Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Giving Awards.

Imej
Merujuk kepada entri berkenaan Kualiti Award dan Awards serta entry bajet kecoh ini, aku kini membuat sambungannya di sini.

Ini adalah sebagai tanda peghargaan saja-saja yang aku nak buat ketika aku kebosanan. Terima kasih sebab menyemarakkan blog aku yang tak best ni. Nampak sangatkan aku buat-buat rendah diri. Tak apalah.

Cookie M.

Miss Cookie Monster. Itu lah nick yang aku save dalam handphone aku. Aku panggil dia Kuki, dia panggil aku Gonzales. Aku tak pernah tahu apa benda tu. Tapi tak kisah lah. Tak peduli pun. Sampai sekarang aku tak tahu lah apa nama sebenar dia walaupun aku dan dia sering borak-borak pada hujung minggu sahaja kerana dia kini di PLKN. Aku mula rapat dengan dia beberapa minggu sebelum dia masuk PLKN. Perangai dia gila-gila sikit dan suka bercakap. Aku pula pendiam. So memang best lah borak dengan dia sebab setiap hari, dia je yang bercakap dan aku tak perlu fikir banyak nak cakap apa, just jawab apa yang patut. Dia mesti bosan dengan aku. Tapi skrg ni aku dan dia …

H1N1 [Update]

Imej
Siapa punca H1N1? Gila hina orang paling kanan
tunjuk guna kaki.

UniKL Micet di tutup dengan serta merta. Sehingga 6 Aug.

Oh oh. Good news or bad one?

Kesian gila Fahim baru datang Melaka hari ni pastu kena balik sebab semua dah nak blah dah sebab semua malas stay micet. Haha!

[Update] Dah 4 orang mati akibat H1N1. Dan di kedai amat susah aku nak cari mask. Tension aku. Aku semakin takut. Dalam rumah aku, semua telah demam kecuali aku. Harap-harap yang demam tu bukan demam H1N1. Aku tak nak mati awal. Aku tak kawin lagi. At least biar la aku kawin dulu. Atau pun ada anak sorang dua.

Aku nak balik umah walaupun tak rindu kat sape-sape. Mungkin aku akan rindukan gadis Micet.

Apa Yang Pembaca Aku Cari 1

Imej
Aku pencinta wanita. Bukan buaya.


Aku explore apa yang telah membuatkan orang-orang di Malaysia search untuk sampai ke blog aku.

Zatul Iradah.

Selain nama awek Lecturer Math aku iaitu Miss Zatul Iradah, penduduk di Malaysia turut search benda-benda pelik untuk sampai ke blog aku. Kebanyakkan dari mereka search menggunakan Google.com dan link blog aku keluar sebagai hasil carian.

Anda boleh try search ayat-ayat yang tertera di dalam gambar di bawah.

Click to enlarge.

1. Aku bukanlah gadis cantik seperti mereka

Aku tak pasti siapa yang search perkataan tersebut. Aku fikir, mungkin gadis. Dan mungkin juga 'separa gadis' yang amat kecewa kerana dia di lahirkan bukan sebagai gadis.

Click to enlarge.

2. Adakah aku gay.

Aku pasti yang search ni adalah seorang lelaki yang berada dalam delema kerana tak tahu samaada dia adalah gay atau pun tidak. Aku ada jalan penyelesaiannya. Get a room of a boy and 10 girls. Then let your 'nature' calls. Kau pergi ke lelaki, memang aku sepak kau.…

Aku Sedang Mengalami Zaman Pra-Kegelapan

Imej
Its... zaman kegelapan.

Aku kini hampir berumur 20 tahun. Aku tak sangka yang aku berumur hampir 20 tahun. Umur dah cukup untuk kahwin, tapi awek tak ada lagi. Yup, 20 tahun. Walaupun begitu, jika difikir-fikirkan balik, aku tak pernah dapat apa yang nak. Dan juga tak dinafikan kadang-kadang aku mendapat apa yang lagi baik dari apa yang aku nak. Cuma, aku hanya perasan benda tu bila aku kehilangannya. Well, dah hilang boleh consider tak dapat la kot.

Aku adalah jenis seorang yang suka duk diam-diam dan berangan. Ya aku suka berangan. Kadang-kadang, aku mengambil masa yang amat lama untuk melelapkan mata ketika mahu tidur dan mengunakan kuantiti air yang banyak ketika mandi. Aku suka brangan ketika mandi. Tapi aku bukan brangan pasal benda merapu. Okay mungkin ada juga sikit-sikit brangan jadi Ahli Akatsuki sambil melaksanakan jutsu-jutsu terlarang. Ataupun brangan pasal menang kereta BMW mata belalang(?) dari kontes Astro. Tapi aku tau, setiap benda yang aku angankan, aku tak akan dapat…

Aku, Kucing, Adik dan Kualiti Drama Malaysia

Imej
Kebosanan melampau

Hari yang membosankan. Lagi membosankan dari kebiasaan sebenarnya. Aku duduk atas sofa. Adik aku tengah tonton kartun Hagemaru di astro ceria. Kartun yang mencabar intelektual minda bak kata Chika mungkin. Tapi aku sokong kerana cerita seumpama itu hanya layak di tonton oleh kucing di rumah aku sahaja. Tapi aku tak ada kucing. Oh ya, umur adik aku sama umur dengan kucing di rumah sebelah. Mungkin itu sebabnya adik aku menonton kartun tersebut.

Akibat kebosanan melampau, aku meminta untuk menukar channel lain. Adik aku tak bagi. Ceh. Gedik punya adik. Kecik-kecik dah pandai melawan. Mahu tidak mahu, terpaksalah aku menggunakan jalan terakhir sebagai seorang abang yang soleh. Iaitu, kelembutan. Selepas beberapa adegan pukul memukul, baling membaling, pijak memijak dan hentak meghentak yang berlarutan hingga ke malam, akhirnya aku menang. Well, aku kan abang. Umur sama dengan kucing rumah sebelah, ada hati nak kalahkan aku.

Price of a remote control. Ya. Setelah kuasa r…

UniKL Micet

Imej
Im back Honey

Aku dah nak blah ke UniKL Micet Melaka. Tiket dah beli tapi barang tak packing lagi. Dasar pemalas. Alat tulis pun aku tak ada lagi. Memang pemalas. Tak tahu la apa nak jadi dengan aku. Doa-doakanlah aku cepat berubah. Pemalas!

Aku dengar Micet dah merebak H1N1 atau Selesema Babi. Hampir 20 orang semuanya. Ni belum kira Sem 3 bukak. Aku jamin makin menaik kes ni. UiTM Lendu dah kena tutup akibat kes H1N1 ni. Micet bila pulak? Kalau aku jumpa orang yang kena H1N1, nak je aku ambil kertas tertera "I got H1N1. So back Off!" and tampal kat blakang mamat yang kena H1N1 tu. Tapi harap-harap la bukan aku orang yang kena.

Juga, aku dengar cerita banyak junior hot chicks kat Micet sekarang. Tapi tak penting pun bagi aku memandangkan aku tak handsome. Yang aku tahu, batch aku, para lelaki yang banyak handsome dan para perempuan tak hot. So tahun ini nampaknya dah berubah kot. Siapa yang duduk asrama tu, mudah la nak lepak2 kat cafe or kedai Pak Ya. Sambil lepak-lepak, boleh…

Kontroversi untuk Awards yang aku mahu wujudkan bagi kalangan gadis-gadis dan jejaka kacak.

Imej
Be Defferent, Only One
Aku ada dapat award. Terima kasih kerana sudi memberikan award tersebut kepada aku. Aku menghargainya. Sayangnya, aku tak nampak dimana penghargaan yang sebenarnya ada pada award tersebut.

Award tersebut cantik (khairul ni dapat award sikit da kecoh). Tetapi rata-rata award yang aku nampak hanyalah ditujukan kepada followers. Dan juga award-award tersebut di-passing2. Di foward-foward maksud aku. Kadang- kadang, apabila anda memberi award kepada aku, aku berasa bangga. Tetapi apabila aku melihat ada orang yang tak dikenali juga mendapat award yang sama, dari orang yang berlainan, aku rasa semacam. Mana perginya nilai penghargaan (award) tersebut?

Bayangkan. Dalam satu pertandingan, ada 50 peserta. Kesemua para peserta itu berghempas pulas untuk menang dan diakhir pertandingan, mereka semua mendapat hadiah yang sama. Termasuk lah pemenang sagu hati. Pasti tak rasa syok dan bangga kan? Itu lah point aku.

Be Defferent, Be Unique

Jangan salah faham.

Aku tulis ni bukan unt…

Tag Adalah Permainan Gadis-gadis Yang Feminin. Ya.

Imej
Aku main rembat je.

Tag ni bukan orang kasi. Tapi aku amik. Aku ambil dari loveitucinta apa entah nama blog tu. Lupa dah.

Sebenarnya dah ramai orang kasi tapi satu pun aku tak ambil sebab kurang berminat. Tapi tag ni, rasa nak jawab je. Ya, tag ni memang permainan perempuan. Dan ini adalah satu-satunya tag yang aku akan buat. Selain ni, aku tak akan buat apa-apa lagi tag. Tak ada tapi-tapi.

You are not alone - Arwah MJ.

1. How old are you?
19 this Nov 4. But I wish that I am 25 inside.

2. Are you single?
Always.

3. At what age do you think you'll get married?
At 30. Girls always dream of a 30 years old hubby.

4. Do you think you'll marry the person you are with now?
Never. Couple too long will never long lasting in marriage. Something like that.

5. If not, who do you want to marry?
Olivia Wilde? She is always in my dreams.

5. What types of girl do you wish?
Shy-shy cat. Less talking. Not so social. Cute. Fair.

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
Eileen Boylan and Randy Orton?

7. Do yo…

Cinta Pandang Pertama Tidak Wujud

Imej
=)
Kepenatan masih terasa. Aku tulis entri ni bukan untuk menceritakan tentang aktiviti overnight aku bersama kawan-kawan aku semalam termasuk aktiviti-aktiviti yang kami lakukan seperti melalok hampir 4 jam. Tak termasuk peristiwa Fahim melakukan drift di Bandar Melaka yang hampir melanggar kereta yang dipandu oleh Rashdan. Aku juga tak akan menceritakan tentang mereka ini yang menjadikan jalan raya di Bandar Melaka sebagai jalan bapak dia punya nak-nak pada pukul 4 pagi. Sebaliknya aku ingin bertanyakan korang semua akan cinta pandang pertama. Pendapat korang, dari pengalaman korang. Kerana bagi aku, kebanyakkan cinta pandang pertama hanyalah nafsu semata-mata. Mungkin hanya 25% barulah betul-betul cinta.

Bila menyebut perkataan cinta, bunyi agak jiwang. Ya. Aku tahu ia agak jiwang. Apa salahnya jadi jiwang seketika. Sekeras-keras lelaki akan lembut juga bila masuk bab perempuan. Dan jangan tersalah sangka akan perkataan ‘lembut’ tersebut yea.

Muka baik gila
Aku pernah tertonton ceri…

Deskriminasi - 3

Aku prasan satu fakta;

Perempuan suka melihat perempuan lain yang cantik. Lelaki lagi lah suka.

Perempuan suka melihat lelaki lain yang handsome. Lelaki suka ke?

Tak hairan lah blogger perempuan ada beratus-ratus dan beribu-ribu follower yang dah macam mespes dan fesbuk.

Kasi aku satu blogger perempuan yang tak lawa, tapi ada 500+ followers. Bukan blog business.

Kenapa tak ada orang komplen yang ejaan 'deskriminasi' aku ni salah?

Famous Stereotypes [Update]

Imej
Streotypes tentang perkahwinan.


Its not this simple
"A man inserted an 'ad' in the classifieds: 'Wife wanted'. Next day he received a hundred letters. They all said the same thing: 'You can have mine." - Anonymous
"When a man steals your wife, there is no better revenge than to let him keep her." - David Bissonette

"After marriage, husband and wife become two sides of a coin; they just can't face each other, but still they stay together." - Sacha Guitry

"By all means marry. If you get a good wife, you'll be happy. If you get a bad one, you'll become a philosopher." - Socrates

"Woman inspires us to great things, and prevents us from achieving them." - Anonymous

No freedom?
"The great question.... which I have not been able to answer... is, 'What does a woman wants?'" - Dumas

"I had some words with my wife, and she had some paragraphs with me." - Sigmund Freud

"Some people ask the se…