Sabtu, 7 November 2009

Kadang-kadang, Ianya Memang Begitu. Dan Begini.

Universal taste. Hehe

Aku makan malam di Restoran Dol Satay. Cik adik yang jadi pelayan tu cun gila. Tinggi umpama model, muka putih umpama salji. Bertudung umpama gadis melayu ke 4 terakhir. Boleh pasang yang ke empat ni, kata syaitan yang bertenggek di sebelah Atan. Syaitan tu tak berani bertenggek kat sebelah aku sebab nanti dia pasti terbakar.

Well, aku rasa pelayan tu pandang-pandang sambil jeling-jeling kat aku tadi. Jelingan dia boleh tahan. Agak boleh tahan lah kalau nak dibandingkan dengan pelayan kat Restoran Umi. Iras-iran pelayan ayu di restoran Chicken King. Dan jauh lagi cun dari gadis kat Restoran Rimbun dan Rendang.

Selepas membayar makanan dan saling menukar no telepon, aku pun blah sambil bawa 3 bungkusan untuk isteri dan kawan-kawan nya yang gedik.

On the way balik, otak aku sedang ligat berfikir tentang suasana di sekeliling aku. Keadaan yang berlaku setiap kali habis final exam.

But not always like that.

Aku tengok, rata-rata couple mesti keluar berdate bila habis final. Aku dah 3 sem. Satu date pun belum. Hais. "Jangan sampai yang di kejar tak dapat, yang dikendong berciciran" kata syaitan yang bertenggek di bahu kiri Atan. Dasar syaitan, tak habis-habis menghasut. Ada bau-bau perli dalam nasihat tu. Panas je aku dengar. Nak je aku bukak Ikim.fm kasi syaitan tu terbakar. Tapi aku takut member-member aku yang lain turut terbakar. Bukan apa, budak-budak rumah aku ni boleh tahan gak perangai syaitannya.

Aku masuk rumah, on lappy yang tengah hot. Bukak iTune, layan lagu Jazz. Norah Jones, Piano Bar. Norah ni, aku rasa aku dah jatuh cinta kat dia. Ya aku tahu dia tua. Tapi peduli apa aku. Cinta itu buta. Cinta tak kenal usia, darjat dan keturunan. Yang penting, cantik.

Sambil dengar lagu kat iTune, aku bukak handphone. Dah bertahun-tahun aku pakai handphone ni. Dah buruk sangat dah. Tapi tak pernah terfikir nak tukar baru sebab aku tengok member2 lelaki aku semua guna hendphone cikai-cikai and biasa-biasa. Golongan gadis-gadis je aku tgk nak pakai handphone baru-baru. Henfon je baru-baru and canggih, boyfriend tak ada juga. Mengada.

Without you, the sky always like this.

Aku duduk di luar rumah. Pandang ke langit. Tak ada bintang. Lalu aku terfikir;

"Mengapa perempuan kadang-kadang lagi ego berbanding lelaki? Dah suka tu, cakap la suka. Kan mudah. Boleh kita couple terus. Dia tak tahu ke aku ni lelaki yang amat setia lagi romantis? "

Comment Here

27 ulasan:

  1. ye kew? apsal member2 aku yg llki je pakai hp canggih2, kmi ni smua pakai yg top 2 3 thn yg lalu.. wakakaa

    BalasPadam
  2. meh nak ajo meh cara camne nak jadi laki romantik

    BalasPadam
  3. hurmm..jap..apsal org ske ckp cinte tu bute??cinte tade mate oiii..hahah

    BalasPadam
  4. jual mahal la dulu..
    nanti dikatakan desperate plak..
    sapelah permpuan y menolak gading bertuah tu..hehe!!

    semoga diperemukan jodoh dengan dia...amin3!!

    BalasPadam
  5. eee..gediknyaa...
    org pon ckp nisah ego..nisah ckp ex bf nisah yg ajar nisah jadi ego..sebab dulu lemah lembut gemalai sgt dia pijak kepala..
    tp ego yu ai xleyh lawan r..kwakwakwa

    BalasPadam
  6. moga pmpuan tu dpt memahami ape y ko nk wehh.. :D

    BalasPadam
  7. @Joe - Okay boss.

    @Dila - Tunggu Mega Sale eh.

    @Niesah - Eee.. Ingatkan lelaki je ada ego.

    @Rara - Cukup la aku yang memahami apa yang dia nak =)

    BalasPadam
  8. "Aku tau dia tengah baca apa yang aku tulis ni."

    ako suke ayat ni bro... ;)

    BalasPadam
  9. hahahaha...
    kamu selalu buat sya ketawa...

    siapakah dia ya.. sidia itu?!! :P

    BalasPadam
  10. lelaki sering anggap soal hati dn perasaan tuh bnde maen2..
    sbb tuh pompuan xkn trus confess klu dia suke or fall in luv with sumone..
    doesnt mean dat they're egois..

    BalasPadam
  11. haha,aku suke ko weyh!:P

    BalasPadam
  12. of koss~ la ade ego..x normal r xde ego khairul weyh..

    BalasPadam
  13. laki la kena bgtau dlu perasaan die..adeh..sllu nk tggu pmpn dlu..kang melepas die jugak yg meraung..mujur la sy yg bgtau dlu..hahaha

    BalasPadam
  14. ehhh...

    bukan sidia tue da ade pkwe ker?

    haha~

    ke aku yg slah information nie?

    BalasPadam
  15. @Anoy - Aku pun suka kau juga.

    @Mahirah/ Lubak pink - Ya dia dah ada Bf. So what.. Aku rampas je la. Apa susah. Aku mampu doe.. Hehehe

    BalasPadam
  16. Mr.K:
    HAHAHHA. jangan rampas gf orang. nanti Tuhan murka. :P

    memanglah belom jadi bini orang tapi Karma babe. what goes around comes around (sambil nyanyi2 ala Justin)

    :D been there,done that. penyesalan berkadar terus dengan regret!

    *peace*

    BalasPadam
  17. haha.. interesting!! suke bace blog macam nie. i put ur link eh.

    BalasPadam
  18. haha~

    xbaek nk rmps yg org punye nie..

    ish3.....

    truk btol la kau kerrrol

    BalasPadam
  19. haha..first skali aku nak ketawa..mmg benar..tak sume laki2 akan ego bile menghadapi situasi yang berkemungkinan akan merosakkan hubungan. ada sampai tahap ego laki tu di ketepikan dan maruah dia sebagai seorg laki2 di pijak2..

    peritnye..gadis mmg kejam ok.walaupun tak semua tp kebanyakan yg aku jumpa mmg begitu. salahnya suma pada laki2..yang betul hanya dia sorg.

    BalasPadam
  20. erm kekadang depa cuba utk jadi begini,kekadang cuba lupak jadi begitu.. maka jadi la begitu dan begini :-)

    BalasPadam
  21. bukan ego bang tapi pemalu..
    lelaki la yang kena mulakan..
    ahaks~

    BalasPadam
  22. bukan ego bro. die org cuma takut kena cop sbg cheapo. aku rasa jual mahal tu kenkadang perlu, supaya laki x amik pompuan for granted.

    BalasPadam
  23. even post nie dah lme, tp sebab baru kenal theotherkhairul nie, nak komen jugak. hmmm. mmg tak salah perempuan confess ngn lelaki, tp tak semua lelaki boleh terima dan dorang mungkin akan dicop gedik or tak tahu malu. we're hve our pride. so,pliss respect us .

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.