Memaparkan catatan dengan label fake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fake. Papar semua catatan

Isnin, 2 Mei 2011

(Busted) Osama Bin Laden Tak Mati Lagi.

Assalamualaikum


Hello babies.

Tadi masa aku drive dari Terengganu ke Kuantan, aku bukak la radio Hitz. Then Sinar. Then bila sampai kat mana tah, ada satu siaran je which is Klasik.FM (Kot). Duh. Nak tak nak, dengar je lah Klasik.FM tu.

Then dalam pukul 6 agaknya, ada berita semasa kat radio tu. Dengar-dengar, aku perasan dia cakap Osama bin Laden dah mati. Aku pun rasa macam terkejut la juga. So, "Betul ke Osama bin Laden dah mati?". Well, kita semua tahu kan yang benda-benda di internet ni tak boleh dipercayai.

Then, bila sampai rumah, aku search lah. Tengok-tengok, tu semua adalah hoax and fake.


Gambar kematian Osama? Photoshopped.

Sumber :
LiveLeak
PB

[Update] So, tadi aku tengok TV3, memang dieorang kata dah mati. Aku keep searching, ada yang keluarkan bukti kata Osama dah mati, dan ada yang keluarkan bukti yang kata tak mati lagi. So, semakin banyak aku search, semakin banyak doubt yang keluar.

Tapi, masa PM ada bercakap kat TV3 tadi, aku mula terfikir. Osama ni korang anggap pengganas atau pejuang fisabilillah?


Selasa, 15 Mac 2011

Tsunami di Jepun dan di Al-Quran. (Mythbusting)

Assalamualaikum

[Miracle]

Hello guys.

Actually, hari ni aku nak post satu entri yang simple. Tadi, masa aku curi-curi buka facebook di office, aku perasan satu article yang berlegar-legar di internet. Aku tak tahu siapa yang cipta benda-benda macam ni. Dan nasib baik pencipta article ni tak kaitkan dengan Freemason.

Sebenarnya, aku tau yang antara korang dah ramai yang baca article ni. Tapi, aku punya special sikit. Aku tak main copy paste je. Aku buat sedikit research even tengah penat.

Apa pun, sila baca dan sila terpegun.

******************


1. Tarikh yg berlaku Tsunami adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432. (Checked - Menggunakan tahun Hijrah berbanding Masihi.)

2. So, dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Juzud ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzud 14 Ayat Quran ke 4.


1. Rujuk di Quran.

[Quran]

Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr (Checked - true), dan ayat ke 4 dari surah AL Hijr menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".(Checked - True - Sahih International)


2. Kedudukan Jepun 



[Japan]


Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138) (Checked. Its true)

So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
Proved yang di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun. ( I don't know what the hell is this)

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. Maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53 (Checked. Betul. Its Sendai btw)

Maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
Proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun. ( Aku dari tadi tak tahu apa kaitan semua benda ni dengan nombor 3)

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia. Gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

So 1+4+4+6 =15
So next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku gempa bumi. (Checked - Gegaran naik slow-slow start dari sekitar pukul 6 UTC)


4. Hari melapetaka.


[The Down]


Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. So angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. (Yup yup. Tapi macam mana pula dengan angka 4? Kenapa ada nombor yang tak represent apa-apa? Mungkin kerana ianya masih rahsia. Who knows?)

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

*******************

Aku nak pertikaikan article ni. Maklum lah, orang zaman sekarang suka sangat reka benda-benda kontroversi macam article freemason dan illuminati tu. Dan kalau macam article freemason /  illuminati, free-free je aku boleh pangkah dan hentam.

Dari article di atas, ada benda yang boleh dipertikaikan. Tapi... I got no solid reason to doubt it, tak macam entri-entri Freemason dan Illuminati yang merapu. And, article di atas adalah AWESOME. Aku tak tahu siapa buat article di atas, dan aku tak boleh nak pertikaikan langsung. Holyshhhh. Ini lah article pertama yang aku tak boleh nak pertikaikan. And it is damn true.

May Allah bless us.

[Update] This is not the good reason why you should believe on Quran. You should believe on Quran for something more than just a 'solid' statement. Agreed with Milf yang "Anybody with good analytical skill could find this after the events had already happened. It would be even more impressive if they had predict it before it happen.".


Khamis, 25 November 2010

Anti - Teori Konspirasi, Freemason, Justin Bieber dan Evil Message.

Assalamualaikum

[By - Unknown]

Hi. Beberapa hari lepas, aku dapat beberapa spammer yang mungkin obses dan taksub dengan Freemason & Illuminati. Well, you know... Freemason....Illuminati. The things that Malaysian or mostly Malays love it so much for making the issues. So, aku amat berharap yang spammer tu masih ada di sini. Sebab aku nak troll se-troll-trollnya.

Well, aku tak faham lah. Ada orang kata Lady Gaga buat lagu yang Freemason /  Illuminati. Kalau terbalikkan lagu tu, boleh dengar mesej yang terserat. Alah. Mengada-ngada betullah lah Freemason / Illuminati nak main terbalik-terbalik lagu and mesej tersirat ni. Bagi tahu direct to the point tak boleh ke? And then, now, keluar pula isu Justin Bieber punya song bila di reverse kan, akan keluarkan lirik-lirik yang memuja syaitan dan Immuninati. Tapi kan, aku pelik sebab WHAT THE HELL IS GOING ON? Berjuta orang view video kononnya Justin Bieber / Lady Gaga / Michel Jackson ni adalah geng One-World-Order-apa-tah, tapi tak ada sorang pun nak check kan kesahihan video tu.

Dan, aku juga dapat satu video kat facebook yang gila lah gempak. Superb punya gampak sekali korang tengok, mesti gugur jantung. Tak percaya, sila tengok video di bawah.


Video di atas adalah pasal lagu Justin Bieber yang di reverse kan. Dan, bila dah di reversed, korang boleh dengar evil message yang dia nak sampaikan. So, selepas anda melihat clip video yang ada mesej yang di tayangkan di atas, apa yang perlu anda buat? Apa? Kaji? JANGAN. Jangan kaji kesahihan video tu. Kita kan orang Islam. Kita kan orang Melayu. Orang melayu mana main kaji-kaji ni. Sebab, sebagai orang melayu, kita perlu cepat melatah dan paranoid serta bersikap overreacted dan tanpa membuang masa serta tanpa berfikir, kita perlu forwardkan video tu ke serata dunia. Why? SEBAB FREEMASON IS EVERYWHERE AAARRRHHH. WE ALL GOING TO DIE!.

Then then then, kalau korang ada jumpa artilce cakap air Pepsi tu haram atau Colgate tu haram, atau air mineral ada Holy Water yang haram, korang jangan kaji artilce tu. Korang wajib percaya. Why? Sebab artikel tu at least mengajar korang untuk berhati-hati terhadap benda haram. Tak apa kalau article tu fitnah Colgate ke, fitnah KFC ke, fitnah McD ke, yang penting, objective article tu tercapai. Matlamat kan membenarkan cara. Fitnah sikit pun apa salahnya.

Duh,


This cute-cute entry, aku tujukan khas kepada sesiapa yang amat fanatik dan obses terhadap Freemason / Illuminati sampaikan semua benda nak di mark / cop sebagai Freemason / Illuminati. Atau, mereka lebih di kenali dengan penganut teori konspirasi yang tak der kerja nak buat selain reka cerita.

Well, betul ke video Justin Bieber dan evil message dia tu? Mari kita tengok kesahihan video tu.

Mula-mula, kita download video tu then kita convertkan video yang amat sahih tersebut ke audio. Of course lah kita converkan ke format yang paling mudah which is MP3. For me, aku guna Hamster Free Converter.


Then, selepas dah format, kita akan dapat audio pasal lagu Justin Bieber yang paling sahih yang ada secret message tu. Then, well, aku tak pandai lah pasal CSI atau kaji audio ni. Tapi, aku tau yang kita boleh tengok graph atau audio spectrum atau apa-apa je lah nama dia, melalui Audacity.


 3 parts in a video


Aku ambil part pertama je.


Yang belah kiri adalah original song dan yang belah kanan adalah reversed song (kononnya).


Aku select yang reversed part of the song.


Aku reverse kan nya sekali lagi. Why aku reverse kannya? Sebab katanya, part yang belah kanan dah diterbalikkan untuk dapatkan secret message yang boleh di revealkan. So, kalau dari segi teori, menterbalikkannya lagu yang dah terbalik, akan memberikan lagu original kan?


Belah kiri adalah yang original, dan yang kanan adalah double reversed part of the song.
And  mari kita compare.


Sila besarkan gambar untuk comparekan sendiri.

Okay fine korang tak percaya dengan apa yang korang lihat. Biasalah, manusia. Bila dah ada mindset yang tersendiri, memang susah nak terima pendapat orang lain. So, memandangkan mata anda pandai menipu anda yang menyebabkan anda tak percaya akan bukti yang aku keluarkan, aku dengan rajinnya mengupload lagu tersebut. Lagu Justin Bieber yang ori + lagu yang di reversed kan. Korang boleh dengar sendiri yang lagu tu dah di edit yang menyebabkan ianya menghasilkan 'evil message' bila di reverse kan. Tak tau lah kalau telinga anda pun pandai menipu.

*****************
Lagu ori pada beberapa minit pertama, then lagu yang double reversed di beberapa minit kemudiannya. Korang boleh dengar dengan jelas yang lagu tu dah di edit supaya ada lirik konon puja syaitan satanic orb.

*************

Tak guna punya Illuminati. Tak pasal-pasal, aku dah pecah rekod sebab ada lagu Justin Bieber dalam laptop aku. Sebab kalau nak diikutkan, lagu Justin Bieber memang tak pernah ada kat laptop aku sebelum ni. Tapi, bila isu Illuminati ni keluar, nak tak nak, aku kena download juga. Well, I don't like Justin Bieber. Why? Because I don't like her style and her song. Yeah, she just listed as #7 of 50 Most Popular Women Based on Google Ranking, but still, she is not my type.

Dan yang terakhir, logik ke mamat Justin Bieber yang girlish boy tu jadi Young Leader of Illuminati New World Order? Yea, Hell no. So, that video is fake and hoax video. I just proved that. Kalau korang tak percaya, korang boleh prove kan sendiri. Try ah. Wajib try bagi orang-orang yang fanatik dengan freemason-is-everywhere dan geng theori konspirasi.

[By - Unknown]

Geng freemason / Illuminati rancang kelahiran Dajjal? Alaaa balik-balik isu ni. Allah kan dah cakap dah Dajjal tu akan tubik (keluar) juga nanti. Sebab apa? Sebab Allah yang lepaskan Dajjal. Bukannya geng Freemason. Then, selepas benda pelik tu di lepaskan bla bla bla, Nabi Isa akan turun dan bunuh Dajjal tu. Tu benda dah tulis dalam Al-Quran. Nak di kaitkan dengan Freemason dan illuminati apasal pulak?

And then, pasal Horsemen. Ada pula geng Freemason kaitkan Knight Templar dengan Horsemen. Padahal Horsemen tu kan fahaman dari bible. Sejak bila pula penganut theori konspirasi ni percaya kat bible? Tahu tak bible tu dah berapa banyak kali di tulis semula sedangkan Al Quran dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah? See? Tak pasal-pasal korang (Peng-taksub Freemason) dah percaya kat Bible.

Terdapat dua jenis bacaan yang perlu kita tahu bezakan.

  1. Bacaan yang mengajak kita berfikir (Buku H.M Tuah, Hlovate, Irfan Khairi, Andrew Matthews)
  2. Bacaan yang memutarbelit fakta dan memaksa kita berfikir seperti penulisnya. (Black Bible, Theory Conspiracy, Mastika, Infiniti dan Blog Anti -Freemason)

Jenis bacaan yang pertama akan membentuk kita menjadi diri kita sendiri. Dan jenis bacaan yang kedua adalah propaganda yang mahu kita menjadi brainless zombie.

So, Justin Bibir ni ada kaitan dengan freemason? Iklan Tv3 ada kaitan dengan freemason? AJL2010 ada kaitan dengan Freemason? KLCC Twin Tower ada kaitan dengan Freemason? Logo Mara ada kaitan dengan Freemason? Sejarah pembetukan Malaysia ada kaitan dengan Freemason?  TNB Malaysia ada kaitan dengan Freemason? Then Knight Template Templar? Haha.

What a joke.


This is the reason why, you shouldnt simply believe any video, article and shits from the internet.

P/s : Aku bet nanti korang akan nampak anonymous pencinta dan obsess theori konspirasi spam kat chatbox aku.




Khamis, 23 September 2010

Another Crap : Penubuhan MALAYSIA : perancangan USA sejak 1889?, kertas kerja HARVARD UNIVERSITY?

Assalamualaikum


Another crap issue yang orang sibuk canang ke sana dan kemari. Isu yang... duh, apa lagi, yang dari orang kita lah. Ni lah orang kita. Suka buat benda pelik-pelik. Pastu bila ada orang tegur, kata suka mengada bangsa sendiri. Duh.

Dalam kotak bawah adalah article yang asyik di forward ke sana dan kemari yang kononnya ianya adalah perancangan untuk Malaysia. Tulisan bewarna ungu adalah komen aku.



Penubuhan MALAYSIA : perancangan USA sejak 1889?, kertas kerja HARVARD UNIVERSITY

1) kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON! (Freemason? Booooooo)

2) kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletakan batu asas FREEMASON (Tak canggih langsung main letak batu asas.) tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nih..


3) aku rasa macam nak menangis je (Apahal doe nak nangis emo tetiba) bila jumpa benda ni semasa aku cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ia bermula ketika aku berasa amat hairan kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah nak klaim nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu dulu nama MALAYSIA. (Tak ada sangkat paut langsung filipina dan nama Malaysia)




4) rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University (gambar disertakan)

5) dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.... kuat betul perisik CIA nih "Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."

6) Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan


7) Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“
rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192) (Aku tak jumpa la rujukan ni.)

Penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas antara bangunan FREEMASON di JOHOR (perhatikan betul2 apa dia tulis di peti suratnya dan lambangnya)



Apahal ni? Nama gempak, ada cawangan di seluruh dunia. Tapi rumah buruk.

7) Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON(Ye la ye la semua freemason kau)) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

8) Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.” (Kat sini dah tau dah yang article ni di reka untuk kepentingan politik. Ada ke pula nak sabitkan ke politik dalam negara.)

9) Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya (ayat penipu). Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

10) Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189) (See? Nampak sangat unsur politk)

11) sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!
R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr.M M)
A - Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi)
N - Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)


Yang ni dah lama aku tahu. Tapi, apa kena mengenanya? Kalau freemason lah sangat, kenapa tak buat susunan nama Dajjal instead of RAHMAN. RAHMAN tu kan nama Allah. Alahai baiknya Freemason nak guna nama Allah.

12) "Kerajaan telah memilih Perang Besar" (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini : http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1692 (So what? Apa kena mengenanya kalau kerajaan memilih tempat Putrajaya? Apa point kenyataan "Kerajaan telah memilih Perang Besar" (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini"? )

mengikut perancangan ILLUMINATI.. di mana FREEMASON telah bergabung dengannya.. Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1World Government, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia merujuk kepada Government! (Perhatikan huruf S dalam perkataan Freemason. Ia merujuk kepada bullShit)

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)

14) mengikut ramalan orang Yahudi berfahaman zionis yang sekarang sedang menguasai negara Israel serta parlimen USA (ditubuhkan oleh salah satu sayap gerakan mereka iaitu FREEMASON yang selepas itu sudah bergabung dengan gerakan Yahudi satu lagi dinamakan ILLUMINATI).. Keturunan dari Keturah/Quntura/Ketura iaitu isteri ketiga nabi Ibrahim selepas Hajar dan Sarah, akan mencabar kekuasaan mereka pada ketika dunia hampir kiamat dan Imam Mahdi atau nama lainnya Messiah akan lahir di Timur Dunia, sebelumnya Allah menurunkan Nabi Isa atau nama lainnya Jesus kembali ke bumi untuk membanteras Dajjal yang akan mengaku dia adalah tuhan sebenar, padahal dia menipu (aku pernah baca bahawa dia adalah Samiri pada zaman Nabi Musa atau nama lain Moses yang Allah panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat, setelah dia mengintai Nabi Musa yang dipanggil menghadap Allah, dia mengumpul bekas laluan malaikat jibril atau nama lain Gabriel, lalu dia mencipta "tuhan" berbentuk LEMBU yang diperbuat dari emas yang dikumpul dari seluruh kaum Yahudi dan selepas dia mentaburkan sisa-sisa tapak malaikat Jibril itu, tiba2 boleh bergerak dengan cergas untuk beberapa saat dan dia menyesatkan kesemua kaum Yahudi dengan mengatakan LEMBU EMAS, "lembu suci", "holy cow" itu adalah tuhan... cerita ini ada dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, (Are you sure? Setahu aku, kisah lembu  dan ajaran Samiri ini kemungkinan besar dia adalah Dajjal dan masih menjadi kepercayaan kuat pengikut agama Hindu yang tamadun besar mereka bermula di Sungai Indus di India)(Apa kena mengena? Tak ada kaitan langsung.)

15) dengan kepercayaan kuat Yahudi ini yang percaya bahawa suatu bangsa keturunan dari isteri ketiga Kunturah /Quntura/Ketura ini akan mencabar dan mengalahkan mereka, kebanyakan negara kuasa Timur cuba dilemahkan dan dipecahkan manakala kuasa barat cuba dikuatkan.. dunia Melayu dipecahkan kepada paling kurang enam negera - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur.. dunia Cina dipecahkan kepada China, Taiwan, Macao, Hong Kong.. dunia Korea dipecahkan kepada Korea Utara dan Korea Selatan.. cubaan menguasai Vietnam.. serta dibom teruk negara Jepun dan dibina pangkalan tentera termaju USA di Jepun, Filipina pelbagai lagi negara di seluruh dunia ini serta serta diberi bantuan ketenteraan melampau kepada Singapura (perhatikan sistemnya hampir sama dengan Israel semasa Israel menang peperangan 6 hari dalam hari dengan negara2 Arab) serta dihantar Jeneral Israel mereka mencatur strategi ketenteraan Singapura..

Lee Kuan Yew namakan mereka sebagai The Mexican.. serta dibinanya fahaman politik2 didunia ini seperti komunis dan sossialis moden yang pengasasnya sama iaitu Karl Marx yang berbangsa Yahudi, serta mahu seluruh dunia mengamalkan demokrasi yang juga sistem asasnya adalah rekaan Yahudi juga, juga dilagakan USA dan RUSSIA yang terletak disebelah timur dunia.. dan diciptanya GOOGLE dan FACEBOOK yang pengasasnya juga adalah Yahudi serta dibelinya YOUTUBE dan juga dikuasai kebanyakan media-media utama dunia, diasaskan juga HOLLYWOOD serta diasaskan kebanyakan syarikat2 studio perfileman di USA untuk pengaruhi seluruh dunia yang dinamakan GLOBALIZATION.

16) antara perkara yang amat menghairankan juga macam mana Anwar Ibrahim boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan amat cepat serta boleh pula dia rancang strategi Foundation For Future (sebuah pertubuhan yang sengaja direka oleh USA dan Yahudi untuk merancang politik di Asia) dan berkwan amat rapat dengan Paul Wolfowitz (perancang utama peperangan di Iraq dan Afghanistan) (Bukan Henry Kissinger ke?).. manakala Najib seperti mengungkapkan misi utama ILLUMINATI atau FREEMASON ini 1World Government : New World Order(Kira nak cakap kerajaan Malaysia under freemason la ni).. serta pilihanraya Malaysia dulu semasa era pemerintahan Abdullah Badawi diadakan bertarikh "13" (suatu nombor keramat bagi pengikut FREEMASON dan ILLUMINATI).. dan apakah pentingnya nombor "7" dalam FREEMASON? bubuh batu asas FREEMASON di Pulu Pinang pada tahun 1927, perancangan dan kritikan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 dan pengingsyhtiharan "kemerdekaan" negara Malaysia pada tahun 1957..(Bla bla bla bla bla)

........
Politik dunia ini semuanya seperti sudah dirancang semuanya oleh FREEMASON dan bangsa YAHUDI.. di Facebook tulis "what are you thinking"  dan google sebenarnya ada satu pangkalan data khas serta graf dan macam2 lagi untuk mengetahui mengetahui apa sebenarnya manusia suka cari di internet (Aku suka think and search pasal Lisa Surihani. Nah, apa yang Illuminati mampu buat?)... semuanya adalah perancangan yang amat rapi!
(Booooo)


First of all, dalam article kat atas memang banyak sampah-sampah yang korang boleh search sendiri untuk tahu samaada fakta yang di tulis adalah betul atau rekaan. Sebagai contoh, pasal fakulti dan kajian UiTM tu.

Dan part yang tak boleh blah bila si penulis article tu kata "Aku rasa macam nak menangis je bila jumpa benda ni semasa aku cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA" Ya Allah emo nya si penulis ni. Padahal point dia tak jelas langsung.



Pasal buku yang cakap pasal Malaysia tu, yes, buku tu memang wujud. Tapi apa masalahnya? Korang tahu tak kenapa buku tu di namakan Malaysia? Sebab 'Malaya' dan 'sia'. Malay = Melayu. Sia = Kepulauan. So, kepulauan Malayu. Dan dari cara ini juga lah, mungkin sama/kebetulan yang dari 'Malay' dan di capur dengan 'Sabah dan Sarawak' sebagai 'S,a' dan 'S,i'. (Kalau di ikutkan, memang macam ni cara dia)

Pasal Filipina nak ambil nama Malaysia pula, aku tak berapa pasti. Tetapi, rasa macam tipu je sebab nama asal Filipina di ambil dari King Philip II of Spain. Then di tukar kepada Felipinas then bla bla bla baru lah jadi Republic of Philippine. Dan, what the hell point dia nak ambil nama Malaysia?

Pasal RAHMAN pula;

Sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!
R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr.M M)
A - Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi)
N - Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)


Yang ni dah lama aku tahu. Tapi, apa kena mengenanya? Kalau freemason lah sangat, kenapa tak buat susunan nama Dajjal instead of RAHMAN. RAHMAN tu kan nama Allah. Alahai baiknya Freemason nak guna nama Allah.

Pasal Facebook, Google, YouTube dan sebagainya, lagi sedih doe.... Apa masalahnya kalau ia dicipta oleh orang Yahudi? Asal Yahudi je, nak banned. Asal Yahudi je nak banned. Kesian Yahudi. Padahal zaman dulu, nabi pun lepak-lepak gak berurus niaga dengan orang Yahudi sebab bukan semua Yahudi tu jahat. Dengar perkataan Yahudi je mengelabah. Aku jumpa Lisa Surihani pun tak gelabah macam tu.

Article di atas amat lah pelik dah tak ada langsung bukti kukuh. Tak ada rujukan apa semua. Dan kalau betullah pengkaji tu mengkaji, at least belajar la sejarah abis-abis dulu. So, apa point article ni di keluar kan? Well, kalau di baca-baca balik, jelas sangat dia hanya mainan politik dan nak kritik serta nak jatuhkan kerajaan Malaysia.

Dan yang terakhir, apa-apa je ayat yang ada perkataan "Illuminati" dan "Freemason" dalam article di atas, adalah bullshit.