Ahad, 18 Mac 2012

Keluarga Tak Setuju Pilihan Sendiri.

Assalamualaikum


Hello cute ladies and gentleman. What's up? Well, kalau korang perasan, dah lama aku tak jawab soalan formspring kan? Kalau di fikir-fikirkan balik, formspring aku tu dah berhabuk. Soalan pulak dah bertindan-tindan sampai aku tak tahu nak start jawab dari mana. Tapi sebenarnya kan, aku dah hilang mood terhadap formspring ni. Mungkin sebab formspring ni dari dulu sampai sekarang tak reti-reti nak taruk fungsi "Search Question". Dan itu menyebabkan aku asyik mendapat soalan yang sama berulang-ulang kali.

But nevermind. Since aku dah tak ada idea nak update apa di blog, then better aku jawab soalan-soalan formspring kat sini.

Lelaki yg slalu ingatkan pasal solat, pasal study. Tapi parent tak suke. What should i do? diaorang suruh aku stick kat ex BF aku yang tak solat tu. Ye, aku freehair. Tapi solat aku tak tinggal.

Actually, dah banyak sangat dah isu family tak setuju dengan pilihan sendiri ni. Dan dalam banyak-banyak penulisan aku yang baca pasal pilihan sendiri yang bertentangan dengan kemahuan parents; aku rasa article dari Hilal Asyiraf ni la yang paling baik.


Antara kebesaran Allah SWT kepada saya adalah, Allah SWT memberikan peluang kepada saya untuk menjadi seorang penulis. Daripadanya, saya mendapat peluang berkomunikasi dengan pelbagai jenis manusia di dalam masyarakat. Meneruskan nota cinta saya, antara yang sering mengisi inbox saya adalah masalah remaja dalam percintaan mereka.

Antaranya masalah dalam menentukan apakah pilihan hati mereka tepat, antara lain adalah masalah mereka mencintai seseorang tetapi tidak tahu bagaimana hendak melamar dan sebagainya.

                Saya sebenarnya kehairanan. Mengapa soalan itu perlu sampai kepada saya?

                Sebab saya kira, mereka ada orang yang lebih layak membantu mereka di dalam hal tersebut berbanding saya. Siapa? Itulah dia ibu bapa mereka, Ustaz Ustazah mereka, pakcik makcik mereka, dan veteran-veteran yang wujud di sekeliling mereka.

                Tetapi bila ditanya: “Bincang tak dengan ibu bapa?”
                Ramai akan menjawab: “Seganlah.”, “Nanti Ummi Abah tak suka.” Dan sebagainya.

                Ada juga yang menjawab: “Dah, tetapi Ibu Ayah belum apa-apa lagi sudah kata tak boleh.” , “Sudah, duit pun tak ada masalah sebenarnya. Tapi Mama Papa saya tetap tak mahu dengar apa-apa. Mereka mahu ikut pandangan mereka sahaja.”

                Ketika itulah saya berfikir untuk menulis nota ini.
                Untuk remaja. Untuk Veteran.
                Untuk Cinta.
                Untuk kita muhasabah bersama sebenarnya.

Remaja.

Sebenarnya, adalah penting untuk kita melibatkan veteran di dalam urusan percintaan kita. Dan percayalah, orang yang libatkan veteran dalam percintaannya adalah orang yang serius dalam bercinta. Kita telah melalui beberapa nota cinta sebelum ini. Dan saya telah menyatakan beberapa langkah yang sepatutnya kita lakukan, sekiranya kita benar-benar mencintai seseorang. Antaranya adalah, menghantar wakil(bagi perempuan) atau menyatakan kepada wakil(bagi lelaki) untuk menyatakan hasrat kita.

                Tetapi persoalan timbul apabila hendak mengaplikasikan keseriusan dalam percintaan ini(yakni menghala ke arah perkahwinan. Sebab pada saya, itu tanda seseorang serius cintakan kita). Soalan-soalan remaja seperti – Saya dah bersedia ke? - , - Duit tak ada. Macam mana ya? - , - muda sangat. Tapi dah suka. Macam mana? - , - macam mana kalau pilihan saya ini tidak tepat? – dan 1001 lagi keraguan, semuanya mengaburi remaja untuk melakukan tindakan yang betul.

                Pada pandangan saya, semua persoalan itu boleh kita selesaikan dengan baik, mencapai satu solusi yang baik, sekiranya kita bawa keluarga dalam perbincangan kita. Kita bawa orang tua, masuk dalam perbincangan kita. Bukan menghadapinya sendiri, semata-mata dengan akal remaja kita.

                “Ish, libatkan ibu bapa? Besar tu.”
                Ya. Cinta memang benda besar. Bukan benda main-main.
                “Rilek-rilek la bro.”
                Ha. Rilek? Anda serius ke tak? ^^

                Nampak? Sebab itu saya sentiasa kata, yang serius bercinta ni, hanya yang segera menggerakkan hubungan ke arah perkahwinan. Bukannya membazir masa dengan couple, dengan sekadar layangan kata cinta dan hadiah.

                Balik kepada tajuk, maka kita libatkan veteran. Bincang dengan mereka masalah-masalah kita. Dan hakikatnya, adalah paling baik, saya ulang, paling baik, sebaik sahaja kita jatuh cinta dengan sesiapa, kita terus beritahu keluarga kita.

                Bukan beritahu untuk merisik atau apa. Janganlah gelabah sangat. ^^
                Bagitahu sekadar untuk ada kata nasihat, yang memandu kita dalam menangani perasaan itu. Agar tidak tersasar. Agar tidak lemas. Agar tidak terbakar di dalam ruang cinta. Tanya mereka, sesuai ke tak perempuan/lelaki yang kita cintai itu. Tanya mereka, apa pandangan mereka dengan usia kita, apakah ok? Kalau ok, apa langkah seterusnya? Kalau tak ok, apa yang perlu dilakukan? Dan sebagainya. Bincang. Sembang-sembang.

                Saya, saya buat benda itu. Bila saya jatuh cinta, pertamanya saya pastikan apakah benar itu ‘cinta’. Atau itu mainan nafsu sahaja? Lebih tiga bulan saya cakap pada diri saya, kalau benar cinta, kena serius. Kalau sekadar suka-suka, baik tinggalkan sahaja. Bila saya rasa benar-benar mencintainya hingga ke tahap mahu perempuan yang saya cinta itu menjadi isteri saya, maka saya tidak toleh kiri kanan lagi, dan memulakan langkahan.

                Pertamanya, saya beritahu Ummi Abah saya. Saya jatuh cinta dengan perempuan ini. Saya tunjukkan gambarnya. Saya ceritakan latar belakang keluarganya, umurnya, dan saya katakan juga sejauh mana saya kenal dia(yang pada masa itu sebenarnya saya tak kenal apa-apa, melainkan muka dan namanya sahaja. Haha. So cakap kat Ummi Abah masa itu: Tak kenal pun. Tapi Hilal suka. Nak kahwin dengan dia. ^^)

                Ummi Abah suruh fikir. So, saya fikir lagi. Saya masih ingat lagi Abah kata masa itu: “Dia suka awak tak?” Haha. Saya kata: “Hilal pun entah dia tahu wujud ke tak. Haha.” Abah kata: “Muda lagi ni. Sabar dulu sikit. Check apa yang patut.”

                Nah. Mudahkan? Sudah dapat guide. Check apa yang patut. Maka saya teruskan kembara saya.

                Masuk langkah kedua, yakni saya bertanyakan pendapat guru-guru saya. Pertama berkenaan persiapan diri. Keduanya berkenaan perempuan yang saya sukai(memandangkan kami sekolah sama, jadi saya buat background checking dengan tanya guru-guru). Di situ, saya dapat beberapa nasihat lagi. Antaranya kepentingan saya mempunyai kematangan, mempunyai kekuatan untuk menyara hidup dan sebagainya. Nah, dapat lagi guide.

                Langkah ketiga, saya bertanya sendiri kepada abang perempuan yang saya cintai. Kebetulan kami sahabat. Jadi, tanya pendapat dia. Pendapat berkenaan saya menjadi ahli keluarganya, berkenaan sesuai ke adik dia dengan saya dan sebagainya. Di situ dapat lagi beberapa nasihat. Tiada harapan diberikan, tetapi di situlah saya belajar bahawa – aku ada kemungkinan ditolak ni – haha.

                Itu antaranya. Kemudian saya lebih kepada banyak berbincang dengan Ummi Abah saya. Saya siap buat kertas kerja. Menyatakan pada umur sekian, saya akan usaha capai sekian. Pada umur sekian, saya akan usaha jadi sekian. Pada umur sekian, nak masuk merisik dan sebagainya. Minta persetujuan mereka. Tanya apakah mereka restu dan sebagainya. Di situlah ada lagi beberapa nasihat, pandangan dan sebagainya.

                Antara yang saya ingat, Ummi saya selalu gertak: “Nak kahwin, kena ada at least RM20,000.” Haha. ^^

                Tapi itu buat saya semangat kumpul duit, cari duit. Berdikari. Usaha itu ini.

                Dan saya tetap tidak lupa untuk sering meluangkan masa dengan pasangan-pasangan suami isteri yang saya kenali, minta nasihat mereka, pandangan mereka dan sebagainya.

                Ya. Itu yang saya lakukan. Hingga kini pun, selepas saya berjaya bertunang dengan perempuan yang saya cintai itu, saya masih banyak berbincang dengan orang tua. Kini ditambah pula bakal mertua saya. Jangan kata saya tak dilanda angin kemaruk cinta. Dilanda juga. Angau juga. Tetapi itulah indahnya bila libatkan orang tua, saya bila dilanda semua itu, saya luahkan kepada bakal mertua saya(yang saya sudah panggil Ibu dan Ayah).

                “Ibu, rindula dengan Ibu dan Anak Ibu.” ^^

                Dan nanti datang la nasihat-nasihat yang bermakna buat saya daripada bakal mertua saya itu.

                Ada masa, saya bergurau dengan Ummi saya. “Ingat kalau kahwin, kita serve Biskut Merry je la Ummi. Dengan air teh. Low budget. So, kita boleh jemput ramai lagi orang.” Dan saya akan dinasihati Ummi saya akan kepentingan majlis perkahwinan, keteraturannya dan sebagainya. ^^

                Saya juga menyatakan setiap sen perbelanjaan saya kepada Ummi Abah dan Ibu Ayah. Saya buat list kira-kira, setiap duit yang saya ada, dan bagaimana saya nak belanjakannya. Itu semua agar mereka boleh berikan pandangan mereka.

                Begitulah saya. Saya sentiasa libatkan orang yang lebih tua di dalam hal percintaan saya. Supaya saya terjaga. Supaya saya kekal serius. Supaya saya tidak melencong. Supaya saya tidak sesat. Bukanlah saya ikut 100% semuanya yang veteran hamburkan kepada saya. Saya pun ada sahaja baca buku, belajar, tambah ilmu sendiri dari sumber yang lain, maka pastinya saya juga ada prinsip dan pegangan saya. Tetapi sekurang-kurangnya, bila veteran beri nasihat, saya dapat tambahan petunjuk. Option. Untuk saya pilih dan guna bila masanya sesuai.

                Nah.
                Tetapi kebanyakan remaja hari ini tidak mahu melibatkan orang tua. Ramai yang memberikan alasan bahawa veteran tidak mahu mendengar. Ramai yang memberikan alasan bahawa veteran akan kata umur mereka terlalu muda dan sebagainya.

                Memang benar. Ada sahaja veteran yang tak reasonable. Tetapi saya rasa, sebab utama kita tidak mahu libatkan orang tua dalam percintaan kita adalah, kerana kita tidak serius dalam bercinta. Kita sekadar suka-suka sahaja. Sebab itu, melibatkan veteran di dalam percintaan kita kelihatan seperti ‘satu komitmen’. Kita tak nak komitmen. Kita hanya nak seronok-seronok sahaja. Sebab itu kita tak nak orang tua terlibat. Dan kita hamburkan pelbagai alasan, sebagai penyedap untuk menghalalkan tindakan kita tadi.

                Tetapi tidak dinafikan, ada sahaja yang tidak libatkan orang tua kerana segan, takut, malu.

                So, saya nak kata di sini, tidak perlu segan, takut, malu. Tidak perlu.

                Terutama Ibu Bapa sendiri. Nah remaja. Kalau serius nak bercinta, buat apa segan, takut, malu dengan veteran. Pergi minta nasihat mereka. Agar kita tidak tersasar dengan ‘kehijauan’ kita dalam menghadapi dunia. ^^

                Kalau orang tua tidak suka dengan orang yang kita cinta, tanyalah kenapa. Bincang. Mudah kan? Tak adalah kita dah bercinta sakan, kemudian baru bagitahu ibu bapa, tup-tup mereka tak berkenan, haa... susah dah. ^^

                Baik. Itu untuk remaja. Maka, lapang-lapangkan jiwa, libatkan veteran di dalam cinta!

                ^^

Veteran

Veteran. Segan sikit nak tulis untuk veteran. Yalah, Hilal adalah seorang remaja, pemuda. Veteran selalu claim, veteran lebih makan garam. ^^

                Tetapi Hilal yakin, disebabkan veteran lebih makan garam, veteran akan lebih rasional dalam menilai nota do’if ini. ^^

                Oh ya, Hilal memang biasa menggunakan ganti nama ‘Hilal’ dari menggunakan ‘saya’, apabila berbicara dengan orang tua. Itu sebagai tanda hormat. Maka Hilal mulakan ya? InsyaAllah tidak panjang untuk veteran ini. ^^

                Pada Hilal, veteran sepatutnya menjadi contoh, sepatutnya menjadi pembimbing di dalam percintaan. Memahami bahawa pada veteran-veteran wujud pelbagai harapan kepada remaja, tidak mahu remaja membazirkan masa dengan cinta yang sia-sia, tidak mahu membiarkan remaja lalai dan alpa, terpesong dan jatuh ke lembah yang hina, Hilal amat memahami mengapa kadangkala ada veteran yang agak ‘keras’ di dalam hal ini.

                Ada juga Hilal lihat, segelintir daripada veteran-veteran teramat keras dalam menentukan jodoh anak-anak. Mahu tidak mahu, anak itu mesti perlu tunduk pada pilihan veteran.

                Pada Hilal, Ibu-ibu, ayah-ayah, pakcik-pakcik, makcik-makcik, veteran yang Hilal kasihi, tidak sepatutnya veteran bersikap sedemikian. Hal ini kerana, itu sekadar melempar remaja ke lembah tekanan. Akhirnya, remaja akan berusaha melawan tekanan itu dengan pemberontakan. Tidak sihat untuk remaja itu sendiri, juga tidak sihat untuk hubungan kekeluargaan.

                Veteran yang Hilal kasihi. Hilal yakin, veteran tidak lupa, bahawa veteran juga adalah manusia. Belum tentu lagi, segala keputusan veteran betul. Tepat. Lebih makan garam belum tentu menjadikan kita betul sentiasa. Ya, tidak dinafikan juga, remaja seperti Hilal ini juga manusia. Semestinya ada kekurangan. Sebab itu nota ini bukan untuk memenangkan remaja. Tetapi mengajak remaja dan veteran berkolaborasi.

                Berbanding sekadar menyatakan – tidak boleh -, - kena ikut cakap Mama dengan Papa jugak – dan sebagainya, Hilal mencadangkan agar veteran menjadi ‘mesra remaja’. Maksudnya, membuka kepada perbincangan. Menjadi yang mendengar dan membimbing. Sebagaimana seorang guru kaunseling, yang mendengar luahan masalah pelajarnya, dan membimbing.

                Bukankah itu lebih baik?
                Anak-anak akan menjadi tidak takut untuk berkongsi, dan Hilal rasa, di situ ada peluang yang cantik untuk para veteran membimbing, mengadun anak-anak untuk melakukan sesuatu yang tepat.

                Janganlah sampai sikap veteran, menimbulkan rasa kurang enak pada diri anak-anak untuk menjadikan veteran tempat rujukan mereka. Janganlah dihamburkan kata-kata yang keras seperti “Cinta ini semua melalaikan!”, “Ini semua merosakkan pelajaran.”, “Kau nak bagi anak orang makan apa? Pasir?” dan sebagainya.

                Itu semua hanya akan membuatkan remaja menjadi lebih liar. Suka buat keputusan sendiri dan sebagainya. Rebel orang inggeris kata. ^^

                Dan janganlah sesekali veteran menilai dari sekadar umur. Merendah-rendahkan umur remaja yang ingin berkahwin. “Umur pun tak sampai 20, nak bercinta.” , “Awak tu muda lagi, boleh ke nak sara anak isteri?” dan 1001 lagi ayat yang mengguris hati.

                Ada sahaja remaja yang kuat berusaha, matang, dan memang layak berkahwin. Mengapa tidak didengari perancangannya, dibantu usahanya? Mengapa mesti dihamburkan dengan kata-kata yang mengguris jiwa? Mengapa mesti tidak dipedulikan?

                Ada pula veteran, yang sengaja menangguh-nangguhkan perkahwinan. Anak sudah ada duit, sudah ada pendidikan, tetapi sengaja ditangguhkan. Dan kuasa veto Ibu Bapa akan dikibarkan.

                Hilal tidak nampak pun keperluan itu semua.

                Hilal kira, kalau para veteran boleh menjadi satu susuk pembimbing di dalam hal ini, pasti gfejala couple, gejala anak luar nikah, gejala zina di kalangan remaja, akan berkurangan. Kerana mereka punya pembimbing. Mereka punya tempat rujukan.

                Bukankah indah? Bukankah kebaikan yang veteran mahukan? Hilal yakin akan itu.

                Hilal amat yakin, kalau wujud kolaborasi ini, pastinya banyak kebaikan yang akan terjadi.
                ^^

Penutup: Remaja, Veteran, saling memerlukan.
Seorang tokoh bernama Umar Tilmisani pernah berkata:

                “Hikmah orang tua, perlu wujud dalam semangat membara orang muda.”

                Itu petanda pentingnya orang muda, remaja, untuk sentiasa mengutip hikmah dan pendapat daripada orang yang lebih tua. Agar kesilapan veteran tidak remaja ulangi, agar kejayaan veteran dapat remaja sambungi dan tingkatkan.

                Tetapi pada masa yang sama, veteran juga perlu bijak menjadi pembimbing. Pada Hilal, tidak wujud kuasa veto veteran. Tidak wujud. Bagaimana boleh ada satu ‘veto’ pada yang tidak sempurna. Maaf sekali lagi Hilal sebut, veteran juga perlu sedar bahawa veteran adalah manusia. Umur bukan pengukur hakikatnya. Maka jangan sesekali, pada Hilal, veteran keluarkan kata-kata seperti:

                “Ikut cakap aku, sebab aku orang tua!”

                Itulah dia veteran yang tidak reasonable pada Hilal. Apa salahnya buka pada perbincangan? Apa salahnya mendengar anak-anak menyatakan mereka cintakan siapa walau berapa pun umur mereka? Veteran dengar, dan kemudian bimbing. Itu lebih cantik dan lebih bersih, pada Hilal.

                Pada saya, inilah dia kolaborasi yang telah hilang dalam kebanyakan masyarakat kita.
                Semua terdidik dengan Hollywood. You you, me me.
                Jangan. Islam tidak mendidik sedemikian.

                Mari sama-sama. Remaja, veteran, kita muhasabah akan perkara ini.

                Bukan untuk sesiapa. Untuk kita juga. Keluarga remaja, adalah sebahagian daripada keluarga veteran juga bukan? ^^

Hilal Asyraf

Sebenarnya lah kan; parents juga manusia. Mereka juga mungkin akan buat kesilapan. Dan kalau korang rasa Si Dia tu memang untuk korang, then cuba dapatkan restu mereka. Dan kalau korang perasan, banyak sangat dah kes-kes macam ni. Si anak nak kahwin dengan girlfriend tapi mak ayah tak bagi. And then, mereka kahwin sendiri-sendiri. Tapi selepas je kahwin, mereka terus pulang ke rumah jumpa mak ayah untuk mohon restu. And now, mungkin dah ada 10 orang anak dah. Well yeah, aku tahu amat susah untuk berkahwin dengan cara macam ni. Tapi korang kena ingat “If it’s hard; then it is worth it.”

First of all, let me tell you about perempuan freehair tetapi baik. Ramai orang judge pasal freehair and such things. Cohtohnya macam “Kau freehair, confirm-confirm ah masuk neraka.”. Actually, kata kita tak ada hak untuk kata seseorang tu sure akan masuk neraka ataupun tidak kecualilah dia melakukan dosa seperti syirik, bunuh diri, murtad dan sebagainya.


Tapi, korang yang freehair juga kena tahu yang even solat semata-mata tak akan ubah apa-apa. Dulu aku pernah ada kata “Solat je tak bermaksud apa-apa.” Dalam point ni, maksud yang aku nak sampaikan adalah even kau solat, tapi kalau buat benda haram yang lain yang boleh mendatangkan dosa yang lagi besar, apa gunanya?

Ada satu buku yang bertajuk “Jangan Asal Solat” yang amat femes di Popular. Asal aku pergi kat Popular je, mesti akan nampak buku tu. Try baca buku. But again, don’t get me wrong. Even aku selalu cakap pasal tudung dan tutup aurat, aku tak ada masalah pun untuk berkawan dengan orang yang freehair. Ianya just the matter of time. Sebab suatu hari nanti, paling kurang pun, you girls akan jumpa someone yang membuatkan korang rasa nak pakai tudung dan berubah kepada kebaikan. Ingat, kadang-kadang, Allah turunkan hidayah melalui orang di sekeliling anda. Dan ianya up to you lah untuk terima atau pun tidak.

Dan satu lagi, you look super cute with tudung. Especially shawl. And bawal too.



23 Comments:

misz aisya berkata...

Mr K puji girls?? wahhh eksaited! nway tenkiu..kami mmg cute :)

MinahSpekMerah berkata...

lg satu nk tmbah.. hidayah 2, bukan mcm membe y bernama hidayah iaitu mereka carik kita.. hidayah itu kita cari sendiri.. jika niat kita nk bergerak ke arah hidayah, insyallah jmpa nnt.

part jodoh 2, jgn risau parents xrestu ke hape, Allah da set jodoh kte dri sblom kita melihat dunia lg. kalau si idaman hati 2 mmg da tertulis jodoh kita, insyallah Allah akn buka pintu hati parents utk terima beliau. its just a matter of time and of course effort. last skali tawakkal dan doa. :D

faizulosman berkata...

pakai tudung tak wajib... yg wajib ialah tutup aurat... kata ustaz azhar idrus...


http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/03/bila-ben-ashaari-tanya-aku.html

Tanpa Nama berkata...

aku pilih comment bebeyh :)
yeahh look more cute with tudung insyallah :)

Muhammad Saiazuan Norhalik berkata...

hmm mendalam gak apa yang ko cuba sampaikan ni.. nak solat kena ikhlas, not just, 'aku dah solat'

Sis AI berkata...

Bnda ni mmg boleh trjadi. Kluarga tak suka plihan kita. Tak kenal maka tak cinta. Kita kenal si dia, sbb tu boleh tngkap cintan la pulak.

Byk cra sbnrnya utk buat fmily kita 'kenal' lg si dia. And actually for my personal opinion, si dia tu yg kena mnyerlah. Tak brmksud sruh dia jdi hipokrit. Be him/herself, but at the same time show some guts.

Snang kta, tnjuk la skit apa yg dia ada utk mlayakkan dia msuk dlm fmily skali. Actually itu pun salah satu usaha/teknik. Hendak sribu daya, enggan sribu dalih.

Bak kata Mr. K, lgi susah nk dpt, lg kita akn hrgai. Klu khwin lari, snang dpt?? Fkir2 jela..

Apapun, klu boleh mntak jauh kat smua org dgn prkara ni.. Mudah2han takde la kita ni trfkir smpai lanjur gitu..

Ana Farhana berkata...

hmmm.. banyak nye kan cerita2 mcm ni.. apa2 pn redha & resti ibubapa tu pntg kn..

joegrimjow berkata...

freehair
hihik

cikpia berkata...

family aku lebih open bab perhubungan. so kami tiada masalah untuk share with our parents dengan sapa kami berkawan, dengan sapa kami bercinta. kalau mama papa macam tak suka, pelan2 renggangkan hubungan. tapi in my case, i tried to convince them that he's good (in what sense tu panjang la citernya) and last skali we get the blessings from both our parents and alhamdulillah we were engaged and insyaallah getting married by end of 2012.....

apapun, the point is, dapatkan restu ibu bapa.

Cik Rose Cute berkata...

Zaman sekarang masih lagi ada keluarga tak setuju pilihan sendiri erk...Apa-apa pun...restu ibu dan ayah penting...

UmiHairunAnis berkata...

Like :D

Tanpa Nama berkata...

aku bcakap dgn parents aku guna "aku", mmg slang org sekeliling aku pun mcm tu, so kepada sesiapa yg dengar orang cakap dgn parents dorang guna "aku" instead of saya, kak long or kak ngah etc, jgnlah cepat judge kami ni 'kurang ajar' ye...

CIK YAYA'NA berkata...

yang penting ikhlas,, :)

Aziri Pauzi berkata...

Kena pandai lah ambil hati parents.
Pepepun, kita tetap bawah derang.

Jgn pasal awek kita tinggalkan mak bapak kita. Itu sangat2 kejam tahu !

gua teringat satu post gua kat totallymejah,

http://totallymejah.blogspot.com/2012/03/ibu-anda-vs-awek-anda-dilemma-seorang.html

if sudi singgah-singgahlah.

Mejah.

IEQAH berkata...

yess mmg la takleh nk judge tp yg bertudung msti la lagi ok kan

khairunnisa.1989 berkata...

jdoh dari keluarga lagi best..redha ibu bapa penting..=)

ELENA berkata...

kadang2 pilihan keluarga lebih baik drpd pilihan sendiri, tp bkn semua org blh terima pilihan keluarga kan.

mcm saya, sy dh bnyk kali break up dgn insan bernama lelaki ni, entah la salah saya sndiri atau salah insan2 itu , smpai 1 tahap saya rasa nk serah je bulat2 kt pilihan parents. at the same tyme risau jgk, yela....hehehehe

jln2 sini tgh2 mlm, rasa nk bercerita plak, sorry klau komen ni menggangggu, nyte2.

Eiyra Shahira berkata...

assalamualaikum..
just dapat bagi pandangan bahawa..
Allah dah tentukan segalanya di LOH MAHFUZ,, :)
tpi.. doa adalah senjata orang2 mukmin.. fikirkan ye kawan2 semua .. syukran..

Tanpa Nama berkata...

ramai org kata mak saya kuat memilih menantu. Sebabnya: Dulu, Abg2 bawak pompuan jumpe mak, semua kena rejek. Ayah jenis relax sikit. Mak kalau tak suka, dengan caranya kami anak2 ni dah bole tengok.

Tapi mak penah kata, "kalau bawak yang elok2, tak kan nak tolak?"

Betul kata mak. Yang abg2 bawak, mostly pakaian tak 'proper'. So, ladies yang free hair n seksi, kalau nak tambat ati mak mentua, sila jaga pemakaian anda bila jumpa mak mentua ye? sila hopkrit sikit;p (mcm kakak ipar yg sebenarnya free hair sebelum jumpa mak ayah dan terus pakai tudung smpai skg..heheh).

Satu lagi, orang kata, mak ayah ni ada ínstinct, pandai tengok bakal menantu yang molek2. Maybe betul. Sebabnya perkara yang paling takut masa nak perkenalkan suami (baru 3 weeks ago kawen ^_^ ialah rupa parasnya yg mcm bonzer. Tak sangka baru pertama kali bawak jumpa, layanan mak ayah dh nmpk positif. Oleh sebab calon2 asik tak kena, sorg lagi abg yang bakal kawen tak lama lagi, dijodohkan dengan menantu pilihan keluarga. Dh la dpt yg comel, pandai masak, pandai belajar, pandai bergaul dengan keluarga. So, calon pilihan keluarga is not a bad thing kan?heheh..

Mak ayah nak yang terbaik untuk anak-anak. Kalau tak nak calon kena rejek, cari betul2 gf/bf yang molek2. Bukan setakat hensem, jatuh cinta terus tak pandang bab lain. Bab solatnya mcm mana, bab pergaulannya mcm mana..semuanya kena teliti sebelum decide seseorang nak dijadikan pasangan hidup. Mentaliti cinta itu buta, kita ubah kepada cinta itu rasional.

sorry Mr K. Komen mcm buat satu entry..heheheh..

-tasnim-

khairunnisa ♥ berkata...

Assalamualaikum,
nice & jazakallahu khair :)

hitomi berkata...

sweet....
sokong3...

imah berkata...

mak saya kalo bercerita bab nak kawen, jelingnya bukan main. siap kata jangan bincang. muda la gi kje dulu. but then, dia la yang heboh2 ada anak single ^^ hehehehe

bapak plak jenis yang kena-bawak-bincang-apa-apa pon. which good for me as he did not reject any ideas from his sons and daughters. he will gave some guidance.. kalo dia rasa benda tuh mmg tak boleh go, he will tell and gave his idea which is more reliable than us right..

dengan bapak senang, simple dan easy. ceramah bapak lebih senang mengalirkan air mata sebab seorang bapa tidak perlu bercakap banyak. hanya beberapa perkataan 'magic' dah tau baik buruk.

anyway, suka jugak entry hilal nih. banyak yang buat kita boarden our mind huh. see the world through many angle. which is good. moga dapat kebaikan untuk semua ^^

regards,

imah batek.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya Allah da lama bagi hidayah kat kita. contoh bila artis jwab soalan wartawan bila nk bertudung, mesti depa bg jwapan cliche: "tak dpat hidayah lg". ok.kita bg satu situasi: perempuan free hair melihat org kt sebelah dia pakai tudung. mungkin dia berasa malu dgn perempuan bertudung itu, atau mungkin juga dia tak rasa apa2.. nmpak perempuan b'tdung+ malu = suda di kira sebagai hidayah.tuhan da tunjuk depan mata dia supaya menutup aurat. namun persoalannnya adakah perempuan free hair tu rasa malu lantas terus ke kedai tudung mencari tudung utk menutup kepalanya? itulah yg dinamakan taufik; kekuatan untuk mendapatkan hidayah.mungkin wanita itu berkata dlm hatinya." hmm, tnggu la bila aku da betul2 bersedia nanti" itu dapat di simpulkan bhwa wanita itu sudah dpat hidayah, tp tiada taufik. hidayah saja tidak cukup. taufik juga perlu ada.so bila org bg jwapan blm dpt hidayah la apa2 tah suma tu bullshit.tuhan sentiasa bg hidayah kt hamba2-Nya.terpulang dkat hambanya2-Nya utk trima hidayah tu atau x. jadi marila kita berdoa supaya mendapat taufik dan hidayah dari-Nya. :)

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.

All related names mentioned are totally fiction and got nothing to do with your and my life.
 
Powered by Blogger