Hari yang membosankan. Lagi membosankan dari kebiasaan sebenarnya. Aku duduk atas sofa. Adik aku tengah tonton kartun Hagemaru di astro ceria. Kartun yang mencabar intelektual minda bak kata Chika mungkin. Tapi aku sokong kerana cerita seumpama itu hanya layak di tonton oleh kucing di rumah aku sahaja. Tapi aku tak ada kucing. Oh ya, umur adik aku sama umur dengan kucing di rumah sebelah. Mungkin itu sebabnya adik aku menonton kartun tersebut.
Akibat kebosanan melampau, aku meminta untuk menukar channel lain. Adik aku tak bagi. Ceh. Gedik punya adik. Kecik-kecik dah pandai melawan. Mahu tidak mahu, terpaksalah aku menggunakan jalan terakhir sebagai seorang abang yang soleh. Iaitu, kelembutan. Selepas beberapa adegan pukul memukul, baling membaling, pijak memijak dan hentak meghentak yang berlarutan hingga ke malam, akhirnya aku menang. Well, aku kan abang. Umur sama dengan kucing rumah sebelah, ada hati nak kalahkan aku.
Price of a remote control. Ya. Setelah kuasa remote control mutlak di tangan aku, aku pun petik-petik (aku lagi suka memetik dari menekan) la ia untuk melihat kalau-kalau ada cerita yang mampu menceriakan hidup aku. Aku petik-petik depan adik aku tu. Sambil menunjuk-nunjuk. Ada sound effect lagi bila ditekan. Gila annoying. Petik, petik, dan terus memetik. Malangnya tak ada langsung channel yang menyiarkan cerita yang mampu memikat hati nurani aku. Jadi, aku akan pulangkan balik remote control ni kepada adik aku yang umurnya sebaya dengan kucing itu? Hell no. Malu la nak bagi balik. Jatuh standard aku. Dalam mimpi dia pun aku tak akan pulangkan remote tu.
So untuk meng-cover kemaluan aku yang teramat besar ini. Aku buka la tv3. Ada drama melayu. Ya drama melayu. First time aku tengok drama melayu. Sebab aku tak tengok sebenarnya sampah-sampah seperti ini tersiar di tv. Buang masa aku sahaja Tapi nak buat macam mana. Terpaksa. Aku terpaksa melakukannya demi menutup kemaluan aku yang terdedah ini. Kotor betul fikiran anda semua.
Tetapi, ada satu persoalan yang betul-betul membuatkan aku tak berpuas hati. Ketika aku menonton drama Cinta Untuk Ain dan Suria Kasandra secara ala kadar, aku perasan sesuatu. Aku perasa yang pelakon Malaysia memang teruk. Memang tak rugi aku tak tengok selama ini. Dengan perempuan yang kegedikan melampau, lelaki yang bercakap umpama robot dan rumah terlebih besar, aku rasa kecewa.
Pernah tak anda semua terfikir, kebanyakkan watak gadis-gadis yang dipamirkan amatlah gedik. Termasuk make up yang teramatlah tebal. Dia ingat dia comel ke macam tu? Make up lah tebal mana pun muka anda yang berjerawat itu. Tak akan mampu mengalahkan kecomelan followers aku. Anda tentu bangga menjadi followers aku kan? Para follower lelaki, anda jangan nak perasan.
Pelakon lelaki pula aku lihat, punya la cover bila bercakap. Playboy tengah mengayat pun tak macam itu. Dah la bahasa skema mengalahkan bahasa aku. Dia fikir dia macho?
Dan part terakhir. Part yang aku tak boleh terima. Rumah. Rumah yang ada di dalam drama tersebut mesti ada yang mengalahkan White House saiznya. Asal drama melayu je, rumah nak gempak-gempak. Penthouse, mansion, banglo bertingkat-tingkat bersama kolam renang. Kalau ada gadis-gadis berbikini yang bertenggek di tepi kolam tersebut tak apa la juga. Ini tidak. Hiasan semata-mata. Padahal dalam dunia sebenar, berapa sangat orang melayu yang mampu memiliki rumah bersaiz double White House tersebut? Dalam mimpi mereka pun tak mampu mungkin.
Cuba anda tonton series luar negara. Leverage, House MD, CSI, Chuck, Supernatural dan bermacam-macam lagi. Kebiasaannya hero dalam cerita tersebut tinggal didalam rumah yang normal. Gadis-gadisnya tak perlu bermake up yang boleh menenggelamkan jari bila dicucuk. Cukuplah dengan menanggalkan beberapa bahagian pakaian. Dan hero series terbabit pula tidak la perfect sangat. Kebanyakkan hero-nya semua yang berpakaian secara simple termasuk selekeh seperti House dan Leverage. Tetapi, ranking series seperti ini amatlah tinggi jika hendak dibandingkan dengan siri buatan Malaysia.
Oh satu lagi. Kebiasaan dalam drama melayu, orang baik adalah seorang yang miskin-miskin. Manakala, orang jahat, kaya. Then yang baik tu mesti bodoh dan yang jahat tu mesti pandai. Kan? Itu lah lumrah alam drama Malaysia. Sebab itu aku tak tonton drama buatan Malaysia.
Dan ya. Drama-drama tersebut memang membuat aku tension. Dan jangan risau, aku tidak melepaskan ketensionan itu ke adik aku. Entahlah. Seingat aku tidak. Tetapi aku masih ingat lagi dialog antara aku dan adik aku setelah aku menonton drama tersebut.
Adik aku pernah bertanya “Kenapa U slalu wat camnie kat I” (gedik)
Tanpa segan silunya aku menjawab “Sebab I ni kan abang. HAHA!”
P/s : Semoga kau ada adik yang boleh engkau warisi pembulian ini.
Best la adik ko tu, siapa nama? sekolah kat mana...
BalasPadamitulah drama malaysia..
BalasPadamtak suka buat berdasarkan realiti..
nak gah2 je..
aku perasan dua kelemahan yg amat ketara dlm drama atau filem malaysia yg tidak ada dlm most of drama or filem luar negara...
dialog and camera angle..sorry to say, drama Malaysia masih jauh ketinggalan dari segi tu..dialog yg amat membosankan dan camara yg bajet nak save filem (ke tape?)..jgn sebut psl CGI ngan special effect la..part tu mmg xleh nak banding lgsg..huhu..
bila la kualiti industri perfileman malaysia ni nak maju....thailand pun dah gah skrg..
tp indonesia punya drama lagi terok..org kaya jahat,then boleh jadi miskin,org miskin baik,then jadi kaya..fitnah2 org,nk jatuhkan org...
BalasPadamowh! takat nih spa q2 adalah drama melayu paling best...
n memang..tv3 pkai 2-3 rumah je nk wat drama..semua sama je umah
hahaha..bese aa drama melayu kengkdg jatuhkan iq sket..esp razak moheden ngn yusof haslam dan anaknya..tp yg ok tu ok je..
BalasPadamhum adik tecik baya kucing adelah utk dimanjekan.. manjekan mereka sebelum besar.. nti da besar depa lagi gediks..
BalasPadamsile perhatikan tumbesaran mereka...
ahackz...
BalasPadamntah2...adik kaw mengalah jek...
ko je lebih2 ek? haha!
@RainMe - Nama dia adalah Jennifer Love Peewit.
BalasPadam@Igniz - Lagi satu, kenapa filem/movie malaysia semuanya menggunakana camera yang gelap seolah-olah filem lama? Agak pelik disitu.
@NieSah - Kalau cakap pasal Indon, memang tak akan habis ke-low-an IQ dia.
@Kecik - Aku pernah kenal nama mamat tersebut. Tapi tak pernah tonton ceritanya.
@Seri - Budak-budak. Biasalah. Aku dulu pun macam tu kot >,>
@Ayie - Haha. Mungkin?
Btw, aku tak pernah tonton wayang malaysia kecuali Kami The Movie. Dan ianya memang berbaloi.
BAHAHAHA
BalasPadamx tahan...mekap smpai tenggelam jari bila dicucuk
hiperbola habisss
XD
Saya juga seperti anda Sdr Khairul, tak suka drama Melayu. Tapi saya tak setuju bila anda sebut tentang rumah besar,ada kolam renang tapi sekadar hiasan, kalau ada gadis berbikini takpe. (he3 ko ni mmg dlm kepala ko pk bende2 cmni je ker? aku rasa baik ko gi kawin la khairul..sian ^_^)
BalasPadam@Tia - Yang penting jangan terasa.
BalasPadam@Laila Cantek - InsyaAllah. Kemungkinan besar aku akan bertunang dua tahun akan datang. Kemungkinan besar juga tak jadi bertunang sebab kena reject.
Tak minat sgt menonton tv .
BalasPadamTk berkesempatan + tk menarik .
Mungkin setuju dgn pendapat anda ..
Tu jelah komen ..
HAHAHA..berapa umur kucing bersamaan adik kau. kucing xhidup lama. kalu dh 10 tahun pun dh dikira kucing tua..
BalasPadamtau x?
@Gula2sweet- Aku hanya tonton bila perlu sahaja. Hanya tonton bila dirumah. Semasa di U, amat jarang tonton TV.
BalasPadam@Aryn - Entah lah 4 tahun mungkin? Haha.
eh kau patut bersyukur je. sebap ada adik. macam aku. aku takda adik. tapi aku tak berapa teringin nak ada adik. hahaha.
BalasPadamaku layan je sume cerita. asalkan tak lebih2. walaupun agak bosan. apa lagi yang aku boleh buat. huhu :)
@Jeed Sigaraga- Banyak benda kau boleh buat. Seperti menceriakan hidup aku.
BalasPadamhaha
BalasPadambuli itu baek ntok ksihatan;)
dan
ak nyampah tgok ank amy brlakon
gewdik gile tahap kobo pak mat
perlu ke? aku rasa tak perlu. hahaha.
BalasPadam@Woola - Jarang gila aku tengok kau komen kat blog aku. Aku pun jarang komen blog kau. Padahal kau la antara orang pertama yang aku jumpa kat dunia blog ni.
BalasPadam@Sajeed- Iya. Tak perlu. Mengapa cara kau bercakap juga skema?
cerita yg kau sebut nih,mmg aku xpernah tgok lgsg..ntah kenape xberminat lak nk tgok..klise sgt kot
BalasPadamMembuatkan Saffa teringat masa saffa zamn hingusan.. asyik bergaduh dengan adik lelaki saffa. berebut remote. main sorok-sorok remote.. hinggakan nak pergi tandas pun bawa remote gak..
BalasPadam=__________=
@Saffa- benda mcm tu adik aku tengah buat sekarang
BalasPadamapakata cik penulis yg maha bijaksana n bersopan santun cipta skrip, cari pelakon, arah, edit then hanto kat mana2 stesen.. konpem reject... kita kekadang lupa pada diri kita (termasuk chacha yg selalu lupa diri)... pada chacha tanak tgk sudahlah, tp jgn kutuk hasil kerja orang lain... Tuhan balas tuh... kekadang kita tulis syair, then orang lain baca n komen "x sedap langsung syair ko ni".. menyirap x darah kita? kalu mampu kita beri tunjuk ajar pada penyair tu n betulkan mana yg silap... baru Melayu namanya...
BalasPadampapepon, rindu sangat kat drama2 keluaran HVD dulu2... nape da xde karya bermutu mcm tu lg ek??.. hm...
h0h..same here.dr dulu smpai skang.xtgk cite melayu.rse cm xleh nk go 0n.dgar nangis yg mndayu2 tu rse nk je lempar tv jauh2..hmm..one m0re thing,kurang realiti lm drama melayu.over in pakaian,make up,bla bla bla..sab0r je~
BalasPadambaru je baca n3 time mjengah blog nieyh...
BalasPadamntah...
citer melayu n' indon mcm hampeh je
baik layan citer korean n' jepun
heroin kiut2 n' hero plak hensem2
xlah make-up tebal xD
dlm bnyk2, cme NUr Kasih je yg sy x penah miss tgk heh heh heh..
BalasPadamya! drama mlayu agak $#*!% damn love supernatural! kalo nak bndg ngn 'hero' (hero la sgt... geli aq) mlayu... pergh jaoh beza kowt! coz dean? sam ? cass? huh! dowg supernatural n drama mlayu superfake myb? what ever =_='
BalasPadamhaha. aku setuju 156% apa yang ko cakap. citer melayu sangat la tipikal.. wekk. takbest..
BalasPadamaku gak setuju yang citer laverage ngan house tu best. favret 2 beb. hehe. biar hero sengket asal jalan citer best. plus ngan heroin2 yang hots2. walawe..
oyea. ak pun ske buli adik ak.. muahahahahaha(ketawe kejam)
saja nak kasik idea.
BalasPadamtgk drama jepun pun best.
rumah biasa. pelakon biasa. pelakon pumpuan mmg cute tp x de mekap.
jauh beza dari cite korea. hero melampau cute cm pumpuan.
saya sarankan anda layan drama jepun.
pastu komen balik. heh.
assalamu'alaikum......
BalasPadambagi jela adik awak tu kt kita...
xdela kne buli...
jazakillah..