Isnin, 2 Ogos 2010

Sekolah Untuk Perempuan Mengandung - Atasi Pembuangan Bayi?

Assalamualaikum

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka semalam mengemukakan cadangan menubuhkan sekolah khas untuk pelajar mengandung, sama ada mengandung hasil perkahwinan sah atau menerusi perhubungan luar nikah, bagi mengatasi gejala pembuangan bayi sekaligus menyelesaikan isu keciciran dalam pelajaran.

Jika menjadi kenyataan, sekolah itu akan menerima pelajar dari seluruh negara.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan penubuhan sekolah itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk pertimbangan.

"Kami serius mengenai cadangan ini, jika kementerian tak setuju, kami sendiri akan mengusahakan penubuhannya,'' ujar beliau selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini semalam.

Mohd. Ali berpendapat adalah lebih baik remaja yang mengandung mempunyai saluran meneruskan persekolahan daripada berhenti dan seterusnya tercicir dalam pelajaran.

Beliau bagaimanapun tidak mahu cadangan itu disalah tafsir sebagai galakan untuk remaja berkahwin atau hamil anak luar nikah.

"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu mereka buang bayi,'' katanya.

Bagi membantu remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin, beliau turut mengumumkan pemberian insentif RM500 kepada mereka untuk membantu urusan perkahwinan.

"Perkara ini telah dibincangkan bersama MAIM (Majlis Agama Islam Melaka) dan diluluskan pada mesyuarat Exco dua bulan lalu," katanya.


Bila sekolah ni di tubuhkan, kes pembuangan bayi akan berkurang. Well, that is soooo great. Tapi bila dah baju pakai lencana "Sekolah Menngandung", automatik mentaliti masyarakat akan mark sebagai "Oh, minah tu belajar kat sekolah tu. Mesti mengandung anak haram", Ya, ramai akan berperasangka sebegitu sebab sekolah ini di tubuhkan untuk membendung pembuangan bayi. Gadis yang dah berkahwin jarang nak buang bayi sendiri. So, maksdunya, majoriti yang masuk, adalah yang mengandung anak luar nikah. Kan?


Sekolah ni akan jadi sekolah yang amat femes bila dah ramai orang masuk sebab sekolah ni hanya satu dan statistik rekod gadis yang mengandung anak luar nikah amat lah ramai. Tu yang rekod. Yang  main ngandung nyorok-nyorok tak di rekod tak kira lagi. So, bila dah ramai yang di paksa masuk, sekolah tu akan jadi kaya raya canggih. Ada camera, ada heat sensor, ada klinik bersalin, ada doktor, ada ambulance, ada asrama apa semua.

Pastu, bila sekolah tu dah top, ada la pula kira budak-budak yang rumahnya dok dekat sekolah tu. Dah tu, hari-hari tengok sekolah tu punya lah canggih sampaikan berkata "Suatu hari nanti, aku akan masuk ke sekolah ini." Then, mana lah tau, nak masuk punya pasal, terpaksa mengandungkan diri. Eh, HAHA. Tak pun, yang tak mengandung tu, bila masuk sekolah ni boleh jadi mengandung.(?)

Errr, nevermind.

Actually, idea ni boleh di guna pakai kalau di buat secara terperinci lagi termasuk lah tak ada lencana, ada asrama sendiri, jauh dari penempatan dan apa-apa jelah. Dan lagi satu, aku rasa better kalau sekolah ni untuk mangsa rogol je. Yang minah murahan yang mengandung suka sama suka tu, pandai-pandai lah buat sekolah sendiri. Lagi pun, dari bawak dia tarik ke sekolah selepas mengaku, baik kahwin kan je. Konferm tak ada buang bayi.

Isunya sekarang ni, ada ke orang yang nak masuk sekolah ni. Kalau segi paksaan mungkin ya. Tapi kalau segi rela, errr mungkin tidak.

Korang pula, apa pendapat korang?

25 ulasan:

  1. aku setuju gak ngan ko.
    ade ke org nk masuk dengan suasana pemikiran masyarakatdi malaysia nih?

    BalasPadam
  2. Aku setuju part masuk secara paksa. Kalau pelajar itu sendiri tak nak masuk, maybe mak ayah dia yang masukkan.

    Part tempat terpencil itu aku setuju juga. Dalam hutan. Mak ayah tak boleh lawat sesuka hati. Buat macam penjara r pula tapi penjara yang sangat selesa lengkap segala keperluan kalah sekolah antarabangsa.

    BalasPadam
  3. aku rs sekolah utk ppuan mgndung akn terima lebih byk sambutan kot nnt.. haha..
    tp bila pkir balik, mengundang org ppuan mengandung je plak..

    BalasPadam
  4. sekolahkan ketua menteri tu dulu.
    kalau dia mengandung, baru luluskan.

    BalasPadam
  5. nak buat sekolah tuk org mengandung?nak bg intensif rm500?huhu..baek g tolong anak2 yatim tu haa.dorang lagi nak sekolah..bagi kat orang x nak sekolah buat ape..x pun, tambah kan je pusat pemulihan akhlak, rasenye tu pon macam sekolah jugak.

    BalasPadam
  6. tak sepatutnya diadakan!
    mcm mggalakkan remaja buat sex je. huh!

    BalasPadam
  7. Aku pun tatahu apa pendapat aku cuma aku takut, cuak yang mereka kat luar sana menyalah ertikan dengan tertubuhnya sekolah tu nanti macam kiranya memberitahu zina is okay, sebab in the end u can still go to a school where everyone kat sana dah penah buat. perhhh. org2 zaman skrg bukannya nak pikir dalam2 sgt =____=

    BalasPadam
  8. haish..remaja nak kawen free2 kena bagi insentif 500rm. walhal org sekarang dah kerja pun masih korek2 duit nak kawen. kalau dah nama pelajar tu, belajar lah..yang terhegeh nak mengandung(ank luar nikah) baik tak perlu belajar.

    anyhoo, maybe satu cadangan yang bagus.just maybe. but don't think akan mendapat sambutan(baik dari yang mengandung atau yg tidak mengandung).

    BalasPadam
  9. aku tak berapa sokong la kcuali kalau perkara di diteliti seteliti yg boleh.
    macam kau cakap..memang nk bendung masalah..tp kita takut masalah baru pulak kluar.
    dan..aku tak sokong lah kalau nk masukkan sekali prem2 yg SENGAJA mengandung..rosak la sekolah tu nanti.

    BalasPadam
  10. kenapa selalu ada idea lousy cmni, zz.

    tingkatkan ilmu dan iman. tu je bole ak ckp..

    BalasPadam
  11. ok..
    actually ad baek dan buruknya wat sek cm nie..
    ye mmg mentaliti masyarakat akan pndang hina kat depa nie, tapi kita kena engat...
    mana taw klw depa nk berubah..
    x salah kan?
    setiap ap yg kita buat atau pun org laen buat.. pasti ad baik buruknya...
    jngn asyek pk negatif, kita kena pk positif jgak...
    nie juz pndngn ak ja...

    BalasPadam
  12. cadangan aku begini...

    untuk wanita yang termengandung anak haram dan TAHU siapa bapanya (just in case die bukan jenis seks rambang la ye).. perlu ade undang-undang di mana si lelaki perlu bertangungjawab sepenuhnya terhadap wanita dan bayi itu.

    di paksa kahwin. Titik.

    kalau lelaki itu tak nak bertanggungjawab.. haah. lokap la jawabnya.

    yang neh aku tinguk penyelesaian untuk wanita ja.. lelaki nak taruh kat mana?

    takkan lelaki buat salah tak sama2 tanggung kot?

    ini sudah tidak adil *waa.. pjg lak komen aku.. wakakaka

    BalasPadam
  13. @Wan - Ya. Tu belum kira dengan layanan tenaga pengajar kat sana.

    @Adziim - Tapi better paksa kahwin.

    @Mya & Baby - Ya, nampak macam seolah2 mengandung tu tak apa kan.

    @Amalina - Idea ni memang bagus. Tapi banyak benda yang perlu di telitikan.

    BalasPadam
  14. @Jard - Sama lah macam kes Ariel Peterpan. Kenapa Ariel je yang kena. Kenapa Cut Tari yang comel dan Luna maya yang cun tu tak kena apa-apa pun.

    ;)

    BalasPadam
  15. there is no such things like "kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu mereka buang bayi". kenapa tak buat sekolah agama banyak2 dan masukkan mereka kat sana? apa yang penting ialah pendidikan agama.

    dan, mana lah tahu bila selepas graduate dari sekolah tu pisang berbuah dua kali? akibat dah 'biasa' nanti dah dewasa kemungkinan untuk dia buat lagi tak mustahil.

    erm, setuju kalau sekolah tu untuk mangsa rogol je.

    BalasPadam
  16. macam ni aku pun nak mengandung jugak lah

    BalasPadam
  17. Sangat setuju dgn ketua menteri tu. Sebenarnya pendidikan tu perlu.Kita x boleh bias.Bagi mereka peluang. Pasal lencana, asrama etc2.. forsure they'll think of the best way. That is small to the pieces. Kalau kita asyik nak fikirkan pandangan masyarakat, ape2 pun x boleh jalan. Sama jugak masa Msia nak keluarkan kereta, masyarakat kite sendiri x yakin dgn kebolehan kita.

    Setuju je untuk yg dah berkahwin ataupun tidak. Kesian dgn lady yg dah kawin n mengandung x dapat teruskan pelajaran.Berdosa ke mengandung. Untuk yg suka2 mengandung banyak kali tu, xpe je join sekolah ni, mana tau dapat kesedaran daripada situ..

    Kita nak yang mana? perempuan mengandung yg berpelajaran---> boleh berdikari kemudian hari atau perempuan mengandung yg bodoh piak---> x sekolah,bertambah2 bodoh, dapat anak dlm keadaan miskin, xde kesedaran, anak pulak bodoh kuasa 2 dan seterusnya..
    which one?

    BalasPadam
  18. Luna maya dah kena tahan dah skang

    BalasPadam
  19. ntah la..
    pendapatku penubuhan ni banyak negatifya daripada positif..

    yakin ke dengan adanya sekolah macam gini, masalah tersebut akan selesai.

    let say semua perempuan mengandung masuk sekali satu sekolah.
    ada yang baik (mangsa rogol)
    ada juga yang tak baik (pemangsa rogol)
    yang baik akan terpengaruh dengan yang tak baik.
    sebab biasalah yang negatif tu yang best kan.
    So, end up dengan semuanya jadi tak baik.
    arrgghh..tak reti nak explain tapi lebih kurang begitulah apa yang eden pikir.

    BalasPadam
  20. Mr. K..
    aku bkn x stuju psl paksa kawen tuuu..
    it's a good idea but it also has flaws..

    klu kte paksa diorang kawen, x ke nnt statistik perceraian smkn meningkat?

    n psl penubuhan sekolah tu, i think they shud come up with a better idea.. like, come on! klu yg kene rogol, aku stuju.. dorang patot dpt perlindungan.. tp yg sengaja2 cari psl tu? agak2 dorang nie still nk study lg ke?

    aku rase pendidikan seks yg kerajaan sibuk dok canang2 tu adalah krg wajar..bdk2 nie bkn xtau psl seks, diorang terlebih tau kot..

    erkk.. smp sini je kot.. mcm pjg amat.. hehe.. sorry klu mungkin pendapat aku x gempak2 mcm yg laen.. =)

    BalasPadam
  21. dari pada nak bazir duet nk buat sekolah mengandung utk pelajar yg tak bermoral, baek lg dye bangunkan sekolah laur bandar. haaa dekat sabah sarawak tu, tempat terpencil, memerlukan dana untuk melengkapkan keperluan sekolah.

    lgpun, kepada remaja yang gatal2 mengandung tu, diorg tu nak ke belajar lg??! kalau ade otak, tak buat keje tak senonoh tu. nampak sgt lah diorg tu dh taknak belajar, sbb tu buat anak je yang diorg tau
    =.="

    aku 200& tak setuju buat sekolah mengandung nie


    geli aku

    BalasPadam
  22. @Kim - Memang tak mustahil.

    @Sigg - Mengada-ngada.

    @Intan - Pasal pandangan masyarakat, aku bukan nak pertikaikan. Tapi memang hakikat yang ramai pentingkan pandangan masyarakat. Dan kualiti kereta Malaysia agak amat kurang memuaskan.

    Actually, sekolah ni dibuat untuk mengisi pelajar yang mengandung luar nikah dan bukannya yang dah berkahwin. Jarang sangat orang berkahwin sebelum tamat sekolah.

    @Jelyta - Aku perasan yang ramai salah faham pasal pendidikan seks. Pendidikan seks bukannya dia nak ajar macam mana korang buat seks. Tetapi dia ajar apa yang bahaya tentang seks dan kenapa seks bahaya dan sebagainya.

    BalasPadam
  23. laksanakanlah hukum hudud seperti yang diperintahkan Allah dalam Quran. itu dah cukup jadi pengajaran dan peringatan buat kita semua, InsyaAllah :)

    BalasPadam
  24. ini tak menyelesaikan masalah. ini hanya merawat simptom.

    its all about akidah.

    =.="

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.