Jumaat, 16 Disember 2011

Declaration of Hukum Haram : Beza Antara Couple dan Bercinta.

Assalamualaikum


Aku dah pernah tulis pasal hukum bercouple ni dulu-dulu. Korang boleh rujuk kat Entri Pertama, Entri Ke-2 dan Entri Ending. Dan macam biasalah, kalau korang nak komen, sila baca dulu apa yang aku nak tulis. Kalau tak, awal-awal aku dah cantas.

Dan kalau korang perasan, aku ada banyak kali larang perempuan fall untuk lelaki sampai kan ramai pelik sambil bertanya:

"Mr. K, kau banyak tak setuju kalau perempuan bercouple dengan lelaki sebab lelaki tak boleh dipercayai. Dan kau banyak menentang couple dalam entry Islamik kau. Tapi kenapa entry-entry lain kau banyak pasal love-love? Bukan ke bercouple tu haram?"

Kalau korang tengok entry di blog aku ni, memang obvious sangat lah yang aku banyak bercakap pasal love. Banyak bercakap pasal relationship. Dan bila masuk bab relationship, mesti ada orang yang komen pasal:

"Tak payah buat semua tu. Baik bercinta selepas kahwin je. Baru lah halal. Benda haram macam ni tak lama."

Komen macam komen kat atas kadang-kadang buat aku geram. So, sebab itu lah aku keluarkan entry ni.


Actuallya, aku dah banyak kali bertukar-tukar pendapat dan berdebat dengan orang-orang di Facebook tentang hukum sebenar bercouple. For the time being, couple dan cinta adalah sama bagi aku. Dan entah kenapa, di satu malam yang hening, aku terfikir. Apa sebenarnya couple tu?

And then, somehow itu membuatkan aku perasan yang "Ada beza ke antara couple dan cinta?"

The real thing about couple.
Sebenarnya, couple ni bukan perkataan dah. Kalau dari segi English, "Couple" bermaksud "A pair" or "Satu pasangan" yang merujuk kepada "Dua". "Satu pasangan" dan "Dua" dalam kes ini adalah berdua-duaan. And sekarang, Couple adalah istilah. Istilah yang bermaksud seseorang yang berdua-duaan dan melakukan benda haram. Itu lah couple dan ianya adalah haram of course.

But, not as bercinta.


Bercinta is berbeza. Cuba korang bayangkan. Kau suka kat someone. Dia pun suka dekat kau. Dia tak confess dan kau pun tak confess. Tapi setiap hari kau BBM dengan dia. Yes, korang bercinta dah tu. So adakah ianya haram? If yes, why?

Ramai juga yang bertanya:

"Alaaaaah. Kalau bercinta. Mustahil lah tak pernah keluar berdua. Mustahil la tak pegang-pegang. Mustahil lah tak pernah duduk rapat-rapat dan hug-hug. Then mesti mintak gambar freehair kat awek kan?" 

For me, no. Not mustahil. Aku tak pernah keluar berdua dengan perempuan. Aku tak pernah sentuh kulit perempuan dengan sengaja dan bab duduk sambil hug-hugh tu lagi lah. Dan aku kalau boleh, aku tak nak pun girl yang aku sayang tunjukkan aurat dia kat lelaki lain. So yes, aku tak pernah pun mintak gambar-gambar perempuan lebih-lebih lagi gambar freehair. Everything is posible. Tak semua lelaki perangai dia buruk dan gila seks seperti ex korang.

How about this question?

"Dalam Islam kan ada kata jangan mendekati zina. Bercinta ni mendekatkan diri kau dengan zina"

Dalam banyak-banyak kawan lelaki aku, hanya dua orang yang dah pernah main perempuan. The rest of it, tak pernah. And yang dua orang tu bukan berzina dengan awek. Dia berzina dengan orang yang dia jumpa di kelab malam dan dengan kawan dia. Ya, dia berzina dengan kawan dia.

So, adakah kita nak letakkan sebagai berkawan itu juga haram just kerana boleh mendekati zina?

Antara soalan yang famous lagi.

"Kita cuba la tengok balik. Nasi tu halal atau haram? Halal kan? Tapi kalau ada secubit daging babi, mesti akan haram kan? Bergitu juga dengan bercinta. Kalau kau tak buat benda haram, orang lain akan buat kan? So better kita haramkan supaya tak ada orang pun yang akan buat."

Point untuk soalan di atas adalah betul. Tapi tak semuanya. Aku kasi contoh. Penggunaan Facebook dan Blog ni haram tak? Tak kan? Tapi ada je orang yang buat blog lucah serta Facebook lucah. Adakah itu menjadikannya haram secara keseluruhan? Look at Ulama Indonesia. Dieorang kumpulkan para ulama sebab nak bincangkan pasal keharaman Facebook. Katanya, di Facebook, ramai perempuan tertipu dengan lelaki dan ramai yang di culik serta di rogol berpunca dengan penggunaan Facebook. So, sebab itu lah diaorang nak keluarkan fatwa haramkan Facebook.


Konsep ni sama je dengan benda-benda lain. Dan fatwa itu kalau tak silap aku tak berjaya di keluarkan sebab katanya ianya adalah bergantung kepada individu masing-masing. Kalau dah guna Facebook untuk cari awek untuk diculik, confirm-comfirm lah haram. Tapi kalau guna Facebook untuk berdakwah, maka pahala lah untuk anda.

Begitu juga dengan cinta. Cinta tak haram. Yang haramnya adalah bila kita buat benda-benda yang tak senonoh ketika bercinta. Pegang sana, pegang sini. Maka, haram lah. Tapi kalau kita gunakan cinta tu sebagai medium mencari bakal ibu kepada anak kita, then apa masalahnya?

Well, korang mungkin akan berkata:

"Bercinta sebelum kahwin bukan sunnah Nabi."

Sunnah nabi kalau dibuat adalah sunat. Maksudnya kalau kau buat, kau dapat pahala. Kalau tak buat tak apa. Contohnya pakai celak dan pakai serban. Kalau kita tak pakai celak or pakai serban, adakah ianya berdosa? 

"Bercinta sebelum kahwin adalah style orang barat dan kafir."

Style orang barat tak menjadikannya haram. Banyak style orang barat dan kafir kita tiru. Pakai seluar dalam berbentuk segi tiga, makan guna garfu, berak secara duduk, membaca dari kiri ke kanan, menulis rumi dan sebagainya. Itu adalah style dan cara barat serta orang kafir. Adakah ianya berdosa? As long tidak bertentangan dengan Islam, then ianya tidak berdosa.

Dan masihkah korang ingat tentang entry aku yang ni? Ya, ini adalah budaya serta amalan Melayu ketika berkahwin. Dan ianya adalah berdosa. Kita asyik bercakap pasal budaya kafir dan barat serta dosa dieorang. Tapi look at us. Ramai dah tahu yang bersanding tu adalah dilarang dalam Islam tetapi kenapa kita still nak ikut budaya bersanding ni? Sebab ianya budaya tempatan dan bukannya budaya luar?


Korang mungkin akan kata lagi

"Alaaaa, walau kau jaga batas sekali pun, kau tetap akan rindu kat si dia kan? Kalau rindu kat someone tu, mesti terfikir nak buat seks kan? Tu dah jadi Zina hati sebab kau teringin nak buat seks." 

Cuba korang fikir balik. Ya, bayang kan. Kau rindu kat some seperti. "Alaaaa rindunya kat diaaaaa" And then what? Korang terus terbayang pasal seks? What the hell is that? Come on. You all gila sex or something? Seriously come on. Ada kena mengena ke rindu dengan seks? Rindu adalah perasaan yang tak boleh diungkai dan tak boleh dibuang macam tu je. Apa korang ingat nak hilangkan rindu kena buat seks?


Andaikata satu pasangan tu dah bertunang, then dia rindukan tunang dia. Adakah dia akan terus fikir pasal seks? So, dia kena buat seks dengan tunnag baru rindu tu hilang? See. Korang nampak tak betapa tak berkaitnya rindu dengan seks di sini?

Question tentang zina hati.


"Zina ada banyak jenis. Walaupun kau tak fikir pasal seks dan ianya tak berkaitan dengan seks, rindu tetap ada kan? Rindu tu haram sebab ianya Zina hati"


Aku rasa, aku dah banyak dah tulis pasal Zina Hati ni. Banyak-banyak sangat dah aku cakap pasal ni. Tapi masih ramai yang dok unkit pasal zina hati kat entri-entri aku. Dan dari dulu sampai sekarang gak aku tanya, mana korang dapat sumber yang kata rindu tu zina hati? Dari kitab bla-bla bla? Korang pernah tak check kitab tu wujud or tak? Kalau wujud, korang check tak hukum yang dinyatakan tu ada tak dalam kitab tu?

Well, kalau korang malas sangat nak pergi ke perpustakaan or mana-mana kedai untuk baca buku agama, korang bukak Google Book untuk baca buku-buku agama kat situ. Free je. Or, kalau korang malas teramat sangat, at least google lah sikit.

Website dan forum yang ada bercakap pasal beza Cinta dan Couple
Memahami Erti Couple dan Bercinta (Halaqah.net)
Cinta dan Couple Tak Sama
Beza Bercouple dan Bercinta (Ukhwah.com)
Hukum Bercinta (JAKIM)
Dan banyak lagi.

Untuk persoalan zina hati, aku kasi links di bawah:
Cinta dan Rindu dalam Islam
Jenis Zina Hati Mulut, Mata, Tangan (Saiful Islam + LeoKid)
Memahami Erti Sebenar Zina
Yes, zina ada hanya bila ianya datang nafsu.


So, which one of them adalah haram? These. Any of this akan menyebabkan haram
  • Berdua-duaan (Bercouple).
  • Duduk ramai-ramai tapi pegang-pegang lelaki perempuan.
  • Hari-hari buat SMS dan berbual lucah dengan pasangan sampaikan si lelaki terbayangkan yang bukan-bukan.
  • Si perempuan pakai baju kurung tapi ketat sampaikan si lelaki ternaik nafsu.
  • Kiss, ringan-ringan dan sebagainya.  
  • Mendengar perempuan menyanyi sampai menaikan nafsu lelaki. 
  • Macam-macam lagi.

Tak kisah la kalau korang dah bertunang ke, esok korang dah nak nikah ke, tapi as long kalau korang buat benda di atas, ianya adalah haram selagi tak kahwin. Ianya haram bukan untuk pasangan yang belum bertunang je malah yang dah bertunang sekali pun. Ianya haram untuk all, termasuk hubungan bersahabatan. But why only yang bercinta adalah to be blamed?

Korang mungkin akan berkata lagi. 

"Jodoh tu kan semua takdir. Kita buat apa sekali pun, kalau tak ada jodoh, tak guna juga."

Yup, apa yang korang cakap tu betul. But then, korang patut baca sini tentang Jodoh dan Takdir yang boleh diubah. Jangan semudah itu duduk depan laptop setiap hari main Angry Birds dan berharap akan ada orang masuk meminang.

Dan, andai kata kalau korang nak kata:

"Khairul, aku rasa penjelasan kau ni ada betul nya. Ada la sikit kot betulnya. Tapi kau perasan tak yang kau ni bercakap banyak guna logik akal?"

Sekarang ni, kita bukan bercakap pasal zat Allah dan perkara ghaib. So, kalau anda fikir yang Islam adalah agama yang tak logik langsung, korang boleh pergi ke SINI. Islam bukan agama logik akal semata-mata. Tapi hampir semua benda yang tertulis dalam syarak dan peraturan Islam ada logiknya. Kenapa ada malam seribu bulan, kenapa kita kena berpuasa, kenapa kita kena solat. Kenapa lelaki dapat harta peninggalan lebih, kenapa lelaki yang jadi Imam, kenapa kita tak boleh buat begitu dan kenapa kita tak boleh buat begini. Ada sebab kenapa Islam melarang. Islam bukan melarang dengan sesuka hati.


Aku tak galakkan korang bercinta. Aku memang tak galakkan langsung korang untuk bercinta sebab korang yang baca entri aku sekarang kebanyakanya adalah perempuan. And sorry to say, perempuan biasanya IQ rendah bila bercinta. Nak bercinta, tapi terpikat kat lelaki yang bad boy. Lelaki yang jahat. Lelaki tu pulak mintak bukan-bukan. Korang pulak, atas demi sayang, main kasi je. Gambar tak pakai baju lah. Video selepas mandi lah. Dan benda-benda macam ni lah yang contribute kepada punca kenapa orang kata bercinta tu haram.

If you girls tak berkahwin lagi tapi dah pernah tunjukkan body korang kat lelaki, then you are plain stupid. Well, aku bet yang lelaki tu dah lari dengan perempuan lain kan? See, told you. You are just plain stupid.

Kalau kau pergi ke Ustaz A, dia mungkin akan kata bercinta itu haram. Kalau kau pergi ke Ustaz B. Dia mungkin akan kata bercinta tu tak haram. Sebab itu lah korang jangan stick dengan satu pihak je. Kaji sendiri. Kalau ada 10 ustaz, rujuk 10 ustaz tu. Kalau 1 ustaz kata haram tapi 9 lagi kata tak haram, then, kenapa nak lean on that one?

Bercinta lepas kahwin is good. Very good. Tapi make it as bercinta sebelum kahwin adalah haram adalah not a really good idea. 

UPDATE : USTAZ Asri (Dr MAZA) - Bercinta tidak haram.



143 ulasan:

  1. I like sooooo much! Hehe! Terima kasih Mr. K! Hehe! Saya pun ada bincang pasal ni. Hehe! Pasal Bila berbicara Bab Cinta.

    BalasPadam
  2. Apit mesti terkedu baca artikel ni.

    BalasPadam
  3. bercinta2 jugak tapi kena la jaga batas ye? :)

    BalasPadam
  4. lean to that one sbb nk jage hubungan dgn Allah, rather than ikot majority..manusia boleh berdalil, yg sbnrny tahu hanya DIA..

    ada komen ustaz azhar, tengok awek pakai tudung labuh pun haram, kena jaga pandangan.. kalau simpan gambar awek pun haram, xkira lah bertudung ke tak. lets say..fitnah itu terbuka luas once step in zaman bercinta.

    BalasPadam
  5. https://www.facebook.com/note.php?note_id=2202426305599

    https://www.facebook.com/note.php?note_id=2205848271146

    https://www.facebook.com/note.php?note_id=2293560383894

    khairul, kau penah bca semua ni?
    just utk rujukan kau. kalau kau dah baca, abaikan. aku bukan nak bidas kau. aku sokong kau.

    BalasPadam
  6. Ohkay entry menarik pagi-pagi hari.
    Btw, baru tau beza antara bercouple dan bercinta. Thanks for your info Mr.K! :)

    BalasPadam
  7. abg sya pown bercinta but tak pernah buat semua tu mgkn sbb dia dgn psngan dia skul agama dlu.

    kalau text pown bukan cakap psl rndu and semua tu, lebih kpd cara kwn2.

    Dia kata, dia bercinta untuk berkahwin ^^

    BalasPadam
  8. thumbs up! nice entry. dpt infO.
    beza antara bercinta n bercOuple. dpt ilmu baru. :)

    BalasPadam
  9. nothing more than i totally agree..

    BalasPadam
  10. Salam.. senior Khai, great entri la..
    thnx 4 ur info
    moga ada mnfaatnya kelak..

    BalasPadam
  11. K, macamana kau nak counter 'orang yang stick pada imam A tu' bila dia cakap. semua orang ada akal, boleh fikir sendiri? seolah olah macam masih tak nak terima kenyataan?

    BalasPadam
  12. Salam..

    bercinta itu tak salah kalau kita ikut takrifan yang betul iaitu berkongsi perasaan macam diperkatakan. saling meyayangi dan menghormati itu adalah cinta.bila kita bercinta haruslah letakkan penghormatan itu sebagai yg utama. bukan kesetiaan macam yang digembar gemburkan selalunya. bila kita menghormati pasangan kita, tentu kita takkan dekatkan dia dengan zina.berkongsi rasa hati itu tak salah andai masih atas landasan yang betul. bukan semua yang berkasih sayang tu menunjukkan sayang secara terangan. ada yang masih segan silu mengaku sayang walau hati sudah terpaut.kalau kita mahu pasangan kita dari golongan yang baik, kita sendiri perlu jadikan diri kita pemimpin yang baik kan saudara? salah satu ciri kepimpinan utama adalah mampu mengawal emosi dan akal. bukan mengawal rentak hati dan bertimbang tara apa terlintas di akal. menjadi seorang lelaki yang mampu menjadi imam di tikar sembahyang dan bukan hanya lelaki yang mampu menyejukkan hati pasangan yang panas. bdw, thanx untuk entri ini. :)


    * semoga Allah kurniakan kepada kamu jodoh yang baik. main. :)

    BalasPadam
  13. http://pearlslife.blogspot.com/2011/05/couple-bukan-zina-untuk-mmahami-erti.html

    detail tentang hukum couple.

    BalasPadam
  14. nice one. yang paling tak boleh blah pasal rindu dengan seks tuu. sooo unmatured lah siapa yang kata. hahahah lawak betul.

    entry ni bagus gila , share eh.

    BalasPadam
  15. nice entry Mr K!!! jelas dah pasal beza couple n bercinta :) good job

    BalasPadam
  16. ok wow. this is SO complicated. Sebaik dah kawen. heheheheh. Halal!

    BalasPadam
  17. entry terbaik yg pernah aku terbaca...tahniah bro...

    i couldnt agree any point dlm entry nie...

    semuanya disampaikan dgn begitu jelas dan sangat2 matang...

    aku puas hati giler baca entry nie...tahniah skali lg bro...

    BalasPadam
  18. saya setuju dengan pendapat awak....sebab saya pun ada berfikir sedemikian rupa jugak... =]

    BalasPadam
  19. like this very much...totally and definitely pros and agree to Mr.K...hehe :)

    BalasPadam
  20. Peh! tetiba guwa ambik serius entri nih. Nice entry btw.

    BalasPadam
  21. aku lelaki ~ dAN aku setuju dengan ko... well ~ nice entry !!!

    BalasPadam
  22. yeah ..there u go mr K..
    good entry..
    org yang selalu melabelkan itu ini haram tanpa rujukan yg sahih adelah org yg berfikir guna lutut..sorry to say..

    cinta itu indah..tapi kalau keindahan itu dicemari, maka pudarlah keindahan..

    for girls out there yg sedang "bodoh" kerana bercinta, wake up..time to change..cari cinta dgn keredhaan Allah..lelaki yg baik mmg sukar dijumpai sekarang ni..so berhati-hatilah ..


    mr. k..keep writing..=)

    iris, mencari cinta yg diredhai..

    BalasPadam
  23. bercinta itu boleh. tapi bercinta lah kerana Allah. dan jangan sesekali biarkan cinta kepada kekasih melebihi cinta kepada tuhan.

    meaning to say, klo kekasih mintak gmbr, ajak p hotel or jenjalan mlm2, elakkan la. klo dia bleh wat camtu kt korg, bmaksud dia juga bleh wat kt org lain. u r nothing special for him. x payah bcinta bagai nak rak, korg bknnya ada ikatan pape lg pun. even dh btunang pun still everything terbatas..

    bg aku, bcinta sblm kawen ni karut (tp x bmaksud salah utk mcari). sbb yg aku nmpk bnyk couple, clash, couple, clash, couple, clash. last skali kawen dgn org lain. hampeh!

    BalasPadam
  24. even panjang gila babi entry ni. baca sampai habes jugak. terbaik mr.K . so becinta memang tak haram la i betul landasannya.. suka opinion u mr.K :)

    BalasPadam
  25. Dorg tafsirkan BERCINTA tu mcm COUPLE sbb tu lah mcmtu soalan2 nye... BTW, saya tgh BERCINTA ni... berkongsi perasaan dgn org yang baik akhlaknya tetapi kami TIDAK BERCOUPLE sbb dia kata HARAM dan saya faham... jadi ini suci kan hubungan ni?

    BalasPadam
  26. nice words :)
    betull bercinta tow ta haram . even lecture tamadun aku pown ade ckp gakk perasaan dicintai dan mencintai or berkaseh sayang tow lumrah manusia :) so kita mmg ta bole deny perasaan tow . ape pown yg jd semuanya berbalik kepada perbuatan kita :)

    BalasPadam
  27. "Style orang barat tak menjadikannya haram"

    aq minat ayat ni..btul..FYI,org barat sana pun ade org Islam..jgn lupa..x kan la org Islam kat sana nak pakai mcm org timur??....bg aku,selagi tidak membuka aurat tidak haram..aurat tu harus dijaga..bkn utk ditayang-tayangkan...

    BalasPadam
  28. wow! entry yang menarik..first time komen sini..slama ni malas nk drop komen..suke3
    thumbs up !

    BalasPadam
  29. "perempuan biasanya IQ rendah bila bercinta"

    based on girls around me , i think so. aku harap IQ aku tak serendah tu nk buat benda2 bodoh tu . Build a relationship necessarily have to sacrifice the dignity .

    BalasPadam
  30. mr k... great! yup... semua benda yang islam dah tetapkn ade hikmahnye... cume kite je yg xnmpk or buat2 xnmpk.. heheh...

    =)

    BalasPadam
  31. nicely written.... two thumbs up!

    BalasPadam
  32. dis is so called the other khairul. so many parts r in u. just hv a thought dat u'll bcome an ustaz. haha. btw, i hope dis entry can help others to understand. awesome khairul :D

    BalasPadam
  33. bercinta kerna mahu mencari pasangan hidup bukan sebab suker2 je kan.. macam tu baru diredhai Allah.. =)

    BalasPadam
  34. http://www.youtube.com/watch?v=PsLTDW8ws_Q

    Cuba ini :)

    BalasPadam
  35. @Anonymous 6:58 - Siapa Apit tu?

    @Eein - Jaga batas tu la yang paling penting.

    @D-Sim - Yang tahu hanya dia dan bukannya that lean one.

    @Anonymous 7:13 - Dah baca facebook note tu. Most of them adalah cerita seperti cerpen yang ditulis sendiri. Bukan dari mana-mana.

    @Red - Nothing we can do about that. Aku tak pasti kenapa dia nak sangat mengharam kan benda ni. Maybe dia ada kisah silam yang ex dia.

    @Ruzzezanie - Aminn. :)

    @TwingglyLiyana - Mana aci kahwin awal. Jelesnyaaa.

    @Kamil - Welcome bro.

    @Irus - Everybody does.

    @Smochie - Who knows. Ask yourself.

    @Nuur Hidayat - Good point.

    @Blogqiest - No way aku akan jadi ustaz. -,-

    BalasPadam
  36. wow.. nice work bro.. time semester break nie betul2 buat homework pasal isu nie.. (result dah nak keluar kan)

    BalasPadam
  37. mantap bro. ko memang menulis artikel dengan sistematik. yup, first thing yang kena buat adalah define betul2 apa tu bercinta, apa itu kapel. Siapa boleh halang perasaan cinta yang develop tiba2? tapi kapel, ugh...(kapel=berdua2an) adalah sesuatu yang haram. aku harap dgn artikel ko ni semua org mnjauhi kapel, esp perempuan. Dan ianya meluat sebenarnya bila lelaki atau perempuan citer psl balak atau awek masing2...its so feel like diorg tgh borak pasal barang...dan bukannya perasaan cinta.


    ap2 pun ak stuju dgn sluruh artikel ko ni. cuma ak teringat artikel ko psl takdir tu je. ada yg tk kena.

    BalasPadam
  38. entry terbaik mr.k ko mmg hebat. bnyk pengajaran yg aq boleh dpt dari entry ni.

    BalasPadam
  39. bab cinta ni mmg tak habis kalau dibincangkan. . olahan yg menarik.thanks jugak for the links. :)

    BalasPadam
  40. Nice entry..
    Semua keadaan yang bermain dngn perasaan, nafsu dan hati nie sebenrnya bergantung pada diri sendiri. Kita siapa yang kita tentukan.
    It takes two to tango..

    Keep it up!!..

    BalasPadam
  41. penjelasan yang details . nice entry

    BalasPadam
  42. ...mcm jwb soalan assignment... :-D

    BalasPadam
  43. agree with ur statement. thumbs up! (Y)

    BalasPadam
  44. mr K. bape lama hg type sumer ni??
    hebak betei lah....

    BalasPadam
  45. A very thoughtful & well-written post. keep it up!

    BalasPadam
  46. mr.K you are so good bab nie. so damn true. :))

    BalasPadam
  47. sejak kebelakangan ni smakin byk pndgn yg keluar tentang hukum bercinta dan bercouple ni.. smpai aku un dh jd keliru n sangsi dgn pendirian aku sebelum ni..

    rmai jugak yg request mintak aku jelaskan psal ni.. sbb rmai yg keliru dan salah faham.. mmg tgh nk buat research n study balik psal ni.. last2, hang dah explain dlu psal ni..

    terungkai jugak segala kekeliruan.. terbaeklah.. xpyh susah2 aku nk up entry dah.. juz suruh diorg bca entry ni je..

    BalasPadam
  48. saya angkat 4 ibu jari lah camni :)

    BalasPadam
  49. serius panjang gile entri. berpinor mate nak bace ^_^

    tapi entri ni bagus ^_^
    untuk mereka yang bercouple dan jugak yang bercinta =)

    BalasPadam
  50. well..

    kalau diikukan,zaman sekarang dah payah nak percaya kepada 'cinta selepas kahwin' sebab,,manusia akhir zaman ni kebanyakannya bertopeng-topeng..

    Even orang yang kite dah kenal bertahun-tahun pun ade something small and evil yang kite tak tahu,apatah lagi yang kite tak kenal.

    Tapi,kalau parents dah kenal btul dengan bakal pasangan serta familinya,terima je lah kalau itu yang terbaik.. =)

    Kalau tak,kenalah usaha sendiri

    BalasPadam
  51. salam mr. K.
    xtau r ko nk caye ke x, tp ak xpernah kapel. ad y datang mengayat, tp setiap kali mereka ajk kua, ak rsa mcm ak xpatut kua dgn mereka. klo kua pon, bila balik tah knp ak rsa bersalah dgn diri sendiri. aku rasa macam jahat. maka, xpernah ld ak kua berdua dgn laki lebih dri 2 kali. 2 kali 2 paling byk r tu. aku xtahu knp ak sentiasa ad perasaan xselesa dn xbest bila ad laki ajk kua berdua. sentiasa.
    dn ini membuatkan ak pelik cm mana kwn2 aku bole kua dengan lelaki berdua, senang2 je. ajk je, terus kua. padahal bukan bf dia pon. ak xpaham. smpi skang ak xpaham. lagi ak xpaham bila housemate aku y bertudung kantoi webcam ngn bf dia xpki tudung. y lgi sorg webcam ngn mamat mne tah, pki selendang jarang y bek xpayah pki sbb nmpk rmbut gak.

    ak seyus xpernah kapel. tp ak pernah bercinta.indah perasaan bercinta 2.xmcm perasaan bila ad mamat y ttbe ajk aku kua buka pose sesama.

    BalasPadam
  52. yess...dah terjawab segala2 nya..i love this entry soooooooo much...thanks mr k

    BalasPadam
  53. bagusnya kau buat research segala bagai ni. haha.

    BalasPadam
  54. well.kali ni tak komen bnyk..sbb aapa yang kau ckp tu semua btul :)

    BalasPadam
  55. yes, letak kan satu jurang besar pemisah antara istilah bercinta dan couple.

    BalasPadam
  56. good job mr k!

    setuju bila kau ckp perempuan IQ rndh bila bercinta. sbb syg, semua sanggup gadaikan. dan sbb tu lelaki suka ambil kesempatan.

    as for me sng je. kalau tak ikhlas sygkan seseorang dan takde niat utk kahwin, baik jgn kapel.

    aku mmg pntang btul org yg main2 dlm cinta ni. entah ape2.

    BalasPadam
  57. a very good, crystal clear explanation! Hm, adder yg siap dh kawin n kutuk yg bercinta sblm kawin tp kn cukup setuju yg bercinta x salah, perlakuan yg mendorong kearah maksiat tu salah...

    BalasPadam
  58. Kalau kau pergi ke Ustaz A, dia mungkin akan kata bercinta itu haram. Kalau kau pergi ke Ustaz B. Dia mungkin akan kata bercinta tu tak haram. Sebab itu lah korang jangan stick dengan satu pihak je. Kaji sendiri. Kalau ada 10 ustaz, rujuk 10 ustaz tu. Kalau 1 ustaz kata haram tapi 9 lagi kata tak haram, then, kenapa nak lean on that one?

    #just the same like what my father told me. btw, research yang amat memberangsangkan. sy suka penulisan anda, mr.k. :)

    BalasPadam
  59. AWESOME! Nak copy dekat blog ofcourse linked back to your blog tautau :)

    BalasPadam
  60. salam wbt ..
    Alhamdulillah perkongsian yang sangat menarik . menambahkan lagi ilmu pengetahuan .. nice.. dapat beri penjelasan kepada orang yang agak kurang faham perbezaan antara couple dan bercinta .. keep it up boy ... :)

    BalasPadam
  61. Beb...yang couple tu, maksudnya "a group of two or three"..bukannya one or two..haha....

    secara keseluruhan, aku boleh cakap yang berendut tu tak salah...yang salah ialah berendek...tapi dah jadik kebiasaan...ramai yang suka berlagak sufi dalam hidup...nak buat cemana...

    BalasPadam
  62. alamak terhantar comment pkai account adk. ow patutla ak x de google account. hm nk sgt kenal blogger nh.
    :'(

    BalasPadam
  63. Alhamdulillah.. Tuhan dah jawab soalan aku melalui kau bro.. Semalaman aku fikir dan banyak kali aku fikir bercinta dan couple tak sama! Dan apa yang kau tulis, kau memang hebat

    BalasPadam
  64. suka dengan entry nie :)

    thank you

    BalasPadam
  65. salam en.khairul... mostly rasanya memang majoriti girls yg banyak bace entry awak... termasukla saya salah seorang darinya.... nak cakap... penulisan blog ni banyak pengaruhnya kat saya... support positif dari saya... teruskanlah dengan entry... yg positif... amin alhamdulilah... pandangan yg bernas utk dikongsi... t.q

    BalasPadam
  66. thanx so much sebab brkongsi apa yang patut...banyak kot aku dapat ilmu ...

    BalasPadam
  67. prinsip kena kuat bila bercinta. Kalau lemah, jangan bercinta. Kalau degil bercinta, jangan menangis salahkan orang lain.

    BalasPadam
  68. yup, setuju dgn entry nie..
    cinta tue tak salah tapi manusia yg bercinta tue yg salah, sbb buat benda yg bukan2..jadi jgn salahkn cinta, salahkan diri sendiri yg tak tahu menilai erti cinta..

    BalasPadam
  69. salam..brother khairul sy sbenarnya stuju dgn post awk yg ni tapi ditakdirkan Allah terjumpa kt utube bberapa minit lepas.ce tgok n its nice if i can hv ur feedbck after listng to the vdeo=)
    http://www.youtube.com/watch?v=PsLTDW8ws_Q&feature=endscreen&NR=1

    BalasPadam
  70. indahnya kalau bercinta ikut syariat...

    http://sweetgurlz11.blogspot.com/2011/12/kembara-ilmufinal-solehah-2011.html

    BalasPadam
  71. wow! penjelasan yg mendalam.. sgt2 berguna.. :)

    BalasPadam
  72. SUPERLIKE!! :D mr k,sy pn org kuantan ! hihi

    BalasPadam
  73. HADIS 6
    صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ صلى الله عليه
    وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ كثير
    مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
    الحَرَامِ كالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَ وإنّ
    حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ
    الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.خ

    Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar
    Rasulullah SAW bersabda:
    Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang
    jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang
    kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
    sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh
    dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang
    mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
    Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara
    yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
    apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
    Ketahuilah ia adalah hati.

    Faham hadis ni?? Rasulullah nk kate kt sni benda2 yg syubhah(samar2) baik dielakkan u elakkan diri dari buat dosa.syubhah akan berlaku dalam ibadah dan muamalah.orang yg tinggal kan syubhah dia ada sifat wara'= SEMPURNA IMAN

    Conclusion: kalau da rase couple tu kejap boleh kejap x boleh, kejap hharam kejap halal, the best way tinggalkan lah ia.

    Fikir2 kan :)

    BalasPadam
  74. seems that a lot of people do read your blog

    dan adalah sgt bahaya bila org menjadikan ia `fatwa`

    sunnah bukan sunnat.so wrong.sunnah ialah apa yg nabi buat.and most of it is not sunat
    dr istilah ini pun anda sudah salah.

    how come u can write something like this bro?
    akan makin bercambah la couple islamik yg sbnrnye mmg xde pun dalam islam..

    just a 2cent for u.may ALLAH bless=)

    BalasPadam
  75. @Unidentified - Obviously, you did not read at all.

    BalasPadam
  76. thank! slama ny aku sndri compius sngt2 hal ny.. :( trlalu bnyk pndptyg ak dngr....

    BalasPadam
  77. thank! slama ny aku sndri compius sngt2 hal ny.. :( trlalu bnyk pndptyg ak dngr....

    BalasPadam
  78. i totally agree with this entry...
    first time i read a very meaningful entry about couple and bercinta...
    i'm agree with this article doesn't mean right after this i will be pairing with someone or bla..bla..bla..
    i'm pretty sure too that almost people who agreed with this entry doesn't tend to do that...
    if a person really understand what this entry's about...they will absolutely not "bercouple".
    thank you mr.K...

    BalasPadam
  79. Got to admit that this blog really does makes me like and hate you at the same time..well, dont get me wrong, i like and hate your writing not you..i just want to highlight about the topic 'zat Allah, puasa and sebagainyer' that you touched a bit, well, my ADVICE is be careful of what you say, this religious view are sensitive and saying the wrong thing(even sometimes without meaning it)will effect you, and god knows, probably the people reading it..so might as well you be cautious, there is always a reason for everything Allah ordered us to do, if you really do some research carefully i dared to bet that you will understand why is it so..You must also understand, that the knowledge Allah holds is not even the closest to tiny of what the knowledge all human being possessed in this beautiful world..btw, use more(suitable)words when writing, i know you're an open-minded person, i am so too, but if you're gonna talk about religious view or give people advice, show the tenderness in it (even if its not)..for tenderness touch the heart and heals the pain.. :)p/s:this is a sincere advice which opens you to the option of accepting or declining my view.. :)

    BalasPadam
  80. kenapa islam haramkan judi.? adakah ia tiada langsung kebaikan dalam judi itu? huhuhu.. tidak dinafikan ada kebaikan dalam judi tapi keburukannya lebih besar dan banyak jadi ia jatuh kepada haram. takut ramai pula berfatwakan artikel ni maka bercambahlah "couple islamik". islam bertindak menutup sesuatu sebelum terjadinya sesuatu. berbicara dalam isu nafsu. nafsu itu tidak dpt dikawal. andai kata hari ni mampu untuk kita mengawal hari esok mungkinkah kita dpt kawal nafsu kita. nafsu dipandu oleh iman. andai kata iman itu lemah maka kuatlah nafsu kepada benda yg buruk. syaitan membuatkan kita memandang baik perbuatan kita. berapa ramai yg bersekolah agama dan yg paham syariat agama keluar berduaan? mungkin dipermulaan cinta mereka tiada istilah keluar berduaan. tapi lambat-laun timbulkan panggilan sayang-honey-awak-saya. sudah mula menghalalkan berjumpa tanpa ditemani mahram. dan mula makan sama2. keluar sama2. huhu..

    peace. masing2 ada pendapat masing2. ini pendapat sy. mungkin berbeza dgn yg lain.

    BalasPadam
  81. nice...
    bnyk pndpt tentg topik subjektif...
    semuanya bgntg pd diri sdr...
    am i rght?? :)

    BalasPadam
  82. http://videotarbawi.blogspot.com/2011/12/forum-cafe-cinta-fatimah-syarha.html

    brhati-hati dlm mmberikan pndapat

    BalasPadam
  83. taaruf la..2 y di syor kn dlm Islam..b'kenal-kenalan tp mengikut syariat..bkn msj y bukan2..mmg jodoh xkan dtg bergolek pn..ckup msg2 tahu akn prsaan msg2..bermadu kasih plk lps kwen..nice entry..=)..byk pyldikan y anda buat..kita mmg xbleyh gne mklmt dri 1 unsur je..

    BalasPadam
  84. Bayangkan sepuluh ribu orang baca entri neh, lepas tu teruskan dengan acara berpasangan mereka. Sedangkan ini syubhah, banyak pertelagahan ulama. Habis...

    Anyway, baik atau buruk natijah entri neh: Allah lebih tahu. Terima kasih sebab berfikir dan mengkaji dalam-dalam berkenaan isu neh.

    BalasPadam
  85. sangat setuju.. cinta tak haram pun, tapi cara kita menunjukkan rasa cinta tu yg haram..for example, couple. couple tu adalah salah satu cara kita menunjukkan rasa cinta kepada si dia. couple ni haram sebab berlakunya pertemuan antara dua pasang kekasih yg akhirnya boleh membawa kepada zina. @ dating. dann, bukan dating je haram.. actually, kalau kita call dia pon boleh jatuh haram. even kadang2 niat kita baik, call dia just tanya khabar, tapi syaitan tu lagi hebat maha dahsyat.kita manusia biasa ni kadang2 mudah terikut dgn bisikan syaitan, dgr suara awek kat phone pon dh boleh jadi angau,. pastu, mulalah asyik teringatkan dia sampai terbawak-bawak dlm mimpi sampai lupakan ALLAh.. sebab tu la haram.

    sebenarnya, tak la haram pun bercinta. tapi, yg ustaz2 duk kata haram ni sebab ramai budak2 melayu islam kita skrg, bila bercinta mudah buat maksiat. so, that's why ustaz2 duk kata cinta tu haram, diorg nak elakkan kita2 drpd bercinta sbb diorang tahu, iman kita ni cuma senipis kulit bawang. mudah termakan pujuk rayu syaitan, so yang tak haram pun boleh jadi haram sebab kita leka dengan cinta. lagi2 zaman sekarang, ramai sgt yg gila seks, so lagilah parah

    BalasPadam
  86. jangan hampiri perkara yang boleh mendatangkan dosa. tu je nasihat aku. btw, jangan buat orang rasa apa yang salah tu betul. kalo x, kau turut tersangkut dgn dosa-dosa dieorang. -hamba Allah yang hina.

    BalasPadam
  87. Erm, one thing i dont quite get it. dh tu, ape yg ko maksudkan dgn 'bercinta' dlm entry nih, kalo bkn berkapel?

    BalasPadam
  88. ade certain2 perkara yg boleh diagree dlm post yg ni.. Of course,, cinta is not haram.. its a fitrah.. but,,, once u fall for someone. we cant control our mind. most of the time akan ikut nafsu.... saya harap post awak ni xkan menyebabkn ramai couple islamik ana-anta kat luar nnti.. nk hujah tntg cinta ni bkn senang,, bkn hanya dgn a few post tntg cinta but it needs a feel focus to study it.. sebelum nak tahu cinta manusia,, kena kenal cinta Allah dulu.. nak rasa cinta Allah, kena kenal Allah dulu.. insyaAllah,, cinta kpd manusia akan lebih terjaga ~~

    BalasPadam
  89. i like ur entry. double credit to Mr.K :)

    BalasPadam
  90. 0ne w0rd. .terbaex. .i like thiz article. .

    BalasPadam
  91. http://www.nazrulnasir.blogspot.com/2009/06/bicara-tentang-rindu.html

    link kat ats. bc lah..
    pepun, sy setuju dgn pndapat hang.

    kapel n cinta tak sama.

    wslm

    BalasPadam
  92. banyak sangat ilmu berguna dalam entry awak neh, terima kasih sbb dah brikan ilmu ini :)

    BalasPadam
  93. minda lebih terbuka after baca entry ni. thanks!!!! ;)

    BalasPadam
  94. ilmu ilmu ilmu..=)
    berCINTA and berCOUPLE is really different thing..
    sampai hari ini(23THUN) keluar dengan lelaki adalah perkara yg pling xselesa aku lakukn..nk plk berdua..huh..couple?? never.. alim ke aku?? baik ke aku??
    sbb xbaik n xalim la aku CUBE TRY prevent sume tue.. yup jiwa n hati aku penuh dgn CINTA tapi bukan untuk bercouple..

    Mr.K nice entry..aku igt dah xde org pikir perkara cmnie.. yela bile tgk sekeliling aku ley jadi 'alien' plk.. =)

    BalasPadam
  95. Bercouple Dan bercinta tidak Ada salahnya. Ia bergantung pada masyarakat dimana kita tinggal di dunia ini dan nilai kehidupan yang kita amalkan. Berpikiran secara terbuka dan rational tanpa menggunakan fahaman anutan diri untuk merendahkan fahaman orang lain adalah lebih murni dan jujur. Semoga fahaman kita tidak membawa kepada hipokrisi.

    BalasPadam
  96. owh,,saya baru baca entry ni, n rasa mls nk bc yg b4 nih..entry ni,nak kata best sgt tak lah jugak, tapi saya sokong la 100%..ttg couple, rindu, bercinta tuh memang dah tak dapat lari kot manusia zaman sekarang nih..Islam itu indah..bagi saya jika kita bercinta, merindui dan bercouple kerana Allah, insyaALLAH benda2 sumbang takakn berlaku..yah, maybe betul, sometime nafsu lelaki ni selalu sangat melompat dari luar petala langit, no wonder lah kalo impian seks tu ader..istighfar lah kalau ada yg terbayang yg pelek2 tuh..tak lah sampai jd zina hati..jgn dilayan kalau nafsu seks tu wujud..untuk pegang2 masa couple tuh pun terpulang kepada individu itu..so, kesimpulannya, semuanya tak salah, janji kita tahu batas , jaga batas, dan mintak kuatkan iman saja..itu pendapat saya..tak perlulah nak kata org tu gila seks ke ape ke..yg penting pandai2 lah mendidik hati..kalau rasa sms pun, call dgr suara pun dah boleh mengangkat syahwat, maka hukum wajib kawen jatuh ke atasnya..jd berusahalah kawen cepat2..ugut makbapak kalau taknak kahwenkan u ol..hihi..jd benda tu semua boleh elak...pandai2 sendirilah..yg jelas haram tetap haram, yg samar2 tuh, boleh dikupas utk mencari kesohehan keharamannya atau kehalalannya..ok..chow!

    BalasPadam
  97. repost:hmm, baru baca entry ni.nak kata best sgt, taklah jugak, tapi saya boleh sokong 99% lah..1% saya tinggalkan utk beberapa ayat awak yg rasanya tak perlu dikeluarkan.tapi dr segi isi, sya sokong 99%..bagi saya, semuanya tak slh dan it all depends on how u handle it..cinta tu lumrah..n bila dah declare jd 'couple' itu kira dah bertunangla tu..slalunya kita akan jatuh cinta selepas kita kenal/berkawan dgn seseorang tu, n decision nk ber-coupel tu terpulang kepada kedua2 belah pihak.bila kedua-dua pihak dah setuju nk ber-couple itu kira mereka dah cop diri masing2 taknak cari yg lain utk teman hidup..so, tak heran jika dah be-couple tu, struggle plak nk cari duit tuk kawen..jika dh masing2 diri rasa kena cop/stamp tuh, kira dah bertunang lh tu, n haram bagi org lain pinangg..utk elakkan fitnah, awal2 lah bertunag secara rasmi k..hmm, but then, ada jugak some people yg fall in love dr mual2 tengok, pun situasinya sama, mereka kenal dan jika rasa serasi, ajak couple kn?so, kita boleh ambek positif ttg couple ni..or kita mabek sopan siket, kita anggap couple ni mcm berkawan..bila berkawan antara lelaki dan permepuan tu tau la kan ada batas2 nya..takperlu la nk tamapra nak terajang tanpa sbb yer..batal wuduk kalo tak berlapek or terasa bentuk..hihi..dan rasanya, jika dah benar2 sesuai tu, cop lah pasangan anda secara rasmi yer..hmm, ttg rindu plak..zina hati..hmm, rindu tu lumrah,,jika rindu mesti rasa nak pelukkan, tapi dh dgr suara pun terubat cket kan?hmm, nafsu tu mmg ada sesetengah org yg kuat sgt dia punya imagine sampai luar petala.dgr sora masa call, SMS 'assalammualaikum' pun dah boleh naikkan nafsu syahwat, dan tak dpt control dan mtk gamba pelek2..iti semua pemulaan utk berzian..itu lah zina hati kot..tapi jika kita rindu, dan tidak melayan nafsu yg membuai dgn beristighfar, inat ALLAH yg kita syg 'gf/bf' kita tu kerana ALLAH, insyaALLAH, otomatik perasaan syahwat tu hilang..jadi kesimpulannya, jagalah hati anda..yg jelas haram tuh jelas,,kalau rasa sesuatu tu mengindang kepada kealpaan kita, hindarilah ia..berdoa lah selalu..kepada org2 yg condemn Mr.K nih, tak betul lah korang..dan kesimpulan secara umumnya, itu haram nya 'ber-couple' or 'rindu-dorong nk seks' tuh terpulang kepada individu itu bagaimana mereka mendidik hati mereka masing2..kalau dah tak thn, kawen jer,,,kalau tak tahan jugak, tapi tak mampu nk kawen, elak lah dr jatuh cinta..HAHAHHA..hrp ok semua..bye..

    BalasPadam
  98. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  99. salam... fez tyme aku bce blog yg mcm neyh... aku pown x tau nk ckp stuju or x... coz aku bkn nyer pndai sgt dlm bab2 mcm neyh... tp overall, aku bngge sgt sbb ad gak remaja islam yg m mmpu tmpil dgn entri shebt ini... thniah sgt... semoga anda akn mndpt gnjrn-Nya kelak... :)

    BalasPadam
  100. yg penting jangan cintakan si dia melebihi Dia~ :)

    BalasPadam
  101. Thumbs Up ! Suka sangat baca :)
    nak tambah sikit kalau ada yang kata RINDU ITU ZINA HATI , tu memang stupid. Then kalau kita rindukan Nabi Muhammad saw, Rindukan parents, rindukan family, is it zina hati? haha. Mostly sengal sebenarnya :)

    BalasPadam
  102. first time baca, okay la, not so bad, ad je point best. aku mengaku yg aku x baca smpai abis pun, so aku xnk komen apa2 la. cuma aku nak tanya pndapat mr.k, apasal susah gile nk kwin hah? aku ni sbnarnya dah sdia kot nk kwin, knapa cm byk je halangan yg aku trima bila aku ckp soal nk kwin? apa msyarakat kita ni pk plik ea bila kwin muda ni? blh tak tlg aku bg pndapat?

    BalasPadam
  103. kenapa takde langsung dalil (al-Quran/Hadis) yang Abg K letak untuk kuatkan apa yang Abg K tulis? mungkin lain kali lagi bagus kalau letak ayat al-Quran untuk kukuhkan hujah Abg K. Just saying

    BalasPadam
  104. bgus entri ni.... yg buat aq dilema ialah..cinta yg dipendam... ntah... andai diluahkan, takut rasa janggal..kalau x luahkan, rasa sakit pun ade..

    BalasPadam
  105. Slm..sume sahabat..bagus entry ni.sy sokong,,mmg haram,,sbb bercintalh buat org bute dunia,agama..bercinta jika henti di tengah jln..nnti ada yg membalas dendam dan bermusuhan...korg mne2 suka anak dara org tu x yh lh nk bercinta bagai..cukup duit kawin je terus...nk kenal n bercinta pon gasak korg lh..kn sweet...tp byk org x fhm...dan mengapa perlu bercinta dahulu..bg sy baik kawin dr cintan2 ni..dr buat benda mengarut ni..buang masa je...contoh lh:baru bercouple lh kn...da sibuk tanya mcm polis nk menyiasat..pada hal pompuan ni ada mak bapak yg jg n di tanggungan org tua...sibuk nk jg plk...g ngn kwn ckp pentingkn kwn dr dia...nk kena jg hati dia plk..nk mkn pon nk kena sms...nk tido pon kena ucap..nk g keja pon nk kena ckp...ya allah!!ada x org yg dtg mcm apa yg aku bygkn...mesti x bykkn...so dlm 10 mesti ada 1..sy mmg x suka nk buang masa ni..byk keja nk buat...yg penting doa x putus..supaya ada yg mask meminang n bercinta selepas kawin...sekian..

    BalasPadam
  106. Nice man....penulisan kau sanggat bermanfaat...trima kasih

    BalasPadam
  107. Nak tanya,kalau diorang suka sama suka and masing2 dah confess each other lepastu panggil panggilan macam sayang ke apa ke. Tapi tak couple & tak pernah lah buat benda tak senonoh. Kadang2 lelaki tu ada mintak gambar perempuan tu tapi bukan yg freehair ke gambar tak elok ke. Gambar bertudung elok lah yg macam buat dp kat fb ke apa. Macam mana tu ?

    BalasPadam
  108. Salam mr. K,saya ada suka someone ni. Saya suka dengar suara dia sebab comel and bak kata orang cairlah katanya. Dikira haram ke ?

    BalasPadam
  109. Sangat perghh!!! layan la bca ni...tapi aku lgsung x terasa la sbb aku single lagi lalalalala aku masih dpt hidup gembira tanpa kehadiran cinta dr seorg wanita. Mungkin lama lagi kot utk aku jumpa jodoh aku....

    BalasPadam
  110. Mr. K kalau kapel tapi jaga batas2 pergaulan dikira haram ke?

    BalasPadam
  111. Aq bercouple tpi tk prnah jumpe dn tkde no. Fon dy . .haram ke ? Haa

    BalasPadam
  112. pengetahuan yang amat berguna. terima kasih..

    BalasPadam
  113. Dude thanks alot.

    Okay yg kata cinta sesame manusia itu buat kita lupakan Allah. Hurmm tu cinta sbb nafsu.
    Bercinta lah beria mana pon kalau hati kau tahu dan kenal Allah. Kau x kan lari jauh. Malah mengingatkan lagi si dia akan Allah. That sweet? Ya I guess. Aku sokong bro ni.

    Jgn jd pathethic. Kalau kau terlalu taksub akan agama. Knpe kau boleh berjalan di mall sambil kiri kanan ad prmpuan melintas free hair yg kau x knal? Fikir mybe.

    BalasPadam
  114. Tension tau bila benda yang kita percaya :'(.Tiba tiba jadi "sebaliknya" :/.Menyesal baca entry kau :3.Nk undur masa la B|.Menangis aku sebab tension sangat :V.Aku selalu gak "berdebat" sampai berminggu minggu gaduh ngan kawan 8).Kalau aku boleh delete kau dari otak aku :D.Comferm aku buat :P

    BalasPadam
  115. Asalamualaikum... saya ada satu soalan... dan bnda nie dah lama sy bermain di kepala sy... sy ada suka pada seorang gadis... tpi sy x berani nak meluah kat dia... sy cma suka dalam diam... dan sy segan untuk bcakap dgan gadis tu... Sy x nk couple mcm sstegah org yg skadr cinta monyet... bila sy lihat gadis tu bt kali pertama sy hanya terfikir sy nk cinta yg halal dan hingga ke akhir hayat.. sy cma mmpu beri sesuatu dlam bntuk hadiah shaja... tpi tu pn mlalui kwannya.. n then apa yg berlaku gadis tu sma mcm sy... dia pn suka dlam diam... mean msing2 fham suka sma suka tnpa nk meluah... tpi bila sy rindu kn dia sy cma chat dgan dia... tpi x da bgtw kata2 mnis mcm mluah nk bgtw rndu kat dia... cma sembang syakat tnya khabar dan tnya bgaimana prjalanan khidupan dia... Sy x pernah bwa dia brjmpa.. bila lalu dpan dia pn sy cma bt x tw sbb malu kat dia.. cma sy nk tnya adakah salah sy berchat dgan dia..?

    BalasPadam
  116. Assalamualaikum . Sebenarnya saya masih tak faham . Adakah bercinta itu Haram Sebenarnya? Saya dapat membezakan antara couple Dan bercinta cuma saya dah baca banyak Kali still tak tahu Adakah bercinta itu haram?

    BalasPadam
  117. Assalamualaikum . Sebenarnya saya masih tak faham . Adakah bercinta itu Haram Sebenarnya? Saya dapat membezakan antara couple Dan bercinta cuma saya dah baca banyak Kali still tak tahu Adakah bercinta itu haram?

    BalasPadam
  118. Kalau lah kan kita bercinta and niat nak kahwin tu ade adakah tu haram? Saya bukan maksudkan sebagai pegang tangan atau bende bukan bukan just kitorang ni memang sayang memasing and memgaharapkan dapat bersama sampai ke tua and kalau korang rase lelaki yang selalu curang well aku ni laki so memang saya nak kahwin dengan die serta niat saya memang betul nak kahwin

    BalasPadam
  119. Kalau lah kan kita bercinta and niat nak kahwin tu ade adakah tu haram? Saya bukan maksudkan sebagai pegang tangan atau bende bukan bukan just kitorang ni memang sayang memasing and memgaharapkan dapat bersama sampai ke tua and kalau korang rase lelaki yang selalu curang well aku ni laki so memang saya nak kahwin dengan die serta niat saya memang betul nak kahwin

    BalasPadam
  120. Assalamualaikum..jgn kuarkn hukum ikut akal..tu je komen saya

    BalasPadam
  121. Terima kasih banyak2 sebab memberi ilmu tentang couple dan cinta baru aku tahu selama ni selepas mambaca entry ni

    BalasPadam
  122. Ingat Allah, Jaga Batas.👌ckup.
    Kau Silap, Kau Siap.☝

    BalasPadam
  123. Ingat Allah, Jaga Batas.👌ckup.
    Kau Silap, Kau Siap.☝

    BalasPadam
  124. Ingatlah, ilmu yang baik itu adalah untuk difahami dan diajar, bukan untuk memanipulasi sesuatu benda.
    Apalagi dalam Agama.

    benda yang saya ingin persoalkan.

    Mengapa perlu melawan perintah Allah SWT yang amat jelas dalam al Quran?
    "Dan janganlah kamu MENDEKATI ZINA".

    Couple itu menuju kepada apa, tentu semua mampu fikir.

    Dalam rukun iman.
    Percaya pada Qada dan Qadar.

    Apakah kita tidak percaya pada ketentuan Nya hingga perlu melakukan sesuatu yang jelas haram?

    Dalam bab ikthilat lelaki/wanita.
    Wajib menundukkan pandangan dari melihat sesuatu yang haram.

    adakah orang yang bercouple tidak memandang satu sama lain?

    Rasanya semua soalan di atas itu, jawapannya ada pada diri masing masing.

    Sampaikan kebenaran walaupun pahit

    BalasPadam
  125. I like this blog so much..thank you for the info

    BalasPadam
  126. The most perfect explanations i ever seen. Thanks bro...

    BalasPadam
  127. HANYA DI QQ96ACE .ONLINE
    WhatsApp : +62 823 6229 3153
    * Bonus newmember 200%
    * Cashback PARLAY 100%
    * Bonus Harian 20%
    * Minimal Deposit Rp25.000
    * Semua Game Bisa Dimainkan di PC/Android/IOS
    * 24 Jam Customer Service

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.