[By - Unknown]
Hi. Beberapa hari lepas, aku dapat beberapa spammer yang mungkin obses dan taksub dengan Freemason & Illuminati. Well, you know... Freemason....Illuminati. The things that Malaysian or mostly Malays love it so much for making the issues. So, aku amat berharap yang spammer tu masih ada di sini. Sebab aku nak troll se-troll-trollnya.
Well, aku tak faham lah. Ada orang kata Lady Gaga buat lagu yang Freemason / Illuminati. Kalau terbalikkan lagu tu, boleh dengar mesej yang terserat. Alah. Mengada-ngada betullah lah Freemason / Illuminati nak main terbalik-terbalik lagu and mesej tersirat ni. Bagi tahu direct to the point tak boleh ke? And then, now, keluar pula isu Justin Bieber punya song bila di reverse kan, akan keluarkan lirik-lirik yang memuja syaitan dan Immuninati. Tapi kan, aku pelik sebab WHAT THE HELL IS GOING ON? Berjuta orang view video kononnya Justin Bieber / Lady Gaga / Michel Jackson ni adalah geng One-World-Order-apa-tah, tapi tak ada sorang pun nak check kan kesahihan video tu.
Dan, aku juga dapat satu video kat facebook yang gila lah gempak. Superb punya gampak sekali korang tengok, mesti gugur jantung. Tak percaya, sila tengok video di bawah.
Video di atas adalah pasal lagu Justin Bieber yang di reverse kan. Dan, bila dah di reversed, korang boleh dengar evil message yang dia nak sampaikan. So, selepas anda melihat clip video yang ada mesej yang di tayangkan di atas, apa yang perlu anda buat? Apa? Kaji? JANGAN. Jangan kaji kesahihan video tu. Kita kan orang Islam. Kita kan orang Melayu. Orang melayu mana main kaji-kaji ni. Sebab, sebagai orang melayu, kita perlu cepat melatah dan paranoid serta bersikap overreacted dan tanpa membuang masa serta tanpa berfikir, kita perlu forwardkan video tu ke serata dunia. Why? SEBAB FREEMASON IS EVERYWHERE AAARRRHHH. WE ALL GOING TO DIE!.
Then then then, kalau korang ada jumpa artilce cakap air Pepsi tu haram atau Colgate tu haram, atau air mineral ada Holy Water yang haram, korang jangan kaji artilce tu. Korang wajib percaya. Why? Sebab artikel tu at least mengajar korang untuk berhati-hati terhadap benda haram. Tak apa kalau article tu fitnah Colgate ke, fitnah KFC ke, fitnah McD ke, yang penting, objective article tu tercapai. Matlamat kan membenarkan cara. Fitnah sikit pun apa salahnya.
This cute-cute entry, aku tujukan khas kepada sesiapa yang amat fanatik dan obses terhadap Freemason / Illuminati sampaikan semua benda nak di mark / cop sebagai Freemason / Illuminati. Atau, mereka lebih di kenali dengan penganut teori konspirasi yang tak der kerja nak buat selain reka cerita.
Well, betul ke video Justin Bieber dan evil message dia tu? Mari kita tengok kesahihan video tu.
Mula-mula, kita download video tu then kita convertkan video yang amat sahih tersebut ke audio. Of course lah kita converkan ke format yang paling mudah which is MP3. For me, aku guna Hamster Free Converter.
Then, selepas dah format, kita akan dapat audio pasal lagu Justin Bieber yang paling sahih yang ada secret message tu. Then, well, aku tak pandai lah pasal CSI atau kaji audio ni. Tapi, aku tau yang kita boleh tengok graph atau audio spectrum atau apa-apa je lah nama dia, melalui Audacity.
3 parts in a video
Aku ambil part pertama je.
Yang belah kiri adalah original song dan yang belah kanan adalah reversed song (kononnya).
Aku select yang reversed part of the song.
Aku reverse kan nya sekali lagi. Why aku reverse kannya? Sebab katanya, part yang belah kanan dah diterbalikkan untuk dapatkan secret message yang boleh di revealkan. So, kalau dari segi teori, menterbalikkannya lagu yang dah terbalik, akan memberikan lagu original kan?
Belah kiri adalah yang original, dan yang kanan adalah double reversed part of the song.
And mari kita compare.
Sila besarkan gambar untuk comparekan sendiri.
Okay fine korang tak percaya dengan apa yang korang lihat. Biasalah, manusia. Bila dah ada mindset yang tersendiri, memang susah nak terima pendapat orang lain. So, memandangkan mata anda pandai menipu anda yang menyebabkan anda tak percaya akan bukti yang aku keluarkan, aku dengan rajinnya mengupload lagu tersebut. Lagu Justin Bieber yang ori + lagu yang di reversed kan. Korang boleh dengar sendiri yang lagu tu dah di edit yang menyebabkan ianya menghasilkan 'evil message' bila di reverse kan. Tak tau lah kalau telinga anda pun pandai menipu.
*****************
Lagu ori pada beberapa minit pertama, then lagu yang double reversed di beberapa minit kemudiannya. Korang boleh dengar dengan jelas yang lagu tu dah di edit supaya ada lirik konon puja syaitan satanic orb.
*************
Tak guna punya Illuminati. Tak pasal-pasal, aku dah pecah rekod sebab ada lagu Justin Bieber dalam laptop aku. Sebab kalau nak diikutkan, lagu Justin Bieber memang tak pernah ada kat laptop aku sebelum ni. Tapi, bila isu Illuminati ni keluar, nak tak nak, aku kena download juga. Well, I don't like Justin Bieber. Why? Because I don't like her style and her song. Yeah, she just listed as #7 of 50 Most Popular Women Based on Google Ranking, but still, she is not my type.
Dan yang terakhir, logik ke mamat Justin Bieber yang girlish boy tu jadi Young Leader of Illuminati New World Order? Yea, Hell no. So, that video is fake and hoax video. I just proved that. Kalau korang tak percaya, korang boleh prove kan sendiri. Try ah. Wajib try bagi orang-orang yang fanatik dengan freemason-is-everywhere dan geng theori konspirasi.
[By - Unknown]
Geng freemason / Illuminati rancang kelahiran Dajjal? Alaaa balik-balik isu ni. Allah kan dah cakap dah Dajjal tu akan tubik (keluar) juga nanti. Sebab apa? Sebab Allah yang lepaskan Dajjal. Bukannya geng Freemason. Then, selepas benda pelik tu di lepaskan bla bla bla, Nabi Isa akan turun dan bunuh Dajjal tu. Tu benda dah tulis dalam Al-Quran. Nak di kaitkan dengan Freemason dan illuminati apasal pulak?
And then, pasal Horsemen. Ada pula geng Freemason kaitkan Knight Templar dengan Horsemen. Padahal Horsemen tu kan fahaman dari bible. Sejak bila pula penganut theori konspirasi ni percaya kat bible? Tahu tak bible tu dah berapa banyak kali di tulis semula sedangkan Al Quran dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah? See? Tak pasal-pasal korang (Peng-taksub Freemason) dah percaya kat Bible.
Terdapat dua jenis bacaan yang perlu kita tahu bezakan.
- Bacaan yang mengajak kita berfikir (Buku H.M Tuah, Hlovate, Irfan Khairi, Andrew Matthews)
- Bacaan yang memutarbelit fakta dan memaksa kita berfikir seperti penulisnya. (Black Bible, Theory Conspiracy, Mastika, Infiniti dan Blog Anti -Freemason)
Jenis bacaan yang pertama akan membentuk kita menjadi diri kita sendiri. Dan jenis bacaan yang kedua adalah propaganda yang mahu kita menjadi brainless zombie.
So, Justin Bibir ni ada kaitan dengan freemason? Iklan Tv3 ada kaitan dengan freemason? AJL2010 ada kaitan dengan Freemason? KLCC Twin Tower ada kaitan dengan Freemason? Logo Mara ada kaitan dengan Freemason? Sejarah pembetukan Malaysia ada kaitan dengan Freemason? TNB Malaysia ada kaitan dengan Freemason? Then Knight Template Templar? Haha.
What a joke.
This is the reason why, you shouldnt simply believe any video, article and shits from the internet.
P/s : Aku bet nanti korang akan nampak anonymous pencinta dan obsess theori konspirasi spam kat chatbox aku.















