Memaparkan catatan dengan label Gaji isteri lagi tinggi dari suami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gaji isteri lagi tinggi dari suami. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Februari 2011

Bila Gaji Isteri Lagi Tinggi Dari Suami. (Solution)

Assalamualaikum


Ini adalah entry lama yang tertangguh. Yup, sambungan dari entri INI. Aku perasan bila bercakap pasal gaji isteri lebih dari suami, ramai girls yang kata mereka tak kisah kalau dapat suami berpendapatan rendah, asalkan rajin berusaha dan bukannya duduk depan tv serta membuat lemak. (Entah ye ke tidak. Entah-entah semua nak cari lelaki handsome macam The Undead Edward Cullen.)

Mostly, it is okay for women, but, definitely, not for men. It is not okay kalau ada isteri yang bergaji berlipat kali ganda bagi lelaki. Why? Sebab lelaki biasanya suka dominate keadaan. Yes, lelaki mahukan lebih kuasa.

Contohnya, lelaki yang bayar rumah, bayar kereta, bayar pelajaran, bayar bil dan segalanya. Bila dah bayar itu semua, mesti ahli keluarga respect sebab banyak sumbang untuk famili. Tapi, kalau seorang ayah tu tak der duit, macam mana? Try bayangkan bila anak-anak mintak duit belanja kat mak sebab anak-anak tahu yang si ayah gaji rendah dan selalu tak ada duit. Mesti rasa macam tak ada dignity kan?

Actually, kalau girl gaji tinggi tak ada hal. Masalanya, kalau gaji si lelaki adalah di bawah paras selesa. Andai kata kalau gaji si isteri 10 ribu sebulan, then gaji suami 7 ribu sebulan, sure korang suami isteri akan hidup happy ever after macam Sherek serta membuat banyak anak. Tapi kalau dah gaji isteri 5 ribu, then gaji suami 800 je, memang agak kritikal lah sebab gaji suami di bawah paras selesa.


Cuba banyangkan, kalau beli pergi makan-makan atau bayar bil, si isteri yang bayar all the time. So, yang memasak; isteri, yang jaga anak; isteri, yang kemas rumah; isteri. Yang bayar most of the bill pun isteri? Dah tu apa fungsi suami? This is hell untuk lelaki yang berada di bawah paras selesa. Lagi pun, lelaki akan rasa coooool bila dia boleh buat macam "Sayang, barang dapur tak cukup lah. Apa kata esok kita pergi beli." Then bila beli, lelaki yang bayar. F yeah. Rasa berguna dan rasa diperlukan je.

Cuba bayangkan ketika sepasang suami isteri ni di majlis keraian. Tak pun majlis hari keluarga. Majlis yang dari tempat kerja isteri, semua grand-grand. Buat kat Shangri-La Hotel. Kat KL pulak tu. Siap ada Siti Nurhaliza yang nyanyi. Tapi majlis dari tempat kerja lelaki, tak ada pun. Dah tu, bila kat majlis, ada lelaki tanya, "Suami kerja apa?" Dan nak dijawab dengan "Suami I kerja sapu sampah je"? Maybe, it is okay for the wife since dia boleh support suami, but not for the husband.



Lagi satu, lelaki juga takut bila isteri dia bergaji tinggi, sebab, ianya bermakud si isteri tak perlukan suami dia. Iye lah, si perempuan tu dah ada duit dan segalanya. So, kalau dia bercerai dengan suaminya, dia still boleh hidup dengan relax tanpa prob sebab selama ini pun, bukan suami dia yang tanggung dia. Kan? Yes, si suami akan jadi insecure like hell. "Kat tempat kerja, ada tak orang nak nak tackle bini aku?". "Dia balik lewat pergi mana?". Sebab, zaman sekarang, anak-anak ikan amat banyak. Nak-nak, yang nak cari sugarmommy.

Dan, suami sure akan terfikir yang apa yang akan terjadi bila suatu hari nanti, si isteri akan cakap "I yang sara abang. Rumah, kereta, makan, minum semua, I yang bayar. So, abang diam boleh tak?". Bila benda ni jadi, yes. YES, IT IS SUPER DUPER HELL DIE YOU B.

Solution.

Bak kata Azuwa, isteri mesti kreative bila masuk bab nak menjaga hati suami. Ingat senang ke nak jaga hati makhluk yang semakin bernilai tinggi di sebabkan kekurangan population? Susah tau. Sesusah menjaga kebulatan perut mereka. Lelaki perut bulat tak apa. Perempuan jangan. (Mengandung tu lain cerita ah.)

Well, isteri kenalah cepat pick up. Jangan lah nak lampi sangat. Girls, biasalah, lamp.... So, to the cute wife(s), let me guide you on What-To-Do-If-I-Got-Way-More-Money-Than-My-Hubby.

"Bila nak keluar makan, mesti lah lelaki kena bayar kan. Habis tu, kalau tak ada duit macam mana nak bayar?"

Setahu aku, girl, biasanya yang dah kahwin ni, adalah girl yang comel. Bukan sahaja comel, malah pandai. So, andaikata korang berdua berpakat nak makan mewah-mewah sikit di restoran romantik, korang (Isteri) kena lah fikirkan idea yang bagus. Korang tahu yang suami tak ada duit. So, korang nak bayarkan full? No. Half? NO WAY. Caranya, bila nak keluar makan-makan tu, isteri cepat-cepat lah selitkan sikit keping-keping duit merah atau jingga tu dalam wallet atau poket seluar suami. Tak kisah lah nak selit masa suami tengah mandi ke, tengah tidur ke atau tengah mengawan ke. Asalkan, dieorang distract sikit. So nanti bila nak bayar sure si suami macam "Eh, ada duit Rm10000 dalam dompet ah. Tak perasan pula." Serious. Lelaki memang mudah sangat lupa bab benda-benda dalam dompet dan dalam poket. Aku sendiri pun selalu macam tu. Kadang-kadang, seluk poket, tengok ada rm 50 yang renyuk sebab masuk dalam mesin basuh. Pastu terus claim duit sendiri. So, para isteri yang terlampau kaya, kalau nak basuh seluar suami tu, selit-selit lah sikit. Tak hancur duit tu bila masuk dalam mesin basuh. Lagi pun, bila duit tu dah renyuk, baru lah nampak real sikit kan?. So, sure suami korang tak akan perasan kan?. Heh, pandai kan aku kan?


Tapi, cara tu adalah agak tak best. Nanti kalau suami tahu, mesti tercalar ego dia. Tapi tak tahu lah kot-kot suami dia akan buat-buat tak tahu. Lagi pun, tu kan dari isteri dia. Apa fungsi isteri? Ya, fungsi isteri adalah untuk menolong suami. Dan, ini pun kira menolong suami gak kan? Menolong suami dapatkan duit. Hehe.

Ehem.

Well, antara cara yang paling baik untuk selesaikan masalah gaji isteri lagi tinggi dari suami adalah dengan membuat 'joint account' atau pun akaun 'bank bersama'. Dengan kata lain, gaji isteri dan suami di himpunkan bersama dalam satu account tanpa pedulikan siapa yang sumbangkan paling banyak. Dan ianya di gunakan bersama-sama. Macam tu lah yang sepatutnya. Bila ada account bersama, mudah nak monitor kewangan keluarga. Kot-kot bila tengok si suami keluar banyak semacam je duit tu, sure boleh detect. Kalau dah lelaki, bukan boleh percaya sangat. Kan.

Tapi kan, kalau dah suami tu nak bina masjid lagi satu guna duit bersama ni, apa salahnya. Anggaplah sebagai sedekah. Atau 'wakaf'. Sure masjid tu tahan lama sebab dapat keberkatan dari isteri pertama. Then, kot-kot ada lagi rezeki, boleh lah tambah lagi satu cawangan masjid. Bak kata orang tu, keberkatan berlipat kali ganda.

Win-win situation.