Guy, guy, guys! This is serious shit. Why? Sebab, tahukah anda yang 70% dari blogger Malaysia adalah ahli Illuminati dan freemason? Well, tahukah anda apa itu freemason dan illuminati? Tak payah tanya aku. Aku pun tak tahu.
Yang aku tahu, aku ada beberapa bukti yang mengatakan bahawa 70% dari blogger Malaysia adalah ahli Illuminati dan Freemason.
Aku tak nak cakap panjang-panjang kat sini. Tapi entri ni agak panjang. Kalau baca dari berbuka puasa hingga habis terawih pun belum tentu boleh abis. Tapi memandangkan korang ni jenis tak reti nak pergi terawih, then rasanya boleh habis.
So, siapakah gerangannya blogger Malaysia yang menyertai Freemason dan Illuminati ni? Well, mari kita mulakan dengan blogger yang paling gedik.
Nama dia adalah Liez Comot. Aku dulu baik dengan dia. Aku sangkakan dia baik seperti mana-mana gadis. Rupa-rupanya, itu semua bullshit. Tahukah anda yang Liez ni adalah ahli illuminati? Tak percaya, tengok gambar di bawah.
Jadi, sebagai orang melayu, aku perlu lah cepat melatah dan peraanoid serta overreacted. So... OMAI GODD! DIA ADALAH AHLI ILLUMINATI! OMG OMG OMG! Liez, I kecewa dengan you. Tak nak dah kawan dengan you. I tak faham kenapa you boleh join benda-benda freemason illuminati ni. Kenapa Liez, kenapa? You ingat you join benda-benda ni akan membuatkan you comel? Okay fine comel lah juga.
Itu baru satu. Belum masuk blogger lain lagi.
Ada satu blogger tu. Dia punya jawatan kat lodge Freemason tinggi gila. Kalau tak silap aku, dia tu Duta Illuminati Malaysia di UK. Nama dia Joe (Bukan nama sebenar. Nama sebenar Faridzul Asyraf). Korang ingat dia ulang alik ke UK untuk study? Tipu ah study-study tu semua. Tak percaya, tengok gambar di bawah.
Gambar di atas adalah gambar bilik dia di UK yang aku ambil dari Facebook dia. Try tengok kedudukan selipar kuning kat tepi sofa tu. Aku dapat rasakan agenda freemason di situ.
Pastu, lagi bukti yang jelas adalah bila dia update blog bertajuk Lemang Dan Ketupat yang ada kaitan dengan Illuminati dan Freemason. Dia update isu ketupat tu supaya orang tak suspek dia. Aku tak kisah sangat pasal tu sebenarnya. Yang aku kisahnya, bila tadi adik aku bagi tahu yang semua ahli keluarga kat rumah dok masak rendang dan ketupat. Tak sangka aku yang seluruh famili aku adalah ahli freemason. Aku sorang je yang lain dari yang lain. Kenapa aku berbeza? Kenapa mesti Freemason dan Illuminati tu tarik ahli rumah aku sekali? Kenapa? Kenapa?
Di sebabkan aku terlampau bengang dengan Illiuminati dan Freemason yang merampas keluarga aku, aku pun search lah pasal Illuminati dan Freemason ni.
Pengasas Illuminati dan Freemason. All-Seeing Eye.
Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Freemason dan Illuminati.
Sebenarnya, aku ada jumpa 249 lagi blogger Malaysia lain yang aku rasakan dah jadi geng Freemason dan Illuminati ni. Dalam masa satu jam aku search, aku boleh jumpa 249 blogger yang freemason. Kalau seharian aku search, perh, banyak tu. Tapi, masa aku dok sedap tulis. Aku terperasan satu gambar. Gambar yang mengubah segalanya. Iaitu..... gambar aku.
OMG OMG OMG AKU AHLI FREEMASON JUGAK? APA NI MANA ACI AKU TAK JOIN APA-APA PUN.
Tapi tak apa lah. Sekurang-kurangya, satu geng dengan Joe dan Liez.




