Aku dah ada kat Kuantan. Buat apa lagi. Nak balik beraya lah. Masa aku tulis ni, aku masih belum beli baju raya. Entah bila nak beli pun aku tak tahu. Rasa malas gila nak beli doe. Tak pun, aku pakai je lah baju raya abang aku. Dia bukan tahu pun kalau aku ambil.
Sempena raya ni, memang tak ngam ah kalau aku tak cakap pasal aidilfitri. Tak akan pula musim hari raya, aku dok cakap pasal kenapa perempuan gedik kenapa perempuan mengada semua kan. Lagi pun, kasi la chance kat kaum kaum perempuan ni relax dari ayat-ayat panas. Diaorang pergi kelas kena gossip. Pergi kerja kena fitnah. Balik bilik, member tikam belakang. Keluar jalan-jalan, kantoi perangai hipokrit. Kesian kaum perempuan. Macam-macam dugaan.
Btw, aku nak cakap sikit pasal Hari Raya Aidilfitri ni. Dari yang aku perasan, ramai yang tak perasan apa dah jadi kat Hari Raya kita ni.
Movie dan rancangan di Hari Raya.
Aku perasan lah kan, dari dulu sampai sekarang, time raya je, mesti ada movie-movie best. Ingat masa time raya orang dok nak tengok TV ke? Dan, tahukah anda, movie-movie ni lah juga yang menyebabkan adik-adik aku tak nak pergi beraya kat rumah kawan dia. Cohtohnya, adik perempuan aku yang form 5 ni. Dia ada seorang kawan perempuan. Comel. Aku cakap lah kat dia yang aku sudi temankan dia pergi beraya kat rumah kawan dia yang tu. Tapi dia tak nak. Aku tanya kenapa. Dia bebel-bebel. Last-last, dia cakap nak tengok TV. Then, dia cakap yang kalau aku ikut, mungkin akan memalukan dia. Perh, sepatutnya dia berbangga ada abang yang baik macam aku yang sudi temankan dia. Lagi pun, aku bukan nak mengurat kawan dia. Aku nak berkenalan je.
Cakap lagi pasal movie, aku nak cakap benda yang sama dari tahun lepas. Soalan aku mudah je;
Kenapa bila time raya, TV suka siarkan cerita-cerita sedih?
Bila aku tanya soalan ni, rata-rata akan berkata "Supaya kita ingat kepada golongan yang kurang senang". Well, mungkin betul. Tapi bukan ke semua dah sedia maklum yang tema Hari Raya yang tak official adalah "Hari Untuk Bergumbira"?
So, andaikata lah kan. Masa tengah raya, aku lepak rumah awek-awek, then tengok dia sedang sedih menonton cerita sedih, aku pun boleh jadi sedih tau. Cerita sedih buatan malaysia di hari raya mesti tipikal gila, mesti pasal anak yang tak nak balik raya atau kisah pasal ayah tak nak balik raya tau cerita pasal budak miskin tak ada duit nak beraya dan bla bla bla. Actually, tak salah nak buat cerita yang bermoral. Tapi kenapa mesti buat genre sedih? Kenapa tak buat cerita yang penuh moral dengan genre yang ceria? Contohnya, buat lah movie tentang betapa indahnya bila pulang ke kampung. Tak pun drama yang pasal betapa bestnya bila boleh beraya bersama keluarga walaupun duduk kat oversea. Tak pun, apa-apa lah. Janji cerita dan bukan pasal pukul memukul. Kan best. Then kalau di tambah dengan adegan lucu, confirm meletup. Orang-orang yang tak nak balik beraya yang tonton tu mesti terasa sayu sebab dia tak boleh merasai keceria dan kehappeningan tu.
Segmen Salam Aidilfitri dari Perantauan (dalam akhbar)
Kalau korang perasan, setiap tahun mesti ada punya lah segmen ucapan-ucapan dan gambar pelajar-pelajar Malaysia yang tinggal di luar negara. Dia orang mesti tulis "Selamat Hari Raya kepada Mak, Ayah, Abang, Adik, Pakwe, Makwe yang berada di Malaysia. Salam Iklas dari kami anak Malaysia dari University of Liverpoool. Bla bla bla". Eeee. Bencinya baca segmen tu. Okay fine sebenarnya aku Seriously aku jealous. Lagi lah jealous bila tengok dieorang pakai baju tebal-tebal (baju sejuk). Nampak sangat tempat tu sejuk gila padahal waktu tu musim panas. Suatu hari nanti, tengok ah. Aku mesti ada kat dalam paper tu. Tak kisah lah umu 30 ke. 40 ke. Aku mesti akan buat ucapan tu.
Kadang-kadang, bila aku nampak ada students bebel sebab dia kena beraya di oversea, aku rasa macam nak sound je and suruh dia tukar dengan aku. Cara dia cakap konon dia benci gila raya kat tanah orang. Best apa raya kat tempat orang. Lain dari yang lain.
Korang tahu tak yang ketika kita jauh dari keluarga lah boleh layan sebak di dada? Boleh feeling-feeling bila dengar takbir raya? Boleh nangis-nangis bila family call? Boleh jatuh tersungkur masa dengar lagu raya? Masa kat Malaysia, nak menangis sebab dengar takbir raya? Bullshit. Kalau menangis pun, mesti sebab awek curang beraya sambil naik moto dengan lelaki lain. Tak pun sebab pakwe pi beraya kat rumah awek comel pastu nak pick up korang.
You all duduk jauh dari famili. Tak boleh balik beraya. Then pasang lagu raya Sudirman tak pun Black Dog Bone sure korang akan menangis. Tak pun, dengar la takbir raya, mesti semua sebak. Kat Malaysia, masa orang dok takbir raya, korang pak we makwe pergi bermanja dalam semak. (Kes raya tahun lepas)
[Update] : Entri yang hampir sama - Jenis-jenis
Ucapan Hari Raya Oversea Yang menjengkelkan. Di post hanya beberapa minit selepas aku post entri ni.
Kad Raya.
Kad raya ada banyak jenis termasuk kad raya digital. Sakit hati tul aku dengan kad raya cam tu. Tak ada sentimen. Tak ada feel. Tak ada nilai hati dan perasaan serta kasih sayang. Tak ada love-love langsung. Tak jiwang dan tak romantis ah.
Sepanjang aku hidup aku beraya, actually, setiap tahun aku buat benda-benda yang sama sampaikan dah rasa tak nak buat dah. Macam tahun ni, aku tak main kad-kad raya. Tapi kalau tahun lepas aku main tau. Ye la, dah nak beraya. Kad raya kena lah buat sebab nak dapatkan feeling dia. Then, bagi yang nak mengada tu, sibuk pergi beli kad raya. Kalau boleh, nak send 20 kad raya. Semangat dia tulis kat raya kat orang. Tapi orang pula tak ada sorang pun yang send kat dia. Mesti dia sedih. Aku pun sedih. Sebab terasa.
Cakap pasal kad raya, aku teringat pasal seorang
awek yang kat Russia. Masa tu tak ada lagi blog-blog facebook apa jadah benda lara ni semua. Kenal awek ni pun entah dari mana. Dia asal Malaysia tapi pindah Moscow sebab follow family dia. Aku send lah awek russia ni kad raya. Aku hantar seminggu sebelum raya aku bajet esok lusa dah sampai. Tapi tengok-tengok, dah nak sebulan baru sampai. Tak feeling langsung. So, kalau korang gedik-gedik nak hantar kad raya sekarang, tak payah nak mengada. Buang masa je.
Bau kedai
Alahai.. Bab ni tak boleh blah. Kalau pergi je rumah awek-awek, mesti akan terbau kedai bila masuk. Iye lah. Dah semua benda baru beli. Baju baru, kasut baru, kain baru, tudung baru, skaf baru, gelang baru, maskara baru, pelembab bibir baru, lipstik baru, subang baru, rantai baru, baju dalam baru, foundation baru semua lah nak baru. Mengada-ngada. Tengok lelaki. Relax je. Baju, songkok dan selipar. Tak payah nak negdik-gedik beli banyak benda baru. Baju sama bertahun-tahun tak apa. Yang penting, awek. Awek mesti baru-baru setiap tahun.
Gambar di Hari Raya.
Semua orang terutama perempuan, mesti nak snap gambar sambil pakai baju raya. Iyalah, baju baru. Bila dah pakai baju baru, masing-masing high confident perasan comel. Dan, masa ni lah kalau nak jumpa balik awek-awek atau pak we pak we lama yang dah jauh di mata dan di hati. Bawak-bawak lah berjumpa. Mana tau kot-kot dalam hati ada cinta lagi.
Then, aku bet, belum sampai setengah hari je hari raya, mesti kat Facebook dah berlambak dengan gambar raya. Eley, raya pun belum, aku tengok dah ramai gila dah upload gambar baju raya. Ish-ish. Aku rasa bulan ramadhan dan bulam syawal lah antara bulan yang paling banyak umat Islam habiskan duit.
Makan umpama biar pecah perut. Jangan pecah mulut.
Maksudnya, makan lah banyak-banyak.
Siapa yang kata hari pertama dia lapar, maksudnya dia bullshiting you. Kalau betul pun dia lapar, maksudnya dia tu gedik nak makan mewah-mewah. Tahu pergi rumah orang nak makan sate. Tahu nak makan nasi ayam. Tak ada nasi ayam, tak nak makan. Eh, tapi kan, aku perasan yang banyak rumah suka buat nasi minyak dan rendang. Padahal bukan sedap pun nasi minyak. Okay actually, aku tak makan rendang dan nasi minyak. Banyak sangat rempah. Aku tak suka benda yang banyak rempah. Aku suka benda-benda yang simple. Contohnya... western food.
Okay okay. Actually, masa hari raya ni, ada 3 jenis kueh raya yang aku suka which is biskut cornflakes, kuih tat dan Almond London. Actually, yang almond tu, aku makan dia punya kacang je. Yang biskut tu, aku letak balik kat dalam balang sebab tak sedap. Biskut dia tak sesedap cornflakes punya padahal conflake tu mudah dan senang je nak buat. Agaknye lah. Makanan pula, aku paling suka mee soto dan nasi ayam. Memang, perh. Aku harap isteri aku nanti reti masak benda ni.
Mercun.
Kampung aku di Terengganu. So, faham-faham la. Dulu aku suka benar balik kampung bila Hari Raya. Semuanya disebabkan mercun. Bab mercun memang best nak-nak bagi yang duduk kat utara dan timur. Bunyi mercun lagi banyak dari bunyi letupan di Gaza. Nak salahkan aku sebab membeli mercun tak boleh gak sebab kedai kat sebelah balai polis je. Dan anak polis lagi la kuat main mercun. Putus tangan ke jari ke tak apa. Janji puas main mercun. Hais.. Kenangan. Tahun ni, aku tak sentuh pun lagi mercun. Tapi, bila aku balik ke kampung aku yang ganu nanti, confirm banyak mercun.
Kenapa orang dewasa tak dapat duit raya?
Yes. Kenapa? Kenapa orang dewasa tak dapat duit raya? Apa? Sebab dah besar so tak boleh dapat duit raya? Hey, you tahu tak yang bila dah besar lah duit semakin penting. Tanpa duit, boleh ke nak belanja awek. Ya nak belanja awek. Budak kecik ada awek? Tak ada. So nak duit buat apa? Duit tu penting tau. Makin dewasa, makin penting. Tu, tabung kahwin (Nuffnang) aku tu. Entah bila lah nak penuh. Macam mana aku nak penuhkan kalau pak cik dan makcik sekalian tak nak kasi duit raya. Lagi pun, jangan salahkan saya dan kaum lelaki kalau anak-anak dara anda tak kahwin sampai ketua.
Aku cuma nak cakap. Selamat Hari Raya. Mintak maaf la kalau blog aku ni amat-amat mengguris jiwa korang. Semuanya secara tak sengaja. Tak sengaja. TAK SENGAJA. Okay? Ingat aku suka ke mengguris hati korang? Aku just... just... err.. erm.
Okay fine. Maaf.
Dengan ini, aku nak cakap
Selamat Hari Raya.
Happy Eid Mubarak.
Bagi yang dah kahwin dan ada bil air yang tertunggak, sila silalah jelaskan. Bagi yang dah kahwin tapi belum nikah, jangan nak mengada ngada.
Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Salam lebaran untuk anda semua. Tak kisah la yang kenal aku atau pun tak. Love you all =)
P/s : Dan jangan lupa mandi wajib pagi raya.
P/s : Jangan lupa bagi duit raya. Terumata kat lelaki dewasa. Mereka nak kahwin cepat tu.
P/s : Bagi students UniKL Micet. Sila lah beli tiket Warna Warni Aidilfitri. Mari kita sama-sama gempakkan annual event ni. Lagi pun, aku dengar ramai awek hot yang datang. Contohnya, Zarif Anuar dan Awang Mohd Faiz.