Memaparkan catatan dengan label Menggedik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menggedik. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Oktober 2010

Tak Terasa. Tak Terasa.

Assalamualaikum


Aku tengah searching kat Google, Yahoo! dan Bing untuk something yang penting.

So, aku pun search-search lah.

Tiba-tiba ada orang add aku Yahoo Messenger (YM). Awek mana entah yang add. Biasanya, kalau awek yang add, mesti lelaki akan terus approve. Tapi aku tak. Aku lain. Aku check dulu FB dia guna email dia. Kalau lawa baru aku approve. HAHA.

Selepas aku approve, awek tu terus YM aku.

Awek tu : Assalamualaikum.

Perh, bagi salam tu. Sejuk perut aku membacanya.

Aku : Walaikummusalam.

Aku jawab dan terus sambung searching pasal something.

Awek tu : Busy ke?

Pada masa ni, aku harap dia tak tanya soalan-soalan sengal yang macam "Kenapa kita berjalan secara berdiri?" atau "Kenapa kita makan ikut mulut?" atau apa-apa je la soalan pelik yang kalau kat formspring aku memang aku dah delete awal-awal.

Aku : Tak adalah tak busy pun. Kenapa?

Awek tu : Oh. Tak ada apa. Saja je tanya. Lisa Surihani sihat?

Aku : Erk, sihat je dia. Tapi biasa lah. Merengek-renget mintak i layan dia.

Awek tu : Hahaha. Anyway, saya suka blog awak.

Berawak-awak pula dia ni.

Aku : Oh ye ke. Terima kasih. Ada blog juga ke?

Awek tu : Eh tak. Saya tak ada blog. Tapi saya suka baca blog awak tau. Rasa macam nak bagi award blog je.

Award blog? Macam mana nak bagi award kalau tak ada blog. Pelik betul budak ni.

Aku : Oh ye ke. Tapi saya dah tak main award-award ni. Tak tau nak sumbat kat mana. Haha.

Awek tu: Haha. Ye ke. Tapi awak nak tahu tak award apa saya nak bagi kat awak?

Aku: Hmm? Award apa?

Awek tu : Award Blogger Paling Gedik. DAH LAH GEDIK MENGADE-NGADE PULA TUH. HUH.

*Offline*

Dia kutuk-kutuk aku pastu terus offline? Wth. WTH.


Sedih gila I. Mana ada I gedik. I baik apa. Isk.


Isnin, 11 Oktober 2010

Surat Cinta Untuk My Future Wife(s)

Assalamualaikum

This article is 100% written by me. Tak ada edit-edit atau inspired dari blog lain.

Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.


Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bullshit. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan?



Selasa, 5 Oktober 2010

Cover Page Model Majalah Remaja & Make up Tebal

Assalamualaikum


Hai sayang sayang. I sihat. You all sihat? Okay fine I tak sihat sebenarnya. Hati I sakit. Sakit sebab blog I tak visible kat Google search engine. Even kalau I search "Melayu Gay The Other Khairul" pun memang tak akan keluar link blog I. Ini semua malware punya pasal. Shit betul. Habis jatuh ranking alexa I yang dah sememangnya rendah. Sedih aw. So, kalau sesiapa yang datang kat blog I ni, memang you all superb ah.

Hari ni, banyak benda I nak cakap. Tapi semuanya adalah based on Majalah Remaja isu Oktober 2010.

Yang pertama, I nak cakap yang sejuk hati I bila Lisa I jadi model untuk cover page untuk Majalah Remaja kali ini. Tak sia-sia I ajar dia bergaya. Tapi, I kecewa gila dengan make up dia. Dia pakai make up agak GILA TEBAL DOE. Nasib baik tak super tebal macam artis lain. Apa? Make up tebal equal tu lawa? Bullshit. Berapa kali I nak ulang. Awek bermake up tebal adalah huduh. Tak comel langsung. So, kalau you all nak pergi event atau apa-apa, pakai light-light make up dah lah. Pakai foundation je. Tak payah on lebih-lebih. Bukannya boleh tutup jerawat korang tu.

Model : Diha (Alien).

Lagi pun, on average dari 10 lelaki yang I tanya, 9 akan berkata yang girl yang make up tebal-tebal letak warna hijau kuning merah apa jadah tu memang tak cun. Dah macam kertas lukisan yang di lukis oleh budak tadika dah. Ye la. Try you all bayang kan. Muka warna cokelet, pastu ada tompok-tompok hijau merah kuning, apa hal? Lawa? Hello~ Make up tebal lawa? Oh pehliss lah. Korang ni tak ada seni. Tak ada natural beauty langsung. Kecewa I.

Bagi si lelaki pula, kalau yang dah ada awek tu, korang tak rasa geli ke tengok awek-awek korang make up macam tepung? Nasihat la awek korang tu. Suruh dia bertaubat (?) sikit. Lagi pun, masa muda-muda ni lah masa nak tunjukkan beauty yang sebenar. Bila dah tua berkedut nanti, you all nak pakai make up tepung gandum ke atau apa-apa tepung suka hati korang lah.

Bagi lelaki yang tak ada awek, jangan risau. Tak salah tak ada awek. Lagi pun nak awek buat apa? Buat stok geli-geli? Setakat stok geli-geli tak payah awek lah bai. Lagi pun, bila ada awek, mesti nak kena guna banyak $$$. Sebut awek, ingat duit. Sebut duit, ingat awek. So, tak payah ada awek-awek ni. Konon awek boleh kasi motivasi lah apa lah. Bullshit je semua tu. Buang masa.

Isu ke dua pula... Errr...errr... I sambung esok-esok. Tadi awek call. Ada hal katanya. Bye.



Jumaat, 1 Oktober 2010

Macam Mana Muka Awek Nerd Yang Comel?

Assalamualaikum



Hari tu ada orang tanya. Macam mana muka girl nerd yang comel? Aku cakap "Yang muka baik dan pakai spectacle (Kaca mata)"

Then orang tanya lagi. "Yang pakai kaca mata yang macam mana?"

Then aku jawab yang macam ni;


Damn it. Hari ni je dah dekat 10 kali aku ulang video ni.

Comelnya. GERAM DO. Cara dia betulkan spect tu memang CUN.


Jumaat, 17 September 2010

Bermanja Dengan My Lisa Surihani.

Assalamualaikum

Ramai yang tak tahu aku tengah sedih sekarang ni. Well, banyak sebabnya. Tapi, korang semua tahu kan yang aku tak suka share masalah peribadi aku dengan orang lain. Lebih-lebih lagi kat blog.

Tapi, memandangkan korang nak sangat tahu (konon) masalah aku, aku dengan berat ati akan cerita. Aku akan ceritakan segalanya. Ya, cerita tentang aku dan awek ku, Lisa Surihani.

Semuanya bermula...

Semuanya bermula dengan indah sekali ketika aku saya mula terpandang wajah awak, Lisa. Masa first time saya nampak awak adalah di 7E. Awak comel gile. Tapi saya tak pasti lah saya jumpa awak kat 7E mana sebab TV tak tunjukkan full screen tempat awak berada tu. Tapi bila dah kali ke dua saya nampak awak dalam cerita Goodbye Boys, saya dapat rasakan yang kita ada kimia. Kimia yang orang lain tak akan ada, awak.

Sejak dari itu, saya mula jadi "Shy-to-Talk-er" (Stalker) awak. Dan awak tahu, semakin hari, cinta saya kat awak semakin banyak. Banyak yang sememangnya banyak gila lah. Banyak yang macam bilangan kereta di hari raya Aidilfitri lepas tau. Awak je tak tahu.


Selepas dah kenal awak, saya selalu je terjumpa awak. Skejap di I'm Not Single, skejap di AdaMaya dan yang paling latest, saya jumpa awak di Tudung Express. Cakap pasal tudung, awak tahu tak yang awak nampak tak cun langsung bila pakai tudung instant? Ya, tudung instant. Muka awak saya tengok dah sebijik macam indon. Kalau muka cewek indon yang cun macam my Nia Ramadhani tu tak apa la juga. Ni tak. Dah sipi-sipi macam Omas dah. Kenapa awak nak pakai tudung instant atau pelik-pelik tu? Kalau pakai tudung biasa kan bagus? Awak nampak lagi cun tau pakai tudung biasa. Saya suka.

Tapi...

Tapi saya kecewa dengan awak. Saya kecewa sebab saya dengar awak dah ada pakwe. Saya tak kisah awak dah ada pak we ke tak. Setakat pak we apa lah sangat. Tapi kenapa awak mesti mem-pakwe-kan dia?!

Ya, dia. Farid Kam*l. Kenapa Farid Kam*l, awak? Farid Kam*l tu, dari dulu tau dia tak puas hati dengan saya. Dulu masa saya nak tackle Rafidah Ibrahim, dia dok menyibuk. And sekarang, dia nak kacau awak pula? Tak cantik ni bai.

Awak tahu, Farid Kam*l tu, dia sebanarnya berdendam dengan saya. Mana-mana perempuan yang saya nak tackle, dia pun nak. Saya nak tackle Rafidah, dia nak. Saya nak tackle awak, dia pun nak juga. Nanti, kalau saya nak tackle Raja Farah dan Fazura, mesti dia pun nak menyibuk. Geram saya. 

Dan awak, saya bukan jealous lihat awak bergambar dengan lelaki lain. Sebab, saya tahu yang deep deep in your heart awak hanyalah di paksa untuk bergambar. Kalau awak senyum pun, mesti senyum paksa. Kan?

Saya je tau pasal diri awak. Orang lain mana tahu. Dan awak tahu tak yang saya dah fikirkan pasal masa depan kita? Awak tahu, selepas kahwin, saya nak anak perempuan. Ya, anak sulung kita mesti perempuan. So, boleh la dia jaga adik-adik dia. Nak mengharapkan anak lelaki jaga adik, heh, kirim salam je la. Tak terasa. Tak terasa.

Dan awak tahu, untuk anak sulung kita, kita namakan dia Khairullisa. Anak kedua, Khairulhani. Sweet kan? Ya saya tahu saya memang sweet. -_-

Agak-agak ah tangan kau tu Kam*l. 
Cubit dia Lisa, cubit dia.

Fine lah. Kalau dah awak suka kat Farid Kam*l, saya cakap apa pun bukan boleh ubah apa-apa kan. Tapi awak. Saya nak awak tahu yang saya tetap akan tunggu awak. Saya akan tetap tunggu awak sampai bila-bila. I will wait for you untill when-when. Kalau nanti awak janda pun saya tak kisah.Ya.

Dan, kalau awak baca blog saya, mesti awak akan berkata "What the hell budak ni?" atau pun "Apahal budak ni mengelabah semacam?". Tapi tak apa, Lisa. Saya faham. Dan, saya tetap akan tunggu awak. Sayang tetap akan tunggu awak, Lisa. Janda pun, JANDA LAH!

*Tiba-tiba aku dapat satu SMS dari kawan aku yang mengendalikan blog gossip artis.*

Kawan aku : Khairul, aku dapat nombor phone peribadi Rafidah Ibrahim. Kau nak tak? Hehe.

Wait, what? Nombor phone peribadi my Fifi(Rafidah Ibrahim)? Omaigod... OMAIGOD OMAIGOD AAAAHHHH. I WANT IT, I WANT IT!

Okay fine Farid. Kau nak sangat Lisa tu, kau ambillah. Aku tak heran. 



Sabtu, 28 Ogos 2010

Kenangan Cinta Bas 'Cepat Express' Seat 32-33.

Assalamualaikum


Ni kisah 100% betul okay.

Sejak dari first day puasa, hinggalah hari ni, aku tak pernah balik dan berbuka puasa bersama famili. So, ayah aku call dan suruh aku balik. Dia suruh aku naik bas. Aku pun... aduh. Dah lama gila aku tak pergi Melaka / Kuantan naik bas. So, rasa kekok gila.

Selepas kelas Material dan Latex hari tu, aku pun pergi lah beli tiket untuk balik pada hari Jumaat 27 Ogos 2010. Sambil tu, aku beli hadiah birthday gedik girl.

Bla bla bla. Hari ni, 27 Ogos, tanpa solat Jumaat, aku rushing dari rumah aku ke Alor Gajah dan ke Melaka Sentral. Sampai kat Melaka Sentral tepat-tapat pukul 3 which is waktu bas aku betolak. Then masa nak naik bas tu, pak cik driver bas tu mintak tiket. Then bila aku kasi, dia tanya aku beli mana tiket ni sebab tiket tu macam tipu punya. Aku pun dah macam "Oh shit". Memang agak panas lah. Naik bas jauh-jauh nak ke MS tengok-tengok dia kata tiket tipu. Bla bla bla. Dia kata okay. So, aku pun naik lah. Seat aku, seat 32. Seat 33, kosong. So, memang aku bantai tidur lah dari pukul 3.15 hingga pukul 5.15.

Tepat pukul 5.15. Aku sampai kat Segamat. Aku keluar lah pergi tandas repair-repair rambut sambil basuh muka dan mulut yang ada air liur basi apa semua. Dan aku perasan, nak masuk tandas situ harga dia 30sen. Oh, dah mahal.

Then, selepas beli Pepsi botol dan sebungkus roti, aku pun masuk balik ke bas. Masuk je, tengok-tengok ada sorang awek duduk kat seat aku yang kat tepi tingkap. Perh. Ni tak cantik bai. Aku baru ingat nak sambung tido, ada awek plak kacau. Ah, pergi mampus lah. Aku nak tido juga. Aku harap dia tak salahkan aku kalau kepala aku menyandar kat bahu dia dan air liur basi aku meleleh kat baju dia.

Then, masa aku duduk sebelah dia. Aku rasa kekok gila. Memang agak kekok lah sebab aku memang jarang duduk serapat ni dengan perempuan. Rapat dia memang kurang dari setengah jengkal. Dah lah seat ni aku sendiri yang pilih nombor dia masa nak beli hari tu.


Pastu, perempuan ni gedik doe. Masa bas nak bertolak, dia dok bye-bye siap buat flying kiss kat kawan dia yang kat luar. Geli aku. Pastu cakap-cakap macam orang bisu. Bajet kawan dia boleh dengar. Eww.

10 minit berlalu. Aku dan dia tak buat apa-apa. Masing-masing diam membisu. Tiba-tiba, dia call boyfriend dia. Tapi yang aku pasti, orang yang dia call tu tak nak layan dia. HAHA. Padan muka. Kau fikir kau hot? Aku lagi hot lah.*Tiba-tiba.*

10 minit lagi selepas tu, aku tengok dia main mesej. Dengan siapa aku tak tahu. Setiap 1 minit, dengar ada sms masuk dari henpon dia. Dan lah bunyi theme Windows. Ah rimas betul. Aku pun terus ambil henpon aku. Then main sms juga. Sekali msg, 4 orang. Bunyi panjang pulak tu. Heh, ingat kau sorang boleh main sms? Aku pun boleh lah, gedik.

Selepas dia dah tak ada apa nak buat, aku perasan dengan ekor mata aku yang dia pasang earphone sebab nak tidur. So aku pandang lah muka dia. Sekali aku pandang, PERH, COMEL DOE. Jantung aku terus bedegup kencang. Tak tahu lah kenapa. Reflection agaknya. Tapi serious comel. Dia pakai baju kurung warna meroon dan tudung (shawl) warna putih.

Tapi kan, aku ni seorang yang pamalu. So, kalau korang expect untuk aku tegur dia, memang mustahil lah. Well, believe or not dari pukul 5.30 hingga pukul 7, aku tak bercakap sepatah pun dengan dia. Aku usha je. Tapi tu lah, dok sebelah-sebelah. Rapat pulak kurang dari setengah jengkal. Ingat senang ke nak usha macam tu? Lagi pun, usha mengusha awek di tempat awam bukan cara aku. Ehem ehem.

Tup-tup, masa tu dah dalam pukul 7.15. Dah nak berbuka. Aku pula rasa mengantuk gila. Ye lah siapa tak mengantuk duduk sebelah awek comel tapi tak boleh nak usha dan segan nak borak? Awek tu pulak tak nak plak tegur aku. Sombong betul. Heh. Aku tak pasti lah kenapa dia tak nak nak tegur aku. Mungkin kah kerana awek tu luar je nampak comel. Tapi dalam, perh, tak comel? Tak pun, aku rasa mungkin sebab suara dia macam lelaki kot. Tak pun suara dia teruk dan tak sedap macam kuda. Kalau dengar mesti nak muntah. So, baik aku tidur.

Tiba-tiba;

"Awak, dah masuk waktu berbuka ke?"

Perhhhhh. Suara dia. Mak aiii. Lemak manis betul. Memang cair ah. Aku punya melting point punya lah tinggi pun boleh cair. Memang kuat betul heat dia. Tak hairan lah suara tu tergolong dari aurat. Then, bila dengar suara, aku pun terus buka mata. Bila aku buka mata, terus:

Ooohoi!!!!
Kalau mata dah bertentang mata~
Hati didalam bagai nak gila.~
Senyum lah senyum lah
ahhai cik mek molek.~
Senyum lah senyum lah
ahhai cik mek molek.~
(Ulang korus)


Gila lah super duper cute muka dia bila pandang aku. Kiranya, dari mata terus jatuh ke hati bai. Dari hati terus jatuh ke errr. Nvm. Tapi soalan dia tu telah merubah segalanya. Hati ini yang dulu umpama gurun sahara kini sudah mula lembab. Yang dulunya tak ada tumbuhan kini sudah ada benih-benih bunga cinta. Bunga tu pulak, terus menguntum mekar. Tak ada dah masa nak main tumbuh-tumbuh daun apa jadah itu semua.


"Ye" Aku jawab. Padahal aku tak tengok pun jam dan aku tak tahu pun berbuka pukul berapa. Bila aku dah jawab 'Ya', dia terus buka beg dia nak minum air. Aku terus tanya balik "Dah masuk waktu berbuka ke?". Dia pun pelik. Ye lah, tadi dia tanya 'dah masuk waktu ke belum'. Aku boleh kata 'ya'. Sekarang, aku pulak tanya soalan yang aku dah jawab tadi.

"Dah berbuka kot" Dia jawab sambil stay dengan muka tengah pelik dia.

Walau pun mengarut, itu lah perbualan pertama antara aku dan dia. Oh. So romantic. Pulak tu, menu berbuka kiteorang berdua sama tau. Dia ada satu roti, aku pun ada satu roti. Dia ada satu botol air. Aku pun ada satu botol air. Perh. Memang banyak persamaan. Sayangnya aku tak beli chocolates atau apa-apa makanan lain. Kalau ada, mesti lagi romantic boleh share.

Selepas borak-borak, aku dapat tahu yang dia belajar di Segamat dan rumah dia adalah di Johor Baharu tapi family dia pindah Kuantan untuk sementara. Dari gaya, dia ni tak adalah high maintenance. Dia ada tanya aku kot-kot aku ni student UITM segamat. So, maksudnya, dia bukan budak UITM. Kat segamat ada berapa banyak tempat belajar yea? Kalau tak banyak, boleh lah aku cari dia kat facebook. Dia memang comel. Tapi comel lagi budak utara yang 'tu'. Hehe.

Tapi yang aku perasan dari mula adalah dia dah pakai cincin kat jari doe. Well, bila seorang perempuan tu pakai cincin, tahu apa maksud nya? Maksudnya, si lelaki perlu work harder sebab bukan senang untuk merampas isteri atau tunang orang.


Then, masa nak sampai kat terminal bas Kuantan tu, aku perasan yang ayah dia asyik call. Aku tanya dia, dia cakap ayah dia dah tunggu. So, aku andaikan yang ayah dia tengah risau kan dia. Bila di fikir-fikirkan balik, aku rasa ayah dia TAHU yang anak dia yang sorang ni amat comel dan mungkin akan di kacau oleh lelaki-lelaki gatal di dalam bas. Tapi, apa yang ayah dia TAK TAHU, ialah, ada seorang lelaki yang baik yang sedang duduk di sebelah anak dara dia. Kalau ayah dia tahu tu, mesti ayah dia tak akan risau.

Kan?

But then, I did not managed to ask for her phone number. Not even her name. What a shame.

:((



Selasa, 10 Ogos 2010

Cuba Untuk Mengkritik Blog Sendiri. Terharu.

Assalamualaikum


Di suatu hari, pada waktu tengah hari yang amatlah tak hening, aku berlari-lari menuju ke sebuah tempat di kolej ku untuk menyiapkan sebuah lab report. Pukul 5 nanti dah nak kena hantar. Tapi aku tengok member-member aku semua macam tak buat je lagi. Biasa lah, last minute work always 'works'.

Masuk je bilik yang beraircond  kental tu, terus aku cari sebuah computer. Duduk, cucuk pendrive, dan terus start menulis. Memang feel lah buat kerja di tempat yang ber-air condition. Kan bagus kalau setiap university sudi providekan air cond ke setiap rumah studentnya. Baru lah students nya boleh study tanpa merengek yang bukan-bukan pasal suhu panas. Darah muda, biasa lah panas-panas ni. Hot lah katakan.

Aku pun menulis, menulis, menulis dan terus menulis. Memang syok gila lah menulis. Agak-agak kalau terbakar tempat tu pun aku tak akan perasan. Dengan kata lain, apa-apa yang berlaki di sekeliling aku mesti aku tak akan perasan punya lah. Mesti.

Tapi then, aku perasan ada sorang awek ber-shawl duduk sebelah aku. Huip, terus kering peluh aku. Rambut-rambut pun automatik menjadi rapi. Baju pun dah jadi wangi dah. Tapi jangan risau, aku tak usha awek tu. Mengusya awek di tempat awam dan terbuka bukan cara aku. *Sial, cakap nak gempak je.*


Then aku pandang awek tu. Pandang tau bukan usha. Okay lah fine bukan pandang, tapi jeling. Aku jeling sebab aku suka tengok shawl dia. Shawl dia lawa doe. Putih je muka dia. Eh, putih je shawl dia. Jerawat pun tak ada. Biasalah, gadis lawa memang suci dari segala jerawat jeragat ni.

Aku tengok lagi dia. Dari segi muka, orangnya macam garang gila. Iye lah, dah tak kenal, memang la rasa macam garang je dia. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Dah cinta, mak aiii. Eh, ehem ehem. Well, blah, blah, blah, blah dia perasan aku usha dia blah blah blah.

Di pendekkan cerita, dia yang duduk di tempat menggunakan computer di sebelah aku mintak tolong aku ajarkan dia macam mana nak delete column untuk table dalam Microsoft word. Mentang-mentanglah aku bukak microsoft work, ingat, aku reti ke? Tapi berkat kesabaran dan perasaan konon serba tahu yang tinggi, tup tap tup tap, berjaya juga lah column tu hilang. Entah macam mana dia hilang pun aku tak tahu. Nasib baik hilang. kalau tak hilang, malu doe. Tapi serious memang susah nak delete column tu.

Baru je aku nak bangun dan tarik kerusi aku untuk balik ke tempat aku, aku perasan satu minimized Firefox window kat taskbar di komputer dia. Aku klik.

Terpampang sebuah blog ber-template warna hitam kuning. Aku scrol ke atas, tertulis 'The Other Khairul'. Perh. Wth. WTH. Bukan blog aku ke ni?


Relax khairul. Relax. Dia mesti tersalah buka blog tu.... Aku bermonolog sendiri.

"Apa ni?" Mulut aku berbunyi tanpa aku sangka.

"Tak tahu ke ni? Ni la blog senior kita" katanya bagi menjawab soalan aku.

Aku diam je. Buat-buat baca sambil angguk-angguk. Padahal tengah baca blog sendiri.

"Eeee. Macam tak best je blog ni" Aku cuba pancing.

"Eh, best apa. Saya suka baca. Dari sebelum masuk Micet lagi saya baca tau" bersaya-saya pula dia.

"Hm, nama dia Khairul ke?"

"Ye lah kot"

Aku buat-buat baca lagi blog aku tu.

"Saya rasa dia ni berlagak lah. Cakap pun macam kerek je" Aku pun reti bersaya-saya juga la. Sopan santun lagi.

"Eh, ye ke. Saya rasa dia tak berlagak la. Dia saja mengada-ngada tu. Saya baca blog dia dari sebelum masuk micet lagi. Dia okay. Cuma ramai yang tak faham dengan cara dia. Biasanya, kalau orang tu baca blog dia dari mula dan semua post dia, baru faham macam mana dia bergurau." Perh, panjang lebar dia bagi tahu. Mata aku kat screen, tapi tangan aku dah kat hati yang sedang cuba menahan sebak di dada. Terharu doe. Nak nangis dah. Tapi memandnagkan aku berada depan perempuan, memang tak akan nangis lah.

"Dia ni senior eh. Pernah jumpa dia tak?" Aku tanya.

"Tak pernah."

"Kalau jumpa dia, nak berkenalan tak?"

"Tak nak."

"Kenapa tak nak?"

"Takut dia kutuk saya kat blog dia. Haha."

"Haha. Betul juga. Tapi jangan risau, dia tak akan kutuk punya."

"Haha. Mana tahu?"

"Agak je. Ye lah. Lagi pun, tak akan dia nak masukkan nama orang yang dia tak kenal dan tak pernah cakap dalam blog dia kan?"

"A'ah la kan. Tak akan tanpa sebab dia nak masukan nama saya dalam blog dia."

"Hmm." Kata ku sambil mengangguk kepala.

"Btw, nama you siapa yea?

"Syida."

"Ooooooooooooooooooooo."

Hai Syida.


Isnin, 26 Julai 2010

Bila Lelaki Pengotor dan Perempuan Banyak Complain.

Assalamualaikum


Minggu lepas, aku gotong royong kemas rumah sewa aku. So, perh, cantik gila bilik aku. Memang licin berkilat gila dah. Memang kalah rumah para perempuan. Kat luar rumah memang nampak macam buruk gila. Tapi kalau masuk kat dalam, perh. Meleleh. Kalau ada orang masuk mesti tergaman sampai sangkakan itu adalah rumah perempuan rajin yang hari-hari sapu dan lap lantai. Well, ingat rumah sewa bujang lelaki teruk sangat ke?

Then, bila dah siap kemas apa semua, aku pinjam broadband housemate untuk online. Online facebook dan YM sebab nak berlagak la sikit kat para perempuan. Iye lah, rumah dah cantik mengalahkan rumah perempuan kan. Rumah perempuan mana ada gotong royong ni semua.

Tapi belum apa-apa, dah ada perempuan sound "Alah, nama pun rumah lelaki. Bersepah macam tempat pelupusan sampah. Tempat pelupusan sampah, bila nak bersihkan, kena la gotong royong ye tak?. Macam rumah you lah kan?" Perh. Pedih. Memang direct. Terus tak ada dah mood nak online dah. Pastu terus buat-buat internet terputus padahal log out YM.

10 minit selepas tu, aku online balik. Then aku bagi tahu lah yang 'internet terputus'. Selepas tu dia reply "Eh tak apa, orang yang terasa memang selalu terputus internetnya."

Sedih doe.


But then, aku borak-borak lah dengan member aku. Dapat tahu yang memang perempuan tahu dan menyampah serta selalu komplain dengan lelaki yang amat-amat tak pentingkan kebersihan diri.

Termasuk lah adik perempuan aku. Dia selalu bebel yang lelaki tak suka basuh baju. Baju tu, ada sampai berminggu-minggu baru basuh. Tu baru baju, belum jeans. Ada tu, jeans dah sampai berbulan tak basuh-basuh lagi. Boxer pula jangan cakap lah. Ya, tak di nafikan, memang ramai lelaki yang amat jarang basuh pakaian mereka.

Dan, aku tak faham kenapa perempuan banyak komplen bila lelaki tak suka basuh baju. Bukannya busuk pun. Lelaki ni wangi-wangi tau. Tak macam perempuan. Sebab tu la perempuan pagi-pagi sebelum pergi ke kelas wajib mandi. Lelaki? Relax je tak mandi pergi kelas. Sebab wangi dah. Perempuan apa tau? Tau complain je.

Perempuan ni  banyak komplain sebenarnya. Contonya di alam perkahwinan. Banyak betul perempuan complain pasal kerja rumah terutama pada perempuan yang bekerja. Orang suruh duduk rumah, sibuk nak pi kerja.

Okay masuk balik bab basuh baju tadi. You all tak ke rasa kalau lelaki basuh baju setiap hari, akan menyusahkan korang? Dah lah membazir air. Air tu anugerah Tuhan, tak elok di bazir-bazirkan. Lagi pun, membazir tu kan amalan syaitan. Tak baik tau...

Pastu, bila si suami dalam diam tengok si isteri dok sapu lantai, pergi kerja, memasak, basuh baju, basuh pinggan dan sebagainya, terdetik juga lah si suami dengan pengorbadan dan kesusahpayahan si isteri ketika di rumah. Dan, masa ini lah lelaki membuat keputusan untuk memcari seseorang untuk menolong isteri yang tersayang dan tercinta tu dengan mencari pembantu.

Pembantu.

Atau lebih di kenali senagai isteri ke dua.

Atau madu kepada isteri pertama.

Aku tak faham lah kenapa bila si lelaki nak kahwin dua, si perempuan terus naik angin. Padahal si lelaki punya lah niat baik nak tolong si isteri devide tugas di rumah. Ye lah, bila dah ada dua isteri (atau lebih), baju-baju suami pun di bahagi-bahagi kan untuk di basuh. Ye tak? Makan-makan, tak payah susah nak masak banyak-banyak. Isteri pertama masak sedikit, isteri kedua masak sedikit, isteri ketiga masak sedikit, isteri ke empat masak sekit, kekasih gelap satu masak sikit, kekasih gelap dua masak sikit. Pastu kumpul ramai-ramai, then dah boleh buat potluck dah. Selain dapat merapatkan silaturahim, boleh juga dapat pahala makan berjemaah.

Ingat jadi lelaki ni mudah ke. Siang 8 jam kena kerja. Balik rumah kena bebel. Nak berehat tengok tv, isteri marah kata pemalas lah apa lah. Pastu bila malam-malam tertentu, bila isteri tersayang buang tebiat nak naik sampan pergi ke pulau impian, lelaki nak tak nak, kena lah mendayung.

Pastu, lelaki selalu kena mark sebagai gatal bila melihat keindahan ciptaan Tuhan. Tu belum kira kena mark sebagai super duper gatal bila pandang part-part kat badan perempuan tersebut. Padahal lelaki just nak panjang kan sikit umur dia agar boleh lah dia jaga isteri(s) nya so tak adalah isteri (s) nya menjadi balu. See? Betapa sayangnya si lelaki terhadap isteri(s)nya yang tercinta.

Perempuan apa tahu? Tahu complain je.

Rabu, 23 Jun 2010

Siapakah Awek JoeGrimjow?

Assalamualaikum
 Miami with love.

Okay, ini adalah entry gila-gila Just For Fun pertama aku. Aku penat asyik tulis entri ganas-ganas. Ye la, walaupun nampak aku ni ganas, tapi kat luar aku ni baik, sopan santun, pemurah dan... baik.

Ehem ehem.

Berpandukan tajuk di atas, mesti korang tertanya-tanya kan, siapakah gerangan gadis yang bertahta di dalam hati Joe, bukan? Well, kalau dalam hati lelaki lain, ada taman. Tapi kalau dalam hati joe, mungkin ada L**Z. (Bajet nak censored nama padahal link-kan jugak. HAHA)


Apakah motif dan dalil yang membuat kan aku berkata sedekemikian rupa? Apakah ianya hanyalah omong kosong seperti mana pujangga kacak mengurati gadis-gadis sunti yang buat-buat malu kasi nak nampak jual mahal padahal kalau dah suka tu cakap la suka? Oh tidak... Tidak.


Oh, aku harap awek Joe yang sebenarnya tak akan baca entry ni. Okay awek dia mungkin akan baca. Tak apa guys, selepas ni, boleh la kita tengok segmen Joe memujuk aweknya di blog dan mungkin akan ada entry pujuk memujuk versi komik terbaru. HAHA.

So Joe, aku masih ada banyak bahan bukti yang masih tersimpan. Well, mungkin kita boleh negotiate. Aku nak 60% dari Nuffnnag kau, dan 50% dari herbalife kau. Take it, or leave it. HAHA.



Khamis, 10 Jun 2010

Rafidah Hj Ibrahim (Cinta Tikar Sejadah dan Epilog Syurga Cinta)

Assalamualaikum dan Salam 1Blogger.


Kalau korang minat citer Syurga Cinta atau Nur Kasih yang pernah ditayangkan di TV3, korang patut tengok drama Cinta Tikar Sejadah yang di tayangkan di Astro Oasis pukul 11 malam Isnin hingga Khamis. (atau pukul 10 malam Isnin hingga Jumaat.)

Aku sebenarnya tak sengaja nak layan drama ni. Masa terbuka channel Oasis tu, aku terus capai remote nak alih ke channel lain. Tapi belum sempat aku alih, aku terperasan pelakon dia ya Allah punya la comel. Siap dengan lesung pipit lagi. Pakej bertudung plak tu. Nama dia dalam cerita tu adalah Siti. Heroin. Hero dia Farid Kamil. Nama watak Farid Kamil apa tah aku dah lupa. Apa jadah aku nak ingat nama dia.

Then aku layan la sebab cerita ni memang boleh di buat layan. Walaupun unsur-unsur 'melayu yang dengki bla-bla' yang masih ada, aku tetap rasa yang drama ni agak cool dan lebih sikit dari Nur Kasih. Sebab Nur Kasih tu cerita dia asyik menangis je. Tapi cerita Cinta Tikar Sejadah ni agak relax, santai dan funny. Cerita jiwang of course. Sweet gitu. Tapi lebih kepada percintaan Islam. Yea jenis Muslim punya. Producer dia adalah David Teo.

Then aku punya la semangat tunggu sampai habis nak tengok siapakah nama sebenar gadis yang bernama Siti itu sebab biasanya masa habis sesebuah drama, akan keluar senarai pelakon kan. Then bila abis, tak ada. Perh, menyirap betul. Frust rasa macam nak campak je remote controller Astro tu.

But then, aku online dan terus search. Last-last jumpa juga la jantung hati ku ini. Nama dia Rafidah Hj Ibrahim. Tapi ramai yang salah ingat yang nama dia Faridah Hj Ibrahim. Padahal bukan. Dia pernah sertai pertandingan Pantene (Juara Bintang Pantene) tu. Lebih di kenali sebagai Fida atau Feda atau Feeda atau sepupu Siti Nurhaliza. Ya dia sepupu Siti Nurhaliza. Tapi aku rasa dia lagi comel dari Siti Nurhaliza. So Datuk K, your taste is not as good as mine. So remember my name; Mr K.

Dan yang bestnya, pelakon si heroin (Rafidah Hj Ibrahim) tak plastic macam Tiz Zakiah yang dalam Nur Kasih. Juga tak plastic macam Rozita Che Wan dalam cerita Aku Terima Nikahnya.

 Eh eh cair kan cair kan cair kan?

You nampak 10 kali TAK COMEL bila bermakeup. 
Eh tak, 100 kali.

  Tak jealous. TAK JEALOUS.


Oh oh. My Lisa Surihani pun ada. Maaf Lisa. Kita putus.

I pun suka kucin juga. Kita banyak persamaan.

You tau tak, dulu, masa muda-muda dulu, kawan-kawan I 
selalu kata I ni macam kucin tau.

You look just like a penguin. HAHA!

Farid Kamil ni dari tadi dah tak puas hati dengan aku.


Alaaaa. Jangan la senyum kat I macam tu. Cair la I nanti.


Siapa kata gadis comel tak reti masak?

Well, lepak dengan singa tak apa. Tapi dengan 'buaya' jangan.


Ni gambar fav I. Sejuk perut I tengok you.

Okay okay dah berhenti berangan dan merapu dah. Cuma, aku nak cakap; Wahai kawan-kawan yang comel lottey sekelian. Malam ini, kalau tak keberatan, rajin-rajin la turn on channel Oasis pada pukul 11 malam yea Isnin hingga Khamis. Saya ulang, pukul 11, Isnin hingga Khamis. Astro Oasis. (atau pukul 10 malam Isnin hingga Jumaat.)Mesti tengok. Walaupun ia hanyalah ulangan.

Tak tengok, siap. Tak paksa. Tak paksa.

Update : Awek ni juga berlakon dalam drama bersiri Epilog Syurga Cinta. Tapi aku tak ada cukup masa untuk tengok. Duh.