nizam?" tanyaku. Mataku masih meliar memandang sekeliling. Macam Inspektor Sahab nak cari penjahat pulak.
"I'm here honey!" tiba-tiba satu suara separuh memekik berkumandang di belakangku. Aku ingat mau jantungku terhenti 2-3 saat dibuatnya. Spontan aku berpaling ke belakang. Memang sah si Nizam. Selamba aje dia memakai seluar pendek tanpa berbaju. Di tangan kanannya tergenggam erat koleh besi yang berasap. Hidungku segera menangkap bau Maggi perisa kari.
"Apasal kau ambik Maggi aku tanpa kebenaran?!" ujarku dengan agak kasar. Saja la buat garang sikit. Bebudak lelaki di dorm aku ni macam Yakjuj Makjuj. Main sebat aje apa yang ada di depan mata diorang. Kalau tak buat muka bengis macam tuan director Ahmad Nisfu, alamat kena pijak-pijak la kepala berfitrah korang.
"Ala... aku lamaaaa tunggu kau tadi. Perut aku lapar la," jawab Nizam dengan gaya merengek dibuat-buat. Matanya pun buat macam mata anak anjing mintak makan. Piiirah mabuk! Dengan perempuan boleh la cair. Tapi aku memang bercadang nak pinjam notebook dia nanti. Nak main Doom 3D la, apalagi?
"Okeylah! Kau punya pasal," ujarku tanda mengalah. Nizam terlonjak-lonjak kecil tanda gembira. Aku memerhatikan saja sahsiahnya dengan gelengan kepala. Entah apa la yang membuatkan beliau digilai oleh perempuan, aku pun tak tau. Perangai langsung tak matang. Kalau aku ni perempuan, jangan kata nak layan dia... kentut pun aku tak bagi cium.
"Aku terbau makanan FREE!" Tiba-tiba saja seorang lagi badigol muncul di jenang pintu bilikku. Nama mamat tersebut ialah Ahmad Syahimi. Kami panggil dia Atoi aje. Budak ni memang gila komik Manga dan Anime. Sanggup subscribe Streamyx untuk download cerita kartun Jepun guna perisian Torrent 24 jam non-stop. Sekarang dah jadi tokeh VCD dan DVD haram la pulak. Dia buat bisnes jual kartun-kartun Jepun tu secara kecil-kecilan. Aku dan Wadi suka beli cerita Hentai (versi ‘biru' kartun Jepun) daripadanya. Loaded budak ni. Handphone tak main la... Dia pakai PDA yang punya la canggih sampaikan boleh buat lecturer pun tersipu-sipu malu. Tu semua hasil bisnes haram dia la. Patutlah industri perisian cetak rompak ni tak mau mampus. Memang lubuk emas tempat tu.
"Boleh blah! Pergi kedai beli sendiri dan masak sendiri," ujar Nizam dengan nada keras. Walaupun si Bujang Senang orang luar tetapi oleh sebab dia selalu setinggan di bilikku, dia pun dah tau undang-undang rimba di dorm aku ni. Atoi cuma mampu menggaru-garu belakang kepalanya sambil tersengih.
"Ada cerita baru tak?" tanya Wadi yang matanya masih tertancap di monitor LCD notebook. Uih! Dah sampai ke stage situ rupanya si Jawa tu. Walaupun agak buta IT, tapi bab game ni, memang Wadi cukup berbakat. Apa jenis game pun dengan sekejap cuma dia akan dapat menguasainya. Dialah orang pertama yang berjaya menghabiskan Need For Speed 4 walaupun dah berbulan aku dan Nizam main sebelum memperkenalkan game tu kepadanya. Berlinangan air mata kami berdua tanda tak puas hati!
"Yelek!" ujar Atoi sebelum menghilangkan diri. Itu sahih pergi mencari mangsa lain. Memang macam dubuk Afrika betui. Nizam yang bagaikan singa yang enggan berkongsi buruannya terhanguk-hangguk menyedut mi Maggi ke mulutnya dengan ekspresi puas hati. Heran betul aku. Duit berkepuk-kepuk di dalam poket tapi masih nak mentedarah Maggi aku. Aku anak orang miskin ni selalu berangan-angan nak makan lamb chop setiap malam kalau jadi kaya. Tapi si Bujang Senang ni sibuk nak mencekik makanan orang miskin setiap malam.
"Kau ke mana tadi sebenarnya, Rip?" tanya Nizam sambil mengunyah. Wadi yang membelakangi kami berpaling sedikit tanda memasang telinga juga.
"Aku ke kafeteria la. Kamu semua ke mana? Tak nampak pun..." ujarku dengan nada kurang berpuas hati. Yelah, tinggalkan aku begitu je. Mulalah nak merajuk tu!
"Kami ke kafe B. Jenuh kami kejut. Tapi kau tidur mati. Rugi tau? Banyak aweeeek..." cerita Nizam dengan nada teruja. Hostel B memang 80 peratus warganya siswazah perempuan. Jadi biasalah kalau kafeterianya juga penuh sesak sebab student daripada hostel lain pun sibuk nak melantak di situ. Nak melantak sambil cuci matalah dikatakan...
"Si Bujang Senang ni tak pasal-pasal dapat 3 nombor telefon dari 3 orang perempuan. Aku yang duduk di sebelah ni macam tak wujud aje," Wadi tiba-tiba bersuara. Aku dan Nizam ketawa terbahak-bahak. Tapi itulah hakikatnya. Kalau Nizam ada kat sebelah, memang kami ni macam watak picisan aje. Dulu kecik hati juga. Tapi sekarang dah imun dah. Malah kadang-kala kami yang menyamar jadi Nizam untuk mengayat awek-awek yang tak tau malu tu. Syok woo... dapat mempermainkan perasaan perempuan cantik.
"Eleh, awek golongan marhain aje. Bolayan la..." ujar Nizam. Aku tau dia cuma nak menyedapkan perasaan aku dan Wadi aje. Mesti tiga orang awek yang cantik. Kalau setakat perempuan muka macam batu nisan lama tu, diorang pun tak berani la nak rapat dengan diva seperti Nizam ni. Samalah macam kes aku dengan Adrina. Selama setahun aku hanya mampu memerhatikannya daripada jauh, sedangkan punya ramai mamat yang hensem saban waktu cuba memikatnya. Sampai sekarang aku tak pernah tengok spesis mediocre macam aku ni berani nak merapati bidadari macam Adrina.
"Ooo... Eksyen ya makan dengan awek. Aku pun makan dengan awek jugak. Adrina lagi tu... dengan kawan-kawan dia lagi tu..." ujar aku dengan nada bangga bercampur teruja. Yalah, aku bukannya macam Nizam yang begitu senang dapat dating dengan perempuan cantik. Entah inilah kali pertama dan terakhir Allah bagi aku peluang sebegitu rupa. Lepas ni silap gaya asyik makan dengan jantan sampai mati.
"Dengan Adrina? Cilaka kau! Betul ke ni?" tanya Nizam bertalu-talu. Punya la dia terkejut dan teruja sehinggakan terbangun duduknya di katil busuk Wadi dan terus bertinggung di hadapanku. Wadi segera menghentikan permainannya dan berpusing menghadap aku. Aku tersenyum gembira sambil menganggukkan kepala.
"Waah! Sial kau! Tahniah Rip! Ceritalah kat kami," desak Nizam. Wadi pun juga mendesakku bertalu-talu. Sebenarnya aku sebagai lelaki bukan suka bercerita secara terpeinci macam orang perempuan. Aku rasa Wadi dan Nizam juga begitu. Tapi oleh kerana isunya membabitkan Adrina, maka aku pun begitu seronok bercerita kepada mereka dengan sungguh terpeinci. Macam perawi hadis pulak.
Sambil aku bercerita, aku sempat melihat riak wajah sahabatku yang berdua itu. Kegembiran yang terpapar di wajah mereka adalah sangat ikhlas. Ketika itu juga aku mengetahui bahawa pilihan aku untuk menjadikan mereka sebagai sahabatku adalah tepat. Seronoknya hidupku di saat ini!
Bab Tujuh
"Wadi! Bangun la! Kelas hari ni pukul lapan la..."
Benci betul rasanya bila setiap pagi kena kejutkan si Jawa ni. Ikut hati memang aku blah aje buat tak tau. Tapi haritu bila lepas tu tengok muka dia macam biskut cap ping pong terpaksa menapak dari hostel ke bilik kuliah, memang aku rasa kesian campur rasa bersalah habis. Bukan dekat, tau? Dah la jalannya asyik naik bukit aje. Memang tonggek punggung punyalah! Kalau penyanyi dangdut nak buat gelek gerudi ala-ala si Inul tu dengan lebih asyiiiik, maka amalkan la selalu. InsyaAllah, jalan bertar pun boleh pecah dengan gelek gerudi yang di-upgrade.
Lagipun aku cukup bersegamat hari ni. Eh! Segamat pulak dah... Aku cukup bersemangat hari ni sebab nak jumpa dan bertegur sapa dengan gadis idamanku, Adrina. Ish, menyebut namanya pun dah buat aku tersipu-sipu gaya Datuk M. Daud Kilau. Malam tadi aku dah senaraikan semua topik yang nak dipersembangkan. Eh, wujud ke nahu ‘dipersembangkan' ni? Ah... gasaklah! Aku ni budak law. Kalau dapat te-law (telur) dalam Bahasa Melayu pun tak apa.
Aku siap tanya Nizam apa lagi topik-topik yang menarik untuk kami bersembang nanti. Si buaya tu bantai gelak terbahak-bahak. Teringat pulak aku tentang satu lagu disko yang berbunyi "That's the way ahak-ahak, I like it ahak-ahak". Nizam kata tak perlu buat skrip. Impromptu (spontan) lagi baik. Ahhh... dia dah biasa mengayat pompuan boleh la impromptu prom-three. Kalau aku ikut stail dia nanti tercerita benda lucah pulak. Baru la besar kemaluanku nanti. Eh, tadi aku buat lawak lucah ye? Sorry...
Sementara menunggu si Jawa badigol tu bersiap, aku tengok sekali lagi senarai topik-topik yang akan diperbincangkan dengan Adrina nanti yang dicatat pada kertas kecil. Kena hafal betul-betul! Huu... mengalahkan exam la pulak! Aku tau la korang pun tengah gelakkan aku sebab sampai buat skrip la pulak. Tapi bukan selalu aku dapat peluang macam ni. Mungkin bila dah biasa bersembang nanti tak payah la pakai skrip. Eh, kalau dah biasa tu kira macam mana, ye? Dah jadi couple ke atau dah kahwin? Ahahahahh! Perasannya aku... Tapi agak tersipu-sipulah aku sekarang!
"Ni apahal tersengih sorang-sorang dengan jovial ni?" Isk, cepat pulak si Jawa ni mandi. Tak sempat aku layan angan-angan manis ni. Buat pengetahuan pembaca budiman, untuk memajukan diri dalam bahasa Inggeris, setiap hari Wadi akan mempelajari satu perkataan English yang baru dan cuba gunakannya dalam ayat. Jovial tu lebih kurang maknanya perasaan gumbira la... Tapi dengan cara menggunakan ayat tu, aku ingat 5 tahun lagi pun Wadi masih benak juga nak lancar bercakap English.
"Jomlah cepat! Aku dah lapar nak makan ni," rungutku dengan nada yang agak kaku. Yalah... aku ni bukannya pelakon. Aku agak pasti si Jawa ni akan dapat mengesan motifku yang sebenar.
"Iye ke nak soru? Entah-entah tak sabar nak berjumpa dengan buah hati kau, ye tak?" Sialan! Aku dah agak si Jawa ni dapat mengesan mens rea (niat) aku yang sebenar. Walaupun Wadi ni kaki membuta dan nampak bodoh-bodoh alang; daya pemerhatian dan tanggapannya memang first class honours! Aku agak itulah sebabnya dia cepat menguasai sebarang jenis permainan hatta batu seremban sekalipun. Atoi suka memanggil si Wadi dengan gelaran Yu-Gi-Oh. Jangan tanya. Aku pun sampai sekarang tak tau kenapa.
Pun begitu atas kesedaran bahawa dia tu dasar menumpang, Wadi terpaksalah bepergian awal denganku. Tak sangka betul motor kapcai tujuh kupang klasikku berupaya untuk menundukkan orang agar menuruti kemahuanku. Nasib baiklah Wadi ni jantan. Kalau awek... huu... gunalah imaginasi kotor korang tu! Dalam beberapa minit kemudian, kami akhirnya tiba.
"Pernah tak kau terfikir dengan otak jiwang kau tu bahawasanya oleh kerana kelas kita hanya akan bermula pada pukul sebelas nanti maka si Adrina itu akan datang pada pukul sepuluh empat puluh dan bukannya lapan pagi?" Panjangnya harakat pertanyaan si Wadi. Macam politikus pulak. Aku hanya mengangkat bahu. Tak kuasa nak menjawab bila aku tahu bahawasanya aku akan kalah dalam perdebatan ini nanti. Dengan respons aku tersebut, Wadi hanya mampu melepaskan suatu keluhan protes.
Sebenarnya aku pun beranggapan seperti sahabatku itu juga. Tapi entah kenapa aku terasa seperti kena datang awal untuk suatu temujanji pulak. Walaupun tak berjanji dengan Adrina. Haii... memang teruk betul jadinya bila dah angau ni. Dulu aku gelakkan kawan-kawanku yang jadi begitu. Sekarang giliran akulah pulak terkena penyakit emosi ni.
Penantian memang suatu penyeksaan. Tiga jam menunggu memang cukup lama. Tapi menunggu seseorang yang sangat-sangat kita hendak jumpa semenjak semalam selama tiga jam adalah bagaikan tiada berkesudahan lamanya. Chewah! Aku ni budak law. Bila pulak jadi sasterawan ni? Wadi dah lama berdengkur di bangku empuk yang disediakan di luar library undang-undang. Universiti tempat aku belajar ni memang kaya sangat. Sampaikan longgok kerusi jenama Diethelm kat luar. Itulah sebabnya member Jawa aku ni begitu sedap membuat taik mata. Tambahan pulak lepas makan nasi lemak tadi.
Akhirnya! Adrina muncul juga setelah jam tangan pasar malamku menunjukkan pukul sepuluh lima puluh enam minit pagi. Segala keperitan menunggu tadi hilang dalam sekelip mata. Adrina kelihatan begitu anggun berlenggang-lenggok bersama dua orang lagi rakan karibnya, Nisa' dan Rozie. Pakaiannya juga cantik. Entah apa nama fesyennya, aku tak tahulah. Selalunya orang pompuan yang pandai-pandai bagi nama pakaian diorang ni. Tube la, micro la, lace la... Orang lelaki sejati hanya tau 3 jenis aksesori, iaitu: Baju, seluar dan spenda.
Dengan perasaan berdebar-debar, aku terus bangun dan mendekati Adrina. Aku pasti semenjak hal semalam, Adrina pasti juga berharap untuk bertemu denganku. Aku pasti. Aku begitu pasti. Harapnya janganlah lupa semua topik yang aku dah hafal semalam.
"Hai Adrina! Malam ni lepak di kafe lagi ke?" tanyaku dengan nada kasual. Yelah, kalau tunjuk nervous, tak macho la aku di depan gadis idaman. Oh ya! Lepas ni apa pulak aku nak cakap? Ah! Ingat! Ingat dah!
"Hei..." Itu saja yang keluar dari mulut comel Adrina. Tawar... Tak mesra... Dingin... Tanpa senyuman... Eh? Apa dah jadi? Gadis di depanku ini Adrina ke? Atau entah-entah gadis semalam tu bukan Adrina gamaknya! Aku tenung Adrina dengan ekspresi terkejutku. Beliau hanya tersenyum tawar biskut askar lantas menyambung kembali gosipnya dengan Nisa' dan Rozie. Aku yang terpacak berdiri di hadapan mereka kini bagaikan tak wujud.
Serta-merta pipiku terasa kecut. Dadaku rasa sejuk. Perutku berasa senak tapi tak nak berak. Aku jarang berasa begini. Tapi aku boleh agak apakah yang terjadi kepadaku sekarang.
Aku sekarang sedang mengalami perasaan aib yang teramat sangat...
Bab Lapan
Aku rasa lecturer kat depan aku tu tengah cakap benda yang sangat penting. Tapi dah setengah jam berlalu... aku langsung tak dapat cernakan apa yang dia cakap walaupun aku dengar apa yang dia cakap. Bak kata Karam Walia... bagai pucuk yang dilancarkan. Eh, itu cerita komik kung-fu alih bahasa. Aii.. apa-apalah! Aku memang tarak mood sekarang.
"Aku nak pi beraklah!" Sebaik aje aku berkata begitu, aku terus bangun dan berjalan ke arah pintu. Tup-tup aku terdengar bunyi gelak tawa. Apahal pulak nih? Aaah.. gasaklah. Belah ajelah.
Lebih kurang 2 minit kemudian baru la aku sedar kenapa diorang gelak. Rupa-rupanya aku tercakap punya la kuat tadi. Otak tengah behron masa tu menyebabkan aku tak sedar sangat apa yang cakapkan. Alamak, aib berganda nih! Tadi udah la diaibkan oleh Adrina. Sekarang aku sendiri yang mengaibkan diriku.
Jadi aku pun tulis la nota dan tempekkan kat bangku yang ada dekat bilik kuliah. Nota yang bertulis "Surau" tu ditujukan khas untuk Wadi bila dia carik aku nanti. Dia pasti kenal tulisan tangan aku. Dah aib dan tak de mood, baik aku membuta kat surau. Eh, nanti sat... aku rasa nak kencing pulak dah! Kena la jugak ke toilet. Cit!
Kat surau aku terbungkang sambil merenung siling. Cantik jugak silingnya. Berapa la kos membuatnya? Eh! Aku patut tengah layan blues sekarang. Bukannya pi analisa siling surau pulak! Ah, Adrina... kejamnya kau buat gitu padaku. Semalam bukan main ramah manja dengan aku. Siap sembur nasik kat muka aku lagi. Hari ni sembur biskut tawar kat aku pulak. Sedih... sedih... Lebih sedih dari sinetron Bawang Putih Bawang Merah.
Aku cuba nak tidur tapi mata aku cegang macam tengah layan filem blue. Dah la tu perut aku rasa senak dan bergulung aje. Macam ada ular anakournikova tinggal kat dalam. Aku agak tubuh aku bereaksi dengan emosi aku yang tengah sedih dan kecewa ni. Bercakap pasal filem blue ni, aku rasa Nizam belum lagi bagi aku pinjam CD yang ada Paris Hilton tu. Aku bukanlah suka sangat si Paris Hilton tu. Tido kat hotel bapak dia pun aku tak pernah. Malah aku tengok muka dia kekadang tu ada iras burung kasawari la pulak.
Ya Rabbi! Kan aku tengah melayan blues sekarang ni. Apa kejadahnya aku ingat CD Paris Hilton pulak ni? Memang kepala otak aku tengah berkecamuk la sekarang. Aku agak tanpa disedari otak aku telah mencipta defense mechanism untuk mengurangkan kesakitan yang aku tengah alami sekarang ni. Sebab bila aku terkenangkan Adrina, makin sakit aku rasa. Tu la sebab aku ingat Paris Hilton la... dinding surau la... Eh, dinding ke siling?
Aku pejamkan mata. Sama ada tidur atau tidak atau tertidur, aku tetap pejamkan mata. Aku masih teringat kali pertama aku ternampak Adrina bersama bapanya semasa hari pendaftaran. Aku berani bersumpah kerat jari kelingking ala Yakuza bahawa tak pernah aku bertemu dengan perempuan yang secantiknya. Senyumannya... lirik matanya... lenggok tubuhnya yang lembut... Emosi aku bagaikan terbuai dengan gerak-gerinya. Kalaulah ada bidadari di dunia ini, maka Adrinalah bidadarinya. Hmm.. bagus jugak ya kalau nak tulis kat kad untuk cairkan hati pompuan. So kaum Adam... jangan lupa ayat tadi bila tulis kad, tau?
Hati aku memang meronta-ronta untuk pergi menyapanya. Tapi Adrina terlalu cantik. Terlalu cantik sampaikan aku tak berani nak menegurnya. Jadi aku pendam saja perasaan ini di dalam hati. Aku takut... Aku takut Adrina tak akan menerima kelibatku dalam hidupnya. Jadi imej sempurnanya di mataku akan tercalar. Dan aku akan merana kehampaan macam apa yang aku sedang alami sekarang ni.
Tapi macam mana ek... kalau hari tu aku kamikaze je pi tegur dia? Agak-agak nak tak dia balas sapaanku. Hmm.. cuba bayangkan kalau dia bagi respond baik punya. Syoklah aku! Tapi... apa aku patut cakap pada masa itu, ya?
"Hai Adrina," Dalam keadaan separa sedar aku bersuara. Orang putih kata ‘thinking out loud'. Sedangkan mata aku masih terpejam lagi.
"Hai Arif," Wah... hebatnya angan-anganku ni! Clear gila suara Adrina. Pakai teknologi plasma ke? Macam dia ada kat sebelah.
Eh, nanti jap... dia ada kat sebelah ke?
Perlahan-lahan aku bukak mata. Adrina! Memang betul dia kat sebelahku! Tengah bersimpuh macam anak dara nan jelita pulak tu. Tapi dia memang jelita... Tak de ‘macam' dah...
"Adrina..." Itu je yang aku ucapkan. Mataku terkunci pada pandangannya yang redup. Adrina tersenyum padaku. Kali ni bukan lagi senyuman tawar biskut askar. Ni senyuman biskut jagung cap Ping Pong yang lemak manis.
"Saya cari Arif tadi," ujarnya. Dia cari aku? Ini sudah kira misteri nusantara nih...
"Macam mana Adrina tau saya kat sini?" tanyaku dengan nada curiga. Yalah, Fakulti kami ni luas. Pak guard pun maleh nak ronda setiap ceruk. Takkanlah Adrina cari aku di setiap penjuru.
"Kan Arif lekat memo kat bangku. Arif tulis perkataan ‘SURAU', kan?" jawab Adrina. Hah? Biar betul... Macam mana dia tau aku yang tulis?
"Macam mana Adrina tau saya yang tulis?" tanyaku lagi. Macam detektif Conan pulak.
"Saya kenal tulisan awak, Arif..." Kata-kata Adrina tersebut bagaikan petir yang memanah diriku. Tiba-tiba aku rasa badan aku ada super power la pulak. Dia tau tulisan aku? Si Nizam buaya tu pun sampai sudah tak cam tulisan aku. Adakah Adrina pun sukakan aku juga? Jeng.. jeng... Saja la cakap begitu. Tak tau nak cakap apa lagi.
Untuk beberapa ketika kami hanya mendiamkan diri. Tapi aku risau gak. Selamba badak aje dia masuk ke surau lelaki. Kami berdua saja kat dalam pulak tu. Kalau kena tangkap khalwat.. huu.. Bala! Kena cekup dalam surau pulak tu! Tapi kalau kena paksa kawin, best la jugak!
"Arif, saya mintak maaf sebab buat awak macam tu tadi," Adrina kembali bersuara. Aku dapat menangkap nada kesalnya.
"Tak pe... no problem!" ujarku dengan macho. Eleh, tadi syahdu nak mampus. Skang kunun tak de apa-apa? Biasalah lelaki. Lagipun Adrina ni cun sangat. Nak marah lama-lama pun susah. Korang tak dengar suara lembut dia lagi. Gerenti cair punyalah!
"Arif, saya tahu lelaki jenis awak ni. Jenis yang berprasangka baik pada benda yang dia suka. Tapi saya bukanlah baik dan sempurna seperti Arif sangkakan. Kalaulah Arif tahu siapa saya.... Itu sebabnya saya jadi kekok tadi. Saya..."
"Adrina," aku segera memotong kata-katanya.
"Mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni? Siapapun pernah dan akan membuat kesilapan yang teruk dalam hidupnya. Tapi itu tak penting. Yang penting ialah dia masih boleh menerima siapa dirinya selepas itu. Sama juga kalau seseorang yang mencintai kekasihnya. Cintanya bukan setakat pada kebaikan kekasihnya itu, malah keburukannya juga." Aku tak sangka dapat mengeluarkan kata-kata yang sangat hebat tadi. Fadhilah Kamsah pun boleh menitik air mata kalau mendengarnya!
Adrina terpegun. Sebenarnya aku pun terpegun. Masih tak percaya mulutku yang berbau nasik lemak ni dapat mengeluarkan falsafah yang setanding dengan Aristotle. Aku yang masih terlentang hanya memandang ke arah Adrina yang masih terpegun.
"Cinta?" Tiba-tiba Adrina bertanya. Seraya itu bibir mungilnya mengorak senyuman.
"Eh, eheh! Itu contoh saja," kataku dengan spontan. Aiseh! Apa yang aku cakap ni? Patutnya aku kata la : Ya, cinta. Cinta yang sedemikian rupa yang saya rasakan terhadap awak. Apa la nasib aku dapat personaliti bengap ni...
Adrina tersenyum lebih lebar. Semakin manis rupanya. Jantungku seakan-akan terhenti melihat senyuman tersebut.
"Thanks," ucapnya dengan lembut seolah-olah berbisik padaku. Adrina terus membongkokkan tubuhnya dan tanpa disangka-sangka mengucup pipi kananku dengan lembut. Kemudian dia bangun, menghadiahkan senyuman yang penuh makna kepadaku dan terus melangkah keluar dari surau.
Aku pulak masih terbungkang di atas karpet surau. Rasa-rasanya jantungku dah betul-betul berhenti kali ni!
Bab Sembilan
Seronoknya aku hari ini. Tidak sia-sialah aku ponteng kuliah. Tapi bila pikir dengan gaya Professor Madya, aku rasa bersalah pulak pada mak bapak aku. Yalah, diorang hantar duit ke universiti untuk aku belajar betui-betui. Bukan pi beromen dalam surau! Tapi cinta yang melamun hatiku ini membuatkan aku lebih seronok dari rasa bersalah. Cewah! Dah pandai buat madah pujangga pulak!
Hm... patut ke aku cerita kat dua ekor balau tu? Silap haribulan diorang gelakkan aku dan tuduh aku mengigau. Lagi teruk kalau Adrina bengang sebab aku ni bacar mulut. Langsung lepas ni dia tak mau cium aku... eh! bercakap dengan aku!
Setelah berfikir dengan teliti sambil mengorek lubang hidung, akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak bercerita kepada sesiapa. Biarlah jadi rahsia kami berdua aje.
"Aik? Senyum anggun nampak? Apa dah jadi?" Tanya Wadi dengan nada kehairanan. Sahabat aku ni memang faham akan penderitaan aku tadi. Tapi dia tak tau berita terkini hiburan sensasi lagi.
"Ha! Tadi aku nampak Adrina pun keluar. Sama ada dia pun berak macam kau atau korang beromen." Alamak! Serkap jarang Nizam hampir mengena la! Aku pun buat-buat la gelak macho macam Faizal Hussein. Kira gelak macho tak jadi la tu!
"Romen kepala hotak kau. Adrina terserempak dengan aku kat hall tadi. So kami pun duduk la bersembang. Dia mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Hari ni angin dia kureng sikit." Agak tergagap juga aku explain. Yelah, aku ni manalah biasa menipu. Entah aku layak jadi lawyer atau tak...
"Haa... beromen la tu! Romen tu romance la dalam bahasa omputeh!" ujar Nizam.
"Eh, engkau ni dumbfounded la Nizam! Romen dalam istilah kita ialah buat maksiat, tau?" ujar Wadi dengan suara lantang. Aku dan Nizam bantai tergelak. Yalah, dia nak guna perkataan ‘dumb' untuk makna ‘bodoh'. Tapi silap guna ‘dumbfounded' pulak yang membawa maksud terkejut sampai tak terkata-kata. Aii... teruk betui la English mamat Jawa ni!
Esoknya...
"Siol kau, Arip! Kau tipu kami, ya? Rupa-rupanya kau bercium dengan Adrina kat bilik tutorial, ya?"
Hampir nak bersembur nasik lemak yang aku tengah kunyah. Aik? Mana pulak Nizam dan Wadi tau nih? Ada orang nampak ke? Aku sempat mengerling sekelilingku. Jelas beberapa pasang mata sedang memerhatikanku. Ada yang nampak macam suka. Tak kurang juga sinis. Dua pasang mata tengah pandang aku dengan gaya menyampah. Alamak! Ada tiga pasang tengah memandang macam nak menelan aku. Sohih al-Bukhary ramai yang tau! Eh, mak cik kafeteria pun tengah memandang aku dengan gaya marah? Ntah-ntah dia sebenarnya menyimpan perasaan terhadapku. Oh... tak rela tubuh mungilku disentuh oleh orang tua itu!
"Tak suka ke nasik lemak tu?" tanya mak cik kafeteria dengan nada dingin dan seram; yang secara automatik menghapuskan prasangkaku. Laju je aku menggelengkan kepala. Macam anak murid ajaran salah pulak!
"Kawan saya buat lawak, mak cik!" ujarku dengan nada gementar. Kalau korang tengok muka mak cik yang brutal tu dengan hembusan aura membunuhnya, mesti korang pun jadi cuak macam aku. Kini aku kena menghadap muka brutal sahabat-sahabatku pula.
"Sampai hati kau sorokkan cerita sebenar dari kami. Kami ni kan ‘peng yau' (sahabat baik) kamu?" Aduiii... pening kepala aku. Siapa pulak la yang nampak aku dan Adrina di surau ni? Dah la tu... salah fakta pulak tu. Ada ke kat bilik tutorial? Punya la jauh bilik tutorial dari surau-
Eh? Nanti kejap! Takkanlah...
Ada la dalam 10 minit kemudian, di perkarangan dewan kuliah.
"Sorry, Arif. Saya yang mulut tempayan. Tak sangka pulak jadi begini..."
Memincing mata aku. Nak marah tak boleh. Yalah, Adrina sendiri yang Jom Heboh-kan cerita tu. Patutlah ada penukaran fakta tentang surau tu. Yapparii... (dalam bahasa Jepun. Dalam BM maksudnya "Aku dah agak dah...")
Orang pompuan ni memang susah nak simpan rahsia...
Bab Sepuluh
Beberapa hari kemudian, isu aku bercium dengan Adrina masih menjadi topik terhangat di pasaran macam KRU. Perasaan aku bercampur-gaul dengan takut dan bangga. Tapi takut tu lebih lagi la! Buatnya pihak universiti tau, mampus aku kena gantung semester. Takkan la aku nak balik ke kampung dan dengan selambanya berkata "Hai mak, abah! Saya balik ke rumah ni sebab kena gantung semester kuliah!" Mau tercabut roh dari badan dihentam dengan Tinju Maut Pendekar Laut milik bapak aku. Jadi dah 3-4 hari aku di atas sejadah berdoa supaya tak kena tindakan oleh pihak universiti. Eleh, tau pulak dah buat salah baru nak mintak tolong kat Allah, ya?
Tapi bila pikirkan balik, si Adrina yang miang ketuat pi cium aku. Sedangkan aku pasrah terbungkang atas karpet surau tu dalam proses membuat taik mata. Jadi kira bukan salah aku la dalam hal ketelanjuran ni, ya dak? Jadi Allah musti kesian dan bagi muka kat aku, ya dak?
Nizam dan Wadi sejak akhir-akhir ni macam boikot aku aje. Makan pun tak nak bersama aku lagi Macam toyol jadian aje senyap-senyap keluar pi makan. Malam ni aje time aku tengah potty (cakap comel bagi maksud berak), sekali lagi diorang berdua senyap-senyap keluar. Bengang betul rasanya. Kalau aku ni pompuan, dah lama aku menangis teresak-esak atas katil sambil peluk bantal busuk.
Tak pelah. Aku keluar sendiri ajelah.Biar masa tengah berjalan nanti kena langgar dek lori askar Jerman. Tak pun kena culik dek babi hutan kampus ni dan dijadikan sebagai anak angkat bertahun-tahun lamanya. Biar diorang menyesal sebab bolayan aku masa tu. Sedih betui berjalan seorang diri sambil melayan blues ni. Aku rasa- Uih! Awek yang bertenggek atas motorsikal boifren dia tu body punya la power! Entah makan makjun apa dapat lekuk-lekuk tubuh yang hebat macam tu! Ewah, menjeling kat aku pulak tu! Eh! Mana boleh terangsang begini! Aku kan tengah bersedih sekarang. Okey, satu dua tiga... SEDIH!
Aku tiba di kafeteria dalam 5 minit kemudian. Mataku meliar memandang sekeliling untuk melihat kot-kot Nizam dan Wadi tengah sedap melantak tanpa aku. Agak kecewa jugak sebab diorang tak kelihatan. Tapi kalau diorang ada pun takkan aku nak termonyeh-monyeh nak join sekaki. Aku pun ada harga diri jugak. Aku pun segera memesan nasi goreng belacan dan air suam (bajet beb!). Lepas tu melilau mencari tempat duduk.
"Adrina! Adrina!" Cukup pantas telingaku menangkap gema sonik tersebut walaupun di dalam keadaan hingar-bingar. Dengan gaya terminator Arnold, aku meng-skan sekeliling untuk mencari punca suara tadi. Sayup-sayup aku ternampak seorang awek sedang melambai-lambai ke arahku. Hmm... Rasanya macam kenal. Pernah jumpa kat mana, ek?
"Adrina's boyfriend!" teriak gadis tersebut. Aku berpaling ke belakang. Adrina ada boifren? Alamak! Nak bertambah pulak ke kekecewaan aku hari ni? Setelah melihat tiada siapa yang memberikan respons ke atas teriakan tadi, aku kembali mengalih pandangan ke arah gadis tersebut.
"Adrina's boyfriend! It's me, Shaleen!" teriaknya lagi. Laa... si minah kaki mencarut tu ke? Patut la macam pernah jumpa. Betui la dia panggil aku tadi. Sohih dia terlupa nama aku. Yelah, aku ni bukan le hensem sangat. Tambahan pulak aku ni bukannya awek nan jelita. Kan Adrina pernah bagitau si Shaleen ni lesbian? Korang dah lupa? Aku terus menuju ke arah meja Shaleen dengan muka yang masih agak blues. Tapi perasaan teruja pun ada jugak. Yelah, ada je si kaki carut ni pasti akan ada Adrina nanti.
"Hai!" tegurku dengan nada kelabu-kelabu. Shaleen membuat isyarat mengucup dengan bibirnya tanda membalas sapaanku. Hii... kenapa la budak pompuan zaman sekarang ni daring sangat? Kalau orang lain tak de, gamaknya mau dia cium aku betui-betui macam Adrina hari tu. Kalau jadi gitu entah teknik maut apa yang bapak aku akan kenakan padaku nanti.
"Sorry, I forgot your name." ujar Shaleen dengan gaya-gaya ayu gitu. Kalau Adrina tak bagitau, mampus aku nak percaya dia ni suka kaum sejenis!
"Arif la..." balasku sambil membuat muka kununnya marah.
"Hello, the name's Shaleen. Pleasure to meet you." ujar Shaleen dengan nada melawak seraya ketawa. Comelnya cara dia ketawa. Sayangnya lawak taraf golongan marhaen aje.
"You tunggu Adrina ke?" tanyaku. Shaleen mengangguk.
"Do you?" tanyanya pula. Aku menggelengkan kepala.
"I cari kengkawan nak makan. My badigol friends abandoned me," aduku dengan nada bengang.
"I see. Well, f**k them. You're in the company of a beautiful lesbian right now. Even much better, right?" Nak bersembur nasi di dalam mulutku tatkala mendengarkan perkataan ‘lesbian' tadi. Aku menepuk-nepuk dada untuk meredakan sedakku.
"What? Takkan Adrina tak beritahu? Dia tu kan mulut tapaian?" ujar Shaleen dalam pelat Melayunya. Aku langsung ketawa berdekah-dekah.
"Mulut tempayan la." ujarku. Shaleen juga turut ketawa.
"But I'm serious. Dia sudah bagitahu you yang I ni cinta perempuan, kan?" tanyanya pula. Aku menganggukkan kepala. Shaleen tersenyum agak kelat. Nampaknya dia agak bengang dengan pengakuanku tadi. Samalah nasibnya macam aku. Hai... nampaknya aku dah mula ternampak personaliti negatif gadis idamanku ni.
bab sebelas
"Eat something la, amoi. You lapar nanti."
Begitulah gaya memujuk aku yang tiada tandingan teruknya. Tapi aku bukan peduli sebijik duku pun. Minah depan aku ni dah la sisa peninggalan kaum nabi Lut, kuat mencarut pulak tu. Agaknya setiap sel DNA dalam air liur yang menyembur keluar dari mulutnya itu penuh dengan kod-kod generik ayat-ayat lucah. Tu dia aih... macam cendekiawan unggul pulak aku bercakap. Bila la diorang nak bagi hadiah nobel keamanan kat aku?
Shaleen tersenyum tawar. Macam ada cicak hidup je dalam mulutnya tu. Matanya tertancap kemas pada mataku. Ish, naik malu pulak aku ditenung macam tu! Mulalah terasa macam janda berhias pulak! Kalau diikutkan, memang amoi depan aku mempunyai sepasang mata yang sangat cantik. Nampak lembut tapi penuh dengan perasaan memberontak. Macam heroin kartun manga yang cantik tapi bawak pedang yang ganas. Aku pun mengalih pandangan ke arah lain sebab tak selesa melawan renungannya. Tup-tup terenung punggung seorang awek pulak. Mmm... bulatnya... Alamak! Member dia ternampak perlakuan aku tu! Cepat pandang ke lain. Aaa... mana nak pandang, ye? Ahh... pandang amoi tu balik la!
"Okay," kata Shaleen tiba-tiba. Okey? Apa yang okey? Okey nak berkaraoke?
"Okay what?" tanyaku. Tu dia... siap broken English lagi.
"Okay as in I'll eat something." jawabnya balik. Maknanya dia ikut nasihat aku la untuk pergi makan sesuatu. Tiba-tiba jari-jemarinya pantas mencapai suduku. Dalam keadaan aku tergamam stail Spiderman, Shaleen terus menyudu nasi goreng belacanku dan ‘ngap' ke mulutnya.
"Oih! Apa ni?" ujarku dengan nada kurang senang. Yalah, kalau Adrina nampak karang... dia cemburu karang, bertambah lagi la masalah aku. Shaleen tanpa mempedulikan teguran membina aku tadi terus menyudu lagi macam itik gantung tak makan 10 hari.
"Mmm... Sedat!" komennya dengan mulut yang penuh. Nak tergelak aku mendengar pelat Melayunya. Cadang tadi nak la marah dia kaw-kaw. Tapi bila fikirkan yang di depan aku ni juara bertahan mencarut sedunia, langsung tak jadi aku buat begitu. Shaleen menyusul dengan suduan ketiga pula. Aku cuma mampu tergelak dan terus menyorongkan pinggan nasi gorengku ke arahnya.
"Are you sherious?" tanya Shaleen dengan muka bersungguh-sungguh. Tapi dengan mulutnya yang berkumam dengan nasik goreng langsung membuatkannya macam ikan emas spesis kepala bengkak (jenis Red Cap Orlando yang mahal tu la). Aku mengangguk-angguk sambil menahan tawa. Shaleen tersenyum dan tiba-tiba menghulurkan tangan kanannya dan mengusap lembut pipi kiriku.
"Oi! Jangan la buat gitu! Gila la lu ni, amoi!" ujarku dengan agak tegas campur cemas ambulans. Seperti yang dijangka, semua mata dah menjeling ke arah kami berdua. Hish, minah carut ni. Apa dia ingat ini bistro ke? Boleh raba picit orang sesuka hati.... Shaleen pulak buat sardin sambil ketawa. Hmm... kalau aku order nasik goreng sardin tadi lagi best, ye tak?
Huiyooo... licin nasik goreng aku dibedal oleh Shaleen! Tak sangka dia cukup suka. Padahal bukanlah sedap sangat pun. Dah la nasiknya berlinang dengan minyak terpakai, rasanya pun macam spenda terpakai je. Tapi Shaleen anak orang kaya ni SUKA. Heran betui aku dengan selera anak orang kaya ni. Suka sangat makan makanan pacal-pacal hina macam kami ni. Macam Nizam la. Aiseh... teringat Nizam je tiba-tiba aku jadi sayu. Kenapa la dia dan Wadi boikot aku lama-lama? Lebih baik la tumbuk je mula aku daripada menjauhkan diri. Sedih... sedih! Tak sudiii memandang... (lagu Jamal Abdillah).
"Thanks for the treat." ujar Shaleen seraya menghadiahkan senyuman manis kepadaku. Ceh! Belanja hapa? Kau yang rampas sudu dan sapu nasik goreng aku. Aku meneliti Shaleen dengan agak lama. Entah kenapa aku buat begitu, aku pun tak tau. Tapi memang mata aku tak mau lari dari memandangnya.
"What? Ada tahik hidung pada hidung I ke?" tanya Shaleen dengan nada bergurau. Aku ketawa. Bukan sebab lawak dia best. Tapi pelat Bahasa Melayunya tu.
"Tak delah. I terfikir... sayang betul you jadi lesbian sedangkan rupa you cantik." kataku. Baik aku terus-terang aje. Kang dia ingat aku nak ngorat dia pulak.
"I shantik? Thank youuuu..." ujar Shaleen dengan nada manja. Eleh, mengada-ngada. Dah kenyang belahak makanan aku nak buat manja-manja kucing parsi pulak.
"Part yang penting tu lesbian, bukan shantiiiik..." perliku dengan mengajuk gaya dia bercakap. Shaleen yang bengang dengan perbuatanku itu spontan memberi aku isyarat lucah. Terus aku ketawa. Memang setiap inci badan budak ni penuh dengan aura carut gamaknya!
"None of your f**king business!" ujarnya dengan agak kasar. Nampaknya dia tak mau bagitau aku. Bengang jugak aku bila dia cakap begitu. Budak ni aku lepuk dengan mangkuk tomyam kang, baru dia tau!
"Okeylah, okeylah... I tak mau tanya apa-apa lagi." ujarku dengan nada jaki. Malaslah aku nak layan pompuan yang tak de budi bahasa ni. Asyik mencarut je. Apa bapaknya tokeh DVD lucah ke? Mak aku masa aku kecik-kecik dulu kata kalau aku mencarut nanti keluar siput babi dari dalam mulut. Aku harap lepas ni keluar la emak siput babi besar dari dalam mulutnya. Tapi setelah beberapa minit berdiam diri tak de la pulak keluar apa-apa binatang dari mulutnya hatta sepah bulan sekalipun. Kecewa betui...
"They raped me."
"Hah?" tanyaku. aku tak berapa dengar tadi sebab aku tak fokus tadi.
"They raped me. That's why I HATE MEN!!!" pekikan Shaleen benar-benar membuatkan darah di dalam badanku tersejat. Aku rasa begitu juga dengan orang lain di dalam kafeteria ni.
Bab Dua Belas
"Oit! Bawak bertenang la amoi!" ujarku dengan nada hampir berbisik. Malu betul jadi perhatian secara tiba-tiba. Budak Shaleen ni buat drama Wah Lah Toi pulak kat kafeteria ni. Beberapa pasang mata masih lagi melekat ke arah kami. Ish, pandang le tempat lain. Kang aku bagi autograf kang! Shaleen senyap tak berbunyi. Tapi bibirnya mencebik macam itik Peking hilang laki.
Lama kami berdiam diri. Aku dah rasa serba-salah pulak. Kalau ikut hati mau aku angkat punggung dan blah aje. Tapi di depan aku ni kawan baik Adrina. Nanti dia repot bahawa aku ni tak ‘gentleman'. Mau jatuh tertiarap ke jalan bertar reputasi aku di mata gadis pujaanku itu. Aku pun menyanyi-nyanyi kecil untuk meredakan suasana yang tak selesa itu. Tapi cuma ‘humming' je la. Maknanya nyanyi tak bukak mulut. Mula-mula tu lagu Wings berjudul Bernafas Dalam Lumpur. Lepas tu lagu Sesame Street pulak. Masa tu aku tengok Shaleen mengulum senyumnya. Memang pandir rupanya orang tua nyanyi lagu bebudak. Aib punya pasal, aku nyanyi pulak lagu Camille Jones yang bertajuk The Creeps. Tapi ingat kat chorus je la.
"C'mon... Ah-ah-ah-ah-ah... De-eh-eh-eh-ens... Tu-uh-uh-uh-uu... Kri-ih-ih-ih-ips..." itulah rupanya chorus lagu tersebut. Macam mat gagap dari Lata Kinjang aje. Kalau tak silap aku, perkataan sebenar bagi chorus tadi ialah "I dance to the creeps". Berulang kali aku nyanyi benda yang sama. Masuk kali keempat tiba-tiba Shaleen ikut nyanyi bersama. Aku tersenyum rasa nak gelak. Tapi aku tetap teruskan nyanyian. Shaleen pun gitu juga. Semakin kuat pulak kami menyanyi lagu mengarut tu. Berlawan suara pulak tu. Dah macam merpati dua sejoli gagap pulak kat kafeteria tu. Akhirnya kami berhenti menyanyi dan sama-sama ketawa.
"Amacam? Dah lega?" tanyaku. Shaleen yang masih tersenyum pura-pura mencebik masam. Lepas tu ketawa. Entah kenapa, aku pun tak tau. Gamaknya digeletek setan, kot?
"You benci lelaki? Kalau begitu, I pulak macam mana?" tanyaku.
"Especially you!" balas Shaleen seraya menyambung tawanya kembali. Eleh, benci kat aku kunun... Tadi sibuk melambai kat aku macam langsuir pokok kekabu Kampung Sungai Rokam tu hapa? Entah macam mana tiba-tiba ada awkward silence (keadaan senyap yang menyebabkan perasaan kurang selesa) wujud di antara kami.
"Betul ke you tak penunggu Adrina?" tanya Shaleen. Jenuh aku mengulum tawa.
"Tak. Serius. I bukannya tengah tunggu Adrina. I memang datang seorang diri nak makan malam." jawabku. Shaleen memberikan respons dengan sebuah senyuman tawar.
"I called her before you came. Adrina tak mao turun. Dia got period." maklum Shaleen akhirnya. Ooo... patutlah jenuh aku melepak dengan amoi ni Adrina tak turun-turun. Dia dilawati oleh PMS rupanya.
Punya la lama kami melepak sambil berborak. Seronok pulak dapat berborak dengan minah ni. Walaupun cun-melecun tapi sikitpun dia tak kisah mempandirkan dirinya. Tambah-tambah lagi Bahasa Melayu pelatnya tu. Kira macam Wadi cakap English la! Tapi English aku pun kadang-kadang tekantoi jugak. Aku terperasan juga yang amoi ni dah kurang pulak carutnya.. Agaknya betui la maki-carutnya tu jadi defence mechanism seperti yang Adrina cakap. Tapi sikitpun aku tak sentuh bab dia kena rogol tu. Aku rasa dia pun tak nak bercerita.
Akhirnya kami berhenti berlabun apabila jam Citizen tua yang terlekap pada dinding kafeteria menunjukkan pukul 11.34 malam. Aku sebagai seorang lelaki budiman tentu la akan menemani dia ke keretanya. Masa berjalan ke tempat parkir, kami masih rancak berborak.
"Okay, dah sampai. Poh! Podah! Podah! Pi balik!" ujarku dengan nada melawak tatkala sampai ke keretanya. Amboi... cantik betul Proton Wira Shaleen ni. Modified macam Mitsubishi Evo. Eh! Nanti jap...
"Ini betui-betui Mitsubishi Evo ke?" ujarku hampir memekik. Ni kira kagum tahap 15 kuasa kuda ni! Kaya sangat-sangat la bapak budak ni!
"I'm having a great time tonight. Thanks, Arif." Tiba-tiba saja Shaleen bersuara dan terus mencium pipiku. Kemudian dengan selamba hippotamus dia masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin kereta.
"Good night!" ujarnya sebelum memecut pergi.
Aku pulak masih macam orang bodoh berdiri di situ sebab tak tau macam mana nak memberikan reaksi yang sepatutnya...
Bab Tiga Belas
Langkahku dah semakin menghampiri ke bilik. Masa itulah baru aku sedar yang aku dok dari tadi menggaru kepala yang tak gatal. Bukan sebab kepala aku dah lama tak syampu sampai kutu babi bina kondo kat situ, tapi aku sebenarnya tak paham. Keliru pun ada. Dua awek yang cantik lagi berpesonaliti telah menghadiahkan kucupan mesra kat pipiku yang penuh dengan bekas jerawat ni. Hidup normalku yang selama ini sangat tawar tiba-tiba menjadi sangat menarik sekarang. Tapi menarik bukanlah bermaksud bagus.
"Woi Arip! Aku panggil dari tadi buat nohen (cakap org Perak) je!" Barulah aku tersedar ada orang panggil. Tadi aku ingat bunyi riuh-rendah tu bunyi mak monyet nak beranak. Dengan gaya yang mampu mendebarkan hati setiap wanita (perasan), aku berpaling ke arah empunya suara tadi. Hmh... dah agak dah. Si Atoi penjual DVD lucah yang panggil. Masa dia berlari anak mendapatkan aku, sempat pulak aku berfikir yang cukup serasi kalau Atoi ber-couple dengan si Shaleen. Macam skrotum dibelah dua!
"Wassap my niggah?" sapaku dengan gaya bebudak hip-hop. Siap ngepak-kepak tangan macam ayam telur omega lagi. Atoi pun turut mengepak-ngepak tapi udah le rupa wak jawa menari jaipong pulak. Aku sebenarnya bukannya kamceng dengan si Atoi ni. Dia yang asyik menempel dengan semua orang. Tapi itulah sebabnya bisnes dia masyuuuk.
"Aku ada bahan baru." ujar Atoi yang disulami dengan mengahnya. Hmh... Kalau berjumpa dengan engkau memang itu je la topiknya. Aku mula la buat muka menyampah.
"Kau ni... haram tau duit yang kau makan dan beli selama ni? Tak takut dimakan dek api neraka ke?" tanyaku dengan nada yang keras. Eleh, kalau dengan Shaleen yang cantik tu pun aku boleh sound, inikan pulak budak debab pau ayam di depan aku ni. Berubah rupa Atoi kena sound tepek dariku. Tapi idak le jadi werewolf macam cerita Underworld pulak. Hmm.. teringat heroin cerita tu pakai latex suit ketat warna hitam. Sungguh memberangsangkan!
"Eleh, kalau tak nak jangan la banyak cengkadak pulak." balas Atoi balik dengan nada bengang. Aku sebenarnya memang ada banyak sebab nak belasah budak ni cukup-cukup. Satu, sebab member baik aku berdua tu masih boikot aku. Kedua, sebab nasik goreng aku kena sapu oleh Shaleen dan aku mula berasa lapar. Tapi aku ambik keputusan untuk tidak terus melayan Atoi. Sebab pertama ialah aku nak cepat balik tidur. Kedua ialah silap gaya aku yang teruk kena belasah pulak! Aku terus meninggalkan Atoi tanpa memberikan sebarang respons.
"F**k you!" jerit Atoi dari jauh. Entah berapa ratus kali aku dah dengar perkataan F-word tu hari ni. Tapi kali ni darah aku benar-benar mendidih dibuatnya. Aku capai bangku plastik rosak yang terletak di luar bilik salah seorang student dan kembali berlari ke arah Atoi. Atoi yang nampak aku datang balik dengan riak gajah naik minyak terus lari lintang-pukang.
"Celaka." makiku dalam cungap. Laju betul budak debab tu berlari. Tak kuasa aku nak mengejarnya lagi. Aku kembali menyambung langkah ke arah bilikku. Setibanya di pintu bilik, aku terdengar bunyi riuh-rendah. Spontan aku dapat menangkap empunya suara. Nizam dan Wadi. Bengang aku yang baru je nak surut segera kembali ke tahap piawaian New Zealand Dairy Board. Dengan gaya ketua koboi penjahat aku menguak pintu bilik tersebut dengan kasar.
"Hah? Apa hal pulak ni? Muka masam sambil bawak bangku rosak ni?" tanya Wadi dengan muka terkejut campur hairan. Ha-ah, ye? Apahal pulak la aku jinjit bangku buruk ni? Segera kuhumbankan bangku tu ke luar dengan kasar.
"Kau ni kenapa, Arip?" tanya Nizam. Buat muka tikus belanda la pulak.
"Kenapa? Jangan buat bodoh! Kan kamu berdua tadi sengaja pergi makan dan tinggalkan aku?" Akhirnya aku meluahkan rasa bengangku.
"Sorry Arip. Tadi kami melilau cari kamu tapi tak jumpa pun. Kami pergi ke merata kafe cari kamu, tau?" perjelas Nizam dengan bersungguh-sungguh. Orang pompuan kata time inilah dia nampak paling hensem sekali.
"Jangan nak borak. Aku ada dalam jamban tengah berak, tau?" tingkahku.
"Dalam bilik ni?" tanya Wadi. Lepas tu dia pandang ke arah Nizam dengan air muka macam kucing yang tak sangka dikhianati oleh tuannya sendiri.
"Yelah! Takkanlah aku nak berak kat bilik orang pulak? Apa kejadahnya soalan kau ni?" tanyaku dengan nada masih bengang. Tapi terselit juga perasaan hairan.
"Arip, lama kami tunggu kau dalam bilik ni, tau? Dari lepas solat Maghrib sampai pukul lapan malam, tau? Sepanjang masa kami menunggu bilik air dan jamban memang kosong, tau?" Biru hitam mataku takala mendengarkan kata-kata Wadi.
"Mana... Aku memang masuk ke jamban dalam pukul tujuh setengah la!" bantahku. Namun nada suaraku beransur mengendur.
"Agaknya kau kena sorok hantu, tak?" telah Nizam. Hampeh... aku sebenarnya memang tak nak dengar ayat tu. Tapi memang dah start terfikir pun...
"Itulah kau. Suka sangat lepak dalam bilik air atau jamban time Maghrib. Kan time tu hantu-setan paling banyak dalam tempat-tempat macam tu?" leter Wadi. Hii... bunyi macam mak aku la pulak!
Tapi tadi sebenarnya aku berak kat mana, ya? Serta-merta lagu Twillight Zone berkumandang dalam fikiranku. Tapi ini kira Toilet Zone le ni...
Bab Empat Belas
Entah berapa puluh penanak nasik kami bersembang tentang hal seram-seram kuku ni. Memula tu ada la cerita tentang hantu kat kampus. Entah bila pulak masanya masuk pulak cerita hantu kat kampung si Wadi. Aku udah la penakut. Naik meremang bulu ketiak aku mendengar cerita-cerita diorang. Tapi suka jugak nak dengar. Ada gelaran khas untuk spesis macam aku ni iaitu ‘gatal burit cari penyakit'.
Akhirnya selisih faham kami hilang gitu aje. Idak le macam Sembilu Kasih, berminggu-minggu gaduh sambil kerut-kerut dahi baru settle. Lagipun orang lelaki ni senang je nak berdamai kalau gaduh hal-hal remeh ni. Lain le orang pompuan. Pasal sebiji mentol bilik air yang terbakar pun dah bermasam muka dekat sepurnama. Tu sebab ompompuan kena selalu tepek losyen kat muka. Nak elak muka jadi kecut macam asam Mo Far Kor (sepupu aku kata Asam Ganja). Hahahaaa!!!
Akhirnya aku bukak pulak cerita Shaleen melipstikkan muka aku dengan bibirnya tadi. Malas nak sorok-sorok lagi. Sebenarnya lelaki tulen ni tak suka bercerita hal-hal gini. Tapi oleh sebab dua ekor mamat di depan aku ni bak adik-beradik sesumpah kung-fu, maka untuk mengelakkan insiden bolayan lagi aku kena la bagitau.
"Barua lu, Bugis! Kau tipu ni..." komen Wadi dengan nada tak percaya. Aku tak nak balas balik dengan kata-kata. Sebaliknya aku ambik tisu Wadi sehelai dan lap tempat Shaleen kucup aku tadi. Lepas tu dengan gaya jaguh handalan komik kung-fu Hong Kong aku menayangkan tanda merah jambu yang melekat pada tisu tadi.
Klong! (kalau ikut komik kung-fu, itu tandanya ada suatu situasai yang menggemparkan)
"Cilakak lu! Memang betul-betul dicium kali kedua!" ujar Wadi dengan nada cemburu. Kalau difikirkan memang la dia patut iri hati. Tapi kalau ikut hukum Syarak, berdosa la aku sebab buat maksiat kecik. Jadi buat apa nak cemburu lagi, ya tak? Amboi... alim pulak aku malam ni. Mula la rasa nak berzanji lepas ni. Alip...Baa... Ta!
Nizam yang dari tadi hanya mendiamkan diri kini menghulurkan tangan untuk mengambil tisu tersebut daripadaku. Kemudian dia menghidu-hidu kesan lipstick pada tisu tu.
"Apa kejadahnya Wan Kamaruddin kau cium-cium pulak tu? Ada perangai hentai ke?" tanyaku dengan muka curiga. Nizam menyorot matanya ke arahku dengan pandangan agak suam-suam ganasnya.
HUUU.... (kalau ikut komik kung-fu, tengah dalam suasana yang agak tegang)
"Dia pakai Christian Dior. Arip, betul ke Shaleen ni lesbian?" tanyanya dengan nada kurang percaya. Hmh! Tak caya sudah... nak kawin dengan orang Kedah....
"Betui la! Dia dan aweknya bukan jenis pengkid dengan awek bertudung tu. Ni rare species punya. Kalau kat KL sekalipun mesti susah nak jumpa. Tak pun susah nak detect." ujarku bersungguh-sungguh. Eheh? Apasal aku ni beriya-iya mempertahankan gaya hidup songsang Shaleen pulak ni? Udah macam cool pulak jadinya...
"Amende ‘Repsis' tu?" tanya Wadi tiba-tiba. Nizam tergelak.
"Rare species la... Maknanya jenis jarang dijumpai." terang Nizam.
"Zam, kau kan ke pakar? Tau tak apasal dia cium aku tak tentu pasal?" tanyaku. Kalau ikut pemikiran suci-murni aku ni (chewah! suci kunun...), maknanya Shaleen pun sukakan aku gak. Bangga jugak rasa di hati ini. Yelah, muka rakyat jelata macam aku ni dapat dua ciuman daripada aweks nan jelita. Nizam terdiam sejenak. Matanya merenung ke bahagian kiri sebelah atas. Maknanya dia tengah berfikir la tu. Kalau sebelah kanan, maknanya dia nak ‘chong' (kelentong) aku. Selalunya cepat buaya metropolitan ni bagi jawapan. Tapi hari ni lama pulak terdiamnya. Apa, hari ni otaknya tak pakai Intel Dual Core ke? Tu la... galak sangat tengok DVD Hardcore! Hehehe....
"Ada banyak kebarangkalian..." Tiba-tiba mamat hensem tu bersuara. Hui... macam hero pakar matematik dalam cerita Numbers la pulak!
"Satu, dia mungkin menyimpan perasaan pada Adrina. Jadi bila Adrina menunjukkan minat pada kau, Shaleen rasa bengang. Tapi dia tak nak jadi orang jahat dalam hal ni. Jadi dia sengaja provoke kau supaya kau bermain kayu tiga. Dia harap agar Adrina hilang minat pada kau bila tengok perangai buruk kau tu."
Klong! (sekali lagi bunyi komik kung-fu sebagai isyarat berlakunya suasana yang menggemparkan) Terkedu aku mendengarnya. Masuk akal jugak kata-kata Nizam.
"Kedua, mungkin Shaleen ni menyanjungi Adrina sampai ke tahap yang ekstrem . Jadi apa yang Adrina suka, dia pun akan suka jugak. Jenis macam ni bahaya sikit. Kalau kau lukakan hati awek pojaan hati kau, Shaleen pasti akan kenakan kau cukup-cukup."
KLONG! (bunyi suasana yang menggemparkan lagi...) Sekali lagi aku terkedu bak tertelan dadu. Sekali lagi analisis Nizam masuk akal.
"Ketiga, mungkin dia pun nampak personaliti baik kau yang Adrina telah nampak. Jadi dia pun sukakan kau juga. Semudah itu." Kata-kata terakhir Nizam melegakan sedikit hatiku. Tapi dua lagi teori tadi tetap mengganggu fikiran. Aku bila resah-gelisah ni mulalah rasa nak terberak. Tapi masih takut nak masuk ke jamban lagi sebab insiden disorok dek hantu senja tadi.
"Ahhh... mesti yang ketiga punya! Member kita kan baik hati. Selalu bagi Maggi free walaupun menyumpah sebakul." serkap Wadi seraya ketawa. Ini nak memuji aku ke nak ngutuk ni? Aku serkup dengan bakul sampah kang...
"Tapi Arip... Ikut pengalaman aku la... perkara yang terjadi kat kau ni memang tak logik dan tak mungkin terjadi. Kalau iya pun kebarangkaliannya satu dalam seratus ribu. Tapi berdasarkan personaliti kau, kau ni biasa aje. Tak de apa-apa yang istimewa pun." ujar Nizam dengan wajah yang agak sugul. Serius aku rasa terhina dengan cakap Nizam tadi. Kalau bukan kerana dia sahabat karib aku, dah lama aku baling bom tangan askar Jerman ke kepalanya. Tapi aku tau Nizam tak de maksud jahat berkata begitu.
"Apa maksud kau, Zam?" tanyaku dalam nada yang seboleh-bolehnya cool.
"Aku pun tak tahu lagi." balas Nizam. Laa... beriya-iya bagi teori tapi tak tau apa maknanya. Aparra kau ni Nizam!
"Tapi sebagai seorang sahabat, aku nasihatkan kau agar berhati-hati, Arip!"
Bab Lima Belas
"WADI! Cepat la bangun!"
Hii... Jawa Mildura ni... Aku karate chop suey kat dahi berbayar zakat fitrah tu kang baru dia tau! Manjang bangun nak aku kejutkan. Ingat aku ni keturunan tali barut Portugis ke? Tapi bila masuk waktu subuh elok pulak macam zombie kampung pisang masuk ke bilik air untuk berwuduk. Lepas bagi salam terus landing balik ke katil kusam busuk dia tu. Tak sampai lima minit kemudian bermulalah kembali proses menjana air liur basinya.
Seperti biasa, bila kami sampai je ke kafeteria, umat manusia dah ramai menyepahkan diri di tempat tu. Senior, junior semuanya berkumpul, bergabung minda, bulat bermuafakat serta bersatu hati untuk tujuan yang satu: Mentedarah.
Masa inilah juga para pompuan yang dikasihi masing-masing menjadikan tempat tu sebagai platform memperagakan fesyen. Ada yang kembang macam kelawar. Ada pulak yang ketat macam sarung nangka. Ada yang mekapnya ayu-ayuuu gitu. Ada pulak yang terlebih mekap sampai macam rupa hantu pondan tua. Budak lelaki tak berfesyen, kecuali geng-geng tak kuasaaa nyah. Kami semuanya beruniform lengkap iaitu t-shirt, seluaq jin dan kasut mokasin. Yang radikal sikit tu pakailah sandal atau capal. Yang tak makan saman ops sayang pulak selamba je berselipar jamban.
"Ni kau punya pasal la. Dah kita tak ada tempat." rungutku kepada Wadi. Mata roommate aku yang masih kuyu macam nak tak nak je dengar omelanku tadi. Mataku meliar memandang mencari geng starz untuk menumpang kasih di tempat mereka. Tup-tup ternampak kelibat Nisah, Nora dan Atikah. Mereka yang juga sedang memandang ke arah kami tersenyum sambil giat menggamit kami untuk join makan di meja mereka. Nisah ni aku segan sikit. Dia ni penulis sambilan untuk majalah-majalah Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuat menulis budak tu! Aku pulak manalah rajin nak baca karya-karya ilmiah dan berat macam tu. Yang aku rajin baca ialah komik Hong Kong dan manga. Kalau angin senggugut tak betui kekadang tu baca Mangga la pulak!
Nora ni mek kelate. Comel-comel bulat-bulat gitu. Dia ni suka cakap laju tapi volume-nya slow. Jadi jarang la aku paham apa mesej kemanusiaan yang nak disampaikan olehnya. Selalunya aku angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk ikut telunjuk je la. Atikah pulak memang jenis cool dan open-minded punya. Tapi kalau angin monsoon tapioca dia tak betui, mulalah jadi garang. Aku ingat syarikat pencuci serbuk Harimau Kuat patut ambik dia jadi model iklan. Tak pun syarikat biskut Tiger Biskuat tu. Jangan iklan Tiger Beer sudah...
Namun baharu (ni sekarang ejaan baharu bagi baharu) je aku nak melangkah ke arah ketiga-tiga aweks tu, tiba-tiba telingaku dapat menangkap suatu panggilan yang menyentap hati dan sanubari. Ya! Siapa lagi kalau tak buah hatiku Adrina. Mana si Adrina ni? Apasal aku tak perasan dia pulak.
Aku terpaku. Tak percaya dengan apa yang lihat kat depan mata sekarang. Patut la aku tak terperasankan Adrina. Rupa-rupanya dia pakai tudung hari ni. Adui mak! Punya la comel manis macam kuih kat Kelantan. Aku terasa macam terjatuh cinta buat kali kedua pulak!
"Adrina ke tu?" Pertanyaan Wadi hanya mampu kujawab dengan anggukan aje. Sedangkan mataku masih terpaku ke arah Adrina lagi.
"Kau pergilah duduk kat dia. Biar aku je join geng tiga dara pingitan tu." saran Wadi. Ni yang aku sayang kat member Jawa aku nih. Macam paham-paham je apa yang tengah bermain kat benak aku ni. Setelah kata putus tercapai, kami pun mula mengorak langkah menghala ke destinasi masing-masing.
"Hai Arif." tegur Adrina dengan nada yang agak manja dan mesra alam.
"H..Ha.. Hai!" balasku dengan gaya gugup seperti hip hop tak jadi. Adrina menepuk-nepuk bangku di sebelahnya. Aku sempat mengerling ke arah seorang mamat yang tergenyu-genyu meratah wajah comel gadis impianku. Ish, mamat ni... langsung tak pandang ke arah aku. Memang cukup beradab ala menggali hamput la ni. Aku dengan gaya yang agak angkuh melabuhkan bontotku ke kerusi yang disarankan oleh Adrina. Kali ni baharulah si mangkuk ayun tu mengerling ke arahku.
"So, macam mana? Jadi tak?" tiba-tiba mamat tu bersuara. Nadanya ditambah sikit perisa macho. Tapi bunyi anak lembu Serbegeth Singh je yang aku dengar. Senyuman Adrina kepadaku tadi mati serta-merta. Pandangannya terarah pula pada mamat tu. Aku pun turut meng-usha mamat tersebut. Hmh! Idak le hensem. Ni kalau letak sebelah longgokan ikan jenahak ni mampus orang takkan cam. Cuma pakaian, jam, cincin, gelang, rantai dan spek itam dia yang branded tu membuatkan dia nampak seperti pria ampuh lagi ganteng. Kalau salah tengok macam OKU loaded pulak!
"Macam mana hapa?" balas Adrina dengan agak keras. Uih! Ni la pertama kali aku tengok gadis idamanku ni menjadi bengis. Mamat tu tersengih. Nampak sangat nak cover aib yang terlakar di wajahnya.
"Jangan la gitu. You dah sombong sekarang, eh?" ujar mamat tu dengan nada macho bercampur romantik kembang tekak. Aku tak tahu apa kejadahnya episod telenovela di antara mereka berdua. Tapi yang aku pasti mesti mamat ni pun cuba nak mengorat Adrina.
"Excuse me? Apa pulak maksud you ni?" tanya Adrina dengan nada tersinggung. Nampaknya tak jadi la aku nak meng-order nasik lemak mak cik brutal. Adegan di depan mataku ni tampak lebih menarik.
"Hai? Punya la lama kita dah berkenalan. Don't tell me that you forgot all that?" tanya mamat tu kembali dengan nada yang agak tersinggung. Uih! Sedap bunyi dia bercakap omputeh. Macam western food la!
"Us? There's nothing happened between us back then, there's nothing happened between us right now and I'm damn sure there will be nothing happen between us in the future. Comprende?" Lagi hebat gaya western food Adrina daripada mamat tu. Siap ada idghram mutawasillail ma'alumnah ala mexico pulak tu! Memang jelaslah riak terkedu mamat tersebut. Aku agak kalau dia ni robot transformers mau le transform jadi jet dan lari ke hujung dunia. Tapi kalau jadi mangkuk jamban lagi la bertambah malu!
"Aib sial..." Spontan ayat tu terlepas dari mulut tak berinsurans-ku. Tu dia aih... mamat tu punya jegilan mata memang betui-betui mirip lakaran orang jahat dalam komik Wat Yat Leung. Aku pulak dah jadi takut campur tak keruan. Yelah, mamat tu lagi bagak (besar) dari aku. Kang dia amuk Tok Nading belasah aku kaw-kaw, memang confirm aku masuk ICU. Hatiku tak berkesudahan menyeranah mulutku yang jahat tadi. Patutlah kat Padang Mahsyar nanti mulut terkunci.
Mamat tu tiba-tiba bangun. Kemudian merenung Adrina dengan pandangan kesal lantas kemudian terus berlalu pergi bagaikan ufuk angin yang berlalu. Chewah! Sastera la pulak aku nih! Baharu je lepas dari cengkaman malaikatul maut terus bermadah seloka pulak! Namun ia tidak mematahkan juga perasaan ingin tahuku. Aku lantas menoleh ke arah Adrina.
"Siapa mamat tu?"Pertanyaanku tidak segera dijawab oleh Adrina. Sebaliknya beliau merenungku dengan mata yang berkaca.
Bab Enam Belas
"Kenapa ni?"
Chewah! Macam skrip cerita Duranni pulak aku bertanyakan sebab-musabab Adrina tiba-tiba tangkap sedih. Aku bukannya boleh tengok awek cun menangis. Nanti aku pun turut berhiba lara. Sebut-sebut pasal lara ni, teringat lak Lara Dutta. Mmm... finger lickin' good!
Adrina masih tersengguk-sengguk. Aku akhirnya ambil keputusan untuk biarkan saja dia nangis. Yang lecehnya perut aku pun bersedih jugak sebab tak masuk apa-apa lagi. Tapi takkanlah aku nak makan di depan gadis pujaanku yang sedang bersedih, ye dak?
"Aduuui... laparnya perut aku..."
Keluhan kecilku didengari oleh Nizam. Kuliah undang-undang Komersan langsung tak berjaya menarik minatku sekarang. Mukaku monyok macam orang tak makan pagi. Eh, nanti jap... Memang aku tak makan pagi pun! Nizam mencuit bahuku. Dengan longlai aku menoleh ke arahnya. Buaya hensem itu membuat mimik muka untuk bertanya apasal dengan aku hari ni. Aku segera menggosok-gosok perut untuk menjawabnya.
"Kau mengandung ke?" tanyanya dengan suara lirih. Tapi jelas tonasi gurauannya.
"Aku lapar la, bodoh!" balasku dengan suara lirih juga. Tapi jelas nada bengangku.
"Ya, saudara Nizam, Arif? Ada apa-apa yang menarik untuk dikongsi dengan kelas ini?" tanya Puan Sakinah secara tiba-tiba. Beliau ialah pensyarah subjek Komersan di kelasku. Aku tergamam. Tapi spontan menggelengkan kepala dengan harapan untuk meredakan kebengangan pensyarahku itu.
"Arif kata dia sakit perut sebab lapar, puan. Saya pulak ingat dia dah termengandung!" Bulat bijik mata aku mendengarkan suara Nizam. Badigol punya malaun! Dia ni nak cari nahas ke? Satu kelas menderaikan tawa. Aku hanya mampu memekup muka yang bagaikan diconteng dengan arang ini. Tapi aku masih sempat menjengah ke arah Adrina. Dia sedang memandangku sambil tersenyum lebar. Aku pandang pulak Puan Sakinah. Pensyarahku itu sedang cuba menahan tawanya.
Pada saat itu baharulah aku faham kenapa pompuan mudah jatuh hati dengan Nizam. Bukan setakat hensem dan kaya, dia juga pandai menyulam kata-kata dan berhumor. Malah baik hati dan setiakawan pulak tu. Mulalah aku rasa rendah diri. Tapi dalam masa yang sama bangga jugak dapat berkawan dengan orang popular macam dia.
"Okaylah Arif. Kalau awak lapar sangat, pergilah makan dulu. Dah kenyang nanti baru masuk belajar balik. Nanti awak kena gastrik pulak." saranan Puan Sakinah benar-benar mengejutkanku. Tapi happy ending pulak rasanya. Namun rasionalku segera menegahku untuk menerima tawaran tersebut. Kalau aku buat begitu, tentu Adrina akan rasa bersalah nanti. Yalah, aku terpaksa menahan lapar sebab nak menemankan dia
"Tak pelah cikgu... eh! Puan!" ujarku tergagap. Memang sah lapar sampai boleh silap cakap. Bebudak kelas aku ketawa. Aduii... aku ni kalau watak dalam cerita novel mesti watak badut sarkas Nicaragua punya. Dengan gaya termonyeh aku duduk kembali. Kelas kembali bersambung. Otakku masih macam tadi : kosong. Perutku masih berkeroncong. Teringat pulak nasik lemak dengan sambal sotong.
Setelah beberapa minit menderita, tup-tup tanganku dicuit. Aku menoleh. Kelihatan kawan perempuanku yang bernama Syentee sedang menghulurkan coklat Snickers.
"Adrina bagi," ujarnya dengan perlahan. Aku mendongak ke arah Adrina. Beliau tersenyum sambil membuat isyarat untuk menyuruh aku makan. Serta-merta hatiku sebak. Eh! Rasanya tak sebak. Teruja kot? Atau teruja bercampur sebak. Mungkin ada sikit elemen gembira di dalamnya. Tapi yang pasti tak de unsur-unsur ghairah.
Aku pun dengan diiringi oleh lagu nasyid "Nasul Fidaaa Iwattoniii..." di dalam hati segera mencapai Snickers tersebut dari tangan Syentee. Lepas tu... lepas tu bedal la! Takkan "three" kot? Lahap betui aku makan. Mujurlah nama aku Arif. Kalau nama aku Abu, dah tentu diorang panggil Abu Lahab. Dalam hati aku jangan cakaplah berbunga-bunganya. Segala amaran Nizam tentang Adrina langsung kubuang jauh-jauh. Takkan mungkin gadis idamanku yang cantik ni mempunyai niat yang jahat. Malah bagi aku perempuan secantiknya tak buang air besar, tak buang air kecik, apatah lagi kentut. Huu... mungkin dalam novel watak aku ni ialah manusia psiko yang terlepas dari wad sakit jiwa!
"Kenyang tak?" tanya Adrina. Sebaik sahaja kuliah selesai beliau terus pergi mendapatkan aku. Mungkin risau kot? Ish... ada orang pompuan yang risaukan diriku selain dari mak dan opahku. Seronoknya! Balik ke bilik nanti mesti kena peluk bantal erat-erat!
"Bolehlah. Terima kasih, ek?" ujarku. Alamak! Sekali lagi salah cakap. Patutnya aku puji la betapa sedapnya Adrina masak Snickers tu. Ni idak, cakap ‘Bolehlah' pulak! Entah mangkuk ayun mana la yang membelah mulut aku masa baby dulu. Eh! Kalau tak silap opah aku. Sorry, pah...
"Kalau camtu, jom Rina belanja!" ujarnya pula seraya memaut lengan kananku dan menarikku ke arah kafeteria. Aku tergamam dengan perbuatan mesra Adrina. Tapi tubuhku akur mengikut tarikannya. Hati dah tertarik, badan pun mesti la pergi sekali, ya dak? Aku terperasan beberapa penuntut di situ memfokuskan pandangan ke arah kami.
Tak pedulilah orang pandang ke, jeling ke, Datuk K ke... Yang penting aku happy-happy-happy sesangat!
Bab Tujuh Belas
"Mak cik. Bagi chicken chop satu, ya?" Mak cik kafeteria Fakulti Undang-undang yang biasanya bermuka Umaga (ahli gusti ganas WWE) tak berkelip-kelip memandang Adrina yang kini bertudung dengan comelnya itu. Jangan kata mak cik tu, aku pun dari tadi pandang tak berkelip sampai naik kering bijik mata. Entah apa mimpi ke demam ke gadis pujaan hatiku ini memakai tudung aku pun tak tau. Tapi memang sah mengikut penyimpan mohor besar raja-raja bahawa Adrina ni memang cantik. Tak kira free-hair ke, pakai tudung ke... masih cun-melecun sampai melecup bibir aku menyebutnya. Kalau tak pakai apa-apa... LAGI LA CANTEEEK! Hahahaha!!!
"Wah la toi! Loadednya Rina makan chicken chop!" komenku. Adrina yang sedang membelek beberapa ‘kueh-mueh' (aku sengaja guna ejaan lama sebab aku syak tu semua kuih-muih semalam) berpaling ke arahku lantas tersenyum. Hii.. geramnya aku. Ikut hati mau aku curi bibirnya time tengah senyum dan simpan dalam wallet Bonia Petaling Streetku.
"Rina beli untuk awak la..." balasnya kembali seraya ketawa. Aku pun tak tau apa pasal dia ketawa. Kalau pikir-pikirkan kebanyakan iklan kat tv suka tunjuk beberapa orang aweks yang bersembang perkara biasa tapi tiba-tiba ketawa sampai nak terkeluar angin kus-kus. Nasib baik la depa tu cantik. Kalau tak dah lama kena maki kat ruangan SMS di Kosmo!
"Ini sebagai tanda Rina minta maaf. Arif mesti makan, tau? Kalau tak Rina merajuk. Tanak kawan!" ujarnya lagi seraya tertawa lagi. Aku pun ketawa jugak la. Kang dianggap tak sporting pulak. Lagipun kena la hati-hati jangan sampai Adrina kecik hati.
"Okeylah. Asalkan Rina yang bayar." Cilakak! Silap cakap lagi! Apahal la mulut aku kurang asam sangat? Adrina membeliakkan mata dengan gaya "What did you say just now?" ke arahku. Tapi senyuman manisnya masih utuh di bibir.
"Dak! Dak! Maksud saya baguslah kalau Rina yang bayar..." Subhanallah! Salah cakap lagi. Ya Allah, mengapa dengan aku ni? Daripada gaya cool tadi (aku rasa la...) langsung jadi kelam-kelibut dah.
"Haa?" tanya Adrina dengan gaya marah-marah manja. Jari-jemari tangan kanannya mula mencubit lengan kananku. Perbuatannya menambahkan kepanikanku.
"Sorry! Sorry! Saya selalu silap cakap. Rina memang cantik. Itu sebab saya suka Rina belanja." Dah la... aku memang tak nak bercakap lepas ni. Aku rasa malu betui sekarang. Lepas ni nak belajar kursus bahasa isyarat la. Berapa juta rupiah pun feenya aku sanggup bayar. Tak pun belajar bahasa Banjar. Kurang-kurang kalau silap cakap pun Adrina takkan tau sebab dia bukan keturunan Banjar. Bawak guring sumat!
Adrina sebaliknya melepaskan cubitannya. Kemudian dia memandang ke arah mak cik brutal kembali. Pipinya yang putih mulus tu dah jadi kemerah-merahan sekarang. Senyumannya semakin melebar. Sungguhpun aku buta kayu pasal bahasa tubuh ompompuan ni, tapi aku cukup tau sekarang yang dia berasa malu mendengarkan kata-kataku tadi. Tapi aku tak tau la pulak sama ada ianya perkara yang baik ataupun tidak.
"Nah." Monolog dalamanku terganggu dek ujaran si mak cik brutal yang sedang mengunjukkan sepinggan chicken chop ke arahku. Mukanya macam jaki je tengok kemesraan aku dengan Adrina. Eleh, mesti dia jeles sebab dia dan laki dia tak mesra macam kami. Muka ganas biawak komodo macam tu manalah suami berani nak bergurau! Adrina yang masih tak memandangku tiba-tiba menarik lengan bajuku ke arah meja. Walaupun terasa syok, tapi terasa macam aku budak nakal yang tak mahu ke sekolah lantas diseret oleh maknya ke sana. Gasaklah... bahkan kalau dia tabuh bontot aku pun, aiman tak kisah. Oh! Syoknya kena spanking!
"Kenapa Rina pakai tudung hari ni?" tanyaku setelah dua tiga kali suapan makanan masuk ke mulutku. Macam bunyi kertas pertuduhan rasuah pulak!
"Kenapa? Tak boleh ke?" tanya Rina dengan nada macam nak merajuk. Aku serius cakap... sebenarnya aku cukup menyampah kalau pompuan tanya sedemikian rupa. Malah dalam cerita drama Melayu bersiri pun selalu ada ayat sebegitu rupa. Bahkan aku rasa ramai lagi lelaki dalam dunia ni yang turut bersekongkol pendapat denganku. Tapi sebab hari ni Adrina yang mengungkapkan kata-kata tersebut, aku bersumpah di dalam hati agar tidak lagi membenci para pompuan yang mengungkapkan kata-kata itu lagi. Jadi para aweks semua... berterima kasihlah kepada Adrinaku, ya?
"Taklah kata tak boleh. Rina nampak lagi manis la kalau pakai tudung." balasku yang meniru kata-kata mamat romeo dalam teledera.. eh! Telenovela. Adrina tersenyum malu-malu bak penyu yang comel.
"Tapi kalau pakai tudung saji tak tau la pulak macam mana rupanya." Tiba-tiba sahaja aku spontan mengungkapkan kata-kata tersebut. Adrina yang sedang cuba cover kema... keseganannya dengan menyedut air fresh orange langsung tersedak. Dia kemudian ketawa terbahak-bahak dan ‘Pelepak!' tangannya memukul bahu kiriku. Boleh tahan juga jurusnya tu. Pijar jugak terasa di bahuku. Akhirnya setelah beberapa ketika baharulah Adrina cuba menghabiskan baki tawanya.
"Tengok apa awak dah buat. Awak buat saya menangis, tau?" ujarnya seraya tertawa lagi. Kedua tangan Adrina giat menggenyeh mata. Tu dia aih... sampai keluar air mata dia gelak. Kira terer la aku buat lawak. Kami berdua merpati sejoli kemudian bersembang sakan. Cerita makanan aje, bukannya best pun. Namun bukan topik yang jadi ukuran, tetapi siapa lawan sembangnya. Tu yang buat aku rasa bagaikan di sorga tuh....
"Lelaki tadi tu ex-boyfriend Rina." Tiba-tiba Adrina mengubah topiknya. Lelaki tadi? Ooo... malaun cas bagus pagi tadi tu rupanya! Patutlah mesra alam sangat dengan awek di depanku ini.
"Dia buat apa kat Rina tadi sampai Rina nangis?" tanyaku. Ada la selit-selit sikit nada macho campur gangster. Kunun nak jadi pembela la kalau-kalau Adrinaku ini diapa-apakan. Tiba-tiba otak aku main lagu patriotik lama bertajuk ‘Pahlawanku'. Entah Rafeah Buang ke atau Aspalela Abdullah yang nyanyi. Jangan Bandi Amuk sudah...
"Dia nak reconcile balik dengan Rina." jawab Rina seraya tersenyum nakal padaku. Ni mesti nak uji aku tau tak apa maksud ‘rekonsail' tu. Nanti sat... rasanya pernah dengar perkataan tu. Ah! Memang pernah! Si Wadi dengan nahu hariannya memang pernah sebut. Kalau tak silap aku maknanya berbaik semula atau berdamai.
"Habis Rina nak berbaik semula ke dengan dia?" tanyaku dengan gaya Sivaji the Boss (macho ala Tamil la). Adrina agak terkejut. Keningnya ternaik tanda kagum. Mesti dia tak sangka aku tau maksudnya. Terima kasih, Wadi. Maafkan aku sebab selalu ingat kelaziman kau tu membuang masa.
"Tentulah tak. Dia cinta pertama Rina. Dialah kemanisan dalam hidup Rina. Tapi dia jugalah racun yang menghancurkan hati Rina. Tak mungkin Rina lupa. Sama ada yang baik atau yang buruk." Fuuyoh! Tercengang aku dengan bait-bait katanya. Memang cukup lembut jiwa awek pujaanku ini. Selembut wajahnya. Ceee... aku pun pandai bermadah jugak!
"Sekarang Rina tak mahu cari lelaki yang pandai berkata-kata. Mulut manis tapi buaya darat selalunya mereka ni." sambung Rina lagi. Aku angguk macam robot burung kakak tua.
"Kalau boleh Rina nak cari boyfriend yang tak pandai bermain kata-kata. Lagi bagus kalau dia selalu silap cakap dan kelam-kabut menyusun kata-kata." ujar Rina lagi seraya melirik mata kepadaku. Kemudian tersenyum.
Spontan kepalaku berhenti mengangguk. Aku bungkam. Kalau tak silap pada firasatku, Adrina sebenarnya sedang bercakap tentangku. Nampaknya kalau dalam undang-undang kontrak dia ni macam buat ‘pelawaan untuk membuat tawaran' (invitation to offer). Maknanya dia berkias denganku untuk aku masuk jarum...
Betui ke ni?...
Bab Lapan Belas
Dalam hidup aku setakat ni ada tiga perkara yang benar-benar membuatkan aku sangat gembira hingga menjilat gusi...
Yang pertama ialah ketikamana aku dapat membeli basikal kesayanganku. Masa tu, sebelum wujudnya dinosaur semua member aku mempunyai basikal jenis ala-ala mountain bike. Bukan main bergaya depa melahu ke sana ke mari menayang kat anak dara Pak Mustafa ais kacang. Minah tu pun bukan main gatai dan galak lagi menyembul muka setiap kali member-member aku bertandang ke kedai paknya. Aku pun teringin jugak nak sebijik tapi apakan daya (cuba nyanyi stail P. Ramlee), keluarga aku bukannya mampu nak adakan peruntukan untuk barang mewah tersebut.
Jadi aku capai mesin rumput milik bapakku dan pergi dari rumah ke rumah menawarkan servis memotong rumput mereka. Malah untuk tidak menyusahkan bapakku, aku beli sendiri minyak dan wayar pemangkas mesin tersebut. Setelah hampir enam bulan melusi rumput sampai aku naik meluat menengok sayur hijau, bajet aku nak membelinya masih tak cukup. Masa tu memang dambaan pilu rasanya diiringi dengan lagu Sonata Musim Salju. Bila laaa aku boleh menayang kat anak dara Pak Mustafa yang merenyam tuh...
Tup-tup bapakku setuju untuk cover baki yang masih tak cukup tersebut. Alangkah gembiranya hatiku. Yalah, kalau jenis anak orang berada mungkin tak rasa apa-apa sangat. Tapi bagi aku yang miskin dan berusaha setengah mati (sebenarnya taklah gitu, tapi biasalah aku menghindustankan sikit cerita ni), memang ianya sangat bermakna. Tu sebab sampai sekarang mak aku membebel sebab aku basikal tersebut disetinggankan di dalam bilikku. Sayang woo kalau kena curik.
Yang kedua ialah bilamana aku dapat 9A dalam SPM-ku hingga melayakkan diriku masuk ke IPTA. Punya la gembiranya mak dan bapakku. Malah bapakku yang macho tak terkalah tu pun menjelejeh air matanya dek terlampau gembira. Melihatkan kegembiraan mereka benar-benar membuatkan aku gembira. Mak aku nangis. Bapak aku pun nangis. Lastnya aku pun meraung dengan beberapa tomakninah.
Perkara ketiga yang sangat menggembirakan aku sekarang ialah dalam situasi terkini bersama Adrina. Buat pembaca budiman yang gatal pungkok membaca dari bab tengah ni, Adrina merupakan seorang gadis yang sangat cantik dan sangat popular di universiti tempatku menuntut ini. Beliau menjadi idaman dan igauan setiap pria dan jantan penangguh di sini, termasuklah aku sekali. Semenjak dua menjak ni gadis idamanku menjadi semakin rapat dan akrab denganku. Malah begitu berani bermanja-manja dan bercomel-comelan mesra alam denganku sekarang.
Terkini dan mutakkhir, Adrina memberikan kiasan bahawa dia sukakan aku. Aku tak tau bagaimana nak memberikan reaksi yang sepatutnya. Yalah, selalunya dalam filem tak kira la cerita Melayu ke, wah la toi ke, bollywood ke... malah cerita omputeh pun selalunya heronya mesti hensem tegap sasa dan macho manakala heroinnya macam Adrina. Malangnya realiti menyatakan bahawa aku tak sepadan langsung dengan gambaran hero sepertimana dalam filem atau komik. Kalaulah ada cerita tentangku yang dibuat oleh mana-mana penulis yang hensem lagi terkenal (hehhehee...), maka aku ni pastinya seorang hero yang sangat biasa lagi mediocre (pinjam ayat Wadi lagi...). Kira aku ni adalah Zero Hero.
"Kelas kita dah habis. Arif nak ke mana lepas ni?" tanya Ardrina. Aku memandang sekeliling. Punya la lama kami berborak sampaikan tiada lagi orang di kafeteria. Mak cik brutal bersama konco-konconya pun dah lama blah.
"Aaa... saya nak balik tido!" ucapku dengan nada melawak. Adrina ketawa kecil.
"Ingat nak ajak Arif shopping dengan Rina." ujar Rina dengan nada perlahan. Mungkin untuk menyembunyikan rasa kecewanya. Aku pulak yang baharu sahaja menyedari akan kebodohanku kini tak sudah-sudah memaki diri sendiri.
"Kalau Rina nak saya teman, boleh no problem punya..." ujarku untuk memperbaiki keadaan.
"Tak apalah. Arif memang nampak letih pun. Tak pe Rina pergi sendiri.' tingkah Adrina dengan lunak sebagai tanda beralah. Hatiku rasa sungguh hampa. Aku marah dengan diriku sendiri. Asyik tersilap cakap. Rasa nak meledak dari dalam. Jangan pikir banyak sangat Arip! Buat apa yang patut dibuat. Go Arif go! A-go-go!
"Adrina, saya nak ikut awak sebab saya lebih suka berasmara dengan awak dari tidur." There. Aku dah katakan apa yang patut. Adrina tergamam. Dan aku perlahan-lahan menyedari apa yang aku telah katakan.
"TAK! TAK! Saya salah cakap lagi! Apa yang saya nak cakapkan ialah..." Mulutku dipekup oleh tangan Adrina. Beliau tersenyum sambil memandang tepat ke mataku. Terasa kehangatan dan kelembutan telapak tangannya yang memekup mulut lancangku itu. Rasanya gosok gigi pun belum lagi...
"Arif lebih suka ‘bersama' saya dari tidur, kan?" tanya Adrina dengan lembut. Tapi jelas penekanan ‘bersama' tu. Aku menganggukkan kepala. Adrina melepaskan pekupannya dan ketawa besar. Aku pun terpaksa la ketawa. Tapi ketawa malu la... Namun begitu rasa syok betui dipekup dengan telapak tangan yang lembut lagi hangat tu. Bak kata orang, tangan ibu mampu menggoncang dunia, selain dari goncang buaian. Tapi tangan Adrina mampu menggoncang naluri lelakiku!!! Kalau pikir-pikir balik, sure air liur aku di gigi terkena tangannya. Eii... malulah ayo lio aku sure bau busuk. Ntah-ntah ada taik gigi semalam terlepek pada tapak tangannya. Harap-harapnya jangan la Adrina cium tapak tangannya lepas ni...
"Okay! It's a date then!" ujar Adrina dengan nada ceria astro. Date? Takkan buah kurma Yussof Taiyyoob kot? Ni mesti date dating temujanji mesra la-la-la-la love song nih! Adrina nak dating dengan aku! Dia cakap date. Adakah ini bermakna dia pun sukakan aku sebagaimana aku sukakan dia? Ahh... itu tak penting. yang pentingnya tiba-tiba aku dapat idea lawak baharu.
"Adrina, boleh tak saya kata ‘yahoo' sekarang?" tanyaku. Adrina terkaku seketika. Kemudian dia tersenyum dengan riak yang nakal.
"Tak boleh!" teriaknya. Tapi tak la kuat sangat sampai mencecah 180 decibel. Kemudian Adrina ketawa. Serius lawak dia tak best. Tapi oleh kerana dia sangat cantik, maka mulutku terpanggil-panggil untuk turut ketawa.
"Tak pedulilah! Nak kata ‘yahoo' jugak. YAAAHOOO!!!" jeritku dengan sekuat hati. Memang sebijik la macam filem Melayu yang hanya bertahan seminggu dalam panggung Kapitol di Parit Buntar. Tiket Kelas Satu cuma RM3.00 aje. Tapi lebih baik beli Kelas Khas punya. Cuma tambah lima kupang boleh duduk di seat VIP.
Adrina tertawa dengan gelagatku. Pun macam cerita filem Melayu jugak. Gamaknya ni le gaya hidup orang kita yang dibudayakan dengan filem picisan sebegini. Mentaliti pun ala-ala picisan jugak. Tapi bukan le semua orang... hehehee...
"WOII!!! Apahal suka sangat ni? Tak tau ke ada kelas tengah berjalan sekarang?" Tiba-tiba suatu suara yang garau mengherdik perlakuanku tadi. Terperanjat aku hinggakan hampir tertanggal spender. Baharulah aku teringat bahawa walaupun kelas kami dah abih tapi bebudak junior punya belum lagi.
"Err... Sorry... Sorry encik! Siman-siman!" ujarku dengan nada yang agak gementar. Pensyarah yang bernama Nik Marhalim tadi mula start membebel. Apa nak buat, memang salahku. Tapi bila la dia ni nak habih membebel nih...
"LARIII!!!" teriak Adrina lantas beliau menarik lengan kananku. Aku agak terkejut. Tapi aku ikut aje la. Kedengaran suara Nik Marhalim yang meng'hoi' kami dan mengarahkan agar kami terus mendengar bebelannya.
Namun kami terus berlari. Dan terus ketawa...
Bab Sembilan Belas
"Wuyoo... kalah senyum pengantin member kita nih!"
Sebaik sahaja aku menjengah ke muka pengadilan... eh! muka pintu, seperti yang aku jangkakan Wadi mula menyindir-nyindir aku. Mana daknya, sekarang dah cecah pukui 2.00 pagi!!! Petang tadi, sebaik sahaja aku sampai ke bilik aku tunggang-langgang mandi, bersolat dan berlangir untuk berdating dengan Adrina. Tapi sempatlah juga aku mewar-warkan dengan megahnya kat dua orang ‘malaun' tu (sebab depa tengah makan maggi aku tanpa kebenaran) yang aku akan berdating dengan Adrina. Wadi kutuk kata aku ni ‘swanking'. Hah? Hillary Swank apa pulak nih? Bila aku tanya Adrina adakah swanking tu maknanya aku ni raja angsa, awek aku (cewah! dah berani gelar awek aku dah...) tu gelak dalam 50 harakat. Rupa-rupanya swanking tu maknanya ‘bermegah-megah'. Cilakak punya Wadi! Balik nanti aku suruh dia muntahkan balik maggi aku tu. Peh tu aku makan muntahnya biar kuat macam Badang.
Tapi serius cakap la... gila babi punya best hidup aku di kala ini. Babi pun tak segila best kala jengking hidup aku sekarang. Aku rasa memang kami berdua sedang dilamun perasaan cinta ala-ala cerita Tiptronic tu. Ala... yang kapal tenggelam you jump I jump tu la!
Tapi yelah... nak berdating ke pusat bandar tu kena naik kereta la. Takkan aku nak usung sang puteri menaiki motor kapcai yang dah dekat nam bulan tak servis, ye dak? Aku kelam-kabut la pi rumah uncle Guna untuk menyewa kereta. Uncle Guna ni dulu kerja kat JPJ. Sekarang dia dah pencen dan buat bisnes sewa kereta pulak. Student memang ramai la sewa dari dia sebab dia bagi kadar terendah. Untuk SMS ke friends and family cuma suku sen aje manakala MMS pulak... ni kejadah apa aku cakap nih?
Nizam tawarkan Peugeot Cabriolet dia kat aku, tapi aku terpaksa tolak. Gilalah nak pakai kereta mahal-mahal gitu. Buatnya eksiden kang... mau keras ligament aku nak menggantinya. Lagipun aku ni bukannya kaki menunjuk sangat. Menunjuk sikit je tu adalah. Tapi kalau Adrina confirm jadi awek aku, pasti aku akan paksa Nanyang Siang Pau siarkan berita tersebut sebagai tajuk utama di front page.
Nizam nampaknya kureng gembira bila aku menolak kemurahan hatinya. Tak pelah, kalau kereta kau terbelah dua kang lagi kau kureng gembira. Bukan tu aje, mak bapak kau pun lebih-lebih-lebih lagi dan lagi dan lagi dan lagi kureng gembira.
Oh ya! Korang nak tau kenapa aku dah berani kata Adrina tu awek aku? Sebabnya... okay Nami! Rewind!!!
Ni flashback punya cerita la dey... Jam lebih kurang 1.46 pagi tadi.
"Thanks sebab hantar Rina sampai ke kampus."
"Ohh... No sweat challenge. Itu hal kecik aje." balasku. Dah buat lawak apek Saiful pulak dah... Adrina tertawa kecil.
"And thanks for everything." ucap Adrina lagi. Aku angguk je. Adrina tatap wajah aku lama-lama. Alamak! Bulu idung aku terkeluar ke?
"Napa usha lama-lama? Bulu idung saya terkeluar ke?" Aku buat lawak tak kena tempat lagi! Memang suwey betui la mulut aku nih!
Adrina tak gelak tapi dia terus menyuakan mukanya ke arah cuping telinga kiriku. Aku tergamam. Terasa hela nafas lunaknya menyapa lembut setiap inci kulit cuping telingaku.
Huii... dahsyat jugak yea kekadang perbendaharaan sastera ku nih? Tapi selalunya hancus...
"I had a great time. Thanks, sayang." bisik Adrina dengan lembut dan kemudian mencium kecil pipiku. Aku keras kejung macam patung kat muzium hantu. Aku rasa aku tak salah dengar. Dia memang panggil aku ‘sayang'. Adrina memang panggil aku sebagai ‘sayang'.
Bila aku tersentak dari khayal terujaku, baharulah aku menyedari yang Adrina telahpun melangkah keluar. Dia kata kat aku ‘sayang' tapi aku tak kata apa-apa pun. Tentu dia marah. Sekarang dia dahpun keluar dari kereta dan berjalan pergi meninggalkan aku. Hmm... figure Adrina dari belakang memang dasat la. Pung... Eh! Eh! Apa aku nih!
"Adrina" teriakku. Adrina terkaku. Kemudian dia berpaling ke belakang. Aku segera keluar dari Proton Savvy sewa tersebut dan terus berlari mendapatkannya.
"Ada apa, Arif?" tanya Adrina. Alahai... lembutnya suaramu. Selembut lenggokmu tadilah!
"Aaa.. Err... Goodnight..." ujarku dalam keadaan tergagap. Campur mengah lagi. Ni la akibat malas aerobik ni.
"Goodnight, Arif." balas Adrina kembali.
"Goodnight, Adrina... sayang." Akhirnya terluah jugak apa yang nak aku cakap. Adrina tersenyum dan didarab dengan perasaan tersipu-sipu. Beliau kembali menatap wajahku. Telapak kanannya pula diangkat dan terus membelai lembut pipi kiriku. Adrina mengangguk dan kemudian beliau kembali meneruskan langkahnya ke bilik hostel.
Aiseh! Mati-mati aku ingat dapat French kiss macam filem omputeh. Tapi aku dan Adrina ni orang Islam. Berdua-duaan ginipun dah haram. Tapi nafsu orang muda ni gelojaknya dahsyat bebeno. Tu yang buat juga tu.
Tapi tak kisahlah. Kira berbaloi aku korbankan tidurku untuk Adrinaku.
Bab Dua Puluh
"Jadi gitulah ceritanya... romantik tak?" tanyaku dengan perasaan berbunga-bunga. Wadi tersengih. Nizam pulak menggaru-garu kepala seolah-olah hendak memperkatakan sesuatu.
"Aku rasa memang sepatutnya cerita tu tadi romantik. Tapi dari mulut incongruous kau tu macam cerita aksi Van Damme pulak." komen Wadi. Aku memandang ke arah Nizam. Beliau turut menganggukkan kepala.
"Inkokrokro? Apa kejadahnya tu?" tanyaku dengan nada sedikit tersinggung. Yelah, dahlah mentedarah Maggi aku. Sekarang kutuk aku dalam bahasa burung terkukur pulak!
"Incongruous tu maknanya merepeklah!" komen Nizam seraya tertawa. Wadi turut ketawa. Hamboii... suka mengelekek lepas kembung melantak Maggi aku, yea? Mulalah kemarahan aku mencapai tahap indera kayangan nih! Teringat pulak Fazura dalam filem kayangan. Menyelerakan betui!
"Tahik anjing! Bayo balik Maggi aku tadi!" herdikku. Makin kuat kedua ekor kobau balau tu ketawa. Ni karang ada yang masuk court bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kang nih...
"Relax-lah bro. Gurau pun tak boleh ke? Lu semenjak berjiwang ni makin sensitif la, bro!" kutuk Nizam pulak.
"Apa beruk-beruk? KauRRUOOP!!!" Belumpun habis aku bercakap tiba-tiba aku terbelahak. Korang boleh bayanglah macam mana bau gas dari perut aku keluar ikut mulut.
"Peh! Peii! Busuknya!!!" pekik Wadi. Kelam-kabut dia mengesot untuk menjauhkan diri. Nizam pulak bingkas bangun dan melompat ke atas katilku. Aku langsung tak jadi marah. Sebaliknya terus tertawa terbahak-bahak. Wadi dan Nizam turut bersedekah mendekahkan tawa mereka. Aku rasa patutlah dorm aku ni tak pernah dikacau dek toyol ke atau orang minyak ke... sebab diorang pun takut bila mendengarkan pekik-tawa kami!
"Untungnya kau dapat si tuan puteri tu, ek?" puji Wadi. Aku tersenyum bangga. Ginilah la gamaknya perasaan Nicol Ann David bila menang lawan tennis... eh, tennis ke ping pong? Lupalah!
"Macam too good to be true la..." komen Nizam pula. Maknanya seolah-olah ada yang tak kena.
"Dah le tu. Kau ni toksah le asyik berprasangka aje." nasihatku. Apalah mamat sekoq ni? Asyik berteori konspirasi aje. Entah-entah dia jeles kat aku tak?
"Ntah-ntah kau jeles kat aku tak?" telahku. Nizam agak terkejut dengan kenyataanku itu.
"Hei, we are best buddies. Takkan aku sanggup cakap gitu kalau aku jeles?" ujar Nizam. Nadanya agak sedikit tertekan. Mungkin dia rasa agak bengang dengan terjahan kata-kataku tadi. Atau mungkin juga ianya betul.
"Jadi janganlah asyik attack Adrina aje." tegurku.
"Aku bukannya attack Adrina. Aku mintak kau agar jangan lupa dunia bila bersama Adrina." balas Nizam kembali. Aku terkedu. Perlahan-lahan perasaan pelik menjalar naik ke setiap liang roma wajahku.
"Habis kau kata ‘too good to be true' tu, apa kejadahnya? Tak ke itu maksud tersirat yang kau mengutuk Adrina?" tanyaku kembali dengan nada yang agak tinggi.
"Oi! Oi! Arip..." tegur Wadi untuk menenangkanku.
"Kenapa dengan kau ni, Rip?" tanya Nizam kembali. Nadanya kembali mengendur.
"Kau tu patut tanya kenapa dengan diri kau. Setiap kali kau dapat awek baru, ada aku tegur kau? Ada aku kritik kau? Kau sepatutnya bergembira bila aku berjaya mendapat gadis idamanku. Ini tidak... kau kata aku macam-macam. Lepas tu kau sengaja secara tersirat mengutuk Adrina!" ujarku dengan panjang lebar. Nadaku masih meninggi macam tadi. Spontan aku teringatkan yang Nizam pernah kata kalau ikut realitinya, mustahil aku boleh dapat awek macam Adrina. Perasaan marahku semakin memuncak bila mengenangkan perkara tersebut.
"Arip! Cukup tu! Jangan Arip..." ujar Wadi dengan nada yang agak keras bercampur bimbang.
"Rip, aku ni kawan kau. Kita saling kenal hati budi masing-masing semenjak dari Matrikulasi lagi. Kau memanglah telah mengenali Adrina dari Matriks lagi. Tapi baru sekarang kau dapat berkawan dengannya. Baru berapa minggu aje kau kenal hati budinya. Aku beri nasihat yang berguna kat kau. Tapi..."
"Nasihat berguna hapa? Kritik lagi adalah! Kalau kau betui kawan aku, sepatutnya kau menyokong aku." tingkahku tanpa memberi peluang kepada Nizam untuk menghabiskan ayatnya. Keadaan menjadi hening seketika. Bahang aura kemarahan dan permusuhan memang jelas ketara tersebar di segenap inci bilik yang kami huni sekarang.
"Kau kata aku tak menyokong kau? Baru tadi aku beri kau pinjam keretaku. Selain daripada kau, tak pernah aku pinjamkan keretaku kepada orang lain." ujar Nizam dengan nada yang jelas kecewa.
"Biar aku bagitau kenapa aku tak mau pinjam kereta kau tadi. Sebenarnya aku tahu kau sengaja pinjamkan kereta hebat kau tu sebab kau fikir Adrina hanya layak naik kereta orang-orang kaya macam kau. Aku si miskin ni manalah mampu nak beli kereta macam kau tu. Kau sebenarnya bukannya bermurah hati. Kau sebenarnya cuba nak menghina aku, bukan?" Akhirnya apa yang terbuku di hatiku selama ini kuluahkan kepada Nizam.
"ARIP!!!" jerkah Wadi. Jelas api kemarahan menyaluti jerkahannya itu. Nizam bungkam. Mukanya yang cerah tersebut jelas kini tampak kemerah-merahan. Beliau memandangku dengan wajah tidak percaya. Tidak percaya bahawa aku sanggup meluahkan kata-kata tadi.
"Kau... Kau dah berubah." ujar Nizam dengan nada tersekat-sekat. Wajahnya begitu sugul sekali. Sepatutnya aku berasa kesal mengeluarkan kata-kata itu tadi. Namun aku berasa begitu benci sekali memandang wajah tersebut kali ini.
"Bukan aku yang berubah. Tapi kau yang akhirnya tunjukkan perangai sebenar kau. Memang kau ni deng-" Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, pipi kananku dihentak dengan keras sehingga aku terjatuh.
"CUKUP TU ARIP! CUKUP!!!" jerkah Wadi yang kini sedang berdiri di hadapanku. Rupa-rupanya beliau menumbukku tadi. Aku terasa ingin bangun untuk melawan. Namun aku tau, sia-sia sahaja untuk bertumbuk dengan jurulatih Silat Gayung Malaysia di hadapanku ini.
Pagi buta ini adalah titik perubahan terbesar di dalam hidupku sebagai seorang mahasiswa... kerana aku akhirnya berjaya mendapatkan cintaku dengan mengorbankan persahabatanku.
bab dua puluh satu
"Hei! Napa termenung?
Pertanyaan gemersik tersebut segera mematikan lamunanku. Apabila aku memandang ke sebelah kiri, Adrina telahpun melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan denganku. Hmm... Wanginya bau perfume dia. Sohih bukan cap ayam yang biasa dijual kat pasar malam tu. Kalau cerita omputeh tu, dah tentu dia memelukku dengan mesra dan kemudian bagi ciuman ringkas. Tapi tu dalam angan-angan bahagian otak kuningku la... Lagipun aku betui-betui rasa monyok sekarang.
"Napa monyok ni? Arif tak sihat ke?" tanya Adrina. Mmm... begitu jelas bunyi kerisauannya. Kalau aku kata aku demam malaria tapioca ni agak-agak dia akan memelukku macam mak peluk anaknya dalam iklan panadol untuk kanak-kanak tak?
Aku hanya mampu tersenyum tawar biskut askar je. Ekspresi muka risau Adrina bertukar jadi tak puas hati.
"Arif... Kenapa ni?
Cakaplah..." desaknya sambil memegang bahu kiriku dan menggoyang-goyangkannya. Ewah! Macam menari dangdut poco-poco pulak! Senggol-senggolan... cubit-cubitan... aduuuh! Kepak-kepaaaak!
"Nizam kutuk Rina. Jadi kami berdua bergaduh. Sekarang dah putus sahabat." ceritaku dengan ringkas. Entah kenapa cukup pedih hatiku nak meluahkan kata-kata tersebut. Adrina bungkam. Buat seketika perasaan kurang selesa kami berdua terzahir dalam suasana hening tersebut. Terdengar di kokleaku keluhan lembut dari bibir mungil Adrina. Eh, nanti sat... koklea ke gegendang?
"Kenapa Nizam kutuk Rina pulak?" tanya gadis rupawan di sebelahku itu. Aku dengan berat hati mula membuka mulut untuk bercerita. Kepedihan dalam hatiku semakin bertambah. Air mataku mulai bergenang. Entah kenapa jadi begini. Dulu masa Wadi tertendang bola ke anu aku, setitik pun air mata aku tak keluar.
"Oh, begitu. I'm so sorry..." ujar Adrina. Lama kami mendiamkan diri. Aku hanya termenung memandang jauh ke depan. Sesekali budak-budak TESL berpakaian seksi yang lalu beberapa kali mematikan lamunanku. Setelah itu aku mengelamun balik. Tiba-tiba aku terdengar esakan perlahan di sebelahku.
"Eh? Kenapa ni Adrina?" tanyaku dengan perasaan terkejut. Apa aku ni ada kuasa mutant boleh pindahkan kesedihanku kepada orang lain ke? Kalau gini boleh le join X-Men. Aku akan pakai nama glamer aku sebagai "Melancholic". Adrina tunduk sambil memekup wajahnya dengan kedua tangan.
"I'm so sorry... I'm so sorry..." ujar Adrina dalam esak tangisnya. Aku jadi serba-salah pulak. Ingatkan Adrina mesti naik darah dengar ceritaku. Lepas tu dia pergi sembur Nizam sampai pengsan buaya Sarawakian tu. Nampaknya jangkaanku meleset. Hmm... ekonomi Iraq pun semakin meleset juga...
"Janganlah nangis. Bukan salah Rina. It's not your fault." pujukku sambil memegang bahu kanannya. Entah kenapa spontan aje tanganku berbuat gitu. Aku tahu pujukanku itu takkan dapat meredakan tangisan Adrina. Serius aku tak tau macam mana nak pujuk ompompuan nangis. Kalau baby tu aku sumbat je la botoi susu bagi dia diam. Kalau pompuan... Cih! Cih! Mulalah nak fikir benda-benda tak senonoh tu! Hehehee... kalau korang paham, maka korang pun otak kuning jugak macam aku!
Sepanjang hari ni Adrina asyik berkepit dengan aku aje. Mungkin sebab dia tak mau aku rasa lonely Akon kot? Tapi perbuatannya itu memang berjaya mengubati kesedihan yang aku rasakan sekarang. Sesekali aku ternampak kelibat Nizam dan Wadi. Tapi they make donno aje. Aku pun ada ego aku gak. So I also make donno jelah!
Akhirnya tiba juga masa untuk kami berpisah. Berat betui hati aku rasanya. Tambah dalam keadaan sekarang. Dan buat pertama kalinya Adrina mintak aku hantar dia balik dengan kapcai aku. Yelah, sebelum ni Wadi aje calon terunggul yang menumpang kapcai aku. Sekarang dia pun berbulu dengan aku. Semenjak kejadian semalam, Wadi terus pergi melepak di bilik Nizam. Pagi tadi pun dia balik time aku masih tidur dan kemudian pergi ke kuliah dengan Peugeot Nizam. Hmh! Boleh pulak jibraok tu bangun awal?
"Thanks, Arif. Sorry sebab menyusahkan awak." ucap Adrina. Aku menggelengkan kepala tanda aku tak kisah. Aku segera mengambil begku di dalam raga motor dan kemudian kusandangkan ke belakang. Tiba-tiba aku ternampak sebuah Mitsubishi Evo-6 yang dengan biadapnya diparkirkan di hadapan foyer bangunan pentadbiran kampus.
"Eh? Itu kereta Shaleen, kan?" tanyaku. Adrina menganggukkan kepala. Ooo... ada program dengan kawan-kawan tersayang dia le nih.
"Oi fucker!" Tiba-tiba suatu suara yang tidak asing lagi nadanya berserta dengan idghram carutnya menegurku dari belakang. Aku segera berpaling. Hmh! Dah agak dah. Memang juara mencarut sedunia tu yang menegurku.
"Oi sucker!" (maknanya ‘bodoh') balasku balik dengan nada bengang. Shaleen tertawa. Masih tak terperasankan mood aku hari ni. Dengan selamba beliau memegang bahu kananku dan merapatkan tubuhnya ke tubuhku. Kemudian Shaleen menyuakan mukanya hingga hela nafasnya menyentuh cuping telingaku.
"Lick only. I don't suck, baby!" (Jilat sahaja. Aku tak hisap) ujarnya dengan suara seksi. Lepas itu Shaleen melepaskan pautannya dan ketawa. Walaupun gayanya itu nampak keras dan kasar, namun ternyata tawanya masih berbunyi feminin dan manja.
"Leen... don't!" tegur Adrina dengan agak tegas. Shaleen memandangnya dengan kehairanan. Kemudian memandang ke arahku pula.
"Oh shit! Bad timing. I'm so sorry, Arif." (Alamak. Masa yang kurang sesuai. Minta maaf, Arif) ujar Shaleen dengan lembut bila menyedari mood tak baik yang bersarang dalam diriku. Spontan aku teringatkan masa aku bersembang dengannya haritu. Ginilah kelembutan Shaleen bila dia tidak berlagak ganas tak tentu pasal.
"Tak pe... tak pe. Sekurang-kurangnya hati saya ceria sikit." ujarku. Memang aku tak tipu pun. Tindak-tanduk Shaleen memang menghiburkan. Aku rasa elok bebeno kalau dia tunggang basikal bersama beruang dalam pertunjukan sarkas.
"I really meant it. Here, as my token of apology. Pingjang aje tau?" (Aku benar-benar maksudkannya. Nah, sebagai tanda minta maaf. Pinjam aje tau) ujar Shaleen seraya menghulurkan IPod MP3 player miliknya kepadaku. Aku tergelak mendengarkan perkataan ‘pinjam' jadi ‘pingjang' di mulut amoi itu. Entah macam mana la dia boleh lulus Bahasa Melayu dulu.
"Tak pelah, amoi. I'm okay. I'm cool." ujarku. Aku sebenarnya takut Adrina berasa cemburu kalau aku ‘pingjang' IPod Shaleen. Lagipun IPod tu warna pink. Mana macho pakai warna gay macam tu! Ceh!
"Okaylah, Arif. Rina nak pergi shopping dengan Shaleen. Hanany tengah tunggu kami di sana." ujar Adrina memotong kemesraan aku dan Shaleen. Tu hah! Kan aku dah kata dia cemburu?
"Okay. Have fun." ucapku. Adrina tersenyum.
"I will, master." jawabnya dengan nada gurauan. Master? Macam dia ni hamba akulah, ya? Hmm... geram pulak rasanya. Otak aku dah start fikir lain dah...
"Take care, bro. Enjoy, okay?" ujar Shaleen pula seraya menepuk-nepuk bahuku. Aku anggukkan kepala tanpa membalas dengan kata-kata. Takut menambahkan cemburu Adrina. Beberapa minit kemudian aku pun blah dari situ setelah kelibat Mitsubishi Evo-6 lesap dari pandangan mata. Hmm... Apa maksud Shaleen dengan kata-kata ‘enjoy, okay?' tadi?
"Home sweet home" ujarku dengan nada sugul. Yalah... tak de lagi Wadi dan Nizam yang menceriakan suasana di dalamnya. Ku campakkan beg sandangku ke atas katil. Tiba-tiba perhatianku tertarik pada seurat wayar halus berwarna ungu yang sedikit terjulur keluar dari beg tersebut.
"Apa pulak dalam beg aku nih?" ujarku dalam hati. Aku segera mendapatkan begku dan membukanya. Aku kemudian tertawa.
"Haii... baik hati betui kau ni, Shaleen." ujarku sambil menimang-nimang Ipod berwarna pink yang aku pasti dimasukkan secara senyap-senyap oleh ratu mencarut seantero dunia itu tadi. Patutlah dia kata ‘enjoy, okay?' tadi. Aku terus menyumbat earphone ke telinga dan mula terkial-kial mencari cara nak mengaktifkan IPod tersebut...
bab dua puluh dua
Sudah seminggu lamanya semenjak insiden aku, Wadi dan Nizam membawa haluan masing-masing. Kami masih tak bertegur sapa lagi setakat ini. Malah beri jelingan Chang Hon Nam pun setakat ni pun masih belum lagi. Bila dipikirkan balik, aku tahu aku dah terlalu melampau dalam berkata-kata haritu. Bila mengenangkan kebaikan serta jasa yang pernah Nizam buat untukku, perutku bertambah senak dan emosiku bertambah tension. Mungkin aku patut tidur untuk meredakan rasa tak seronok ini.
Yappari... jenuh aku lip-lap mata sambil tonggang-tonggek buntut. Masih sukar lelapkan mata juga sungguhpun bilikku dah serupa markas Batman gelapnya. Kipas silingku dah tahap helikopter Apache berpusingnya. Tapi aku tetap berasa rimas dan hangat. Pukui berapa dah gamaknya sekarang ni? Aku teraba-raba dalam kegelapan mencari handphone. Sebab ada jam dan bercahaya pulak tu. Tanganku tiba-tiba tercapai sesuatu yang lembut dan sejuk. Eh? Apa ni? Rasa-rasanya spenda. Tapi aku dah basuh semua spenda aku...
Cih! Cih! Ini mesti si Wadi punya! Haritu dia merungut spendanya yang masih belum dibasuh dah hilang sehelai. Kucampakkan spenda Wadi ke arah tilamnya. Harapnya kenalah muka Jawa Gulahai tu!
"Ni hah spenda busuk kau!" ujarku sebelum cuba untuk tertawa. Tapi tak jadi nak berbuat begitu sebab baharulah aku teringat bahawa hanya aku seorang saja di dalam bilik ini. ARRGHH!!! Tensionnya akuuuu...
Esoknya dalam bilik kuliah, muka aku monyok aje. Kuliah Administration Law langsung tak menarik perhatian hari ni. Kalau dipikir-pikirkan, memang subjek Administration Law ni bosan nak mati pun. Hmm... entah apa la encik Latiff tengah brok-brek kat depan tuh... Pehtu asyik bercerita kat ompompuan pulak tu. Hii.. padan muka bebudak pompuan yang duduk kat depan tu kena percikan taik gigi encik Latiff. Bau burger basi... uweek! Tiba-tiba bahuku dicuit. Aku memandang ke sisi kananku. Eh? Bila Adrina duduk di sebelahku pulak ni?
Aku pun terus memandang ke arahnya. Hii... comel betui senyumannya. Cair meleleh bulu ketiak aku dalam lautan asmara dibuatnya! Kemudian pandanganku tertumpu ke arah tangan Adrina yang sedang memegang secebis kertas, diunjukkan kepadaku. Aku mengambil kertas tu dan segera membeleknya.
"Hi Arif... what's wrong with you?" Itulah tulisan yang tertera pada cebisan kertas itu. Aku pun mula mengoyakkan secebis kertas foolscap milikku dan mula mencoret. Peh tu aku unjukkan kepada Adrina. Dia segera menyambutnya.
"Semalam saya tergagau spenda Wadi yang belum berbasuh lagi. Tu yang sampai la ni rasa seram sejuk ke tulang sumsum tu..." Itulah yang kutulis. Adrina hampir terbelahak ketawa membacanya. Eleh, bukan kelakar sangat pun. Pehtu dia pun mula mencarik kertas lagi untuk menulis mesej kepadaku.
"Eii gelinya! Tell me da truth, pls... :( " tulisnya.
"Masih sedih lagi... Tapi cerita spenda tu mmg betui, tau? Mmg geli pun. Tapi kalau Angelina Jolie punya baru la syok!" tulisku pula. Adrina tersenyum lebar. Kemudian dia kembali membalas.
"I feel your pain. If it makes you feel better, how bout having mine instead of Angelina Jolie's?" balasnya. Aku yang suam-suam kuku mood tetiba mencodak terkejut. Biar betui minah ni! Dia nak bagi panty dia kat aku? (Translation : Saya merasai kesedihan awak. Untuk membuat awak rasa lega, apa kata kalau saya bagi saya punya sebagai ganti Angelina Jolie punya)
"Leng Loi... biar betui... Saya mintak betui-betui kang!" balasku. Adrina tersengguk-sengguk menahan tawa.
"Eiii... Awak ni hansap betuilah! Tak malu nak Rina punya." balasnya. Aku membacanya dengan gaya geram si Sarip Dol dalam cerita Bujang Lapok. Cilakak! Berani dah nak sembang ala-ala meransang nih!
"Tanak cerita hal tu lagi. Kang keluo darah dari lubang idung." balasku. Adrina memekup muka untuk menahan tawa.
"Okay... sorry 2 tease you. But I'm wearing purpled satin today. It makes me feel more feminine and delicate : P " Itulah yang ditulis oleh Adrina. Aku rasa seolah-olah darah dipam dari jantung naik ke muka aku pada kadar 20,000 km/sj! Kalau cerita kartun mesti dah keluar wap stim dari kedua lubang telinga dan hidungku. WOO-WOOOO!!!
"Kejamnya dikau menyeksa gelodak darah mudaku. Wuuu... (nangis). Ultraman Taro... Heeelp!" balasku. Adrina sekali lagi menyengguk menahan tawa. Kemudian buat kesekian kalinya dia mencoret dan kemudian memberi cebisan kertas baharu kepadaku.
"If you're really passionate about me, be kind and compassionate to me... and I'll fully surrender myself to you. You can have me... and do anything you want to with me. ANYTHING." Itulah yang ditulis oleh Adrina kepadaku. Aku tergamam. Badanku benar-benar rasa panas sekarang. Hela nafasku menjadi singkat. Bola romaku meremang. Tiba-tiba aku berasa tanganku disentuh dengan sesuatu yang hangat. Aku memandang ke arah tanganku yang berada di sisi pahaku. Rupa-rupanya tangan Adrina yang memegang erat tanganku.
Aku memandang ke arah Adrina pula. Gadis impianku yang jelita lagi menawan sedang memandangku sambil tersenyum. Pipinya yang putih mulus kini menjadi kemerah-merahan.
Hoh shit! Tadi rupa-rupanya sedang melalui pengalaman seksual yang luar biasa dengan Adrina. Hanya dengan kata-kata sahaja Adrina berjaya membuatkan aku jadi hampir gila. Memang dahsyat gadis di depanku ini. Aku pasti ramai yang melalui pengalaman macam aku nih. Tapi mungkin dalam bentuk yang lain.
"Nice... Hehehe..."
"Apa yang nice, Arif?" Tiba-tiba baharulah aku sedar yang aku tercakap kuat sekali lagi. Kini aku menjadi sasaran encik Latiff burger basi pula.
"Err... apa yang encik Latiff cakap tadi tu benar-benar nice." jawabku dalam keadaan tergagap. Aku pun tak tau apa yang dia cakap. Bantai ajelah!
"Biar betul awak ni! Saya bercerita pasal menunda hari tutorial. Apa yang nice sangat?" tanya encik Latiff dengan nada sinis. Seperti yang kujangkakan, satu kelas terbahak-bahak mentertawakan aku.
bab dua puluh tiga
"Uih..." Nyaris-nyaris aku nak terlanggar Wadi dan Nizam tatkala kami bertembung di selekoh bangunan surau. Bahaya betuilah! Patutnya Samy Vellu pacak sebatang traffic light kat sini. Ketiga-tiga kami terhenti sejenak. Keadaan begitu hening sekali hinggakan terserlah bunyi deruan angin. Eh! Bukan anginlah... peti air-cond! Patut kuat bebeno bunyinya! Tanpa berkata sepatah pun aku terus melangkah melepasi mereka. Entah pasal apa time ni boleh pulak teringat lagu "langkah... ini... terasa terhenti-henti... depan kelabuuu... pedih memiluuuu... masa bukan lagi-" Oih! Udah la tu! Aku dah lupa sapa yang nyanyikan lagu tu. Fadzilah Kamsah kot?
Aku tak perasan langsung ekpresi wajah mereka sebab aku tundukkan saja mukaku. Entah depa tergamam ke... entah tengah cabut bulu pusat ke... Perasaanku kini bercampur-baur. Marah lagi pun ada... rasa bersalah pun ada... rasa nak jadi Justirizer pun ada sket-sket juga... Bertukar!
Semenjak insiden mesej yang meransangkan sanubari lima hari lepas, hubungan aku dan Adrina semakin rapat dan mesra. Biarpun ribut badai takkan dapat memisahkan kami berdua! Chewah... macam real! Tapi kebanyakan cerita novel cinta kembang tekak tulih macam itu. Jadi aku follow-me je la. Tapi setakat ni kami tak pernah mengungkapkan I lap yu, yu lap mi pun. Kalau ikut ramalan bintang Nebula Kuda kepang bercicahkan sos tiram memang nampak sangat Adrina sukakan aku. Tapi adakah mencecah ke tahap cinta? Atau cuma teman tapi mesra ah! ah! ah! sahaja?
"Hai handsome!" Suara manja yang kutunggu-tunggu akhirnya membelai cupingku. Aku memaling ke arah si empunya suara. Saidatul Adrina. Gadis impianku. Yang menjadi igauanku selama ini. Yang membuatkanku berak tak lena, kencing tak basah dan kentut tak kenyang. Kini impianku untuk memiliki si rupawan ini hampir menjadi kenyataan. Kiiini gemilang itu semakin payah ku genggaaam.... Spenda in the eyes of the woooorld....
Malah dipujinya aku secukup rasa pulak tu. Mulalah rasa bangga kin to nin jiom pei pa ko nih! Ianya adalah suatu perasaan bangga yang dizahirkan dengan batuk yang mengada-ngada. Untuk maklumat lanjut sila layari dabliu-dabliu-dabliu dot kom dot mai. Atau hubungi kami di talian yang tertera di atas. Atau kunjungi kami di gerai-gerai pisang goreng yang berdekatan.
"Hello beautiful!" tegurku pula. Chewah! Skang dah konfiden komunis dah nak menegur Adrina. Nampaknya keyakinanku di kalangan awek lawa semakin bertambah mantap dan rangup. Skang aku baru paham napa Nizam si buaya darat (usekh aku tertipu laagi... uwoo-uwoo!) semakin lama semakin handal mengorat aweks tahap Maya Karin nih...
Nizam...
Keceriaanku tiba-tiba mati. Entah napa aku teringat pada Nizam tiba-tiba. Mungkinkah kerana sebenarnya aku rasa bersalah pada dia? Mana boleh! Dia yang kutuk Adrina dulu. Dia sebenarnya dengkikan aku. Memang dengki. Dan lagi... dan lagi... dan lagi...
"Hey... what's with the sudden expression?" tanya Adrina yang menyedari perubahan ayer mukaku. Aiseh! Kena cover line. Aku tak mau buat Adrina sedih lagi...
"Saya tengah tahan kentut." jawabku. Adrina terus menderaikan bibit tawanya.
"Hii! Tak senonoh!" ujar Adrina sambil memicit hidungnya. Aku turut ketawa. Ketawa untuk menyembunyikan perasaan sebenarku.
Tak jemu-jemu kurasakan bersembang dengan Adrina. Setiap topik pun terasa cukup menarik. Cerita pasal stokin dia yang tak berbasuh seminggu pun begitu mengujakan sekali. Naik sakit tetek aku sebab terlalu banyak ketawa. Bukan le lawak sangat pun jenaka Adrina tu. Tapi biasa la bila awek lawa melawak. Kalau muka pecah batu nesan tu tak hingin pun aku walau untuk tersenyum.
"Awak sebenarnya tak rasa happy, kan?" tanyanya tiba-tiba.
"Oro?" tanyaku sebab aku mengelamun tadi. Terhenti lamunaaan.... bila ku dikejutkan...
"Rina nampak Arif terserempak dengan Aswadi dan Nizam tadi. Mesti emosi Arif masih lagi terganggu." serkap jarang beliau nampaknya mengena. Aku bungkam. Terer betui awek nih. Elok bebeno kalau kerja dengan Jabatan Ramalan Kaji Cuaca. Tak pun kat race course!
"Memang ada rasa tak syok sikit. Tapi mujur Rina ada menghiburkan hati saya." ujarku untuk menyedapkan hatinya.
"Ooo... Kira Rina ni badut sarkis la, ya? Menghiburkan hati awak!" ujar Adrina dengan nada merajuk ala-ala kucing Burma tak dapat makan. Aku tertawa.
"Rina tau cara nak bagi awak betul-betul happy." katanya pula.
"Hmm... otak daku mulai terfikir perkara-perkara yang nyam-nyam." ujarku secara bergurau. Tapi sebenarnya memang aku dah terfikir gitu pun... Adrina mencubit lengan kananku dengan kejap.
"Tak senonoh! Tak maluuuu!" teriaknya. Aku mengaduh seraya tertawa.
"Okey! Okey! Askar Jerman serenda. Apa cara Rina nak bagi saya happy?" tanyaku.
"Malam ni Rina nak pergi berkaraoke dengan Hanani, Shaleen, Amilia dan Raihana. Arif nak ikut?" pelawanya. Aku terdiam. Berat betui rasanya nak join dengan kengkawannya yang elit tu.
"Alaa... jomlah. Arif tak sukakan diorang ke?" tanya Adrina. Aku menggelengkan kepala.
"Kecuali Shaleen, saya rasa tak selesa dengan diorang sebab diorang tu nampak macam anak orang golongan elit aje." ujarku untuk menjawab telahan gadis di hadapanku ini.
"Taaak... Diorang tu okey. Trust me. Jomlah, Arif. Pleaaaaaaseee..." Alamaaak... alapaaak... allagapaaas... Ni yang cayo nih bila mendengarkan pujukan membaham benua 70 petala langit daripada Adrina!
"Ladies... look who's hereeee..." keempat-empat perempuan yang keseksiannya mampu meruntuhkan tembok iman tok siak masjid al-Jabbar segera berpaling tatakala ditegur oleh Adrina. Aiseh! Tak puas aku meng-usha panorama yang menarik dari belakang mereka. Teeheheee...
"Booo! Bawak boyfriend la pulaaaak!" kutuk Raihana. Amilia dan Hanani turut mengeboo. Adrina tertawa. Aku tersenyum monyeh-monyeh. Tau-tau aje Shaleen dah mendekatiku.
"Rina!" serunya dengan agak lantang untuk melawan hingar-bingar bunyi suara sumbang dari bilik karaoke berdekatan.
"Hmm?" tanya Adrina.
"Is Arif your boyfriend now?" pertanyaan Shaleen benar-benar mengejutkanku sehingga rasa tercekik urat kentut. Adrina tergamam. Dan apabila kembali pulih, beliau nampak serba-salah untuk menjawabnya. Kelima-lima kami terdiam dek soalan kamikaze Shaleen tadi.
"Well... since you're not answering.... Hai Ariiif!" Tiba-tiba aje Shaleen menegurku dengan manja lantas memelukku dengan seerat-eratnya. Macam seorang gadis yang merindukan kekasihnya.
Kelima-lima kami kini tercengang dek perbuatan kamikaze Shaleen sekarang...
bab dua puluh empat
"Woih! Apa yang kau buat ni?" Aku dengan segera merungkaikan dakapan kemas Shaleen ke atasku. Mujurlah amoi tu memberikan kerjasama. Buatnya dia berdegil dan terus peluk kuat-kuat macam teknik ‘Bear Hug', mungkin aku terpaksa gunakan teknik ‘Power Supplex' pulak. Ni apa cerita gusti lak nih?
"Hehee..." Ewaah... gelak manja ala hewan kartun Jepun comel-comel pulaaak... Shaleen ni nampaknya sengaja buat gini bila aku besama Adrina. Apa kes pulak minah lesbo nih? Masaka! (Don't tell me...) dia cemburu ke bila aku dengan Adrina macam yang Nizam kata? Boleh jadi juga... tapi persoalan yang lebih penting ialah dia jeles kat aku ke atau kat Adrina? Aku melontarkan fokusku ke arah Adrina pula. Bibirnya melakar senyuman ceria; namun jelas air mukanya tersemat perasaan yang mencuka.
"Kau ni semberono betui la!" ujarku kepada Shaleen dengan agak keras. Mesti la kena cepat-cepat lakukan damage control. Seboleh-bolehnya aku tak mau Adrina menyangka selama ini aku diam-diam ‘teman tapi mesra' dengan amoi nih. Sungguhpun dia lebih cenderung kepada kaun sejenis dari segi emosi dan fizikal namun Shaleen tetap seorang perempuan yang sempurna serba-serbi. Cantik... langsing... bentuk tubuh athletic yang menggiurkan... personaliti yang menarik... dakapan yang hangat...Cih! Cih! Apa pulak yang aku kata nih?!!! Shaleen tersenyum nakal kerana dapat mengusikku.
"I pun nak peluk Ariiiif!" teriak Hanani seraya meluru ke arahku. Aku segera melompat untuk mengelakkan perempuan yang agak gedik ini. Rakan-rakannya yang lain tertawa seolah-olah ada pertunjukan raja lawak pulak.
"Jahat! Aku nak baliklah!" bentakku dengan agak keras. Aku boleh agak lepas ni mesti mereka semua nak membuli dan memperkotak-katikkan aku. Sebelum aku ditukarkan ke jabatan monyet sarkas, baik aku blah cepat. Adrina, Shaleen, Amilia, Hanani dan Raihana memprotes tindakanku yang sedang melangkah ke arah pintu keluar. Aah! Mampuslah korang semua! Pergilah cari beruk mat yeh lain yang sanggup jadi bahan mainan bodoh korang. Lagipun jatuhlah maruah aku di hadapan awek pujaan hatiku nanti. Namun langkahku tersekat kerana lengan kiriku telah dirangkul kemas oleh seseorang. Rangkulan tersebut sungguh kejap sehingga lenganku terasa menyentuh tubuh si empunya rangkulan. Sungguhpun tak berpaling, aku dapat merasakan lenganku menyentuh bahagian lembut dan sensitif si empunya rangkulan. Aku segera memalingkan tubuh untuk melihat siapakah orangnya.
Eleh, korang mesti ingat si Shaleen kan? Apara korang nih! Dia tu lesbian, tau? Apa yang korang seronok sangat mengharapkan sesuatu berlaku antara aku dan Shaleen? Hello... aku syok kaw-kaw kat Adrina la! Dan seperti yang sepatutnya berlaku... memang Adrina yang merangkul lenganku untuk menghalangku pergi.
"Please don't go." pujuk Adrina dengan lembut dalam nada separa merayu. Alamak! Hati aku dah start cair macam ais kat kilang Jalan Pintu Sepuluh. Ish! Kena keraskan hati.
Tak kiralah! Perasaan mencair tadi dah hilang akhirnya. Mujarab juga rupanya!
"Saya tak mau dibodoh-bodohkan!" ujarku dengan agak keras. Sungguhpun tak patut aku meninggikan suara kepada gadis yang sangat kugilai, namun aku berasakan bahawa memang patut aku buat begitu. Adrina terdiam seketika. Kemudian mengeluh kecil. Namun rangkulannya masih kemas. Itu yang syok tuh!
"Rina janji akan kawal perangai kawan-kawan Rina. Rina takkan bagi mereka buli Arif. Kalau Rina tak berjaya kawal mereka, kita akan keluar dari sini. Ke mana saja Arif nak pergi Rina akan ikut. Please stay. Give us a chance, okay?" pujukan Adrina itu berjaya membatalkan hasratku bersama taik kambing jantan emakku. Punyalah power cara dia memanipulasikan ayatnya. Patutnya Adrina ni jadi peguam. Eh! Memang la dia akan jadi peguam nanti!
"Okeylah." ujarku yang disambut dengan sorakan gembira anak-anak gadis yang so sosial itu. Malu rasanya semua mata di pusat karaoke tu memandang ke arah gelagat kami. Macam tengah tengok orang jual ubat kuat untuk lelaki pulak. Hanani tiba-tiba datang ke arahku.
"Sorry, ya Arif?" ujarnya seraya menghulur salam. Aku tersenyum seraya menyambut salamnya. Rasa macam menteri pulak! Kemudian berganti pulak dengan Raihana yang juga menghulurkan salam.
"Maap, ek?" pintanya. Harapnya jangan le ini caranya dia mintak maaf pada mak bapak dia di hari raya. Aku menganggukkan kepala seraya menyambut salamnya. Rasa macam menteri lagi!
"I pun janji takkan buli you lagi." Tampil pula Amilia dengan senyuman comelnya. Tangannya juga dihulurkan. Aku sekali lagi menyambut salamannya seperti seorang menteri. Akhir sekali si Shaleen. Dia ni la yang paling banyak buat dosa dengan aku. Dah jatuh tahap nusyuz nih! Namun amoi semberono ni tidak langsung menghulurkan salamnya. Siap memeluk tubuhnya sendiri macam jaguh handalan dalam komik kung-fu Wan Yat Leung lagi. Aku dah agak mesti dia tanak tunduk pada lelaki punya. Lagipun memang Shaleen cukup membencikan kaum lelaki. Namun cara matanya memandangku menunjukkan sebaliknya. Nampak dia berasa kagum, kalau tak tak salah pada firasatku.
"My-my... How they were SO way off about your character. I've never being wrong in judging people, you know? I knew in a heartbeat that you are exceptional when we first met. Guess I'm right... again!" ujarnya dalam bentuk ulasan selari seraya menepuk-nepuk bahu kananku. Apa yang minah ni cakapkan? Aku memandang ke arah Adrina. Agak terkejut kurasakan tatkala melihat air muka gadis yang merangkulku berubah serta-merta. Bukan cemburu atau marah. Tapi perasaan cemas. Kenapa ni? Apa sebenarnya dah terjadi tadi?
(Maknanya lebih kureng : Nampaknya mereka semua dah salah jangka tentang keperibadian kau. Aku tak pernah silap bila dalam menilai orang. Dengan sekejap aje aku dah tau yang kau ni bukan sembarangan orang. Nampaknya firasat aku memang betul... buat kesekian kalinya!)
"Wuih! Mewahnya VIP room nih... mesti mahal." ujarku dengan nada kekaguman tatkala melangkah masuk ke bilik karaoke yang telah ditempah untuk kami. Keempat-empat gadis yang menemaniku tergelak kecil. Arramak! Aku sekali lagi tercakap kuat perkara yang memalukan! Ni le bahananya kalau pertama kali masuk ke tempat eksklusif macam ni.
"Jangan bibang. I yang melanja." maklum Shaleen. Kami semua tertawa. Memanglah si amoi nih... Kalau speaking omputeh memang hebat dari omputeh lagi. Siap bersembur-sembur keluar salji antartika dari mulutnya. Tapi bila cakap Melayu... macam cina jinjang berterompah kayu bunyinya! Tapi Shaleen tidak mempedulikan kami; sebaliknya sibuk menekan butang pada mesin karaoke yang berada di bawah peti televisyen LCD. Beso betui tv tuh... aku ingat Hercules pun tak larat mengangkatnya!
"I melanja... I nyangi dulu!" ujar Shaleen dengan menggunakan mikrofon. Bergegau bilik VIP tu dengan suaranya. Seketika kemudian lagu pertama yang dipilih olehnya mulai berkumandang di segenap ruang bilik itu.
"Eh! Ini lagu "Still Young Today" dari kumpulan Tokio!" ujarku dengan lantang untuk mengatasi bunyi muzik yang membingitkan. Tau-tau Shaleen menghulurkan sebatang lagi mikrofon kepadaku.
"Sing with me!" ujarnya kepadaku yang kini tergamam dan panik atas kesilapanku berkata sedemikian rupa. Harapnya janganlah Adrina jeles!
bab dua puluh lima
‘Still Young Today' dari kumpulan Tokio memang antara lagu yang sangat aku sukai. Kalau tak silap aku lagu tu sebenarnya lagu lama tapi dinyanyikan semula oleh Tokio. Kalau aku tak tersilap sekali lagi lagu tu adalah tentang seorang pemuda yang berasa hampa kerana tak dapat berjuang untuk negaranya kerana masih budak lagi. Kira lagu patriotik la nih. Tak sangka pulak nyonya sekor ni pun suka juga. Tatkala rangkap pertama mula berkumandang dari bibir mungil Shaleen, aku terus mencapai mikrofon yang masih dihulurkannya kepadaku dan mula menyanyi bersama.
Tiga lagi anak dara tadi bersorak memberikan sokongan kepada MyTeam... eh, silap! MyTeam dah kalah aritu... Diorang bersorak untuk menaikkan semangat kami. Aku dan Shaleen menyanyi dengan bersungguh-sungguh macam nak masuk olimpik pulak. Baharulah aku menyedari bahawa suara Shaleen sangat sedap dan merdu bila menyanyi. Tak boleh jadi ni... aku yang merangkap juara karaoke Daerah Lambor Kanan mulalah rasa tercabar. Justirizer... bertukar! Aku mula la tarik suara dengan aksi-aksi sekali sebab dah dapat tangkap mood lagu tu. Sorakan yang semakin lantang langsung tak kupedulikan. Punyalah penuh perasaan aku menyanyikan lagu tu sampai bergenang air mataku sebab terlalu menghayati cerita di sebaliknya.
Bila selesai menyanyi baharulah aku ‘balik semula' ke bilik VIP itu. Kalau tak gamaknya aku dah sampai ke Tokyo la tuh! Tepukan gemuruh dan sorakan pujian baharulah terdengar menyapa ke cupingku. Aku merenung ke arah Shaleen. Beliau juga sedang bersorak ke arahku.
"Wooohooo... wooooo!!!" jeritku juga. Nampaknya aku rasa sangat teruja gaya lembu Bovril sekarang. Beberapa tika kemudian anak-anak dara berempat tadi sibuk membongkok untuk berebut memilih lagu di mesin karaoke tadi. Aku pulak sibuk melihat mereka dari belakang. Huuu... memang terliur melihat bahagian pinggul depa. Iah! Raihana tak pakai panty langsung ke? Aku tengok kulitnya menerobos sampai ke dalam tanpa sebarang benang pun. Meh aku datang rapat lagi. Bukan apa, aku perlu pastikan sama ada Raihana benar-benar tak pakai apa-apa selain seluar ketatnya itu agar boleh kunasihati beliau untuk tidak berbuat demikian lagi. (Yalah tu!)
Yes! Memang tak pakai! Ops... ish-ishhh... insaflah wahai nak dara muda... Tiba-tiba Amilia berpaling ke belakang memandangku. Alamak! Cepat cover line! Aaa... Cover Girl ke Maybeline? Tak dapat pikir alasan! Mampus aku!
"You nak lagu apa, Arip?" tanya Amilia tiba-tiba. Eh... rupa-rupanya dia tak perasan apa yang sedang buat tadi? Fuh... lega tonsil aku. Aku pun pura-pura berpikir bak cendekiawan.
"Aku nak lagu rock!" ujarku untuk cover line. Amilia mencebik dan kemudian meneruskan perlakuannya berebut dengan tiga ekor lagi kawannya itu. Aku pun pelan-pelan berundur ke belakang sambil menikmati permandangan di hadapanku dengan gaya cendekiawan sekali lagi.
Hm... Adrina ni memang yang tercantik di antara mereka semua tapi suaranya macam orang tak de lidah bila menyanyi. Heran ya... suaranya bila bercakap bukan main lemak merdu berkrim tapi bila nyanyi jadi tombak perdu pulak. Sepanjang Adrina menyanyikan lagu ‘How To Touch A Girl' dari Jojo, setiap kali dia memandangku, aku terpaksa menggerakkan otot-otot mulutku untuk tersenyum seikhlas mungkin.
Kemudian Amilia pulak menyanyikan lagu pilihannya nyanyian Kris Dayanti berjudul ‘Cobalah Untuk Setia'. Pun sumbang jugak. Macam mendengar bunyi sekawan burung gagak kat Pasar Ramadhan rasanya. Pun gitu kami semua bertepuk tangan. Bagi muka aje le tu.
Ratu pemecah tingkap gereja yang seterusnya ialah si Raihana Tanpa Spenda (macam pendekar Tanpa Nama). Lagu yang dipilihnya adalah ‘Love Story' nyanyian Katherine McPhee. Diorang ni... Dah tau suara punyalah gila babi dahsyat tak bestnya, kenapa masih nak ambik lagu high pitch? Macam yang abang Roslan kata, pitching tu kena jaga ya, ujar Kak Jee.
Kemudian mikrofon berpindah ke tangan Shaleen pulak. Beliau menyanyikan lagu ‘Breath Again' dari Juwita Suwito. Terpegun aku mendengarnya. Suara amoi kaki carut ini begitu merdu dan bergemersik sekali. Ianya menusuk ke sanubariku hingga meremang bulu romaku. Malah Shaleen menyanyikan lagu tu dengan tanpa susah payah sampai meneran-neran keras perut.
Sebaik sahaja beliau selesai menyanyi, kami semua bertepuk tangan dan bersorak dengan kuat. Lebih-lebih lagi aku. Aku betui-betui rasa enjoy mendengarkan lagu tersebut setelah diseksa dengan tiga raungan dari alam barzakh sebelum ini tadi.
"Ha! Lepas ni lagu Arif pulak!" maklum Adrina disusuli dengan tawa manjanya. Aku tak tahulah apasal dia ketawa. Ni terpengaruh dengan iklan tv le nih.
"Lagu apa you nyanyi?" tanya Hanani. Tadi aku berjaya memprogramkan lagu pilihanku setelah terkebek-kebek mencarinya dalam album senarai lagu.
"Mana boleh bagitau!" balasku. Hanani ketawa. Ketawa pasal apa pulak nih? Tiba-tiba lagu pilihanku mula berkumandang. Dan aku mulai menyanyi.
"Lagu apa nih?" pertanyaan Raihana masih dapat dicekup oleh gegendang telingaku.
"Ini lagu Exist!" maklum Adrina pula. Memang betui. Aku tengah menyanyikan lagu kumpulan Exist yang bertajuk ‘Kapal Terbang Kertas'. Aku sukakan lagu ni sebab ia membuatkan aku berasa enjoy. Sambil menyanyi aku juga menari-nari macam tengah buat konsert. Lastnya mereka berempat turut menari-nari bersamaku dengan aksi kapal terbang. Selesai sahaja menyanyikan lagu itu, aku juga mendapat tepukan dan sorakan yang lantang. Setakat lagu itu, malulah aku selaku juara karaoke daerah kalau tak boleh bawakan.
"Shit! You're good, man!" puji Shaleen. Mereka semua menepuk-nepuk belakangku untuk memberikan pujian. Tapi rasanya lebih mirip pada mendebik sebab geram aku bersuara sedap.
"Kau pun patut jadi penyanyi, amoi!" balasku dengan nada teruja. Shaleen tiba-tiba membeliakkan matanya kepadaku dan kemudian memandang ke arah Adrina seolah-olah memberitahu agar aku berbuat begitu juga. Aku memandang ke arah Adrina. Dan aku menyedari bahawa sekali lagi aku telah melakukan kesilapan yang serius.
Adrina juga sedang memandangku sambil tersenyum. Tapi senyumannya benar-benar kelat. Ternyata pujianku terhadap Shaleen itu tadi sekaligus juga telah mengesahkan kutukanku terhadap Adrina.
Bak kata Shaleen : "Oh shit!..."
Bab Dua Puluh Enam
Adrina pasti menyesal sekarang sebab mengajakku menyertai beliau dan rakan-rakan seksinya berkaraoke. Perasaan tersebut jelas terpapar di raut wajahnya semenjak aku memuji kelunakan suara seorang gadis yang selama ini kusangkakan hanya pandai mencarut sahaja. Malah cukup ketara kami berdua yang menguasai suasana di dalam bilik karaoke tersebut yang sekaligus membuatkan para peserta program realiti lain berasa kecil serta kerdil.
Setelah berkaraoke, Hanani mengajak kami semua ke bistro untuk yamcha pula. Sepanjang perjalanan ke sana, Adrina lebih banyak menyepikan diri. Kalau gelak pun nampak macam berlakon aje. Jangan harap la Tiara Jaquelina nak ambil berlakon teater kalau gini gaya lakonannya. Aku berasa buat julung-julung kalinya gadis tercantik dan terpopular dalam kumpulannya ini berasa tergugat dengan seseorang yang selama ini mungkin tidak langsung diendahkan kehebatannya. Aku mulai terfikir sekarang bahawa kalaulah Shaleen seorang gadis normal yang tidak menghambat gadis lain untuk mendapatkan cintanya, sudah tentu Adrina akan berasa cukup tercabar dari dahulu lagi.
"Kita dah sampai!" teriakan Amilia yang penuh dengan gema emosi teruja mengejutkan lamunanku. Uih... penuh lampu warna-warni bistro tersebut. Cantik betui. Pun begitu aku tak ambil pusing pun untuk meneliti namanya kerana bebola mataku sedang giat mencakup kelibat anak-anak gadis seksi yang keluar masuk di bistro tersebut. Dahsyat betui pakaian diorang. Macam nak masuk gusti WWE la pulak!
"Hanani... Amilia; korang turun dulu. Rina temankan Arif, ya?" pinta Adrina kepadaku yang kini memarkirkan kereta di hadapan bistro warna-warni tersebut. Hanani kelihatan agak terkejut dengan permintaan Adrina. Namun beliau sempat menghiasi wajahnya dengan senyuman mengusik sebelum keluar daripada kereta. Mitsubishi Evo milik Shaleen yang berada di belakangku turut berhenti untuk menurunkan Raihana.
Wooo... I see... (OIC). Rupa-rupanya Adrina tanak aku dan Shaleen sama-sama bertemu lepas memarkirkan kereta kami di tempat yang disediakan. Eiii... Adrina jeleeesss.... Sukanya aku awek secantik dia berasa jeles demi keranaku! Setelah berpusing-pusing beberapa ketika, akhirnya aku dapat juga memarkirkan keretaku. Evo Shaleen masih terkial-kial mencari tempat parkir.
"Jom Arif." ajak Adrina dengan nada kurang sabar setelah melihatkan aku yang masih tercangak-cangak di situ.
"Eh, tunggu le amoi carut tu." ujarku yang memprotes sikap Adrina itu. Aparra tak nak tunggu member. Aku takkan sanggup blah gitu aje tinggalkan Nizam dan Wadi-
Nizam dan Wadi bukan member aku lagi....
Malah aku pun tergamak tinggalkan mereka...
"Alaaa... Shaleen tu tau la nak cari kita nanti. Jom la Ariiif...." rengek Adrina seraya menarik lengan kananku dan memautnya. Aku yang kini berkecamuk menurut sahaja tanpa protes. Kalau dia seret aku ke lorong gelap dan cabul aku pun aku hanya berserah dan pasrah. Hahahaha... Eh! Patutnya aku sedih la! Okey... sedih!
Udara di dalam bistro tersebut bercampur-gaul dengan asap rokok, aroma peluh, bau perfume serta bau pelik yang agak masam. Aku agak-agak mungkin bau arak kot? Aku heran jugak kenapa orang nak togok arak. Baunya udah le macam air tebu basi. Pehtu buat orang sakit kepala dan termuntah-muntah pulak tu. Kalau gitu baik cium aje ketiak Pak Lang aku lepas dia balik dari kebun sawit. Udah le free, dapat kick yang sama pulak tu. Siap boleh muntah hijau lagi... lebih ekstrem!
Tapi yang amat menarik perhatian aku ialah ada band yang menyanyi secara live dalam bistro tersebut. Ada awek comel kecik-miut sorang-sorang nyanyi diiringi oleh tiga orang lagi ahli band. Dia nyanyi lagu Jaclyn Victor berjudul "Di Bawah Pohon Asmara". Lagu rancak tersebut berjaya memanaskan suasana di dalam bistro hinggakan beberapa pengunjung mula menari-nari dengan gaya ntah-hapa-hapa-ntah.
"Haa! Diorang duduk kat sana!" ujar Adrina dengan kuat seraya segera menarikku ke arah Hanani, Amilia dan Raihana yang giat melambai kami berdua. Dalam keadaan yang agak sesak itu agak sukar juga untuk kami bergerak ke arah destinasi yang ditujui. Jari-jemari gadis impianku itu masih kejap memegang tanganku seolah-olah bimbang aku akan dipaut oleh tangan lembut yang lain. Maksud aku si Shaleen la... bukan Auw-Auw!
"Tempat ni best, tau?" ujar Amilia dengan lantang untuk mengatasi bunyi muzik tatkala kami tiba di meja mereka. Memang betul cakapnya. Awek penyanyi yang cute tu memang sedap suaranya. Beberapa ketika kemudian seorang gadis yang agak seksi datang menghampiri kami.
"Hello! You all dah order?" tanyanya. Senyuman manis lagi mesra tidak kunjung padam dari bibir merahnya.
"I'll have Tiger Ice." Itulah ayat yang terpacul dari bibir Hanani. Arak? Aku salah dengar ke? Atau salah faham maksudnya? Tapi ikut pemahaman aku berdasarkan teori perubatan ayurvedha, Hanani baharu sahaja memesan sebotoi arak.
"Make it two." ujar Amilia pula. Oro? Takkanlah... Amilia pun sama? Takkan arak kot? Agaknya nama air special tempat ni kot? Macam Happy Meal kat MacDonald's.
"I want Anchor. And make her a Bloody Mary, okay?" pesan Raihana pula. Anchor? Bloody Mary? Itupun nama arak, kan?
"Alhamdulillah... akhirnya kau ingat jugak, ya?" ujar Adrina seraya tertawa. Aku semakin terkejut. Tubuhku tiba-tiba berasa sejuk dan kurang enak. Adrina? Gadis idamanku? Apakah gerangan halnya yang sedang berlaku ni? Aku mungkin bermimpi kot? Harapnya aku bermimpi la...
"Abang hensem nak order apa?" tanya pelayan seksi tadi. Sorakan Adrina dan kawan-kawannya mengejutkan diriku yang sedang berasa kurang selesa dengan perkataan ‘Alhamdulillah' yang disalahguna sebentar tadi oleh gadis idamanku.
"Saya tak minum liquor. Ada benda lain tak?" tanyaku dengan perasaan malu. Pasai apa pulak aku rasa malu? Sejak bila pulak kalau tak minum arak maknanya tak cool? Tapi gitulah perasaanku buat masa ni. Rasa rendah diri. Rasa tak elit. Rasa macam pak cik yang kolot. Tapi aku tak mau minum araaaaak!!! Jadi mabuk sepuluh tiang sebab minum arak bukannya cool pun!
"Tentulah ada. You can order Coke... or perhaps ice lemon tea?" maklum gadis tersebut dengan sopan. Mungkin dia dah biasa jumpa orang macam aku yang pura-pura hip dan happening tapi dah rasa intimidated bila member-member pompuan order arak.
"Ice blended coffee ada?" tanyaku. Gadis seksi berbangsa Melayu yang sehasta tebal mekap di wajahnya meriakkan senyuman. Alamak! Tak de ke? Aib, siulll...
"Ada. Abang nak taruh krim atau tak nak?" tanya gadis tersebut lagi. Tiba-tiba bahuku terasa dihentak dengan sesuatu.
"Fuckers! Y'all left me alone high and dry outside! I ought to kick your asses. All of you!" Teriakan bengang Shaleen tiba-tiba mematikan niatku untuk menjawab pertanyaan pelayan tersebut. Beliau sempat menembi belakangku sekali lagi untuk melepaskan geramnya. Sakit la, bodoh! Tapi memang salahku sebab menuruti kata-kata Adrina meninggalkan Shaleen tadi.
"Alah, small matter la amoi. Janganlah marah. I belanja, okay?" pujuk Amilia. Baharulah pompuan suku cawan tu nak bertenang.
"So, abang?" tanya pelayan tadi dengan senyuman manis yang masih bertampuk di bibir sungguhpun telah dipotong patah katanya dengan cara biadap oleh Shaleen tadi.
"Bubuh krim, ya?" pintaku.
"Miss?" tanya pelayan tersebut yang ditujukan kepada Shaleen pula.
"Ice lemon tea, thank you." pesan Shaleen. Aku tergamam mendengarkan pesanan beliau. Shaleen membalas renunganku ke arahnya dengan perasaan hairan bercampur tersinggung.
"What? I don't drink, period! Being drunk is not cool at all. Besides, ice lemon tea is my fuckin' favourite drink. So sue me!" ujarnya.
Shaleen mengungkapkan kata-kata yang hanya bermain di fikiranku sebentar tadi. Kenapa ni? Kenapa Shaleen yang non-Muslim lebih ‘terpelihara' daripada ketiga-tiga pompuan yang berada di depan mataku ini? Malah aku tiba-tiba teringatkan klip-klip lucah dalam handphone yang aku tengok selama ni. Majoritinya gadis Melayu. Beragama Islam. Begitu juga dengan minah-minah rempit yang rosak akhlaknya. Berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kalau dicongak-congak, terlalu banyak bukti yang menunjukkan bahawa gadis Melayu yang beragama Islam sekarang kini telah rosak perilakunya. Bukankah Islam adalah agama yang terbaik? Apa dah jadi ni?
Entah mengapa benakku tiba-tiba berharap agar bila kahwin nanti aku dikurniakan anak lelaki sahaja. Aku tahu tak baik berdoa begitu. Tapi melihatkan anak-anak gadis bertiga di hadapanku yang begitu selamba memesan arak tadi membuatkan aku menjadi takut tiba-tiba.
"Senor? Senor? Que pasa?" Pertanyaan dalam bentuk gurauan daripada Shaleen masih tidak mampu meredakan pegunku sekarang.
Bab Dua Puluh Tujuh
"Hebat betui suara you masa nyanyi tadi. Kalau tak kerana Adrina chop you dulu, dah lama I culik dan simpan kat rumah." komen Hanany yang bersuara manja tadi disambut dengan hilaian tawa Maya Karin oleh rakan-rakannya. Tu dah mabuk le tu. Botol ketiga arak cap harimau belang di bawah pokok kelapak hampir habis ditogoknya. Itu sebabnya bercakap sewenang-wenang aje tu. Ni kalau aku bubuh air longkang dalam gelas pun mau diminumnya juga.
"Jangan harap! I akan rampas dari tangan you dan selit dia kat sini." ujar Amilia pula seraya menyelak sedikit bajunya dan menayang tali colinya untuk tatapan umum tanpa bimbingan ibubapa. Kemudian terbahak-bahak gelak bersama rakan-rakan semabuknya. Kalaulah minah ni tak mabuk, tentu dia boleh buat provokasi yang sangat seksi sekarang dengan tali colinya itu. Ni aku meluat pulak melihatnya. Aku bagi je la sengih diskaun Kamdar kat dia.
"No way... he's mine. Next time your turn." tingkah Adrina sambil melentokkan kepalanya di bahuku. Lepas tu tergelak tak tentu pasal. Pun mabuk jugak setelah memesan sebotol Stout pula sebagai minuman susulan kepada dua gelas Bloody Mary tadi. Serius langsung tak comei bila gadis idamanku ini mabuk. Dan aku pun rasa malas nak berfantasi yang mampu menggantikan ransangan Viagra di kala ni. Lagipun...
Apa maksud dia "Next time your turn"?
"Next time your turn?" Pertanyaanku diarahkan kepada Adrina. Gadis di hadapanku ini yang macam tengah mamai hanya tersengih kambing. Mulutnya terkumat-kamit cuba untuk berkata sesuatu. Namun tanganku tiba-tiba disentap oleh seseorang.
"I love this song. Jom nari!" Rupa-rupanya Shaleen yang menyentapku ke arah pentas tarian. Penyanyi bistro yang kecik molek tadi kini sedang menyanyikan lagu Elyana berjudul Kau Atau Aku.
"Aku tak tau menari la amoi!" protesku. Apa kejadahnya tiba-tiba dia mengajakku sehati berdansa ni? Ini mesti nak menyakitkan hati Adrina lagi le ni...
"Me neither. I bantal aje!" balas Shaleen dengan kuat untuk melawan bunyi kuat muzik. Perkataan ‘bantal' tadi cukup untuk mencerikan sedikit moodku. Aku pun mengalah dan mengekori sahaja tarikan Shaleen ke pentas menari. Lagipun tak kuasa aku menengok kerenah tiga gadis Melayu tengah mabuk, lebih-lebih lagi Adrina. Terus-terang aku katakan yang aku berasa sedikit kecewa dengan gadis impianku itu. Entah kenapa semakin lama semakin ternampak kekurangannya yang selama ini padaku adalah seorang gadis yang serba-serbi sempurna.
Di pentas menari aku main hentam aje menghayun kedua tangan dan kakiku mengikut irama lagu. Kalau time ini aku diletakkan dalam zoo, agaknya tak ada siapapun akan terperasankan yang aku ni manusia. Tapi aku taklah berasa malu sangat terkinja-kinja di kala ini sebab pasangan menariku juga tak reti menari. Begitu juga dengan belasan muda-mudi yang turut menari di pentas tersebut. Boleh dikatakan bistro ni memang khas untuk orang-orang bodoh macam kami untuk nampak cool.
Sambil menari aku memerhatikan sahaja gelagat Shaleen yang kini sibuk menggeselkan dirinya dengan seorang gadis lain. Lawa jugak awek tu. Boyfriend dia nampak begitu teruja melihatkan aksi mereka berdua. Cuba kalau aku yang bergesel dengan awek dia. Mau makan kayu dram nanti! Kalau ikutkan memang perbuatan Shaleen sekarang nampak menjengkelkan. Tapi entah macam mana beliau nampak seksi dan menarik sekali dengan gayanya itu.
Alamak... Masaka... (Itu cakap Jepun. Dalam omputeh maknanya : Don't tell me... Dalam Melayu maknanya : Jangan-jangan...) Aku sebenarnya dah mula tertarik dengan Shaleen ke? Bila imbas kembali, memang aku berasa lebih rileks dan santai bila bersamanya sedangkan aku perlu control diri aku bila bersama Adrina. Aku selalu tergelak dengan lawak Shaleen dan berasa tidak jelak dengan carutannya. Bila bersama Adrina, aku paksakan diriku untuk ketawa dengan jenakanya. Ala... macam bila tengok kebanyakan cerita sitkom buatan Malaysia la. Kan kita selalu menyeringai siap-siap dan menunggu bila masanya untuk ketawa. Kadang-kala sampai lenguh rahang dibuatnya.
Ish! Tak boleh. Tak boleh begitu! Adrina dah mula sukakan aku. Tentu ada kualiti yang baik dalam diriku yang menambat hatinya. Shaleen tu ujian pada diriku sahaja. Sama ada aku akan setia dengan pilihanku selama ini. Lagipun minah kacukan tu minat perempuan berbanding lelaki. Tapi Adrinaku itu minum arak. Satu benda yang aku tak boleh ketepikan dan menggangguku hingga sekarang. Macam mana, ya? Hmh! Aku rasa dia akan berubah satu hari nanti. Pasti akan berubah. Dan akulah orangnya yang akan mengubahnya. Adrina sayangkan aku. Sayangkan aku lebih dari seorang kawan. Dia pasti sanggup berubah demiku. Sebab aku pun begitu juga.
"Boleh, boleh!" Secara tak sengaja kata-kata tersebut terpacul dari mulutku.
"You're saying?" tanya Shaleen yang ingat aku sedang bercakap dengannya. Sebaik sahaja mendengarkan suara gadis tersebut hatiku tiba-tiba berdebar dan perutku menjadi senak. Aku berhenti menari. Shaleen yang sedang menari juga turut berhenti.
"You okay, bro?" tanyanya dengan nada kehairanan. Aku tak menjawab. Sebaliknya hanya terpaku merenung Shaleen tanpa berkelip mata. Amoi di hadapanku itu juga membalas renunganku dengan cara yang serupa. Dan dengan tak semena-mena rangkap lagu yang berkumandang menangkap perhatianku bagaikan begitu kena sekali dengan situasi sekarang.
"Lakonan kini semakin membebankan,
Terasa ingin saja aku terus-terang tentang perasaanku padamu,
Main tarik tali, malu mahu memulakan luahan hati kita..."
"I got to go!" ujarku tiba-tiba dan terus segera beredar meninggalkan pentas menari. Aku ternampak tandas yang berada tidak jauh dari situ. Langkahku pantas meninggalkan Shaleen yang aku pasti terpinga-pinga dengan tindak-tandukku ini. Sebaik sahaja aku memasuki tandas pandanganku disambut oleh sepasang lelaki dan pompuan (betina lebih sesuai) sedang maksyuk bercium mulut dekat sinki. Kehadiranku membuatkan mereka terkejut. Si gadis segera menarik tangan si lelaki keluar dari situ. Dah malu la gamaknya tu sebab aku nampak diorang beromen dalam jamban. Hina betui buat hal dalam jamban. Baik korang berak sekali sambil-sambil French kiss tu.
Aku segera membasuh mukaku di sinki. Kemudian merenung diriku di cermin muka yang disediakan. Lama aku merenung diriku seolah-olah cuba untuk mencernakan apa yang telah berlaku tadi. Kesedaran diriku mulai perlahan-lahan timbul.
Apa aku buat di sini? Ini bukannya yang aku mahukan. Mungkin ia menyeronokkan bagi sesetengah orang tapi bukanlah aku orangnya. Kalaulah ini kehidupan yang Adrina jalani, maka perhubungan kami pasti akan ada masalah.
Adrina pasti sangat menyukai gaya kehidupan sebegini. Mahukah dia berubah nanti?
Aku terfikir .......................
Entah mengapa aku turut terfikirkan yang sama ada Shaleen mahu berubah nanti.
Bab Dua Puluh Lapan
"Arif! You okey ke?" Buat kesekian kalinya pertanyaan yang seumpama itu terpacul dari mulut Shaleen. Aku kali ini hanya menganggukkan kepala seraya menunjukkan isyarat ‘best' dengan ibu jariku. Dah boring aku nak menjawabnya. Serius, kalau dia tanya soalan yang sama sekali lagi aku akan cabut ekzos Evonya tu dan baling ke dalam Parit Buntar. Tak kira la gunakan spanar ke atau kapak ke... gunakan jari pun boleh! Hehehe... paham tak lawak aku? Tak paham? Tak paham lantak koranglah! Aku sekarang ada masalah yang lebih besar untuk diberikan perhatian; iaitu perasaanku yang mulai menyusut terhadap Adrina sekarang dan mulai menebal terhadap Shaleen.
Gadis kacukan di hadapanku ini kembali menyedut minuman kegemarannya, iaitu ice lemon tea. Aku merenung ke arah keempat-empat anak dara yang dah kuyu akibat pening tuak. Padan muka! Tadi gelak bukan main lagi. Sekarang dah pening-pening babi. Adrina terlentok di sisi Raihana. Amilia dan Hanany pula dah terpekap muka di atas meja.
"Shaleen, jom balik." ajakku. Tak kuasa aku nak melepak di sini lagi. Tempat ni teruk dan membuatkan aku rasa teruk sekarang. Tiba-tiba kulihat Shaleen tersengih.
"You call me Shaleen. You never call me by my name before. Normally you just call me amoi." komen Shaleen. Eh? Ye ke aku memanggilnya dengan nama Shaleen. Aku... tersasul ke? Aku cuma tertawa kecil.
"You dah mula cingta kat I ke?" tanya Shaleen dengan senyuman nakal. Jantungku seakan tersentap. Namun dengan pantas aku tertawa bak jin cerita Ahmad Albab. Nak cover line le ni. Aku memandang ke arah Adrina. Kot-kot dia bereaksi terhadap pertanyaan rakannya itu tadi. Adrina sedikitpun tak menguit. Begitu juga Raihana, Amilia dan Hanany. Memang sah mereka bertiga dah mabuk optimum!
"What so funny?" tanya Shaleen dengan nada agak tersinggung.
"Bukan cingta la amoi. CINTA." jawabku seraya tertawa lagi. Harapnya jangan le dia perasan aku berlakon aje.
"You CINTA tak kat I?" tanya Shaleen. Soalannya itu benar-benar sekali lagi menyentap perasaanku. Aku benar-benar berharap agar keadaan suram di dalam bistro ini dapat menyembunyikan ekspresiku yang sebenar. Pun begitu kali ni aku lebih bersedia untuk menjawabnya.
"Buat apa nak jatuh cinta kat you? You sukakan pompuan, bukannya lelaki. Buang karan aje." jawabku dengan gaya semacho mungkin. Teringat lak judul filem Indonesia bertajuk "Macho" (Masalah Cowok).
"Buang karan?" tanya Shaleen. Dia pasti tak paham.
"Buang karan tu maksudnya ‘wasting my time and effort'... eh! Maksud aku ‘wasting a guy's time and effort' aje." perjelasku dengan bersungguhan. Shaleen tersenyum.
"Do you find me disgusting?" tanyanya tiba-tiba. Ni apahal pulak tanya sama ada dia menjijikkan pulak ni?
"Disgusting? Taklah. Annoying tu ada la sekali-sekala." jawabku seraya tertawa. Tapi amoi di hadapanku ini tidak menyertai sekali perarakan ketawaku.
"You know what I meant. I'm a lesbian. Surely you'll find me disgusting." ujar Shaleen.
Memang aku tau pun apa sebenarnya yang dia nak tanya. Tapi kalau boleh aku malas nak menjawabnya. Aku melepaskan keluhan berat. Nampaknya aku tak dapat mengelak lagi.
"Memanglah aku tak sukakan perbuatan lesbian. Tapi kau le pompuan lesbian pertama yang menjadi kawanku. And unfortunately you are a very nice and kind-hearted person. Mula-mula aku memang rasa tak selesa bila dengan kau. Tapi sekarang kau adalah salah seorang kawan baik yang aku tak akan buang dari hidupku." jawabku dengan panjang lebar. Shaleen nampak tak berapa paham.
"I used to feel uncomfortable when you're around. Now you are the kind of person who I'll never get rid off for the rest of my life." ujarku dalam English pula. Agak tergagap juga la nak bercakap omputeh panjang-panjang ni. Taklah macam diorang yang bersembur-sembur salji keluar dari mulut. Shaleen tersenyum. Cukup manis sekali senyumannya. Namun tiba-tiba beliau terdiam dan nampak sugul.
"Apasal pulak ni?" tanyaku. Shaleen menggelengkan kepala.
"Nothing. It's nothing. Nada. Zero...." jawabnya dengan perlahan dengan kepalanya yang ditundukkan. Seolah-olah tidak sanggup memandang wajahku. Hatiku masih meruntun-runtun lagi. Tapi yang baiknya aku masih boleh mengawal perasaanku lagi. Kenapa la aku boleh berperasaan begini? Rasa tak syok betui! Tiba-tiba Shaleen menggamit seorang pelayan berbangsa Cina untuk datang ke meja kami.
"Lydia! I'll have another ice lemon tea, yah? And... Arif?" tanya Shaleen selepas mengemukakan pesanannya. Aku menggelengkan kepala.
"Huyoo... sampai dah kenal mesra dengan waitress di sini." usikku setelah waitress tersebut pergi. Shaleen tertawa.
"I just know her name, okay? Don't think anything funny, okay?" ujarnya. Aku pula tersengih.
"Mana ada aku fikir yang bukan-bukan!" ujarku dengan gaya pura-pura marah.
"Besides, she's not my type." ujar Shaleen lagi. Eleh, bukan jenis yang kau suka kunun... Tengoklah kalau dia bogel nanti... eh! Aku anggap amoi ni macam lelaki pulak!
"Habih tu what is your type?" tanyaku pula. Shaleen memandang sekeliling. kemudian beliau menunding ke arah kumpulan modal insan yang tengah la-la-la-la joget lammmbak Adam AF kat pentas menari.
"There." jawabnya ringkas. Aku jenuh meneliti arah tundingannya.
"Mana? Yang gemuk dan kaki berbulu tu?" tanyaku dalam nada bergurau. Shaleen tertawa. Beliau segera bangun dari kerusinya dan merapatiku.
"Tu... tu..." ujarnya. Aku kembali tak tentu arah. Mana taknya, tubuh Shaleen dah menyentuh belakangku. Manakala tangan kirinya memaut bahu kananku. Namun aku masih mampu menenangkan diri dan melihat sahaja ke arah tundingannya.
"Yang pakai baju warna biru tu ke?" tanyaku.
"Yep, she's the one. My type." jawabnya. Empunya diri yang bertuah tersebut memang cantik orangnya.
"Eleh, cantik lagi opah aku." komenku untuk mengusiknya. Shaleen mencengkam bahu kananku dengan kuat untuk melepaskan geram. Aku mengaduh.
"Abih tu untuk lelaki pulak what's your type?" tanyaku. Shaleen tak menjawab mahupun menunding. Aku memalingkan wajahku ke arahnya. Tatkala itulah pandangan kami bertemu. Renunganku terpaku ke arahnya yang juga sedang memandang tepat ke mataku. Beberapa saat kemudian beliau terus melepaskan pautannya. Namun Shaleen enggan kembali ke tempat duduknya.
"Arif, jom keluar buang angin for awhile." ajaknya. Aku tergelak besar.
"Ambil angin laaa... bukan buang angin!" sindirku. Namun aku bersetuju untuk mengikutnya. Aku dah tahan dengan bau rokok dan arak yang semakin menyesakkan saluran esofagusku. Chewah! Macam betul...
"Finally! Fresh orange... eh! Fresh air!" komenku dengan lawak tersilap yang sengaja dibuat. Pun begitu Shaleen tetap mahu ketawa. Paaandai anak mak buat lawak! Keadaan luar memang sangat nyaman dan segar sekali.
"Arif, I wanna say something. I mean, I wanna tell you something. But please promise me that you will not get angry." Tiba-tiba Shaleen memulakan bicara. Alamak! Rupa-rupanya dia nak slow-talk dengan aku! Kenapalah aku ni bengong sangat tak terperasankan hal ini? Aku hanya mendiamkan diri.
"Promise me!" desaknya. Aku menggelengkan kepala.
"Tak mau. Ni mesti hal yang tak menyeronokkan. But I promise not to run amok." janjiku. Shaleen tersenyum.
"Fair enough." ujarnya. Keadaan seolah-olah menjadi hening seketika.
"Hah? Apa dia?" ujarku dengan nada tidak sabar apabila melihatkan Shaleen pegun membeku macam batu.
"Arif, you're good person. Unfortunately Adrina is not." Terkesima aku mendengarkan kata-kata Shaleen tersebut. Chewah! Pakai perkataan terkesima pulak! Sorry, ye Siti? Gua pinjam ayat lu.
"Hah?" Itu sahaja yang mampu kuluahkan dari mulutku.
"Arif.... Stay away from Adrina!
Bab Dua Puluh Sembilan
"Apa ni Shaleen? Apa yang kau cakapkan ni?" Aku benar-benar tidak percaya dengan kata-kata yang singgah di telingaku. Baharu aje semalam aku mengoreknya dengan putik kapas Pureen. Mustahil aku tersalah dengar.
"Please stay away from her. From Adrina." ulang Shaleen lagi. Nadanya kali ini cukup jelas dan tegas.
"Hei... dia tu kan kawan kau? Mengapa kau kata begitu?" pertikaiku dengan rasa tidak puas hati. Apa zaman ini persahabatan dah tak ada nilai lagi ke?
"Please... you must listen to me." ujaran Shaleen lebih cenderung kepada mendesak dan merayu sekarang. Sungguhpun dah tertarik hati padanya, namun sekarang aku dah panas hati pula terhadapnya.
"Why? Pasal apa kau pandai-pandai halang relationship aku dengan Adrina pulak? Gimme a good reason." persoalku dengan nada keras. Shaleen tak menjawab. Sebaliknya pandangan beliau diarahkan ke tempat lain. Seolah-olah sengaja mengelakkan diri untuk bertentang mata denganku. Pasti ada sesuatu perkara yang disembunyikan olehnya.
"Don't tell me... You sebenarnya sukakan Adrina jugak, ya?" telahku.
"No... No way... Yes! Yes I like her. So... will you back-off?" tanya Shaleen dalam nada teragak-agak. Kuang hajau punya amoi! Cakap kasar dia kali ni dah melampau dan benar-benar menyakitkan hati.
"Pergi mampuslah kau! Punya banyak betina kaum sejenis kau, Adrina jugak yang kau nak pilih? Hei... dia bukan macam kau, tau? Rosak akhlak! Songsang! Pompuan jalang!" Sebaik sahaja aku selesai meluahkan perasaan bengangku, tiba-tiba pipiku terasa pijar dihentak oleh sesuatu. Aku dah agak dah... mesti kena penampar dari Shaleen.
"How dare you! How dare you!!! Are you that stupid? Are you that blind? Do you have any idea what are you getting yourself into? How dare you!!!" pekik Shaleen dengan marah. Air matanya mulai bergenang. Leceh betui... Ompompuan ni kalau nak menang mula la gunakan ayer mata. Aku yang sakit kebas kat pipi ni la yang sepatutnya menangis. Tapi pikir-pikir balik, hilang le kelelakian aku kalau buat gitu. Malu, siuuut!
"Sudah la... malas aku nak layan orang gila macam kau. Anggap saja aku tak dengar apa yang kau katakan tentang Adrina. Tapi kalau kau berani cakap begitu sekali lagi, I'll tell her." ujarku memberikan amaran bersulamkan ugutan. Namun tonasi suaraku sudah mulai mengendur. Tak kuasa untukku meneruskan sayembara yang sia-sia ini. Aku segera meninggalkan Shaleen yang sedang tersengguk-sengguk menahan tangisnya. Halaku kembali ditujukan ke arah pintu utama Bistro. Memang malam ni malam yang teruk bagiku. Aku baharu sahaja mengetahui bahawa gadis idamanku sebenarnya tidaklah sesempurna mana. Kemudian aku juga baharu menyedari yang aku mulai tertarik dengan Shaleen. Dan yang paling ultimate sekali ialah aku baharu sahaja bergaduh dengannya. Semuanya sangat menyakitkan hatiku...
"Hai Arif!" Sapaan lembut amat kukenali akan pemiliknya. Aku berpaling ke arah si empunya suara yang tersenyum padanya. Nampaknya beliau juga tiba awal untuk kuliah Prosedur Sivil syarahan Dr. Syeikh Salim.
"Hai Adrina!" sapaku kembali. Namun entah mengapa hatiku tidak ceria seperti selalu apabila mendengar suaranya pada kali ini. Adrina segera menarik tanganku untuk duduk di suatu sudut yang agak terasing daripada rakan-rakan sekuliahku. Pun begitu aku sempat terperasankan yang Nizam dan Wadi secara sekilas mengerling ke arah kami berdua.
"Arif, apa yang dah jadi semalam?" Pertanyaan Adrina membuatkan hatiku kembali tidak keruan.
"Apa yang dah jadi?" tanyaku balik untuk menutup debaranku.
"Raihana, Hanani dan Amilia bagitau kat saya yang Shaleen monyok je pagi tadi. Bila diorang tanya kenapa, dia terus menangis." maklum Adrina. Aku berasa benar-benar terkejut. Apakah teruk sangat kata-kataku itu hinggakan amoi tersebut menjadi begitu ‘rapuh' sekali? Aku spontan teringat perkara semalam. Bila tiba waktu untuk balik, kami ke kampus Adrina terlebih dulu. Shaleen sendiri yang memapah gadis impianku yang mabuk habis ke biliknya. Kemudian amoi tersebut memaklumkan kepadaku bahawa dia akan menumpangkan Raihana, Hanani dan Amilia tidur di kondonya. Memang la dia nampak moody aje. Namun aku tak sangka pulak berlarutan sampai keesokannya.
Aku mulai terfikir bahawa kalaulah betui Shaleen menganggap aku ini saingannya dalam merebut cinta Adrina; dengan personalitinya itu pastilah dia akan marah dan melawan balik. Tapi mengapa pula mudah benar dia mengalah dan bersedih hati di kala ini? Betul ke dia sukakan Adrina?
"Rina kenal Shaleen tu semenjak 3 tahun lepas. Inilah kali pertama Rina tengok dia menangis. Tambahan pulak dia pernah bersumpah takkan menangis kerana seorang lelaki. Kalaulah Shaleen menangis sebab Arif, memang terer la awak! Tapi Arif tetap akan kena marah dengan Rina!"ujar Adrina dengan nada yang pura-pura dibuat garang. Aku menjadi serba-salah sama ada nak atau tidak memberitahunya bahawa memang akulah puncanya.
"So? Macam mana? Arif punya pasal ke?" tanya Adrina dalam nada sedikit mendesak. Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum.
"Tempat semalam best, kan? Sabtu ni kita pergi lagi nak tak?" ajak Adrina mengubah topiknya. Dengan pantas aku menggelengkan kepala.
"Saya tak mahu pergi." jawabku. Inilah kali pertama aku menolak ajakan gadis idamanku. Adrina kelihatan agak terperanjat. Mungkin beliau tidak menyangka reaksiku yang sebegitu rupa.
"Okey... kalau gitu bila kita nak pergi lagi? You fix the date." ujar Adrina pula. Kali ini dibancuh ayatnya itu dengan nada manja yang pekat lagi manis berkrim.
"Saya... saya tak mahu lagi pergi ke tempat sebegitu. Sampai bila-bila pun." Spontan sahaja jawapan tersebut meluncur dari mulutku. Buat pertama kali ianya terus datang dari hati sanubariku tanpa bertapis-tapis seperti selalu. Kali ini entah mengapa aku tidak langsung mempedulikan hati dan perasaan Adrina lagi. Gadis idamanku itu tergamam. Wajahnya yang ceria tadi kini jelas menampakkan aura suramnya.
"Okay... Well... I'll see you... later." ujarnya dengan nada perlahan besulamkan kekecewaan. Adrina segera meninggalkanku yang hanya selamba sahaja memandangnya. Entah mengapa aku berasa biasa sahaja sekarang. Fikiranku kini lebih berserabut memikirkan reaksi Shaleen natijah dari insiden semalam. Pandanganku spontan kemudiannya terhala ke arah kedudukan Nizam dan Wadi tadi. Rupa-rupanya mereka masih berada di situ dan kini juga sedang memandang ke arahku. Aku tersenyum. Mereka berdua turut tersenyum padaku.
Sudah hampir 2 jam aku memerap di bilikku. Selalunya di kala ini pasti aku mempunyai aktiviti luar bersama Adrina. Selalunya gadis jelita tu yang mengajak. Dan aku pula pasti takkan menolak. Namun pada hari ini Adrina terus sahaja balik bersama geng-gengnya. Pasti beliau dah merajuk denganku.
Tiba-tiba pintu bilikku berkeriut terbuka. Aku yang sedang terbungkang di atas katil terus bangun dan duduk. Terpacullah wajah Wadi di jenang pintu. Beliau terkejut melihatku. Aku agak pasti dia ingat bahawa di kala ini aku sedang berdating dengan Adrina. Hmh! Rupa-rupanya ini le masanya dia balik untuk mengambil pakaian baharunya. Sehingga sekarang Wadi masih lagi ‘sting-garden' di bilik Nizam.
"Assalamualaikum." tegurnya. Terpaksa le tu. Senyum pun macam biskut askar aje.
"Wa'alaikumussalam." balasku. Terimalah balasan senyuman biskut askarku pulak!
Selepas menegurku, Wadi terus menyibukkan diri untuk mengemas bajunya. Aku hanya memerhatikan sahaja gelagatnya. Sekejap-sekejap wak Jawa tersebut memandang ke arahku. Bila dia tengok yang aku juga sedang memerhatikannya maka secepat kilat Wadi memandang ke arah lain. Nak kata secepat kilat tu tak la juga. Kalau selaju cahaya dia meneleng, pasti tercabut kepalanya!
"Kau tak lenguh ke angguk-angguk geleng-geleng macam tu?" sindirku. Wadi tersengih. Tapi wajahnya masih tidak memandangku. Aku tertawa. Akhirnya Wadi turut sama ketawa.
"Maggi aku banyak yang hilang..." komenku.
"Sorry... aku yang ambik. nanti aku bayar balik." maklum Wadi dengan muka termonyeh-monyeh. Aku tergelak.
"Samdol! Kalau kau nak bayar balik, belanja aku makan spaghetti kat Pizza Hut!" ujarku. Wadi pula tergelak.
"Kalau gitu, kena la tunggu semester depan bila dapat loan." ujarnya.
"Seribu tahun pun akan kutunggu dan kutuntut janjimu itu!" balasku. Kami berdua tertawa. Seketika kemudian keadaan menjadi hening seketika.
"Arip..."
"Apa?" tanyaku.
"Aku mintak maaf sebab tumbuk muka kau aritu." ujar Wadi dengan perlahan. Aku spontan tersenyum.
"Ah! Itu hal kecik aje. Lagipun kau tumbuk macam pompuan. Rasa macam kena gigit semut aje." sindirku. Gini le gayanya orang lelaki bila mintak mahap. Wadi tertawa.
"Kalau gitu meh aku tumbuk kau sekali lagi. Tapi kali ni betui-betui kaw punya!" saran Wadi dalam nada bergurau.
"Banyak cantik! Kali ni aku akan balas dengan ‘Tinju Paus Menelan Dunia' pulak!" balasku. Kami tertawa berderai. Tu kira dah mintak mahap le tu. Dah settle kosong-kosong le tu!
"Wadi... nanti kau bagitau kat Nizam yang aku kesal dengan apa yang aku telah cakapkan kepadanya aritu. Aku juga mintak ampun dan maaf daripada dia. Kata kat dia, kalau dia nak tumbuk aku pun aku takkan balas." pesanku sebelum Wadi keluar dari bilik dengan beg bundutnya. Wadi terkaku sejenak di jenang pintu tersebut. Tiba-tiba beliau mencampakkan kembali beg bundutnya itu ke sudut meja komputer.
"Aku nak keluar minum dengan Nizam kejap. Kang aku balik." maklum Wadi sebelum beliau keluar.
Aku tersenyum. Terasa seolah-olah satu beban yang kugalas selama ini hilang sama-sekali.
Saya mempunyai seorang pensyarah yang bernama Tuan Syeikh Salim yang mengajar Civil Procedure masa Tahun 3 di Fakulti Undang-Undang dulu. Saya dapat tahu beliau meninggal dunia masa saya baharu saja memasuki dunia pekerjaan. Allayarham adalah seorang peguam sebelum menjadi pensyarah. Pengetahuan beliau adalah sangat luas dan mempunyai cara pengajaran yang amat praktikal. Allayarham juga adalah seorang penyabar dan sentiasa tersenyum melayani kerenah kami. Salah satu perkara yang saya kesali sehingga sekarang ialah saya tidak mengambil peluang untuk mempelajari pengalaman sebenar seorang peguam daripadanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allayarham di atas jasa-jasa beliau yang tidak ternilai harganya.
Oh ya! Ada berita buruk dan baik untuk korang semua. Berita buruknya ialah cerita Zero Hero tak lama lagi akan berakhir. Wuuu... Wuuu... Sedih! Tapi ending cerita ni memang korang akan terkejut punyalah! Sebab saya yang anti-tragik ni akan menghabiskan dengan cara yang tragik! Wuuu... Nangis lagi!
Bab Tiga Puluh
Seperti yang dijanjikan, Wadi kembali ke bilik selepas lebih kurang 3 jam keluar minum bersama Nizam. Dia ajak aku ikut sama, tapi aku masih segan lagi. Lagipun Nizam tak tau yang aku dah berasa kesal serta insaf. Ikut hati nak je nyanyikan lagu nasyid sebagai pengukuhan rasa insafku. Tapi lagu yang ingat cuma Panggilan Haji aje... tak relevanlah! Jadi aku cuma memerap di bilik selama tempoh tersebut. Terbungkang aje di atas katil tanpa menguit sikit pun. Kalau terasa nak kentut aku cuma injak bontot sikit aje agar angin man-man lepas. Aku cuba nak memproses taik mata dan sekaligus memenuhi ruang bilik dengan gema dengkuran, tapi tak berjaya. Hatiku masih berasa runsing sampaikan langsung tak dapat tidur. Punyalah lama aku memerap di atas katil tanpa bergerak. Memang patutnya aku memohon jawatan sebagai penembak hendap (sniper). Tak pun jaga kedai emas.
"Huih! Dari tadi melekat di katil? Kau dah hilang tulang ke?" sindir Wadi sebaik saja dia ternampak aku. Ewah... baru mintak mahap dah mula nak cari gaduh balik ke? Aku cincang buat rencah Mi Jawa kang baru tau! Aku cuma membalas sindirannya dengan seringai gorilla Optimus Primal. Ganas... tapi berbudi pekerti.
"Aku bertembung dengan Sherina tadi. Dia membebel kat aku pasal kau. Pasal CD lagu MyChemicalRomance." maklum Wadi.
"Apahal pulak! Aku dah pulangkan elok aje... nak komplen apa lagi?" tingkahku. Sherina adalah rakan satu batch dengan kami. Dia ni gadis kacukan Melayu dengan Pakistan. Cukup suka paksa orang belanja dia makan walaupun duit dalam purse berkepuk-kepuk. Tapi kadang kala dia selalu jugak belanja aku dan Wadi makan ais krim.
"Elok hapa? Dia kata casing dengan kulit CD tu memanglah MyChemicalRomance. Tapi CD kat dalam tu kau bubuh Hetty Koes Endang pulak!" ujar Wadi. Aik? Apasal dia bengang pulak ni? Sherina dah rasuah dia roti nan ke?
"Aik? Kalau Sherina yang amuk Tok Nading kat aku tu aku boleh faham la... Yang kau ni apasal bunyi macam King Cobra naik angin ni? Kau jadi wakil yang diberikuasa ke?" sindirku.
"CD Hetty Koes Endang tu aku punya, tau tak? Badigol!" jawab Wadi dengan keras. Tapi tidak la serius emosi bengangnya. Laa... betul jugak! Mana pulak aku boleh dapat CD Hetty Koes Endang kalau tak kerana si Wadi. Aku terbahak-bahak ketawa. Wadi cuma merengus. Lepas itu dia pun turut tertawa.
Tidak seperti selalu, keesokan harinya aku pergi ke fakulti bersama Wadi pada jam lebih kurang 9.50 pagi. Kuliah Undang-Undang Tort kami dijadualkan pada pukul 10.30 nanti. Sengaja aku datang lewat pada hari ini. Seperti biasa, kami terus menuju ke arah kafeteria.
"Yaaa Qadial Hajaat... Ramainya umat! Menyesal pulak pergi lewat hari ni." omel Wadi. Aku memandang sekeliling, kalau-kalau ada kawan-kawan kami yang tengah makan. Boleh la tumpang makan di meja diorang.
"Alamak..." Itu saja yang mampu aku ucapkan. Kelihatan Adrina sedang memandang ke arahku. Beliau datang awal rupanya! Dapat meja pulak tu... Adrina segera melemparkan pandangannya kembali kepada rakan-rakannya. Isk.. Aku dah agak dah... Dia pasti masih marah lagi padaku. Oro? Mana pulak si Wadi ni. Tadi elok-elok ada kat sebelahku tiba-tiba ‘David Blaine' pulak.
"Rip!" Teriakan tersebut mengejutkanku. Laa... Tu dia tengah memeras dua orang junior rupanya. Aku segera pergi ke arah meja yang dikongsi secara paksa itu. Muka kedua-dua junior aku tu kesat kulit cempedak aje... Tak puas hatilah tu...
Setelah beberapa minit kemudian kedua-dua junior yang cuma minum air sahaja itu meminta diri untuk berambus dari meja kami. Aku dan Wadi tergelak. Yalah, dah tau cuma minum aje, janganlah lepak lama-lama sedangkan ramai orang yang nak makan tak dapat tempat duduk. Aku cukup pantang dengan spesis manusia macam ni. Jenis pikir diri sendiri aje dan tak pedulikan perasaan orang lain. Banyak kategori manusia jenis ini. Antaranya ialah kategori yang tak menutup telefon bimbit atau menggunakannya masa filem tengah berlangsung dalam panggung. Aku rasa itulah antara punca ramai orang lebih senang membeli DVD cetak rompak dari pergi menonton di panggung. Mereka tak mahukan gangguan semacam itu dan cuma nak tonton sekali dua aje. Sekonyong-konyong Nizam pun muncul. Beliau menuju ke arah meja kami setelah digamit dek Wadi. Alamak... apa pulak nak cakap atau buat ni?
Canggung betul rasanya hari ni.
"Hei Wadi. Hei Arip." tegur Nizam dengan selamba. Bagaikan tak ada apa-apa yang berlaku di antara kami bertiga.
"Yo." balas Wadi.
"Hei." balasku. Aku memandang ke arah Wadi. Wadi membalas pandanganku sambil tersengih. Sahih dia dah bagitau Nizam tentang hal aku berbaik dengannya semalam.
"Aku nak beli burger. Kau orang nak? Aku belanja." pelawa Nizam.
"Aku okey aje. Eminently reasonable la kau ni Nizam!" balas Wadi. Mak oi... dah baham bihun goreng sepinggan nak lahap burger lagi?
"Rip? Aku beli untuk kau juga, okey?" pelawa Nizam sekali lagi. Aku mengangguk. Nampaknya itu tanda Nizam menerima kemaafan yang tak pernah kuucapkan. Itulah... memang orang lelaki ni pelik caranya bila meminta maaf dan berbaik semula.
Kuliah Tort berlangsung seperti biasa. Pelajarannya memang menarik tapi aku rasa pendekatannya cukup membosankan. Baru-baru ni semua institusi pengajian tinggi di Malaysia dah hilang kelayakan dalam ranking universiti terbaik di dunia. Sungguhpun macam-macam pekeliling dan pendapat yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu untuk memujuk hati sendiri, namun aku nampak memang salah satu punca terbesar perkara tersebut berlaku ialah kerana para pensyarah yang tak mengemaskini pengetahuan mereka. Aku rasa punca terbesar ialah para pensyarah ni kebanyakannya tak pernah merasa untuk mempraktikalkan sendiri apa yang mereka pelajari.
Semasa aku menguap buat kesekian kalinya tiba-tiba lengan kananku dicuit. Aku berpaling untuk melihat siapakah yang teringin sangat menemui malaaaikatul mauuut dengan menggangguku yang sedang dihimpit kebosanan ini. Ooo... Lini rupanya. Gadis yang dipanggil Mbah oleh kami menghulurkan secebis kertas kecil yang dilipat dua kepadaku.
"Cih! Bagi kertas cabik buat apa... Kalau bagi duit kan bagus." rungutku dalam hati. Namun sebaik sahaja aku membaca isi kandungnya, hampir gugur kandunganku dibuatnya (taik la, apa lagi). Ianya tertulis ‘Hmph!' sahaja, namun cukup untuk menyejat darah di tubuhku. Bukan kerana apa yang ditulis tetapi pemilik tulisan tersebut. Aku segera berpaling ke arah pemilik tulisan tersebut. Ke arah Adrina.
Sahih! Memang dia yang tulis. Adrina memang menunggu aku memandang ke arahnya. Beliau sekilas melontarkan senyuman kepadaku dan kemudian mencukakan wajahnya. Beliau selepas itu segera menundukkan wajahnya.
Adrina masih marah lagi kepadaku. Namun dia tidak membenciku. Itu petanda yang baik. Nampaknya masalahku akan selesai satu persatu. Mula-mula antara aku dan Wadi. Kemudian antara aku dan Nizam. Sekarang antara aku dan Adrina pulak.
Shaleen...
Masalah aku dengan Shaleen masih belum selesai. Malah mengingatkan namanya sahaja dah membuatkanku berasa tak keruan. Perutku berasa senak. Perasaan yang serupa aku rasakan terhadap Adrina dulu. Sekarang perasaan tersebut berpindah terhadap Shaleen pulak.
Heh...
Betul kata-katanya. Aku sudah tidak lagi memanggilnya sebagai ‘amoi'. Aku memanggilnya dengan nama Shaleen. Jantungku berdegup pantas setiap kali teringatkannya. Aku menoleh ke arah Adrina. Beliau sedang sibuk mencatat nota. Aku cuba sedaya upayaku untuk membangkitkan perasaan yang serupa.
Aku... aku tak rasa apa-apa...
Kuliah yang membosankan akhirnya selesai sudah. Aku dengan langkah yang longlai melangkah keluar dari bilik kuliah menuju ke tandas.
"Rip! Nak ke mana tu?" laung Nizam. Kami dah berbaik semula selepas aku dibelanja sebiji burger daging spesel olehnya (‘Spesel' tu mak cik brutal yang tulis, aaa!). Wadi turut berada bersamanya.
"Jamban!" laungku balik.
"Kafe! Kafe!" laung Nizam seraya menunding ke arah kafeteria. Oh, nak mengajak aku melepak di kafeteria rupanya. Aku memerhatikan sahaja langkah kedua sahabatku ke arah kafeteria. Sebaik sahaja aku nak menyambung destinasi cuti-cuti Malaysiaku ke jamban, sekali lagi aku dihalang. Kali ini secara fizikal. Aku tergamam merenung gadis yang menyekat laluanku.
"Hai Rina." tegurku dengan nada serba-salah.
"Sombong! Uh!" komen Adrina dengan nada merajuk. Renungannya masih terpaku padaku. Aku berasa serba-salah. Entah sama ada sebab aku berlaku biadap padanya semalam atau mungkin perasaanku yang mulai pudar terhadapnya. Aku melepaskan keluhan kecil.
"Adrina... saya minta maaf kerana hal semalam. Memang saya yang bersalah. Maafkan saya, ya?" pujukku dengan lunak.
"Uh!" balas Adrina. Masih merajuk. Matanya mulai berkaca-kaca. Alamaaak... dah seorang lagi nak menangis dah...
"Adrina... Saya tak mungkin boleh kembali semula ke masa itu untuk perbetulkan kesilapan saya. Tapi saya sanggup buat apa saja asalkan Rina maafkan saya dan kembali baik dengan saya." ujarku dengan nada kesal. Adrina masih menatap tepat ke mataku.
"Apa saja?" tanyanya dengan nada yang agak keras. Aku mengangguk.
"Ya, apa saja pun saya sanggup buat asalkan saya mampu." jawabku.
"Rina nak debik awak seratus kali sekuat-kuat hati. Sanggup?" tanyanya dengan nada serius. Aku tergamam seketika.
"Saya sanggup." jawabku setelah merasionalkan emosiku.
"Baik... pusing ke belakang. Rina nak debik kat belakang." arah Adrina. Lecehnya... dahlah aku nak terkencing ni! Buatnya betul-betul kuat dan menyakitkan... haa... langsung terkencing di sini! Aku memalingkan tubuhku untuk memberikan bahagian belakangku kepada Adrina. Ketika ini tiada sesiapapun di kawasan ini kecuali kami berdua.
"Adrina... saya dah sedia." maklumku.
"Okey..." ujar Adrina. Beberapa saat telah berlalu. Namun masih tiada apa-apa yang berlaku. Aku mulai berasa hairan. Dia nak lekat perkataan "Kick Me" kat belakang aku ke?
"Adri-" Belumpun sempat aku menghabiskan perkataanku, tiba-tiba tubuhku dipaut dengan kemas dan erat. Aku dapat merasakan tubuh Adrina melekap kemas di belakangku. Cukup hangat dan mesra perasaan yang kurasakan sekarang dari dakapannya itu.
"Adrina..." ujarku dengan perlahan. Serentak itu Adrina melepaskan dakapannya dan aku dapat mendengar bunyi tapak kasut yang dengan pantas menjauhi diriku. Aku segera berpaling kembali ke arah Adrina. Ternyata Adrina telahpun berlari meninggalkanku. Meninggalkanku dalam keadaan serba-salah dan keliru.
"Aiii...." keluhku. Nampaknya masalahku dengan Adrina masih belum selesai.
Bab Tiga Puluh Satu
"Adoooi..."
"Apahal pulak mengeluh sebegitu teruk sekali? Kau berak keluar batu ke tadi?" tanya Wadi dengan nada bergurau. Kemudian tertawa dengan lawaknya sendiri.
"Lan**u lu! Aku terserempak dengan Adrina tadi." ujarku. Nizam terkekeh ketawa kali ni. Aik? Macam nak mengampu aku nampak!
"Kau ada masalah dengan Adrina ke?" tanya Nizam setelah menghabiskan baki tawanya. Aku terdiam sebentar. Kemudian sekali lagi mengeluh.
Aku mula membuka cerita kepada kedua orang sahabatku ini. Dan aku pasti mereka akan terlopong mulut mendengarnya...
Malam ini aku kembali kepada hidup normalku. Menunggu giliranku sementara Wadi selesai bermain Counterstrike di komputer riba Nizam. Si buaya tembaga tu pulak sedang sibuk bergayut di handphone sambil melantak Mamee Kari Berapi milikku. Lagu di radio Pensonic kepunyaanku sedang mengalunkan lagu Aspalela nyanyian Saiful Apek.
Ahh... inilah kehidupanku yang nampak membosankan tetapi sangat selesa. Pun begitu aku masih berasa tidak selesa seperti selalu. Hatiku sedang mengalami kesakitan. Tapi rasanya tak perlu pergi ke hospital sebab yang menikamnya ialah perasaan bersalahku.
Terhadap Adrina dan Shaleen...
"Didididiiit!" Eh? Siapa pulak yang menghantar SMS pada pukul 12 tengah malam ni? Aku segera mendapatkan telefon bimbitku di atas meja belajar dan menelitinya.
"Jengah ke tingkap." Itulah pesanan yang kuterima... dari Adrina! Aku segera meluru ke arah tingkap bilikku. Kelihatan gadis yang kugilai selama ini sedang menungguku di tempat parkir kereta. Jelas kelibatnya itu di bawah sinaran lampu neon hostelku. Di sisinya... Evo!!!
"Shaleen pun ada? Mampus..." ujarku dengan perlahan.
"Itu Adrina, kan?" Baharulah aku tersedar yang Wadi dan Nizam telahpun bersekongkol sama menjengah pandangan keluar tingkap bersamaku. Aku tak menjawab soalan yang sangat ketara akan jawapannya.
"Can both of us meet you?" teriak Adrina. Both? Dah kuagak. Shaleen ada bersamanya. Pasti dia berada di dalam keretanya.
"Both of us? Ooo... Shaleen pun ada sama? Man... you are in deep shit." komen Nizam. Memang pun aku dalam tahi yang dalam. Hmm... Tahi lembu ke atau tahi ayam? Aku rasa lebih baik tahi lembu sebab tahi ayam mungkin ada virus selsema burung!
"Aku patut pergi tak?" tanyaku kepada Nizam.
"Walaupun nampaknya macam berisiko tinggi, tapi kau memang patut pergi." jawab Nizam.
"Gunakan cota ni kalau nyawa kamu terancam." saran Wadi seraya menghulurkan sebatang cota besi kepadaku. Kami bertiga tertawa terbahak-bahak dengan lawaknya. Cilakak punya wak Jawa! Masa inilah kau nak buat lawak. Tapi lagi suwey sebab aku ketawa.
"Okey, aku pergi dulu. Tapi kalau apa-apa terjadi kepada aku, aku nak kamu tahu bahawa kamu berdua ni memang bedebah sebab suka melantak mee segera aku tanpa kebenaran." ujarku dengan nada bergurau seolah-olah meninggalkan wasiat. Kami ketawa.
"Be a man. Bite the bullet." ujar Wadi. Uih! Biar betul Wadi yang berkata begitu...
"Waah... Dahsyatnya English kau, Wadi." puji Nizam.
"Mesti la. Ingat aku makan chicken chop selama hari ni untuk tujuan yang sia-sia ke?" Gurauan Wadi sekali lagi membuatkan kami bertiga tertawa. Ahh... lega sikit perasaan kurasakan sekarang.
"Eh, Arip? What the hell are you waiting for? Go! Go now! To boldly go where no man has gone before. May the force be with you." Hmh... dah mulalah mengarut si Wadi tu. Baik aku pergi sebelum dia mula merojakkan bahasa Inggeris dengan slanga Jawanya itu.
"You go, girl!" Sayup-sayup kata-kata galakan daripada Wadi masih dapat kudengari ketika aku semakin jauh melangkah meninggalkan bilik.
Berat langkahku menuju ke arah tempat parkir kereta. Namun akhirnya aku tiba ke jua ke destinasi tersebut. Kelakar sungguh. Kalaulah perkara seumpama ini berlaku pada bulan lepas, dah tentu aku sedang termengah-mengah tak cukup nyawa berlari untuk berjumpa dengan Adrina.
"Hai." tegur Adrina. Senyuman manis melirik di bibir.
"Hai." balasku.
"Hei bro!" Tiba-tiba suatu suara lain menegurku dari dalam kereta Mitsubishi Evo. Suara tersebut seolah-olah rejatan arus elektrik yang mengalir ke segenap pembuluh darahku. Aku segera memfokuskan pandangan ke arah kereta. Kelihatan wajah Shaleen menjengah dari tingkap penumpang hadapan. Wajahnya dihiasi dengan senyuman. Sangat manis senyuman tersebut.
"Hai Shaleen." sapaku kembali. Ops... sekali lagi aku memanggilnya sebagai ‘Shaleen' dan bukannya ‘amoi'. Malah aku langsung tak menyebut nama Adrina ketika membalas sapaannya tadi. Harapnya minah tu tak perasanlah hendaknya.
"Jom yamcha kat Nasmeer, nak?" pelawa Adrina. Alamaaak... nak slow talk lagilah tu. Memang patut tadi aku bawak cota si Wadi.
"Okey." jawabku dalam nada keberatan.
Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Sesekali terdengar gelak-tawa Adrina dan Shaleen yang duduk di bahagian hadapan. Entah apa yang mereka sembangkan, aku sikit pun tak ambil pot. Pandanganku sepanjang masa hanya dilontarkan ke arah luar, seolah-olah tak sabar nak keluar dari kereta ini. Eh! Uiii... cun betul awek tu! Ah... Dia pandang kat aku la! Chewaah.... pasti dia kagum tengok aku dalam Evo ni. Nanti sat... aku ni penumpang aje. Lagi teruk, pemandunya orang perempuan... Aduii... dayus kurasakan diri ini di kala ini.
"Ahah! We're hereee!" makluman Shaleen mematikan lamunanku. Tapi tak apalah. Bukannya best pun lamunanku tadi. Tak ada adegan tembak-menembak, bom-mengebom dan ranjang-merangsang. Tak akan pecah panggung punya...
Setibanya di Nasmeer aku lagi berasa kekok. Salah seorang pelayan yang berpakaian seragam segera mendapatkan kami untuk mengambil pesanan. Mungkin pembaca yang budiman berasakan bahawa meja kami cepat diambil pesanan sebab ada dua orang gadis cantik bersamaku. Tapi kalau korang perasan, majoriti restoran mamak memang begitu. Cukup cepat mengambil pesanan. Itu yang aku aku rasa kesal dengan restoran bangsa sendiri. Nak mengambil pesanan adalah dekat 20 minit menunggu. Lagi sial bila setelah 10 minit berlalu, pelayan datang balik untuk mengambil pesanan sebab dia terlupa apa yang kita pesan tadi. Bukan tahu nak mintak mahap pulak tu. Muka pun masam mencuka seolah-olah kita pulak yang buat salah. Kemudian menunggu makanan adalah dekat 30 minit lagi. Bila pesanan akhirnya sampai ke meja, makanannya kadang-kala kucing kurap yang melepak di situ pun tak sudi nak jamah. Bagi aku, inilah perangai terburuk kebanyakan pengusaha restoran atau kedai makan milik bangsa kita. Bermula dengan merendah diri. Bila dah maju mulalah berlagak. Akhirnya bisnes mereka mampus. Orang macam ni sikit pun aku tak kesian. Lagi gelak sambil menepuk-nepuk punggung ala Rikishi tu adalah!
"Arif." Lamunanku sekali lagi mati apabila tanganku digenggam dengan erat dan namaku diseru dengan lembut.
"Aa... apa dia?" tanyaku. Pandanganku tertumpu kepada tanganku yang masih digenggam erat oleh sepasang tangan yang lembut dan hangat. Kemudian aku berkalih pandang ke arah si empunya tangan yang bertanggungjawab membatalkan air wudukku, Adrina. Sebenarnya aku dah lama terkentut tadi. Tapi saja la nak menyedapkan ayat cerita ni. Biar pembaca yang budiman terus memuji-muji gaya penyampaian ceritaku agar aku mampu menjadi seorang yang sombong kelak, InsyaAllah...
"Arif belum order lagi." perjelas Adrina dengan lembut. Senyuman manis masih bertanggak di bibir mungilnya.
"Oh... Aaa... Teh O panas satu. Kurang manis, ya?" pintaku sambil memandang ke arah budak pelayan tersebut. Setelah mencoret-coret di buku kecilnya, si pelayan tadi terus meninggalkan kami.
"Kurang manis? Macam senyuman awak, ya?" usik Adrina. Aku terkelu. Agaknya cukup terserlah emosi suramku di kala ini di mata mereka.
"Are you still angry with me?" tanya Shaleen. Pandanganku ditumpukan ke arah Shaleen pula. Mata kami bertemu. Degupan jantungku tiba-tiba berirama deras.
"Jadi memang betullah korang berdua bergaduh, ya? You lied to me, Shaleen." ujar Adrina dengan nada tidak berpuas hati.
"Oh... shit... Aaa... Aaa... Yeah... I'm sorry..." pohon Shaleen. Kalau ikut nahu English si Wadi perkataan yang sesuai untuk keadaan Shaleen tadi adalah ‘stammered'.
"Korang berdua bergaduh tentang apa? Tell me, Leen. And this time no more lies, okay?" desak Adrina dengan agak keras untuk mendapatkan penjelasan. Shaleen dan aku saling berpandangan.
"Aaa... Aaa... Oh man..." Sekali lagi gadis kacukan di hadapanku ini menjadi kelam kabut atas kesilapannya dalam berkata-kata tadi.
Hehe... selalunya aku yang begitu...
Bab Tiga Puluh Dua
"Masa di bistro haritu saya dan Shaleen keluar sekejap mengambil angin. Masa asyik bersembang tu saya menegur cara hidup songsang Shaleen. Tiba-tiba dia mengamuk dan memaki hamun saya. Tau-tau kami bergaduh besar pada malam tu." Terkedu Shaleen mendengarkan cerita fantasiku. Aku tau tatkala ini dia sedang memandang ke arahku. Tapi aku buat tak tau saja. Sebaliknya mataku tertancap ke arah Adrina yang masih meriakkan perasaan curiga.
"That's it? You mengamuk sebab itu saja, Leen?" tanya Adrina. Ternyata bahawa beliau masih tidak berpuas hati. Hairan jugak aku rasakan. Kenapa seolah-olah ada perkara yang lain di sebalik pertanyaannya yang mana tidak kuketahui?
"Well, dia cakap I akan masuk nuraka. I hot la!" Kali ini Shaleen pulak memainkan wayangnya di hadapan Adrina. Tapi aku rasa nak tergelak pulak dengan kelentongnya itu.
"Itu saja?" tanya Adrina kepadaku pulak. Tiba-tiba macam kena soal-siasat oleh Gestapo la pulak.
"Kenapa pelik sangat soalan Rina ni?" tanyaku balik dengan perasaan curiga. Adrina pulak kini kelihatan kelam-kabut. Sahih! Mesti ada perkara lain yang cuba disembunyikan olehnya daripada aku.
"Mana ada? Rina cuma tak suka korang berdua bermasam muka. Both of you are very important to me." jelas Adrina dengan nada tersekat-sekat. Suaranya dikeraskan seolah-olah cuba untuk menamatkan perasaan curigaku tadi. Namun semuanya itu tak kupedulikan. Tumpuan serta emosiku lebih menjurus terhadap Shaleen sekarang.Tanpa teragak-agak aku menghulurkan tangan kananku ke arahnya.
"Shaleen. I'm a jerk. Sorry. I'm really sorry." pintaku.
"You ARE a jerk!" balas Shaleen dengan nada keras.
"But you're forgiven." ujarnya seraya tertawa kecil dan menyambut tanganku. Badigol punya nyonya! Sebenarnya dia punya pasal la kami berdua bergaduh. Dalam lakonan kami ni tiba-tiba aku pulak yang bersalah. Pun begitu aku berasa lega dan gembira kerana kemelutku dengannya kini telah berakhir.
"Haa... Macam itulah!" ujar Adrina seraya menepuk-nepuk belakangku. Aku yang kembali ceria sengaja membuat lawak dengan berpura-pura sendawa setiap kali Adrina menepuk belakangku. Kedua anak gadis yang kini bertandang di hatiku tertawa besar dengan gurauan tersebut. Ni belum aku terkentut.asap hijau lagi...
Selepas sejam kemudian...
"Perogol memang patut dikasi. Mereka ni menzalimi kaum wanita. Memang patut pun kena snip-snip anu diorang." Shaleen tergelak mendengarkan hujahan Adrina. Aku juga turut tertawa. Tapi rasa ngilu jugak bila membayangkan kemaluan yang dicantas habis macam sida-sida kung fu.
"Itu tak akan menyelesaikan masalah. Mungkin mereka ni menjadi lebih jahat dan sadis lagi." hujahku pula.
"Can you elaborate?" asked Shaleen. Eh! Aku pun dah cakap omputeh jugak! Hahaha!
"Bayangkanlah, orang jahat yang dikasi dan kemudian dilepaskan kembali dalam masyarakat. Mesti dia bengang dan tak berpuas hati dengan kaum wanita yang menyebabkan dia dihukum macam itu. Jadi dia mesti menyimpan dendam pada kaum pompuan dan akan menghukum kembali korang semua. Orang macam ni akan mendera secara seksual dan akhirnya membunuh kaum pompuan dengan kejam sebab dia nak menunjukkan bahawa dia masih mampu mendominasi kaum wanita. Perogol ni selalunya orang yang sakit jiwa. Tambahan pulak kalau dikasi. Bertambah sewel la dia jadinya. Mengkasi perogol bermakna akan menambahkan bilangan pembunuh bersiri pulak." hujahku dengan panjang lebar.
"Shit... your argument mamang logic." komen Shaleen. Mencarut lagi. Dalam memuji pun nak mencarut juga?
"Itu spekulasi saja." pertikai Adrina.
"Selain dari makanan untuk tubuh kita, ilmu pengetahuan adalah makanan minda kita, agama adalah makanan untuk roh kita dan seks adalah makanan nafsu kita. Kalau salah satu tak ada, hidup kita menjadi tak sempurna. Kita pasti akan hilang pertimbangan dan kewarasan kita kalau salah satu makanan tersebut tak ada dalam hidup kita. Tengoklah ahli-ahli agama yang menahan diri dari berkahwin. Tengok apa dah terjadi dengan diorang. Ada yang meliwat budak. Ada yang mencari pelacur." hujahku.
"True... true..." komen Shaleen.
"Hei! Kan you bergaduh dengan dia? Kenapa asyik sokong dia pulak?" omel Adrina terhadap gadis kacukan tersebut. Shaleen tertawa.
"It's your fault. You yang suruh I baik dengan Arif." jawabnya dan kembali menyambung tawa.
"Baiklah, jadi siapa yang sokong encik Arif yang kacak lagi bergaya; sila angkat tangan." saranku. Aku dan Shaleen mengangkat tangan masing-masing.
"Mana aci! Kenapa you sokong dia, Leen? Dia tadi puji diri sendiri. Don't you find him obnoxious?" pertikai Adrina.
"Yeah, I do find him obnoxious. But he's right. And thus he has my vote." balas Shaleen.
"Mana aci? Nak cari aci untuk jadi penyokong, ya? Pergilah cari kat Mumbai!" usikku seraya tertawa berdekah. Shaleen turut tertawa.
"Jahat awak ni! Bencinyaaaaa!!!" teriak Adrina lantas mencubit lenganku sekuat-kuat hati. Wahadoooi!!! Sakit, siuut!
Lebih kurang dua jam kemudian...
"Sampai nak tutup Nasmeer baru kita nak balik." komenku. Kami bertiga kini berada di kawasan parkir kereta di hostel Adrina. Beliau dan Shaleen tertawa.
"Okaylah, I nak balik ke bilik. Bye!" ucap Adrina seraya melangkah ke arah hostelnya yang berada kira-kira 20 meter dari tempat kami berdiri..
"Adrina, tunggu jap!" seruku. Langkah gadis jelita tersebut terhenti. Beliau berpaling bersama senyuman nakal menghiasi di bibir.
"Yes, what can I do for you mister rapists' defender?" tanyanya dengan nada mengusik. Shaleen ketawa terbahak-bahak. Aku pun turut ketawa. Tapi aku agak ketawa siamang Myanmar lagi ikhlas dari tawaku sekarang.
"Rina belum maafkan saya, ya?" tanyaku. Adrina agak tergamam dengan kata-kataku itu. Kemudian beliau tersenyum. Namun senyuman tawarnya mengesahkan akan taakulanku sebentar tadi. Adrina mengeluh kecil.
"Nampaknya Arif tak serasi dengan gaya hidup Rina. It's my fault, actually. Rina tak patut memaksa Arif untuk menyukai dunia Rina." ujarnya. Alamak! Bunyi macam tak best je ni...
"But of course you're forgiven. Kan Arif ni seorang yang special di hati Rina?" ujarnya seraya mengucup kedua jari telunjuk dan tengahnya. Kemudian Adrina melekapkan kedua jari tersebut di bibirku.
"Goodnight, Arif." ucapnya dengan lembut lantas terus melangkah pergi tanpa menoleh lagi. Membiarkan aku termangu-mangu dalam perasaan berkecamukku. Seketika kemudian aku perlahan-lahan berpaling pula ke belakang.
Shaleen sedang merenung tepat ke arahku. Tampak begitu jelas perasaan kurang gembira terlakar pada wajahnya. Dalam masa yang sama aku juga terperasankan sesuatu pada air mukanya itu.
... Shaleen nampak risau?
Lajunya amoi ni bawak kereta. Berdesup sampai ke hostelku tak sampai dua minit. Masak mee segera pun lagi lama dari itu. Sepanjang perjalanan kami berdua tak langsung bersuara. Malang betul... aku pulak dari tadi asyik rasa nak kentut aje. Tapi takut lebih menambahkan perasaan kurang selesa yang berlaku sekarang. Ni bahana teh tarik la ni...
"Ah! Dah sampai..." ujarku seraya membuka pintu.
"Hm." ucap Shaleen dengan bersahaja. Ish! Rasa tersinggung pulak bila dia berlaku dingin padaku. Seolah-olah berbaik denganku tadi hanyalah lakonannya di depan Adrina. Bengang sungguh kurasakan. Kenapa, ya? Kenapa aku rasa begitu? Kenapa hatiku sakit sangat sekarang ni?
"Terima kasih. Bye!" ucapku seraya keluar dari keretanya. Mampuslah! Kalau kau masih nak berseteru denganku, aku pun tak peduli. Pergi jahanam lu amoi!
"Arif, wait!" panggilan tersebut segera mematikan derap langkahku yang semakin menjauh. Aku memandang kembali ke belakang. Ke arah Shaleen.
"I care about you..." Kata-kata yang terpacul dari mulut Shaleen membuatkanku terkaku.
"A.. apa?" tanyaku dengan nada tidak percaya.
"I care about you... and that's why I'm willing to betray my friends!" ujar Shaleen.
Oro? Apakah gerangan halnya ini?
Bab Tiga Puluh Tiga
Langkahku dipercepatkan ke arah lokasi yang kutinggalkan dalam perasaan marah tadi. Akhirnya derap kakiku terhenti betul-betul di hadapannya. Di hadapan seorang gadis yang telah berjaya mencuri hatiku daripada Saidatul Adrina. Kedua pandangan kami bertembung. Seketika kemudian gadis di hadapanku ini menelengkan kepala untuk mengelakkan renungan tajamku.
"Shaleen... apa maksud kau berkata begitu?" tanyaku dengan perasaan berdebar. Semenjak kejadian di bistro tempoh hari, aku mula mengesyaki bahawa ada yang tidak kena dengan Adrina dan rakan-rakannya. Malah entah mengapa aku dapat merasakan bahawa aku pun turut terlibat sama sungguhpun tidak langsung kuketahui apakah ia.
"Boleh luangkan masa to hear me out?" pinta Shaleen dengan lembut. Malah terlalu lembut dari yang sepatutnya. Aku semakin berasa tidak sedap hati. Pun begitu kuanggukkan juga kepala tanda bersetuju. Shaleen menundingkan telunjuk kanannya ke arah bangku-bangku batu yang berada kira-kira sepuluh langkah dari tempat kami berdiri. Memahami isyaratnya untuk berbual di sana, aku mengangguk sekali lagi.
Agaknya seminit sudahpun berlalu semenjak aku melabuhkan punggung ke salah sebuah bangku batu tersebut. Shaleen masih belum mengungkapkan sebarang patah bicara. Sebaliknya beliau hanya bersiul-siul kecil memelodikan irama yang aku sendiri pun tidak ketahui. Malah dalam perjalanan ke sini pun tadi tiada sebarang perbualan yang berlaku di antara kami berdua.
"Orang tua-tua kata kalau bersiul nanti ular akan masuk rumah." usikku untuk meredakan keadaan yang kurasakan suram lagi tegang. Shaleen terdiam.
"Superstitious..." usiknya kembali. Aku tersenyum. Gadis di hadapanku ini tertawa kecil.
"Shaleen... kenapa kau sanggup nak khianati kawan-kawan kau?" tanyaku.
"Kia.. kiamat?" tanyanya kembali. Aku tertawa.
"Khianat la. Khianat is betray." maklumku.
"Oh... that..." ujarnya.
"Well?" tanyaku dengan nada kurang sabar.
"It's your fault. It's all your fault..." ujar Shaleen tba-tiba.
"Kau cakap apa ni? Janganlah cakap perkara yang tak ada kena-mengena la..." balasku dengan nada tersinggung. Shaleen memegang kejap kedua belah bahuku. Serta-merta rasa bengangku terhapus. Jantungku kini berdegup kencang pula. Dia nak menciumku ke?
"Promise me you won't get angry like last time." pintanya sambil merenung tepat ke mataku.
"Mana boleh begitu. Ini mesti..."
"Promise me! Please..." Shaleen meningkah bait bicaraku dengan agak keras. Namun sulaman rayuan begitu jelas terdengar pada kata-kata tersebut. Malah ianya lebih mirip pada suatu rayuan dalam keadaan terdesak. Aku melepaskan keluhan kecil.
"Okey... aku janji." ujarku. Shaleen akhirnya melepaskan pegangannya. Beliau memandang ke arah langit seraya melepaskan suatu keluhan yang amat berat.
"Shaleen... kenapa ni?" tanyaku dengan lembut.
"Once upon a time, there were four good friends. All of them had a traumatic experience with men in their life. So... they all sworn to each other that they will get their revenge. They used, manipulated and make men fell for them. And finally... they crushed these men's heart." Aku terkaku mendengarkan cerita Shaleen. Perasaan buruk mulai bertampuk di hati.
“Pada suatu masa dulu terdapat empat orang sahabat baik. Mereka semuanya mempunyai pengalaman yang traumatik dengan kaum lelaki. Maka mereka berempat bersumpah untuk membalas dendam. Mereka memperalat, memanipulasi dan membuatkan kaum lelaki jatuh cinta pada mereka. Dan akhirnya mereka akan menghancurkan hati lelaki-lelaki tersebut.”
.
“Masa silih berganti dan mereka mula menjadi ketagih. Bahkan mereka berjudi dengan wang pula untuk melihat siapa yang boleh melakukannya dengan cara yang paling kejam. Salah satu peraturannya ialah mereka bergilir-gilir melakukan perbuatan buruk tersebut. Buat masa ini adalah giliran Adrina. Dan awak adalah mangsanya, Arif.”
"Ya Allah..." ujarku dengan suara yang lemah. Kepalaku spontan tertunduk. Air mataku seakan-akan mahu melimpah keluar. Namun kemarahanku yang membuak-buak pada masa yang sama telah berjaya menahannya. Tiba-tiba aku berasa ada sepasang tangan lembut memegang erat tanganku. Aku kembali mengangkat kepala lantas memandang tepat ke arah empunya tangan tersebut.
"I'm sorry... I'm so sorry..." pinta Shaleen. Aku kembali menundukkan kepala dan mendiamkan diri. Shaleen mengusap-usap belakangku pula. Agak lama juga kami dalam keadaan begitu. Akhirnya emosiku yang sedang bergelora berjaya diredakan, namun bukanlah sepenuhnya. Aku mengangkat kepala dan kembali memandang ke arah Shaleen.
"Shaleen... kenapa kau bagitau aku?" tanyaku dengan suara yang agak bergetar.
“Malangnya awak adalah seorang yang sangat baik. Orang yang paling baik yang pernah saya jumpa. Ingatkah masa kita berdua makan nasi goreng awak di kafeteria? Saya masa tu berasa sangat bengang. Dan entah macam mana awak berjaya memujuk saya dan membuatkan hati saya tersentuh dengan kebaikan awak.)
" Malam itu bila saya balik ke rumah, saya telah menangis. Saya rasa bersalah. Saya rasa malu. Saya bencikan diri saya. Kemudiannya saya telah membuat keputusan untuk memberitahu awak tanpa melukakan hati sahabat-sahabat saya. Saya telah banyak membuat kiasan tetapi awak terlalu taksub dengan Adrina.)." ujar Shaleen lagi. Memoriku segera mengenangkan beberapa insiden yang berlaku di antara aku dan Shaleen. Kini semuanya sudah terjawab. Tentang tindak-tanduk ganjil dan semberono oleh Shaleen setiap kali bertemu denganku. Gadis kacukan tersebut melepaskan keluhan beratnya sekali lagi.
"It's your fault. Kenapa you baik sangak? Kenapa you tak jahat macam lelaki lain, Arif? You buat I kianat kawan-kawan I." Pernyataan Shaleen tidak kujawab. Keadaan menjadi hening seketika. Hanya bunyi kawanan cengkerik yang mewarnai suasana suram kami tatkala ini.
"Adrina akan mengadakan majlis harijadinya tidak lama lagi. Saya rasa itulah masa yang paling sesuai untuknya melukakan hati awak. Kesemua kawan awak akan turut ada di sana untuk menjadi penonton. Inilah perbuatan kejam paling mutlak. Dia memang benar-benar ingin memenangi pertaruhan. Tolonglah jangan hadirkan diri ke majlis tersebut." Kali ini aku pula melepaskan keluhan yang amat berat. Tanpa disedari air mata mulai bergenang di mataku. Secepat kilat telapak kananku memekup bahagian mata.
"Oh God... Arif, I'm... I'm sorry. I'm so sorry..." Jari-jemari Shaleen yang mungusap bahagian belakangku mulai memegang erat di bahagian lenganku pula. Aku masih memekup mata. Namun dari nada suaranya tadi aku tahu bahawa gadis di sebelahku ini juga sedang mengalirkan air matanya. Seketika kemudian telingaku dapat menangkap esakan lirih daripadanya.
"Aku nak balik." Itulah kata-kata pertama yang terpacul dari mulutku setelah suasana dipegunkan selama beberapa minit dengan keheningan. Sebaik sahaja aku berkata demikian, punggungku telahpun dialihkan dari bangku batu tersebut. Aku sempat menepuk-nepuknya dan mengeliat untuk meredakan perasaan yang tidak selesa setelah duduk sebegitu lama. Kemudian pandanganku dilontarkan ke arah Shaleen.
"Pada suatu masa dulu terdapat seorang pemuda biasa yang langsung tak ada sebarang keistimewaan. Tapi dia ada kelebihan juga iaitu dia seorang yang sangat baik. Itupun sebab ada seorang gadis yang kata dia begitu." Shaleen tertawa kecil mendengarkan bait bicaraku itu.
"Satu lagi kelebihannya ialah dia tidak akan larikan diri dari masalah. Dia akan tetap menghadapinya sungguhpun... dia akan merana. Tapi dia tak akan berpaling dan mengelak diri. Dia akan hadapi masalah itu.... dan dia akan menyelesaikannya." Sebaik sahaja aku menghabiskan tutur kataku, keadaan kembali menjadi hening. Shaleen memejamkan mata dan menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju dengan keputusan yang telahku buat.
"I shall go. I wanna see who Adrina really is... and how cruel she can be. But thank you for telling me the truth. Just to let you know, when I said that you're someone that I can never get rid off in my life, I really mean it. And I forgive you." ujarku seraya tersenyum. Namun aku sendiri boleh merasakan kepahitan pada senyuman tersebut.
"Thanks, Arif..." ucap Shaleen.
"Goodnight amoi. Have pleasant dreams." ujarku sebelum melangkah pergi meninggalkannya.
"You take care, okay Arif?" teriak Shaleen setelah beberapa ketika aku menderapkan langkah. Aku terus berjalan dan hanya mengangkat tangan kananku tanda terima kasih.
"Ha! Bagus kita bangun awal pagi ni. Punyalah banyak tempat kosong! Jom kita enjoooyy!" ujar Wadi dengan perasaan gembira. Siap menggayakan lenggok Nora Danish lagi tu. Pada pagi ini kami bertiga bangun awal pagi dan pergi ke fakulti dengan kereta Nizam.
"Serius... buruk bebeno kamu buat begitu. Macam pondan tua zaman kerajaan Majapahit." komenku seraya tertawa. Nizam turut tertawa terbahak-bahak. Wadi yang mulanya mengacukan penumbuk ke arahku akhirnya turut tertawa. Kami segera mengambil pinggan kecil untuk mengisi kuih-muih. Nizam seperti biasa tetap mahukan burger sebagai sarapannya. Setelah membayar harga makanan (Nizam belanja sebenarnya) kami bergegas mencari tempat duduk. Kami berbual-bual dan sesekali ketawa terbahak-bahak sambil menikmati sarapan. Kalau bapak aku tengok, pasti dia akan lepuk kepala aku dengan rehal Muqaddam sebab berkelakuan buruk di depan rezeki.
"Eh? Awalnya Adrina datang hari ni..." komen yang terpacul dari mulut Nizam membuatkan jantungku seakan-akan terhenti. Kepalaku diangkat memandang ke hadapan. Kelihatan Adrina dengan lenggang-lenggok serta senyuman manisnya datang ke arah kami bertiga.
"Morning guys. Hai Arif." tegurnya dengan lembut bersulamkan senyuman ramah-tamah. Nizam dan Wadi hanya membalas kembali sapaan tersebut dengan senyuman dek kerana mulut dipenuhi makanan.
"Hai gorgeous!" tegurku seraya mengenyitkan mata.
"Waah! Makin daring jejaka handsome kita ni, ya?" perli Adrina, Kemudian beliau berpura-pura mencebik. Aku tertawa, cuba menyembunyikan perasaan sebenar yang sedang bergolak di dalam hati.
"Anyway, Rina akan sambut birthday minggu depan. Adalah buat majlis sikit. Rina tengah menjemput semua kawan-kawan yang satu batch dengan kita datang ke rumah minggu depan. So, Aswadi dan Nizam mesti datang, tau?" pelawanya dengan nada sedikit mendesak.
"Aku kalau makan, aku datanglah!" balas Wadi. Aku tertawa mendengarkannya. Adrina turut tertawa. Nizam pula sempat menembi bahu kiri Wadi.
"Badigol! Buat malu muka je kamu ni! Don't worry, Rina. We'll be there." balas Nizam pula. Adrina tersenyum sambil mengangguk. Kemudian beliau memandang ke arahku pula.
"Arif pun mesti datang, ya?" pintanya dengan lembut.
"Eh, tentulah saya akan datang." balasku. Nadaku sengaja dibuat-buat seperti sedang teruja.
"Rina ada surprise, tau?" maklumnya lagi. Aku memandang tepat ke arah Adrina lantas bibirku melakarkan senyuman. Hanya satu sahaja jawapan yang berlegaran dalam fikiranku sekarang.
"Tak sabar rasanya nak tengok!
Bab Tiga Puluh Empat
Lebih kurang 9.13 malam. Di bilik hostel.
"APA DIA?!!!"
"Sakit la telinga aku, bodoh!" omelku. Punyalah lantang suara Wadi memekik tadi. Aku ingat gajah baka hibrid yang tengah naik minyak pun mau lari terpontang-panting mendengarnya. Bilik kami ni tak pernah aman dari pekik-jerit. Kesian hantu-hantu yang menumpang; nak tidur pun tak dapat.
"Rip! Betui ke ni? Betui apa yang kau cakap ni?" tanya Nizam yang lebih menjurus kepada mendesak. Sungguhpun aku dah bercerita habis tentang rancangan jahat Adrina kepada kedua badigol tersebut, ternyata mereka masih tidak berpuas hati mendengarnya.
"Betul la apa yang aku cakap ni. Ingat aku nak main-main ke tentang hal-hal macam ini? Nanti Karam Singh Walia marah aku, tau?" balasku.
"Hah! Tu! Tu! Dah buat lawak. Kau cakap auta tadi, kan?" tanya Wadi. Cih! Silapku juga sebab boleh pulak buat lawaking masa serius macam ini.
"Serius, aku tak bohong. Tadi aku buat lawak sebab nak release sikit tension aku." Penjelasanku itu mengundang renungan tajam dari kedua sahabatku. Lama kami saling memandang tanpa bersuara macam berlawan ilmu ninja doujutsu (ilmu ninja mata) pulak. Akhirnya Nizam yang terlebih dahulu kembali menyandarkan tubuhnya di katilku dengan keluhan panjang. Aku turut ikut bersandar kembali di kerusi belajar yang ‘dipinjam' oleh Wadi dari bilik sebelah. Namun Wadi masih enggan mengendurkan tubuhnya. Malah kedua tangannya mengeletar dalam kekemasan kepalan buku lima.
"Dahlah tu Wadi." pujukku.
"Betina sial... anak setan... kalau dia tu lelaki dah lama aku lumatkan mukanya." ujar Wadi dengan nada tersekat-sekat. Memang sahih dia tengah marah tahap optimum. Walaupun rasa terharu dengan sikap setiakawannya, tapi aku rasa seriau jugak melihat api kemarahan si Wadi sekarang ini. Harapnya jangan la dia teringat yang aku ada menyimpan gambar Adrina saiz paspot dalam dompetku. Kang tak pasal-pasal jadi lempeng kulit kang...
"Rip... kau percaya ke dengan cerita Shaleen tu?" tanya Nizam secara tiba-tiba. Aku bungkam. Namun seketika kemudian aku menganggukkan kepala untuk menjawab.
"Kau pecayakan Shaleen sebab kau sukakan dia, ya?" tanya Nizam lagi. Renungannya tidak sedikitpun teralih dariku. Kali ini aku menggelengkan kepala.
"Bukan sebab itu. Sebab aku percayakan kau." jawabku.
"Hm?" tanya Nizam. Aku mengangguk.
"Kau pernah kata, hampir mustahil orang macam aku Adrina akan betui-betui jatuh cinta. Bila aku pikir balik apa yang Adrina kata dan buat masa dia dengan aku sebelum ni, memang masuk akal pun." perjelasku. Nizam menggelengkan kepala.
"Aku tarik balik kata-kata tu. Aku tak ada maksud nak hina kamu, Rip." perjelas Nizam pula dengan nada kesal. Aku tersengih.
"Tapi itu hakikatnya, kan? Adrina kalau ikutkan memang padan dengan kamu. Tapi apasal dia tak pilih kamu? Aku rasa sebenarnya dia takut kat kamu, Nizam. Kamu kan terer dalam bab membaca karektor orang perempuan. Mesti Adrina takut kamu tau perangai sebenar dia. Aku pulak... dah la tak pernah bercinta, tergila-gilakan dia setengah mati pulak tu. Jadi lebih senang la aku jadi mangsa." ujarku dengan panjang lebar.
"Jangan cakap begitu, Rip. Jangan condemn diri sendiri. Aku suka berkawan dengan kamu dan Wadi sebab korang berdua macam batu permata dalam longgokan kaca. Yang lain-lain aku selama ni panggil kawan tu sebenarnya tak boleh pakai. Dengan personaliti korang berdua, mudah aje sebenarnya korang dapatkan mana-mana pompuan yang korang nak." pujuk Nizam.
"Dalam dunia yang ideal, mungkin begitu. Tapi kau yang sendiri kata bahawa pompuan la ni lebih memilih lelaki yang ada hensem atau tebal poket. Kami berdua habuk pun tarak!" balasku. Wadi tergelak. Nampaknya kemarahannya dah mereda. Syukur... selamat dompet aku...
"Kebanyakan diorang tu bodoh! Itu sebabnya orang macam aku senang dapat mangsa." ujar Nizam. Aku berasa bahawa tidak wajar dia berkata begitu. Tapi memang banyak kali aku pernah tengok sahabatku itu memasang kekasih lebih dari seorang. Yang seronoknya mereka tahu tetapi mereka sanggup bergaduh sesama sendiri; bukannya membalun Nizam! Paling teruk ialah jenis perempuan yang sanggup menerima kembali cinta Nizam sungguhpun beberapa kali mereka ditinggalkan oleh sahabatku itu.
"Terpulang... Tapi aku nak tanya satu perkara. Nizam, kenapa kamu sendiri pun tak pernah cuba kacau Adrina? Banyak kali kamu kata kamu nak tackle dia tapi kamu cakap aje. Kenapa?" Pertanyaanku membuatkan Nizam terkedu. Beliau memandang ke kiri kanan seolah-olah mencari jawapan yang dia sendiri tahu tak akan ada di situ.
"Kamu memang tahu Adrina bukan jenis yang baik, kan? Naluri kamu tau yang dia memang bahaya, betul tak?" tanyaku lagi. Nizam masih terkedu, namun ekspresi wajahnya jelas mengesahkan apa yang kuperkatakan tadi.
Lebih kurang 10.00 malam. Di bilik hostel.
"Jadi kau tetap nak pergi?" tanya Nizam. Aku mengangguk.
"Aku rasa elok kau ikut nasihat Shaleen tu. Jangan pergi." nasihat Wadi pula. Aku menggelengkan kepala.
"Aku tetap pergi. Aku nak tengok dengan mata kepala sendiri perangai sebenar Adrina." balasku.
"Lagipun strategi Adrina aku dah tahu. Jadi aku dah sedia. Tambah lagi aku ada senjata yang dia tak tau." ujarku lagi.
.
Lebih kurang 10.20 malam. Di bilik hostel.
"Aku rasa elok kita buat beberapa perancangan terlebih dulu dalam beberapa hari ni." saran Nizam.
"Perancangan? Macam nak berperang la pulak!" sindir Wadi.
"Memang Arip akan berperang dengan Adrina! Tambahan pulak dia akan berperang di kawasan Adrina. Senjata rahsia kau tu belum cukup. Kau mesti cukup bersedia untuk masuk ke zon perang milik Adrina." Uih! Serius bebeno bunyi Nizam ni. Dia nak belikan aku mesingan Al Capone ke?
"Okey... bab ni aku rasa kau memang pakar. Jadi aku ikut aje apa kata kau." ujarku.
"Bagus! Kalau begitu mari kita bersiap." ajak Nizam.
"Bersiap? Bersiap apa?" tanyaku.
"Bersiaplah. Pakai cantik-cantik. Kau pun sama Wadi. Tapi elok juga kau pergi mandi dulu." maklum Nizam yang nampaknya sempat mengusik wak Jawa itu. Ah, sudah! Nak ke mana pulak ni?
Lebih kurang 12.24 malam. Di "Rapid Fire".
"Apa pasal kau bawak kami ke disko ni?" tanyaku dengan nada kurang senang.
"Party Adrina tentu hip and happening. Kau kata kau tak selesa dengan keadaan itu. Wadi pulak tak pernah pergi. Kawan-kawan Adrina yang bukan dari kalangan batch kita pasti sosial macam dia juga. Adrina tentu nak pertontonkan kamu di depan kawan-kawan sosialnya itu. Kalau kau berperangai kekok dan tidak selesa, tentu dia seronok. Dia anggap kau ni bahan hiburan untuk kawan-kawannya. Jadi kau mesti hip and happening juga. Kau mesti tak kekok dan nampak cool di majlis Adrina. Don't give them such pleasure!" terang Nizam dengan panjang lebar. Tak terfikir pulak aku akan hal tersebut. Tapi memang masuk akal Adrina akan berbuat begitu.
"Okey!" ujarku. Wadi turut mengangguk.
"Bagus! Kita ada beberapa hari sebelum birthday party dia. Jadi setiap malam kita mesti biasakan diri di tempat sosial macam ni." maklum Nizam lagi.
"Kau dah biasa. Kami berdua la yang macam kera sumbang!" omelku. Kami bertiga tertawa. Tak tahulah sama ada nak berterima kasih kepada sahabatku ini sebab bersusah-payah untukku atau nak melepuk kepalanya sebab mengheret kami ke tempat maksiat ini.
"Nah sorang satu." Terbeliak mataku melihatkan 2 keping kad kredit berwarna emas di tangan Nizam. Aku rasa Wadi pun begitu. Ni sahih supplementary card daripada mak bapak dia..
"Pelajaran pertama. Perempuan lebih suka melihat kad ini daripada muka korang." ujar Nizam. Aku mengerutkan dahi.
"Aku tak sukalah cara kau mendefinisikan pompuan macam tu." protesku. Yalah, mak aku dan kakak aku tu pompuan. Rasa macam Nizam turut menghina mereka. Nizam tertawa.
"Maksud aku, perempuan di tempat-tempat sebeginilah! Jangan marah, ah? Nanti kena juaaal..." usiknya. Aku menerima kad tersebut dengan berat hati.
"Korang tahu macam mana rupa tandatangan aku, kan? Baiklah. Tugasan pertama malam ini ialah... Aku nak korang menyesuaikan diri dengan keadaan sebegini dan kalau boleh cuba bersosial dengan perempuan-perempuan dalam disko ini. Kalau boleh, sesekali cuba tayang kad ini. Dari sini kita berpecah. Have fun!" Itulah kata-kata terakhir jurulatih maksiat kami sebelum beliau bergegas masuk ke dalam. Aku dan Wadi saling berpandangan. Memang kami sedia maklum akan perangai sosial Nizam yang setanding dengan Adrina. Pun begitu, beliau tak pernah membawa kami ke mari sebab hormatkan pendirian kami.
"Uih! HSBC." komen Wadi. Aku segera merenung ke arah kad di tanganku pula.
"Aku, Citibank." maklumku. Terjungkit kedua kening Wadi mendengarnya.
"Serius... Satu hari kita mesti culik Nizam dan mintak bapaknya wang tebusan." gurau Wadi. Kami berdua tertawa terbahak-bahak. Seketika kemudian masing-masing terdiam sambil memandang sesama sendiri. Aku mengangkat tangan kananku dengan gaya buku lima dan diarahkan kepada Wadi.
"Let's kick ass!" ujarku. Wadi tersenyum. Beliau mengangkat tangan kanannya dan menemukan buku limanya pada buku limaku.
"You go, girl!"
Bab Tiga Puluh Lima
"Dididididiii..."
"Didididi...."
Aduuuiii... payahnya mata aku nak dibuka. Macam ada gam UHU kat antara kedua kelopak mata. Ni Nizam punya pasal la ni. Entah pukui berapa kami balik ke hostel, aku pun tak tau. Tapi memang nampak la daun-daun kat hostel tu dipenuhi dengan manik-manik embun bila kami balik. Embun jantan kot? Tak tau pulak aku embun pun ada jantan betina. Tak pernah aku nampak ada embun yang pakai seluar dan ada yang pakai skirt. Ahahah... sempat pulak buat lawak dan gelak sendiri. Lawak basi. Bukan; lawak air liur basi...
"Dididiiii...."
Siapa pulak la yang khusyuk dan tawaddho' bebeno menelefon pepagi buta ni? Apa tak tau ke...Wargh!!! Dah pukui sepuluh pagi rupanya! Kuliah start pukul lapan setengah tadi! Mampuih la... Aku memandang sekeliling. Hmh! Rupa-rupanya dua ekor balau tu tengah sedap menjanakan air liur basi lagi. Nampak gayanya kami bertiga Three Stooges memonteng kuliah la hari ni. Lega... ada geng ponteng kuliah. Macam Geng Bas Sekolah pulak...
"Didiididiiii...." Aku kali ini segera mencapai telefon selularku. Serta-merta perasaan mengantuk yang menyelimuti rasionalku lenyap. Berganti pulak rasa berdebar-debar sampai naik sakit dada.
"Hello?..."
"Whoi! Kanapa tak angkak cepat-cepat?" Begitulah pekikan yang bergema pada corong telefonku. Dengan nahu yang Jinjang di tahap maksimum, tentu para pembaca yang budiman dapat mengagak siapakah orangnya.
"Nak apa, Shaleen?" tanyaku. Perasaan mengantuk kembali perlahan-lahan menguasai diri. Hampir tujuh malam aku dan Wadi diheret ke tempat-tempat bersosial oleh Nizam. Menyampah betui rasanya. Tapi dalam masa yang sama aku tak mahu diperbodoh-bodohkan bila bertandang ke party Adrina kelak.
"Phei! Is that how you greet your sweetheart?" Sekali lagi teriakan Shaleen bergema di kokleaku. Dah sweetheart pulaaak... Dia ni dah tau ke yang aku tengah feeling maut kat dia ni?
"Hmm... Ye... Ye... Hello gorgeous.... beautiful... intaaan.... nyawaaa...." balasku.
"Hmh! Now you're being sarcastic." tempelak Shaleen. Aku tak paham betui perangai ompompuan ni. Kalau angin senggugut tu dah tak betui, apa pun cakap jadi tak betui.
"Sorry, amoi. Aku... huaaaa.... ngantuk lagi ni." ujarku.
"You sakit?" tanyanya. Jelas nada kerisauan pada tonasinya.
"Taklah. Aku betui-betui mengantuk ni. Lagipun kalau aku sakit kan bagus? Tak payahlah pergi ke party Adrina. Kau pun memang tak bagi aku pergi, kan?" balasku.
"I'm worried about you and what do I get? You, being a jerk to me." Alamaak... memang sohih la tengah datang bulan ni. Dah nak mengamuk pulaaak...
"Shaleen..."
Senyap tak bersambut. Aku tengok skrin telefonku. Ah! Ada lagi dia online.
"Shaleen... Aku minta maaf. I'm a jerk... again. I'm really sorry. Fikiran aku betui-betui kusut ni. I feel like losing myself. Sorry, ya?" pintaku dengan bersungguh-sungguh kali ni. Yalah, nanti kalau bergaduh balik makin bertambah runsing aku.
"Shaleen?" Seruanku tak berjawab.
"Sha-" Belum sempat aku menghabiskan perkataanku, Shaleen tergelak berdekah-dekah.
"Ooo... mainkan aku, ya?" ujarku. Tawa manja Shaleen masih kedengaran.
"Tau taqooot (takut). Serves you right!" ujarnya. Nak tergelak aku mendengar cara dia menyebut ‘takut' tadi. Macam bunyi Dalai Lama mintak makan. Aku malas nak kata apa-apa lagi. Cuma membalasnya dengan bunyi nguapanku.
"Geez... brush your teeth first, la!" usiknya seraya tertawa lagi.
"Kalau kamu ada di depan aku sekarang, aku cium mulut kamu tu!" Alamak! Apa yang aku cakapkan ni? Dah tersasul pulaaak... Rasa déjà vu pulak!
"I pernah cium muluk girlfriend I masa bangun tidur. Taste like-"
"Whoi! Dah le tu! Aku gelilah!" tingkahku. Memang meremang bulu kejurku bila Shaleen mula bercerita tentang hal-hal hubungan songsang ni. Mengekek dia ketawa; bukannya rasa tak selesa bila aku kata nak cium dia tadi. Kali ni aku pasti yang dia tak tau bahawa aku menyimpan perasaan terhadapnya. Eh, selalunya orang simpan perasaan kat mana, ek? Kalau dalam hati, apasal perut yang selalu rasa tak selesa?
"Ni apahal meng-call aku ni, amoi?" tanyaku dengan gaya sesantai yang mungkin.
"You potong kuliah, ya?" tanya Shaleen. Aku tergelak besar.
"Ponteng la... bukan potong." tegurku selepas menghabiskan baki tawa. Shaleen pulak kali ni yang tertawa. Alahai... manjanya gaya dia tertawa. Lagi cute daripada gaya tawa Adrina.
"Adrina told me by SMS just now. That's why I call you. To make sure you're okay." maklum Shaleen. Eh? Eh? EH? Dia ambil berat tentangku.
"Hehehee... you care about me, kan?" usikku dengan selamba. Oro? Memang cool betui aku berkata sedemikian. Nampaknya tutorial sosial Nizam dah mulai menampakkan kesannya.
"Of course I care about you. What kind of stupid question is that? Oh, I see... Jangang pirasan la, beb!" ujar Shaleen seraya tertawa.
"Perasan apa pulak? You save me from disgrace. Sekarang kau telefon aku sebab risaukan aku. Yey! Shaleen tergila-gilakan aku!" usikku. Oh my goat! Selamba sungguh aku berkata-kata. Terima kasih Nizam! Terima kasih kancil! Terima kasih kura-kura!
"Are you sure you okay? You sound... different." komen Shaleen. Alamak! Dia mulai syak sesuatu ke? Baik cepat turun ke mode tak cool balik!
"Hehe... biasa la aku baru bangun. Lagipun aku tengah high ni." maklumku.
"HIGH?!! You're on drugs?" teriak Shaleen dengan nada marah.
"Taklah... mana la aku mampu nak beli Ice (syabu)" balasku selamba.
"So? You're drunk?" tanyanya lagi. Nada kerasnya mulai mengendur. Mungkin dalam lima belas poin lapan tiga peratus kot?
"Aku mana minum! Arak, busuk! Aku tengah high skang ni sebab dok telan air lio basi aku ni, hah!" ujarku seraya ketawa terbahak-bahak. I like it ahak-ahak!
"Fucker!" maki Shaleen. Kemudian beliau turut ketawa.
"Ni la balasan mempermainkan seorang bakal lawyer. Kau kenakan aku, aku akan kenakan kau balik." ujarku dengan nada puas hati. Pandanganku terarah ke Nizam yang juga sedang memandangku. Agaknya aku gelak kuat sangat sampai dia terjaga. Seketika kemudian Nizam kembali memejamkan mata menyambung mimpinya.
"Where were you guys last night?" tanya Shaleen. Nampaknya Adrina si ‘mulut tapaian' (kata Shaleen) dah bagitau kami bertiga tak datang kuliah hari ni
"Tak de ke mana. Kami bertanding main game komputer sampai ke pagi." Aku terpaksa berbohong kerana Shaleen tetap salah seorang kawan baik Adrina.
"Hm." ujarnya. Mungkin kurang percaya dengan kata-kataku.
"So, kamu tentu pergi ke party Adrina lusa ni, kan?" tanyaku.
"Em." jawab Shaleen.
"Pakai seksi-seksi, tau?" sakatku.
"Of courseeee!!!" balasnya seraya ketawa. Aku turut ketawa.
"Gosh, Arif. You ARE different from usual. Are you sure you're not on drugs or something?" tanya Shaleen.
"Mana ada? I'm cool, bebeh!" ujarku. Kata-kataku disambut dengan tawa daripada Shaleen.
"So... what should I wear?" tanya amoi tersebut.
"Oro?" tanyaku kembali.
"You mao I wear something sexy. So... what should I wear?" tanyanya. Biar betui nyonya ni! Provokasi yang tak berkesudahan nampaaak...
"Mana la aku tau! Nama baju orang pompuan ni pelik-pelik bunyinya. Tube la... one piece la... hot pants la... tiub beskal la..." kata-kataku itu mengundang kekekan tawa Shaleen.
"Use your imagination and intrigue me with your stunning feature." maklumku.
"Wow... For a moment just now... I'm... breathless!" kata-kata Shaleen membuatkanku menjadi teruja. Sikit lagi kalah la kau, Nizam!
"Shaleen... betul ke kau tak mau aku datang?" tanyaku.
"Yes. I don't want to see you getting hurt by my best friend." ujar Shaleen. Cukup lembut tuturnya yang kurasakan begitu nyaman membelai di cupingku. Hampir saja aku nak angguk Mach 1.3 dan akur kepada kehendaknya. Namun segala ‘kejerihan' dan ‘latihan tubi' yang kuterima bersama Wadi semasa clubbing akhirnya berjaya mengeraskan hatiku dan menegapkan pendirianku untuk tidak terpana dengan tutur lunak tersebut.
"Haaiii... Aku dah memang terluka sekarang. Jadi tak ada apa yang aku perlu takutkan dah." ujarku. Buat seketika kami hanya berdiam diri seolah-olah cuba mencari makna pada perkara yang bakal berlaku kelak.
"Boleh tak aku tanya kau, amoi?"
"Shoot." balasnya.
"Berapa orang dah jadi mangsa Adrina?" tanyaku.
"Don't wanna talk about that." balas Shaleen.
"Alang-alang aku dah tau, bagitau ajelah." ujarku dalam nada sedikit mendesak.
"I've done enough damage to her. I'm not planning to go further." jawabnya.
"Fair enough. Kalau gitu, berapa ramai mangsa kau pulak?" tanyaku. Pertanyaanku itu tidak bersambut.
"Hello? Amoi? Dah tertidur ke?" gurauku.
"Arif... how many girls have been victimized by you?" tanya Shaleen pula.
"Tak pernah seorang pun! Dan aku tetap tak akan berbuat begitu kepada perempuan lain hanya sebab aku pernah dianiaya oleh Adrina. It's not fair. Kalau nak balas dendam, balas saja kepada orang yang menganiayai aku." ujarku dengan agak tegas.
"I'm happy to hear that. But are you planning to get your revenge on Adrina?" tanyanya pula.
"Tak perlu. The best revenge is to be happy and successful." jawabku.
"Itu sebab you mao datang jugah?" tanya Shaleen.
"Correct-correct-correct!" jawabku. Shaleen ketawa.
"Even though I would like to believe you..." ujarnya.
"Kau masih berprasangka aku pun macam korang, kan?" tanyaku. Tindak-tanduk Shaleen yang hanya mendiamkan diri mengesahkan taakulanku.
"Shaleen... Who hurts you? Boleh tak bagitau aku siapa orangnya?" tanyaku.
"Why?" tanyanya.
"Aku akan balas dendam bagi kamu. Aku akan ajar dia atau mereka cukup-cukup. I'll make sure you get your revenge." jawabku.
"Why?" tanyanya lagi.
"I want you to move on and be happy." jawabku. Buat seketika keadaan menjadi senyap.
"Arif..."
"Yep?"
"It would be great if I'm in front of you right now." ujarnya.
"Apa pasal pulak?" tanyaku.
"Because I feel like kissing you now." Jawapan Shaleen benar-benar membuatkan jantungku seolah-olah terhenti berdenyut seketika.
"Shaleen..."
"Yep?"
"Can you hold that thought untuk dua hari lagi?" pintaku. Shaleen ketawa.
"Not a chance. In fact, I dah tak rasa nak kiss you lagi." jawabnya seraya tertawa.
"Rugilah kamu kalau macam tu." ujarku.
"Mind to tell me why?" tanyanya.
"Air lio basi aku ni ada lagi dalam setengah cawan. Tak dapat la kau nak rasa-"
"SHIT! YUCK! You're fucking disgusting!" teriak Shaleen. Lepas tu aku tak dengar apa yang dia cecehkan sebab aku sibuk ketawa berdekah-dekah.
Dua hari kemudian... Lebih kurang pukul 7.46 malam.
Nizam tersenyum bangga melihat kami berdua. Pandangannya tak ubah macam ibu gagak yang melihat anak-anaknya telah dewasa akan meninggalkan sarang sebentar lagi.
"Memang bergaya sungguh korang berdua!" pujinya. Aku dan Wadi masih membelek-belek pakaian yang tersarung di tubuh mungil kami. Memang hebat dan nampak bergaya bila memakai pakaian branded ni. Bukan Brand's Essence of Chicken, tau?
"Terima kasih la sebab kau belanja kami dengan pakaian mahal-mahal. Bila aku dah kerja nanti akan ku bayar kat kamu. Sekarang kira hutang, aaa?" ujarku.
"Aku pulak akan bayar bila jadi menteri di Jabatan Perdana Menteri nanti." maklum Wadi. Kami bertiga tertawa.
"Nampak sangat tak mau bayar hutang!" kutukku seraya menyambung tawa.
"Aparra korang ni? Namanya pun belanja. Tak payahlah nak bayar-bayar pulak!" ujar Nizam. Keadaan menjadi senyap seketika.
"You sure you wanna do this, bro?" tanya Nizam dengan slanga London-nya.
"Hm." ujarku sambil mengangguk dengan penuh keyakinan. Tapi dalam masa yang sama rasa nak terkucil la pulak!
"You ready, bro?" tanya Wadi pulak. Aku hanya mendiamkan diri. Namun bibirku pula sedang melakarkan senyuman yang penuh bermakna.
"I was born ready!"
Patutnya selepas ni dah ada perkataan menyibuk "-bersambung-" ditaip. Tapi Nizam tiba-tiba menekan butang pada radionya. Serta-merta lagu ‘Daybreak Symphony' dari komposer terkenal bernama Taku Iwasaki berkumandang di udara.
"Lagu semangat sebelum kita pergi berjuang." ujarnya. Hmh! Aku suka mendengarnya. Aku memandang ke arah Wadi. Beliau tersenyum seraya menganggukkan kepala. Pandanganku dilontarkan ke arah Nizam pula. Sahabatku itu menelengkan kepala sebagai isyarat untuk berangkat segera.
"Jom!"
Bab Tiga Puluh Enam
"Kita dah sampai."
Wuyo mak! Besau sungguh rumah mak apak Adrina ni. Ini bukannya rumah banglo. Bangla pun bukan. Ini mau rumah agam macam cerita hantu Stephen King ni. Laman rumah agam tersebut bukan main luas lagi. Lagi luas dari tapak kosong tempat aku dan bebudak lelaki satu batch main bola. Puluhan muda-mudi pelbagai fesyen dan ragam kelihatan berselerakan di laman berumput karpet tersebut. Mereka bergelak ketawa, bergurau senda dan bersentuhan tanpa segan silu dengan orang sekeliling yang juga nampaknya dua kali lima sahaja. Seakan-akannya parti tersebut diadakan di laman rumah. Namun bunyi muzik yang arah puncanya dari rumah agam tersebut mengesahkan pengamatanku bahawa parti yang sebenar sedang berada di dalam.
"Are you ready, guys?" Pertanyaan Nizam spontan menyentakkan lamunanku. Aku mengangguk dengan raut yang tenang. Namun jantungku bagaikan nak pecah di dalam. Wadi telahpun melangkah keluar dari Peugeot 206 milik Nizam. Aku menarik nafas dalam-dalam, menghembusnya keluar dan akhirnya melangkah keluar dari kereta.
"Patutnya aku pinjam BMW abang aku la. Lagi nampak hebat." ujar Nizam.
"Tak payahlah. Nanti nampak sangat ada yang tak kena. Adrina syak pulak." balas Wadi. Aku menganggukkan kepala.
"Jom." ajak Nizam. Namun langkahnya terhenti bila aku memberikan isyarat untuk menunggu sebentar.
"Hah? Apasal?" tanyanya.
"Aku dah rasa terkucil la pulaaak." Jawapanku itu disambut dengan gelak tawa mereka berdua.
"Biasa la tu, Rip. Kau nervous. Baca Bismillah." saran Wad untuk meredakan panikku.
"Bismillah? Ei, ini parti maksiat nak baca Bismillah hapa?" bentakku. Kami bertiga tertawa.
"Lega dah?" tanya Wadi. Ooo... rupa-rupanya nak redakan gabra aku tadi. Bagus kepala hotak kau ni, Wadi.
"Belum. Nak menggeliak sekejap. Uih! Ada dua orang gadis cantik menarik tertarik kau memang da bomb la. Mereka berdua masih memandang ke arahku. Dengan selamba aku mendekati mereka.
"Begitulah aksi saya bila ternampak awek cantik macam korang berdua." ujarku. Mereka berdua tergelak.
"Yalah tu!" ujar salah seorang dengan sinis.
"Sebenarnya cakap awak tu memang betul, Fasha. Saya saja mengeliat tadi. Tapi korang berdua memang lawa. Tu yang terpaksa menegur juga tu." Kata-kataku sekali lagi mengundang tawa manja mereka.
"Nama I bukan Fasha!" balas gadis tersebut.
"Saya tau. Tapi nama tu kena betul dengan paras rupa awak. Okeylah! Jumpa lagi Fasha, Airin. Bye!" Itulah kata-kata terakhirku sebelum meninggalkan mereka berdua dalam keadaan tercengang. Aku kembali menuju ke arah Nizam dan Wadi. Mereka berdua sedang menyengih.
"Warm-up nampaaak..." sindir Nizam. Hehehe... tentu pembaca yang budiman tak sangka aku boleh mengayat dengan begitu indah dan berbudi bahasa sekali. Mana taknya, semasa latihan di disko dan bistro, aku telah beramah-tamah dengan setiap pengunjung yang ada di situ. Aku bukan saja dapat mempelajari dari kesilapanku, malah aku juga dapat mengenalpasti kelebihan dan kekuranganku dalam bersosial. Sebagai bonus, aku menjadi semakin yakin dan tenang.
"Baru lega. Jom!" ajakku. Akhirnya kami bertiga mengorak langkah menuju ke arah medan peperangan. Peperangan yang disediakan oleh Adrina khas untukku. Namun kali ini aku cukup bersedia. Aku ada keyakinanku hasil dari clubbing. Malah aku ada kedua orang sahabat yang akan membantuku jika aku tersepit nanti. Namun perkara yang paling kusyukuri ialah kehendak Allah yang mengalihkan hati serta perasaanku daripada Adrina kepada Shaleen. Bercakap pasal Shaleen, kat mana amoi tu sekarang gamaknya, ya? Tau-tau kakiku telahpun terpacak di pintu hadapan rumah agam Adrina. Ada dua orang lelaki sedang menjaganya. Terdapat beberapa orang muda-mudi sedang bersembang berdekatan mereka.
"Your invitation card, sir?" pinta salah seorang daripada mereka. Beliau adalah seorang pemuda India yang kurus. Cukup sopan perilakunya. Pasti berpotensi menjadi hero filem Tamil. Aku menghulurkan kad jemputan milikku. Pandanganku teralih pula kepada rakannya. Seorang pemuda Melayu yang gempal dengan senyuman sinis. Melihatkan raut wajahnya, pasti beliau ialah adik Adrina. Masaka! Mungkinkah ini serangan maut pertama Adrina? Cuba untuk memalukanku dari di hadapan pintu lagi? Dengan perasaan bercampur-baur aku menyerahkan kotak hadiah harijadi Adrina kepadanya. Beliau menyambutnya dan kemudian menimang-nimangnya seperti bola.
"Alamak brader! Ringannya! Murah kot?" sindirnya. Menyirap darahku mendengarkan kata-kata tersebut. Ringan aje penerajangku nak hinggap ke perut boroinya. Namun aku cuma tersenyum. Dan kubiarkan muda-mudi yang berada di situ menghabiskan baki tawa mereka.
"Hadiah aku tu bukannya ringan. Kamu aje yang rasa begitu sebab badan kamu berat sangat." Jawapanku kembali merancakkan tawa muda-mudi tersebut. Si India sopan-santun itu juga tergelak. Di belakangku Nizam dan Wadi sengaja ketawa berdekah-dekah untuk memaksimumkan penghinaanku. Adik Adrina mencukakan wajahnya.
"Aih? Takkan marah kot? Jangan marah, ya brader? Nanti cepat laaaapaar." Mulutku menyusulkan penghinaan kedua pula. Suasana hingar-bingar dengan gelak-tawa. Sahih! Adrina sengaja meletakkan adiknya untuk memalukanku. Namun silap besar la dia buat begitu.
"Okeylah brader. Gua chow dulu. Nanti kita bersembang lagi, ya?" ujarku sebelum melangkah masuk ke dalam. Aku sempat mengerling dan melemparkan senyuman ke arah adik Adrina. Ekspresi yang hanya terpampang pada pandanganku adalah wajahnya yang merah lagi mencuka.
Pusingan pertama. Pemenangnya ialah aku : Arif.
Keadaan di dalam begitu hip and happening sekali. Bunyi muzik yang dimainkan secara langsung oleh sebuah band yang diupah oleh Adrina semakin merancakkan suasana. Namun pengalamanku selama tujuh malam di disko serta bistro membuatkan diriku berasa biasa dan tidak kekok. Aku sempat menegur beberapa orang rakan satu batch yang kutemui dalam kerumunan manusia. Nampaknya mereka berasa begitu kekok dan tidak selesa sekali. Jadi beginilah gamaknya keadaan diriku jika aku tidak mengikuti nasihat Nizam tempoh hari. Kalaulah ini serangan Adrina yang seterusnya atas sebab mengetahui bahawa aku bencikan keadaan sebegini memang dia sekali lagi telah tersilap besar.
Aku tak tahu di mana Nizam dan Wadi. Kami berjanji untuk berpecah agar tak nampak macam pandir sangat. Mataku meliar mencari kelibat Shaleen. Jantungku berdegup kencang dengan perasaan antara gusar dan teruja. Shaleen masih belum kutemui. Namun aku telahpun ternampak salah seorang rakan baiknya. Aku segera merapati gadis tersebut yang sedang membelakangiku. Beliau begitu asyik menari dengan lenggok pinggulnya yang meliuk-liuk. Bahu kanannya kutepuk perlahan.
"Hai Amilia! Nampak tak Shaleen?" tanyaku dengan suara lantang untuk melawan bunyi muzik. Si gadis memusingkan tubuhnya. Alamak! Bukan Amilia la! Buat seketika kami terpaku sambil bertentang mata. Lidahku kelu untuk berkata-kata. Lawa, siuuut!
"Aa... Sorry. Saya ingatkan awak kawan saya Amilia tadi." ujarku. Mataku masih terpaku pada renungannya. Gadis tersebut tersenyum.
"Takkan girlfriend sendiri pun tak cam?" usiknya sambil tersenyum.
"Girlfriend? Eh, taklah! Dia memang kawan saya aje. Dari belakang tadi awak memang nampak macam Amilia. Tapi dari depan... awak lagi cantik dari Amilia. Jadi memang sah awak ni bukan Amilia!" Gadis tersebut tertawa mendengarkan gurauanku yang bersulamkan pujian. Sherry, salah seorang gadis yang kutemui di bistro semasa dalam ‘latihan' telah mengajarku cara-cara untuk memuji perempuan tanpa nampak dibuat-buat. Terima kasih Sherry. Terima kasih Nizam. Terima kasih kura-kura!
"That is one of the best chat-up lines I've ever heard. You made me amused and flattered at the same time. Anyway... thanks for the compliment." ujarnya.
"Nice meeting you. Okay, miss. Chow!" ucapku lantas mengorak langkah untuk pergi mencari Shaleen. Tak guna nak beramah tamah di situ lagi. Aku bergerak perlahan-lahan menyusuri kerumunan manusia yang sedang asyik menari. Akhirnya mataku dapat menangkap kelibat Shaleen. Langkahku digesakan ke arahnya. Namun tiba-tiba seorang pemuda menghalangku. Dari gaya beliau nampaknya pemuda tersebut tidak mempunyai niat buruk terhadapku.
"Sorry ganggu you. Nak tanya sikit, boleh?" tanyanya.
"Boleh, asalkan bukan hal duit." ujarku bergurau. Pemuda tersebut tergelak.
"You kenal ke perempuan tadi?" tanyanya.
"Yang mana?" tanyaku kembali.
"Yang bersembang dengan you tu tadi la!" jawabnya. Ooo... awek cantik tadi tu ke!
"Tak." balasku.
"Betul you tak kenal?" tanyanya lagi. Aik? Lain macam ni...
"Itu girlfriend kamu ke? Sorry la kalau kamu marah aku bersembang dengan dia tadi. Aku ingatkan dia member aku tadi sebab dari belakang nampak serupa." perjelasku. Manalah tau kot-kot dia nak hayun penumbuk ke mukaku macam dalam filem arahan D.Y. Haslam.
"Taaak. I mana sama level dengan dia. Kalau dia senyum kat I tu pun kira bertuah la!" jawab si pemuda tersebut. Aku merenungnya dengan teliti. Aii... takkan sekacak macam dia ni pun ada perasaan inferior jugak?
"Hebat sangat ke minah tu tadi?" tanyaku.
"Kalau you nak tau, itulah Sania." ujarnya. Oro? Sania? Siapa Sania? Super Saiya aku tahu le!
"Dia tu orang Malaysia yang jadi model di Milan, tau?" maklum pemuda itu lagi. Gamaknya dia dapat membaca air mukaku yang masih tak tahu siapakah gadis lawa tadi.
"Betul ke dia high level sangat? Tadi elok aje dia bersembang dengan aku. Siap suka dengan teknik mengayat aku." maklumku. Terbeliak mata pemuda tersebut.
"Damn! You so cool, bro! I salute you, bro!" ujarnya dengan nada teruja sambil menepuk-nepuk bahu kananku. Ewah! Macam dah lama kenal pulak mangkuk ni dengan aku. Panggil aku ‘bro' pulak tu. Macam kamceng sesangat la pulaak!
"Eh, bro! Boleh tak introduce I kat dia? I seganlah nak tegur..." Aku dah agak daaah... Patutlah beria-ria ‘bro' denganku. Ada niat madah berhelah rupanya!
"Boleeeh. Tapi lebih baik kau buat sendiri. Lagipun tentu dia tak suka sebab dia bukannya kenal aku pun!" Pemuda tersebut terpaku mendengarkan kata-kataku. Namun dia segera tersenyum dan menepuk-nepuk bahuku.
"You're right. You're right. I respect you, bro! Lagipun I baru je couple dengan seorang awek ni. Pasti you kenal." ujarnya. Nampaknya pemuda di hadapanku ini gentleman dan tak mudah berkecil hati.
"Aku kenal? Siapa dia?" tanyaku.
"Adrina. Saidatul Adrina. Dia pun memang cun mengancam, bro!" Kata-kata pemuda tersebut membuatkan aku pulak terpaku. Berubah air mukaku. Dalam hatiku menjerit-jerit agar diriku kembali bertenang.
"Bro? You okay?" tanya pemuda tersebut. Aku yang baru kembali ke dunia realiti hanya tersenyum.
"Terkejut aku! Rupa-rupanya kamu la boyfriend Adrina! Dia tu memang satu batch dengan aku. Selama hari ni memang kami syak dia ada boyfriend. Ingatkan budak batch kami juga. Rupa-rupanya kamu!" ujarku. Kami berdua tertawa besar. Pandaaai anak mak berlakon!
"Dia ada cerita dengan I. Kalau tak silap budak tu namanya Arif. I pity for him. Adrina macam fooling around with him aje. I tak setuju. He doesn't deserve that. I'm sure budak tu orang yang baik and respectable. Macam you." ujarnya. Aku tersenyum.
"You're a good guy. Genuinely a good guy. I'm sure under different circumstances you and Arif can be good friends." ujarku. Serius aku ikhlas. Malah aku mula menyukai pemuda di hadapanku ini.
"Thanks, man! I'm flattered! Oh ya! Siapa nama you, bro?" tanyanya. Aku tersenyum.
"Nama aku Akmal." jawabku seraya menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku sengaja menggunakan nama pangkalku kali ini. Pemuda tersebut menyambut salamanku.
"I'm Norhisyam. Call me Syam." ujarnya seraya memperkemaskan jabatan tangannya. Aku tersenyum. Nampaknya Allah benar-benar melindungiku dengan cukup rapi kali ini. Elemen kejutan terhebat daripada Adrina telahpun kuketahui. Jadi bolehlah aku memberikan reaksi yang berbeza dari apa yang Adrina harapkan.
Setakat ini bunyi ketawa berdekah-dekah masih tak kunjung padam bergema di dalam mindaku...
Bab Tiga Puluh Tujuh
"Shaleen!" Isk! Nampaknya amoi tu masih tak mendengar panggilanku walaupun jarak kami ada la dalam 5 kaki 3 inci 16 pol aje. Ni natijah live band yang bukan main bingit lagi mengalunkan lagulah ni. Aku perlahan-lahan menyusuri lautan manusia yang sedang sibuk berdansa. Hehe... kalau aku lepaskan kentut kuat lagi busuk sekalipun tentu tak ada yang tahu siapakah dalangnya.
"Excuse me! Excuse me! Ass-squeeze me!" ujarku. Tiba-tiba ada seorang awek yang seksinya mengalahkan pelakon Baywatch berpaling kepadaku lantas melemparkan senyuman.
"Ass-squeeze me?" tanyanya kembali dalam nada berteriak. Aku tertawa.
"Joking only. Jangan repot polis, ya?" ujarku dalam melawak. Giliran gadis tu pulak tertawa. Cilakak! Tak sangka ada juga jenis manusia yang memasang telinga masa tengah berjoget. Aku segera meneruskan odisiku merapati Shaleen. Akhirnya aku sampai betul-betul di sisinya. Mak oi! Betul-betul dia ikut cakap aku untuk pakai seksi. Aku terpegun seketika. Inilah pertama kali aku melihat Shaleen mendedahkan sebahagian besar tubuhnya. Ada dalam 64 peratus kot?
"Shaleen!" seruku. Shaleen yang sedang ralik menari berhenti tiba-tiba dan terus memandang ke arahku.
"Arif!" teriaknya dengan nada gembira dan dengan tidak semena-mena memelukku. Aku tergamam. Ini adalah kali kedua amoi semborono ni memelukku. Sebelum ini senang aje aku menguisnya. Namun kali ini aku seolah-olah tak bertenaga untuk menolak. Aku membiarkan saja diriku diperlakukan dengan sewenangnya oleh Shaleen. Macam kena rogol pulak! Yiahah! Tak lama kemudian Shaleen segera melepaskan rangkulannya.
"Sorry... sorry..." ujarnya dengan nada serba-salah. Aku tergelak. Tentu dia ingat aku tengah monyok sebab cintaku dihancurkan oleh Adrina.
"It's okay. Aku rasa hangat dan syok tadi! Boleh tak buat lagi?" tanyaku. Mintak-mintak dia peluk la lagi! Pe-luk! Pe-luk! Shaleen tak memelukku. Sebaliknya dia tertawa seraya menembi bahuku.
"Datang tak bawak girlfriend ke?" tanyaku. Aku rasa dah macam drama sitkom Melayu pulak. Cakap asyik nak meneriak aje. Tapi lagu yang band tu tengah mainkan memang bingit betul.
"Dia malu, ma!" maklum Shaleen.
"Kalau gitu biar aku temankan kau menari." tawarku.
"You dance like a monkey!" kutuk Shaleen seraya tertawa.
"Eleh! Kau pun menari macam kucing jilat ketiak nak eksyen pulaaak!" kutukku kembali. Shaleen tertawa lebih lantang. Namun beliau segera mencebikkan bibir dan memukulku. Aku tak peduli dia setuju atau tidak. Aku segera mengatur langkah ‘monyetku' dan menari bersama Shaleen. Amoi tu spontan meliuk-liukkan tubuhnya sebagai isyarat beliau menerima pelawaanku. Buat seketika kami hanyut dalam langkah tarian sumbang kami mengikut alunan muzik yang berkumandang. Tatkala muzik berakhir, muda-mudi yang turut sama menari tadi terus bersorak dan bertepuk tangan. Aku dan Shaleen hanya berpandangan sambil membalas senyuman. Tiba-tiba amoi tersebut membuat tindakan yang tidak kusangkai. Beliau menundukkan kepala untuk mengelakkan pandanganku. Eh? Dia sebenarnya dah dapat agak ke?
"Hei guys!" O pulup malap! Terkejut aku apabila bahu kananku tiba-tiba ditepuk dengan kuat. Aku berpaling ke belakang. Oh... Adrina rupanya. Kalau si Wadi tadi yang dia tepuk, mau tangannya dikilas dek Wadi dan dijamu pulak dengan pukulan Sendeng Tiga Alam. Aku hanya mampu memberikan senyuman teruja plastik kepadanya. Pandanganku sempat dikerlingkan ke arah Shaleen. Nampaknya beliau juga memberikan reaksi yang serupa.
"Happy birthday, Adrina." ucapku. Sebenarnya nak aje aku kata "Happy birthday, bitch.". Tapi cuma berani dalam hati aje la.
"Thank you, sweetheart! Ada bawak birthday present untuk Rina tak?" tanyanya dengan gaya manja. Aku yang masih memakai senyuman plastik menganggukkan kepala.
"Saya bagi pada mamat Melayu yang jaga kat depan pintu nun." maklumku. Mata Adrina terbelalak dengan gaya teruja.
"Oh! Itu cousin Rina. Dia tu kuat menyakat orangnya. Sorry ya, kalau dia sakat Arif tadi." maklumnya. Sakat kunun... Itu agaknya standard orang kaya macam dia ni. Menghina dan memalukan aku depan orang ramai tu kira menyakat la gamaknya. Kat kampung aku kalau kita kentut kat muka member time dia tengah sedap hisap rokok baru la kira menyakat.
"Sakat? Tak de pun. Muka dia masam aje tadi." maklumku dengan gaya buat tak tau. Adrina mengerutkan kening. Hehehe... memang sah kamu yang suruh malaun firaun tu agar ‘menyakat' aku.
"I see... Okay! Both of you have fun, okay? I got some errands to do." ujarnya dan terus meninggalkan kami dalam keadaan tergesa-gesa. Aku memandang Shaleen. Gadis tersebut juga sedang memandangku dengan rasa kehairanan.
"Is there something both of you knew that I do not?" tanyanya. Aku tertawa. Aku tau pasti Adrina sedang bergegas untuk berjumpa dengan si gemuk tersebut bagi mendapatkan kepastian.
"Tak ada apa-apa." ujarku. Aku tak mahu memberitahu apa yang telah terjadi. Shaleen mempamerkan perasaan tidak puas hatinya melalui raut muka beliau. Aku tersenyum.
"Jom ke mini bar. Aku belanja kau minum." ajakku. Shaleen tertawa kecil. Mini bar tu pastilah percuma. Mintak tuak tujuh lapan botol pun tak apa. Baik sungguh hati Adrina menyediakan arak percuma untuk para hadirin. Aku terus menarik tangan Shaleen ke mini bar tersebut. Pembelajaranku selama tujuh malam bersama Nizam dan Wadi membuatkan aku tidak kekok untuk berbuat begitu. Nampaknya Shaleen hanya merelakannya. Walaupun beliau berada di belakangku, aku pasti Shaleen sedang terpinga-pinga dengan ‘kesantaianku' ini.
Beberapa minit kemudian.
"I expect you to order beer just now." ujar Shaleen seraya menyedut teh lemon aisnya. Kami kini sedang duduk melepak di barisan bangku bulat di mini bar tersebut.
"Apasal pulak?" tanyaku. Aku sempat menjeling ke arah teh lemon aisku. Buat masa ini hanya muzik dari pemain CD yang dialunkan sementelah bebudak band tu tengah berehat.
"You... are... so... different!" jawab Shaleen. Beliau tersenyum. Namun senyumannya itu bergaul dengan rasa kehairanan. Aku turut tersenyum. Tersenyum kelat.
"Nampaknya begitu la." balasku.
"What happened since the last time we met?" tanya Shaleen.
"Banyak. Salah satunya-" Baru saja aku nak bagitau yang aku sebenarnya dah jatuh hati pada orang lain, tiba-tiba suatu suara yang amat kukenali bergema di segenap ruang rumah tersebut. Aku spontan menoleh ke arah pentas. Nampaknya Adrina bersama mikrofonnya ingin membuat suatu pengumuman.
"Thank you for coming. Thank you very much for the presents. But thanks A LOT for not bringing anything! " ucapnya. Hadirin kesemuanya tertawa. Hmm... Lawak jugak minah ni, ya? Boleh masuk Raja Lawak nih...
"Rina sangat gembira anda semua dapat datang. Dan Rina rasa Rinalah orang yang paling gembira dalam dunia buat masa ini sebab dapat menyambut birthday Rina dengan orang yang sangat istimewa di hati Rina dan paling Rina sayangi. And the best part iiisss... he's hereeee! (merujuk kepada Syam)" maklum Adrina. Serta-merta air mukaku berubah. Celaka! Nampaknya inilah dia pukulan maut Adrina terhadapku. Sungguhpun aku rasakan yang aku telah seratus-peratus bersedia, namun nampaknya keyakinanku itu telah jauh tersasar. Aku memejamkan mata, menarik nafas sedalam-dalamnya ke perut dan melepaskannya perlahan-lahan.
.......... uh....
Celaka! Aku masih tak dapat menenangkan diri. Perasaan marah dan kecewa menggasak dengan ganas ke cepu emosiku. Ya Allah! Kenapa ni! Kenapa aku masih berasa begini? Tolong aku, ya Allah! Tolonglah aku!
"Arif." Tersentak diriku tatkala mendengarkan sapaan lembut di sisi kananku. Aku berpaling ke arah si empunya suara. Ke arah Shaleen. Beliau sedang menghulurkan tangan kirinya ke arahku. Aku memandang ke arah tangan Shaleen. Kemudian ke arahnya. Dan tanpa berfikir panjang lagi aku terus menghulurkan tangan kananku untuk menyambut tangan Shaleen tadi. Aku kembali memejamkan mata. Tangan Shaleen kugenggam dengan erat. Beliau juga nampaknya melakukan perkara yang serupa. Kehangatan tangannya bagaikan arus yang menjalari di segenap tubuhku. Dan emosiku perlahan-lahan menjadi tenang. Aku tak tahu mengapa, tapi hatiku tidak henti-henti berterima kasih kepada Allah.
"Rina mempersilakan Norhisyam untuk naik ke pentas dan menyanyi bersama Rina. Come sweetheart, be sporting." pelawa Adrina sambil memandang ke arah sekumpulan manusia yang sedang mengerumuni pentas tersebut. Seketika kemudian Norhisyam yang baru saja kukenali tadi segera naik ke pentas. Hadirin bersorak dan bertepuk tangan tanpa menyedari bahawa suatu rancangan jahat sedang dilaksanakan dengan sempurna terhadap seorang yang tidak bersalah. Cuma rakan-rakan yang satu batch denganku menunjukkan ekspresi terkejut mereka. Beberapa orang yang mengetahui lokasiku sekarang spontan memandang ke arahku. Aku enggan membalas kembali renungan-renungan yang dirundung dengan seribu pertanyaan tersebut.
Tak lama kemudian Adrina dan Norhisyam mula menyanyikan lagu ‘Sehidup Semati' daripada kumpulan Indigo dan Juliana Banos. Seperti biasa, suara Adrina cukup sumbang bunyinya. Tapi kali ini kesumbangan suaranya cukup menyakitkan hatiku. Pada masa yang sama aku berasa agak kagum pula dengan Syam. Suaranya memang sedap, siuut!
Hmh! Mata Adrina masih meliar ke sana-sini. Pasti dia sedang mencariku untuk melihatkan ekspresi wajahku sekarang. Cih! Jangan haraplah aku nak buat muka negatif! Aku dah cukup bersedia dengan muka ahli politikku. Seketika kemudian akhirnya pandangan kami bertembung. Inilah masa yang kutunggu-tunggu. Aku tersenyum dan segera mengangkat tangan kananku untuk menunjukkan tanda ‘best' kepadanya.
Namun barulah aku menyedari bahawa tanganku masih melekat pada tangan Shaleen. Perbuatanku sekaligus mengangkat tangan amoi tersebut untuk ditayangkan kepada Adrina. Seolah-olah aku ingin memberitahu kepada gadis tersebut : "Adrina! Aku tak kecewa puuun... Sebab aku kini dah couple dengan Shaleen!"
Ya Allah... aku tak sangka jadi begini. Jadi SEBAIK begini! Dan seperti yang kujangka, Adrina tidak lagi mampu menghiasi wajahnya dengan senyuman. Malah nampaknya beliau sangat terkejut dengan apa yang dilihat olehnya tadi. Sekali lagi entah mengapa aku berasa sangat bersyukur terhadap Allah.
"Oh my God!" Itulah yang terpacul daripada mulut Shaleen. Nampaknya beliau juga turut menyedari apa yang dah berlaku. Shaleen segera merungkaikan ganggamannya dariku. Kemudian beliau memandang ke arahku dengan pandangan yang agak marah.
"Aku cuba berlakon dengan tersenyum dan angkat tangan nak buat tanda ‘best'. Tapi aku lupa yang aku tengah pegang tangan kau, Shaleen." perjelasku dengan cara berteriak. Dari air muka Shaleen nampaknya beliau percaya kepadaku. Yalah, takkanlah aku sehandal itu untuk memikirkan taktik yang sangat hebat berdasarkan situasi yang ada.
Shaleen kini tidak lagi memegang tanganku. Namun hati dan emosiku cukup tenang serta gembira sekarang. Malah kini aku berasakan bahawa suara Adrina cuma setakat sumbang sahaja. Tidak lagi ianya menyakitkan hatiku.
Pusingan Kedua. Pemenangnya ialah aku : Arif Akmal.
Sudah hampir dua puluh minit semenjak insiden tersebut berlaku. Adrina telahpun menghilangkan diri. Begitu juga dengan Shaleen. Aku rasa bahawa dia pasti sedang mencari Adrina untuk menerangkan apa yang terjadi tadi. Dan aku cukup pasti bahawa Shaleen akan membuat cerita bohongnya sekali lagi. Ceh! Dia bukannya pandai kelentong. Mencarut tu boleh la...
Kini tumpuanku lebih terhadap bebudak band yang sedang berehat di sudut pentas. Aku sebenarnya berasa cukup kagum dengan gaya dan persembahan mereka. Skil main muzik tu jangan cakaplah. Suara penyanyinya pun amat bagus. Aku terus merapati mereka. Kehadiranku disambut dengan senyuman mesra. Mungkin tak ada siapa setakat ni yang nak bersembang dengan diorang kot?. Kesian... nak cekelat?
"Korang best la. Main macam pro. Tentu tuan rumah ni bayar mahal." pujiku. Salah seorang ahli band tersebut tertawa. Beliau adalah seorang pemuda dalam usia 25 tahun. Skilnya bermain gitar bass memang hebat di samping menjadi penyanyi utama.
"Thanks, man! Kami memang dah lama main tapi masih tak famous. Jadi bayarannya pun ciput je la. Tapi cukuplah nak bayar sewa rumah, duit makan minum, duit kereta dan bil-bil rencam." ujarnya merendah diri.
"Tapi setakat main dalam band aje manalah cukup. Jadi kami semua ada day job. Nak hidup beb..." ujar si pemain dram pula. Kami kemudiannya bersembang dengan mesra bagaikan dah lama kenal.
"Eh, gua nak tanya la dari tadi." ujarku.
"Nak tanya apa?" tanya si penyanyi. Namanya Jiko. Jangan tanya nama penuhnya. Aku pun tak tau. Entah Mas Joko agaknya.
"Korang rasa suara birthday girl tadi macam mana?" Sebaik saja aku mengutarakan soalan tersebut kami semua ketawa terbahak-bahak.
"Tak baik ngutuk orang, bro! Suara lu tu pun sedap sangat ke?" sindir Jiko.
"Heh! Ni juara karaoke Zon Kinta, tau tak?" ujarku. Kami tertawa lagi.
"Serius? Kau boleh nyanyi?" tanya Jiko lagi. Dan dengan tak semena-mena, satu idea jahat datang menerjah ke otakku.
Beberapa minit kemudian...
"Shaleen!" Akhirnya aku bertemu dengan juga dengan amoi tersebut. Shaleen nampaknya begitu susah hati.
"Kenapa ni?" tanyaku.
"Adrina... she... she refused to hear me out..." maklum Shaleen. Aku terkaku seketika. Nampaknya Adrina benar-benar tak dapat menerima hakikat yang aku tidak terluka dengan tindakannya tadi.
"Dia salah faham aje tu. Jom ke pentas. I got a surprise for you." ajakku. Aku sekali lagi menarik tangan Shaleen. Beliau mengikut saja. Sampai di pentas aku mengisyaratkan beliau untuk berdiri di situ. Aku pula segera naik ke atas pentas. Jiko yang sedang memegang mikrofon segera tampil untuk membuat pengumuman.
"Attention! Guys and gringgas! Kawan kami, Akmal akan menyanyikan sebuah lagu untuk birthday girl. Jadi dipersilakan Cik Saidatul Adrina tampil ke hadapan untuk menikmati hadiah yang istimewa ini." maklum Jiko. Hadirin riuh rendah mencari dan memanggil Adrina untuk datang mendekati pentas. Setelah beberapa ketika akhirnya beliau bersama Norhisyam muncul di barisan hadapan sekali berdekatan dengan pentas. Shaleen yang juga berdiri tidak jauh dari Adrina hanya memandangku dengan rasa keliru. Nizam dan Wadi yang kini menghampiri pentas juga turut memandangku dengan wajah kerisauan bercampur hairan.
"Akmal! Bro! You rule, man!" jerit Norhisyam disambut dengan sorakan hadirin. Adrina hanya tersenyum. Namun air mukanya jelas menunjukkan perasaan seribu kehairanan. Jiko mengangguk ke arahku dan kembali mendekatkan mikrofon di bibirnya.
"Guys and gringgas! Akmal akan menyanyikan lagu khas buat birthday girl, Saidatul Adrina. Tajuknya ialah ‘Itu Kamu'daripada kumpulaaaan...."
"ESTRANGED!!!" jerit hadirin yang berada di situ. Mereka kemudiannya bersorak dan bertepuk tangan. Jiko dan band beliau terus memainkan lagu pilihanku itu. Aku langsung tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyanyikan lagu tersebut. Memang lagu favourite aku pun. Sambil pejam mata pun boleh nyanyi (heheee... memang la!). Hadirin bersorak semakin kuat. Malah lebih kuat dari masa Adrina dan Norhisyam menyanyi tadi. Namun misiku bukanlah untuk menonjolkan diri, apatah lagi untuk mendapatkan undi SMS dari penonton. Tujuanku cuma satu... untuk membalas apa yang Adrina lakukan terhadapku sebentar tadi.
"Kau terindah...
Masih ada...
Yang tercantik..."
Ketika aku menyanyikan rangkap-rangkap korus tersebut, pandanganku dihalakan tepat ke arah Adrina. Namun sebaik sahaja selesai mengungkapkan rangkap korus "yang tercantik...", aku segera memandang ke arah Shaleen pula.
"Itu kamu..."
Shaleen yang sedang memandangku jelas menunjukkan ekspresi tergamamnya. Aku kembali memandang ke arah Adrina seraya mengulangi rangkap-rangkap tadi. Dan apabila mengungkapkan rangkap korus yang ketiga, aku kembali memandang ke arah Shaleen.
"Itu kamu..."
Akhirnya Adrina mulai terperasan apa yang sedang kulakukan. Beliau segera memandang ke arah orang yang sebenarnya kutujukan laguku tersebut. Serta-merta air muka kelirunya berubah menjadi bengang yang teramat sangat. Nyatalah akhirnya Adrina menyedari bahawa apa yang dirancang olehnya selama ini telahpun kuketahui. Dan lebih buruk lagi, aku berjaya membalasnya dengan cara yang serupa.
Pusingan ketiga. Pemenangnya... aku lagi la!
Bab Akhir
Gemuruh sungguh tepukan serta sorakan yang kuterima. Entah-entah ada gadis yang tengah tanggalkan coli untuk dibaling ke pentas. Nanti aku teliti betul-betul. Hmm... nampaknya tak ada... ah! Ada seorang. Tapi mukanya huduh betul! Tak pelah... hodoh pun hodoh la... asalkan aku dihargai macam superstar. Malangnya... awek tu cuma menggaru ketiaknya sahaja. Nampaknya karier superstarku berakhir sebelum mekar berbunga.
Aku segera melompat turun ke arah Shaleen. Beliau hanya memakukan pandangannya ke arahku. Aku pun begitu juga. Dari air mukanya aku rasa dia mulai menyedari apa yang sebenarnya berlaku. Mula menyedari akan isi hatiku. Tapi entah la... itu kemungkinan sahaja. Mungkin dia tak paham pun lirik lagu yang kunyanyikan tadi. Kini pandanganku teralih pula ke arah Syam dan Adrina. Nampaknya Syam yang sibuk menarik tangan buah hatinya itu ke arahku. Buah pel... buah hatinya itu nampak keberatan sungguh!
"Bro! You rule, man! Memang suara you best. Lain kali boleh kita berkaraoke sama-sama. Tentu best." ujar Syam sambil menepuk-nepuk bahuku.
"Aku pun suka dengan suara kamu. Tentu best kalau kita berkaraoke satu hari nanti." balasku sambil tersenyum. Syam tergelak dengan gaya teruja. Adrina hanya memakukan renungannya yang tajam ke arahku. Buat paku rumah bagus nih!
"Dengar tak tu, honey? Nanti kita ajak Akmal join sekali berkaraoke... okey?" maklum Syam seraya tertawa dengan jenakanya sendiri. Namun aku hanya tersenyum tawar. Adrina masih berwajah serius merenungku.
"Akmal? Itu nama yang dia bagitau you?" tanya Adrina kepada Syam. Wuih! Nampaknya minah ni cuba membuat tindakan terdesak yang bakal mengancam dirinya sendiri ni! Air mukaku tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejutku. Syam juga nampaknya mulai berwajah serius bercampur kehairanan.
"Hah. Yalah. Nama dia Akmal, kan?" tanyanya kembali kepada Adrina. Aku hanya merenung tepat ke arah gadis yang pernah kugilai sebelum ini. Ingin mengetahui apa yang bakal diperkatakan olehnya.
"Ya. Namanya Akmal. Arif Akmal." maklum Adrina. Kini giliran beliau pula meneliti reaksiku. Aku hanya tersenyum. Tapi aku rasa aku gagal menyembunyikan perasaan gembiraku kerana berjaya mengenakan Adrina di dalam permainan ciptaannya sendiri. Pasti perasaan tersebut turut tergambar pada wajahku.
"Arif? Oh maaan... Bro, you ni..." Nampaknya Norhisyam mula menyedari apa yang sedang berlaku. Mula menyedari bahawa kebarangkalian untuk berlaku perkara seumpama ini adalah satu dalam sejuta. Mula menyedari bahawa kebarangkalian tersebut rupa-rupanya berlaku terhadap dirinya. Reaksi mukanya itu tak dapat kugambarkan dengan kata-kata. Sebenarnya aku yang malas nak tulis. Susah la, siuuul...
"Nice to know you, Syam. You're alright." ujarku seraya menepuk-nepuk bahu Syam. Pandanganku dihalakan ke arah Adrina pula. Ke arah gadis yang selama ini telah membuat perancangan rapi untuk menghancurkan hatiku ini. Ke arah gadis yang amat cantik dan lembut pada zahirnya tetapi amat busuk pula hatinya. Tiada apa yang mampu kukatakan selain hanya tersenyum kelat dan melepaskan keluhan sambil menggelengkan kepala. Jelas reaksi tersentak Adrina melihatkan tindakanku tadi. Tapi aku tak peduli. Aku tak ingin pun memandangnya lama-lama lagi. Aku mahu menghalakan pandanganku ke arah orang yang benar-benar bertakhta di hatiku. Ke arah orang yang benar-benar kucintai. Ke arah...
Eh? Mana Shaleen? Tadi dia ada kat sini. Dia pergi jamban kot? Tapi aku rasa dia tak sanggup bertentang mata dengan Adrina sementelah mengetahui apakah yang sedang berlaku. Sekonyong-konyongnya aku ternampak kelibat Wadi dan Nizam yang menuju ke arahku. Aku juga segera menghayun langkah mendekati mereka. Tidak kupedulikan langsung akan Adrina dan Syam yang berada di belakangku.
"Hei bro! Kau okey tak?" tanya Nizam sambil memegang erat bahu kiriku. Aku tersenyum riang seraya menganggukkan kepala.
"Nampaknya aku berjaya juga menggunakan senjata rahsiaku." maklumku dengan nada yang sangat puas hati. Senjata rahsiaku itu ialah Shaleen sendiri. Perasaanku terhadapnya begitu menebal sehinggakan aku berjaya memendamkan segenap perasaan kecewaku kerana dipermainkan oleh Adrina. Dan yang paling baik sekali ialah Adrina mengetahuinya.
"Ceritalah kat kami." pinta Wadi. Aku menggelengkan kepala.
"Nanti aku cerita. Aku tengah cari Shaleen. Korang nampak tak dia?" tanyaku.
"Aku nampak dia dah keluar ke pintu utama tadi." maklum Nizam. Aku terkaku seketika. Shaleen melarikan diri daripada Adrina ke atau aku sendiri? Tiba-tiba bahuku ditepuk, yang mana segera mematikan pegunku.
"Hei! Go now! Go!" arah Nizam dengan nada tegas. Wadi juga menganggukkan kepala. Aku spontan menepuk-nepuk bahu kedua orang sahabatku dan menyegerakan langkahku ke arah pintu utama. Tiba-tiba di hadapanku ada seorang gadis yang amat cantik tersenyum kepadaku.
"Wow! Your voice is great!" pujinya. Aku yang masih menetapkan ritma langkahku hanya tersenyum. Tapi aku enggan berhenti.
"Ya! Thanks... aa.. Sania! See ya!" ujarku seraya mempercepatkan langkah. Huh! Aku sepatutnya berasa cukup cool sebab tak mempedulikan top model yang cantik lagi popular macam dia di kala ini. Tapi hatiku lebih dirundung dengan rasa kerisauan. Akhirnya aku tiba di jenang pintu utama. Aku memandang ke depan. Kemudian ke kanan. Kemudian ke kiri.
Sayup-sayup aku ternampak kelibat lampu kereta sedang cuba melalui laluan jalan di pintu utama. Dari bunyi redamannya aku segera mengetahui ianya milik Shaleen. Aku mula mengatur langkah untuk menghalang Shaleen dari pergi. Namun tiba-tiba sesusuk tubuh gempal menyekat laluanku serta memegang kejap bahu kananku.
"Hello! We meet again. I'm still not through with you!" ujarnya. Beliau adalah sepupu Adrina yang kurang ajar tadi. Serta-merta kemarahanku naik memuncak.
"SHUT THE FUCK UP!" jerkahku seraya menolaknya hingga beliau jatuh terlentang. Entah macam mana aku menjatuhkan orang yang dua kali ganda lebih berat dariku, janganlah ditanya. Mungkin adrenalin, kot? Aku segera melompat melepasi tangga batu marmar dan berlari ke arah laluan jalan yang bakal dilalui oleh Shaleen. Ah! Masih sempat! Aku yang kini menghadang laluan kereta Shaleen segera mendepangkan kedua tanganku. Mitsubishi Evolution tersebut serta-merta berhenti. Nasib baik aku tak kena langgar. Kalau tidak jadi macam cerita Melayu; asyik nak mati aje...
"Are you crazy?" jerit Shaleen yang kini telahpun keluar dari keretanya. Nasib baik juga tekaanku betul bahawa itu kereta Shaleen. Kalau tidak, malu siuul...
"What the fuck are you trying to do?" teriaknya pula. Aku tidak membalasnya. Aku hanya memandang ke arahnya sambil tersenyum. Tersenyum lega bercampur gembira kerana berjaya menahannya dari pergi.
"I'm talking to you! What are you trying to do, hah? Hah? HAAH?" teriak Shaleen. Beliau semakin mendekatiku. Aku masih seperti tadi. Aku tak mempedulikan langsung herdikannya itu. Aku hanya mahu memandangnya dengan sepuas-puas hati.
"What the fuck... Hei! Are you deaf? ANSWER ME!!!" Akhirnya Shaleen menjerit sekuat-kuat hatinya lantas terus memukulku berkali-kali. Aku hanya mendiamkan diri. Entah mengapa kali ini aku tidak merasa sakit seperti selalu. Seketika kemudian telingaku dapat menangkap sendu tangisannya.
"Why do you have to love me..." ujarnya dalam tangisan. Kedua-dua tangan Shaleen tidak lagi memukul tetapi hanya berpaut di kedua bahuku. Mukanya ditundukkan. Aku hanya mendiamkan diri. Masih mencari kata-kata yang sesuai untuk situasi yang tidak dijangkakan ini. Agak lama juga kami dalam keadaan sedemikian.
"Aku... tak rancang pun. I just fell in love with you. Bila... aku pun tak tahu. Kenapa... aku pun tak tahu." Akhirnya aku meluahkan jawapanku. Shaleen mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arahku. Air matanya masih merembes keluar. Bahunya tersengguk-sengguk menahan esakan tangis.
"I love you, Shaleen. I'm so in love with you. Not like I love Adrina. I really-really-really am in love with you." ujarku. Dalam esakan, Shaleen mengetap giginya.
"Stop it... Take them back... Take back your words..." ujarnya dalam esakan. Aku menggelengkan kepala. Shaleen memejamkan mata.
"I can't... I can't love you..." Kata-kata Shaleen tersebut bagaikan panahan petir yang meledak di dalam sanubariku. Air mukaku berubah serta-merta. Tubuhku menggeletar dan seolah-olah kehilangan tenaga.
"Wh.. Kenapa? Kenapa Shaleen?" tanyaku dalam nada bergetaran. Amat payah untukku bersuara di kala ini.
"I just can't... I'm sorry... I'm so sorry." Sebaik sahaja mengungkapkan kata-kata tersebut Shaleen terus berpaling dariku dan melangkah kembali ke arah keretanya.
"Shaleen!" teriakku yang mana berjaya menghentikan langkahnya. Aku benar-benar terasa sakit yang amat sangat di ulu hatiku ini. Perasaan yang tak pernah kurasakan sebelum ini. Namun aku kumpulkan segenap kekuatanku untuk bersuara.
"Kau kata kau nak menyelamatkan aku dari dilukakan oleh Adrina. Tapi... akhirnya kau sendiri yang lukakan aku." ujarku dengan nada yang sebak. Air mata kuseka sedaya-upaya dari tertumpah keluar. Shaleen berpaling dan berjalan kembali ke arahku. Kemudian beliau memelukku seerat-eratnya. Esakannya semakin kuat. Agak lama juga kami berkeadaan begitu. Akhirnya perlahan-lahan rangkulannya itu dilepaskan. Shaleen memandang ke arahku dengan wajah sayu.
"Kalaulah I jumpa Arif four years earlier... perhaps... I will love you too. But now it's too late. I can't. I'm sorry, Arif. Goodbye..." ucapnya dengan nada yang sedih. Kemudian Shaleen berpaling dan kembali menuju ke arah keretanya. Aku masih terpaku memandang kelibatnya. Mungkin inilah kali terakhir aku melihatnya. Tubuhku masih enggan berganjak dari tempat tadi. Jadi kereta Shaleen terpaksa membelok sedikit untuk mengelakkanku. Sedikitpun beliau tidak memandang ke arahku.
Shaleen... tidak langsung memandang ke arahku.
"Arip!" teriakan Nizam mengejutkanku. Aku spontan memandang ke arah pintu utama. Di situ Nizam dan Wadi sedang menerpa ke arahku untuk memastikan aku tidak apa-apa. Beberapa orang yang tak kukenali juga sedang terpaku memandang ke arahku. Si gemuk celaka itu sudahpun bangun dari jatuhnya. Matanya tajam terpaku ke arahku. Tapi yang paling tidak kusangkai ialah Adrina juga berada di situ. Reaksi pada wajahnya jelas menunjukkan yang beliau telah mendengar dan mengetahui segala-galanya. Aku rasa inilah dia pukulan maut terakhir untuk Adrina, yang mana memastikan bahawa aku memenangi permainan ciptaannya itu dengan kemenangan mutlak. Namun hatiku langsung tidak berasa gembira mahupun bangga. Malah aku berasakan bahawa nyawaku seolah-olah dicarik menjadi separuh buat masa ini.
"Kau okey ke?" tanya Nizam. Wadi hanya mendiamkan diri. Nampaknya beliau lebih memahami apa yang aku rasakan sekarang.
"Tak okey. Tapi tak apalah. Jom kita balik. Aku dah letih." ujarku dengan nada lemah. Tanpa bersuara maupun bertangguh, kedua orang sahabatku itu terus mengiringiku ke arah tempat parkir. Langkahku terasa berat sekali. Fikiranku kosong. Namun kesakitan di sanubariku semakin bertambah-tambah menyucuknya. Akhirnya kami sampai ke kereta Nizam.
"Biar aku duduk di belakang." pintaku. Wadi dan Nizam hanya mendiamkan diri tanda menerima permintaanku. Aku terus masuk ke dalam kereta. Nizam dan Wadi masuk perlahan-lahan. Namun Nizam tidak segera menghidupkan enjin keretanya.
"Isk..."
"Arip..."
"Isk..."
Nizam dan Wadi akhirnya mendiamkan diri sahaja untuk membiarkan aku menangis.
- TAMAT -sekian terima kasih....