Memaparkan catatan dengan label award. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label award. Papar semua catatan

Khamis, 30 Julai 2009

Giving Awards.

Merujuk kepada entri berkenaan Kualiti Award dan Awards serta entry bajet kecoh ini, aku kini membuat sambungannya di sini.

Ini adalah sebagai tanda peghargaan saja-saja yang aku nak buat ketika aku kebosanan. Terima kasih sebab menyemarakkan blog aku yang tak best ni. Nampak sangatkan aku buat-buat rendah diri. Tak apalah.


Miss Cookie Monster. Itu lah nick yang aku save dalam handphone aku. Aku panggil dia Kuki, dia panggil aku Gonzales. Aku tak pernah tahu apa benda tu. Tapi tak kisah lah. Tak peduli pun. Sampai sekarang aku tak tahu lah apa nama sebenar dia walaupun aku dan dia sering borak-borak pada hujung minggu sahaja kerana dia kini di PLKN. Aku mula rapat dengan dia beberapa minggu sebelum dia masuk PLKN. Perangai dia gila-gila sikit dan suka bercakap. Aku pula pendiam. So memang best lah borak dengan dia sebab setiap hari, dia je yang bercakap dan aku tak perlu fikir banyak nak cakap apa, just jawab apa yang patut. Dia mesti bosan dengan aku. Tapi skrg ni aku dan dia dah jarang borak. Aku bz ngan kelas, dia bz dengan PLKN dia.

Igniz. Seorang guru practicum. Ramai betul cikgu ada blog zaman skrang ni. Dia guru english dan dia jatuh cinta dengan kembar di sekolah tempat dia mengajar. Seronok juga menjadi cikgu, boleh melihat a girl turns into a babe. Well, aku jarang komen di blog dia tapi aku suka baca entries di blog dia. Entri dia mendalam je, tu pun kalau faham lah.

Aku pernah bergandingan dengan Sofla untuk melawan seseorang dalam blog orang lain tentang sebuah isu sensitive. Tak tahu lah apa dah jadi dengan isu tu. Antara sebab utama aku kasi dia award, kerana dia selalu comment blog aku.

For the rest of my friends and followers

Grab it as you like it.

Aku pernah nyatakan bahawa memberi award ke followers bukanlah sesuatu yang elok. Tapi bila difikir-fikirkan semula, aku rasa aku perlu berikan juga.


Grab is as you like it.=)

Ini iklas sebab sudi baca dan follow blog aku yang tak seberapa ni. Dan seperti yang aku dah cakap dulu, aku tak terima sebarang award sebab aku tak tahu nak letak kat mana dan buat apa dengannya. Edi, eisya, ira dan lain lain yang aku dah tak ingat dah nama, terime kasih untuk awards. ( Dah lebih 1 bulan dieorang kasi baru skrg aku mention >,>)

Entri dan gambar-gambar ni aku aku dah siapkan dah lama dulu masa cuti semester 2 kerana aku amat bosan ketika itu. Kecuali sofla punya. Yang tu aku baru buat.

Jumaat, 10 Julai 2009

Kontroversi untuk Awards yang aku mahu wujudkan bagi kalangan gadis-gadis dan jejaka kacak.

Be Defferent, Only One
Aku ada dapat award. Terima kasih kerana sudi memberikan award tersebut kepada aku. Aku menghargainya. Sayangnya, aku tak nampak dimana penghargaan yang sebenarnya ada pada award tersebut.

Award tersebut cantik (khairul ni dapat award sikit da kecoh). Tetapi rata-rata award yang aku nampak hanyalah ditujukan kepada followers. Dan juga award-award tersebut di-passing2. Di foward-foward maksud aku. Kadang- kadang, apabila anda memberi award kepada aku, aku berasa bangga. Tetapi apabila aku melihat ada orang yang tak dikenali juga mendapat award yang sama, dari orang yang berlainan, aku rasa semacam. Mana perginya nilai penghargaan (award) tersebut?

Bayangkan. Dalam satu pertandingan, ada 50 peserta. Kesemua para peserta itu berghempas pulas untuk menang dan diakhir pertandingan, mereka semua mendapat hadiah yang sama. Termasuk lah pemenang sagu hati. Pasti tak rasa syok dan bangga kan? Itu lah point aku.

Be Defferent, Be Unique

Jangan salah faham.

Aku tulis ni bukan untuk menyakiti mana-mana pihak mengenai awards. Awards dan tags adalah permainan para gadis. Dan kebiasaan gadis yang suka bermain dengan benda ni adalah gadis-gadis comel. Dan aku sukakan gadis-gadis comel tersebut. Sebab diaorang comel. Kalau tak percaya, korang boleh la tengok kat list sebelah kanan belog aku ini. Mereka semua comel-comel. Aku tak pasti kalau ada lelaki dikalangan mereka. Jikalau ada, mereka pasti comel juga.

Tetapi, aku ada jumpa seorang gadis yang membuat awards sendiri dan menyatakan agar para followers dia yang menerima award tersebut tidak men-foward-kan award tersebut kepada orang lain. Well, dia ada kesedaran mengenai quality dan penghargaan mengenai award. Gadis comel tersebut adalah http://nottygirlz.blogspot.com(Ms Farah). Begitu juga dengan http://myhaengbok.blogspot.com(Ms Fiza) . Awek ni sudah berpunya. So aku tak patut cakap banyak-banyak. Tapi yang aku pasti, kesemua adik beradik dia comel-comel termasuk adik dia yang sorang ni http://zielala.blogspot.com( Ms Zie). Juga yang ni http://norhazrin.blogspot.com(Ms Aryn). Yang nie juga telah berpunya. Hey, kenapa gadis-gadis comel zaman sekarang semua sudah berpunya? Jangan salahkan aku kalau aku menjadi gay dan sia-siakan wajah umpama Zachary Quinto aku ini. Cheh. Kau diam Zarif.

Be Different, Special

So aku ada cadangan yang bernas untuk mengingkatkan kualiti penghargaan anda:
  • 1. Nyatakan kategori bagi award untuk followers anda. Kasi nampak lagi tinggi penghargaan.

  • 2. Buat award yang diciptakan oleh anda sendiri dan pastikan ada trademark anda agar ianya tidak difoward-fowardkan.

  • 3. Nyatakan nama orang yang layak mendapat award tersebut sebab dia memang layak. Dan, dia pasti rasa dihargai sangat-sangat jika nama dia tertera. Special gitu.
Defferent. ( dah tak de idea)

Kepada penggemar memberi awards, teruskan niat suci anda untuk menghargai para follower anda. Entri aku ni tak ada apa-apa sebenarnya. Just untuk memberitahu tinggi dan rendahnya nilai award tersebut.

Dah aku suka dapat award dari korang semua. Cuma, aku ketiadaan masa untuk postkannya di entri. Serta, anda semua memang comel. Aku mungkin nampak agak pervert. Jangan salahkan aku. Salahkan ke-comelan anda semua.

P/s: Aku akan try buat award sendiri. Special punya. Nanti aku kasi.

Isnin, 11 Mei 2009

Awards (Sajeed, Laila dan anda)

UPDATE- Aku terfikir, bagai mana yea jikalau blogger tu ada beratus-ratus followers yang selalu kasi komen dan memberi komitment? Kesian dia nak kenal buat award banyak-banyak.

************
Seperti yang aku katakan pada entri yang lepas. Aku akan kasi awards.
Perasaan teruja mengedit gambar menggunakan Photoshop pirate yang paling latest melanda aku mengakibatkan aku telah edit sekitar 9 award tetapi aku ketiadaan sebab dan alasan untuk memberi award tersebut. Termasuk kepada siapa harus aku berikan award itu.

Tidak ku sangkan begitu susah hendak memberi awards kepada orang lain. Seriously, aku tak tahu mengapa, tetapi aku perlukan alasan untuk memberikan award kepada seseorang lebih-lebih lagi untuk kawan-kawan dunia fantasi blog aku ini.

Setelah penat memikir. Aku berpendapat yang aku patut beri award kepada orang yang telah memberikan award kepada aku satu ketika dahulu. So aku memikir lagi. Dan aku dapat lah seorang. Awek ni tak adalah selalu sangat lepak kat blog aku. Tetapi dia ada perli aku sebentar tadi. Dan itu membuatkan dia nampak comel. Boyfriendss dia pasti bangga.

Award : Sajeed Hani

Tinggal lagi 8 awards. Sedang aku terus berfikir, aku teringatkan seorang kawan aku yang sekarang berada di Mesir dan sedang bersiap untuk exam. So dia mungkin jarang online sekarang kerana mahu tido study. Dia selalu tolong aku. Tak ada lah selalu sangat. Tetapi dialah kawan blogger aku yang paling banyak menasihati aku. Padahal masa mula-mula kenal, kitaorang bergaduh. Biasalah, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal barulah jatuh cinta.


The Other Khairul : Dude, bukan ke kau cakap award ni permainan gadis-gadis. So apasal kau join dowh.

Khairul : Erm.. Seriously, I dont know. Aku tak tahu macam mana aku boleh terjebak dengan benda feminin ni. Betul. Tak tipu.