Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

When we talk about love, impossible is nothing.

Imej
Figure up your love
Gadis : Keroll, kenapa kau suka kat perempuan tu. Dia lawa ke? Aku tengok biasa je.
Badan pun tak mantap sangat.

Aku : Tak ada yang lebih lawa dari dia.

Gadis : Eish kau ni. Cuba kau bagi aku sebab kenapa kau suka kat dia.

Aku : Adakah aku perlukan sebab untuk suka seseorang?

Dialog diatas memang betul-betul terjadi keatas aku. Dan ya. Adakah aku perlukan apa-apa sebab untuk sukakan seseorang?

Gadis : Yer la. Aku sayang kat boyfriend aku sebab dia handsome. Badan dia mantap. Mata dia sweet jew~.

Aku : Andai kata boyfriend kau itu accident then muka dia dah tak handsome, part-part badan dia cacat, mata dia buta. Adakah kau akan berhenti sayang kat boyfriend kau?

Gadis : Eh.. eh.. Mesti lah tak.

Aku : Then, mana perginya sebab-sebab yang membuatkan kau sayang dia tu?

Belum sempat dia jawab soalan aku, aku dah tendang perut dia dan pijak-pijak kepala dia sambil mulut aku menyebut beberapa perkataan yang tak pernah aku suka untuk disebut. Tapi semua tu dalam imaginasi aku je la…

Awards, Tags, Followers dan Kasih Sayang.

Imej
Style tudung paling smart bagi aku. Chantek.
Sejak beberapa hari lepas, agak ramai yang bagi awards dan tags untuk aku. Tapi, maaf. Aku tidak rasa ingin melayan awards dan tags lagi setakat ini. Mungkin kerana tag agak girlish dan feminin. Ada ke patut tanya aku suka bunga apa? Pasti lah aku sukakan bunga Chrysanthemums. Cantik tau bunga ni. Award pula aku tak layan sebab tidak menepati ciri-ciri kasih sayang yang sepenuhnya. Ya. Aku ini mengada-ngada.

Tapi aku suka memberi awards kepada followers aku. Malangnya, aku tak boleh memberi sebarang awards tanpa sebab kerana pasti akan ada orang mempertikaikannya. Dan aku tak suka jika perkara tersebut berlaku. Well, aku suka memberi sesuatu yang akan membuatkan seseorang itu merasa sangat-sangat dihargai.

Antara jenis bunga Chrysanthemums

Dengan itu, aku akan memberi awards kepada 5 orang follower aku yang akan aku decide nanti. Semuanya based on template paling perfect (memenuhi keperluan pengunjung), follower paling gadik comel, follower ya…

Malingsia dan Indonesial. Sampai bila?

Imej
Times Square?

Aku tak pasti mengapa.

Isu yang wujud dari dulu lagi. Wujud semenjak tahun 2006 lagi. Tetapi semenjak awal tahun ini, dunia maya Malaysia kini di hiasi dengan pergaduhan antara Indonesia dan Malaysia secara makian. Walaupun begitu ianya agak didominasi oleh pembaca Malaysia memandangkan taraf hidup di Malaysia membolehkan rakyatnya melayari internet.

Malaysia

Blog IHateMalay adalah hasil daripada kewujudan Blog IHateIndon. Ini tak termasuk lagi beberapa blog yang mempunyai viewer hampir 3000 sehari seperti Indonesial akibat daripada pergaduhan secara sunyi sepi ini walaupun dihujani dengan tanda seru yang bertalu-talu.

Dalam hal ni, aku tak pasti pihak mana yang salah. IHateIndon wujud mungkin kerana ada sesetengah pihak yang menyampah dengan popularity orang-orang Indon di Malaysia. Juga, jenayah yang mereka lakukan.

Tetapi, IHateIndon juga wujud mungkin kerana kewujudan web-web 'Malaingsia'

Anak-anak Indonesia.

Google 'Malingsia' dan korang akan jumpa myspa…

Love, Life & Romances

Imej
Tak bosan ke asyik baca entri jiwang?

Aku teringat akan Presentation English aku ketika di semester 1. Presentation bertajuk Love, Life & Romance yang semangnya amat jiwang.

Tema peresentation ini dipilih oleh aku, Rmualdo Yuer. Ya, Rmualdo Yuer adalah nama samaran aku ketika berkhidmat di Friendster.

Presentation ini juga mendapat sentuhan daripada playboy tempatan iaitu, Jules Jambu Bonaparte (Hariz). Beliau mempunyai pengalaman play-play sejak dilahirkan lagi. Dengan itu, kredibiliti beliau tidak sesesiapa mampu pertikaikan. Sentuhan beliau juga amat bermakna untuk assignment kami ini. Kerana laptopnya lah yang digunakan untuk membuat presentation tersebut.

Selain itu, penjiwang terkenal kacukan Maxico dan Afrika, Johnny Q. Tabasco (Orge) turut memberi sentuhan maut beliau. Dia amat berjasa. Dengan wajah manja tak cukup umur ala-ada Devid Archuleta, cukup untuk menggoda sesiapa sahaja yang memandangnya sekilas lalu. Usianya yang masih belum 18 tika itu tidak pernah menghalangnya da…

Takdir, Ketentuan dan Jodoh.

Imej
Bagai mana jika kita adalah watak jahat dalam novel cinta?

What would you do if all of your competitors are too way much better than you? Would you fight for something that you know that you will not gonna get it?

Some says, be yourself. But I never think that this is the right moment for me to listen to them. Because, as long I do as myself, I will never gonna get what ever I wanted.

Apa yang anda akan buat jika saingan anda semua lebih baik dari anda. Baik dari segala segi. Adakah anda akan berusaha untuk sesuatu yang anda tahu anda tak mampu miliki?

Rmai orang cakap, be yourself. Tapi macam mana jika diri kita sendiri amat memalukan kita?

[Ini masalah yang dihadapi oleh seorang kawan aku.]
[Posted on 18 Oct, 3.21AM as ground old page]

Aku cuma nak bagi tau - 1

Imej
Despair

Rindu dan cinta adalah anugerah Tuhan yang mempu mencairkan secebis ego lelaki menjadi se-lautan air mata...

Cakap la maaf, untuk persahabatan.

Imej
Maaf

Semalam aku bergaduh dengan kawan aku. Dia perempuan. Dia juga rock. Rambut dia aku suka. Tapi jangan harap la aku nak bagi tau dia. Dia pukul aku pun aku tak akan bagi tahu yang aku suka rambut dia.

Dan ya. Kita orang bergaduh. Tapi dalam YM je lah. Nasib baik dalam YM.

Pergaduhan itu terjadi mungkin dalam 15 minit. Dia bebel-bebel. Aku pun bebel-bebel. Memang genting gila ah. Sampai nak tercabut keyboard lappy aku. Ceh ceh. Nak nampak gempak je bila gaduh. Padahal biasa-biasa je.

Last-last, aku tulis “Then, Im sorry”

Dia terdiam. Mesti dia cair punya lah. Aku bab-bab memujuk perempuan memang aku dah expert blajar dari Awang.

Kemudian dia reply “Dah lah. Sori kalau terkasar. No hard feeling I hope”

Aku dah agak dah. Confirm dia cair. Haha. Gila berlagak. Padahal masa tu cuak habis.

Dia rock. Dia baik. Serta mempunyai rambut yang cool.

Maaf, adalah suatu perkataan yang amat mahal. Gunakannya untuk menjaga persahabatan anda. =)

Kalau dia marah aku tulis ni, then Im a dead meat!

Cinta & Reject.

Imej
Chuuk. Chuuk. Bunyi ciuman.

Bila bercakap tentang cinta, aku teringatkan tentang masalah kawan aku.

Beberapa hari lepas. Ada seorang kawan aku, dia berkongsikan masalah cinta dia bersama aku. Ya aku adalah pendengar dan penyelesai masalah yang baik. Aku ada 8 clients di Micet dan masalah mereka memang rumit. Lebih rumit dari pergaduhan budak-budak tadika di Perak dan di Parlimen. Kawan aku yang sorang ni menceritakan bahawa dia telah direject oleh sorang gadis. Dan dia tengah down gila. Dan aku dengan lemah lembutnya telah menasihatinya agar jangan down-down kerana direject hanyalah masalah kecil bagi seorang lelaki. Well, lelaki mana yang tak pernah kena reject kan? Kalau ada pun tak payah la mengaku. Suatu hari nanti pun anda akan direject. Percayalah. Mulut aku masin. Tapi manis umpama Cadburry Black Forest bila dicium. Nak try? Perempuan sahaja.

Well, bila lelaki dan perempuan direject, peribahasa seperti “bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor” akan di gembar gemburkan untu…

Aku cuma nak bagi tau - 8

Imej
Hot and Cold. Dreams and Imaginations

Aku bangun dari tidur.

Msg : Kalau hari ini "Hari Mencuri Sedunia", ape yang akan you curi daripada I?

Jari aku bergerak perlahan.

Aku :Hati you. Sebab I tak mampu nak beli, walaupun dengan harga nyawa I.

Msg :Hihihi.

Aku sambung tidur.

*The most fragile part in my body, paused. No beats*

*Kalau la aku boleh lafazkannya. Kalaulah dia bertanya. Dan bukan orang lain.*

Aku tak faham kenapa perempuan sukakan mesej foward.

Adakah Aku Baru Tersedar?

Imej
Kimia amat bukan senang! F*!

Aku. Aku..

Aku hidup di dalam kancah ‘college life’. Kehidupan yang berpegang kepada konsep ‘last minute work always works’. Well, its quite working actually. Tapi tak puas. Assignments, lab reports, presentation semua buat last minute. Sampaikan nak exam pun study last minute. Well, lelaki, biasalah. Oh, dan aku ingat lagi ketika aku rela dalam paksa memberi kawan-kawan aku meniru assignments aku disebabkan mereka tak cukup minit-minit last untuk membuatnya ketika last minute. Satu perasaan yang bercampur baur samaada kelakuan aku yang tak nak bagi pinjam akan membuatkan kawan-kawan aku merasakan aku ni kerex. Tapi hakikatnya, aku bangga sebab dapat tolong kawan-kawan aku. Siapa nak kan tengok kawan sendiri failed dan terkandas. Tapi apa yang aku belajar, meniru assignment dan meniru ketika exam/test tak akan membawa keberkatan serta tidak akan memberikan result yang baik. Teringat kata-kata Laila.

Walaupun begitu, result exam aku tidak lah memberansangka…

Deskriminasi - 1

Imej
Racism, descrimination

Aku menonton Discovery Channel sebentar tadi. Bertajuk Tribal Life. Ia berkisar tentang kehidupan orang asli di Afrika, mungkin.

Sepanjang dokumentari tersebut. Terpampang beberapa lelaki yang tidak berpakaian tetapi hanya menutup alat sulit di hadapan manakala punggung mereka yang hitam tersebut tidak dilindungi dengan sebarang kain pun. Terdedah. Rating dokumentari tersebut pasti melonjak dengan majoriti penonton daripada gadis-gadis dan wanita di seluruh dunia.

Tapi aku pelik. Mergapa Astro Malaysia tidak sensor akan paparan tersebut?
Paparan lelaki yang nampak punggung tidak di sensor, malahan disiarkan lagi sepanjang dokumentari tersebut. Tetapi jika nak ada je gambar gadis yang nak nampak alur terus dipotong.

Jikalau lelaki boleh siarkan punggunya di kaca tv tanpa di sensor oleh pihak berwajib, mengapa perempuan tak boleh?

Deskriminasi!

Gadis-gadis sekarang dah maju. Ingat kaum gadis ni kaum yang lemah ke? Apa yang kaum jejaka boleh buat, kaum gadis juga boleh bu…

Aku cuma nak bagi tau - 5

Imej
Love =)

Seorang lelaki berkemungkinan besar akan mencari gadis yang seumpama bekas kekasihnya yang terdahulu. Tetapi seorang gadis pula berkemungkinan besar akan mencari lelaki yang tak akan sama dengan bekas kekasihnya yang lepas. Mengapa yea?

Tetapi apa jua pilihan tidak akan pernah menjamin sebarang kebahagiaan dalam hidup.

Apakah. Dan Hari ini.

Imej
Cari aku dan sekutu aku. (MegaMall)

Berturut-turut aku keluar bandar. Walau pun tak sebest overnight di Melaka, ianya tetap not-so-bad. Termasuk kekurangan kawan-kawan aku yang masih/telah di/ke U. So I got a couple of mounth to kill wihout most of my friends.

Night At the Museum 2

Ke-enjoy-an, aku bagi 3 out of 5. Cerita ini agak membosankan sebenarnya memandangkan aku benci akan pelakon lelaki tersebut kerana pernah berlakon sebagai watak Gaylord. Tetapi gadis pilot itu amat seksi apabila memakai seluar ketat tersebut. Dan dia lah satu-satunya motivasi aku untuk terus menonton filem tersebut. Ia membuatkan mata aku kekal terbuka dengan luasnya.

Tonton bersama Awang Gay. Dan Zarif Panjang.

Monsters VS Aliens. Aku dah tonton filem ini. Bukan di panggung, tetapi di Popcorn d` Micet. Aku bagi 4 ½ out of 5 for this movie. Seriously, aku tak pernah sangka yang aku akan enjoy menonton movie ni. Korang patut tonton. Jangan nak buat perangai dan muka ganas serta kata cerita ini sesuai untuk budak…