Memaparkan catatan dengan label Review Product. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review Product. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mei 2011

There Is No More Stock for Maxis Hot Ticket?

Assalamualaikum


First of all, aku nak cakap tentang Maxis Hot Ticket. Beberapa hari lepas, aku pusing hampir satu kuantan untuk cari Hot Ticket tapi satu pun tak ada. Bila aku tanya je, diaorang kata "Maxis Hot Ticket dah tak di jual. Tak ada stock." Stock baru hanya ada yang RM15 ke atas kot tu pun mungkin akan ada bulan 6.

Dan bila aku dengar je, aku rasa down gila. Then bila aku check keywork di blog aku, ada yang search pasal Hotlink Maxis Hot Ticket yang dah habis stock tu. Aku rasa, masa aku tulis kelebihan hot ticket di Entry ini, ramai yang kata Hot Ticket tu mahal. Tapi the fact is, Hotlink Maxis Hot Ticket ni murah gila kalau korang tahu korang nak guna untuk apa. Sebabnya, ramai tak tahu yang Hot Ticket pelbagai jenis.

Antara jenis-jenis Maxis Hot Ticket adalah
  1. Hot Ticket Talk and Text (Kelebihan bagi call dan text semua jenis nombor)
  2. Hot Ticket for Young at Heart ( Texting - SMS) 
  3. Hot Ticket for IDD (Call nombor Bangladesh / Philippine) 
  4. Hot ticket untuk Internet. (24 Hours internet access - Phone and laptop )
  5. Other Hot Ticket (Celebration - Special : Chinese New Year etc)

Dan my favorite Hot Ticket adalah Hot Ticket untuk Internet. Sebabnya, bila aku nak balik kampung, aku still boleh online guna handphone. Aku bawak handphone, bawak laptop then online. Yup, aku boleh gunakan HTC Desire S ni sebagai wireless modem. Cool gila. Tapi sayangnya semua Hot Ticket ni dah tak ada stock termasuklah yang Internet punya.

Then bila aku tanya tanya tanya tanya lagi abang-abang di kedai topup, diaorang kata Hot Ticket ni hanya menguntungkan kepada pengguna dan sedikit merugikan kepada Maxis. Sebab tu lah Maxis hentikan pengeluaran Hot Ticket. Aku tak tahu betul atau tak, tapi yeah, siapa yang dah guna Hot Ticket memang rasa menguntungkan.


Dan yang ke dua, pagi tadi, aku bukak HTC Desire S yang dipinjamkan oleh Maxis. Then aku perasan ada satu email. Bila aku baca-baca, baru lah aku perasan yang this HTC Desire S sekarang ni adalah milik penuh aku. Yes, hari tu Maxis kasi aku pinjam this HTC Desire S untuk buat review sebabtu lah wujudnya 6 post untuk Review HTC Desire S. Well, rasanya berbaloi luangkan banyak masa untuk review this phone.

Kalau korang teringin nak pakai handphone / tablet macam Ipad mahal dengan percuma, apa yang korang perlu buat adalah register di Maxis10 Reviewer Programme. Dan kalau korang bernasib baik, korang akan terpilih. Biasanya, hanya 10 orang je yang terpilih. Antara handphone dan tablet yang dah di bagi oleh Maxis adalah Nexus S, Ipad, Nokia, Samsung Galaxy S dan macam-macam lagi. Dan yang terbaru adalah HTC Flyer.

Well, aku agak down bila dapat tahu dah tak ada Maxis Hot Ticket for Internet, tapi agak happy sebab dapat smartphone free. Rezeki tak di duga beb.



Selasa, 10 Mei 2011

Conclusion for HTC Desire S Review. #Maxis10

Assalamualaikum


So, hari ni 10 May which is the last day untuk aku review pasal HTC Desire S. As for the conclusion, aku cuma nak cakap aku dah suka gila kat product HTC lebih-lebih lagi this HTC Desire S. Kalau dulu, aku suka kat Nokia sebab setiap handphone Nokia adalah berkualiti tinggi. Contohnya, 3310 kan? Jatuh katil 10 kali pun tak ada hal. Tapi sayangnya Nokia lebih gang dengan Symbian dan aku tak sukakan Symbian.

So then bila datang je HTC Desire S + Android 2.3 Gingerbread, aku terus dah lupakan Nokia -,-. But still, personally, aku rasa kualiti handphone Nokia still the top of all.

So, macam mana dengan kualiti HTC Desire S? Well, actually aku pernah 'rosakkan' screen HTC ni tau. Kisahnya, aku letak handphone aku dalam poket kiri seluar aku. Then aku masuk dalam kereta di tempat pemandu. Masa nak masuk tu, gap antara steering terlampau kecil so permukaan screen handphone tu tergesel kat steering. Agak kuat juga lah bergesel Memandangkan masa tu aku pakai jeans, aku sangkakan tak ada masalah. Then bila keluar dari kereta dan tengok ke screen, baru aku perasan yang kat screen tu ada 'blackhole'. Seriously, ada black hole di tengah-tengah screen tu. Aku pun, gelabah lah. Terus balik rumah. Tapi bila je sampai rumah, aku terngok 'blackhole' tu dah hilang. Terus lega. Sampai sekarang tak ada masalah. So, i guess the quality for HTC Desire is great even tak se-great Nokia.

Dan kalau korang tertanya-tanya, aku cuma ada satu je nak highlightkan pasal this HTC Desire S which is ianya adalah amat great dari segi performance dan Multi Tasking. Korang boleh baca lebih lanjut pasal ni di SINI. Atau pun, just tengok video di bawah. Atau check out this post.




Alumni Maxis10 pernah tanya tentang comparison antara family HTC Desire which is HTC Desire S, HTC Desire HD dan HTC Desire Z.


The Family.



HTC Desire S (RM 1299 with Maxis)
Antara kelebihan HTC Desire S berbanding familynya yang lain adalah HTC Desire S adalah adik pertama yang menggunakan Android Gingerbread.Kelebihan HTC Desire S berbanding HTC Desire lain. Its Androind 2.3 dan beratnya hanyalah 130g.


Lebih lanjut, baca blog post ini

HTC Desire HD
Kalau korang suka bergambar, rakam vidoe, play music video, rasanya HTC Desire HD lebih sesuai. Kelebihan
  1. Camera 8MP HD
  2. 4.3 Inch Screen
  3. CPU Speed - 1GHZ 
Kelemahan
  1. Android 2.2 (Froyo) 
  2. Berat - 164g

HTC Desire Z (RM 1449 with Maxis)
Kadang-kadang, aku rindukan saat typing sms sambil mata pandang kawan aku yang tengah bercakap. Aku pandang dia sambil jari menaip sms dan angguk-angguk kononnya aku beri perhatian tentang apa yang dia cakapkan. Tapi dengan HTC Desire S, aku tak boleh buat macam tu sebab QWERTY keyboard dia adalah touchscreen.Tapi yang tak bestnya, HTC Desire Z hanya 800Ghz dan 512 RAM.


So, I bet yang HTC Desire S akan memberi performance yang lagi baik HTC Desire Z. Tapi, kalau korang ingin kan keseronokan dan flexibility ketika menaip (Surfing, chatting), go for HTC Desire Z.

Rating? Aku bagi 7.8 / 10. Banyak point datang dari Android, the lovely HTC Sense dan Multitasking.

Another entri berkaitan :
HTC Desire S : How I takcle Girls With HTC Desire S & Android Apps.
HTC Desire S : HTC & Android for Work.
HTC Desire S : Minus Factors (Kelemahan) HTC Desire S
HTC Desire S : The Power of HTC Sense and Multi Tasking.
HTC Desire S : Overview adn Specification.

Jumaat, 6 Mei 2011

HTC Desire S - Android Apps For Work #Maxis10

Assalamualaikum


Semua sedia maklum, yang kebanyakkan handphone sekarang adalah di cipta untuk golongan muda supaya mudah untuk dieorang tackle awek-awek comel. Tapi, semalam aku perasan yang this HTC Desire S juga amat compatible dengan pelbagai applications yang penting untuk golongan professional seperti Manager, Lawyer, CEO dan tak terlupa juga untuk tenaga pengajar sepergi guru dan lecturers..

So, out of thousands yang sesuai untuk para pekerja, aku nak highlight-kan beberapa applications yang paling penting dan paling sesuai untuk penggunaan kerja.

Calendar + Remainder + Agenda
Bagi pekerja yang bekerja dengan orang dan masa seperti lecturer dan sales person, masa adalah benda yang paling penting kan? Kalau tak punctual,  sure kena bambu dengan ayat "Janji Melayu". But hey, basic widget yang dah ada dalam HTC Desire S ni dah cukup untuk monitor dan arrange your Time Table. Bukan sahaja boleh monitor, tapi boleh sedut semua tarikh penting termasuk Friends' Birthday di Facebook dan event di Email.


Di HTC Desire S ni memang tersedia ada great calendar. Apa yg bestnya pasal kalendar ni adalah dia ada pelbagai jenis dan bentuk. So, you all boleh pilih mana satu yang paling sesusai dengan diri you masing-masing. Selepas tu, korang boleh drag the widget to your home screen. So, setiap kali you all tengok your phone, korang akan nampak segala benda yang penting. Sebabnya, your homescreen amat customizable. Korang boleh customize ikut suka hati you all sendiri.

Office Suite Pro & Document To Go for Microsoft Office.
Most of telephone pintar keluaran terkini dah boleh guna Microsoft Office. Dan kalau you all nak edit document atau modify slide ketika dalam train or LRT, apa yang korang perlukan adalah OfficeSuite Pro atau pun Document To Go.



Antara Document yang compatible adalah Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point. Bukan setakat view, malah, korang boleh edit those files. Dan the best part is, ianya compatible dengan Microsoft Ofice 2010 punya format.

Worldmate


Bagi yang selalu travel atau yang selalu outstation di luar negeri dan luar negara, WorldMate is all what you need. Dengan Worldmate, korang boleh ;-
  1. Monitor Your Trip
  2. Booking Hotel
  3. Search for the Flight
  4. Travel Notification dan 
  5. Currency Converter (All around the world)

Monitor your Trips


Kelebihan this part adalah korang akan dapat free 'assistant' yang akan manage all of your trips. Korang akan tahu setiap flow untuk your trip. Contohnya, you all boleh tengok gambar di bawah.

Ya, korang akan tahu pasal masa, cuaca bla2 semuanya dah calculated.

Booking the Hotel.


This is where korang boleh tahu semua hotel bersama dengan location, harga satu bilik, dan even bintang hotel tu pun korang boleh tahu. Tak perlu buka Google Maps. Tak perlu buka GPRS. Sebab semuanya dalam satu application

Search for The Flight


This is why aku kata apps ni sesuai untuk yang selalu travel sebab dengan apps ni, korang boleh monitor flight schedule dan routes. You all boleh tahu pasal Departure, Departing dan Arriving time untuk sesebuah flight. So, tak perlu lah you all susah-susah nak ke sana dan kemari untuk satu flight ticket lebih-lebih lagi bila you all kat negara orang dan tak tahu pasal flight negara tersebut.

So, di bawah aku dah sediakan scene + theme + gadget + Apps  yang paling sesuai untuk golongan profesional dan pekerja.


Macam yang korang tengok, ada dua jam yang berlainan Time Zone. Actually, nak buat lebih dari dia jam pun boleh. Tak ada hal. Amat sesuai bagi pekerja yang slalu outstation di luar negara.

Tak terlupa juga, dengan HTC Sense, bila korang travel je ke luar negara, your smart phone akan detect dan automatic selarikan your clock dengan the current hour. Yes, you travel and the weather and clock is automatically update.

Other HTC Desire S Review :
Part 1
Part 2
Part 3


Kalau berminat nak beli dengan harga murah + Pakej Maxis, boleh klik SINI.


Rabu, 4 Mei 2011

Review : HTC Desire S - Minus Factor for HTC Desire S. #Maxis10

Assalamualaikum


Hello people.

Macam yang korang baca, aku dah post dua blog post tentang HTC Desire S which is
1. Review : HTC Desire S - Overview and Specification
2. Videos: HTC Desire S - The Power of HTC Sense & Multi-Tasking

And for this time, aku akan tulis tentang benda-benda yang aku tak suka pasal this phone. Well yeah, aku amat sukakan this HTC Desire S. Tapi dalam 10 benda yang kita suka, mesti ada sekurang-kurangnya 1 yang kita tak suka kan? So, berikut adalah things yang aku tak berapa berkenan dengan HTC Desire S.

Battery Life
Kalau kita tengok di review-review yang di buat oleh Reviewers Maxis10 lain. Mesti ada yang tak puas hati dengan Battery Life kan. Well, aku terpaksa admit sebagai pengguna handphone yang hardcore, bateri dia tak adalah lama. Tapi, bukan sebab bateri, tapi sebab the hidden applications.

HTC Desire S ni amat bagus dari segi multi tasking. TERLALU BAGUS actualy. Bagus sampaikan kita tak perasan yang kita sedang multitask banyak benda. Bila kita multi task, penggunaan batery akan meningkat even kita tak buat apa-apa. Thats why lah battery mudah habis. So, how to overcome this problem?

Kadang-kadang, tanpa sedar boleh penuh list ni dengan applicatios.

Easy bizi. Apa yang you all perlu buat adalah download apa-apa Task Manager atau Task Killer. Tapi itu lah masalahnya, setiap masa kita kena buka Task Manager untuk close application yang kita terlupa untuk exit. Amat cerewet di situ.

Current 'Leakage'
Masa first time aku nak charge this phone, aku perasan yang bila aku pegang je phone ni, ada sedikit electric current (pulse) di body HTC Desire S ni. Tak banyak. Sikit je. Kalau korang ada pacemaker pun memang tak ada jadi apa apa. Tapi, still ada current. Dan bila main handphone ni buat jangka masa yang lama sambil charging, maka korang akan rasa yang hujung jari korang rasa seperti 'berkedut'. Amat tak selesa. So, kalau aku nak main game atau texting, aku memang tak akan charge atau connect ke computer dengan menggunakan USB cable. Tak tak best lah macam tu. Macam terikat.

Application di Home Screen Tak Live.
Aku amat suka Home Screen untuk this HTC Desire S. Di Home Screen, kita boleh letak apa-apa widget yang kita nak dan etc. Tapi, masalahnya sekarang ni, ianya adalah tak live. Setiap kali kita pergi ke another page of the phone, kita kena refresh the application untuk dapatkan feed terkini. Contohnya macam Weather, Friend Stream and even widget jam sekali pun tak live kalau kita tak view ia. So, setiap kali kita nak view, kita kena tunggu dalam 0.5 ke 1.5 saat. As for Friend Stream, lagi lah lama nak kena tunggu. Tolak sedikit point untuk Multi-tasking dan tambah beberapa point untuk Penjimatan Batterry.


Support Flash Player. Tapi Tak 100% Berfungsi.
Antara kelebihan HTC Desire S (Android) berbanding iPhone ada keupayaan untuk support Flash Player 10+. Yes, macam yang aku pernah bagi tahu dulu, iPhone (iOS) tak support Flash Player. Tapi, aku boleh kata yang Flash Player ni tak 100% berfungsi kat Android. Maksudnya, yeah, flash player memang okay. Boleh tengok YouTube, video, iklan NuffNang dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan flash. Tapi masalahnya, tak boleh beberapa function tak available. Contohnya, Chatbox di blog aku.



Kalau guna HTC Desire S, memang boleh baca ayat-ayat di Chatbox tapi tak boleh nak scroll down. Plus, tak boleh pergi ke next page. Seolah-olah tak 100% suport Flash Player. Dengan kata lain, this Android hanya support 99% dari full function of Flash Player. Bagi hardcore internet lover seperti aku, berita ini agak mengecewakan. Tapi since ianya adalah 1%, dan since I got a laptop rasanya it is okay.


Linked Contact.

Macam aku cakap di entri lepas, bila kita synchronize je account Facebook kita dengan the phone, the phone akan automatik tarik semua nombor telephone friends di Facebook kita dan link kan ke contact information di handphone. Dan andai kata ada seorang awek comel ni add aku di facebook, then handphone aku detect dia punya phone number, this handphone akan keluarkan notification pasal that girl. Ya, automatik akan masuk ke your contact list. Tapi, ya ada tapi-tapi. Tapi yang aku paling tak suka adalah bila dah link kan, kualiti gambar untuk that person akan jatuh dengan gila-gila. Aku pun tak tahu kenapa.

Gambar asal:


Gambar bila diletakkan dalam handphone:


Bukan untuk yang linked je. Yang tak link pun, kalau aku letak sendiri kat contact list tu then bila aku view je, gambar dia akan jadi teruk gila. So, caranya, korang kena letak gambar yang betul-betul besar then baru lah akan nampak cantik sikit. Sikit je cantik pun. Degrading tu still ada. Tapi kalau yang dah link kat ke Google account, Facebook or Twitter account, memang confirm-concirm tak akan nampak cantik. Comfirm akan nampak gambar pixel pecah.

Handphone mudah panas.
Aku rasa kita semua tahu kan kalau kita charge bateri hanphone, sure dia akan panas kan. Tapi sepanjang aku guna Nokia, aku tak rasa panas pun. Tapi as for this HTC, bukan stakat masa charge je panas. Masa texting pun panas.


Well, bila aku kata panas, tak bermaksud ianya panas seperti pegang api. Just, sedikit haba yang membuatkan aku tertanya-tanya "WHY U SO HOT?". Aku pun tak tahu kenapa ianya menjadi panas tapi sedikit sebanyak, rasa kurang selesa lebih-lebih lagi ketika tengah main games. Yup, masa main game, ianya menjadi agak panas you know.

Well, mana la tau kot-kot keluar model HTC baru iaitu HTC Desire S II. Harap-harap lah semua problem di atas semua dah tak ada. So, setakat ni, even this HTC Desire S ada kelemahan, tapi dia punya kelebihan amat terbaik. Kalau you all berminat, feel free untuk visit this Maxis - HTC Desire S.




Ahad, 1 Mei 2011

#Maxis10 Videos: HTC Desire S - The Power of HTC Sense & Multi-Tasking.

Assalamualaikum

Hello, human.

Entri ni adalah entri ke dua sambungan untuk HTC Desire S punya review. Untuk yang masih belum tengok the first post of the review, you boleh tengok di sini.

And, from the previous entry, Hana ada tanya:

"Antara HTC Desire S dan HTC Sense, mana lagi better?"

Actually cik adik, HTC Desire S tu adalah HTC Sense. Well, HTC Sense tu bukannya handphone. Tapi ia adalah 'intelligent'. Integrated intelligent yang ada kat your smartphone. Atau pun dalam bahasa teknologinya adalah User Interface (UI). Dengan kata lain, andaikata your android smart phone ada this HTC Sense punya intelligent, maka dia ada kelebihan dari segi friendly use and functions. Antara kelebihannya adalah Instant Map, Compass Map, Flip to Silence your phone, Preview Drives, Friend Stream dan macam-macam lagi yang tak ditulis di website HTC.

Maps
HTC Sense datang dengan live GPS map plus compass. Which is, yes, akan ada kompas di map korang. Sedikit perubahan arah di handphone, your compass akan detect. Exactly sama dengan the real compass. So selepas ni, tak perlu lah korang terbalik-balik kan handphone korang untuk follow up kedudukan map tu.

The Ringing
Antara kelebihan lain HTC Sense ni adalah its ringing. Ianya termasuk Flip to Silence. Andai kata korang baru balik dari pergi dating dengan dua boyfriends sekali gus; Mesti penat gila kan layan karena lelaki-lelaki tak matang tu tadi? Then bila sampai kat bilik, you terus tidur. Tengah-tengah sedap tidur tu, you all terjaga mamai-mamai sebab your phone is ringing. But on that time, you mengantuk gila-gila. Nak ambil phone, tengok phone dan tekan button decline tu amat lah malas. So, here is the idea; Flip it. Yes, just flip your phone, and your HTC akan automatik silence kan diri dia. Korang boleh tengok contoh kat dalam video kat bawah. Tengok macam mana aku avoid Fasha's incoming call.


Lagi satu, pernah tak masa korang dalam crowded area seperti di pasar malam atau di dalam mall yang ada sale 80% less? Then masa tu jugalah your boyfriend(s) call tapi you all tak dengar sebab tempat tu bising plus your handphone currently berada dalam your bag? Well, with this HTC Sense punya intelligent, you all tak akan miss any of phone calls. Sebabnya, this HTC akan automatik detect keadaan phone anda. Setiap kali your phone berada dalam bag atau tempat tertutup, handphone ni akan meningkatkan volume ringing bila ada incoming call. Then bila korang pegang dan ambil your phone, bunyi tu akan automatik menurun. Cool kan?


Home Screen.

Tapi, antara function yang paling aku suka adalah easy Homescreen Customization. Aku nak tulis malas sebab easy sangat. So, aku buat satu video pasal How Nice This Homescreen Costumization Plus Its Smoothness Could Be. Ya, tajuk amat panjang. I know. But seriously you guys will love it on how easy and smooth it is.



See? Smooth dan easy kan? And, aku adalah jenis yang suka buat kerja serentak. Kalau guna laptop, aku suka play lagu, main game (Dota) dan surf internet serentak. Kalau aku browse internet dan websites, mesti aku akan buka lebih dari 5 tabs serentak untuk satu web browser. Kadang-kadang, aku buka lebih dari 10 tabs (Chrome + Firefox). Tapi, bila guna handphone, adakah aku mampu buat macam ni? Actually, why not? As long you all dah download web broswer dari Android Market Place, sure boleh buka banyak tabs. Dengar musik + surfing the net + main game + download apps = Great multi-tasking.

Great Multi-Tasking

Yup. With this HTC Desire S yang comes dengan HTC Sense, korang boleh multitask hampir semua benda. Memang banyak gila application dan games yang boleh run serentak.

For example:
  1. You play lagu / music.
  2. Sambil tu, surf internet dan browse websites dengan banyak tabs termasuk tengok video youtube.
  3. Then sambil tunggu website loading / buffering, korang boleh main game.
  4. You all boleh main lebih dari satu game pada satu-satu masa. Nak run 3 game pun boleh. Tak ada hal.
  5. Tengah main tiga games tu, you all teringat pasal a new game. So, you all boleh pause 3 games tu dan download another game di Android Market Place.
  6. Sambil tunggu download dan install tu, you all boleh sambung tonton youtube dan surf internet.
  7. Tak pun, you all rasa nak lepak kat Facebook dan Twitter, korang boleh launch Friend Stream (Dengan Friend Stream, korang boleh lihat status update Facebook, Twitter and ect dalam satu application. Boleh view profile, post reply, comment, like komen dan etc.)
  8. Then tiba-tiba your phone berbunyi sebab ada email masuk. You all terus boleh buka email tu tanpa perlu tutup satu application pun.
Yes, all could be done without closing any of the applications. Great multi tasking, kan? No, ITS SUPERB.

How about the performance? Well, take a look on  the video di bawah. Video di bawah aku ada tujukkan how aku multi-task dan guna application Friend Stream. All of your friends' facebook, twitter and etc punya update akan show up dalam satu application yang di panggil Friend Stream. Yeah, ini adalah salah satu dari kelebihan HTC Sense.


Okay fine bila dah upload this vid ke YouTube, baru lah aku perasan ada bebrapa kesalahan di dalam vid tu. Biasalah, first time buat video. Juga sorry pasal my Malaysia-Terengganu-Kelantan accent. Well, harap korang tak perasan pasal tu.

Ehem.

Actually kan, dari pengalaman aku test phone kawan-kawan aku dan phone-phone di booth Maxis serta di Courts Mammoth, aku rasa HTC Desire S is doing great with 'her' multi-tasking jobs without sebarang penurunan dari segi performance.

Well, bukan aku nak berat sebelah dan puji HTC Desire S, tapi flexible costumization dan multi tasking dia adalah my favorite part. So, kalau anda tak pandai multi tasking, anda patut beli this HTC DESIRE S dan belajar macam mana this phone doing 'her' jobs. Thats the power of HTC Desire S with the HTC Sense.

Yeah, HTC Sense. Quietly brilliant.

Next entry, Apa yang Aku Tak Suka Dengan Baby S.

P/S : Komen anda akan aku approve selepas aku balik dari kampung. Soalan anda akan aku jawab di entri akan datang. Baibai.


Rabu, 15 September 2010

Review Product : Hotlink Maxis Hot Ticket. (Paling Jimat.)

Assalamualaikum


Anda suka bergayut? Suka bergayut siang dan malam di luar rumah, mahupun di ceruk penjuru rumah mahupun di dalam tandas rumah anda? Atau anda suka berSMS tanpa henti antara skandal-skandal anda di setiap masa, setiap saat dan setiap ketika tanpa mengira waktu?

Anda suka lakukan semuanya tetapi tidak berkemampuan? Well, kini tidak lagi! (Perh, sebijik macam iklan)

Tahukah anda yang sekarang, anda mampu membuat call selama 120minit dan 300 SMS ke semua nombor telco (Maxis, Celcom, Digi & Umobile) hanya dengan RM15 yang selama 10 hari? Apa yang anda perlukan adalah;

  1. Handphone(s) - Bilangan handphone bergantung kepada bilangan kekasih dan skandal anda.
  2. Masa - 120 minit dalam 10 hari untuk calling.
  3. Pakwe(s) Makwe(s) atau dan skandal(s).
  4. Dan yang paling penting - RM15 untuk membeli Maxis Hot Ticket.

Well, what the fuuuu is Maxis Hot Ticket? Apa itu Hotlink Hot Ticket? Product terbaru Hotlink and Maxis? Actually, YES it is. And with the super duper saving rates.


Bagaimana Hotlink Hot Ticket berfungsi? Okay, sebenarnya aku tak tahu langsung apa ke jadahnya Hotlink Hot Ticket ni. But then, masa aku drive balik ke kampung aku, abang aku suruh aku berhenti kat kedai telco. Katanya untuk membeli Maxis Hot Ticket. Selepas tu, dia bagi tahu lah aku apa kebenda nya Maxis Hot Ticket ni termasuk rate plan and charges dia.

 Hot Ticket is for all Hotlink plans.

Maxis Hot Ticket ni, ada tiga jenis. Ada yang RM8, RM10 dan ada yang RM15. Tapi lah kan, frankly, aku rasa yang RM15 jauh lagi berbaloi dari harga lain dan even berbaloi dari topup maxis RM20 yang biasa. Andaikata korang topup biasa RM20, korang akan dapat RM20 airtime etc. Tapi dengan Hotlink Maxis Hot Ticket, korang beli yang berharga RM15, korang akan dapat nilai guna sebanyak RM60 which is calling for 120 minit dan 300 sms ke semua rangkaian. Nice rate and charges kan? Well, ini amat berbaloi kalau korang ada terlalu ramai skandal atau awek atau pakwe; nak-nak kalau setiap mereka mengunakan rangkaian kemunikasi yang berlainan.

 Iklan Maxis hot tiket. Check it out the ad.

Dan, kalau nak compare kan dengan Maxis Youth Club pun, aku rasa Hotlink Hot Ticket ni lagi berbaloi. Sebab kalau Youth Club, sekali call Maxis ke Maxis adalah 12sen per minit. 12x120 = Rm14.40. Tu belum tambah yang SMS lagi. Dan ia bukan seperti Youth Club yang hanyalah untuk Maxis ke Maxis. Sebab ianya adalah ke semua nombor dan rangkaian. Now, adakah anda rasa yang ianya adalah jimat? NO IT IS NOT. IT IS SUPER DUPER JIMAT RATE DOE.

So, mari kita comparekan Maxis, Celcom dan Digi. Mana yang lagi best antara ketiga-tiga ni?

Celcom

Another Celcom

Maxis

Digi

Bayar RM100 then baru boleh layan 8 cent per minute? Not cool.
Limited to 8Pack and Favorite 20 nombor baru boleh layan 12 cent per minit? Not cool.
Kena call and text to same operator to get the great bonus and rates? Not cool.
But, call anyone you like, anytime you want, with this Hotlink Hot Ticket, you gonna get RM0.125 call per minute with free 300 SMS? Yes, and it is super cool. (+ Redeem for KFC)

Secara conclusionnya for RM15 pakage
  • 120 minute talktime.
  • 300 free SMS
  • Any time - No need for wait to the midnight for super savers.
  • 10 days active time (including Youth Club
  • 100% great choice for those yang suka bergayut.
  • All network

Ya, cool kan? Kalau kita tengok balik, rangkaian telco lain racist gila. Semuanya nak same operator baru dapat cheap rate. RACIST. Tapi for this Hot Ticket, it is for all number. ALL NUMBER.

So, yeah, this is way much better than Super Savers and what so ever.



Jumaat, 4 September 2009

Hotlink Youth Club & DiGi Campus.

Mengada-ngada khairul censored numbor dia.
Macam la ada orang nak ambil.

Semalam aku order sim pack Maxis Youth Club yang harganya mahal sket untuk dapatkan nombor lawa. Tak ada lah mahal mana tapi mahal la jugak. Yang penting, aku puas hati kerana ada banyak numbor '9' kat nombor aku tu. Bunyi pun sedap.

Maxis Youth Club aka Student Plan.

Maxis Youth Club ni umpama U pax Celcom. Kiranya memang murah la. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Tapi aku lebih suka kan maxis sebab nama maxis tu agak stylo.

DiGi Campus. Damn super nice rate doe.

Dan hari ni pula, aku lihat iklan NuffNang, terpapar iklan DiGi Campus yang menyediakan SMS percuma untuk 11 nombor. Percuma dow. Nampak macam desprate betul yea DiGi nak cari pelanggan. Yang aku tahu, pengguna DiGi kebanyakkannya terdiri dari orang cina. Adik aku pakai DiGi. Sebab dia bersekolah di sekolah Cina dan rata-rata orang Cina memang memakai DiGi. Oh, amoi.

Bila difikir-fikirkan balik, berapa ramai kawan-kawan aku yang guna DiGi?
Tak ada sorang pun.