Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Selasa, 7 Februari 2012

Bila Perempuan Mandi Di Public.

Assalamualaikum


Hello gadis-gadis dan jejaka yang suka mandi bersama sekalian. Korang sihat?

Pada hari minggu yang lepas, ketika aku dok tengah syok main game online (Glory Destiny Online.) Tetiba member aku berbunyi:

"Khairul, jom kita pergi mandi kat Kolam Air Panas Gadik. Best doe. Rasa relax je badan"

"A'ah. Jom lah. Kalau nasib baik, boleh mandi satu kolam dengan awek-awek cun macam kelmarin. Situ, tempat mandi terbuka. Lelaki dan perempuan bercampur. Perhh. Best woo."

Ahh. Kalau dah lelaki. "Awek", "comel", "mandi bersama" dan "basah" adalah perkataan yang amat power kalau di satukan dalam satu ayat. Bak kata orang, kucing mana tak nak ikan kan? Lebih-lebih lagi, kalau ikan tu berlegar-legar dalam kolam air panas ye dak?

Dan, aku pun dengan keterpaksaan, pergi lah mempacking barang-barang aku untuk pergi ke Kolam Air Panas tu. Aku pergi bukan sebab nak tengok ikan-ikan comel dan basah berenang-renang dalam air beramai-ramai. Aku pergi sebab semua roomates aku pergi. Betul. Tak tipu.


And guest what. Bila aku sampai kat sana, perh. Ramai gila orang beb. Aku sampaikan hampir tak jadi mandi sebab tak jumpa kolam kosong. Aku datang ramai. So tak best la kalau mandi bercampur. Tapi tak apa. Sebab dalam diri dah excited gila dah, sanggup je la tunggu kolam kosong. Maklum lah, first time mandi air panas semulajadi. 

Tapi kan, masa aku tengah nak bayar tiket kat kaunter pembayaran, kawan aku ada cuit aku sambil mengerak-gerakkan mata dia ke arah kanan. Aku sebagai sorang lelaki yang agak pick up, aku pun menjeling la ke kanan. "Comel weh". Bisik dia. Well, no argument here. Definely a cute girl. Dia pakai tudung bawal dengan elok bersama baju kurung yang tak ketat. Nampak ayu jee. And, since aku tak tahu nama awek tu, aku memutuskan untuk panggil dia Awek Ayu Kolam Mandi Air Panas.

Now, let us imagine ya.

How if, korang jumpa seorang awek. Yang comel gila. Pakai tudung dan menutup aurat dengan lengkap. Tapi berada di kolam mandi yang bercampur lelaki dan perempuan. What would you feel?

Ya! Weird kan? But, bila aku tengok this girl yang comel yang tutup aurat berada di kaunter daftar kolam mandi. Aku rasa macam... "Aduhhh, ruginya kalau a girl yang tutup aurat macam tu boleh tetiba mandi di public". Serious rugi. Apa guna tutup aurat bagai kalau still tayangkan di kolam mandi bercampur?

Dan korang mungkin akan berkata:

Ehh, apa salahnya kalau perempuan mandi di kolam mandi? Islam ni bukan agama yang complicated okayyyyyy?

Well... Ye la ye la. Tak salah kalau korang nak mandi di kolam mandi (Pfff). In fact, you girls patut memperbanyakkan aktivity memandi ni. Why? Let me tell you why.

You girls nampak ayu bila basah-basah di kolam mandi.
This is serious. Ya, girls nampak gojes bila dalam keadaan basah-basah lebih-lebih lagi bila berada dalam kolam mandi. Why? Sebab pada masa ini lah, setiap lelaki yang tengok (Mostly remaja) akan bercakap-cakap pasal body korang. Well, we boys are good with imagination you know. Sometimes, the boys gonna talk pasal your assets and what they can do with it. Seriously, the things they can do with it. And it gonna last for.... ermm.. the whole day? Or, for the rest of their life. Something like :

"Ehh, kau ingat tak. Tu la perempuan yang kita jumpa kat kolam mandi hari tu. Badan dia bila basah, mantap beb. Dia punya bukit, perhhh. Tu belum kira lagi dia punya......"

Well, last time i checked, you girls sukakan perhatian kan? Lebih-lebih lagi bila ada lelaki yang bercakap pasal korang. So ini lah masanya untuk membuatkan lelaki menjadikan korang sebagai topik perbualan kan? Ya saya tahu idea saya bernas.

Baju Renang Muslimah pemankin kejayaan. 
Dunia dah maju. Semua benda boleh di manipulasi. Dan sekarang, tahukan anda yang girls boleh mandi di public dengan mengenakan pakaian mandi Muslimah? Tak percaya, boleh tengok di bawah:



Aku tahu baju renang ni nampak agak seksi. Tapi tak apa. Sekali sekala lelaki imagine pasal badan korang pun apa salahnya kan? Alaaa. Tak luak pun. Lagi pun, you girls will never know. ;D

************

Let me tell you something, girls. Yeah, baju Renang Muslimah is a bullshit. There is no such as baju renang muslimah. Yang ada hanyalah Baju-Ketat-Yang-Boleh-Dipakai-Oleh-Perempuan-Supaya-Kononnya-Girls-Boleh-Mandi-Di-Public-Sambil-Ditonton-Oleh-Lelaki-Gatal.


Well girls, aku kasi contoh lah. Korang pakai baju 3 lapis. Tak pun 4 lapis la kasi best sikit bunyinya untuk sedapkan hati korang. And then, bila korang mandi, agak-agak, ada fungsi tak 4 lapis baju tu bila air semua dah meresap? Korang mandi pakai telekung pun tak ada guna bila dah kena air yang meresap. Sekali meresap, lelaki yang tengok umpama dapat tengok freeshow tahu? See? I told you. Untung jadi lelaki. Mudah je nak tengok perempuan bogel depan mata.

So, kau nak kata perempuan memang tak boleh mandi di public la ye? Tak boleh mandi air panas. Tak boleh mandi kolam?
Wait. Ada aku cakap macam tu ke? Pfff. Of course la perempuan boleh mandi di public. Dengan syarat, di tempat mandi tu memang 100% tak akan ada lelaki melihat. Tak pun, kalau korang nak mandi kat tempat yang ada lelaki, korang boleh try pakai baju ni. Lagi best dari baju renang muslimah tu. Design pun up to date.

Awek Ayu Kolam Mandi Air Panas
Mari kita berbalik kepada kisah awek comel ni. Ya, sorry for non-comel girls. Sesebuah cerita likely akan menjadi interesting kalau wataknya comel. No offense (I know you gonna get offended. I just dont care). So, percantikkan lah diri anda.

So what about this comel girl? This girl. She is good. Sebab dari mula aku masuk kolam mandi tu hinggalah dia keluar, dia tak sentuh air langsung. Dia just duduk tepi dan temankan kawan (or adik i dont know) mandi kat situ. Sejuk perut aku tengok dia tak join mandi sekali. Kalau dia join mandi sekali, sure akan akan kecewa.

Well, aku tahu yang lelaki dan perempuan masing-masing suka mandi dan main air kan? And, aku sebenarnya dah plan. Kalau aku ada isteri nanti, aku nak bina kolam khas untuk isteri aku. Aku tak tahu la korang punya suami macam mana. Tapi, aku tak nak lelaki lain tengok bentuk badan isteri aku. Bini aku, suka hati aku ar.




Rabu, 18 Januari 2012

Sebab Kenapa Doa Korang Asyik Tak Di 'Layan' Tuhan.

Assalamualaikum


Hello ladies and gentlemen. Whats up?

Bak kata orang ramai, senjata orang muslim adalah doa. Korang pun mesti banyak doa kan. Pagi petang siang malam, berdoa je kerja korang. Ada yang berdoa nak mintak dapat result terbaik. Ada yang berdoa supaya tak kena marah dengan boss dan ada yang berdoa supaya dapat duit beribu lemon. But why the heck in the Earth doa kita tak dimakbulkan?

Aku kasi lah korang contoh. You girls dari umur 16 tahun dok gatal nak kahwin. Nak kahwin pulak dengan anak raja. Tak dapat anak raja, anak Dato pun jadi lah. Tak dapat anak Dato pun, mana-mana lelaki pun jadi lah. Iye lah, nak demand sangat pun tak boleh. Maklum lah, lelaki berkualiti tinggal berapa kerat je ye tak? So, hari-hari korang dok berdoa supaya cepat sampai jodoh. Tapi sampai sekarang, korang dah umur 35 tahun pun still tak sampai-sampai jodoh. Nak kata tak pandai, belajar sampai PhD. Nak kata tak der duit, kerja gempak. Tapi entah kenapa, tak ada lelaki pun nak masuk meminang. Mengapa? Mengapa?!

Begitu jugalah dengan rezeki dan hajat lain korang. Korang nak sangat dapat pekerjaan yang korang apply. Korang punya resume, gempak-gempak gila ah. Siap ada hidden page lagi. Hantar pulak pakai kertas embossed. Tu belum kira ada taruk sikit bedak-bedak kasi wangi resume korang tu. Tapi, still, korang je yang tak dapat jawatan yang korang dok apply kat syarikat tu. Nak kata berdoa, setiap hari dah berdoa. Berusaha pun dah. So, mana silapnya?
Mungkin, some of us akan terfikir:
"Semakin nak kita kat sesuatu benda tu, semakin tinggi kemungkinan yang kita tak akan dapat." 

Jadi, mengapa? Mengapakah situasi sedemikian rupa berlaku terhadap kita? Mengapa?! *Ceh ceh.*

There is always a story about a person yang tak tahu pasal satu benda yang lain. Dan dalam case ini, adalah doa. Kebanyakkan di antara kita di ajar untuk berdoa di mulut. Umpama, "Hey you. Yes you. Kau nak tips dapatkan pekerjaan yang diidamkan? Nah, try baca doa ni selepas solat" And then, kita semua dok la baca setiap hari. Baca setiap hari sampaikan doa tu dah auto ingat dan melekat kat mulut. Dan bila ini berlaku, korang umpama berdoa tanpa korang sedar. Korang tak tahu pun korang berdoa pasal apa? Translation doa tu lagi lah korang tak ambil kisah. Yang korang tahu, korang tengah berdoa. Adakah ini betul?


Sebenarnya, tak ada masalah sebenarnya untuk terus mambaca doa dengan cara begitu. Tapi, lagi better kalau kita meant it kan? Sebab ramai je orang yang berdoa guna mulut dan bukannya berdoa pakai hati. Kat mulut, suara doa tu kuat je. Kalau boleh, macam nak ajak berperang. But, adakah itu necessary? And berapa ramai yang berdoa sedalam-dalam hati dan berdoa bersungguh-sungguh? 


Tips, bagi memakbulkan segala hajat.
Ada banyak sebenarnya cara untuk meminta kat Tuhan supaya hajat dimakbulkan. Or dengan kata lain, meminta supaya doa kita "didengari" Allah. For example

"Ya Allah Ya Zal Jala Liwal Iqram" (Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.)

Try baca ayat di atas sebanyak-banyaknya bila korang ada hajat yang korang nak dapatkan. InsyaAllah, kalau korang tak dapat yang korang hajati tu, then korang akan dapat yang better.


Bagi mekbulkan permintaan rezeki.
Masa kat twitter, ada seorang awek ni, dia ajar aku zikir untuk dipermurahkan rezeki. Aku tak sure lah awek mana satu. Dia pernah bagi tahu aku yang zikir "Al-wajid" adalah zikir dipermurahkan rezeki. So, aku baca zikir tu selalu.


Solat Dhuha.
Solat Dhuha ni sumpah lama gila dah aku tak buat. Dulu-dulu semasa sekolah menengah selalu gak buat sebab Ustazah kat sekolah aku paksa satu kelas di waktu belajar dia untuk bersolat Dhuha. Dan korang tahu tak, kebanyakkan usahawan memang melakukan solat Dhuha sebab solat ni lah yang menarik rezeki kat kita. So, if you are looking for more and more fortune, then try this. And maybe, aku pun patut cuba.

Settle your problem.
Bagi menyelesaikan segala masalah yang korang alami dan mempermudahkan perjalanan hidup.

"La Illa Ha Illa Anta Subha Naka Inni Kuntum Minaz Za Limin." (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.)


Ini adalah doa ketika Nabi Yunus berada dalam perut Ikan hari tu. Masa dia dapat tau dia ada dalam perut ikan, dia terus tenangkan diri dan baca doa ni. Dan seriously, aku memang amalkan doa ni. Amat-amat berguna bila korang dalam masalah. So, kalau korang dalam masalah yang amat-amat besar, korang just baca doa ni banyak-banyak. Banyak-banyak sampai korang tak ada masa nak cakap pasal benda lain. InsyaAllah, selepas korang stay dengan doa ni, pufff. Masalah tu selesai tanpa korang sedari. All you need hanya faith.

Boleh percaya ke ni? Aku dah buat banyak benda-benda di atas. Tapi apasal doa aku tak pernah termakbul pong?
Sebenarnyakan, aku boleh cakap yang most of us suka sangat melambatkan solat (Termasuk aku sendiri). Solat asyik nak lambat. Tapi bab mintak doa, laju je nak dimakbulkan. Korang tak malu ke? *Terasa*.


Dan kadang-kadang, kita tak perasan dengan benda yang penting dalam hidup kita which is, apa yang kita makan. Sedikit makanan haram masuk dalam mulut kita, 40 hari ah doa korang akan dibuang dalam tong sampah. Contohnya, korang lapar. Then, korang curik meggi kawan korang. Then kesokkannya, korang dok berdoa untuk dapat interview kerja. Memang tak ah untuk korang mudah dapat apa yang korang nak tu.

Are you sure Kay? Sebab aku nampak ada je member aku yang suka curi makanan, tak solat, tak berdoa tapi dia dapat semua yang dia nak.
Well, for this case, you should read THIS.

Waktu dan saat yang paling terbaik untuk berdoa.
Now, let me give you the best way untuk berdoa. Ramai yang ingat, berdoa just angkat tangan dan, pooff, aladin akan keluar. But that adalah total bullshit. Sebab ada cara sebenarnya nak berdoa to the max. Antara tempat dan waktu paling mustajab doa tu adalah:
  • Malam jumaat
  • Malam Hari Raya Aildil Fitri
  • Malam Hari Raya Aidil Adha
  • Malam 10 Muharram
  • Malam Nisfu Syaaban
  • Malam Lailatul Qadar
  • Ketika Hendak berbuka.
  • Gap waktu antara Azan dan Iqamah
  • Ketika Khatib duduk semasa Khutbah ke dua nak start. (Masa baca doa)
  • Waktu seleas solat Fardhu
  • Waktu antara Zohor dan Asar
  • Selepas Khatam Quran
  • Ketika hujan mula turun selepas kemarau.
  • Selepas buat benda-benda baik
  • Selepas bersedekah kepada fakir miskin.

Dan jangan lupa, suruh kawan-kawan korang doakan untuk korang. Kalau korang ada kawan, bestfriend, awek, tunang dan isteri, suruh dia doakan sekali. Sebabnya, doa perempuan lebih termakbul berbanding lelaki. Dan amalan meminta orang untuk mendoakan kita adalah satu amalan yang baik. Tapi jangan ar korang paksa kawan korang untuk doa tuk korang. Memang tak ah dieorang nak doa dengan iklas kan?


Bila korang dah start berdoa tentang satu perkara untuk satu jangka masa yang lama, one day, korang akan dapat satu persaan tenang dimana korang tahu yang korang sure akan dapat apa yang korang doakan tu. Itu lah saat dimana korang dah ada full faith in Allah. Aku cakap based on my experience. Aku ada masalah dengan apa yang aku fikir. Dari kecik lagi, bila aku fikirkan suatu benda, aku sure tak dapat. But, since I start berdoa guna 'hati' untuk satu perkara dengan berterusan, sampai satu tahap, aku tahu yang aku akan dapat perkara yang aku doakan tu. No doubt. Tu pun kalau aku berdoa sehabis mungkin lah. Sebab aku ni bukannya baik sangat.

Korang kena ingat. Allah tak pernah kata tidak untuk doa yang baik-baik. Allah hanya kasi 3 jenis jawapan je bila korang berdoa which is "Ya", "Belum lagi" dan "I got something better in mind"

Dan, kadang-kadang, aku rasa better kita berdoa mintak "dapat yang terbaik" instead of mintak benda yang kita nak.



Jumaat, 16 Disember 2011

Declaration of Hukum Haram : Beza Antara Couple dan Bercinta.

Assalamualaikum


Aku dah pernah tulis pasal hukum bercouple ni dulu-dulu. Korang boleh rujuk kat Entri Pertama, Entri Ke-2 dan Entri Ending. Dan macam biasalah, kalau korang nak komen, sila baca dulu apa yang aku nak tulis. Kalau tak, awal-awal aku dah cantas.

Dan kalau korang perasan, aku ada banyak kali larang perempuan fall untuk lelaki sampai kan ramai pelik sambil bertanya:

"Mr. K, kau banyak tak setuju kalau perempuan bercouple dengan lelaki sebab lelaki tak boleh dipercayai. Dan kau banyak menentang couple dalam entry Islamik kau. Tapi kenapa entry-entry lain kau banyak pasal love-love? Bukan ke bercouple tu haram?"

Kalau korang tengok entry di blog aku ni, memang obvious sangat lah yang aku banyak bercakap pasal love. Banyak bercakap pasal relationship. Dan bila masuk bab relationship, mesti ada orang yang komen pasal:

"Tak payah buat semua tu. Baik bercinta selepas kahwin je. Baru lah halal. Benda haram macam ni tak lama."

Komen macam komen kat atas kadang-kadang buat aku geram. So, sebab itu lah aku keluarkan entry ni.


Actuallya, aku dah banyak kali bertukar-tukar pendapat dan berdebat dengan orang-orang di Facebook tentang hukum sebenar bercouple. For the time being, couple dan cinta adalah sama bagi aku. Dan entah kenapa, di satu malam yang hening, aku terfikir. Apa sebenarnya couple tu?

And then, somehow itu membuatkan aku perasan yang "Ada beza ke antara couple dan cinta?"

The real thing about couple.
Sebenarnya, couple ni bukan perkataan dah. Kalau dari segi English, "Couple" bermaksud "A pair" or "Satu pasangan" yang merujuk kepada "Dua". "Satu pasangan" dan "Dua" dalam kes ini adalah berdua-duaan. And sekarang, Couple adalah istilah. Istilah yang bermaksud seseorang yang berdua-duaan dan melakukan benda haram. Itu lah couple dan ianya adalah haram of course.

But, not as bercinta.


Bercinta is berbeza. Cuba korang bayangkan. Kau suka kat someone. Dia pun suka dekat kau. Dia tak confess dan kau pun tak confess. Tapi setiap hari kau BBM dengan dia. Yes, korang bercinta dah tu. So adakah ianya haram? If yes, why?

Ramai juga yang bertanya:

"Alaaaaah. Kalau bercinta. Mustahil lah tak pernah keluar berdua. Mustahil la tak pegang-pegang. Mustahil lah tak pernah duduk rapat-rapat dan hug-hug. Then mesti mintak gambar freehair kat awek kan?" 

For me, no. Not mustahil. Aku tak pernah keluar berdua dengan perempuan. Aku tak pernah sentuh kulit perempuan dengan sengaja dan bab duduk sambil hug-hugh tu lagi lah. Dan aku kalau boleh, aku tak nak pun girl yang aku sayang tunjukkan aurat dia kat lelaki lain. So yes, aku tak pernah pun mintak gambar-gambar perempuan lebih-lebih lagi gambar freehair. Everything is posible. Tak semua lelaki perangai dia buruk dan gila seks seperti ex korang.

How about this question?

"Dalam Islam kan ada kata jangan mendekati zina. Bercinta ni mendekatkan diri kau dengan zina"

Dalam banyak-banyak kawan lelaki aku, hanya dua orang yang dah pernah main perempuan. The rest of it, tak pernah. And yang dua orang tu bukan berzina dengan awek. Dia berzina dengan orang yang dia jumpa di kelab malam dan dengan kawan dia. Ya, dia berzina dengan kawan dia.

So, adakah kita nak letakkan sebagai berkawan itu juga haram just kerana boleh mendekati zina?

Antara soalan yang famous lagi.

"Kita cuba la tengok balik. Nasi tu halal atau haram? Halal kan? Tapi kalau ada secubit daging babi, mesti akan haram kan? Bergitu juga dengan bercinta. Kalau kau tak buat benda haram, orang lain akan buat kan? So better kita haramkan supaya tak ada orang pun yang akan buat."

Point untuk soalan di atas adalah betul. Tapi tak semuanya. Aku kasi contoh. Penggunaan Facebook dan Blog ni haram tak? Tak kan? Tapi ada je orang yang buat blog lucah serta Facebook lucah. Adakah itu menjadikannya haram secara keseluruhan? Look at Ulama Indonesia. Dieorang kumpulkan para ulama sebab nak bincangkan pasal keharaman Facebook. Katanya, di Facebook, ramai perempuan tertipu dengan lelaki dan ramai yang di culik serta di rogol berpunca dengan penggunaan Facebook. So, sebab itu lah diaorang nak keluarkan fatwa haramkan Facebook.


Konsep ni sama je dengan benda-benda lain. Dan fatwa itu kalau tak silap aku tak berjaya di keluarkan sebab katanya ianya adalah bergantung kepada individu masing-masing. Kalau dah guna Facebook untuk cari awek untuk diculik, confirm-comfirm lah haram. Tapi kalau guna Facebook untuk berdakwah, maka pahala lah untuk anda.

Begitu juga dengan cinta. Cinta tak haram. Yang haramnya adalah bila kita buat benda-benda yang tak senonoh ketika bercinta. Pegang sana, pegang sini. Maka, haram lah. Tapi kalau kita gunakan cinta tu sebagai medium mencari bakal ibu kepada anak kita, then apa masalahnya?

Well, korang mungkin akan berkata:

"Bercinta sebelum kahwin bukan sunnah Nabi."

Sunnah nabi kalau dibuat adalah sunat. Maksudnya kalau kau buat, kau dapat pahala. Kalau tak buat tak apa. Contohnya pakai celak dan pakai serban. Kalau kita tak pakai celak or pakai serban, adakah ianya berdosa? 

"Bercinta sebelum kahwin adalah style orang barat dan kafir."

Style orang barat tak menjadikannya haram. Banyak style orang barat dan kafir kita tiru. Pakai seluar dalam berbentuk segi tiga, makan guna garfu, berak secara duduk, membaca dari kiri ke kanan, menulis rumi dan sebagainya. Itu adalah style dan cara barat serta orang kafir. Adakah ianya berdosa? As long tidak bertentangan dengan Islam, then ianya tidak berdosa.

Dan masihkah korang ingat tentang entry aku yang ni? Ya, ini adalah budaya serta amalan Melayu ketika berkahwin. Dan ianya adalah berdosa. Kita asyik bercakap pasal budaya kafir dan barat serta dosa dieorang. Tapi look at us. Ramai dah tahu yang bersanding tu adalah dilarang dalam Islam tetapi kenapa kita still nak ikut budaya bersanding ni? Sebab ianya budaya tempatan dan bukannya budaya luar?


Korang mungkin akan kata lagi

"Alaaaa, walau kau jaga batas sekali pun, kau tetap akan rindu kat si dia kan? Kalau rindu kat someone tu, mesti terfikir nak buat seks kan? Tu dah jadi Zina hati sebab kau teringin nak buat seks." 

Cuba korang fikir balik. Ya, bayang kan. Kau rindu kat some seperti. "Alaaaa rindunya kat diaaaaa" And then what? Korang terus terbayang pasal seks? What the hell is that? Come on. You all gila sex or something? Seriously come on. Ada kena mengena ke rindu dengan seks? Rindu adalah perasaan yang tak boleh diungkai dan tak boleh dibuang macam tu je. Apa korang ingat nak hilangkan rindu kena buat seks?


Andaikata satu pasangan tu dah bertunang, then dia rindukan tunang dia. Adakah dia akan terus fikir pasal seks? So, dia kena buat seks dengan tunnag baru rindu tu hilang? See. Korang nampak tak betapa tak berkaitnya rindu dengan seks di sini?

Question tentang zina hati.


"Zina ada banyak jenis. Walaupun kau tak fikir pasal seks dan ianya tak berkaitan dengan seks, rindu tetap ada kan? Rindu tu haram sebab ianya Zina hati"


Aku rasa, aku dah banyak dah tulis pasal Zina Hati ni. Banyak-banyak sangat dah aku cakap pasal ni. Tapi masih ramai yang dok unkit pasal zina hati kat entri-entri aku. Dan dari dulu sampai sekarang gak aku tanya, mana korang dapat sumber yang kata rindu tu zina hati? Dari kitab bla-bla bla? Korang pernah tak check kitab tu wujud or tak? Kalau wujud, korang check tak hukum yang dinyatakan tu ada tak dalam kitab tu?

Well, kalau korang malas sangat nak pergi ke perpustakaan or mana-mana kedai untuk baca buku agama, korang bukak Google Book untuk baca buku-buku agama kat situ. Free je. Or, kalau korang malas teramat sangat, at least google lah sikit.

Website dan forum yang ada bercakap pasal beza Cinta dan Couple
Memahami Erti Couple dan Bercinta (Halaqah.net)
Cinta dan Couple Tak Sama
Beza Bercouple dan Bercinta (Ukhwah.com)
Hukum Bercinta (JAKIM)
Dan banyak lagi.

Untuk persoalan zina hati, aku kasi links di bawah:
Cinta dan Rindu dalam Islam
Jenis Zina Hati Mulut, Mata, Tangan (Saiful Islam + LeoKid)
Memahami Erti Sebenar Zina
Yes, zina ada hanya bila ianya datang nafsu.


So, which one of them adalah haram? These. Any of this akan menyebabkan haram
  • Berdua-duaan (Bercouple).
  • Duduk ramai-ramai tapi pegang-pegang lelaki perempuan.
  • Hari-hari buat SMS dan berbual lucah dengan pasangan sampaikan si lelaki terbayangkan yang bukan-bukan.
  • Si perempuan pakai baju kurung tapi ketat sampaikan si lelaki ternaik nafsu.
  • Kiss, ringan-ringan dan sebagainya.  
  • Mendengar perempuan menyanyi sampai menaikan nafsu lelaki. 
  • Macam-macam lagi.

Tak kisah la kalau korang dah bertunang ke, esok korang dah nak nikah ke, tapi as long kalau korang buat benda di atas, ianya adalah haram selagi tak kahwin. Ianya haram bukan untuk pasangan yang belum bertunang je malah yang dah bertunang sekali pun. Ianya haram untuk all, termasuk hubungan bersahabatan. But why only yang bercinta adalah to be blamed?

Korang mungkin akan berkata lagi. 

"Jodoh tu kan semua takdir. Kita buat apa sekali pun, kalau tak ada jodoh, tak guna juga."

Yup, apa yang korang cakap tu betul. But then, korang patut baca sini tentang Jodoh dan Takdir yang boleh diubah. Jangan semudah itu duduk depan laptop setiap hari main Angry Birds dan berharap akan ada orang masuk meminang.

Dan, andai kata kalau korang nak kata:

"Khairul, aku rasa penjelasan kau ni ada betul nya. Ada la sikit kot betulnya. Tapi kau perasan tak yang kau ni bercakap banyak guna logik akal?"

Sekarang ni, kita bukan bercakap pasal zat Allah dan perkara ghaib. So, kalau anda fikir yang Islam adalah agama yang tak logik langsung, korang boleh pergi ke SINI. Islam bukan agama logik akal semata-mata. Tapi hampir semua benda yang tertulis dalam syarak dan peraturan Islam ada logiknya. Kenapa ada malam seribu bulan, kenapa kita kena berpuasa, kenapa kita kena solat. Kenapa lelaki dapat harta peninggalan lebih, kenapa lelaki yang jadi Imam, kenapa kita tak boleh buat begitu dan kenapa kita tak boleh buat begini. Ada sebab kenapa Islam melarang. Islam bukan melarang dengan sesuka hati.


Aku tak galakkan korang bercinta. Aku memang tak galakkan langsung korang untuk bercinta sebab korang yang baca entri aku sekarang kebanyakanya adalah perempuan. And sorry to say, perempuan biasanya IQ rendah bila bercinta. Nak bercinta, tapi terpikat kat lelaki yang bad boy. Lelaki yang jahat. Lelaki tu pulak mintak bukan-bukan. Korang pulak, atas demi sayang, main kasi je. Gambar tak pakai baju lah. Video selepas mandi lah. Dan benda-benda macam ni lah yang contribute kepada punca kenapa orang kata bercinta tu haram.

If you girls tak berkahwin lagi tapi dah pernah tunjukkan body korang kat lelaki, then you are plain stupid. Well, aku bet yang lelaki tu dah lari dengan perempuan lain kan? See, told you. You are just plain stupid.

Kalau kau pergi ke Ustaz A, dia mungkin akan kata bercinta itu haram. Kalau kau pergi ke Ustaz B. Dia mungkin akan kata bercinta tu tak haram. Sebab itu lah korang jangan stick dengan satu pihak je. Kaji sendiri. Kalau ada 10 ustaz, rujuk 10 ustaz tu. Kalau 1 ustaz kata haram tapi 9 lagi kata tak haram, then, kenapa nak lean on that one?

Bercinta lepas kahwin is good. Very good. Tapi make it as bercinta sebelum kahwin adalah haram adalah not a really good idea. 

UPDATE : USTAZ Asri (Dr MAZA) - Bercinta tidak haram.



Khamis, 13 Oktober 2011

Apa Itu Saka dan Kenapa Orang Bela Saka.

Assalamualaikum


Hello girls yang takut hantu sekalian. Stay up late tonight? Good.

Kalau korang dulu-dulu sekolah berasrama dan stay kat asrama, mesti korang suka berborak kan? Kalau tak berborak dan bergossip sambil memuji pakwe masing-masing, mesti korang suka bukak cerita hantu dan saka kan? And then last-last, semua takut sampai tak boleh tidur sampai ke pagi. Yeah, I know.

Dan aku agak lah kan some of your guys mesti ada yang mewarisi saka kan? Well, dari apa yang aku tahu, 70% orang yang mewarisi saka tak tahu pun yang dia tu ada saka. But seriously, korang tahu tak saka tu apa kebenda sebenarnya?

Yeah bro, what the fuuuu is saka?
Saka adalah jin / hantu yang akan sentiasa ikut tuan dia. Tuan dia suruh dia buat A, dia akan buat A. Tuan dia suruh buat B, dia akan buat B. Dengan satu syarat, tuan dia kena buat upacara khas untuk beri makanan kat dia. But, korang mesti tertanya-tanya, macam mana jin or hantu tu ada tuan kan? Well actually, jin dan hantu tu dah buat perjanjian dengan manusia. Bila perjanjian di buat, secara automatiknya manusia tu akan jadi tuan dia. Dan biasanya, perjanjian tu adalah sehingga kiamat. Sebab tu lah saka ni boleh diwarisi.

Ada orang kata saka adalah roh orang mati. Roh sultan, Roh raja dan roh orang-orang tertentu seperti roh seorang pahlawan. Tapi sebenarnya tak. Saka is not roh orang mati. Hantu juga bukan roh nenek moyang kita. Bukan roh nabi. So, kalau dia kata yang dia jumpa Nabi, or Sultan selepas dia buat upacara etc, then itu maksudnya dia baru sahaja bullshitting you. Saka is saka. Saka is ghost. Saka is hantu. Saka is jin and of course, syaitan.

Jenis-jenis saka.
Jin saka ni ada banyak jenis. Ada yang jenis pro, ada yang jenis amateur. Maksudnya, ada jin yang gila kuat dan ada jin yang lemah. Tapi tak kira lah saka kuat or lemah, korang tetap kena jaga dia. Tiap-tiap malam tertentu, korang kena buat ritual untuk saka korang. Dan ini adalah termasuk dengan bermain dengan dia. Tak kisah lah main apa-apa pun. Main lompat-lompat ke, apa ke, asalkan saka tu happy. Kalau tak happy, dia kaan sakitkan hati orang di sekeliling korang. For example, korang adalah perempuan. Korang ada saka. Setiap malam jumaat, korang kena pergi ke tandas untuk berborak dan bermain lap ta li lap dengan saka korang. Kalau tak, saka tu akan kacau seluruh ahli rumah or ahli keluarga korang.


And dari beberapa sumber yang aku tahu, semakin kuat saka tu, semakin besar ritual yang korang kena buat. For example, if saka yang korang ada tu hanyalah saka biasa-biasa je, then korang just perlu asapkan barang perantaraan dia seperti keris, cincin, pedang dan etc. But if level saka tu makin tinggi, korang mungkin perlu korbankan ayam, kambing hitam dan sebagainya. And dari apa yang aku dengar lagi, sampai satu tahap, korang kena korbankan nyawa untuk bagi kat saka korang. Why? Sebab to earn something, you must give something. Something like your-normal-life.

Camne nak tahu eh kot-kot aku ada saka ataupun tak?
Senang je kalau korang nak tahu yang korang ada saka ataupun tak. Korang tengok je diri korang. First tengok diri korang masa tengah tidur.

  • Korang susah tidur malam tak?
  • Orang yang ada saka biasanya akan dapat mimpi pasal kucing, tikus, serigala, ular, anjing and unta. Or selalu mimpi apa-apa yang menakutkan.
  • Mimpi terjatuh dari tempat tinngi or berada di tempat kotor plus kawasan perkuburan.
  • Mimpi nampak budak kecil, salib dan gereja.
  • Bunyi gigi berlaga masa dok tengah tidur. (Actually, dalam sains, ini pertanda orang tu banyak cacing dalam badan)
  • Bila terjaga dari tidur, akan rasa takut je.
  • Selalu mimpi / mengigau sampai menangis, ketawa dan merintih dengan kuat masa tengah tidur.
  • Lebam-lebam (Kesan gigitan saka)
  • Bermimpi buat seks dengan hantu / jin / makhluk menyerupai binatang etc.

Dan jangan risau, if korang pernah mengalami benda-benda kat atas, tak bermaksud korang surely ada saka. Kadang-kadang, mimpi hanyalah mimpi. And for those yang ada saka, tak bermaksud korang akan bermimpi pasal semua yang tersenarai. Sebab ianya tak boleh di duga. However, masa bukan tengah tidur pun, ada beberapa benda yang korang kena aware masa korang tengah terjaga. Sebab, biasanya orang-orang yang ada saka ni akan ada berapa situasi tertentu. Contohnya:

  • Kepala asyik rasa pening. And make it as Migraine.
  • Susah nak buat ibadat.
  • Mudah penat.
  • Selalu rasa sakit di salah satu anggota badan terutama tulang belakang badan.
  • Bila dalam masalah je, terus rasa panik dan cuak.
  • Ada penyakit tertentu.
  • Mudah give up.
  • Amat mudah untuk marah-marah.
  • Sensitive and emo.
  • Selalu rasa macam ada benda kat bawah tapak kaki.

Apa hukum bela saka ek?
Buat member dengan jin under the name of 'khadam' adalah haram dalam Islam yaw. Ni dah dinyatakan dalam Al-Quran. Firman Allah s.w.t. Ertinya

"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan." - Surah al-Jin: 6

So yeah, ianya haram. But how if jin tu yang memilih tuan dia? Itu lain cerita. But, if jin tu pilih korang instead dari adik beradik korang, and then korang terima dia dengan senang hati sambil menggunakan khidmat dia and buat ritual untuk dia, maka korang baru je berjaya membuat suatu perkara yang syirik. Dengan kata lain, if you guys tahu yang korang ada saka, better cepat buang sebelum dia buat rampage sebab korang tak nak layan dan beri makanan kat dia.

Dah tahu saka ni haram, dah tu kenapa still ada orang yang bela?

Yaaa. Korang pun tahu yang saka ni menyusahkan. Nak kena buat ritual lah, nak kena lepak-lepak dengan dia lah. Nak kena jaga hati dia lah. Dah tu, kalau tak buat saka tu happy, saka tu mungkin akan rosakkan hidup korang. Nak bela skandal lagi mudah dari jaga saka. So again, kena ada orang still bela saka?

Protection.
Untuk zaman dulu-dulu, ramai nak pakai saka sebab saka ni dikatakan pentang untuk pertahanan diri. Iye lah, zaman perang Jepun and penjajahan dulu. Masa tu, antara cara paling mudah untuk survive dalam hidup adalah dengan membela saka. So untuk zaman sekarang pun, ada yang pakai saka untuk dapatkan kekebalan.

Superpower
Andaikata korang tak puas hati kat seorang mamat ni. Mamat ni sapa? Yaa ex korang. Di sebabkan dia ex korang, dia tahu nak rosakkan hidup korang je. Setiap hari dia stalk Facebook korang then buat cerita buruk tentang korang kat Twitter dia. And then, korang rasa panas gila. Apa yang korang boleh buat? Yeah, korang boleh suruh je saka or pelesit korang kerjakan mamat tu. Tak der hal. And sure mamat tu akan merana gila.

Kecantikan
And then, kalau korang rasa susah nak tackle mamat bangla yang handsome kat kilang korang, korang boleh pertingkatkan kecantikan muka korang dengan menggunaka saka korang tu. Kalau korang malas nak cantikkan diri, korang boleh je gunakan kuasa pengasih.

Perubatan
Some certain saka boleh di guna untuk hilangkan penyakit. Contohnya, bomoh. Ada certain bomoh yang guna saka untuk ubatkan pelanggan dia. Bomoh ni akan baca beberapa mantera and puffff, penyakit tu hilang. But still, ianya haram dalam agama Islam. So, macam mana nak tau pasal bomoh yang guna saka dan bomoh yang guna cara Islam? Senang je. Korang tengok macam mana dia rawat pesakit dia. Kalau bomoh tu keluar dari bilik yang gelap / tandas untuk berjumpa dengan korang, then probabaly yang bomoh tu bukan 'orang' adalah tinggi. Andai kata bomoh tu pakai lilin, then ianya adalah ilmu hitam. And macam-macam lagi lah. Dengan kata lain, jumpa lah ustaz.

Okay Mr-Who-Knows-Everything. Now tell me bagaimana Saka tu boleh main waris-waris?
Ada banyak sebenarnya saka di wariskan. Ada yang secara direct dan indirect. For direct, tuan saka tu mungkin akan berkata "Jin, nanti bila aku dah mati, kau pi lah kat anak aku. Kau pi kat anak aku yang nombor 4 tu." So, bila si owner jin tu mati, jin tu cepat-cepat pergi kat anak lelaki yang nombor 4 tu. And nak tak nak, terpaksa lah si anak no 4 tu tanggung siksa jaga saka. Lagi siksa kalau dia tak tahu apa-apa pun pasal saka. Kan?


As for the indirect waris, ianya lagi simple. Contohnya, pembawa saka tu dah mati. Tapi si mati tu belum sempat 'wasiat'kan saka dia. Bila dia tak sempat nak wasiatkan saka dia, saka tu akan jadi macam bini yang digantung tak bertali. Tak tahu mana hala tuju. Melayang-layang di atas muka bumi. Tak ada belaian kasih sayang. So, bila tak tau nak pi mana, dia cari lah waris kepada owner saka tu. Sebab tu lah banyak kes yang ada orang yang ada saka tapi dia tak tau pun yang dia ada saka.

So, kau kata saka ni haram. Then macam mana nak buang saka ni?
Saka ni, nak buang dia gila lah susah. Mana taknya, dah mak / ayah / nenek / moyang korang dah buat perjanjian dengan jin-jin ni. Ingat senang ke nak langgar perjanjian? Apa korang ingat jin ni macam orang Melayu nak main suka-suka je langgar perjanjian? No way. Kalau ada jin yang mudah-mudah langgar perjanjian, sure dia akan di panggil Jin Melayu. Tapi hingga sekarang still tak ada nama Jin Melayu kan? Haaa. seee? Jin ni, memang pegang pada janji. Memang amat susah nak lari dari dia. So, kalau korang nak buang saka, pergi la jumpa Darussyifa'. Aku dengar citer, ni antara tempat rawatan Islam yang terbaik setakat ni. Sebab kawan aku ada pernah pergi. And katanya ustaz-ustaz kat Darussyifa ni muda-muda semuanya. Bukan je muda malah hensem and suciii jee muka dieorang. Baru balik dari mesir agaknya.

Now you got good reason to take out your saka at Darussyifa.


Selasa, 30 Ogos 2011

Cara Solat Dhuha Dalam Rumi / Jawi + Doa

Assalamualaikum

Dhuha - Solat untuk membuka pintu rezeki.



1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat - 2 rakaat 1 salam.

2) Waktu paling afdal / sesuai untuk solat : Pagi - 20 minit selepas matahari terbit. Anggaran 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Sebelum zuhur).





"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Bacaan selepas solat Dhuha


Terjemahan bacaan doa selepas solat Dhuha dalam bacaan Rumi 


Allahumma innadh Dhuha~a Dhuha~uka,
Wal bahaa~a bahaa~uka
Wal jamaala jamaaluka
Wal quwwata quwwatuka
Wal qudrata qudratuka
Wal ishmata ishmatuka
Allahhuma inkaana rizqi fis samma-i fa anzilhu
Wa inkaana fil ardhi fa~akhrijhu
Wa inkaana mu'asaran fayassirhu
Wainkaana haraaman fathahhirhu
Wa inkaana Ba'idan fa qaribhu
Bihaqqiduhaa~ika wa bahaaika
Wa jamalika wa quwwatika waqudratika
Aatini maa ataita 'ibaadakash shalihin


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.




Selasa, 12 Julai 2011

Adat vs Agama : Bertunang dan Berkahwin.

Assalamualaikum


Hello adat lovers sekalian.

Kita bertemu lagi dalam segmen "Mari Memangkah Adat-ada Melayu yang Merapu." Ya, segment ini bakal di benci oleh mak cik-mak cik dan emak anda semua. Why? Yeah, sebab aku bet dieorang nak sangat mengutamakan adat lebih-lebih lagi bila masuk bab perkahwinan. Mana tak nye, bila si emak dapat tahu yang si anak perempuan dah nak kahwin, terus tak senang duduk macam dia nak kahwin. Nak sediakan pelamin lah, bunga tu lah bunga ni lah. But somehow, ada certain adat adalah bertentangan dengan Islam. Samaada bertentang di sebabkan syirik atau membazir.

And that is the problem yaw. Setiap kali kita nak bagi tahu yang adat-adat tu semua bertentangan dengan Islam, sure lah akan ada makcik-makcik yang berkata :

"Dah dari dulu sampai sekarang orang buat macam ni. Kita ikut je lah. Beradab lah sikit"

Ewww. Bila kita sebut adat, masing-masing pakat kata "Ikut dari orang yang terdahulu". Well, for what? Adat-adat di Malaysia dah bercampur-campur. Ada yang dari hindu, dari bangla, dari jawa dan dari ciptaan sendiri pun ada.

Bertunang
Well, mari kita mulakan dari bab yang lebih ringan. Adat bertunang. Adat, not adab. Dalam Islam, ada je adab bertunang. Adab bertunang yang ada dalam Islam termasuklah Cara Pergaulan dan Tempoh Pertunangan. Tapi dalam agama Meleis, akan ada satu benda baru yang di panggil Adat Bertunang. Where the fuuu datangnya Adat Bertunang? Yeah, datang dari makcik-makcik yang nak utamakan adat dari agama.

Adat Resam Bertunang Melayu
  • Pertunangan mesti (Wajib) melalui keluarga.
  • Pertunangan mesti (Wajib) ada cincin.
  • Pertunangan mesti (Wajib) ada hantaran pertunangan.
  • Etc

Actually, kalau nak bertunang tak perlu melalui keluarga pun tak apa. Bertunang adalah perjanjian antara lelaki dan perempuan yang berjanji akan berkahwin. Once lelaki dan perempuan berjanji untuk berkahwin, itu dah dikira bertunang. Segala majlis bla bla tu adalah sampingan je. Begitu gak dengan cincin. Tak perlu cincin bagai tu. Dan hantaran pertunangan lagi lah tak perlu nak banyak-banyak. Kalau nak gunakan sebagai 'hadiah', benda yang simple-simple pun dah cukup.

Then, how about berkahwin?

Berkahwin lagi lah bermasalah. Well, korang tahu tak kenapa orang zaman sekarang kahwin lambat? Yaa, bukan sebab peraturan dan undang-undang, tetapi sebab 'ketakmampuan'. Jangan nak cakap undang-undang ya. Umur 18 dah boleh kahwin. Tapi korang? Umur 25 pun calon suami / isteri pun tak der lagi. Kalau diikutkan dalam Islam, kahwin ni mudah. Masa belajar pun boleh kahwin. Setahun bekerja pun dah boleh kahwin. Tak der hal. Tapi kita sendiri yang menyusahkan keadaan. Contohnya, hantaran perkahwinan.

Hantaran Perkahwinan dan Mas Kahwin
Aku tak faham kenapa makcik-makcik suka sangat mintak hantaran yang mahal-mahal untuk anak perempuan dia? Perlu ke mintak RM222222? Or RM 66666? What? Nombor bertuah? Okay now you guys percayakan kepada nombor bertuah? Nombor bertuah dan nombor cantik satu hal. Then datang pulak dengan empat, lima, enam angka. Macam mana la si lelaki nak kahwin macam ni?

But, kita sebagai Melayu yang miskin dan tak banyak duit, kita kena la berlagak konon kita ada banyak duit. Macam artis-artis Malaysia lah. Bila artis yang kaya nak kahwin, sibuk nak kasi nombor hantaran nak cantik-cantik. RM111111 lah. RM99999 lah. Last-last bercerai. Kenapa bercerai? Sebab tak berkat. Tahukah anda yang ada hadis pasal ni?

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya". ( Riwayat Ahmad )


"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah" ( Riwayat Abu Daud )

Ya, hadis dah diterangkan secara terang benderang. Tapi, adakah kita nak ikut kata-kata Nabi? No. Nabi tu zaman dulu. Apa barang ikut. Baik kita ikut mak cik-makcik yang mengutama kan adat berbanding agama. Bila ada adat, ramai orang suka. Bila ramai orang suka baru lah best. Allah tak suka pun tak apa. Iye tak?

Hantaran perkahwinan yang mahal-mahal yang cecah berbelas ribu-riban adalah shit. Masak tak pandai, tanggalkan stoken suami tak nak ada hati nak mintak berbelas ribu riban.


Benda-benda macam ni la yang membuatkan orang tak mampu nak kahwin. Pihak lelaki dah la nak kena kahwin empat. Macam mana nak kahwin empat kalau banyak duit di perlukan?

Bersanding Bak Raja Sehari + Tepung Tawar + Merenjis
Orang akan kata

"Kamu bersanding sebab mengikut tradisi nenek moyang kita (Actually mengikut tradisi hindu). Sebab tu lah bersanding macam Raja. Raja sehari la katakan. Alaa, ibarat Raja-raja zaman dulu"

Wait, mengikut tradisi zaman dulu yang meniru raja-raja zaman dulu? Hello, raja zaman dulu ada gundik okay. Gundik diaorang pulak perh, terbaik beb. Semua pakat muka macam amoi. Iya, amoi. Amoi yang putih dan gebu tu. Tapi kalau rasa raja sehari ada ke gundik-gundik ni? Mana ada. Then korang tahu tak yang bersanding adalah bertentangan dengan Islam? Ya, sebab ianya meniru upacara agama hindu plus, ianya menunjuk-nunjuk. But then why still nak sanding-sanding? Korang ingat best ke bersanding duduk atas kerusi tak buat apa-apa? Nak korek hidung segan, nak bermanja dengan bini pun segan. Ya. Biasanya majlis perkahwinan di buat sehari selepas nikah. And korang ingat satu malam tu cukup ke si suami isteri nak berkenalan dengan lebih 'rapat' dan melakukan proses menghilangkan rasa malu? Peh-lis. Mana cukup beb.


And then what? Tepung Tawar. Enjis-enjis air? Untuk dapat berkat? Really? REALLY? Seorang demi sorang mak cik naik atas pelamin sambil renjis-renjis dikira mengambil berkat?. Eww. How can tabur-tabur beras or something dikira ambil berkat? And that renjis-renjis thingy. What the hell is that. Well, itu semua adalah bertentangan dengan Islam. Sedar tak sedar korang dah membuat suatu perkara dan perbuatan yang di panggil Syirik.

Dan macam yang dikata dalam hadis tadi, "Besar berkat nikah adalah bila sederhana belanjanya". So, bila cakap bab sederhana ni, tak payah la nak demand karaoke-kareoke, silat-silat, kuda kepang, taekwando tu semua. Tu semua mengarut je. Ya, tak akan ada kareoke di majlis perkahwinan aku. (Tu pun kalau aku kahwin lah). Kalau ada pun, band-band yang perform. And my wife jangan harap ah nak kareoke. Kalau nak terpekik terlolong, tunggu tengah malam nanti. Special punya kareoke. Mengada-ngada.

Make Up Tebal Nak Mampus.
Okay ini adalah off topik. Tak berapa kena dengan entry tapi pernah tak korang perasan kat pengantin perempuan? Bagi aku, make up paling huduh adalah ketika nak kahwin. Aku bet korang mesti perasan kan asal pergi kenduri kahwin je, mesti nampak si pengantin perempuan yang make up tebal nak mampus. Serious tebal. Umpama babydoll dah. Dan the issue is, lawa ke macam tu? Kenapa Mak andam untuk bakal pengantin semua sepesen? Semua jenis suka make up tebal? Adakah kerana mak andam tu syok sendiri? Ataupun dia jealous sebab pengantin tu nak kahwin dan dia tak kahwin-kanwin lagi so dia kasi makeup tebal-tebal biar nampak huduh?

Tahukah anda kenapa ramai pasangan suami isteri bercerai? YA, KERANA MAK ANDAM. Mak Andam tu pi make upkan si pengantin macam badut. Then bila dah tangkap gambar, nampak la muka badut yang huduh tu daman gambar tersebut. Then gambar tu pulak korang pi gantung kat dinding dalam bilik. Setiap hari si suami terpaksa tengok. Bila tengok, rasa meluat. Sepatutnya, bila tengok rasa sejuk je perut. Tapi kalau dah meluat dan nak muntah tu, memang tak lama ah. So yeah, kalau korang sayangkan perkahwinan anda, tak payah susah-susah nak panggil mak andam make upkan. Selama ni korang bersolek sendiri-sendiri boleh je suami korang terpikat. Apasal tetiba nak suruh mak andam make up pesen badut?



Isnin, 27 Jun 2011

Adat vs Agama : Sebelum Kahwin (Langkah Bendul + Mandi Bunga.)

Assalamualaikum


Hello modern boys and urban tudung girls sekalian.

Korang perasan tak dari dulu sampai ke sekarang, banyak gila orang-orang melayu yang suka utamakan adat dari agama? Whaaaat? Korang tak perasan? Korang tahu tak kenapa korang tak perasan. Ya. Sebab ianya dah menjadi adat. Dan bila ianya menjadi adat, ianya dianggap 'normal' dan tidak bertentangan dengan Islam.

Langkah bendul

Korang tahu tak langkah bendul tu apa? Okay fine korang tahu. But I dont care aku nak bagi tahu jugak. Apa yang aku tahu definisi langkah bendul tu ada banyak. Dan yang paling femes adalah

"Kalau si adik perempuan kahwin dahulu berbanding si kakak, bakal suami si adik mesti bagi hadiah penghantaran untuk si akak sekali."

Wait, whaa? Apsal lak nak kena kasi ke kakak sekali. Just because dia lebih tua? Dia lebih tua dan dia sepatutnya kahwin dulu? So, konsepnya sama dengan orang lebih tua patut mati dahulu? Hello human. Just kerana dia lebih tua tak bermaksud dia akan mati dahulu. Sama lah juga dengan kalau dia lebih tua tak bermaksud dia akan kahwin lebih cepat berbanding adik-adik dia. Same concept. Itu semua jodoh. So yeah, langkah bendul ni tak sepatutnya wujud.

Mengikut adat orang Melayu:
  • Kalau si adik berkahwin dahulu sebelum kakak (langkah bendul), si kakak akan makin susah untuk dapat jodoh.
  • Kalau si adik kahwin dahulu sebelum kakak (langkah bendul), ianya adalah satu penghinaan terhadap si kakak dan kakak akan berasa terhina.

Look at the point pertama. Wow. WOW. Hebat gila doe bila jodoh si kakak now di tentukan oleh perkahwinan si adik. Yaaa tepat sekali. Setelah si adik berkahwin dahulu, Tuhan dah tak ada kuasa nak tentukan jodoh si kakak. Sebab tu la kalau si kakak lambat kahwin selepas si adik langkah bendul, kita patut blame si adik semata-mata. Correct!

"Oi si adik. Kau amat tak beradab sebab melangkah bendul. Aku kakak kamu. Aku patut kahwin dulu. Tapi di sebabkan kamu kahwin dulu lah jodoh aku tak sampai-sampai. Apa kamu pikir kamu seorang je yang horny? Tak guna."

See? Kerana adat, tanpa kita perasan, kita dah buat benda-benda yang syirik.


Tu belum kira lagi kalau still nak melangkah bendul which is kena bagi 'hadiah' kepada si kakak. Kalau si kakak mintak sehelai baju ke, kasut murah ke tak apa lah juga. Tapi kalau dia pi mintak bukan-bukan? Pulak tu, makcik-makcik zaman sekarang superb sikit nak-nak bila menghasut

"Ehh, bakal suami adik kamu tu bagi baju je sehelai? Kalau makcik lah, makcik mintak satu set rantai emas"

Then ada pulak suara mangkuk lain

"A'ah. Kalau mak cik pun macam tu juga. Tapi mak cik rasa, kalau mintak kereta Audi R8 pun best juga. Tak beradab lah kasi baju je sehelai. Hina sangat ke nak bagi baju sehelai?"

Tu baru orang luar. Belum di kalangan keluarga sendiri. Kena pulak dengan si emak yang gila. Wang hantaran pun dah mintak belas-belas ribu. Belum lagi bab mintak hantaran untuk melangkah bendul.

Aku ambil contoh. Si adik yang baik tu nak kahwin. Dia tu dah la baik. Comel, sopan santun pulak tu. Tapi kena pula kakak (tak pun emak) nya yang tak kahwin lagi tu mata duitan. Sekali dia mintak RM5000 kalau nak lagkah bedul. Perh, tak ke tu beban kan lelaki? Baik kahwin dgn kakaknya skali. Bak kata orang beli satu percuma satu. Alah, macam promosi penipu lah. "Hang bayar RM10,000 tuk minah ni, hang dapat kakaknya sekali kalau hang tambah lagi RM5,000." Haa baru RM 15 ribu dah dapat BELI dua bini. Okay lah tu. Win-win situation. Ye tak?

For me, adat langkah bendul adalah shit.  Benda-benda langkah bendul ni orang tak kisah pun kalau tak ada orang wujudkan. Seorang perempuan tu kadang-kadang tak kisah langsung kalau adik dia kahwin dulu. Tapi bila dah masyarakat sibuk nak UPkan isu langkah bendul, kakak yang tak terasa pun boleh tiba-tiba rasa malu.
So? Screw the adat-adat yang menyusahkan. Who cares about the adat kalau ia menyusahkan orang? Dan dalam bab jodoh, umur bukan pengukur. Bab langkah bendul ni tak patut diwujudkan pun. Seru dan jodoh tu semua kerja Tuhan. Kita hanya berusaha.


Mandi bunga dan amalam percepatkan jodoh.


Korang tahu tak apa masyarakat kita akan kata kalau kita tak kahwin-kahwin lagi? Ya, kita patut mandi bunga. Kalau ada makcik nampak je andartu yang tak kahwin-kahwin lagi, sure dia akan suruh andartu tu mandi bunga. Siap offer lagi nak ajar step-step mandi bunga tu macam mana.

Untuk orang yang tak tahu, ada certain mandi bunga haram sebab syirik dan ada certain mandi bunga adalah harus. Mandi bunga adalah tak haram kalau bunga yang di letakkan tu ada scientific proven which is terbukti dari segi logik dan saintifik. Tapi mandi bunga adalah syirik bila nak mandi dan tabur bunga tu, dia pi baca ayat-ayat pelik. Tung tung tung gebang gebang gebang. Puh puh. Then berharap dapat cepatkan jodoh. Ya, ya, ayat yang entah dari mana tapi orang melayu dok pakat sebut je. Then mula lah,

"Waa, tadikan ada mamat sebelah kampung tu nak tackle aku lah. Hebat gila mantera mandi bunga yang bomoh tua tu bagi aku."

Kalau korang perasan, bomoh palsu biasanya tak kahwin pun. Iye lah, siapa nak kahwin dengan penipu. Well, bomoh tu dari dulu sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi tapi ada hati claimed boleh cepatkan jodoh orang? Iya, masuk akal lah sangat. Tapi nak buat macam mana, orang Melayu kan suka percaya kat benda-benda tahyul ni. Dan memandangkan orang-orang melayu ni jenis percaya dengan benda-benda tahyul, sekali bomoh palsu tu ajak mandi bunga bersama-sama pun awek tu percaya. Well, mandi bunga dengan bomoh palsu? Are you nut? Bomoh-bomoh macam ni lah yang memalukan bomoh sebenar. Dan korang jangan lupa, dah berlambak dah kes awek-awek melayu yang kena tipu dengan bomoh palsu. Nak-nak bila bab nak buang saka dan buang sial. Masa proses nak buang tu, si bomoh palsu tu kata yang si perempuan tu kena buat seks dengan dia supaya dia dapat contact dengan saka / hantu di dalam badan awek tersebut. Real story. Brilliant bomoh! Stupid girl.

For your information, mandi bunga dengan meletakkan bunga-bunga tertentu mungkin boleh menyihatkan badan plus boleh melicinkan kulit. Tapi kalau dah mandi bunga yang datang bersama mantera-mantera pelik, itu adalah terlarang di dalam agama sebab itu adalah amat mensyirikkan.


Tapi kan, instead of you girls mandi bunga dengan bomoh palsu, baik you all mandi dengan aku. Kita pi cari jakuzi then kita taruk scrub yang ada jual kat Watson ke dalam jakuzi tu. Scrub-scrub kat Watson ada perisa epal, Aloe Vera dan macam-macam lagi lah. Lagi wangi dari bunga-bunga yang bomoh palsu tu kasi, tahu? Then kalau you girls malas nak scrub sendiri, tak apa jangan risau. I boley tulun scrub-scrub kan. Hehe.

Well, for your information, ada je adat orang melayu yang tak bertentangan dengan Islam. Malah ada adat yang Islam support.

Tapi sayangnya adat-adat yang terlarang lagi banyak dari adat-adat yang dibenarkan. Ni baru sikit, ada banyak lagi tau. Nanti ada sambungan untuk segmen ni. Ecececeh "segmen". Tapi itu lah. Orang Melayu amat pentingkan adat. Kalau kita tak ikut adat, dikatanya kita tak beradab. So, nak tak nak kena ikut juga lah adat-adat ni. Agama tu letak nombor dua pun tak apa asalkan adat dapat laksanakan. Ye tak mak cik mak cik Melayu tipikal sekalian?



Isnin, 6 Jun 2011

Hukum : Jenis Mengumpat yang Dibenarkan Islam Yang Tak Haram.

Assalamualaikum


Beberapa hari lepas, dunia Blogspot dan maya kecoh dengan isu awek tak ada dara yang bernama Adinda Evans tu. Ada yang letak entry, ada yang buat parody, ada yang troll habis-habisan. Ianya memang fun. Tapi, kebanyakkan benda fun adalah terlarang. Define 'Fun' anyway.

Dan itu bukan isunya. Isunya di sini adalah bila aku cakap tentang Adinda Evans, ada segelintir kata aku membuat umpatan di Facebook dan blog bila cakap pasal Adinda Evans. The issue is... aku tak boleh cakap tentang sesuatu isu yang sedang berlaku di sekitar aku? I mean, kalau kita cakap tentangnya, ianya akan di kira sebagai dosa mengumpat?

Begitu juga dengan link blog Adinda Evans Milano tu. Bila aku letak link itu di fan page facebook aku, ada seorang dua yang kata aku membuka aib orang dengan link blog tersebut. The question is... aku tak boleh forwardkan apa-apa bukti tentang isu yang sedang berlaku? Kalau aku tunjukkan bukti, ianya bermaksud membuka aib?


So, instead of buang masa berdebat tentang maksud aib, aku lupakan je lah isu aib tu. Kalau aku berdosa sebab sebarkan aib orang, then, biar kan je lah. Biar aku tanggung dosa sebarkan aib asalkan ramai orang lain tahu yang gejala social seperti budak baru masuk umur belasan, dah reti buat seks di Malaysia itu memang nyata. Bila ramai dah tahu pasal isu tu, insyaAllah ibu bapa, kakak-kakak dan abang-abang akan jadi aware dengan adik masing-masing. So selepas ni, tak ada lah lagi parents and abang or kakak yang berkata

"Anak sy tu baru baru umur 14 tahun. Tak ada apa punya lah. Try tengok kakak dia tu. Umur 18 tahun dah. Kot-kot terlibat dalam gejala sosial etc".

Padahal, hakikatnya, untuk zaman sekarang, umur 10 tahun kita dah kena aware dengan anak / adik kita. Tu lah point aku, untuk menyatakan realiti zaman sekarang dan bukannya untuk mengaibkan orang.

Then tadi, masa aku google pasal ikhtilat, aku di bawa ke blog ILuvIslam.com. Then selepas aku baca baca baca dan baca comment, aku jumpa pasal satu comment yang tentang jenis membuka aib yang di benarkan di dalam Islam. Aku pun macam.. Wow.

Dah tu, bila dah tau ada jenis aib yang di benarkan, aku pun terus cari info. Selepas membaca beberapa blog dan beberapa article. Baru la aku tahu yang sesetengah aib tu boleh untuk di beritahu dengan beberapa syarat. Aku malas nak tulis dan senarai kan secara skema. So, aku sum up dan pick apa yang penting dengan cara yang paling mudah supaya korang betul-betul faham. Ya, betul-betul faham supaya nanti kalau korang salah faham, kang setiap hari korang pi mengumpat dengan makcik rumah sebelah. Then tak pasal-pasal, aku yang dapat dosa.

So, senarai syaratnya-syaratnya adalah :

Korang adalah mangsa dan korang perlukan pembelaan. 


Andai kata korang adalah budak sekolah menengah. Then hari-hari korang dan kawan korang kena kutuk / maki / ejek dengan seorang mamat ni (Mamat ni handsome of course). Dengan kata lain, dia memang suka ah ejek korang ah. Pagi, petang, siang dan malam asal nampak muka korang, sure kena ejek. Kadang-kadang, tak nampak pun kena ejek juga. So, kalau korang bagi tahu cikgu disiplin yang dia suka ejek dan maki korang, adakah ianya di kira sebagai mengumpat dan membuka aib dia? Adakah itu dikira memalukan dia? NOPE. Hell no, noob.

So, dalam kes ini, ianya di benarkan. So go ahead. Pergi lapor kat guru disiplin. Sure korang tak akan dapat dosa membuka aib.

Korang memberitahu kemungkaran / aib sendiri yang bertujuan sebagai teladan dan bukannya untuk berbangga dengannya.


Korang dulu masa umur 14 tahun, masa korang jalan-jalan tengah malam, korang tercicir dara kat boyfriend korang yang gila seks. Then selepas kene tinggal oleh boyfriend, baru lah korang sedar SIKIT yang ex korang tu hanya nak body korang je. Then masa umur 16, korang jumpa lagi boyfriend lain. Selepas dua hari, korang buat seks lah dengan dia. Keesokkanya, boyfriend korang tu tinggalkan korang. Then baru lah korang COMPLETELY sedar yang ramai lelaki hanya nak badan korang je. Iye lah. Mana taknya, tak lawa tapi badan cantik. Then bila dah insaf, korang pun ceramah la kat adik-adik korang yang berumur 14 tahun yang berbunyi

"Adik, akak dulu jahil. Masa umur 14 akan buat seks dah. Best la juga. Tapi akak ingatkan dia tu bakal suami akak. Maklum lah, akak ni naif dan lurus bendul. Asal couple je, take for granted. Then selepas akak putus dengan ex ke dua akak, baru la akak sedar yang akak ni bodoh. So, adik-adik jangan jadi slut macam kakak ya?" 

Kalau dalam dunia orang Melayu, sure akan berbunyi

"WTF perempuan ni membuka aib sendiri?"
Tapi the real is, itu adalah satu pengorbanan yang terbaik. Dari mengutuk orang, belum tentu dia hina dari kita.


Korang sayangkan keluarga, kawan, generasi, saudara se-Islam dan manusia di sekitar korang. So, korang memberitahu tentang sesuatu berita supaya orang-orang yang aku nyatakan tadi tu selamat / terpelihara.


Andai kata lah kan, korang ni student kolej. Then korang ada kenal seorang awek yang gatal gila. Kira gatal tahap asal jumpa lelaki handsome je, terus minta di garukan tempat-tempat terlarang di dalam hotel murah. Then bila balik kampung, korang terserempak dengan awek gatal tu. So, korang tak nak lah abang-abang korang yang baik lagi setia tu menggaru awek gatal tu kan? Dengan itu, korang pun bagi tau la

"Abang, awek tu sama kolej dengan adik. Dia gatal gila ah. Gatal macam slut. Abang jangan tackle dia tau. Nanti dia sure lure ajak masuk bilik". 

So, adakah ini dikira sebagai membuka aib? Adakah ini di kira sebagai mengumpat? Godly, no. Dan bukan takat nak bagi tau abang, nak bagi tau sesiapa sahaja pun boleh tapi perhatikan niat korang okay. Jangan korang buat benda ni sebab dengki (biasalah, Melayu kan mudah dengki) Why? Sebab untuk menjaga seseorang daripada bahaya. So ini adalah sebagai prevention. Hey, perempuan ni bahaya tau kalau tak ada prevention procedure. Semakin gedik, semakin gatal, semakin bahaya.


Korang bukan mangsa tapi korang nampak mangsa yang perlukan pembelaan.


Macam cerita di atas juga. Tapi ni versi upgrade sikit. Andai kata korang pelajar Universiti. Hmm. Ambil kos medic ah biar nampak gempak sikit kan bunyinya. Then suatu hari, korang nampak ada awek comel ni kena raba. Awek ni pula bermana Nora Elena. Then korang nak marah lelaki tu tapi tak berani. Iyelah, muka baik macam pelakon Korea. Nak kata romantik tu, romantik Mr K lagi. Tapi perangai macam Seth Tan setan. Tak guna punya lelaki. And, dalam hal ni, korang nak tegakkan keadilan. So, andai kata korang pergi jumpa polis atau pun Dean, dan berkata

"Semalam, saya nampak lelaki muka macam Seth Tan setan tu raba awek comel tu". 

Well, adakah itu dikira membuka aib? Heaven YES! Okay no. No it is not. Dalam hal ni, ianya dibenarkan untuk 'membuka aib'. Dan korang tak akan dapat dosa, malah siap dapat pahala lagi. Dan kalau ada bonus, siap boleh la tackle awek comel tu lagi. See? Buat benda baik banyak kelebihannya. Korang je tak nak buat.

So, conclusionya... kalau korang lepak di blog-blog atau apa-apa website, then korang nampak apa-apa isu yang korang rasa orang lain patut ambil tahu, then bagi tahu lah. Dan pastikan niat korang betul. Aku tahu niat tak membenarkan cara. Tapi tak semua niat tak membenarkan cara. Niat tak membenarkan cara tu hanyalah kes-kes terpencil. Most of the time, niat adalah amat penting dalam urusan seharian. Well, Islam ini mudah. Dan dalam isu ni, there is a damn fine line between membuka aib, memalukan orang dan menyelamatkan dunia.

Point-point di atas bukan aku reka sendiri tapi dah digariskan oleh syarak. Ada 6, aku hanya listkan 4. Boleh rujuk di bawah.


[UPDATE] Since ramai rangat 'orang alim' yang komen tanpa baca apa yang aku tulis bersama rujukan, then im gonna highlight SYARAT ke 5 dibenarkan untuk membuka aib orang which is:

Dibenarkan untuk membukan aib orang dengan cara mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikkan, bid'ah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum arak, atau berjudi, atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.


Rabu, 16 Februari 2011

Re: Perempuan Takut Untuk Mula Bertudung.

Assalamualaikum


Well, aku selalu lah gak dapat email dari pembaca-pembaca aku yang nak tanya soalan tapi segan nak tanya di khalayak ramai. Macam yang korang sangka, email yang paling banyak yang aku dapat adalah pasal love-ewww-ewww. Ada yang tanya pasal bf yang gay, ada yang tanya pasal kekasih yang dingin dan tak kurang juga ada yang tanya pasal bf yang mahukan seks.

Tapi, tak semua. Ada yang nak email sebab kasi feedback. Dan yang paling terbaru, adalah feedback pasal "Tak Tahu / Tak Berani Nak Mula Pakai Tudung". Aku rasa emailnya agak best sebab panjang dan berisi dan interesting. So, aku edit sikit segala short form supaya korang mudah faham. Emailnya, korang boleh baca di bawah:

Salam Mr K.

Entry ni dah lame aku tunggu-tunggu dari blog theotherkhairul. Actually aku nak share cerita berdasar pengalaman aku dulu. Sorry aku cerita kat email je.

Kat university, aku lebih selesa bertudung sebab majoriti perempuan kat university aku pakai tudung. Tak kira la pakai tudung jenis apa, singkat atau tak atau apa-apa je lah. Janji pakai. Kiranya, pakai tapi x ikut syariat.

Aku kat university pakai tudung tapi balik umah aku tak pakai. Sebab tak da family aku yg tegur. Yup! aku terima kalau org ckp aku hipokrit. Tapi aku tak fikir sangat pun. Sebab aku rasa masa tu aku belum bersedia nak pakai tudung sepenuhnya.
Just nak share, apa yang Mr K cakap kat entry tu betul. Aku selalu ternanti-nanti perubahan aku yang aku selalu simpan dalam hati. Masa aku pakai tudung dulu aku suka selempang tudung kira style perempuan sekarang suka pakai. SEBAB TAK NAK NAMPAK BAIK SANGAT. Macam Mr K bagitau kat entry tu, kalau pakai tudung, orang akan expect sesuatu yang lebih baik dari perempuan yang freehair.

Bab bertudung labuh, tak pernah aku terfikir nak pakai dalam masa terdekat. AKU RASA TAK LAYAK SEBAB AKU BUKAN USTAZAH. Itulah yg bermain dalam otak aku. Tapi aku suka tengok budak-budak yang pakai tudung-tudung labuh dan aku ada simpan niat dalam hati nak pakai macam tu satu hari nanti. Aku just niat dalam hati kalau aku dah kahwin baru aku nak pakai tudung betul-betul. Sebab biasanya kalau kita berubah org sekeliling akan tertanya-tanya kenapa kita berubah? Jadi dalam pemikiran aku lebih mudah untuk orang fikir nanti aku berubah sebab aku dah kahwin.

Serius dulu aku tak suka dengar orang cakap tentang aurat. Sebab adanya kata-kata seperti "perempuan sekarang pakai tudung belum tentu baik. Kadang-kadang lagi teruk dari yg freehair". Aku tak bangkang kata-kata tu. Sebab tak baik nak nilai orang just dari luaran. Aku rasa aku tak buat jahat walaupun aku tak pakai tudung dan tak pakai tudung labuh. Dulu aku tak suka org tag or bagi email tentang aurat. TERASA beb. Huhuhu (Aku rasa awek ni penat tulis panjang-panjang sebab tu ada 'huhuhu'). Tapi aku tak adala marah sebab bagi aku diorang nak bagi ingatan / nasihat yang baik. Cuma, aku belum boleh terima.

Dulu bf aku pun tahu, aku pakai tudung bila kat U je. Balik rumah aku tak pakai tudung. Tapi dia tak tegur pun. Bagi aku, lelaki-lelaki kat luar sana patut bagi perangsang kat awek-awek diorang supaya bertudung. Sebab sebagai perempuan, kita* lebih suka kalau yg tegur kita tu org yg kita sayang. Nampakla dia prihatin. Tapi sepanjang pemerhatian aku, lelaki amat-amat jarang nak menegur perempuan bab aurat ni secara berhikmah.  Maybe takut menyinggung perasaan awek atau tak tahu cara. Last-last diorang just diamkan je...

Alhamdulillah satu hari bermula sem baru. Sorang kawan aku mula berubah START PAKAI TUDUNG LABUH. Tapi dia baik sikit la dari aku. Dia suka pakai tudung tapi tudung selempang dan tak pernah freehair macam aku. Aku dok tengok dia, serius dia berganda-ganda lebih cantik dari dulu. Sopan dan sejuk mata memandang. Aku nak gak berubah tapi aku tak dapat nak janji bila. Sebab aku takut perubahan aku nanti tak kekal sebab ikut dia. Tak lama lepas tu aku pun tergerak beli sehelai tudung labuh dan nak try pakai. Aku rasa berbeza gila dan agak janggal jugak la. TAPI AKU RASA LEBIH TENANG BILA PAKAI TUDUNG LABUH. Bila keluar pun rasa lebih selamat. Mungkin betul org kata, kalau kita ada niat yang baik,  InsyaALLAH DIA akan permudahkan jalan. Aku tak sangka DIA bagi hidayah pada aku begitu cepat dan Alhamdulillah aku masih hidup utk berubah ke arah yang lebih baik.

Aku rasa hidup aku tenang dengan perubahan yg aku dan kawan-kawan aku buat. Even sikap kitorang tetap tak berubah. Gila-gila macam dulu. Sikit-sikit kitorang beli baju-baju longgar dan tudung labuh, beli sarung tangan, stokin utk melengkapkan koleksi pakaian seorang muslimah. Masa tu aku tengok dalam almari banyak baju-baju, seluar jeans aku yg sendat, ketat dan aku rasa menyesal beli benda-benda tu tmasuk tudung-tudung bawal yg jarang n tudung fesyen ekin yang singkat yang aku beli dulu dan aku memang tak sempat merasa pakai selendang-selendang yang macam-macam fesyen sekarang ni. Dan Alhamdulilah x da keinginan nak pakai tudung2 macam tu lagi / freehair. Hari-hari aku minta pada ALLAH agar aku terus diberi taufik dan hidayah untuk istiqamah menutup aurat dan melihat kebaikan pada setiap apa yg Islam gariskan.Yang penting pasang niat-niat yang baik. Kita tak taw bila hidayah tu akan datang tapi kalau kita nak buat baik, mesti DIA permudahkan. InsyaALLAH... Sekarang aku mula terasa nak pakai purdah.

Doakan ya Mr K.

Terima Kasih :)

Allah tak akan ubah seseorang tu melainkan mereka ubah diri mereka sendiri. Tapi, Dia akan kasi 'hint' supaya korang rasa nak berubah. Well, our God is super awesome.



Jumaat, 4 Februari 2011

Bila Lelaki Terpaksa Berperang Dengan Nafsu Sendiri.

Assalamualaikum


Masa aku lepas main Dota tadi, aku pun lepak-lepak lah kat forum yang biasa aku lepak (InfoMaya.net). Then kat situ, aku perasan ada satu forumer post pasal sebuah cerita yang dia terima dari email. Aku agak tertarik dengan apa yang forumer tu tulis. So, aku ambil dan edit sikit.

Korang nak baca tak? Nak baca tak? Nak kan? Nak kan? Nak laaa. Ni penting tau. Kata-kata dari seorang lelaki untuk semua perempuan di luar sana.

*******************

Nama aku Fahim. Wan Mohd Fahim Bin Rustam Khairi. Boleh dikatakan setiap hari aku berperang dengan nafsu sendiri. Sakit jiwa dan mental dibuat nyer. Tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan macam ni.

Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup aku ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan dan kiri aku. 95% hati kata nak je main. 5% lagi kata jangan sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam. Nasib baik Islam tak bagi.


Well, dalam kes aku sekarang ni, kalau nak main dengan perempuan tu, mudahhhh je. Sangat mudah bagi aku. Tak payah nak rogol-rogol atau paksa atau bayar. Mintak je. Dan, dah macam-macam strategi aku gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah dah. Tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja jugak kan?

Kebanyakkan perempuan zaman sekarang dah over ah. Pakai baju macam tak ada perasaan malu langsung. Asyik tak cukup kain je. Aku ni, sebagai lelaki, kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat ramai orang pun tak sanggup tau. Sebab malu. Tapi kalau perempuan, relax je pakai seksi-seksi depan orang ramai. Nak pakai seksi tu, pakai la dalam rumah. Manasa nak tidur ke. Masa suami balik dari outstation ke. Baru lah syok. Ni tak, sibuk nak pakai kat luar rumah. Bila pakai kat luar rumah, mesti aku tengok. Bila aku dah tengok, confirm-confirm la menyusahkan aku nak kawal-kawal nafsu ni.

Dah bermacam-macam cara aku buat nak control nafsu ni. Kadang-kadang terpaksa aku buat benda benda yang memenatkan untuk meredakan nafsu. Isteri memang ada tapi sendiri pahamlah. Kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawal. Kalau aku tak boleh kawal, dia boleh tolong 'kawalkan'. Tapi  kalau dah keluar dari rumah, mau terbeliak bijik mata. Lagi-lagi kalau time nak gi atau balik kerja. Mak ai, rasa macam nak kahwin lagi satu. Tapi sayang. Tak mampu.


Kepada kaum perempuan. Please ah tutup aurat mu. Tutup setutup-tutupnyerrr. Kasihanilah diri aku yang terpaksa berperang setiap hari kerana perbuatan korang ni. Aku bukan orang warak. Aku bukan orang alim ulamak. Aku hamba Allah yang biasa. Tak tau lah sampai bila aku mampu bertahan nak-nak bile korang memakai pakaian yang menggoda macam tu. Terseksa sungguh jiwa ini.

So girls, please stop this sexual harassment on lelaki yea ;p