Memaparkan catatan dengan label Lisa Surihani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lisa Surihani. Papar semua catatan

Khamis, 20 Januari 2011

Surat Untuk My Future Son(s)

Assalamualaikum


Dear Son(s)

Due to the activeness of your mother and I, maybe, you gonna have a lot of brothers and sisters. If that burdens you like hell, I am so sorry for it. Well, your mother and I is completely in love and 'that' is completely out of our control. Lagi pun, Mama kamu comel sangat. So, setiap hari, malam pertama lah jawabnya.

Dear Son(s)

Tahukah kamu bahawa kaum kita adalah amat tidak boleh dipercayai? Dengan itu, sila lah perhatikan adik-adik perempuan kamu. Jangan sekali-kali kamu bagi mereka keluar dengan mana-mana lelaki bullshit. Kalau nak keluar juga, pastikan bukan berdua. Kamu sebagai abang, kamu mesti ikut dieorang. Perhatikan that guy. All the time. Non stop. Not even a second. Dan pastikan yang kamu sentiasa membawa baseball bat bersama. Just in case.. You know...

Dear Son(s)


Jangan menonton video lucah. I know. I know it is good and everybody watching it. Tapi, apa salahnya kalau kamu boleh jadi seperi Papa yang tak pernah menonton citer blue. Ingat best sangat ke tengok cerita macam tu? Balik-balik buat benda sama. Balik-balik buat benda sama. Bosan betul. Tak ada perkembangan langsung. Kan?

Dear son(s)

Papa berharap, bila besar nanti, kamu akan jadi baik macam Papa. Papa baik tau. Dah la baik, setia pulak tu. Dengan itu, jikalau kamu nampak gadis-gadis comel yang tunggu bas di waktu yang panas, apa salahnya kalau kamu tumpangkan dia sekali. Kalau dalam bas dan kamu ternampak ada gadis comel tengah berdiri, apa salahnya kalau kamu menyuruhnya untuk duduk di tempat kamu. Kita sebagai makhluk unik, limited dan terpelihara, kita mestilah tunjukkan teladan terhadap kaum-kaum yang satu lagi tu. Maklum lah, kaum satu lagi tu lembik. Tapi comel. Yeah I know. I like it.

Dear son(s)

Girl-girl zaman Papa tu semua berjenis-jenis yang ada. Zaman kamu Papa tak tahu lah pula. Tapi, Papa harap kamu pandai-pandai lah pilih isteri-isteri kamu. Yang suka main tepung di muka (make up 5 inci) tu, awal-awal kamu reject lah. Kamu mesti tak nak kahwin dengan perempuan bertopengkan tepung kan? Tau tak tepung tu lama-lama jadi apa? Ya, jadi daki. Kamu tentu tak nak kahwin dengan gadis banyak daki kan?


Kalau kamu nak keluar dengan mana-mana awek pun, tak der hal. Papa on jer. Tak kisah pun. Nak Papa teman kan pun tak apa. Tapi dengan satu syarat. awek tu mesti bukan murah lagi bukan mudah di dekati. Cari lah awek yang susah nak tackle sikit. Baru lah ada adventure. Tengok macam Papa. Ingat senang ke nak tackle Mama kamu tu? Susah tau. Maklum lah, Mama kamu tu artis. Berlakon dalam Adamaya. Dah lah berlakon, jadi duta Lip-Ice-Mentolatum-what-I-have-no-idea pulak tu. Memang banyak ah saingan Papa. Tapi Papa stready je. Papa relax-relax je.

Dear Son(s)

Cuba kamu bayangkan. Ingat best ke bila kita nampak awek yang comel, then kenyit-kenyit sikit dah dapat no phone. Tak ada adventure langsung. Mesti cepat bosan. Bak kata orang, tak ada drama. Well, ingat pesan Papa. "Cinta; susah datang, susah pergi." So, kalau nampak awek yang priceless tu, jangan cepat give up. Perempuan ni biasalah. Suka jual mahal. Bajet ah nak tengok kesungguhan si lelaki. Kang sekali lelaki tu give up, mula lah si perempuan menangis tanpa sebab. Mengada-ngada.

Oh oh lagi satu. First date, kena buat kat rumah. Papa nak buat audition untuk dia. Kalau tak cukup comel, Papa reject.

Tapi, andai kata kamu dah ada awek(s) comel, then kamu jumpa awek yang lagi-lagi comel dan muda. Please. Please lah jangan tamak. Ambil satu dua awek cukup lah. Yang selebihnya, hukur-hulurkan kan lah kat Papa. Anak Papa, kan?



Isnin, 6 Disember 2010

Soalan- Soalan Menarik Di Formspring.

Assalamualaikum


Yo. Uh, dah hampir 3 hari aku tak update. Bukan apa. Agak malas dan terlampau banyak tidur dan main Dota sebenarnya. Sampai blog pun tersadai.

Btw, aku ada dapat banyak soalan-soalan yang sama di formspring yang di tanya oleh view-viewer comel yang view blog aku. Dan, memandangkan formspring tak ada fungsi untuk search, so, aku letak lah kat sini the most interesting and most asked question yang di tanya di formspring.

Betul ke maksud open relationship yang dalam note di Facebook tu?

Ni yang aku ambil di Facebook.
Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?


Dipetik daripada wikipedia


An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.


yang bermaksud


"Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi."


Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.


Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

Ayat yang merah tu amat-amat salah. Open Relationship dari adalah lebih kepada skandal-skandal. Tak ada isu nak buat seks dengan sesiapa sahaja.



Open relationship secara formal maksudnya kau serious dengan seseorang, tetapi, korang berdua bercouple dengan cara matang dan ada kepercayaan yang amat tinggi antara satu sama lain.

For example, boyfriend kau tu jauh gila. Dan kau rasa amat kesunyian. So, kau bagi tahu boyfriend kau yang nak nak pergi date dengan lelaki yang kau baru kenal. Then, boyfriend kau benarkan dengan rela. Di mana boyfriend kau pun pergi date dengan perempuan lain.

But, its just a date. Just tengok movie and makan-makan hilangkan bosan. Tak adanya nak buat seks dengan semua orang. Gila apa kau buat seks dengan semua orang then tulis kat facebook.

Korang mungkina kan tanya

"Abis tu, dah kat wiki tulis macam tu. Nak buat macam mana?"
Kat wiki tulis macam tu sebab tu adalah based on dunia barat. Kat barat, jumpa skali, then si lelaki selamatkan si perempuan dari jatuh tangga je, terus boleh masuk bilik. Kat Malaysia or negara timur, kau selamatkan perempuan dari ambang maut pun belum tentu dia nak keluar dengan korang. Dengan kata lain, kat negara barat, asal kau couple je, mesti dah boleh masuk bilik. Ianya berbeza dengan di Malaysia.


Kalau Open Relationship bermaksud buat seks dengan semua orang, habis tu Closed Relastionship bermaksud buat seks dengan orang sama? So, pembuat article di atas nak kata sesiapa yang buat Closed Relatioship di Facebook bermaksud dia buat seks dengan kekasih dia?

Aku bukan nak galakkan couple-couple ni. Cuma aku nak sangkal kenyataann rekaan yang di buat oleh penulis article tu.

Kenapa banyak hotel dan bangunan di seluruh dunia yang tak ada tingkat 13?

Sebab bagi dieorang, nombor 13 adalah nombor sial. Apa-apa bagunan di luar negara yang tertulis no 13, sure tak akan laku. So, bagi atasi masalah ni, dieorang tukarkan no 13 tu kepada huruf, nama tingkat dan sebagainya. Contohnya, dalam lif, button diaorang tulis, 10, 11, 12, Shopping level, 14, 15. Atau pun 10, 11, 12, 12a, 14, 15. Atau pun they simply skip the number macam 10, 11, 12, 14, 15. Kadang-kadang, ada yang tukar ke store level.

Website paling best untuk download movie dan subtitle.


Download movie kat Katz.cd. Then selepas search, dari banyak-banyak list tu, cari yang ada link Hotfile. Hotfile adalah simple dan laju bila download berbanding Rapidshare dan etc. Lain-lain file host yang best adalah MegaUpload dan Mediafire.

Untuk subtitle, just google nama movie dan letak perkataan subtitle. Contohnya, google "movie Red 2010 subtitle" Dan lagi elok kalau boleh sertakan uploader movie tu sekali contohnya "Movie Red 2010 subtitle Larceny."

Dan, kalau subtitle tak selari dengan suara / babak, boleh synchronize guna Gom player. Tak pun, download je subtitle kat website lalin.

Macam mana nak guna kan torrent?
First, download uTorrent di SINI. Then selepas install, buka Isohunt.com atau Piratebay.org. Search movie yang korang nak then cari movie yang paling banyak S (Seed) dan L (Leech). Then klik download torrent. Kalau boleh, download yang banyak orang komen dan 'Like'. Dan untuk kualiti best, download yang tulis DVDrip atau BDRip dan bukannya DVDSCR ataupun TS.

Torrent best bagi aku walaupun rate download dia tak tentu dan slow. Sebab most of the time, dia tak gangu aku surfing tenet. Then, sedar-sedar, movie dah siap download.


Contoh awek comel, cantik, ayu, manis dan lawa.



Benda ni tak tetap based on mata seseorang. Tapi bagi aku;

Comel - Lisa Surihani
Cantik - Fasha Sandha dan Fazura
Ayu - Elly Tran Ha
Manis - Farah Fauzana
Lawa - Hurm. Nur Fathia agak lawa. Yang pelakon dalam Hani kat Tv3 slot lestary.


Ape pendapat ko pasal hacker malaysia yg berjaya hack bank kat US?? Aku duduk US. Aku dgn bangganya cite mende ni kat kawan korea aku. Patut ke tak perbuatan aku ni?

Patut. Itu maksudnya Malaysia tak ketinggalan dari segi teknologi hacking. Ianya tak bermaksud hack je, benda jahat. Ada dua jenis hacker yang aku pernah dengar which is White dan Black Hat. White Hat tu jenis hacker yang pecah masuk server sesebuah tempat just untuk uji kemampuan sendiri tanpa buat kucar lanar. Dan yang Black Hat pula adalah hacker yang jahat yang nak curi, dan rosakkan termasuk memasukkan virus ke root sesebuah website etc.

Ada satu cerita pasal kawan dulu, dia pernah hack bank dunia (or other country). Just macam 'walking-walking'. Then kantoi. Walaupun tak curi atau ubah apa-apa, dia still kena tangkap then masuk penjara. But the best partnya, pihak bank tu cancelkan dakwaan dan tarik budak tu jadi pekerja untuk jaga server bank tu. Gaji memang $$$$$$$$.

Kamu wat camne ye post mp3 Player dalam entry dan kat atas post? Pernah post, tapi that song tak play, and buffering dia sangat lama, so how's?


Tumblr. Aku suka baca tumblr. So aku try berjinak-jinak dengan tumblr. But then, ianya tak menjadi sebab entah lah. But, ada satu function kat tumblr yang best with is kau boleh upload audio. Upload laju dan play pun laju. Player pun simple. So, i liked that.

Trick dia, upload a song. Then bila siap, view tumblr.kau punya page. Then kanan click -> View page source -> tekan Ctrl+F, search for 'swf''.  Kau akan nampak 1 line panjang. Kat line tu cari code embed <embed> Dan di akhiri dengan </embed> copy dan paste letak di blog. Thats the code.

Pendidikan seks kepada pelajar tahun; Perlu ke? Just because social problems makin menjadi-jadi kat Malaysia? Or aren't we suppose to improve dieorang pny pengetahuan agama instead give too early exposure towards sex? What's your view bout this Mr K? -7-

Pendidikan seks di sekolah, bukannya bermaksud cara-cara untuk melakukan foreplay dan kemudiannya memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan perempuan.

Pendidikan seks adalah pasal diri seseorang. Pasal private part. Pasal tenpat-tempat yang orang lain tak boleh sentuh.

Budak-budak yang baru masuk sekolah, bila ada orang raba or etc, budak-budak tu tak tahu yang dia sedang di ganggu secara seksual. Orang tak kenal datang bagi gula-gula dengan syarat dia boleh pegang part-part tertentu budak tu, budak tu bukannya tahu apa-apa. so dia bagi je la. Kat situ dah terjadi ganguan seksual dan mungkin lebih which is rogol.

Pendidikan seks seawal darjah satu hanya takat part kemaluan masing-budak. Bila dah masuk ke umur pra remaja atau remaja, pendididkan seks yang di beri adalah tentang penyakit HIV dan bahaya seks. Mostly, diaorang di ajar perihal kondom dan etc.

TAK ADANYA CIKGU DUDUK DEPAN KELAS DAN TUNJUKKAN CARA-CARA UNTUK BUAT SEKS....Kalau ada gak cikgu tu ajar cara-cara nak buat seks, sure satu kelas tu mengandung.

Isu pendidikan seks ni dah di politikkan. Sebab itu lah info yang sebenar tak sampai.

So, kalau korang ada apa-apa, sila lah tanya lagi. Kalau aku tau dan dapat google. Aku jawab. 



Selasa, 9 November 2010

Pre Review Movie & Filem : Ombak Rindu

Assalamualaikum.


Ingat tak korang pasal movie Lagenda Budak Setan? Ya, movie tu amat famous sebab ianya based dari sebuah novel yang amat terkenal yang juga bertajuk Lagenda Budak Setan.

Dan bagi pembaca novel yang tegar, mesti korang pernah baca novel yang bertajuk Ombak Rindu yang di tulis oleh Fauziah Ashari kan? Novel ni dulu famous gila. Dan di sebabkan itu lah, novel ni bakal di jadikan movie.

Aku dah lupa tahun bila aku baca novel onbak rindu tu. Tapi yang aku tahu, dah lama gila aku baca. Omba Rindu adalah novel yang superb. Tapi sambungannya yang pertama dan yang keduanya adalah sucks. Ceritanya umpama cerita indon.

Tapi, adakah movie Ombak Rindu ni macam cerita indon juga?

Sinopsis movie Ombak Rindu :


Izzah adalah seorang gadis yang yatim piatu di sebabkan oleh kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Then , ayah saudaranya, Taha, mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga Izzah. Masa Izzah duduk dengan si Taha, isteri Taha memang anti gila dengan Izzah ni sebab bagi dia, Izzah ni umpama membawa bala kat keluarga dia.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Adakah movie ini best?


Well, kutipan untuk novel ni rasanya memang tinggi. Dan skriptnya harap-harap di olah dengan menarik. Tetapi kalau script dah menarik, adakah pelakonnya akan menjalankan tugas dengan baik? Well, mari kita tengok pelakon-pelakon Ombak Rindu ni.

Aaron Aziz sebagai Hariz (Watak utama)

Seperti yang korang tahu, Aaron Aziz sekarang dah famous gila. Nak-nak selepas dia jadi Seth Tan. Dan Aaron Aziz berpenganlaman bila membawa watak yang romantik so aku rasa, meletakkan Aaron Aziz sebagai watak utama (Hariz) adalah pilihan yang not so bad. Ianya nice actually.

Maya Karin sebagai Izzah (Heroin)

Izzah adalah Heroin bagi filem (novel) ni. Watah Izzah adalah seorang yang naif, lurus, penakut, baik, pemalu, dan… bodoh. Aku tak tahu kalau bodoh tu dikira terlampau berat. Tapi seriously, watak Izzah dah macam watak-watak cerita Indon. Sedih sepanjang masa. Dan seingat aku, Izzah dah dirogol oleh Hariz.

Dan, aku rasa, Maya Karin sebagai Izzah adalah tak berapa sesuai. Aku tak pasti kenapa. Tetapi aku tak nampak gaya-gaya Izzah dalam diri Maya Karin. Even kalau korang baca-baca forum, ramai yang kata Maya Karin tu tak sesuai untuk menjiwai watak Izzah. Well, aku harap Maya Karim mampu lakonkan watak Izzah dengan berjaya.

My Lisa Surihani sebagai Mila

My Lisa Surihani jadi watak jahat. Okay fine mungkin tak adalah jahat sangat. Tapi ianya watak ke-3. Dan muka dia dalam gambar tu memang nampak macam seorang gadis melayu yang jahattt. Ini adalah wrong. Totally wrong. My Lisa baik taw. Tapi bosan gak kan kalau my Lisa ni asyik nak jadi watak yang lebih kurang untuk setiap masa kan? So kalau ada kelainan, mungkin akan rasa lebih fun.


Aku tak pasti samaada script cerita ni sama dengan novel atau pun tak. But, ada babak-babak yang korang sure sure pasal this movie dan ada babak yang korang rasa geram. Malangnya, babak sedih lagi banyak dari babak sweet.

Dan kalau tak silap aku, masa aku baca-baca novel Ombak Rindu ni, ada babak di mana adik Hariz merogol Izzah

Aku rasa novel Aa+Bb jauh labih baik dari novel Ombak Rindu. Ceritanya amat tak tipikal seperti novel-novel Alaf21 yang lain. Tetapi ianya famous sebab ini lah genre yang paling best pada waktu tu. Dan pada masa sekarang, genre novel Hlovate adalah yang paling best. In fact, aku rasa semua novel hasil Hlovate patut di jadikan filem.

Aku belum tengok lagi movie ni. Mungkin esok dan lusa aku akan tengok. Perlukan member untuk temankan. Isk... Isk..

Entry asal dari blog Review aku : http://reviewfilem.com/2011/07/review-ombak-rindu-based-on-novel-citer-cerit/

Jumaat, 17 September 2010

Bermanja Dengan My Lisa Surihani.

Assalamualaikum

Ramai yang tak tahu aku tengah sedih sekarang ni. Well, banyak sebabnya. Tapi, korang semua tahu kan yang aku tak suka share masalah peribadi aku dengan orang lain. Lebih-lebih lagi kat blog.

Tapi, memandangkan korang nak sangat tahu (konon) masalah aku, aku dengan berat ati akan cerita. Aku akan ceritakan segalanya. Ya, cerita tentang aku dan awek ku, Lisa Surihani.

Semuanya bermula...

Semuanya bermula dengan indah sekali ketika aku saya mula terpandang wajah awak, Lisa. Masa first time saya nampak awak adalah di 7E. Awak comel gile. Tapi saya tak pasti lah saya jumpa awak kat 7E mana sebab TV tak tunjukkan full screen tempat awak berada tu. Tapi bila dah kali ke dua saya nampak awak dalam cerita Goodbye Boys, saya dapat rasakan yang kita ada kimia. Kimia yang orang lain tak akan ada, awak.

Sejak dari itu, saya mula jadi "Shy-to-Talk-er" (Stalker) awak. Dan awak tahu, semakin hari, cinta saya kat awak semakin banyak. Banyak yang sememangnya banyak gila lah. Banyak yang macam bilangan kereta di hari raya Aidilfitri lepas tau. Awak je tak tahu.


Selepas dah kenal awak, saya selalu je terjumpa awak. Skejap di I'm Not Single, skejap di AdaMaya dan yang paling latest, saya jumpa awak di Tudung Express. Cakap pasal tudung, awak tahu tak yang awak nampak tak cun langsung bila pakai tudung instant? Ya, tudung instant. Muka awak saya tengok dah sebijik macam indon. Kalau muka cewek indon yang cun macam my Nia Ramadhani tu tak apa la juga. Ni tak. Dah sipi-sipi macam Omas dah. Kenapa awak nak pakai tudung instant atau pelik-pelik tu? Kalau pakai tudung biasa kan bagus? Awak nampak lagi cun tau pakai tudung biasa. Saya suka.

Tapi...

Tapi saya kecewa dengan awak. Saya kecewa sebab saya dengar awak dah ada pakwe. Saya tak kisah awak dah ada pak we ke tak. Setakat pak we apa lah sangat. Tapi kenapa awak mesti mem-pakwe-kan dia?!

Ya, dia. Farid Kam*l. Kenapa Farid Kam*l, awak? Farid Kam*l tu, dari dulu tau dia tak puas hati dengan saya. Dulu masa saya nak tackle Rafidah Ibrahim, dia dok menyibuk. And sekarang, dia nak kacau awak pula? Tak cantik ni bai.

Awak tahu, Farid Kam*l tu, dia sebanarnya berdendam dengan saya. Mana-mana perempuan yang saya nak tackle, dia pun nak. Saya nak tackle Rafidah, dia nak. Saya nak tackle awak, dia pun nak juga. Nanti, kalau saya nak tackle Raja Farah dan Fazura, mesti dia pun nak menyibuk. Geram saya. 

Dan awak, saya bukan jealous lihat awak bergambar dengan lelaki lain. Sebab, saya tahu yang deep deep in your heart awak hanyalah di paksa untuk bergambar. Kalau awak senyum pun, mesti senyum paksa. Kan?

Saya je tau pasal diri awak. Orang lain mana tahu. Dan awak tahu tak yang saya dah fikirkan pasal masa depan kita? Awak tahu, selepas kahwin, saya nak anak perempuan. Ya, anak sulung kita mesti perempuan. So, boleh la dia jaga adik-adik dia. Nak mengharapkan anak lelaki jaga adik, heh, kirim salam je la. Tak terasa. Tak terasa.

Dan awak tahu, untuk anak sulung kita, kita namakan dia Khairullisa. Anak kedua, Khairulhani. Sweet kan? Ya saya tahu saya memang sweet. -_-

Agak-agak ah tangan kau tu Kam*l. 
Cubit dia Lisa, cubit dia.

Fine lah. Kalau dah awak suka kat Farid Kam*l, saya cakap apa pun bukan boleh ubah apa-apa kan. Tapi awak. Saya nak awak tahu yang saya tetap akan tunggu awak. Saya akan tetap tunggu awak sampai bila-bila. I will wait for you untill when-when. Kalau nanti awak janda pun saya tak kisah.Ya.

Dan, kalau awak baca blog saya, mesti awak akan berkata "What the hell budak ni?" atau pun "Apahal budak ni mengelabah semacam?". Tapi tak apa, Lisa. Saya faham. Dan, saya tetap akan tunggu awak. Sayang tetap akan tunggu awak, Lisa. Janda pun, JANDA LAH!

*Tiba-tiba aku dapat satu SMS dari kawan aku yang mengendalikan blog gossip artis.*

Kawan aku : Khairul, aku dapat nombor phone peribadi Rafidah Ibrahim. Kau nak tak? Hehe.

Wait, what? Nombor phone peribadi my Fifi(Rafidah Ibrahim)? Omaigod... OMAIGOD OMAIGOD AAAAHHHH. I WANT IT, I WANT IT!

Okay fine Farid. Kau nak sangat Lisa tu, kau ambillah. Aku tak heran. 



Khamis, 10 Jun 2010

Rafidah Hj Ibrahim (Cinta Tikar Sejadah dan Epilog Syurga Cinta)

Assalamualaikum dan Salam 1Blogger.


Kalau korang minat citer Syurga Cinta atau Nur Kasih yang pernah ditayangkan di TV3, korang patut tengok drama Cinta Tikar Sejadah yang di tayangkan di Astro Oasis pukul 11 malam Isnin hingga Khamis. (atau pukul 10 malam Isnin hingga Jumaat.)

Aku sebenarnya tak sengaja nak layan drama ni. Masa terbuka channel Oasis tu, aku terus capai remote nak alih ke channel lain. Tapi belum sempat aku alih, aku terperasan pelakon dia ya Allah punya la comel. Siap dengan lesung pipit lagi. Pakej bertudung plak tu. Nama dia dalam cerita tu adalah Siti. Heroin. Hero dia Farid Kamil. Nama watak Farid Kamil apa tah aku dah lupa. Apa jadah aku nak ingat nama dia.

Then aku layan la sebab cerita ni memang boleh di buat layan. Walaupun unsur-unsur 'melayu yang dengki bla-bla' yang masih ada, aku tetap rasa yang drama ni agak cool dan lebih sikit dari Nur Kasih. Sebab Nur Kasih tu cerita dia asyik menangis je. Tapi cerita Cinta Tikar Sejadah ni agak relax, santai dan funny. Cerita jiwang of course. Sweet gitu. Tapi lebih kepada percintaan Islam. Yea jenis Muslim punya. Producer dia adalah David Teo.

Then aku punya la semangat tunggu sampai habis nak tengok siapakah nama sebenar gadis yang bernama Siti itu sebab biasanya masa habis sesebuah drama, akan keluar senarai pelakon kan. Then bila abis, tak ada. Perh, menyirap betul. Frust rasa macam nak campak je remote controller Astro tu.

But then, aku online dan terus search. Last-last jumpa juga la jantung hati ku ini. Nama dia Rafidah Hj Ibrahim. Tapi ramai yang salah ingat yang nama dia Faridah Hj Ibrahim. Padahal bukan. Dia pernah sertai pertandingan Pantene (Juara Bintang Pantene) tu. Lebih di kenali sebagai Fida atau Feda atau Feeda atau sepupu Siti Nurhaliza. Ya dia sepupu Siti Nurhaliza. Tapi aku rasa dia lagi comel dari Siti Nurhaliza. So Datuk K, your taste is not as good as mine. So remember my name; Mr K.

Dan yang bestnya, pelakon si heroin (Rafidah Hj Ibrahim) tak plastic macam Tiz Zakiah yang dalam Nur Kasih. Juga tak plastic macam Rozita Che Wan dalam cerita Aku Terima Nikahnya.

 Eh eh cair kan cair kan cair kan?

You nampak 10 kali TAK COMEL bila bermakeup. 
Eh tak, 100 kali.

  Tak jealous. TAK JEALOUS.


Oh oh. My Lisa Surihani pun ada. Maaf Lisa. Kita putus.

I pun suka kucin juga. Kita banyak persamaan.

You tau tak, dulu, masa muda-muda dulu, kawan-kawan I 
selalu kata I ni macam kucin tau.

You look just like a penguin. HAHA!

Farid Kamil ni dari tadi dah tak puas hati dengan aku.


Alaaaa. Jangan la senyum kat I macam tu. Cair la I nanti.


Siapa kata gadis comel tak reti masak?

Well, lepak dengan singa tak apa. Tapi dengan 'buaya' jangan.


Ni gambar fav I. Sejuk perut I tengok you.

Okay okay dah berhenti berangan dan merapu dah. Cuma, aku nak cakap; Wahai kawan-kawan yang comel lottey sekelian. Malam ini, kalau tak keberatan, rajin-rajin la turn on channel Oasis pada pukul 11 malam yea Isnin hingga Khamis. Saya ulang, pukul 11, Isnin hingga Khamis. Astro Oasis. (atau pukul 10 malam Isnin hingga Jumaat.)Mesti tengok. Walaupun ia hanyalah ulangan.

Tak tengok, siap. Tak paksa. Tak paksa.

Update : Awek ni juga berlakon dalam drama bersiri Epilog Syurga Cinta. Tapi aku tak ada cukup masa untuk tengok. Duh.