Khamis, 23 September 2010

Another Crap : Penubuhan MALAYSIA : perancangan USA sejak 1889?, kertas kerja HARVARD UNIVERSITY?

Assalamualaikum


Another crap issue yang orang sibuk canang ke sana dan kemari. Isu yang... duh, apa lagi, yang dari orang kita lah. Ni lah orang kita. Suka buat benda pelik-pelik. Pastu bila ada orang tegur, kata suka mengada bangsa sendiri. Duh.

Dalam kotak bawah adalah article yang asyik di forward ke sana dan kemari yang kononnya ianya adalah perancangan untuk Malaysia. Tulisan bewarna ungu adalah komen aku.



Penubuhan MALAYSIA : perancangan USA sejak 1889?, kertas kerja HARVARD UNIVERSITY

1) kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON! (Freemason? Booooooo)

2) kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletakan batu asas FREEMASON (Tak canggih langsung main letak batu asas.) tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nih..


3) aku rasa macam nak menangis je (Apahal doe nak nangis emo tetiba) bila jumpa benda ni semasa aku cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ia bermula ketika aku berasa amat hairan kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah nak klaim nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu dulu nama MALAYSIA. (Tak ada sangkat paut langsung filipina dan nama Malaysia)




4) rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University (gambar disertakan)

5) dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.... kuat betul perisik CIA nih "Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."

6) Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan


7) Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“
rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192) (Aku tak jumpa la rujukan ni.)

Penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas antara bangunan FREEMASON di JOHOR (perhatikan betul2 apa dia tulis di peti suratnya dan lambangnya)



Apahal ni? Nama gempak, ada cawangan di seluruh dunia. Tapi rumah buruk.

7) Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON(Ye la ye la semua freemason kau)) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

8) Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.” (Kat sini dah tau dah yang article ni di reka untuk kepentingan politik. Ada ke pula nak sabitkan ke politik dalam negara.)

9) Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya (ayat penipu). Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

10) Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189) (See? Nampak sangat unsur politk)

11) sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!
R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr.M M)
A - Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi)
N - Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)


Yang ni dah lama aku tahu. Tapi, apa kena mengenanya? Kalau freemason lah sangat, kenapa tak buat susunan nama Dajjal instead of RAHMAN. RAHMAN tu kan nama Allah. Alahai baiknya Freemason nak guna nama Allah.

12) "Kerajaan telah memilih Perang Besar" (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini : http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1692 (So what? Apa kena mengenanya kalau kerajaan memilih tempat Putrajaya? Apa point kenyataan "Kerajaan telah memilih Perang Besar" (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini"? )

mengikut perancangan ILLUMINATI.. di mana FREEMASON telah bergabung dengannya.. Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1World Government, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia merujuk kepada Government! (Perhatikan huruf S dalam perkataan Freemason. Ia merujuk kepada bullShit)

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)

14) mengikut ramalan orang Yahudi berfahaman zionis yang sekarang sedang menguasai negara Israel serta parlimen USA (ditubuhkan oleh salah satu sayap gerakan mereka iaitu FREEMASON yang selepas itu sudah bergabung dengan gerakan Yahudi satu lagi dinamakan ILLUMINATI).. Keturunan dari Keturah/Quntura/Ketura iaitu isteri ketiga nabi Ibrahim selepas Hajar dan Sarah, akan mencabar kekuasaan mereka pada ketika dunia hampir kiamat dan Imam Mahdi atau nama lainnya Messiah akan lahir di Timur Dunia, sebelumnya Allah menurunkan Nabi Isa atau nama lainnya Jesus kembali ke bumi untuk membanteras Dajjal yang akan mengaku dia adalah tuhan sebenar, padahal dia menipu (aku pernah baca bahawa dia adalah Samiri pada zaman Nabi Musa atau nama lain Moses yang Allah panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat, setelah dia mengintai Nabi Musa yang dipanggil menghadap Allah, dia mengumpul bekas laluan malaikat jibril atau nama lain Gabriel, lalu dia mencipta "tuhan" berbentuk LEMBU yang diperbuat dari emas yang dikumpul dari seluruh kaum Yahudi dan selepas dia mentaburkan sisa-sisa tapak malaikat Jibril itu, tiba2 boleh bergerak dengan cergas untuk beberapa saat dan dia menyesatkan kesemua kaum Yahudi dengan mengatakan LEMBU EMAS, "lembu suci", "holy cow" itu adalah tuhan... cerita ini ada dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, (Are you sure? Setahu aku, kisah lembu  dan ajaran Samiri ini kemungkinan besar dia adalah Dajjal dan masih menjadi kepercayaan kuat pengikut agama Hindu yang tamadun besar mereka bermula di Sungai Indus di India)(Apa kena mengena? Tak ada kaitan langsung.)

15) dengan kepercayaan kuat Yahudi ini yang percaya bahawa suatu bangsa keturunan dari isteri ketiga Kunturah /Quntura/Ketura ini akan mencabar dan mengalahkan mereka, kebanyakan negara kuasa Timur cuba dilemahkan dan dipecahkan manakala kuasa barat cuba dikuatkan.. dunia Melayu dipecahkan kepada paling kurang enam negera - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur.. dunia Cina dipecahkan kepada China, Taiwan, Macao, Hong Kong.. dunia Korea dipecahkan kepada Korea Utara dan Korea Selatan.. cubaan menguasai Vietnam.. serta dibom teruk negara Jepun dan dibina pangkalan tentera termaju USA di Jepun, Filipina pelbagai lagi negara di seluruh dunia ini serta serta diberi bantuan ketenteraan melampau kepada Singapura (perhatikan sistemnya hampir sama dengan Israel semasa Israel menang peperangan 6 hari dalam hari dengan negara2 Arab) serta dihantar Jeneral Israel mereka mencatur strategi ketenteraan Singapura..

Lee Kuan Yew namakan mereka sebagai The Mexican.. serta dibinanya fahaman politik2 didunia ini seperti komunis dan sossialis moden yang pengasasnya sama iaitu Karl Marx yang berbangsa Yahudi, serta mahu seluruh dunia mengamalkan demokrasi yang juga sistem asasnya adalah rekaan Yahudi juga, juga dilagakan USA dan RUSSIA yang terletak disebelah timur dunia.. dan diciptanya GOOGLE dan FACEBOOK yang pengasasnya juga adalah Yahudi serta dibelinya YOUTUBE dan juga dikuasai kebanyakan media-media utama dunia, diasaskan juga HOLLYWOOD serta diasaskan kebanyakan syarikat2 studio perfileman di USA untuk pengaruhi seluruh dunia yang dinamakan GLOBALIZATION.

16) antara perkara yang amat menghairankan juga macam mana Anwar Ibrahim boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan amat cepat serta boleh pula dia rancang strategi Foundation For Future (sebuah pertubuhan yang sengaja direka oleh USA dan Yahudi untuk merancang politik di Asia) dan berkwan amat rapat dengan Paul Wolfowitz (perancang utama peperangan di Iraq dan Afghanistan) (Bukan Henry Kissinger ke?).. manakala Najib seperti mengungkapkan misi utama ILLUMINATI atau FREEMASON ini 1World Government : New World Order(Kira nak cakap kerajaan Malaysia under freemason la ni).. serta pilihanraya Malaysia dulu semasa era pemerintahan Abdullah Badawi diadakan bertarikh "13" (suatu nombor keramat bagi pengikut FREEMASON dan ILLUMINATI).. dan apakah pentingnya nombor "7" dalam FREEMASON? bubuh batu asas FREEMASON di Pulu Pinang pada tahun 1927, perancangan dan kritikan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 dan pengingsyhtiharan "kemerdekaan" negara Malaysia pada tahun 1957..(Bla bla bla bla bla)

........
Politik dunia ini semuanya seperti sudah dirancang semuanya oleh FREEMASON dan bangsa YAHUDI.. di Facebook tulis "what are you thinking"  dan google sebenarnya ada satu pangkalan data khas serta graf dan macam2 lagi untuk mengetahui mengetahui apa sebenarnya manusia suka cari di internet (Aku suka think and search pasal Lisa Surihani. Nah, apa yang Illuminati mampu buat?)... semuanya adalah perancangan yang amat rapi!
(Booooo)


First of all, dalam article kat atas memang banyak sampah-sampah yang korang boleh search sendiri untuk tahu samaada fakta yang di tulis adalah betul atau rekaan. Sebagai contoh, pasal fakulti dan kajian UiTM tu.

Dan part yang tak boleh blah bila si penulis article tu kata "Aku rasa macam nak menangis je bila jumpa benda ni semasa aku cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA" Ya Allah emo nya si penulis ni. Padahal point dia tak jelas langsung.



Pasal buku yang cakap pasal Malaysia tu, yes, buku tu memang wujud. Tapi apa masalahnya? Korang tahu tak kenapa buku tu di namakan Malaysia? Sebab 'Malaya' dan 'sia'. Malay = Melayu. Sia = Kepulauan. So, kepulauan Malayu. Dan dari cara ini juga lah, mungkin sama/kebetulan yang dari 'Malay' dan di capur dengan 'Sabah dan Sarawak' sebagai 'S,a' dan 'S,i'. (Kalau di ikutkan, memang macam ni cara dia)

Pasal Filipina nak ambil nama Malaysia pula, aku tak berapa pasti. Tetapi, rasa macam tipu je sebab nama asal Filipina di ambil dari King Philip II of Spain. Then di tukar kepada Felipinas then bla bla bla baru lah jadi Republic of Philippine. Dan, what the hell point dia nak ambil nama Malaysia?

Pasal RAHMAN pula;

Sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!
R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr.M M)
A - Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi)
N - Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)


Yang ni dah lama aku tahu. Tapi, apa kena mengenanya? Kalau freemason lah sangat, kenapa tak buat susunan nama Dajjal instead of RAHMAN. RAHMAN tu kan nama Allah. Alahai baiknya Freemason nak guna nama Allah.

Pasal Facebook, Google, YouTube dan sebagainya, lagi sedih doe.... Apa masalahnya kalau ia dicipta oleh orang Yahudi? Asal Yahudi je, nak banned. Asal Yahudi je nak banned. Kesian Yahudi. Padahal zaman dulu, nabi pun lepak-lepak gak berurus niaga dengan orang Yahudi sebab bukan semua Yahudi tu jahat. Dengar perkataan Yahudi je mengelabah. Aku jumpa Lisa Surihani pun tak gelabah macam tu.

Article di atas amat lah pelik dah tak ada langsung bukti kukuh. Tak ada rujukan apa semua. Dan kalau betullah pengkaji tu mengkaji, at least belajar la sejarah abis-abis dulu. So, apa point article ni di keluar kan? Well, kalau di baca-baca balik, jelas sangat dia hanya mainan politik dan nak kritik serta nak jatuhkan kerajaan Malaysia.

Dan yang terakhir, apa-apa je ayat yang ada perkataan "Illuminati" dan "Freemason" dalam article di atas, adalah bullshit.



34 ulasan:

  1. Nice one. Especially this:

    Yang ni dah lama aku tahu. Tapi, apa kena mengenanya? Kalau freemason lah sangat, kenapa tak buat susunan nama Dajjal instead of RAHMAN. RAHMAN tu kan nama Allah. Alahai baiknya Freemason nak guna nama Allah.

    Thanks for sharing.

    BalasPadam
  2. hahaha3 aku pon da pnh bc sal ni tp aku wat bodo jew....zzzzz

    BalasPadam
  3. what da stupid article lah. no 13 freemason. no 7 pun sama. ya allah.

    tawaf 7 kali kat makkah. rukun solat 13. tu illuminati kah?


    sekarang manusia macam ape dah. BULLSHIT!

    aku rasa nak menangis aku baca article merepek ni. wakakakaka

    BalasPadam
  4. sala,.wahah!
    aku yg umur 18 ni tergelak baca weyyh pasl artikel bodo ni.

    and pasal pembentukan nama Malaysia tu betul ckap kau.sebab ada kat dalam buku B.Melayu Tingkatan 6,"sia"-pulau
    -----------------------------------
    astronesia
    plonesia
    and pe ntah ada dalan buku bm forn 6,"sia" bernaksud kepulauan :)

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. @Syue - Welcome.

    @Fifi - Nice point. Dan jangan lupa menangis terbahak-bahak.

    @Joe - Aku pun dapat tahu dari facebook. Boleh google.

    BalasPadam
  7. cam bangang gile.. lau google pun nk ckp camtu.. xyah gne internet, pc, or anything.. instead, duk dlm selimut.. sorang2 atas katil...
    nta2, katil tu pun yahudi yang buat.. hahahaha

    BalasPadam
  8. ada point kat situ........ sokong!!

    BalasPadam
  9. salam....nice article ni....
    sebenarnya sejak iluminati jd bhn bual bicara org islam ni, ade bnda yg selalu tak bape sedap nk dirasai... org kita selalu kata n 'semuanya dirancang oleh iluminati'...mereka seperti terlupa Allah juga mepunyai perancangan dan perancangan Allah adalah yang terbaik....
    berkenaan banned yahudi, ada masanya kita wajar bann yahudi...
    in case of googlr n facebook, klu bleh kita secara peribadi dpt guna untuk kebaikan lebih dr keburukan, gunalah.....

    BalasPadam
  10. Salam..
    Derr... Kalo pilih dajjal dah sah-sah orang Melayu+Islam tolak mentah-mentah. dia pon bukan BODO!

    BalasPadam
  11. @Blurr O - So, diaorang teramat2 bijak. Sebab tu lah dia menggunakan nama RAHMAN. Diaorang bijak. Tak macam orang kita yang mudah overreacted and paranoid.

    BalasPadam
  12. Makin kuat kau bicara isu Freemason ni.

    BalasPadam
  13. Aku pilih comment...

    aku dah dapat tau dari banyak pihak pasal artikel ni mmg berunsurkan politik.. tujuan utama ialah untuk memecah belahkan kaum melayu dan kerajaan malaysia..

    tak nak tuduh sesiapa pun tapi kita sendiri boleh fikir siapa yang memulakan perpecahan bangsa melayu..

    pasal freemason.. WTF loser.. mereka dah ketandusan idea.. memang aku akui kewujudan freemason.. tapi patut ke kita mempercayainya?? cari lah idea lain..

    Kepada Mr. K harap awk dapat sebarkan perkara yang sebenar supaya tiada lagi yang tersesat dengan kepercayaan karut penulis artikel ni..

    BalasPadam
  14. banyak2 komen,yg 'the writer' aku suka..kite xleh tlalu pandang remeh soal ni.bukannye byk ilmu kite nak komen manyak2.kite bukan nye kaji bende2 ni..aku ada sahabat yg major lam bidang ni,n iluminati memang kene berwaspada lahh.apa2 pun,keyakinan pada Allah tu utame..Umar berdoa:ya Allah,tunjukkan lah bagiku apa yang benar itu benar,dan apa yang batil itu batil..

    BalasPadam
  15. i takde komen pasal freemason illuminati segala ni.. tapi i kat penang..dorang cakap ada 1 bangunan ni freemason punya..serius buruk..tambah kalau u tengok time siang..nampak macam abandoned, haunted je and tak berapa nampak sebab terlindung dengan pokok2 and pagar pun dah naik pokok2 renek menjalar tu..tapi malam,dalam rumah tu lampu bernyala and u can see banyak kereta kat situ and macam ada event ke apa la..selalu jugak la lalu sini.. i tak tau dorang watpe, tapi geram je macam nak masuk tengok..tapi tak berani kot.. hehehe..

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum,

    Mr.k,
    Saya kurang bersetuju.*bukan berdasarkan pendirian politik.

    Freemason adalah isu yg rumit.Sumpah.Pertubuhan ni da berkurun,bukan berabad @ berdekad.Jadi ianya adalah kompleks.Pembacaan dan pencarian seminggu dua di internet pun belum cukup utk kita mendapat keseluruhan gambarannya.Jangan terus hukum kalau tak buat kajian menyeluruh.

    Sila ushar siri The Arrivals sebagai rujukan.ushar dengan tertib dan kesemua sirinya.Sebab kalau ushar skip2 takut kita sendiri yg boleh terpesong.

    Mungkin benar apa yg Mr.K lontarkan,tapi isu penubuhan Malaysia bukan crap atau isu yg dicipta.Ianya fakta.Mungkin terdapat faktor pengubahsuaian sepanjang proses peng'forward'an info ni.

    Apapun kunci utama utk memahami Freemason adalah inisiatif sendiri.Baca dari pelbagai sumber.
    Sebab Mr.K sendiri pernah kata tiada sumber maklumat yg btul2 tulus.Itu komen berdasarkan sumber berita yg diiktiraf,apatah lagi dengan info copypaste yg disebar oleh kita blogger2 picisan ini.


    Oh,tiada apa unsur2 cari gaduh disini ya,saya menyuarakan pendapat.
    peace.

    BalasPadam
  17. @Sab - W'salam.

    Kalau kita perasan, ramai yang suruh tengok The Arrival. Seberapa jauh kebenaran fakta yang di keluarkan oleh the arrival?.

    Freemason memang wujud. Tapi jangan lah sampai semua benda nak di kaitkan dengan freemason. Kan? :)

    BalasPadam
  18. kesimpulannya, kewujudan freemason x bleh dinafikan. tp cerita2 mengenai agenda mereka bleh jadi hanya teori. sbb tu pengkaji pun guna istilah teori konpirasi.

    smmgnya satu tuduhan yg berat ble mngaitkan seseorg atau sesuatu dgn freemason. dlm erti kata lain, sebarang perkaitan juga merujuk bhw golongan yg dikaitkan adalah sekutu2 dajal. klulah yg dikaitkan tu dikenali sbg org islam (wlupun mgkn x mengamalkan islam sepenuhnya) kita menuduh org itu kafir dan mensyirikkan Allah.......
    dan tuduh-menuduh yg berleluasa mmg bleh menyebabakn perpecahan.. sng la kje2 si Dajjal laknatullah tu kan? so, pd apa2 sekali pun teori yg dikemukan, tak bleh diterima bulat2. kajian perlu mendalam. bloggerr yg mengkaji agenda freemansory ni pun, klu kita selidik2, da bermula bertahun-tahun lamanya....

    BalasPadam
  19. saya masih belum jelas, freemason tu wujudkan? yang video lady gaga semua tu freemason jugak ka?

    BalasPadam
  20. entry yg satu ni wat aku sakit kepala bila baca. *_*

    BalasPadam
  21. Salam bro!! Ak taw ko benci gile dgn org yg ekstremis freemason ni. Tapi jgn la semua pendapat dia ko tolak mentah2 n siarkan dlm blog ko. Nanti ko lak yg jdi ekstrim.
    Org Barat sndiri pon prcaya kewujudan satu kuasa rahsia Freemason & Illuminati kalo x masakan diorang buat filem Angel & Demon, Da Vinci Code, Messiah Code & dll. Masakan mereka susah payah hntr Knight Templar serang Jerusalem pd zaman Salahuddin Al-Ayubi.
    In conclusion, Freemason & Illuminati benar2 wujud. Tapi mrk x bahayakan kita melainkan sedikit sahaja. (Al-Qur'an: lan yadhurrukum illa azaa)

    BalasPadam
  22. Assalaamu`alaikum saudara,
    saya bukannya menyokong gagasan Freemason atau benda-benda yang berkaitan politik, cuma memperbetulkan kenyataan saudara bahawa penulis tersebut tidak mempunyai bukti. Ini kerana kenyataan penulis itu mengenai kajian Uitm dan Filipina sememangnya ingin menggunakan nama Malaysia adalah sahih.

    Saudara bolehlah merujuk kepada pautan ini untuk melihat laporan akhbar mengenai kajian Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Prof. Madya Mat Zin Mat Kib
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_21.htm

    sementara itu kenyataan Filipina ingin menggunakan nama Malaysia ada pada petikan ini "Prior to that, the name itself had been used to refer to the whole Malay Archipelago.[21] Politicians in the Philippines once contemplated naming their state "Malaysia", but in 1963 Malaysia adopted the name first.[22] At the time of the 1963 federation, other names were considered: among them was Langkasuka, after the historic kingdom located at the upper section of the Malay Peninsula in the first millennium of the common era."

    Namun begitu saya menolak sebarang hubungkait di antara penubuhan Malaysia dengan Gerakan Freemason, cuma terdapat kaitan yang belum dapat disahihkan. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

    BalasPadam
  23. der,aku stuju ngan rahimrabbani. aku baca skali harung fikir cam ko lak pro freemason n illiminute nih,sbb cam cber bekap dorg. semua ko tolak ape dya ckp. tapi bila gna mindset neutral,aku xleh ckp ap ah sal f n I ni,sebb dorg active complex. berkurun sudh f n i nh. nak cari dasar dia memag lama giler tu pun nk verufy lg sahih or not. so,pkra nih multitask men pon haram senang nk buat. susah nk sgnify. pda aku,ap sebenarnya info2 yg sal f nI nih disebarkan adalah kerana mahu kita umat Islam yg xbersatu nih moga2 amik tahu dan peka ngan keadaan sebenar dunia. walau pon semajoritinya dari umat ini dah lama immersed dalam benda2 yg dihantar yahudi. tulah kot. n aku amik kisah.

    BalasPadam
  24. mungkin anda trlalu slesa dgn hidup anda.wah byk pengaruh nmpk...ape je yg ko tulis ramai yg sokong...INGAT...org melayu ni...takut bg pndapt ..takut kne kutuk la ape la..mcm aku..so ble ada org yg brani kluarkn pndpt diorg trus respect...trus percaya..jd peranan anda mr k...sgt2 bsr sbb ramai yg dah trpengaruh dgn anda...jd..pastikn ape yg anda tulis berasas tanpa mengikut kepuasn hati anda...apa yg anda tulis ada yg btul dan ada yg x..sme jer dgn og yg tls psl freemason tu...ada yg btul dan ada yg x..so tajamkn mata hati anda...bgs mr k. anda seorg yg brani...kte mahukn ank mlayu sprti mr k. haha

    BalasPadam
  25. gerakan freemason n geng n smau2 yg berkait da berjaya KONTROL MINDA tuan tanah kedaung ni..

    BalasPadam
  26. emm aku lmbt baca la artikel ni,point no 1 tu dah wat aku trsedak..betul ke uitm ade wat kajian psl tu,dah la nama fac aku lak tu..mcm x je

    BalasPadam
  27. Filipina menuntut negeri Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka bukannya nak claim nama MALAYSIA !!!!

    BalasPadam
  28. terlalu obses dengan freemason dan illuminati lagu satu gaya penulisan macam rekaan semata-mata tiada rujukan yang sahih saya baca pun macam lucu ja

    BalasPadam
  29. Banyak baca al quran la.,,berapa bnyak firman Allah perihalkan gelagat sikap perangai yahudi..jika anda muslim tulin la kunun..anda pasti jdi target yahudi dan nasrani ..wa lan tardho ankal yahudhu wan nasaro hatta tat tabinga millatahum...
    Apa cara yahudi nak pesong anda..prtubuhan dan agenda..nabi rasul bngsa mereka malah bapak mreka pun nk d bunuh dan di tipu...anda sapa..

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum,

    Walaupun artikel ni dh lama, saje just nk tambah komen utk tambah pengetahuan sesiapa shj yg membaca blog ni. Mmg betul ape yg kita baca or dengar tu x boleh terus percaya bulat2. Tetapi kita pun jgnlh terus tolak bulat2 ye x. Sbb tu seperti Mr. Sab ckp, kita kene kaji dulu dari pelbagai sumber "Dig and research".

    So, balik semula ke niat asal. Pasal Filipina nak ambil nama Malaysia tu, selain dari petikan yg Mama Murai bagi tu, ni ada 1 rujukan yg menyatakan Filipina mmg ada niat nak menggunakan nama Malaysia: (Sakai, Minako (2009). "Reviving Malay Connections in Southeast Asia"). Boleh refer pdf nya dkt link ni: https://web.archive.org/web/20141013055904/http://www.sabrizain.org/malaya/library/connections.pdf ;-Page No 5. Motifnya? Ape point dorng? Itu saya x pasti. Tp dalam dokumen ni ada menyatakan "The former Filipino Vice-President of the Pan-Malayan Union presented a bill in the Senate in 1962 to change the name of the Philippines to Malaysia (Alonto 2003 p.190)."

    BalasPadam
  31. Sambungan komen td: N pasal soalan Mr. K mengenai Paul Wolfowitz sebagai perancang utama peperangan di Iraq dan Afghanistan

    The Sunday Times ade mengeluarkan satu berita artikel pada tahun 2013 bertajuk "10 Years On, Paul Wolfowitz Admits U.S. Bungled in Iraq"; dimana dalam artikel itu ade menyatakan "but he(Paul Wolfowitz) became animated as he reflected on the lead-up to the invasion"; "Wolfowitz called for Saddam’s overthrow during the 1991 Gulf War and was the first senior official to advise Bush, days after the September 11, 2001, terror attacks, to seek regime change in Iraq."

    Dalam Wikipedia Paul juga ada menyatakan "In the first emergency meeting of the National Security Council on the day of the attacks, Rumsfeld asked, "Why shouldn’t we go against Iraq, not just al-Qaeda?" with Wolfowitz adding that Iraq was a "brittle, oppressive regime that might break easily—it was doable," and, according to John Kampfner, "from that moment on, he and Wolfowitz used every available opportunity to press the case."[35]"

    Di dalam Wikipedia Henry Kissinger plak ada menyatakan "In an April 3, 2008, interview with Peter Robinson of the Hoover Institution, Kissinger reiterated that even though he supported the 2003 invasion of Iraq[111] he thought that the George W. Bush administration rested too much of its case for war on Saddam's supposed weapons of mass destruction. Robinson noted that Kissinger had criticized the administration for invading with too few troops".

    Maksudnya bukan dia (Henry) yg benar2 merancang bagaimana invasi itu berlaku. Kerana idea bagaimana invasi itu patut berlaku adalah dicadangkan oleh Pau Wolfowtz: "By contrast, Wolfowitz estimated that fewer than 100,000 troops would be necessary in Iraq.[43]"

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.