Friday, December 16, 2011

Declaration of Hukum Haram : Beza Antara Couple dan Bercinta.

Assalamualaikum


Aku dah pernah tulis pasal hukum bercouple ni dulu-dulu. Korang boleh rujuk kat Entri Pertama, Entri Ke-2 dan Entri Ending. Dan macam biasalah, kalau korang nak komen, sila baca dulu apa yang aku nak tulis. Kalau tak, awal-awal aku dah cantas.

Dan kalau korang perasan, aku ada banyak kali larang perempuan fall untuk lelaki sampai kan ramai pelik sambil bertanya:

"Mr. K, kau banyak tak setuju kalau perempuan bercouple dengan lelaki sebab lelaki tak boleh dipercayai. Dan kau banyak menentang couple dalam entry Islamik kau. Tapi kenapa entry-entry lain kau banyak pasal love-love? Bukan ke bercouple tu haram?"

Kalau korang tengok entry di blog aku ni, memang obvious sangat lah yang aku banyak bercakap pasal love. Banyak bercakap pasal relationship. Dan bila masuk bab relationship, mesti ada orang yang komen pasal:

"Tak payah buat semua tu. Baik bercinta selepas kahwin je. Baru lah halal. Benda haram macam ni tak lama."

Komen macam komen kat atas kadang-kadang buat aku geram. So, sebab itu lah aku keluarkan entry ni.


Actuallya, aku dah banyak kali bertukar-tukar pendapat dan berdebat dengan orang-orang di Facebook tentang hukum sebenar bercouple. For the time being, couple dan cinta adalah sama bagi aku. Dan entah kenapa, di satu malam yang hening, aku terfikir. Apa sebenarnya couple tu?

And then, somehow itu membuatkan aku perasan yang "Ada beza ke antara couple dan cinta?"

The real thing about couple.
Sebenarnya, couple ni bukan perkataan dah. Kalau dari segi English, "Couple" bermaksud "A pair" or "Satu pasangan" yang merujuk kepada "Dua". "Satu pasangan" dan "Dua" dalam kes ini adalah berdua-duaan. And sekarang, Couple adalah istilah. Istilah yang bermaksud seseorang yang berdua-duaan dan melakukan benda haram. Itu lah couple dan ianya adalah haram of course.

But, not as bercinta.


Bercinta is berbeza. Cuba korang bayangkan. Kau suka kat someone. Dia pun suka dekat kau. Dia tak confess dan kau pun tak confess. Tapi setiap hari kau BBM dengan dia. Yes, korang bercinta dah tu. So adakah ianya haram? If yes, why?

Ramai juga yang bertanya:

"Alaaaaah. Kalau bercinta. Mustahil lah tak pernah keluar berdua. Mustahil la tak pegang-pegang. Mustahil lah tak pernah duduk rapat-rapat dan hug-hug. Then mesti mintak gambar freehair kat awek kan?" 

For me, no. Not mustahil. Aku tak pernah keluar berdua dengan perempuan. Aku tak pernah sentuh kulit perempuan dengan sengaja dan bab duduk sambil hug-hugh tu lagi lah. Dan aku kalau boleh, aku tak nak pun girl yang aku sayang tunjukkan aurat dia kat lelaki lain. So yes, aku tak pernah pun mintak gambar-gambar perempuan lebih-lebih lagi gambar freehair. Everything is posible. Tak semua lelaki perangai dia buruk dan gila seks seperti ex korang.

How about this question?

"Dalam Islam kan ada kata jangan mendekati zina. Bercinta ni mendekatkan diri kau dengan zina"

Dalam banyak-banyak kawan lelaki aku, hanya dua orang yang dah pernah main perempuan. The rest of it, tak pernah. And yang dua orang tu bukan berzina dengan awek. Dia berzina dengan orang yang dia jumpa di kelab malam dan dengan kawan dia. Ya, dia berzina dengan kawan dia.

So, adakah kita nak letakkan sebagai berkawan itu juga haram just kerana boleh mendekati zina?

Antara soalan yang famous lagi.

"Kita cuba la tengok balik. Nasi tu halal atau haram? Halal kan? Tapi kalau ada secubit daging babi, mesti akan haram kan? Bergitu juga dengan bercinta. Kalau kau tak buat benda haram, orang lain akan buat kan? So better kita haramkan supaya tak ada orang pun yang akan buat."

Point untuk soalan di atas adalah betul. Tapi tak semuanya. Aku kasi contoh. Penggunaan Facebook dan Blog ni haram tak? Tak kan? Tapi ada je orang yang buat blog lucah serta Facebook lucah. Adakah itu menjadikannya haram secara keseluruhan? Look at Ulama Indonesia. Dieorang kumpulkan para ulama sebab nak bincangkan pasal keharaman Facebook. Katanya, di Facebook, ramai perempuan tertipu dengan lelaki dan ramai yang di culik serta di rogol berpunca dengan penggunaan Facebook. So, sebab itu lah diaorang nak keluarkan fatwa haramkan Facebook.


Konsep ni sama je dengan benda-benda lain. Dan fatwa itu kalau tak silap aku tak berjaya di keluarkan sebab katanya ianya adalah bergantung kepada individu masing-masing. Kalau dah guna Facebook untuk cari awek untuk diculik, confirm-comfirm lah haram. Tapi kalau guna Facebook untuk berdakwah, maka pahala lah untuk anda.

Begitu juga dengan cinta. Cinta tak haram. Yang haramnya adalah bila kita buat benda-benda yang tak senonoh ketika bercinta. Pegang sana, pegang sini. Maka, haram lah. Tapi kalau kita gunakan cinta tu sebagai medium mencari bakal ibu kepada anak kita, then apa masalahnya?

Well, korang mungkin akan berkata:

"Bercinta sebelum kahwin bukan sunnah Nabi."

Sunnah nabi kalau dibuat adalah sunat. Maksudnya kalau kau buat, kau dapat pahala. Kalau tak buat tak apa. Contohnya pakai celak dan pakai serban. Kalau kita tak pakai celak or pakai serban, adakah ianya berdosa? 

"Bercinta sebelum kahwin adalah style orang barat dan kafir."

Style orang barat tak menjadikannya haram. Banyak style orang barat dan kafir kita tiru. Pakai seluar dalam berbentuk segi tiga, makan guna garfu, berak secara duduk, membaca dari kiri ke kanan, menulis rumi dan sebagainya. Itu adalah style dan cara barat serta orang kafir. Adakah ianya berdosa? As long tidak bertentangan dengan Islam, then ianya tidak berdosa.

Dan masihkah korang ingat tentang entry aku yang ni? Ya, ini adalah budaya serta amalan Melayu ketika berkahwin. Dan ianya adalah berdosa. Kita asyik bercakap pasal budaya kafir dan barat serta dosa dieorang. Tapi look at us. Ramai dah tahu yang bersanding tu adalah dilarang dalam Islam tetapi kenapa kita still nak ikut budaya bersanding ni? Sebab ianya budaya tempatan dan bukannya budaya luar?


Korang mungkin akan kata lagi

"Alaaaa, walau kau jaga batas sekali pun, kau tetap akan rindu kat si dia kan? Kalau rindu kat someone tu, mesti terfikir nak buat seks kan? Tu dah jadi Zina hati sebab kau teringin nak buat seks." 

Cuba korang fikir balik. Ya, bayang kan. Kau rindu kat some seperti. "Alaaaa rindunya kat diaaaaa" And then what? Korang terus terbayang pasal seks? What the hell is that? Come on. You all gila sex or something? Seriously come on. Ada kena mengena ke rindu dengan seks? Rindu adalah perasaan yang tak boleh diungkai dan tak boleh dibuang macam tu je. Apa korang ingat nak hilangkan rindu kena buat seks?


Andaikata satu pasangan tu dah bertunang, then dia rindukan tunang dia. Adakah dia akan terus fikir pasal seks? So, dia kena buat seks dengan tunnag baru rindu tu hilang? See. Korang nampak tak betapa tak berkaitnya rindu dengan seks di sini?

Question tentang zina hati.


"Zina ada banyak jenis. Walaupun kau tak fikir pasal seks dan ianya tak berkaitan dengan seks, rindu tetap ada kan? Rindu tu haram sebab ianya Zina hati"


Aku rasa, aku dah banyak dah tulis pasal Zina Hati ni. Banyak-banyak sangat dah aku cakap pasal ni. Tapi masih ramai yang dok unkit pasal zina hati kat entri-entri aku. Dan dari dulu sampai sekarang gak aku tanya, mana korang dapat sumber yang kata rindu tu zina hati? Dari kitab bla-bla bla? Korang pernah tak check kitab tu wujud or tak? Kalau wujud, korang check tak hukum yang dinyatakan tu ada tak dalam kitab tu?

Well, kalau korang malas sangat nak pergi ke perpustakaan or mana-mana kedai untuk baca buku agama, korang bukak Google Book untuk baca buku-buku agama kat situ. Free je. Or, kalau korang malas teramat sangat, at least google lah sikit.

Website dan forum yang ada bercakap pasal beza Cinta dan Couple
Memahami Erti Couple dan Bercinta (Halaqah.net)
Cinta dan Couple Tak Sama
Beza Bercouple dan Bercinta (Ukhwah.com)
Hukum Bercinta (JAKIM)
Dan banyak lagi.

Untuk persoalan zina hati, aku kasi links di bawah:
Cinta dan Rindu dalam Islam
Jenis Zina Hati Mulut, Mata, Tangan (Saiful Islam + LeoKid)
Memahami Erti Sebenar Zina
Yes, zina ada hanya bila ianya datang nafsu.


So, which one of them adalah haram? These. Any of this akan menyebabkan haram
  • Berdua-duaan (Bercouple).
  • Duduk ramai-ramai tapi pegang-pegang lelaki perempuan.
  • Hari-hari buat SMS dan berbual lucah dengan pasangan sampaikan si lelaki terbayangkan yang bukan-bukan.
  • Si perempuan pakai baju kurung tapi ketat sampaikan si lelaki ternaik nafsu.
  • Kiss, ringan-ringan dan sebagainya.  
  • Mendengar perempuan menyanyi sampai menaikan nafsu lelaki. 
  • Macam-macam lagi.

Tak kisah la kalau korang dah bertunang ke, esok korang dah nak nikah ke, tapi as long kalau korang buat benda di atas, ianya adalah haram selagi tak kahwin. Ianya haram bukan untuk pasangan yang belum bertunang je malah yang dah bertunang sekali pun. Ianya haram untuk all, termasuk hubungan bersahabatan. But why only yang bercinta adalah to be blamed?

Korang mungkin akan berkata lagi. 

"Jodoh tu kan semua takdir. Kita buat apa sekali pun, kalau tak ada jodoh, tak guna juga."

Yup, apa yang korang cakap tu betul. But then, korang patut baca sini tentang Jodoh dan Takdir yang boleh diubah. Jangan semudah itu duduk depan laptop setiap hari main Angry Birds dan berharap akan ada orang masuk meminang.

Dan, andai kata kalau korang nak kata:

"Khairul, aku rasa penjelasan kau ni ada betul nya. Ada la sikit kot betulnya. Tapi kau perasan tak yang kau ni bercakap banyak guna logik akal?"

Sekarang ni, kita bukan bercakap pasal zat Allah dan perkara ghaib. So, kalau anda fikir yang Islam adalah agama yang tak logik langsung, korang boleh pergi ke SINI. Islam bukan agama logik akal semata-mata. Tapi hampir semua benda yang tertulis dalam syarak dan peraturan Islam ada logiknya. Kenapa ada malam seribu bulan, kenapa kita kena berpuasa, kenapa kita kena solat. Kenapa lelaki dapat harta peninggalan lebih, kenapa lelaki yang jadi Imam, kenapa kita tak boleh buat begitu dan kenapa kita tak boleh buat begini. Ada sebab kenapa Islam melarang. Islam bukan melarang dengan sesuka hati.


Aku tak galakkan korang bercinta. Aku memang tak galakkan langsung korang untuk bercinta sebab korang yang baca entri aku sekarang kebanyakanya adalah perempuan. And sorry to say, perempuan biasanya IQ rendah bila bercinta. Nak bercinta, tapi terpikat kat lelaki yang bad boy. Lelaki yang jahat. Lelaki tu pulak mintak bukan-bukan. Korang pulak, atas demi sayang, main kasi je. Gambar tak pakai baju lah. Video selepas mandi lah. Dan benda-benda macam ni lah yang contribute kepada punca kenapa orang kata bercinta tu haram.

If you girls tak berkahwin lagi tapi dah pernah tunjukkan body korang kat lelaki, then you are plain stupid. Well, aku bet yang lelaki tu dah lari dengan perempuan lain kan? See, told you. You are just plain stupid.

Kalau kau pergi ke Ustaz A, dia mungkin akan kata bercinta itu haram. Kalau kau pergi ke Ustaz B. Dia mungkin akan kata bercinta tu tak haram. Sebab itu lah korang jangan stick dengan satu pihak je. Kaji sendiri. Kalau ada 10 ustaz, rujuk 10 ustaz tu. Kalau 1 ustaz kata haram tapi 9 lagi kata tak haram, then, kenapa nak lean on that one?

Bercinta lepas kahwin is good. Very good. Tapi make it as bercinta sebelum kahwin adalah haram adalah not a really good idea. 

UPDATE : USTAZ Asri (Dr MAZA) - Bercinta tidak haram.



103 Comments:

Syafiq Ahadin said...

I like sooooo much! Hehe! Terima kasih Mr. K! Hehe! Saya pun ada bincang pasal ni. Hehe! Pasal Bila berbicara Bab Cinta.

Anonymous said...

Apit mesti terkedu baca artikel ni.

Eein Azryn said...

bercinta2 jugak tapi kena la jaga batas ye? :)

❤nadiah.rahim❤ said...

terbaik lah mr k..:)

D-SIM said...

lean to that one sbb nk jage hubungan dgn Allah, rather than ikot majority..manusia boleh berdalil, yg sbnrny tahu hanya DIA..

ada komen ustaz azhar, tengok awek pakai tudung labuh pun haram, kena jaga pandangan.. kalau simpan gambar awek pun haram, xkira lah bertudung ke tak. lets say..fitnah itu terbuka luas once step in zaman bercinta.

Anonymous said...

https://www.facebook.com/note.php?note_id=2202426305599

https://www.facebook.com/note.php?note_id=2205848271146

https://www.facebook.com/note.php?note_id=2293560383894

khairul, kau penah bca semua ni?
just utk rujukan kau. kalau kau dah baca, abaikan. aku bukan nak bidas kau. aku sokong kau.

amoi ^^v said...

Ohkay entry menarik pagi-pagi hari.
Btw, baru tau beza antara bercouple dan bercinta. Thanks for your info Mr.K! :)

Clara said...

abg sya pown bercinta but tak pernah buat semua tu mgkn sbb dia dgn psngan dia skul agama dlu.

kalau text pown bukan cakap psl rndu and semua tu, lebih kpd cara kwn2.

Dia kata, dia bercinta untuk berkahwin ^^

Cik Diana said...

thumbs up! nice entry. dpt infO.
beza antara bercinta n bercOuple. dpt ilmu baru. :)

Aezudin said...

nothing more than i totally agree..

fatinsyaz said...

Salam.. senior Khai, great entri la..
thnx 4 ur info
moga ada mnfaatnya kelak..

Red said...

K, macamana kau nak counter 'orang yang stick pada imam A tu' bila dia cakap. semua orang ada akal, boleh fikir sendiri? seolah olah macam masih tak nak terima kenyataan?

Ruzzezanie said...

Salam..

bercinta itu tak salah kalau kita ikut takrifan yang betul iaitu berkongsi perasaan macam diperkatakan. saling meyayangi dan menghormati itu adalah cinta.bila kita bercinta haruslah letakkan penghormatan itu sebagai yg utama. bukan kesetiaan macam yang digembar gemburkan selalunya. bila kita menghormati pasangan kita, tentu kita takkan dekatkan dia dengan zina.berkongsi rasa hati itu tak salah andai masih atas landasan yang betul. bukan semua yang berkasih sayang tu menunjukkan sayang secara terangan. ada yang masih segan silu mengaku sayang walau hati sudah terpaut.kalau kita mahu pasangan kita dari golongan yang baik, kita sendiri perlu jadikan diri kita pemimpin yang baik kan saudara? salah satu ciri kepimpinan utama adalah mampu mengawal emosi dan akal. bukan mengawal rentak hati dan bertimbang tara apa terlintas di akal. menjadi seorang lelaki yang mampu menjadi imam di tikar sembahyang dan bukan hanya lelaki yang mampu menyejukkan hati pasangan yang panas. bdw, thanx untuk entri ini. :)


* semoga Allah kurniakan kepada kamu jodoh yang baik. main. :)

Anonymous said...

http://pearlslife.blogspot.com/2011/05/couple-bukan-zina-untuk-mmahami-erti.html

detail tentang hukum couple.

NiaLidia. said...

nice one. yang paling tak boleh blah pasal rindu dengan seks tuu. sooo unmatured lah siapa yang kata. hahahah lawak betul.

entry ni bagus gila , share eh.

azlia aziz said...

nice entry Mr K!!! jelas dah pasal beza couple n bercinta :) good job

TwiggyLiyana said...

ok wow. this is SO complicated. Sebaik dah kawen. heheheheh. Halal!

Kamil Kahar said...

entry terbaik yg pernah aku terbaca...tahniah bro...

i couldnt agree any point dlm entry nie...

semuanya disampaikan dgn begitu jelas dan sangat2 matang...

aku puas hati giler baca entry nie...tahniah skali lg bro...

syaiful said...

saya setuju dengan pendapat awak....sebab saya pun ada berfikir sedemikian rupa jugak... =]

Az Meeda said...

yang penting niat di hati ...

AmalinaRazif said...

like this very much...totally and definitely pros and agree to Mr.K...hehe :)

Miziey said...

Peh! tetiba guwa ambik serius entri nih. Nice entry btw.

PeJuAnG CinTa said...

aku lelaki ~ dAN aku setuju dengan ko... well ~ nice entry !!!

miss young said...

betul..sebab ISLAM itu MUDAH

iris hunny said...

yeah ..there u go mr K..
good entry..
org yang selalu melabelkan itu ini haram tanpa rujukan yg sahih adelah org yg berfikir guna lutut..sorry to say..

cinta itu indah..tapi kalau keindahan itu dicemari, maka pudarlah keindahan..

for girls out there yg sedang "bodoh" kerana bercinta, wake up..time to change..cari cinta dgn keredhaan Allah..lelaki yg baik mmg sukar dijumpai sekarang ni..so berhati-hatilah ..


mr. k..keep writing..=)

iris, mencari cinta yg diredhai..

Sempoi-senpai said...

bercinta itu boleh. tapi bercinta lah kerana Allah. dan jangan sesekali biarkan cinta kepada kekasih melebihi cinta kepada tuhan.

meaning to say, klo kekasih mintak gmbr, ajak p hotel or jenjalan mlm2, elakkan la. klo dia bleh wat camtu kt korg, bmaksud dia juga bleh wat kt org lain. u r nothing special for him. x payah bcinta bagai nak rak, korg bknnya ada ikatan pape lg pun. even dh btunang pun still everything terbatas..

bg aku, bcinta sblm kawen ni karut (tp x bmaksud salah utk mcari). sbb yg aku nmpk bnyk couple, clash, couple, clash, couple, clash. last skali kawen dgn org lain. hampeh!

EKIN said...

even panjang gila babi entry ni. baca sampai habes jugak. terbaik mr.K . so becinta memang tak haram la i betul landasannya.. suka opinion u mr.K :)

smoochiee_poo said...

Dorg tafsirkan BERCINTA tu mcm COUPLE sbb tu lah mcmtu soalan2 nye... BTW, saya tgh BERCINTA ni... berkongsi perasaan dgn org yang baik akhlaknya tetapi kami TIDAK BERCOUPLE sbb dia kata HARAM dan saya faham... jadi ini suci kan hubungan ni?

confessionofafriend.blogspot.com said...

(Y)thumbs up for abg K :)

shuhada ibrahim said...

nice words :)
betull bercinta tow ta haram . even lecture tamadun aku pown ade ckp gakk perasaan dicintai dan mencintai or berkaseh sayang tow lumrah manusia :) so kita mmg ta bole deny perasaan tow . ape pown yg jd semuanya berbalik kepada perbuatan kita :)

si ngokngek said...

wah,tiptop..
aku sayang mr.k...haha

MuHaMmAd NuUr HiDaYat.. said...

"Style orang barat tak menjadikannya haram"

aq minat ayat ni..btul..FYI,org barat sana pun ade org Islam..jgn lupa..x kan la org Islam kat sana nak pakai mcm org timur??....bg aku,selagi tidak membuka aurat tidak haram..aurat tu harus dijaga..bkn utk ditayang-tayangkan...

denana said...

wow! entry yang menarik..first time komen sini..slama ni malas nk drop komen..suke3
thumbs up !

cik jiehah シ said...

"perempuan biasanya IQ rendah bila bercinta"

based on girls around me , i think so. aku harap IQ aku tak serendah tu nk buat benda2 bodoh tu . Build a relationship necessarily have to sacrifice the dignity .

tengku93 said...

mr k... great! yup... semua benda yang islam dah tetapkn ade hikmahnye... cume kite je yg xnmpk or buat2 xnmpk.. heheh...

=)

Cytah Lovicry said...

info terbaik !!

cikpia said...

nicely written.... two thumbs up!

blogqist said...

dis is so called the other khairul. so many parts r in u. just hv a thought dat u'll bcome an ustaz. haha. btw, i hope dis entry can help others to understand. awesome khairul :D

aku HaniAsyira said...

bercinta kerna mahu mencari pasangan hidup bukan sebab suker2 je kan.. macam tu baru diredhai Allah.. =)

JerryZairie said...

http://www.youtube.com/watch?v=PsLTDW8ws_Q

Cuba ini :)

Mr K said...

@Anonymous 6:58 - Siapa Apit tu?

@Eein - Jaga batas tu la yang paling penting.

@D-Sim - Yang tahu hanya dia dan bukannya that lean one.

@Anonymous 7:13 - Dah baca facebook note tu. Most of them adalah cerita seperti cerpen yang ditulis sendiri. Bukan dari mana-mana.

@Red - Nothing we can do about that. Aku tak pasti kenapa dia nak sangat mengharam kan benda ni. Maybe dia ada kisah silam yang ex dia.

@Ruzzezanie - Aminn. :)

@TwingglyLiyana - Mana aci kahwin awal. Jelesnyaaa.

@Kamil - Welcome bro.

@Irus - Everybody does.

@Smochie - Who knows. Ask yourself.

@Nuur Hidayat - Good point.

@Blogqiest - No way aku akan jadi ustaz. -,-

dan radhi said...

wow.. nice work bro.. time semester break nie betul2 buat homework pasal isu nie.. (result dah nak keluar kan)

Maher said...

mantap bro. ko memang menulis artikel dengan sistematik. yup, first thing yang kena buat adalah define betul2 apa tu bercinta, apa itu kapel. Siapa boleh halang perasaan cinta yang develop tiba2? tapi kapel, ugh...(kapel=berdua2an) adalah sesuatu yang haram. aku harap dgn artikel ko ni semua org mnjauhi kapel, esp perempuan. Dan ianya meluat sebenarnya bila lelaki atau perempuan citer psl balak atau awek masing2...its so feel like diorg tgh borak pasal barang...dan bukannya perasaan cinta.


ap2 pun ak stuju dgn sluruh artikel ko ni. cuma ak teringat artikel ko psl takdir tu je. ada yg tk kena.

MissVanilla said...

entry terbaik mr.k ko mmg hebat. bnyk pengajaran yg aq boleh dpt dari entry ni.

zaty said...

bab cinta ni mmg tak habis kalau dibincangkan. . olahan yg menarik.thanks jugak for the links. :)

Masitah Harun said...

Nice entry..
Semua keadaan yang bermain dngn perasaan, nafsu dan hati nie sebenrnya bergantung pada diri sendiri. Kita siapa yang kita tentukan.
It takes two to tango..

Keep it up!!..

Aflina Affandi said...

penjelasan yang details . nice entry

mummy_icha said...

...mcm jwb soalan assignment... :-D

Manusia Biasa said...

agree with ur statement. thumbs up! (Y)

joegrimjow said...

Actuallya

nur choki choki said...

mr K. bape lama hg type sumer ni??
hebak betei lah....

keyha azkiya said...

A very thoughtful & well-written post. keep it up!

Aishah Irdina said...

mr.K you are so good bab nie. so damn true. :))

Solihin Zubir said...

sejak kebelakangan ni smakin byk pndgn yg keluar tentang hukum bercinta dan bercouple ni.. smpai aku un dh jd keliru n sangsi dgn pendirian aku sebelum ni..

rmai jugak yg request mintak aku jelaskan psal ni.. sbb rmai yg keliru dan salah faham.. mmg tgh nk buat research n study balik psal ni.. last2, hang dah explain dlu psal ni..

terungkai jugak segala kekeliruan.. terbaeklah.. xpyh susah2 aku nk up entry dah.. juz suruh diorg bca entry ni je..

rekbing said...

saya angkat 4 ibu jari lah camni :)

Puteri Iqa Izyan said...

serius panjang gile entri. berpinor mate nak bace ^_^

tapi entri ni bagus ^_^
untuk mereka yang bercouple dan jugak yang bercinta =)

sicomot-comel said...

well..

kalau diikukan,zaman sekarang dah payah nak percaya kepada 'cinta selepas kahwin' sebab,,manusia akhir zaman ni kebanyakannya bertopeng-topeng..

Even orang yang kite dah kenal bertahun-tahun pun ade something small and evil yang kite tak tahu,apatah lagi yang kite tak kenal.

Tapi,kalau parents dah kenal btul dengan bakal pasangan serta familinya,terima je lah kalau itu yang terbaik.. =)

Kalau tak,kenalah usaha sendiri

MinahSpekMerah said...

salam mr. K.
xtau r ko nk caye ke x, tp ak xpernah kapel. ad y datang mengayat, tp setiap kali mereka ajk kua, ak rsa mcm ak xpatut kua dgn mereka. klo kua pon, bila balik tah knp ak rsa bersalah dgn diri sendiri. aku rasa macam jahat. maka, xpernah ld ak kua berdua dgn laki lebih dri 2 kali. 2 kali 2 paling byk r tu. aku xtahu knp ak sentiasa ad perasaan xselesa dn xbest bila ad laki ajk kua berdua. sentiasa.
dn ini membuatkan ak pelik cm mana kwn2 aku bole kua dengan lelaki berdua, senang2 je. ajk je, terus kua. padahal bukan bf dia pon. ak xpaham. smpi skang ak xpaham. lagi ak xpaham bila housemate aku y bertudung kantoi webcam ngn bf dia xpki tudung. y lgi sorg webcam ngn mamat mne tah, pki selendang jarang y bek xpayah pki sbb nmpk rmbut gak.

ak seyus xpernah kapel. tp ak pernah bercinta.indah perasaan bercinta 2.xmcm perasaan bila ad mamat y ttbe ajk aku kua buka pose sesama.

khairunnisa izahar said...

best!! thumbs up bro!

nik nurhidayah said...

yess...dah terjawab segala2 nya..i love this entry soooooooo much...thanks mr k

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah said...

bagusnya kau buat research segala bagai ni. haha.

Eena Arrina said...

well.kali ni tak komen bnyk..sbb aapa yang kau ckp tu semua btul :)

nedd said...

yes, letak kan satu jurang besar pemisah antara istilah bercinta dan couple.

misz aisya said...

good job mr k!

setuju bila kau ckp perempuan IQ rndh bila bercinta. sbb syg, semua sanggup gadaikan. dan sbb tu lelaki suka ambil kesempatan.

as for me sng je. kalau tak ikhlas sygkan seseorang dan takde niat utk kahwin, baik jgn kapel.

aku mmg pntang btul org yg main2 dlm cinta ni. entah ape2.

HardiskHifni said...

gosh, nice. :)

Ayuni said...

a very good, crystal clear explanation! Hm, adder yg siap dh kawin n kutuk yg bercinta sblm kawin tp kn cukup setuju yg bercinta x salah, perlakuan yg mendorong kearah maksiat tu salah...

Siti Nuraishah said...

Kalau kau pergi ke Ustaz A, dia mungkin akan kata bercinta itu haram. Kalau kau pergi ke Ustaz B. Dia mungkin akan kata bercinta tu tak haram. Sebab itu lah korang jangan stick dengan satu pihak je. Kaji sendiri. Kalau ada 10 ustaz, rujuk 10 ustaz tu. Kalau 1 ustaz kata haram tapi 9 lagi kata tak haram, then, kenapa nak lean on that one?

#just the same like what my father told me. btw, research yang amat memberangsangkan. sy suka penulisan anda, mr.k. :)

Adyb said...

AWESOME! Nak copy dekat blog ofcourse linked back to your blog tautau :)

chocholatecake said...

salam wbt ..
Alhamdulillah perkongsian yang sangat menarik . menambahkan lagi ilmu pengetahuan .. nice.. dapat beri penjelasan kepada orang yang agak kurang faham perbezaan antara couple dan bercinta .. keep it up boy ... :)

Along Tapa said...

Beb...yang couple tu, maksudnya "a group of two or three"..bukannya one or two..haha....

secara keseluruhan, aku boleh cakap yang berendut tu tak salah...yang salah ialah berendek...tapi dah jadik kebiasaan...ramai yang suka berlagak sufi dalam hidup...nak buat cemana...

Mizwar Azmi said...

alamak terhantar comment pkai account adk. ow patutla ak x de google account. hm nk sgt kenal blogger nh.
:'(

Nazirul Mubin said...

Alhamdulillah.. Tuhan dah jawab soalan aku melalui kau bro.. Semalaman aku fikir dan banyak kali aku fikir bercinta dan couple tak sama! Dan apa yang kau tulis, kau memang hebat

naziyatul fatihah said...

suka dengan entry nie :)

thank you

bell ahmad said...

salam en.khairul... mostly rasanya memang majoriti girls yg banyak bace entry awak... termasukla saya salah seorang darinya.... nak cakap... penulisan blog ni banyak pengaruhnya kat saya... support positif dari saya... teruskanlah dengan entry... yg positif... amin alhamdulilah... pandangan yg bernas utk dikongsi... t.q

tieha ismail said...

thanx so much sebab brkongsi apa yang patut...banyak kot aku dapat ilmu ...

dya said...

the best explanation...

haikal blank said...

prinsip kena kuat bila bercinta. Kalau lemah, jangan bercinta. Kalau degil bercinta, jangan menangis salahkan orang lain.

Balqis Riza said...

tl ; dr

Terbang Bersamaku said...

yup, setuju dgn entry nie..
cinta tue tak salah tapi manusia yg bercinta tue yg salah, sbb buat benda yg bukan2..jadi jgn salahkn cinta, salahkan diri sendiri yg tak tahu menilai erti cinta..

fatindba said...

salam..brother khairul sy sbenarnya stuju dgn post awk yg ni tapi ditakdirkan Allah terjumpa kt utube bberapa minit lepas.ce tgok n its nice if i can hv ur feedbck after listng to the vdeo=)
http://www.youtube.com/watch?v=PsLTDW8ws_Q&feature=endscreen&NR=1

Gadis Pantai Timur said...

indahnya kalau bercinta ikut syariat...

http://sweetgurlz11.blogspot.com/2011/12/kembara-ilmufinal-solehah-2011.html

jannah latif said...

wow! penjelasan yg mendalam.. sgt2 berguna.. :)

zafirah azmi said...

SUPERLIKE!! :D mr k,sy pn org kuantan ! hihi

Anonymous said...

nice entry=)

elqebteeyah said...

HADIS 6
صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ صلى الله عليه
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ كثير
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ كالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَ وإنّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ
الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.خ

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang
jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang
kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara
yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.

Faham hadis ni?? Rasulullah nk kate kt sni benda2 yg syubhah(samar2) baik dielakkan u elakkan diri dari buat dosa.syubhah akan berlaku dalam ibadah dan muamalah.orang yg tinggal kan syubhah dia ada sifat wara'= SEMPURNA IMAN

Conclusion: kalau da rase couple tu kejap boleh kejap x boleh, kejap hharam kejap halal, the best way tinggalkan lah ia.

Fikir2 kan :)

unidentified said...

seems that a lot of people do read your blog

dan adalah sgt bahaya bila org menjadikan ia `fatwa`

sunnah bukan sunnat.so wrong.sunnah ialah apa yg nabi buat.and most of it is not sunat
dr istilah ini pun anda sudah salah.

how come u can write something like this bro?
akan makin bercambah la couple islamik yg sbnrnye mmg xde pun dalam islam..

just a 2cent for u.may ALLAH bless=)

Mr K said...

@Unidentified - Obviously, you did not read at all.

Qasehsuci said...

thank! slama ny aku sndri compius sngt2 hal ny.. :( trlalu bnyk pndptyg ak dngr....

Qasehsuci said...

thank! slama ny aku sndri compius sngt2 hal ny.. :( trlalu bnyk pndptyg ak dngr....

aisyah amna said...

i totally agree with this entry...
first time i read a very meaningful entry about couple and bercinta...
i'm agree with this article doesn't mean right after this i will be pairing with someone or bla..bla..bla..
i'm pretty sure too that almost people who agreed with this entry doesn't tend to do that...
if a person really understand what this entry's about...they will absolutely not "bercouple".
thank you mr.K...

Anonymous said...

Got to admit that this blog really does makes me like and hate you at the same time..well, dont get me wrong, i like and hate your writing not you..i just want to highlight about the topic 'zat Allah, puasa and sebagainyer' that you touched a bit, well, my ADVICE is be careful of what you say, this religious view are sensitive and saying the wrong thing(even sometimes without meaning it)will effect you, and god knows, probably the people reading it..so might as well you be cautious, there is always a reason for everything Allah ordered us to do, if you really do some research carefully i dared to bet that you will understand why is it so..You must also understand, that the knowledge Allah holds is not even the closest to tiny of what the knowledge all human being possessed in this beautiful world..btw, use more(suitable)words when writing, i know you're an open-minded person, i am so too, but if you're gonna talk about religious view or give people advice, show the tenderness in it (even if its not)..for tenderness touch the heart and heals the pain.. :)p/s:this is a sincere advice which opens you to the option of accepting or declining my view.. :)

fendi said...

kenapa islam haramkan judi.? adakah ia tiada langsung kebaikan dalam judi itu? huhuhu.. tidak dinafikan ada kebaikan dalam judi tapi keburukannya lebih besar dan banyak jadi ia jatuh kepada haram. takut ramai pula berfatwakan artikel ni maka bercambahlah "couple islamik". islam bertindak menutup sesuatu sebelum terjadinya sesuatu. berbicara dalam isu nafsu. nafsu itu tidak dpt dikawal. andai kata hari ni mampu untuk kita mengawal hari esok mungkinkah kita dpt kawal nafsu kita. nafsu dipandu oleh iman. andai kata iman itu lemah maka kuatlah nafsu kepada benda yg buruk. syaitan membuatkan kita memandang baik perbuatan kita. berapa ramai yg bersekolah agama dan yg paham syariat agama keluar berduaan? mungkin dipermulaan cinta mereka tiada istilah keluar berduaan. tapi lambat-laun timbulkan panggilan sayang-honey-awak-saya. sudah mula menghalalkan berjumpa tanpa ditemani mahram. dan mula makan sama2. keluar sama2. huhu..

peace. masing2 ada pendapat masing2. ini pendapat sy. mungkin berbeza dgn yg lain.

Anonymous said...

nice...
bnyk pndpt tentg topik subjektif...
semuanya bgntg pd diri sdr...
am i rght?? :)

Anonymous said...

http://videotarbawi.blogspot.com/2011/12/forum-cafe-cinta-fatimah-syarha.html

brhati-hati dlm mmberikan pndapat

cOcoOn said...

taaruf la..2 y di syor kn dlm Islam..b'kenal-kenalan tp mengikut syariat..bkn msj y bukan2..mmg jodoh xkan dtg bergolek pn..ckup msg2 tahu akn prsaan msg2..bermadu kasih plk lps kwen..nice entry..=)..byk pyldikan y anda buat..kita mmg xbleyh gne mklmt dri 1 unsur je..

Yassin said...

Bayangkan sepuluh ribu orang baca entri neh, lepas tu teruskan dengan acara berpasangan mereka. Sedangkan ini syubhah, banyak pertelagahan ulama. Habis...

Anyway, baik atau buruk natijah entri neh: Allah lebih tahu. Terima kasih sebab berfikir dan mengkaji dalam-dalam berkenaan isu neh.

srikandi cinta said...

sangat setuju.. cinta tak haram pun, tapi cara kita menunjukkan rasa cinta tu yg haram..for example, couple. couple tu adalah salah satu cara kita menunjukkan rasa cinta kepada si dia. couple ni haram sebab berlakunya pertemuan antara dua pasang kekasih yg akhirnya boleh membawa kepada zina. @ dating. dann, bukan dating je haram.. actually, kalau kita call dia pon boleh jatuh haram. even kadang2 niat kita baik, call dia just tanya khabar, tapi syaitan tu lagi hebat maha dahsyat.kita manusia biasa ni kadang2 mudah terikut dgn bisikan syaitan, dgr suara awek kat phone pon dh boleh jadi angau,. pastu, mulalah asyik teringatkan dia sampai terbawak-bawak dlm mimpi sampai lupakan ALLAh.. sebab tu la haram.

sebenarnya, tak la haram pun bercinta. tapi, yg ustaz2 duk kata haram ni sebab ramai budak2 melayu islam kita skrg, bila bercinta mudah buat maksiat. so, that's why ustaz2 duk kata cinta tu haram, diorg nak elakkan kita2 drpd bercinta sbb diorang tahu, iman kita ni cuma senipis kulit bawang. mudah termakan pujuk rayu syaitan, so yang tak haram pun boleh jadi haram sebab kita leka dengan cinta. lagi2 zaman sekarang, ramai sgt yg gila seks, so lagilah parah

Anonymous said...

jangan hampiri perkara yang boleh mendatangkan dosa. tu je nasihat aku. btw, jangan buat orang rasa apa yang salah tu betul. kalo x, kau turut tersangkut dgn dosa-dosa dieorang. -hamba Allah yang hina.

hmm said...

Erm, one thing i dont quite get it. dh tu, ape yg ko maksudkan dgn 'bercinta' dlm entry nih, kalo bkn berkapel?

Aisyah Humairah said...

ade certain2 perkara yg boleh diagree dlm post yg ni.. Of course,, cinta is not haram.. its a fitrah.. but,,, once u fall for someone. we cant control our mind. most of the time akan ikut nafsu.... saya harap post awak ni xkan menyebabkn ramai couple islamik ana-anta kat luar nnti.. nk hujah tntg cinta ni bkn senang,, bkn hanya dgn a few post tntg cinta but it needs a feel focus to study it.. sebelum nak tahu cinta manusia,, kena kenal cinta Allah dulu.. nak rasa cinta Allah, kena kenal Allah dulu.. insyaAllah,, cinta kpd manusia akan lebih terjaga ~~

Cik Nurul said...

i like ur entry. double credit to Mr.K :)

Anonymous said...

0ne w0rd. .terbaex. .i like thiz article. .

nieyna_90 said...

http://www.nazrulnasir.blogspot.com/2009/06/bicara-tentang-rindu.html

link kat ats. bc lah..
pepun, sy setuju dgn pndapat hang.

kapel n cinta tak sama.

wslm

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.

 
Powered by Blogger