Memaparkan catatan dengan label Soalan dari Aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Soalan dari Aku. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Disember 2010

Think : Orang Di Sekeliling Anda.

Assalamualaikum

Hello lads and gents sekalian. Selamat hari Jumaat yang indah. Semalam, sebelum aku nak tidur, aku teringat akan cerita-cerita favorite aku which is House, Nip/Tuck. Dan, dari situ ia mengingatkan aku kepada movie yang akan kau ceritakan nanti. And then, leads me to something... COOL!

So then, aku terfikir kan pasal entri ni.

BUT. But. Yeah. Daripada pada aku tulis benda-benda tu secara full, apa kata korang kasi chance untuk aku bermanja dengan korang.

Ya, ini adalah another entri yang membuatkan korang menggunakan otak secara lebih sikit untuk berfikir. Why? Sebab aku ada empat (4) soalan untuk anda sebelum aku post entri yang sebenar. Tak salahkan kalau kita buatkan ia nampak lebih menarik? ;)


Dan, again. YES. Wajib jawab. Jangan malas-malas nak fikir. Dan bagi yang dah tahu jawapannya, sila jangan bagi tahu the secret.

Soalan 1


Seorang perempuan sedang menhadiri majlis pengkebumian kakak sulungnya. Di majlis itu, hanya ada saudara mara yang terdekat yang hadir. Dan ketika itu, that girl ternampak seorang lelaki. Lelaki tu dah la hensem, kaya pulak tu. So, that girl jatuh cinta kat lelaki tu tangkap leleh punya cinta. Biasalah, girllssss *rolling eyes*. Tetapi, that girl agak pemalu, so, dia tak mampu untuk bercakap, bertanyakan nama dan meminta nombor kat lelaki tu. Kemudian, keeseokanya, that girl membunuh adik perempuannya. Kenapa dia membunuh adik perempuannya?

Soalan 2

Anda sedang berdiri di balkoni luar rumah pangsa anda. Okay fine. Korang kan kaya, so, korang tengah berdiri di luar bilik Hotel JW Marriott anda yang tinggi dan mengadap ke luar. Anda padang ke bawah, anda nampak seorang lelaki sedang membunuh dan mengerat-ngerat badan seorang perempuan. Then, lelaki yang membunuh tu pandang ke atas dan ternampak anda. Dia perasan yang anda adalah saksi pembunuahan yang dia buat. Then lelaki tu membuat pergerakan/isyarat tangan. Apa pergerakan tangan (gesturing) yang dia buat?

Soalan 3

Anda di beri satu pisau tajam. Anda perlu membunuh seorang lelaki ni at any cost. Lelaki ni berada di dalam tandas yang tertutup dan jauh dari penempatan orang lain. What would you do?

Soalan 4

Korang terjumpa seekor anak kucing yang baru lahir. Comel gila. Macam amoi. Di sebabkan korang rasa yang ianya terlampau comel, korang rasa geram sangat-sangat. So, korang membunuh kucing tu. Bagai mana cara korang bunuh kucing tu.

So, anyone?


Khamis, 9 Disember 2010

Conclusion Entri Hari Ini : Hukum Sebenar Bercouple.

Assalamualaikum


Hai. Ini adalah sambungan dari entri Couple Itu Haram? dan Kalau Couple itu Haram, Kenapa Bertunang Tak Haram? Dalam entri-entri yang aku tulis ni, bertunang yang aku maksudkan adalah bertunang cara zaman sekarang which is bukan lelaki dan perempuan di perkenalkan oleh ibubapa seperti zaman dulu-dulu.

Sebab, kalau nak di ikutkan, bertunang zaman dulu (Umat zaman dulu bertunang) adalah bila seseorang diperkenalkan dan akan bertunang sebagai proses mengenal antara satu sama lain. Ianya berbeza dengan zaman sekarang (Umat zaman sekarang) which is zaman sekarang, korang bercouple, then bertunang then baru kahwin di mana bertunang dan bercouple tak ada beza pun (kalau ikut cara bertunang zaman sekarang).

Style bertunang zaman dulu-dulu, aku rasa dah tak wujud dah zaman sekarang. Kalau ada tu, ianya adalah bawah dari 5% (di Malaysia)

Dan, apa yang aku nak cakap pasal entri sebelum ni adalah betul ke couple tu haram? Ya, aku bukan nak bercakap pasal bertunang sebab isu bertunang (cara asli) dah dinyatakan dalam hadis dan etc.

Its all about couple. Ramai yang kata couple tu haram berdasarkan sebab-sebab seperti pegang tangan, keluar berdua-duaan dan sebagainya. Dan, secara tak langsung, itu membuatkan segala couple-couple adalah haram dengan serta merta. Well, adakah ianya benar?

Well, ramai orang kata yang couple tidak dinyatakan dalam Quran dan Hadis. Tapi adakah bila sesuatu perkata tidak dinyatakan dalam Hadis dan Quran, ianya adalah haram dengan serta merta?

Couple ni umpama nasi. Adakah nasi itu haram? Tak. Nasi tak haram. Tapi, jika dalam nasi tu, aku campurkan dengan sedikit lemak babi. Adakah ianya haram? Ya. Dengan itu, adakah anda membuat conclusion dengan berkata setiap nasi adalah haram? Tak. Nasi atau makanan adalah haram bila ia dicampurkan dengan makanan haram. Begitu jugalah dengan couple. Ianya benda yang tak ada apa-apa pun. Dan ianya menjadi haram jika perilaku orangnya yang membuat benda-benda haram.


Sama seperti berkawan. Ingat tak dulu ada beberapa kes yang seorang pelajar perpuan sekolah menengah yang kantoi buat seks dengan kawan dia. Adakah itu menjadikan berkawan itu haram?


Orang berkata, "Kalau mula-mula couple, lambat laun mesti nak pegang-pegang kan?"
"Lambat laun, mesti kau akan keluar berdua kan. Dan etc.

Tapi, aku bukan nak kata atau apa. Aku selalu keluar dengan girls yang.... urm.. kawan. Kadang-kadang, dengan yang kenal di internet. Dan kadang-kadang yang kenal dari blog dan kadang-kadang yang kenal sejak sekolah rendah. But, aku tak pernah keluar berdua. Even bercouple pun, aku tak pernah pegang tangan. Tak pernah fikir nak buat seks-seks dan sebagainya. Aku geli bila perempuan buat suara manja sebab ia menampakkan gedik. So, apa yang menjadikannya couple itu haram?

Bercouple dan bertunang (style zaman sekarang) adalah tidak haram. Yang harammnya, apa yang anda buat ketika couple dan dan bertunang. Bercouple dan apa yang anda buat ketika bercouple adalah dua benda berbeza. So, try faham kan. Zaman nabi, orang bertunang sebab nak mengenali. Tapi zaman sekarang, orang bertunang sebab nak bagi mudah berdua-duaan.

[Tambahan] Perihal Zina Hati. Ramai yang berkata merindui dan mengingati seseorang adalah termasuk dalam zina which is zina hati. Tetapi, ianya salah. Zina hati bermaksud bila anda meninginkan seseorang dari sudut nafsu berahi. Info penuh dari sini (Leokid + SaifuIslam). Bak kata penulis tu, Islam tak semudah itu nak menghukum seseorang yang merindui dan mengingati pasangannya.

And lastly, sumber yang paling kukuh pasal isu halal haram couple, aku ambil dari IslamGrid which is hak milik penuh JAKIM dan beberapa agensi lain.

Soalan : Salam, saya mendapat email penuh dari rakan menceritakan tentang hukum bercinta / couple. Soalannya, adakah benar bercinta itu haram? Bukan kah perasaan ingin disayangi dan dikasihi itu suatu fitrah bagi manusia sendiri? Saya harap pihak tuan menghuraikan persoalan ini dengan selengkap supaya mudah saya menjelaskan kepada saudara-saudara seislam kita yang lain.

Jawapan : Harus bercinta dengan seseorang dengan syarat menjaga batas-batas pergaulan dan aurat. Di larang bergaul secara bebeas antara lelaki dan perempuan kecuali jika di temani mahramnya dan menutup aurat serta menjada bahasa ketika berkominukasi di antara lelaki dan perempuan. Salah satu golongan yang mendapat perlindungan dari Allah SWT di akhirat adalah orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah SWT. Yang di maksudkan dengan mencintai seseorang kerana Allah adalah cinta yang mengandungi unsur-unsur berikut ;
  1. Mencintai seseorang iklas kerana Allah tanpa kepentingan apa-apa. 
  2. Menyintai seseorang tidak menagtasi Allah, Rasul dan kedua Ibubapanya. 
  3. Tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak.

 Atau korang boleh lihat semuanya di gambar di bawah.


Aku dah tahu pasal hukum ni sebelum aku tulis entri sebelum ni lagi. Tapi, aku rasa best juga kalau aku boleh bermanja-manja dengan anda semua. Dan, nak tak nak, aku perlu tulis isu ni secara berperingkat-peringkat. Sebab itu lah dalam hari ni, ada 3 entries sekali gus. Aku nak korang faham apa yang aku nak sampaikan. Setakat ini, tak ada fatwa yang mengatakan bercouple dan bertunang dengan cara zaman sekarang adalah haram. Apa yang jelas haram adalah apa yang anda buat ketika couple dan bertunang sebab hanya nikah adalah ikatan yang sah secara mutlak.


Video Ustaz Jamnul Azhar Bercakap tentang cara dia bercinta.

Aku pernah pergi satu forum cinta dan hubungan yang Islamic. Dan, ketika soal jawab, ada student bertanya kepada ustazah tentang perihal couple. And the real things is, ustazah memberitahu yang dia bercouple lebih kurang setahun dengan seorang lecturer (Ustaz juga kalau tak silap aku), tetapi dia tak pernah keluar berdua dan buat benda budak-budak ni. Dia berkata "Cinta umpama air yang suci. Bersih dan kotonya air itu adalah bergantung kepada bekas air itu di tuang.". Begitu juga dengan bercinta. Ianya adalah benda bersih. So, jangan kotorkannya dengan perbuatan korang yang gedik-gedik, pegang tangan dan benda-benda pelik.

Have a nice day. ;)



Kalau Couple Itu Haram, Kenapa Bertunang (Style Zaman Sekarang) Tak Haram?

Assalamualaikum



Ya, ini adalah entri susulan pertama selepas entri Couple Itu Haram?

Terima kasih bagi yang sudi reply soalan aku di entri yang sebelum ini samaada reply nya di ruangan comments, Email, chat-chat dan YM. Aku tanya selepas subuh, tapi tengah hari dah banyak feedback yang aku terima even tak sampai 50. Well tak kisah pun sebab kita semua tahu jawapannya hanyalah sama which is, "Couple itu haram kerana menghampiri zina."

But, aku adalah seorang budak yang amat jahil dalam segi agama dan berharap akan ada isteri yang pandai agama, alim dan cun serta cute yang akan kasi motivate kat aku untuk belajar banyak pasal agama.

But then, memandangkan aku ni amat sucks dalam pelajaran dan agama, so aku terfikir;

Kenapa couple itu haram, tetapi bertunang itu tak haram?

Ada sesiapa pernah terbaca buku, majalah atau website islamic pasal isu ni?

Ya, anda berkata.


"Masa tengah couple, pengang tangan. Pengan tangan itu haram."
"Masa tengah couple, kadang-kadang, terfikir benda-benda yang tak senonoh. So ianya adalah zina hati. Which is haram."
"Masa tengah couple, buat seks. Haram."
"Masa tengah couple, keluar berdua-duaan. Haram"
"Masa tengah couple, bergayut hingga ke malam. Haram""Masa tengah couple, peluk-peluk. Haram."

Ya, yang di atas adalah apa yang di sebut tentang couple. Tapi bagaimana dengan bertunang?

Masa dah bertunang, pegang tangan. Tak ke haram?
Masa dah bertunang, terfikir nak buat seks dengan tunang. Siap nak terfikir macam mana nak test malam pertama lagi. Tak ke haram?
Masa dah bertunang, start buat seks dengan alasan "Alaa, nanti kita kahwin jugak kan? So tak salah kalau kita cepatkan malam pertama". Tak ke haram?
Masa dah bertunang, peluk-peluk. Tak ke haram?
Masa dah bertunang, bergayut sampai ke pagi. Tak ke haram?
Masa dah bertunang, keluar berdua-duaan hingga lewat malam sebab dah dapat title 'tunang'. Tak ke haram?

So, kenapa bertunang tu tak haram bila dah peluk, buat seks, kiss-kiss dan etc, tetapi bercouple adalah haram bila peluk-peluk, buat seks, kiss-kiss dan ect? "Korang mark bercouple sebagai haram bila peluk-peluk etc. Tapi korang tak mark bertunang (style zaman sekarang) sebagai haram bila peluk-peluk etc?" This is what i wanna to tell you but tak ramai yang faham.

Lagi pun, bukan ke kalau bertunang tu makin menhampiri zina? Ye lah. Mak tanya, "Nak pergi mana tu?" Then korang jawab. "Nak keluar makan-makan dengan tunang.". Then si emak pun tersenyum bahagia. Iye lah. Keluar dengan tunang, confirm-confirm keluar berdua. Balik lemat malam tak apa. Sebab dah ada 'ikatan'. Kalau diikutkan, dalam bertunang, memang lagi menghampiri zina berbanding couple.


Berpandukan tulisan di atas, aku nak tanya satu soalan. Kalau anda pernah terbaca pasal isu ni di majalah, buku atau dengar dari ustaz dan tahu jawapannya, sila lah tulis di ruangan comment atau email je kat aku. Dan, kalau korang nak maki-maki pun, aku tak kisah, tapi silalah kasi hujah dan bukan pedapat kosong.

So pretty boys dan handsome girls sekalian. Soalannya;

Bertunang (Style zaman sekarang) adalah lebih menghampiri zina berbanding couple. Tapi kenapa bertunang (style zaman sekarang) tidak tergolong dalam golongan haram kerana menghampiri zina?

Anyone?

Think ;)

The LATEST UPDATE. Click HERE.



Couple Itu Haram?

Assalamualaikum


Aku mendapat banyak soalan-soalan di formspring aku yang bertanyakan pasal halal-haram couple-couple ni.

Dan, aku juga mendapat banyak feedback dari viewer lain yang kata couple ni adalah haram. So, aku nak tanya soalan kepada anda.

Kenapa anda kata couple itu haram?

Anyone?

Latest UPDATE. Click HERE



Isnin, 27 September 2010

Cinta Tiga Segi.

Assalamualaikum


Soalan dari Formspring;.

Why we love people who didn't love us, but didn't love people who loves us?

Anyone?



Isnin, 20 September 2010

Kenapa Anda Percayakan Karma?

Assalamualaikum


Orang asyik cakap, "Karma comes to you now or later" or what so ever. And sometime you are facing something like "This karma is a bitch, but it will come to you." on Facebook. Cuma, aku nak tanya, what the hell is Karma anyway?

Dari segi pembelajaran tak official yang di ajar entah dari mana, aku hanya faham yang karma bermaksud;

Hari ni kau curang kat awek kau, esok lusa awek kau curang kat kau.

Ya, itu yang aku faham tentang karma. Tapi, macam mana kalau aku tak curang kat awek aku, tapi awek aku curang kat aku? Adakah itu bermaksud suatu hari nanti aku boleh curang kat someone agar karma aku berbayar hutang karma?

Dan tahu kah anda, kalau karma betul-betul wujud, dunia akan kucar lanar?

Contohnya. Si A tipu si B. Si Z tipu si A. Then untuk melaksanakan karma, siapa yang nak tipu si Z? Si Y? Then siapa pula akan tipu si Y? Si X? Then Si W? Then Si V? At last, semua orang menipu sebab nak laksanakan karma. Kan? Okay fine berbelit aku pun tak faham. So, mari kita kasi example yang lagi mudah.



Aku kasi contoh lagi. Ada 6 orang yang di ambil secara random; Afdal, Orcs, Aiman, Rashdan, Firdaus dan Fahim. Nah di jadikan cerita, hari ni, Fahim di pukul oleh Afdah. Di sebabkan karma, esoknya, Afdal di pukul oleh Orc pula. Dan di sebabkan karma lagi, esoknya Orcs pula di pukul oleh Aiman. Dan di sebabkan karma lagi, Aiman pula di pukul oleh Radshdan. Dan di sebabkan karma, Rashdan pula di pukul oleh Firdaus. Then siapa yang akau pukul Firdaus unttk melaksanakan prinsip karma? Ya, akan ada orang lain yang akan pukul. So, siapa yang aku pukul orang lain tu? And siapa yang akan pukul orang lain yang pukul orang lain tu? Dan seterusnya. So, maksudnya, sekali karma tu dah starts, ianya tak akan berakhir? WTF?

Sebab tu bila orang tanya, aku akan jawab "Karma? Well, I don't believe it"

Dan, seriously, secara basic, rasanya aku tahu apa itu karma. Tapi secara terperinci, aku amat-amat tak tahu apa kejadahnya karma ni sebenarnya. Tapi aku pelik bila terlalu ramai yang dok sebut. So, aku google. Aku google berjam-jam, dan apa yang aku dapat adalah Karma Buddha. And there is no such karma in Islam. So, kalau karma adalah kepecayaan Buddha, kenapa kita percaya?

Anyone?


Selasa, 20 Julai 2010

[Update] Apa Akan Jadi Kat Blog Bila Korang Mati.

Assalamualaikum


Aku selalu terfikir, apa yang akan terjadi kalau aku mati dengan tiba-tiba. Apa yang akan terjadi kat blog ni yea. Aku dah lah tak ada co-penulis. Dan tak ada seorang pun yang tahu password blog aku.

Pernah tak korang fikir, bila korang mati, tak ada sorang pun followers korang tahu yang korang dah mati?

Tapi, bila di fikir-fikirkan balik, bagus juga yea aku letak shoutbox/chatbox tu. Ye la, selain boleh mencapub, boleh la juga bagi tau yang aku dah mati. Mana la tau kot-kot bila aku mati, ada budak-budak kolej aku boleh tulis kat situ yang aku dah tak ada. Tak kisah lah mereka nak tulis secara happy atau sedih. Kan?

[Update] Thanks to Fawani for the link. Maisara penulis blog juga. Dan dia ada kanser. Try baca entries dia yang lepas-lepas nak-nak yang berkaitan dengan sakit dia. Tak pun, try usha chat box dia. Aku baca chatbox dia, meremang juga ah tengok dari tahun 2008 hingga 2010 ada orang wishing her luck on hereafter. Chat box dia agak hidup walaupun dah bertahun dia tak ada. Entri terakhir dia adalah pada 18 september 2008. Dan dari situ, kalau korang tengok chatbox dari tarikh tu, korang boleh tengok semua pakat suruh get strong. Dan ada juga yang suruh update. Dan pada 19 October 2008, al-Fatihah starts.

Agak-agak korang, kalau aku mati, korang sedih tak? Tak? Okay fine.


Sabtu, 10 Julai 2010

Apa Yang Korang Patut Buat Bila Di Fitnah?

Assalamualaikum


Aku sekarang sedang menulis blog dan mengadap ke luar tingkap. Angin gila kuat. Dan, ada bau hujan. Lovely.

Well, beberapa minit tadi, aku ada lepak lepak kat sebuah forum. Then dari situ aku perasan yang banyak masalah yang di alami oleh budak-budak remaja adalah masalah fitnah, gossips, reka cerita dan something like that. Serta kebanyakan darinya mengambil langkah berdiam diri tanpa lawan balik. Ya, kebanyakkan mereka buat tak tahu, pastu mula la sedih lah, depressed lah, tension lah, apa lah, itu lah. Ini lah. But then, why kena kita kena STFU (diam) bila orang cakap yang bukan-bukan pasal kita? Adakah bila kita diam bermaksud kita betul?

Antara situasi yang sebenar adalah seperti di bawah. Situasi yang pernah terjadi suatu ketika dahulu.

"Kau betul-betul mencuri ke? Tak, kan? So kalau kau tak mencuri dan tak bersalah, kau diam je. Biar lah orang nak kata apa pun."

Actually, aku tak berapa suka la kepada pepatah yang macam ni dan yang seumpama dengannya. Semua orang tahu yang ramai bepegang kepada "Kalau kita betul, diam je. Pedulikan apa orang kata". But then, why? Kenapa kalau kita betul, kita kena diamkan dan living hell dengan mulut-mulut laser di sekeliling? Bagi lelaki dan perempuan yang dah biasa dan yang tak kisah, okay la. Tapi kalau bagi orang yang peduli dengan apa yang orang lain katakan, dan depressed di sebabkan hal ni, how? Kenapa tak lawan balik?


Aku pernah melihat beberapa orang mengalami stress, tension dan depression di sebabkan fitnah etc, and still, tak lawan balik. Dan bila aku suruh lawan balik, most of them refused.

Memang betul korang boleh ignore fitnah bila korang betul-betul tak kisah dan siap boleh senyum lagi. Tapi aku paling tak suka bila seseorang tu di fitnah atau di tuduh, dia mendiamkan diri, and then dia jadi down. Bila down, bad mood, then, menangis. Lagi pun korang faham je lah kan mulut perempuan macam mana. Lasernya bukan main lagi. Nak-nak manusia. Kesilapan orang laju je tersebar.

Tapi kan, selepas di fikir-fikir balik, mungkin orang yang di tuduh sangup berdiam diri kerana dia berpengang kepada "Lambat laun kebenaran akan muncul". Hmm. Mungkin. Mungkin betul apa yang dia cakap. Tapi nak menunggu kebenaran datang bergolek-golek tu bukannya sekejap dan bukannya mudah. Nak hidup dalam dunia yang orang pandang seorong ingat senang ke sehingga kebenaran tu datang? Bloddy hell punya susah. Pastu, tu belum kira kot-kot ada mangkuk-mangkuk yang berbunyi:

"Psssss. Kalau dia betul, kenapa dia diam je?"

Atau

"Kalau dia tak mencuri, kenapa dia dtak melawan balik?"

Bila aku berfikir kepada dua dialog di atas, aku juga terfikir; andai kata seseorang tu di fitnah mencuri contohnya, then dia menafikan yang dia mencuri, pasti akan ada orang yang berkata:

"Alah... orang yang mencuri tak akan nak mengaku yang dia mencuri. Kan?"

So guys, andai kata anda berada dalam situasi ini. Apa yang anda akan buat? Tak akan nak berdoa dan tunggu kebenaran tu datang tiba-tiba? Maksud aku, bila kita tak mengaku yang kita mencuri, orang akan kata kita mencuri. Bila kita diam pun, orang still akan kata kita mencuri juga. So apa yang patut kita buat?



Selasa, 22 Jun 2010

Kalau Korang Nak Mengata Aku, Inilah Masanya.

Assalamualaikum

Gambar diletak untuk menyejukkan para gadis.

Aku asyik mengata kaum perempuan kan? Ye lah, walaupun mereka spesis favorite aku, still, mereka gedik. But then, kita hanya kenal melalui text dan melalui kata-kata 'manis' aku di belog aku. Oleh itu, ciri-ciri gentleman, pemalu, baik hati dan maskulin yang tersembunyi jauh di dalam diri aku tak dapat aku tonjolkan.

So apa tanggapan pertama (Atau kedua) anda mengenai aku? Luah kan sahaja. Maki, kutukan dan herdikan boleh dilakukan. Aku tak akan pukul, seksa, rejam dan sula sesiapa yang meluahkannya secara jujur. Janji.



Khamis, 17 Jun 2010

Ini Mebuatkan Aku Tak Percaya Nasihat Orang Tua-tua.

Assalamualaikum


Orang tua-tua selalu cakap "Love the one who loves you. Not the one that you love."
Well guys... you believe this shit?

I wanna talk about this. But first, I wanna hear your opinion. Anyone?


Jumaat, 28 Mei 2010

Soalan Aku Untuk Para Gadis.

Assalamualaikum

Ah soooo true =).

Beberapa hari lepas aku dapat satu email dari seorang lelaki. Actually aku ada dapat banyak email tapi senders lebih suka kalau its only between me and them. Personal katanya tak nak tanya kat formspring.

Dari soalan dia, aku perasan sesuatu.

Perempuan.

Anda berjalan di shopping mall. Tiba-tiba ada lelaki tak dikenali tegur dari belakang dan cakap "Cik, I rasa benda ni terjatuh dari you. So, I believe this is yours." Sambil si lelaki memberikan kepada perempuan sehelai kertas kecil.

"Apa ni?"

"Number phone I. Hehe"

Then selepas tu, perempuan mesti marked lelaki tu sebagai gatal atau super croc atau miang kerana lelaki tu makes move yang funny dan kata-kata serta suara yang romantis.

Persoalannya di sini. Kenapa bila lelaki bermulut manis akan di marked sebagai gatal? Bila lelaki melayu tak bermulut manis, mula lah di tuduhnya lelaki melayu tak seromantis Mat Arab dan Mat Bangla. Tapi bila bermulut manis sikit, terus di kata yang lelaki tu pasti simpan dua atau tiga awek. Tak pun pasti kata lelaki tu buaya.

Well, romantik salah. Tak romantik pun salah.

So, korang nak lelaki jadi macam mana sebenarnya ni?

Hihihi.