Sepanjang tahun ni, aku asyik merungut yang cuaca di Malaysia terlampau panas. Tapi sememangnya aku bencikan cuaca panas. Aku suka cuaca sejuk walaupun kadang-kadang sajuk teramat. Bukan tak bersyukur, just bila sejuk, boleh pakai baju tebal-tebal kasi panas. Tapi bila panas? Nak mandi setiap sejam?
Sejak cuaca di Malaysia naik dengan teruk, pernah sampai aku mandi 6 kali sehari. Termasuk di tengah malam. Lebih-lebih lagi kalau bila badan dah melekit. Normal lah lelaki lagi mudah berpeluh dari perempuan.
Rutin aku dah berbeza. Kalau dulu semasa sekolah menengah, tidur pada pukul 1 pagi amatlah teruk. Bermaksud pada pukul 1 pagi adalah amat lewat. Dan aku memang ada masalah untuk tidur. Kadang-kadang aku memaksa diri aku untuk tidur sambil otak berkata " Dah lewat sangat, cepat la mengantuk"
Tapi itu dulu. Sejak aku jejak ke UniKL ni, tidur bukanlah benda penting. Kelas pukul 8 pagi, pukul 4 pagi baru nak tidur. Bab ni, solat subuh pasti missed. Selama satu tahun rutin seperti ini berlaku. Dan ianya berubah bila aku masuk ke rumah sewa. Well, aku tak pasti nak kata ianya perubahan baik atau pun tidak.
Di rumah sewa ku, tak tidur satu hari adalah perkara biasa. Roomate aku main internet dari malam hingga ke siang tak ada hal lah. Dan aku, aku biasanya akan tidur at least dua jam. Dan rutin pelik aku adalah tidur selepas subuh. Sebenarnya, ini lah satu-satunya cara untuk aku tidak missed solat subuh. Cara lain adalah suruh Gadisku buat misscall banyak-banyak. Cara ni kadang-kadang berkesan. Tapi majoritinya tidak.
Dan aku tak boleh biasakan diri aku bila aku balik ke rumah. Umpama kau pergi UK. Duduk kat sana setahun then balik rumah. Pasti akan ada masalah dengan perbezaan waktu. Tu lah keadaan aku sekarang. Aku tak dapat biasakan diri kat rumah aku sendiri. Dan kadang-kadang, aku rasa kebebasan aku amat-amat di sekat. Suasana langsung tak buat aku rasa bebas.
Aku tak suka waktu siang. Aku tak suka orang bising-bising. Sebab tu aku sukakan waktu malam. Dan aku akan rasa amat-amat rugi kalau aku habiskan keindahan waktu malam dengan tidur sebab aku lagi suka duduk di luar rumah sambil tengok lagit dan jari bermain SMS. Tu pun kalau ada orang aku sms lah. Kalau tak, nothing.
This song, for my Gadis.
Dan masa aku tulis ni, aku rasa agak mengantuk. Tetapi bau hujan amat-amat best. Aku rasa macam malas nak tidur. Aku tak tahu apa nak jadi dengan aku. Mungkin aku akan jadi vampire. Mungkin aku akan jadi peganti Edward Cullen? Saksikan kemunculan aku dalam Twilight Saga: Dawn, mungkin? Siapa tahu. Im gonna Twilight Saga: New Moon on this 25th. Sediakan tisu banyak-banyak. Dengar kata, cerita sedih.
Aku bukan peminat cerita entah apa-apa ini. Tetapi buku tebal umpama kamus ni, ada di dalam almari rumah aku dan aku tak pernah sentuh. Semua pakat cakap best. So aku nak tengok juga kalau-kalau betul best.
Sedang menyiapkan beberapa entri untuk di post lusa.
Comment Here
kalau ikot buku, tak banyak watak bella. tak suka bella.
BalasPadamcaya tak ku da tgok cite tu?
BalasPadamseorang sahabat saya juga suka bau hujan..
BalasPadamtapi sampai sekarang x dapat nak feel bau hujan tuh..
bau hujan tu macam mana ye?
duduk umah sewa xtdow pon xpe~
BalasPadamesok pg nye tido~
hee~
@Aqila - Ooo.. Bella tu siapa?
BalasPadam@Joe - Ya. Cerita tu kuar 20hb.
@Afzan - Erm. Bau dia.. entah la. Biasa leh bau sebelum hujan turun lagi.
@Maya - Yup =)
tak penah tgk citer Twilight n mcm takkan tgk ja citer New Moon.. rugi kah?.. hurmmm..
BalasPadamhuhuhuhu...smack down semua kucing2 nie...
BalasPadamsediakan tisu banyak2, macam pernah dengar jer ayat tuh dalam facebook kan mr K...hahahha
BalasPadam@Anoy - Ya ili. =)
BalasPadamcite tu tak besh! agak kiciwa... tp naseb baek dpt tgk badan berketul dan body tantek.. tak sia2 40 hengget aku..
BalasPadamWei bro..gofren aku Ina dah jatuh syiok kat kau dan tulisan2 kau..dia kirim salam..
BalasPadami love bau hujan! nyaman gila.. lagi2 letak muka kat tingkap..kena gerimis sikit2..ada angin2 hujan..best2! i like!!!
BalasPadam@Wan - Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
BalasPadam@Lady - Agak sia-sia bagi aku. =)
@Sarah - Yup. Its really nice ist? =)
hampir 3/4 kelas aku dah khatam 4-5 kali buku tu. aku still peminat harry potter. bila yg lain diskus psl citer tu, aku join je - skadar utk menambah pengetahuan. tapi movie dia boleh lyn lah.
BalasPadam